UNIT PELAJARAN 3 BAKTERIA, ARKEA DAN VIRUS

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan apakah itu sel prokariot. Membanding bezakan dua jenis dinding sel dalam bakteria. Menerangkan kepentingan organel-organel dalam bakteria dan arkea. Menghubung kaitkan kepelbagaian arkea dalam adaptasinya terhadap persekitaran lampau. 5. Menerangkan struktur virus. 6. Menerangkan mekanisme jangkitan virus.

PENGENALAN
Kebanyakan bakteria dan arkea adalah bersaiz lebih kecil berbanding organisma eukariot. Walaupun mereka ini merupakan struktur sel ringkas, kedua-duanya harus melakukan semua perkara yang dilakukan sel eukariot seperti mendapatkan tenaga daripada persekitaran dan menukarkan tenaga tersebut kepada bentuk yang boleh digunakan terutamanya dalam pergerakan dan biosintesis. Untuk mencapai tujuan ini, bakteria dan arkea akan berinteraksi dengan persekitaran lalu bertindak balas terhadap rangsangan di sekeliling mereka. Tambahan pula, bakteria dan arkea mempunyai keupayaan metabolik yang mungkin berbeza daripada sel eukariot. Ciri-ciri biokimia yang unik ini adalah kritikal untuk kitaran nutrien di mana bakteria dan arkea memainkan sebahagian peranannya dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem di bumi ini.

Prokariot Sel daripada organism hidupan secara umumnya dibahagikan kepada sel eukariot dan sel prokariot. Anda telah pun mempelajari secara mendalam mengenai sel eukariot seperti sel haiwan dan sel tumbuhan dalam kursus Penghantar Biologi (TBR3013). Bakteria dan arkea pula merupakan kumpulan sel yang tergolong dalam prokariot (Rajah 3.1). Persoalannya, mengapakah terdapat pembahagian terhadap kumpulan-kumpulan sel ini? Dalam bab ini, anda akan mula menyingkap kepada kewujudan struktur-struktur pada bacteria dan arkea sehinggakan kedua-dua jenis sel ini tergolong dalam kumpulan yang berbeza daripada eukariot dan dinamakan prokariot.

Nukleolus

Rajah 3.1: Morfologi sel bakteria Walaupun istilah prokariot mula diperkenalkan pada awal abad ke-20, konsep ini tidak diguna pakai sepenuhnya sehingga pada tahun 1962, apabila R. Stanier dan vanNiel CB menyifatkan prokariot dari segi kekurangan mereka berbanding sel-sel eukariot. Sebagai contoh, Stanier dan vanNiel telah menegaskan bahawa sel prokariot tidak mempunyai membran yang mengelilingi bahan genetiknya, tiada sitorangka, organel yang tidak diselaputi membran dan ketiadaan struktur membran dalaman seperti retikulum endoplasma dan Jasad Golgi.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemahaman anda mengenai sel prokariot dan sel eukariot, cuba bezakan ciri-ciri antara kedua-dua sel ini.

Ciri Saiz Nukleus Organel Organisasi

Sel prokariot

Sel eukariot

A

kita harus meneliti terlebih dahulu bentuk dan susun atur bakteria dan arkea dalam persekitaran (Jadual 3.1: Bentuk dan susun atur lazim sel bacteria.Morfologi Bakteria dan Arkea Untuk mengkaji sel prokariot ini dengan lebih lanjut. bentuk yang paling lazim dijumpai dalam kedua-dua domain ini adalah kokus (sfera) dan rod (basilus).1). Jangkaan ini adalah salah sama sekali! Ini kerana kedua-dua sel ini menawarkan kepelbagaian morfologi sungguhpun sel itu sendiri adalah ringkas. Akan tetapi. Jadual 3. Kita mungkin akan menjangka bahawa organisma yang kecil dan ringkas seperti bakteria dan arkea ini juga mempunyai bentuk dan saiz yang seragam. Morfologi Susun Atur Contoh Streptococcus agalactiae Kokus dalam rantaian Kokus (sfera) Staphylococcus aureus Kokus dalam gugusan Rod (basilus) Bacillus megaterium Rod dalam rantaian .

Membentuk filament yang dinamakan hifa Pleomorfik (bentuk tidak tetap) Haloquadratum walsbyi Bentuk segi empat . rubrum Spirilum Bentuk spiral Leptospira interrogans Bentuk spirokit Filamen Streptomyces sp.Vibrio Vibrio cholerae Bentuk koma R.

Terdiri daripada dua lapisan fosfolipid. Walau bagaimanapun. . maka morfologi dalamannya kelihatan seperti sangat ringkas berbanding sel eukariot. Jadual 3.Thermoproteus tenax Bentuk dahan Apabila sel bakteria daripada genus dan spesies yang sama hidup bersama. ribosom dan lompang bertaburan di sekitar sitoplasmanya. Jadual 3. yang mengelilingi sitoplasma dan serta kandungannya. Manakala. Mengawal atur kemasukan nutrien dan pembuangan sisa sel. Kebanyakan bakteria dan arkea mempunyai dinding sel yang kompleks. kehadiran kapsul ini tidak meluas di kalangan arkea. Untuk pergerakan. Bahan-bahan genetiknya yang dikenali sebagai nukleiod pula dikumpulkan pada satu kawasan setempat dan tidak dikelilingi membran. yang secara kolektifnya dikenali sebagai sampul. iaitu lapisan yang menyelaputi membran plasma.2 menunjukkan struktur-struktur yang biasa dijumpai dalam bakteria dan arkea beserta fungsinya. Bakteria juga lazimnya dikelilingi kapsul atau lapisan lendir luar dinding sel. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini memandangkan kebanyakan bakteria dan arkea tidak memiliki membran dalaman dan membran organel. bakteria dan arkea biasanya menggunakan flagela. Lapisan di bahagian paling dalam sampul sel adalah membran plasma.2: Struktur dan fungsi organel dalam bakteria dan arkea. Apakah kepentingannya hasil daripada susunan ini? Organisasi Sel Sel-sel bakteria dan archaeal dikelilingi oleh beberapa lapisan. Organel Membran plasma Struktur dan Fungsi Membran separa telap. Mempunyai enzim untuk proses respirasi dan sintesis dinding sel bakteria. mereka sering membentuk susunan sesama sendiri (sama ada secara gugusan atau pun rantaian).

maka cuma organel-organel yang berbeza dari segi struktur dan fungsinya dalam prokariot dan tidak dijumpai dalam eukariot yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Dinding sel gram-positif adalah lebih tahan kepada tekanan osmosis kerana lapisan peptidoglikan yang lebih tebal berbanding bakteria gram-negatif. Molekul DNA (heliks ganda dua) bersaiz kecil yang wujud secara berasingan daripada kromosom DNA. Bertindak sebagai struktur dorman semasa kekurangan nutrien dan kekeringan. Ia mengandungi enzim hidrolitik dan protein pengikat yang bertujuan dalam pemprosesan dan penyerapan nutrien. Memandangkan terdapat pertindihan struktur dan fungsi organel dalam sel prokariot dan sel eukariot. terbahagi kepada dua jenis iaitu gram negatif dan gran positif. Biasa dijumpai dalam bakteria sahaja. Bertindak melindungi sel daripada fagositosis dan tapak penjerapan sel kepada permukaan. Bakteria dalam kumpulan gram-positif berwarna ungu. Ruang ini dikenali sebagai ruang periplasma. . Sebaliknya. Contohnya adalah seperti dinding sel bakteria dan arkea. yang menyelaputi membran plasma (Rajah 3. Lapisan paling luar sel. Dinding Sel Bakteria Bakteria boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama berdasarkan tindak balas pewarnaan Gram. Tapak sintesis protein. berukuran 20-80 nm tebal.2). jarang dijumpai dalam arkea. Granul penyimpanan makanan. dinding sel negatif gram adalah agak kompleks. memberikan bentuk kepada sel dan mengawal perubahan tekanan osmosis. Ia mempunyai lapisan peptidoglikan tebal (2-7 nm) serta membran luar (berukuran 7-8 nm tebal) yang mengelilinginya (Rajah 3. Kawasan pengumpulan bahan genetik iaitu DNA. manakala bakteria gram-negatif adalah berwarna merah atau merah jambu. Pergerakan sel Struktur jasad rehat sel. Dinding sel gram-positif terdiri daripada satu lapisan tebal homogen peptidoglikan (murein). Dalam bakteria.Lompang gas Lompang sel Ribosom Nukleolus Plasmid Dinding sel Kapsul dan lapisan lendir Flagela dan pili Endospora Terdiri daripada vesikel gas. Tujuan sebagai pengapungan sel dalam persekitaran akuatik. Satu ciri penting yang terdapat pada dinding sel bakteria gram-negatif adalah satu ruang yang sering kelihatan antara membran plasma dan membran luar.2). Endospora akan bercambah membentuk sel hidup yang aktif apabila keadaan sekeliling sesuai untuk pertumbuhan. kapsul dan endospora.

pseudomurein dan polisakarida (Rajah 3. Ini juga membuktikan bahawa struktur dinding sel arkea berbeza daripada bakteria dari segi kimianya di mana dinding sel arkea kekurangan peptidoglikan dan mempamerkan kepelbagaian dalam struktur kimia. Contoh struktur kimia yang selalu dijumpai pada dinding sel arkea adalah seperti lapisan S. keputusan daripada teknik pewarnaan Gram tidak menunjukkan kesimpulan yang nyata bahawa dinding sel arkea menyamai mana-mana struktur dinding sel sama ada gram-positif mahupun gram-negatif.Gram-positif Gram-negatif Rajah 3. Dinding sel arkea Sebelum arkea digolongkan sebagai satu domain kehidupan yang unik. . methanokondroitin. ia dicirikan sebagai sama ada bersifat gram-positif atau gram-negatif.2: Perbezaan antara dinding sel Gram-positif dan Gram-negatif.3). Walau bagaimanapun. sarung protein.

3: Kepelbagaian struktur kimia pada dinding sel arkea. ia membantu bakteria patogenik dalam menentang phagositosis oleh sel perumah.4). . Ia biasanya terdiri daripada polisakarida. Kandungan air yang tinggi dalam kapsul membantu melindungi sel bakteria daripada kekeringan. tetapi ada juga yang dibina daripada bahan-bahan lain. Struktur ini juga melindungi sel daripada serangan bakteriofaj dan bahan-bahan kimia hidrofobik yang lain seperti detergen. Struktur ini boleh dilihat dengan jelas dalam mikroskop cahaya apabila teknik pewarnaan negatif ataupun prosedur pewarnaan kapsul yang khas digunakan pada bakteria. Walaupun kapsul tidak diperlukan untuk pertumbuhan dan pembiakan.Rajah 3. Kapsul Kebanyakan bakteria mempunyai satu lagi lapisan tambahan di luar dinding sel iaitu kapsul (Rajah 3. Kapsul adalah lapisan teratur yang menjerap kuat pada dinding selnya.

Rajah 3.4: Kehadiran kapsul pada Klebsiella pneumonia yang dilihat di bawah mikroskop cahaya selepas teknik perwarnaan kapsul. Rajah 3.5: Endospora dalam sel bacteria. Oleh itu. Endospora mempunyai ketahanan luar biasa terhadap sebarang perubahan alam sekitar seperti haba. sesetengah endospora . Endospora Beberapa genus bakteria gram-positif.5). Pembentukan endospora biasanya bermula apabila pertumbuhan terhenti disebabkan oleh kekurangan nutrien. Malah. sinaran gamma dan kekeringan. sinaran ultraungu. ia adalah satu mekanisme kemandirian yang membolehkan bakteria menghasilkan sel dorman yang boleh bertahan sehingga nutrien boleh didapati kembali dan pertumbuhan vegetatif dapat diteruskan. termasuk Bacillus dan Clostridium serta Sporosarcina boleh membentuk struktur dorman yang dipanggil endospora (Rajah 3.

Rajah 3. Lapisan eksosporium dan spora kot mampu melindungi spora tersebut daripada bahan kimia.mampu selama 100.6: Keratan rentas endospora daripada Bacillus subtilis yang menunjukkan kehadiran banyak lapisan pada strukturnya. Endospora dikenali sebagai organel yang mempunyai kerintangan luar biasa terhadap perubahan di sekelilingnya. Sifat ini juga dikongsi oleh membran dalam. Spora kot ini juga adalah tidak telap terhadap molekul-molekul toksik.6).000 tahun! Endospora juga boleh hidup dalam air yang mendidih selama lebih daripada satu jam. Kehadiran pelbagai lapisan dalam endospora dianggap telah menyumbang kepada kerintangannya terhadap haba dan agen-agen pembunuh yang lain (Rajah 3. iaitu lapisan yang memisahkan antara korteks dan teras spora. Apakah perubahan sekeliling yang dimaksudkan? Apakah pula ciri-ciri yang dimilikinya untuk mempunyai kerintangan sedemikian? .

Begitu juga kepelbagaian dari segi fisiologinya yang berupaya untuk menjalani proses sama ada aerobik. Hidup di kawasan thermofil lampau. Antara contoh-contoh lampau atau extreme yang didiami arkea ini adalah seperti suhu atau pH yang sangat tinggi atau rendah (glasier dan kolam air panas). piramid atau kuboid. Menghasilkan hidrogen sulfida daripada thiosulfat dan sulfat. Jadual 3.3. Keupayaan arkea untuk hidup di habitat-habitat seumpama ini menunjukkan bahawa mikroorganisma ini memiliki kepelbagaian dari segi morfologinya seperti bentuk sfera. kepekatan garam yang tinggi (lautan).Adaptasi arkea terhadap persekitaran melampau Arkea mendiami pelbagai habitat dan selama ini ianya telah dianggap sebagai mikrob yang hidup di persekitaran lampau atau dikenali juga sebagai extremophiles (Rajah 3. Kumpulan Arkea metanogen Ciri-ciri Anaerob tegar. Memerlukan persekitaran bergaram pada kepekatan melebihi 1. Berbentuk kokus.7: Persekitaran lampau seperti kolam air panas. spiral. segi tiga. kokus. Ciri-ciri beberapa kumpulan arkea juga dirumuskan pada Jadual 3. anaerobik fakultatif. plat atau pleomorfik. Anaerob tegar. Berbentuk rod. Rajah 3. ketiadaan oksigen dan di bawah tekanan yang amat tinggi (dasar laut). Persekitaran lampau ini sering mencerminkan suatu situasi di mana manusia tidak boleh hidup.7). Hasil akhir metabolik adalah metana.5 M untuk hidup. chemolitoautotrof ataupun organotrof. Boleh menggunakan tenaga cahaya untuk menghasilkan ATP. glasier dan dasar laut sering menjadi habitat arkea.3: Ciri-ciri beberapa kumpulan arkea. anaerobik tegar. rod. pleomorfik. kuboid. Contoh Methanobacterium Methanococcus Methanomicrobium Methanosarcina Archaeoglobus Arkea penurun sulfat Arkea halofil lampau Halobacterium Halococcus Natronobacterium .

bakteria. haiwan.Arkea tanpa dinding sel Berbentuk pleomorfik. Di dalam topik ini. protozoa dan kulat. Ia merupakan mikroorganisma yang paling halus dengan anggaran diameter antara 10 hingga 400 nm. Fakultatif anaerob.8: Morfologi pelbagai jenis virus Antara hidup dan bukan hidup Selepas mempelajari topik bakteria dan arkea. viriod dan prion. Termoasidofil dan kimoorganotrofil. Seperti yang dinyatakan sebelum ini. Virus boleh menjangkiti suatu julat perumah luas yang merangkumi manusia. bolehkah anda memberikan ciri-ciri penting yang harus dipunyai kedua-dua mikroorganisma ini? Apakah struktur-struktur yang hadir yang boleh . Thermoplasma VIRUS PENGENALAN Dunia mikrobiologi bukan sahaja terdiri daripada organism sellular. Rajah 3. kitaran hidup. tumbuhan. morfologi (Rajah 3.8) dan perkaitan genetik sesuatu virus. pengamatan kebanyakan virus hanya dapat dilakukan melalui mikroskop elektron. Virus juga boleh diklasifikasikan kepada pelbagai famili berdasarkan kepada struktur bahan genetic (genom). bahkan juga agen-agen berjangkit ‘bukan sel’. agen-agen ini dikelaskan sebagai ‘bukan sel’ memandangkan sifatnya yang menggunakan sistem sintesis protein dan sistem penjanaan tenaga daripada sel perumah untuk memastikan kemandiriannya. kita akan mengalihkan perhatian pula kepada agenagen berjangkit seperti virus (virion). Oleh itu.

Ciri-ciri Saiz Ribosom Enzim Struktur genetik Bakteria 800-4000 nm Hadir Hadir Kedua-dua DNA dan RNA berada dalam sitoplasma Virus 10-400 nm Tidak hadir Hanya hadir pada sesetengah virus Cuma DNA atau RNA sahaja dan dikelilingi sarung protein.membezakannya? Persoalan ini amat penting kerana anda bakal mempelajari satu struktur organik yang lain yang jauh berbeza daripada bakteria mahupun arkea. bakteria dan arkea merupakan benda hidup. Virus akan memanipulasi metabolisme sel perumahnya supaya kod genetik virus tersebut boleh direplikasikan dan seterusnya melipat gandakan strukturnya dalam sel perumah tersebut. Ada yang berguna dalam persekitaran (contohnya bioremediasi) Setempat . Kebanyakan adalah patogenik. Virus merupakan parasit. Struktur organik yang dimaksudkan adalah virus. Ada yang berguna dalam kesihatan (contohnya bakteria dalam sistem penghadaman). Jadi. Menjangkiti sel perumah dan memanipulasi metabolism perumah supaya DNA atau RNA dan struktur virus dilipat gandakan.4 memperincikan ciri-ciri yang dimiliki virus yang membezakannya dengan bakteria. Virus menikmati jangka hayat jenis tidak aktif dan boleh hidup untuk beribu tahun sebelum mendapat tuan rumah yang sesuai untuk membiak. Jadual 3. Sel perumah akan mati apabila struktur virus yang sempurna dilepaskan. Dalam mikrobiologi. Memandangkan tiada lagi fakta kukuh yang mempertahankan kedudukan virus dalam sebarang klasifikasi ini. virus dan bakteria dibezakan berdasarkan saiz. Konjugasi Kepentingan Jangkitan Sesetengahnya adalah patogenik. Namun. kita cuma menamakan virus ini sebagai suatu struktur organik.4: Perbezaan antara virus dan bakteria. Sepertimana yang anda sedia maklum. Jadual 3. Sesetengah berguna untuk kejuruteraan genetik. kaedah pembiakan dan rintangan kepada pelbagai jenis campur tangan perubatan. berbeza pula dengan virus kerana masih banyak lagi perdebatan antara saintis-saintis yang mempersoalkan kewujudan virus sebagai benda hidup ataupun bukan hidup berdasarkan ciriciri istimewa yang dimiliki virus. virus memerlukan tuan rumah hidup untuk membiak. Sistemik Pembiakan Belahan dedua.

. virus boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk tertentu seperti di Jadual 3. Rajah 3. Kehadiran spike adalah amat penting semasa proses jangkitan virus di mana struktur ini berperanan sebagai tapak perlekatan kepada sel perumah dan juga dijadikan sebagai satu ciri pengenalan virus. 2004). Genom virus boleh terdiri daripada bebenang tunggal ataupun bebenang ganda dua.9: Struktur am virus. 2004).9). sesetengah virus mempunyai struktur tambahan di luar nukleokapsid yang dinamakan sebagai sampul. Bentuk virus Berdasarkan kepada penyusunan dan binaan kapsomer pada kapsid. Kadang kala. Namun. unjuran pendek iaitu spike juga boleh ditemui pada permukaan sampul virus.Cara mengubati jangkitan Struktur Am Virus Antibiotik Vaksin Zarah virus yang sempurna ataupun virion mempunyai tiga komponen biomolekul utama iaitu asid nukleik [hanya boleh terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA) atau asid ribonukleik (RNA) sahaja]. genom virus tidak semestinya wujud dalam bentuk linear kerana terdapat juga virus yang mengangungi genom bersegmen seperti virus influenza dan virus kumpulan retro (Darah dan Ibrahim.5. Ia terbentuk daripada bilangan tertentu molekul subunit protein kapsomer yang tersusun secara khusus untuk menghasilkan bentuk yang mencirikan sesuatu zarah virus. Selain daripada struktur-struktur yang dibincangkan tadi. Kompleks asid nukleik-kapsid ini juga dikenali sebagai nukleokapsid. Sesetengah virus mempunyai suatu struktur luaran yang terdiri daripada protein iaitu kapsid yang menyelaputi genomnya (Darah dan Ibrahim. protein dan lipoprotein (Rajah 3.

 Mempunyai bahagian yang berbeza dari segi rupa dan simetri. →Kapsid berbentuk heliks atau simetri. Semakin panjang saiz rod. tetapi masing- .  Contoh: Bakteriofaj.Jadual 3. leher dan ekor. Contoh: Tobacco mosaic virus (TMV). Contoh: Polyomavirus. Human papilomavirus dan Picornavirus Menyerupai rod panjang berongga. Adenovirus. Terdiri daripada 20 permukaan segi tiga sama dan 12 penjuru. filament. Kapsomer disusun bersama seperti bentuk pita/tali telefon (heliks). semakin besar saiz asid nukleik. Bentuk Struktur umum   Ikosahedron   Ciri-ciri Struktur virus yang biasa dijumpai. Terdapat juga bentuk yang tidak tetap yang dikenali sebagai virus pleomorfik. Walaupun terdapat virus yang mempunyai struktur genom yang sama.   Heliks     Simetri kompleks Struktur yang mengelirukan. →Terdiri daripada pelbagai morfologi seperti kubus. Penggandaan Virus Perbezaan dari segi struktur dan genom virus mempunyai implikasi penting yang akan menentukan jenis mekanisme yang digunakan virus untuk menggandakan dirinya dalam sel perumah.  Struktur bakteriofaj: →Dibahagikan kepada kepala. berekor dan pleomorfik. Struktur yang paling efisien untuk menyelaputi ruang.5: Pengelasan virus berdasarkan kepada beberapa bentuk tertentu.

Akhirnya. Jika nucleokapsid memasuki perumahnya. semasa langkah pembebasan. Sebaik sahaja di dalam sel perumah. Pembebasan virus ini biasanya mengakibatkan kematian sel perumah. Namun begitu. Sepertimana yang anda ketahui. dinding sel perumah akan pecah melalui proses lisis lalu membebaskan partikel virus matang yang baru. Ini diikuti oleh kemasukan sama ada nucleokapsid atau asid nukleik virus (penembusan) ke dalam perumahnya.10: Kitaran penggandaan virus . pelepasan genom ke sitoplasma biasanya berlaku sebelum kitaran hidup memasuki peringkat seterusnya. peringkat sintesis akan bermula. maklumat yang dikodkan oleh genom virus akan diterjemahkan di mana gen virus akan menjalani transkripsi dan translasi.masing boleh mempamerkan kitaran hidup yang unik. virus merupkan parasit.10). Pada peringkat ini. Rajah 3. corak umum kitaran hidup virus boleh dikaji (Rajah 3. Oleh itu. virus memerlukan sel perumah di mana ianya boleh membiak dan langkah pertama dalam kitaran hidup virus adalah penjerapan kepada perumah. Ini diikuti oleh peringkat pemasangan struktur virus di mana nucleokapsid baru akan dibina daripada pengabungan sarung protein dengan asid nukleik virus tersebut. Ini seterusnya membolehkan virus mengambil alih kawalan sel perumah lalu menggunakan sistem metabolismenya untuk menghasilkan genom virus dan protein.

Contoh terbaik faj virulen adalah bakteriofaj T4. dan (2) bakteria lisogenik ini boleh berubah dari kitaran lisogenik ke kitaran litik. Rajah 3. . Bakteria lisogenik mempunyai dua ciri yang amat unik iaitu.10). (1) bakteria yang pernah dijangkiti tidak akan mengalami jangkitan kali kedua oleh faj yang sama.11). faj ini akan mereplikasi dan memusnahkan perumahnya seperti faj virulen. Hubungan antara faj temperat dan sel perumahnya dikenali sebagai lisogeni.Jangkitan Virus: Bakteriofaj Berbalik kepada kitaran penggandaan virus di mana virus akan mereplikasikan dirinya sejurus selepas memasuki sel perumah dan diikuti dengan pembebasan virus daripada sel perumah melalui proses lisis (Rajah 3. Perubahan kitaran ini biasanya berlaku apabila terdapat perubahan persekitaran atau radiasi ultraungu terhadap sel perumah tersebut. Manakala bentuk virus yang kekal dalam perumahnya itu dipanggil profaj dan bakteria yang dijangkitinya dipanggil lisogen atau bakteria lisogenik. Bagaimana ini boleh berlaku? Kebanyakan contoh boleh dilihat apabila genom faj tersebut diintegrasikan ke dalam kromosom sel perumahnya.11: Kitaran litik dan lisogenik faj temperat. sebaik sahaja memasuki sel perumah. Pertama. faj ini boleh kekal dalam sel perumahnya tanpa memusnahkannya. Selain itu. Atau keduanya. terdapat juga sejenis faj yang dinamakan faj temperat iaitu faj yang kurang virulen dan mempunyai dua kitaran hidup yang berbeza (Rajah 3. Kitaran ini juga menggambarkan kitaran hidup faj (virus yang hanya menjangkiti bakteria) virulen. Contoh faj temperat adalah bakteriofaj lambda.

Anda telah pun mempelajari fungsi spike pada capsid virus dan kitaran jangkitan virus pada sel perumahnya. Ketebalan peptidoglikan pada Gram-positif adalah lebih tebal berbanding Gram-negatif. 2. Struktur sampul dan spike pula mungkin hadir pada sesetengah virus. 4. Kewujudan organel-organel dalam bakteria dan arkea biasanya dikaitkan dengan tujuannya untuk terus bermandiri pada persekitaran yang sering berubah. Virus merupakan suatu entiti organik yang mempunyai struktur am seperti genom (DNA atau RNA sahaja) dan kapsid. Virus menjangkiti sel perumahnya melalui dua mekanisme iaitu kitaran lisis dan kitaran lisogeni. 5. 6. Dinding sel bakteria terdiri daripada dua jenis iaitu Gram-positif dan Gram-negatif. Sel prokariot merupakan sekumpulan sel unisellular yang tidak mempunyai membran nukleus dan membran dalam organel-organelnya. cuba anda kaitkan kehadiran spike ini dalam kitaran jangkitan virus. RINGKASAN 1. 3. Arkea memiliki kepelbagaian morfologi dan sistem biologi dalam adaptasinya terhadap persekitaran lampau. . Sekarang.

PETA KONSEP Sel prokariot Selular Arkea Aselular Bentuk Contoh Dinding sel Persekitaran lampau Habitat Heliks Ikosahedron Simetri kompleks Halofil lampau Methanogen Methanokondrointin Bakteria Lapisan S Struktur Pseudomurein Jangkitan kepada perumah Sarung protein Organel DNA/RNA Kapsid Sampul Spikes Kitar lisis Kitar lisogeni Bentuk Kokus Vibrio Filamen Rod Pleomorfik Spirilum Dinding sel Membran plasma Ribosom Plasmid Flagella Kapsul Pili Endospora Nukleolus Lompang Gram positif Gram negatif Gas Sel .

Nukleolus 8.KATA KUNCI 1. BIBLIOGRAFI Willey. Terangkan mekanisme adaptasi arkea terhadap persekitaran lampau seperti suhu tinggi. J. D. Bakteria 4. 2011. Terangkan proses penggandaan virus dalam sel perumah. Prescott’s Microbiology. M. L. Terangkan mekanisme jangkitan bakteriofaj pada sel bakteria. Prokariot Arkea Gram-negatif Persekitaran lampau Kitar lisis 2. Bagaimanakah kita membezakan sel-sel bakteria Gram-positif dan Gram-negatif di bawah mikroskop? 4. Ibrahim. Mengapakah virus tidak dikategorikan sebagai organisma hidup? 8. tekanan tinggi dan anaerob. 7. 5. 2004. I. 5. Gram-positif 6. 9. 3. 3. 7. 9. Nyatakan perbezaan antara flagela dan pili yang terdapat pada sel bakteria. Penerbit USM. dan Woolverton. Senaraikan organel-organel umum sel prokariot. J. M. C. Kitar lisogeni PENILAIAN KENDIRI 1.. Nyatakan struktur-struktur am pada virus. Virus 10. dan Omar. McGrawHill. C. New York. Apakah itu sel prokariot? 2. 10. Malaysia. Mengapakah plasmid perlu wujud dalam sel bakteria? 6. . Sherwood. Konsep Dalam Mikrobiologi: Biologi Mikroorganisma.

Kompleks A .JAWAPAN SERTA MAKLUMBALAS Ciri-ciri Saiz Nukleus Organel Organisasi Sel prokariot Lebih kecil Tidak dikelilingi membran Tidak dikelilingi membran. Mempunyai organel tambahan seperti kapsul dan endospora. Ringkas Sel eukariot Lebih besar Dikelilingi membran Dikelilingi membran dalam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful