You are on page 1of 5

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA

FAIL MEJA KERANI PERKHIDMATAN

Muka surat : 01/03 No. Keluaran : 01 No. Pindaan 00 Tarikh : 15 Mac 2005

1. 0

Carta organisasi jabatan/pejabat 1. 1 Carta organisasi jabatan/pejabat berhubung dengan fungsi jabatan/pejabat adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam bahagian kandungan MPK

2. 0

Carta organisasi bahagian/unit 2. 1 Carta bahagian/unit memperjelaskan kepada anggota organisasi berhubung dengan. 2.1. 1 2.1. 2 2.1. 3 2.1. 4 Aktiviti yang dilaksanakan oleh bahagian/unit. Rakan-rakan sejawat yang boleh membantu mengambilalih tugas sewaktu seseorang personel berkursus, bertugas di luar pejabat dan bercuti. Pegawai atasan yang boleh dirujuk sekiranya seseorang personel menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Kedudukan personel dalam konteks jawatan di bahagian/unit.

3. 0

Objektif jabatan/pejabat 3. 1 Pernyataan objektif adalah sama sebagaimana yang terkandung di dalam MPK.

4. 0

Objektif bahagian/unit 4. 1 Merupakan pecahan kepada objektif jabatan/pejabat dan dinyatakan dalam bentuk objektif operasi yang perlu dicapai oleh bahagian.Objektif hendaklah dinyatakan dengan tepat, jelas, boleh dicapai dan boleh diukur agar penilaian kemajuan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

5. 0

Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai lain.

5. 1

Senarai yang menjelaskan dengan tepat dan terperinci mengenai tugas, tanggungjawab dan kuasa seseorang pegawai untuk menjalankan tugastugasnya. Setiap senarai tugas seharusnya mengandungi perkara-perkara berikut; 5.1. 2 5.1. 2 5.1. 3 Nama Jabatan/Pejabat/Bahagian/Unit. Jawatan yang disandang. Tugas dan tanggungjawab Muka surat : 01/50 No. Keluaran : 01 No. Pindaan 00 Tarikh : 12 Mac 2005

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA

FAIL MEJA KERANI PERKHIDMATAN

5. 2 5. 3

Kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai perlu dimaklumkan bagi menentukan had sempadan tindakan dan proses pembuatan keputusan. Hubungan kerja pegawai dengan pegawai-pegawai lain perlu dimaklumkan bagi membantu pegawai menyelesaikan sesuatu tugasan. 5.3. 1 5.3. 2 5.3. 3 5.3. 4 Hubungan kerja dengan pegawai atasan. Hubungan kerja dengan pegawai bawahan. Hubungan kerja dengan rakan sejawat. Hubungan kerja dengan pegawai dari agensi-agensi luar.

6. 0

Peraturan-peraturan pentadbiran bagi setiap aktiviti 6. 1 Setiap aktiviti mempunyai beberapa peraturan pentadbiran yang harus diketahui oleh pegawai sesebuah jabatan/pejabat.

7. 0

Proses kerja bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pegawai 7. 1 Konsep proses kerja adalah sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian kandungan MPK. Bagi FM, senarai jawatan pegawai yang meluluskan tindakan dan senarai undang-undang dan peraturan yang berkaitan perlu disertakan dalam proses kerja.

Bil. 1. 2. 3. 8. 0

Proses kerja

Pegawai yang meluluskan/ dirujuk

Rujukan undangundang/ peraturan

Carta aliran kerja 8. 1 Carta aliran kerja bagi FM seseorang pegawai hendaklah diambil daripada carta aliran yang terdapat dalam MPK bagi aktiviti yang berkaitan dengan pegawai berkenaan.

9. 0

Senarai semak 9. 1

Satu alat perancangan dan kawalan kerja yang ringkas dan tepat mengenai rangkaian tindakan yang perlu diambil dalam mengendalikan sesuatu aktiviti. Muka surat : 01/50 FAIL MEJA No. Keluaran : 01 KERANI No. Pindaan 00 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PERKHIDMATAN Tarikh : 12 Mac 2005 MARA 9.2 Senarai semak berfungsi sebagai pelan tindakan di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Kepentingannya amat ketara bagi aktiviti-aktiviti seperti memproses permohonan, semakan keselamatan, semakan kualiti, perancangan dan kawalan pelaksanaan projek-projek pembangunan, persediaan sebelum mesyuarat, persidangan dan seminar, pemilihan dan pengambilan pekerja, latihan dan perancangan kemajuan kerjaya.

10.0 Senarai borang yang berkaitan dengan tugas pegawai 10.1 Senarai borang-borang dalam FM adalah bertujuan membantu pegawai berkaitan mengenalpasti borang-borang yang berkaitan dengan tugas masing-masing.

11.0

Senarai undang-undang dan peraturan yang diperlukan 11.1 Mengandungi petikan daripada arahan-arahan rasmi yang perlu dirujuk oleh seseorang pegawai. Hanya arahan-arahan yang masih digunakan sahaja yang perlu dimasukkan dalam FM.

12.0 Senarai jawatankuasa yang dianggotai

12.1

Semua jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai berkaitan. Jawatankuasa tersebut hendaklah wujud sekurang-kurangnya untuk tempoh enam (6) bulan.

13.0 Norma kerja 13.1 Norma kerja ialah jangkamasa atau lain-lain pengukuran prestasi yang telah ditetapkan bagi menyiapkan sesuatu kerja. Norma kerja ini boleh menjadi panduan kepada pekerja dalam melaksanakan tugasan supaya tahap prestasi yang diharapkan dapat dicapai sepenuhnya. Juga, menjadi asas untuk mengukur pencapaian produktiviti sesuatu kerja.

14.0 Senarai tugas harian 14.1 Format bagi mengingati dan merancang aktiviti-aktiviti utama yang perlu dilaksanakan pada hari berkenaan.

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA

FAIL MEJA KERANI PERKHIDMATAN

Disediakan oleh Nama Jawatan Tanda tangan Tarikh

Disemak oleh

Diluluskan oleh