PERANAN JABATAN PENDIDIKAN KHAS/BAHAGIAN SEKOLAH Matlamat 1.

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas. 2. Meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas. 3. Menyediakan peluang untuk mengambangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas. 4. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. 5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Fungsi 1. Merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah. 2. Merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman). 3. Merancang, menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturanperaturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas. 4. Merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas. 5. Menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas. 6. Menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf dan 7. Menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

Jabatan ini mempunyai 4 bahagian: • Bahagian Pengurusan Sekolah • Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Dasar • Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu Bahagian Khidmat Pengurusan Struktur Organisasi Bahagian Sektor Kurikulum • Unit Pemulihan Khas • Unit Disleksia • Unit Masalah Pembelajaran

• • • • • •

Unit Masalah Pendengaran Unit Masalah Penglihatan Unit Teknik dan Vokasional Unit Pendidikan Islam dan Moral Unit Penilaian dan Pentaksiran Unit Prasekolah

PERANAN JPN Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri seorang pegawai ikhtisas yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar , projek dan program pendidikan di peringkat negeri. Sebagai Ketua Jabatan ia menjadi ketua dalam bidang ikhtisas dari pentadbiran.Pengarah Pelajaran Negeri bertanggungjawab terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. JPN merupakan nadi kepada jentera keseluruhan kegiatan pendidikan di peringkat negeri dan menguruskan pentadbiran di peringkat daerah dan negeri. * Mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan di bidang kurikulum, kokurikulum dan pembentukan serta perkembangan sahsiah yang murni. * Mempertingkatkan mutu pengurusan di pelbagai peringkat supaya cekap dan berkesan melalui pendekatan pelbagai falsafah dan prinsip pengurusan yang baik dan sesuai dengan iklim pendidikan. * Mempertingkatkan kecintaan kepada ilmu dan membaca supaya ianya menjadi budaya guru dan pelajar. * Mempertingkatkan profesionalisme semua Pegawai, Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-guru dan kakitangan dalam bidang pengurusan, ilmu dan kemahiran. * Mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan Islam di kalangan pelajar Islam dan mempertingkatkan perlakuan bermoral di kalangan pelajar bukan Islam. * Menjalin perpaduan serta ikatan kasih mesra demi mempertingkatkan kerjasama antara jabatan, sekolah, pelajar dan masyarakat seluruhnya. PPD Melaksanakan dasar Pendidikan Negara dengan berteraskan keilmuan, ketrampilan dan intergriti bagi mencapai penambahbaikan kualiti secara berterusan dalam :

• Pengurusan dan kepimpinan yang cekap dan berkesan • Akademik yang menekankan kemahiran asas dan kecemerlangan • Sahsiah dan personaliti yang unggul • Sukan yang memantapkan jasmani dan kejuaraan • Ko-kurikulum yang mengasuh emosi dan daya saingan MISI Menjadikan organisasi pembelajaran prestasi tinggi yang berupaya melahirkan komuniti berilmu pada 201O Peranan Pentadbir Sekolah D peringkat sekolah guru besar bertanggungjawab untuk menguruskan sekolah dalam semua bidang dan dibantu oleh tiga orang penolong kanan , beberapa orang guru biasa serta kerani dan kakitangan sokongan yang lain. Tugas guru besar seperti berikut: 1. melaksanakan semua rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian pelajaran. 2. Mengawas dan membimbing para guru di sekolah untuk menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 3. Mengawas dan menyelia para murid dalam pendidikan mereka dan dalam hal seperti displin , kegiatan kokurikulum dan sebagaiinya. 4. Menjalin hubungan yang baik dan berkesan dengan para ibubapa serta orang ramai melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta Jemaah Pengurus / Lembaga Pengelola Sekolah.

Guru pemulihan khas (GPK) Sebilangan besar guru dilantik sebagai GPK kerana telah menghadiri kursus atau pendedahan dalam pemulihan khas, guru mengajar bahasa Melayu dan guru yang mempunyai sifat penyayang, berminat dan sanggup mengajar murid pemulihan khas. Secara keseluruhannya GPK mempunyai kemahiran menjalankan tugas utama mereka iaitu: (i) mengesan masalah pembelajaran murid; (ii) membina

dan mentadbirkan ujian; (iii) melaksanakan pengajaran pemulihan khas; (iv) mendapatkan kerjasama guru lain di sekolah; dan (v) meningkatkan motivasi murid untuk belajar. GPK juga menjalankan tanggungjawab (i) merancang dan merekod kemajuan pengajaran, iaitu merancang aktiviti p&p kelas pemulihan khas, menyediakan bahan pengajaran, merekod kemajuan murid, menjalankan penilaian program secara berterusan; (ii) memantau kemajuan murid setelah dikembalikan ke kelas biasa; (iii) menjalankan tugas sokongan pelaksanaan program pemulihan khas, iaitu menjalankan tugas sebagai AJK Pelaksanaan Program Intervensi 3M, AJK pemulihan khas, AJK KBSR dan membantu guru asas mengenalpasti masalah pembelajaran murid; (iv) mengatur jadual waktu pemulihan khas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful