DOA

Ramai orang Kristian mempunyai fahaman yang salah atau kurang tepat tentang doa dan hal ini menghalang keberkesanan mereka. Ajaran-ajaran dalam DVD ini didasarkan atas Firman Tuhan (dan bukan atas amalan dan tradisi Kristian lazim) dan akan mencabar serta menyatakan kebenarankebenaran amalan doa yang benar. Ajaran dalam siri ini: Konsep doa Doa berkumpulan Kehidupan doa Yesus Bonus: Firman Tuhan

Harga: RM12.00

Pengajar: Ps. Peter de Run

ERTI SEBENAR MENJADI KRISTIAN
Ramai orang tidak faham apakah maksudnya „menjadi seorang Kristian‟. Ada pula berfikir mereka adalah orang Kristian tetapi ha kikatnya mereka masih lagi belum berhak memanggil diri mereka „anak -anak Tuhan‟. Ajaran dalam siri ini: Bagaimana menjadi Kristian Pertaubatan Kepercayaan kepada Tuhan Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM12.00

MEMAHAMI KONSEP TRINITI
Benarkah masyarakat Kristian menyembah tiga tuhan? Untuk menjawap soalan ini, Pastor Peter akan membawa anda meneliti empat doktrin perdana Kristian yang menjadi tiang-tiang utama fahaman Triniti supaya anda akan faham mengapa masyarakat Kristian mengisytiharkan bahawa hanya ada satu Tuhan yang telah (melalui Alkitab) mendedahkan komposisiNya yang unik. Doktrin Triniti tidak perlu lagi menjadi batu sandungan atau bahan ejekan tetapi satu hal yang dibanggakan. Pastor Peter de Run dalam rakaman “Memahami Konsep Triniti” ini akan membantu anda m engupas isu ini sesuai dengan fahaman Alkitab dan logik manusia. Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM10.00

RAHSIA PERCINTAAN YANG BERJAYA
Ramai anak muda mengambil tindakan yang kurang bijak ketika mencari teman hidup. Kaedah dan nilai duniawi telah menjadi kayu pengukur dalam proses pencarian tersebut. Persoalan yang mungkin timbul di kalangan mereka ini, adakah perempuan atau lelaki yang mereka dampingi itu kehendak Tuhan atau sebaliknya. Pastor Peter de Run, jurucakap yang dipakai Tuhan dengan luar biasa dalam Pelayanan Anak Muda akan memperkenalkan prinsip-prinsip asas dalam membentuk hubungan lelaki dan perempuan yang sihat. Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM10.00

MEMILIH TEMAN HIDUP DENGAN BIJAK
Memilih teman hidup adalah salah satu pilihan paling penting dalam kehidupan seseorang , lebih-lebih lagi kalau dia seorang Kristian. Teman hidup yang dipilih mestilah sesuai bukan hanya dengan si dia yang memilih tetapi juga Allah yang telah menciptakan mereka berdua. Dalam DVD ini, anda akan diperkenalkan kepada beberapa syarat vital dari Alkitabiah yang telah ditentukan oleh Allah untuk membantu anda memilih teman hidup yang sesuai dan berkenan kepada Allah. Soalan-soalan biasa tentang memilih teman hidup dan beberapa isu hangat akan dibentangkan dengan jujur tetapi sentiasa dilandaskan Alkitab dan dikongsikan dengan kasih. Pastikan anda mendengar dan mentaati ajaran di sini sebelum anda memilih teman hidup anda! Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM10.00

PERANAN IBU BAPA
Kecemerlangan seorang pelajar dalam pendidikan sedikit sebanyak bergantung kepada sokongan dan sumbangan daripada ibu bapa yang melakukan apa yang terbaik untuk memantapkan daya pembelajaran anak mereka. Jika anda seorang ibu atau bapa yang mahu menyumbang kepada kejayaan anak anda di dalam dan luar sekolah, anda perlu mengetahui 10 amalan penting yang didedahkan dalam DVD ini. Antaranya ialah mempromosikan pembacaan buku, mempunyai sikap dan kata-kata positif serta memastikan pemakanan anak yang sihat. Anda juga akan diperkenalkan kepada satu amalan rahsia ramai pelajar cemerlang. Lakukan 10 tindakan yang dicadangkan dalam DVD ini dan kecemerlangan anak anda tidak mustahil. Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM10.00

SIAPAKAH SAYA
Ramai orang masih bergelut dengan persoalan "Siapakah Saya" dan walaupun sudah dewasa jawapannya belum dijumpai. Kekeliruan identiti dan ketidakpastian tujuan dalam hidup merupakan isu penting yang mesti diselesaikan oleh setiap orang Kristian. Ajaran dalam siri ini: Kenalpasti identiti anda Pekerjaan baik disediakan untuk anda Mengetahui kehendak Tuhan Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM12.00

TAMADUN KRISTIAN
Siri DVD Tamadun Kristian ini diharapkan akan membuka minda dan memberi pengetahuan kepada ramai orang khususnya komuniti Kristian di Malaysia. Sesi ajaran hampir empat jam ini mengenengahkan perkara-perkara penting tentang sejarah penubuhan dan peerkembangan fizikal mahupun teologi Gereja di dunia dan mazhab-mazhabnya serta pembangunan Alkitab. Komuniti Kristian perlu sedar bahawa apa mereka nikmati kini adalah kesan sumbangan tokoh-tokoh Kristian silam yang hebat, peristiwa-peristiwa yang mengubah muka Gereja serta evolusi kefahaman Kristian yang benar. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dan terhasil menampakkan kehebatan serta kepelbagaian dalam Gereja Yesus hari ini. Pengajar: Ps. Peter de Run 2 DVD.

Harga: RM14.00

PUJIAN DAN PENYEMBAHAN
Pujian dan penyembahan merupakan tugas kita sebagai orang Kristian. Ia bukan pilihan sama ada kita suka atau tidak. Isu ini akan dikupas dengan lebih lanjut oleh jurucakap Tuhan, Pastor Peter. Beliau sangat prihatin akan isu ini supaya ia difahami dan diamalkan dengan betul. Ajaran dalam siri ini: 5 perkara tentang penyembahan Ada lagu baru Bonus: Keghairahan dan kuasa Pengajar: Ps. Peter de Run

Harga: RM12.00

BAGAIMANA MENJADI SEORANG KRISTIAN
Ramai orang tidak faham apakah maksudnya „menjadi seorang Kristian‟. Ada pula berfikir mereka adalah orang Kristian tetapi ha kikatnya mereka masih lagi belum berhak memanggil diri mereka „anak -anak Tuhan‟. Siri ajaran ini akan menerangkan mengapa tiga sebab biasa yang dipakai untuk mengesahkan seseorang itu adalah Kristian sebenarnya salah dan seterusnya menerangkan apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang jika dia mahu menjadi seorang Kristian. Setelah mengikuti siri ini, anda akan sedar bahawa kematian dan kebangkitan Yesus adalah teramat perlu dalam proses menjadi seorang Kristian. Pengarang buku: Ps. Peter de Run

Harga: RM2.00

Sila hubungi kami untuk tujuan tempahan.

PELAYANAN PETROS
No 6, Lorong Riveria 1A, Lorong Riveria, Taman Riveria, 94300 Kuching-Kota Samarahan Expressway, Kuching, Sarawak No. Tel: 012 - 876 2361 Emel: petros2u@gmail.com Facebook: Pelayanan Petros

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful