KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek “Kajian Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Victor Lowenfeld” Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Seni Visual kami iaitu Tn. Hj. Mohd Jamel bin Hj. Ismail di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral serta sentiasa mendoakan kejayaan saya. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Terima kasih buat semua.

1

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

ABSTRAK

Kajian peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak ini merupakan sebuah hasil kajian yang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun. Kajian ini berdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld dan Britain (1982). Sebanyak 6 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi mewakili setiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka. Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di dalam perancangan kurikulum kelak.

2

pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan. baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden. Kesimpulannya. pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya. serta apa jua yang berkaitan dengan seni. arca. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan. mempelajari sejarah dan antropologi seni. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni. seni bina. reka bentuk industri. membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. 3 . Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni. grafik komputer. di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Lantaran itu.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV PENDAHULUAN Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem. terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara.

Antaranya. kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni. Selain itu. perasaan. ciptaan. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi. seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan. atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV PENGENALAN Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri. halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah. seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. menyenangkan. Menurut Herbert Read. didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat. emosi. di dalam menyampaikan idea. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat –sifat yang biasa. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan”. 4 .

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni. (e) Aspek Sosial dan Emosi 5 . Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV LATAR BELAKANG Kanak-kanak dan Seni Visual Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka.

Malahan.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial.Kanak dan Seni Lukis Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) Keinginan untuk meneroka. sewaktu aktiviti melukis. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk: Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. III. 6 . ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. aspek komunikasi satu hala tercapai. mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti. Selain meningkatkan keyakinan diri. Keinginan untuk bergerak secara bebas. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan. Keinginan Asas Kanak-kanak I. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. diterima dan disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan) II. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Berjaya dan diiktiraf. pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi peluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi) Kanak. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Dengan demikian. Keinginan untuk bersaing.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain.

kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses.Melalui aktiviti melukis. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni. Melalui lukisan. TOKOH PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 7 . produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. berbanding dengan hasilan akhir. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem).KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan.

Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts di bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Dr. Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai „wartime visual aids consultant‟ dalam tentera laut. Dr.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz. Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly found ed Department of Art Education”. Austria pada tahun 1903. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art Education” yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art Department” di institut yang sama. Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini. TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD 8 . Pada tahun 1938. Ketika di Vienna.

Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar. merasa. mendengar. b) Victor Lowenfeld – menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas). dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod). Victor Lowenfeld dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak -kanak‟ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya. fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi). sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VICTOR LOWENFELD 9 . mempunyai maksud tersirat. keaslian (mencari idea baru dan asli). menghidu. kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih saying kanak-kanak itu lebih pada ibunya. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Enam tahap-tahap ini adalah seperti berikut: PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN) PERINGKAT PRE-SCHEMATIC (4-7 TAHUN) PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN) PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN) PERINGKAT PSEUDO-NATURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN) PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-17 TAHUN) PENGENALAN TEORI VICTOR LOWENFELD 10 .KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah menentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka.

Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. lukisan yang dihasilkan adalah spontan. peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. dawning realism. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling. bebas dan 11 . Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. peringkat schematic. Selain itu. Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. peringkat preschematic. Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.

Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV berskala besar. 12 . Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti.

kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah 13 . pensel warna serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV KAJIAN & ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT PERKEMBANGAN Peringkat Scribbling (Contengan) Muhammad Fakrul Amin Bin Mohd Daud ( 2 tahun 9 bulan) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu Pada peringkat ini. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding. di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon. Pada usia ini. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanakkanak memegang alatan untuk melukis.

Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Disini dapat dilihat bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantung kepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak. . Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri disekeliling persekitarannya. 14 . ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya sedang melukis gambar ikan di dalam laut.Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila beliau bermain. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensel dan terus membuat lukisan.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan.

Objek yang dilukis di manamana sahaja pada ruang lukis. bunga. pokok dan sebagainya.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Pre-schematic Fatin Syahfinas Binti Safarizan ( 6 Tahun) Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Di peringkat awal penghasilan imej. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan. Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Ruang ini dinamakan ruang badan. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah. ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran 15 . Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untuk menghasilkan lukisan di atas. kereta. imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. alat permainan dan sebagainya. Unsur ruang cuba dinampak kan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek pertama (imej pokok). Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap. matahari.

Perhatikan objek-objek yang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. matahari. pokok.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV rumahnya. kereta. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah tidak logik bagi orang dewasa. 16 .

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Schematic Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih) Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ¾ ruang kertas lukisan. dan tiga segi. Dalam teori Victor Lowenfeld. empat segi. 17 . Lukisannya banyak bersifat hiasan (dekoratif). Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentuk geometri seperti bujur. objek yang dilukis adalah berskala besar. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga. Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik ini menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkan rumahnya di dalam bentuk lukisan.

18 .KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Dawning Realism / The Gang Age Nur Ain Fatihah Binti Mohd Daud (11 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. terdapat juga warna-warna panas seperti merah. jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk 19 . Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. biru untuk awan dan sebagainya. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok. .

20 .KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV seperti warna biru. Adik Fatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatan dengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni.

21 . Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep ruang.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning Farizirah Binti Safarizan (13 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan. Dalam lukisan adik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi. Adik Farizirah turut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada pemandangan alam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian. Adik ini merupkan seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. dan gunung yang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Ruang objek dibuat mengikut saiz dan jarak.

idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan pemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. imej yang dihasilkan cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School Wong May Kei (17 tahun) Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri. perasaan. Bahan yang dipilih untuk 22 . Warna yang digunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu. Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Kefahaman tentang ruang. Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni di sekolah. respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini. Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan pemandangan alam semula jadi. penegasan. Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putih yang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti oleh rumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. kerharmonian juga kesatuan. 23 . Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna yang harmoni dengan alam semulajadi.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV mewarna adalah warna air. Begitu juga konsep ruang.

Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal. sosial. 24 . hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar. emosi. mental. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001). pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak. intelek dan estetik. Menurut Victor Lowenfeld. Dari faktor inilah. aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Di mana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV KESIMPULAN Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat umur. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari. jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan.

Kami juga diminta menghuraikan hasil lukisan mereka berpandukan Teori Perkembangan Artisitik Kanak-kanak oleh Vicktor Lowenfeld. Selain itu. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain. saya juga mendapatkan maklumat lain melalui blog-blog pelajar seni serta jurnal-jurnal yang terdapat di dalam internet. BIBLIOGRAFI 25 . kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberi satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Saya juga meminta anak-anak jiran yang berbeza dari segi umur melukis dan mewarna.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV REFLEKSI Pada 19 Januari yang lalu. Kami dikehendaki membuat kajian terhadap hasil lukisan kanak-kanak mengikut peringkatperingkat perkembangan umur mereka iaitu berumur 2 hingga 17 tahun. Sepanjang cuti perayaan yang lalu saya telah mengambil kesempatan untuk mengumpulkan beberapa lukisan melalui saudara-mara serta anak murid di sekolah berdekatan.

Pearson Longman. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Donald Herberholz. Habibah Elias. Universiti Putra Malaysia. Chua Yan Piaw (2011). Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis. Mc Graw Hill.org/wiki/Viktor_Lowenfeld http://www.org/zulmz65/senikanakanak1. http://imann9969.blogspot. Universiti Teknologi Malaysia.pdf http://en.KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV Mohd Azhar Abdul Hamid (2004).ptar. Rahil Mahyuddin .html http://www. Artworks For Elementary Teachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness. Barbara Herberholz – 9th ed (2002).scribd.oocities.uitm.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak 26 .my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24. Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-kanak.edu. Maria Chong Abdullah (2005).pdf http://eprints.wikipedia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful