You are on page 1of 50

03 September 2008

PERBEZAAN INDIVIDU
Pengenalan Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guruguru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Aspek-aspek Perbezaan Individu 1. Jantina 2. Fizikal 3. Kecerdasan otak 4. Personaliti 5. Gaya belajar 6. Kesihatan 7. Sosial 8. Bangsa dan bahasa Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran 1. Kesediaan belajar. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. 2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. 3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.

4. Perbezaan Gaya Belajar Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu dan ada juga secara berkumpulan. Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas, antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah: 1. Kaedah Kumpulan 2. Pengayaan dan pemulihan 3.Pengajaran terancang 4.. Pembelajaran Koperatif 5. Pengajaran dan Pembelajaran individu 6. Mempelbagaikan bentuk penilaian 7. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 8. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar 9. Peneguhan Positif 10. Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 3.9.08 0 comments

27 August 2008
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk: 1.memenuhi masa yang diperuntukan 2.menepati kehendak objektif/matlamat 3.berkesan sepanjang waktu pengajaran 4.menarik perhatian dan tidak membosankan Objektif pengajaran

Objektif boleh dalam bentuk: Objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti 1. memahami 2. mengetahui 3. menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : 1. menyenaraikan 2. menjelaskan 3. memberikan contoh 4. menunjukkan cara yang betul tentang apa yang diajar. Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.( Berdasarkan SPI Bil 3/1999.) Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : 1.Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Butiran yang perlu ada ialah : -Mata pelajaran -Tahun -Minggu -Tajuk/isi -Objektif -Kemahiran -Nilai dan -bahan bantuan mengajar 2.Rancangan Pelajaran Harian Rancangan berdasarkan Rancangan Tahunan Butiran yang perlu ada ialah : -Hari dan tarikh -Mata pelajaran dan tahun -Masa -Tajuk -Objektif/kemahiran yang ingin dicapai -Aktiviti yang dijalankan -Refleksi -Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi

sekolah ,PPD ,JPN ,dan jemaah nazir sekolah -Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru. -Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. -Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer -Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531) Jadual Waktu Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada: -Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid -Setiap hari persekolahan -Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar -Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan Sukatan Pelajaran -Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. -Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. -Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda. Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah -Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam -Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai Merancang pengajaran -Set iduksi -Perkembangan P&P -Penutup

-Menentukan strategi P&P -Menyediakan bahan bantu pengajaran -Menyediakan penilaian Komponen P&P Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah -Objektif pengajaran -Strategi pengajaran yang sesuai -Bahan bantu pengajaran -Maklum balas pelajar -Penilaian Fasa P&P Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat 1.Pra perancangan Guru mempunyai gambaran mental mengenai -keseluruhan pengajaran -pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain -isi kandungan pelajaran -strategi -bahan yang diperlukan dan boleh digunakan 2.Perancangan aktif Guru perlulah -menulis rancangan mengajar -menyediakan nota, -membina transperansi/power point/model -memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan -menyediakan senarai semak 3.Perancangan semasa Guru perlu -mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar -mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa -mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas 4.Pasca perancangan Guru perlu -menyedari kelemahan pengajaran -mengesan kekuatan pengajarannya -membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti -buku teks -buku rujukan

-buku latihan -lampiran nota -Alat audio visual -LCD -komputer -peta -gambarajah dan -TV Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran 1.Set Induksi -Langkah permulaan dalam proses P&P -Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku -Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran -Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi 2.Perkembangan P&P Bahagian kedua -Penyampaian isi pelajaran Teknik penyampaian guru -disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak -suara yang jelas dan terang -menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid -berfokus kepada apa yang diajar -mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR -Membuat penilaian berterusan -Teknik Menyoal -Soalan yang dikemukakan -Penggabungjalinan -Penyerapan -Pengukuhan -memberikan latih tubi -memberikan tugasan / kerja rumah -mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran -Pengayaan -membimbing murid mencari maklumat tambahan -menyediakan bahan maklumat tambahan -menggalakkan murid belajar daripada maklum balas -membimbing murid membuat jangkaan masa depan

Pemulihan -membimbing murid secara individu -menggunakan pelbagai bahan -memberi latihan ulangan -menggunakan pelbagai teknik pengajaran Penilaian -pemerhatian -soal jawab -perbincangan -kerja bertulis -kerja rumah 3.Hasil pembelajaran murid -memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran -melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed) -mengaplikasikan kemahiran mengambil nota -mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran -mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber -mengemukakan pendapat semasa perbincangan -berdisplin 4.Penutup Bahagian terakhir Aktiviti yang dijalankan seperti : -susulan -folio -pengayaan -membuat projek -penilaian objektif pengajaran -pemerhatian -teknik menyoal -memeriksa kerja pelajar -membuat kesimpulan -rumusan -menegaskan isi-isi penting -memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman -mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu -mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian -mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan -pengubahsuaian pelajaran Dipetik daripada: Muhamad Khairi SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 27.8.08 0 comments

31 July 2008
Disleksia
Apa itu Disleksia? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh Mempunyai keupayaan intelek yang normal Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Apakah ciri-ciri Disleksia? Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : -Lambat bertutur -Mengalami kesukaran sebutan atau rima -Sukar menulis nama sendiri -Sukar mengenal bentuk atau warna -Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : -Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira -Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas -Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : -membezakan 15 dengan 51 - was menjadi saw - b dengan d - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan? Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya - Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab - Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri - Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan - Gangguan emosi (seperti kemurungan) - Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku) - Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah) Membantu anak-anak bermasalah Disleksia Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : - Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak - Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang DayaTumpuan Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : -Terapi pertuturan -Latihan pendengaran dengan bantuan komputer -Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) -Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) -Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) -Merasa pergerakan bibir -Menulis huruf atau perkataan Langkah-langkah pemulihan : -Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur -Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan) -Gunakan video atau kaset untuk belajar -Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 31.7.08 1 comments

30 July 2008
Peringkat Umur dan Tahap Perkembangan Manusia
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEORI TUGAS PERKEMBANGAN OLEH ROBERT J. HAVIGHURST 1.Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun) Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya. Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang. Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor.

2.Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun) Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta. Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka). Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya. 3.Peringkat Pra Sekolah (4-6tahun) Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumahnya. Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri) Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976) 4.Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun) Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira) kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli) K2(kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti bola sepak 5.Awal Remaja (12-18tahun) Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. (Kalau takde perasaan ni, maknanya tak normal la tu. Tak banyak, sikit mesti ada punya. Takyah la nak nafikan, hokeh??~) 6.Akhir Remaja (18-22 tahun) Remaja cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina Melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

7.Awal Dewasa (22-34tahun) Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak Individu juga berusaha menampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup Pertengahan Dewasa (34-60tahun) Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan. Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta Akhir Dewasa (60-70tahun) Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat dalam kerja amal Mereka berpuashati dan bersyukur Tua (75 tahun - meninggal dunia) Individu yang ada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan oleh peredaran umur, seperti OSTEOPOROSIS dan nyanyuk Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan puashati. (masa ni mereka akan berfikir, kenapa anak aku buat aku macam ni, kenapa mereka tak jenguk aku macam zaman dulu-dulu. Mereka akan mengimbas zaman dulu-dulu, apa yang mereka telah buat terhadap ibu bapa mereka, dan banyak lagi imbauan..) Tenang menghadapi saat kematian sebab telah berjaya menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 30.7.08 0 comments

Bagaimana kanak-kanak Belajar Matematik?


SINOPSIS Artikel ini menerangkan secara ringkas tentang perkembangan pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanakkanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini

memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna! PENGENALAN Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 2 tahun), pra-operasi (2 7 tahun), operasi konkrit (7 12 tahun) dan operasi formal (12 tahun ke atas). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. "Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 12 tahun...Piaget" Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Piaget

berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanakkanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental. TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu: 1: Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. 2: Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut. 3: Teorem Kontras dan Variasi Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. 4: Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah

penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. TEORI DIENES Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu: 1: Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. 2: Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. 3: Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep. KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanakkanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan

untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan. PENUTUP Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanakkanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini. Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 30.7.08 0 comments

08 July 2008
Sukatan Pelajaran
Untuk mendapatkan rancangan tahunan/kemahiran BM dan M3 Kelas Pemulihan Khas , sila layari 1. http://uluskum.net/remedial/ atau 2. http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php? option=com_content&view=article&id=63&Itemid=90

atau hantarkan hantarkan emel cikgu kepada saya kerana ia dalam format pdf..... sekian, harap maklum. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 8.7.08 0 comments

20 May 2008
Latihan Interaktif PTK
Anda boleh membuat latihan soalan-soalan PTK secara online di http://www.teachersrock.net/kuiz.htm Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 20.5.08 1 comments

14 May 2008
Teknik Memperbaiki Disiplin Bilik Darjah 1. Berfokus
Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran. Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru.

2. Instruksi Secara Langsung


Ketidakpastian meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran dalam bilik darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar

sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasantugasan. Guru boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh melakukan aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk pelajar berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain. Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana ia tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar juga menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang masa bebas untuk pelajar.

3. Pemantauan
Kunci kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah. Semasa murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa kemajuannya. Guru yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar telah bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar, dan memberi pengajaran bersifat individu. Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama.

4. Teladan
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar. Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut apabila ia menolong pelajar secara individu.

5. Isyarat Bukan Lisan


Untuk mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan isyarat bukan lisan seperti liceng atas meja, suis lampu, atau 'clickers'. Isyarat bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan - apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan. Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih.

6. Kawalan Persekitaran
Sebuah bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran. Pelajar muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan

item-item peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahan-bahan mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan perbualan antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid, semakin kurangnya masalah disiplin. Walaupun bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga sudut yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang hiasan untuk menjalankan kerja-kerja sendiri.

7. Interversi Berprofail Rendah


Kebanyakan pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian boleh dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap. Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan sentiasa rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu. Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai 6 biji rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan Ado?" Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap atau menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar lain tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo.

8. Disiplin Asertif
Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsistennya.

9. Mesej-Saya yang Asertif


Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah disiplin. Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik.

Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'. Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan menjawab dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan salah saya...'; 'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid.

10. Mesej-Saya yang Humanistik


Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'. Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.' Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu!

11. Disiplin Positif


Gunakan peraturuan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada 'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang bergaduh'. Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan. Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman, anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah laku yang baik. Jabatan Ilmu PendidikanMaktab Perguruan SandakanBeg Berkunci No. 31,90009 Sandakan, Sabah.Tel: 089-218610Faks: 089-213814 Disediakan oleh:Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 14.5.08 1 comments

04 February 2008
APAKAH PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8 Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas & sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik. APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN? PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58) A way to Means of reaching A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257) Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique A way of achieving ones purpose skillfully. (Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY) Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ? 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? 1. Guru memainkan peranan penting 2 Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. 3 Kepimpinan guru secara autokratik 4 Pencapaian objektif guru diutamakan 5 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. 6 Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. 7 Interaksi di antara murid adalah pasif. 8 Kaedah keseluruhan kelas. 9 Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. 10 Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID ? 1 Murid memainkan peranan penting 2 Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. 3 Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, 4 objektif pencapaian murid diutamakan 5 perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) 6 Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. 7 Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, 8 Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong) 9 Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, 10 Murid-murid bersifat kreatif/ berinisiatif. 11 Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbang saran, kumpulan kecil dsb. APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? 1 Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. 2 Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran 3 Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan 4 Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. 5 Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. 6 Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. 7 Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahanbahan pelajaran 8 Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb. APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)? 1. Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap 2. Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan 3. Faktor pencapaian murid: - Kebolehan asas - Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran - Kebolehan memahami pengajaran - Daya usaha pembelajaran berterusan

- Masa pembelajaran 4. Strategi pengajaran adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. 5. Pilih kaedah & teknik yng berkesan 6. Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran. 7. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran 8. Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 4.2.08 0 comments

03 February 2008
CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
Ciri-ciri Guru Yang Cemerlang Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan . Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah. Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas . Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut: Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. Komitmen yang menyeluruh. Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas. Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA 1.KECEMERLANGAN PERIBADI *Mempunyai keyakinan diri *Berakhlak dan bermoral *Bersikap adil dan bertimbang rasa *Beramanah dan bertanggungjawab *Kreatif dan inovatif *Sentiasa mengurus diri dengan kemas *Sedia berkongsi dan berkerjasama *Bersikap terbuka *Bersikap positif 2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN *Mengamalkan budaya ilmu *Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif *Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja *Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi dll. *Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran * berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum *Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan *Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p *Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar 3. KECEMERLANGAN KERJA *Pengurusan keceriaan bilik darjah. *Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran. *Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. *Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya . *Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai . *Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran. *Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran. *Sentiasa merangsang murid berfikir. *Merancang pelajaran yang baik. *Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan. *Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen. *Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid . Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 3.2.08 0 comments

02 February 2008
Strategi P&P Pemulihan Khas

Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 2.2.08 0 comments

01 February 2008
Tips Pengurusan Kelas
Kali ni saya mahu berkongsi dengan anda tentang tips untuk cikgu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa menurut pandangan Dr. Fred Jones : 1. Wujudkan minat dalam diri anda terhadap pelajar. Guru perlu memiliki minat yang tulen terhadap pelajarnya. Terdapat

dalam keadaan tertentu, guru memaksa diri untuk cuba meminati pelajarpelajar di dalam kelas yang dianggap sebagai bermasalah, namun lamakelamaan perasaan itu menjadi sesuatu yang benar, tulen dan ikhlas. Dengan itu cikgu akan kerap memberikan pujian dan kata-kata peransang kepada pelajar-pelajar. Guru juga harus kerap berkomunikasi/berinteraksi dengan pelajar secara individu dan bukan hanya berkumpulan sahaja. 2. Nyatakan peraturan kelas dengan jelas. Guru perlu melaksanakan peraturan kelas dengan adil dan konsisten. Terangkan peraturan-peraturan di dalam kelas semasa guru mengajar. 3. Cuba fahami pandangan pelajar. Cikgu perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar dan cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan pelajar. Jika mereka nampak boring semasa kita sedang mengajar, ubah strategi atau kaedah. Jangan terikat dengan buku rancangan mengajar. Itu cuma "rancangan". 4. Guru juga manusia. Oleh itu, seharusnyalah sebagai seorang guru mengaku kesilapan yang mungkin dilakukan ketika menjalankan tugas. Gunakan pendekatan humor jika perlu bagi menarik perhatian pelajar dan mengurangkan ketegangan. Tapi ketegasan juga perlu semasa mengajar untuk kawalan disiplin. 5. Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar. Sentiasa duduk di meja guru atau berdiri di belakang pelajar hanya mewujudkan jurang antara guru dan pelajar. Pelajar akan membuat tanggapan bahawa cikgu sengaja tidak mahu mendekati mereka. Selalulah keliling kelas semasa mereka melakukan aktiviti. Semak secara spontan kerja mereka dari segi ejaan, tulisan dll. 6. Selesaikan masalah pelajar dengan segera. Ini dapat mengelakkan sesuatu masalah itu berjangkit dan berlanjutan sehingga mungkin menyulitkan keadaan. Kenalpasti kemahiran mana murid tidak menguasai. Lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah itu. 7. Gunakan kaedah berkumpulan (collaborative). Guru memberikan peluang kepada pelajar membuat keputusan di dalam kelas. Berikan kefahaman kepada pelajar bahawa kelas itu adalah kelas kita dan bukan kelas saya. Wujudkan sikap kekeluargaan di dalam kelas. Suasana kondusif sangat penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 1.2.08 0 comments

UJIAN DIAGNOSTIK

UJIAN DIAGNOSTIK Definasi ujian diagnostik :Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Tujuan ujian diagnostik :1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid. 2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. 5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid. Membina Ujian Diagnostik 1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : 1.1.Objektif ujian 1.2.Kemahiran yang hendak diuji 1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. 1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran. 2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. 4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. 5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik 1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. 2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. 3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. 4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. 5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. 6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. 7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa. 8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. 9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. 10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain. Analisis ujian diagnostik 1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. 2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. Apa itu pengamatan: 1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. 2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. 3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. 4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. 5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak. 6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Objektif Ujian Pengamatan: Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ; 1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. 2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain. 3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. 4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing. 6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Komponen Ujian Pengamatan: 1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, 5- Koordinasi Motor mata tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motormata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. 6- Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. 7- Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. 8- Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. 9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. 10- Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. Panduan melaksanakan ujian pengamatan:

1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan. 2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan. 3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. 4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. 5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. 6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. UJIAN PENCAPAIAN 1. Pengenalan Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif. 1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas. 1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan. 2. Pelaksanaan. Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas. Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan. Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.

Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 1.2.08 0 comments

PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN PERKEMBANGAN BAHASA Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan. 1.1. DEFINISI BAHASA: Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya. 1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA 1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat. 1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain. 1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi. 1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri. 1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial. 1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami. 1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU a. Kemahiran Lisan b. Kemahiran Bacaan c. Kemahiran Tulisan d. Kemahiran Ejaan KEMAHIRAN LISAN

1.1 PENGENALAN Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. 1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN KEMAHIRAN MENDENGAR Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyibunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh: Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. Mendengar secara kritikal. auding Mengikut arahan. Memahami urutan atau sekuan. Mengingat kembali. Menentukan idea utama / terpenting. Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyibunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan

pembelajaran. 1.3: KEPENTINGAN LISAN Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar. 1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan

murid untuk: - Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa. - Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. - Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. - Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran. - Mendengar secara kritikal. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman -rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding. 1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN 1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid. 1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid. 1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. 1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.. 1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. 1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN 1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. 1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. 1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. 1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. 1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri. 1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan : o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian. o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika. o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur. 1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja. 1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaranpelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. 1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. 2. KEMAHIRAN BACAAN 2.1 DEFINISI MEMBACA Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic .

Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

KESIMPULANNYA: Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid. 2.2 PROSES BACAAN 2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN) a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang. b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas. 2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL) a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan. b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih. c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar. d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan. e. Sintesis : Membuat kesimpulan 2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK) a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF) a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman. 2.3. KESEDIAAN MEMBACA Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu

membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. 2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA 2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL - Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang. - Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. - Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu. - Umur: Peringkat umur yang berbeza. - Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca. - Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya. - Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai. 2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH - Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi. - Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca . - Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain. 2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF: - Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza. 2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN) - Diskriminasi Penglihatan. - Diskriminasi Pendengaran. 2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA - Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa. 2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN 2.4.1 BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. - Huruf terbalik. - Bunyi huruf yang seakan-akan sama. - Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. - Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. - Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah. 2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA - Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup. - Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. - Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata. - Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan. - Salah memecah / membatang suku kata. - Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. - Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding. - Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal. - Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan. 2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. Mengeja sebelum membaca. Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut. Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. Menyebut perkataan mengikut loghat.

2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. Tertinggal. Pembalikan perkataan. Mengulang. Merangkak-rangkak. Membaca mengikut loghat.

2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

Mengenal pasti kanak-kanak. Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut. Susun strategi pemulihan. Pelaksanaan. Penilaian

3 KEMAHIRAN TULISAN 3.1. DEFINISI Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. 3.2. PERANAN TULISAN Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA 3.3.1 Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanakkanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lainlain. 2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. 3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. 4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. 3.3.2 TULISAN MEKANIS Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai

permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis muridmurid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : - Kemahiran mengawal dan memegang pensel. - Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. - Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. 3.3.3 TULISAN KREATIF Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk : Membina ayat. Mengarang cerita. Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll. Menulis surat kiriman. Lain-lain yang berkaitan.

3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN - Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. - Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. - Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan - Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. - Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, - Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. - Masalah pembalikan huruf atau perkataan. - Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. - Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. - Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. - Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. - Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. - Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. - Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. - Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat ermulaan dan mendirikan asas. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan caracara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak iItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

4. EJAAN 4.1. DEFINISI Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. 4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN 4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. - Masalah penglihatan seperti rabun dan juling. 4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran. - Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. - Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. - Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak. - Kemungkinan lemah dalam bacaan. 4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA - Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung ) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll. - Mendiskriminasi perkataan. - Melengkapkan atau menambah perkataan. - Membina perkataan di dalam perkataan. - Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan. - Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga. - Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina. - Permainan teka teki. - Permainan Silang kata.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

2. 3. 4. 5.

MENGENAL PASTI MASALAH STRATEGI PENGAJARAN PELAKSANAAN PENILAIAN

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN 1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M) 1.2 Berdasarkan PKBS, atau 1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau 1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas. 2. MENGENAL PASTI MASALAH 2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid: Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan. Jika masalah tersebut agak berat, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas. Jika masalah tersebut ringan memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan. 2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid: 2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas terbitan JPK, KPM) 2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja) 2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab. 2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil. 2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian. 2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi; 2.3.1 Masalah sosial seperti: Selalu tidak hadir ke sekolah Tiada galakan keluarga Kemiskinan Takut Malu Rasa rendah diri, dan lain-lain Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan

kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah. 3. STRATEGI PENGAJARAN 3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya. 3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. 3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 1.2.08 0 comments

21 January 2008
PENGURUSAN BILIK / KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS PENGENALAN Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira. TUJUAN 1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaikbaiknya untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. 3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN Disyorkan 3 alternatif seperti berikut : 1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-

kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. 2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, muridmurid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. 3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas. BILIK / KELAS a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelaskelas lain kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan. b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat. c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan

penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan. PENTADBIRAN KELAS Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan. Di antaranya ialah : Jadual waktu kelas / persendirian Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas. 3 Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin. 4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid. 4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran. 4.3 Mengemaskinikan rekod rekod. 4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid. 4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa. 4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid. 4.7 Mengemaskinikan sudut sudut pameran pembelajaran. 4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan. PENGELOLAAN SISTEM FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS 01 . FAIL INDUK Kandungan a. Surat surat Perhubungan Luar / Dalaman b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia c. Jawatankuasa Panitia d. Pekeliling pekeliling Ikhtisas ( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 ) 02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN Kandungan

a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas c. Rancangan Pelajaran Tahunan d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya 03 . FAIL MESYUARAT Kandungan a. Surat surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah b. Buku Minit mesyuarat panitia ( sekurang kurangnya 3 X setahun ) 04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN Kandungan a. Program Developmental dan Rutin b. Laporan - laporan program 05 . FAIL ANALISIS IPP2M Kandungan a. Analisis IPP2M 06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN Kandungan a. Guru Besar b. Guru Penolong kanan 07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID Kandungan a. Jadual Pemeriksaan b. Instrumen Pemeriksaan 08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK Kandungan a. Surat Mesyuarat b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN Kandungan a. Semua set ujian yang digunakan. 10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN Kandungan a. Jadual guru Pemulihan b. Maklumat guru Pemulihan

PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL KBA4029 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 ) FAIL FAIL LAIN ( Fail peribadi murid ) Borang Pencalonan murid Borang pengumpulan maklumat Kaji selidik / borang latar belakang Rekod kesihatan

( Fail Bahasa Melayu Individu ) IIP2M / Saringan Ujian Diognastik Rekod Pengamatan Rekod Pencapaian murid Borang skor individu

( Fail kerja susulan individu ) - direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai ( sudah mengikuti P&P dalam kelas normal ) - Lawatan

- Inventori - BBM / ABM Contoh :Buku buku , carta , kad kad dan lain lain. Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 21.1.08 0 comments Newer Posts Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom)