You are on page 1of 13

Pengenalan / Definisi kaunseling

Kaunseling merupakan satu perbincangan yang melibatkan seorang kaunselor terlatih dengan individu atau sekumpulan individu yang mempunyai masalah, bersamasama memikirkan dan meneliti beberapa alternative untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternative yang telah dipilih, Zainal Abidin (2002). Definisi yang diberikan jelas menunjukkan bahawa kaunseling adalah satu proses yang akan mengambil masa yang agak lama.sebagai seorang kaunselor adalah penting untuk mewujudkan satu keadaan atau suasana yang menggalakkan interaksi antara kaunselor dank lien. Persekitaran perjumpaan perlu mempunyai unsur-unsur yang member rasa selamat dan selesa seterusnya mempunyai nilai-nilai teraputik.

1.0 Bilik kaunseling Dalam era pendidikan moden dan mencabar, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah amat mustahak. Bilik kaunseling di sekolah merupakan satu persekitaran perjumpaan yang sesuai untuk murid-murid yang memerlukan bantuan. Di sesetengah sekolah, bilik kaunseling yang ideal dapat disediakan dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kaunseling boleh dijalankan di mana-mana kawasan yang mempunyai ruang kosong. Persekitaran yang kondusif dan mempunyai nilai-nilai teraputik dapat melahirkan suasana yang selamat dan selesa bagi sesi kaunseling.

1.1

Lakaran kedudukan bilik kaunseling di sekolah


3

1.1.1 Sebab pemilihan lokasi bilik kaunseling di sekolah


4

Berdasarkan pelan sekolah yang dilakar, bilik kaunseling berada di blok pentadbiran. Ini bagi memudahkan guru kaunseling mendapatkan maklumat yang diperlukan dari pejabat atau pihak-pihak yang berkenaan. Kedudukannya jauh dari blok bilik darjah, padang dan kantin. Ini bertujuan mengelakkan gangguan bunyi bising yang mungkin akan mengganggu perjalanan proses kaunseling. Kedudukannya yang strategik memudahkan perjumpaan dengan orang luar atau ibu bapa penjaga murid. Ia juga berhampiran dengan dataran perhimpunan bagi memudahkan pelajar beratur pada waktu pagi, selepas rehat atau sewaktu berlaku kecemasan. Walaupun bilik kaunseling berada di blok pentadbiran, ia masih disedari kerana ia berada berhampiran dataran perhimpunan.

1.2

Lakaran pelan lantai bilik kaunseling ideal

1.3

Maksud persekitaran bilik kaunseling

1.3.1 Kemudahan fizikal bilik kaunseling ideal Kemudahan fizikal yang terdapat dalam bilik merupakan aspek paling penting dalam menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Kita perlu menyediakan bilik khas untuk dijadikan pusat aktiviti dan proses bimbingan dan kaunseling. Antara kemudahan fizikal yang perlu ada iaitu : a. Kaunter pendaftaran Tempat yang strategik untuk mengawal kegiatankegiatan di bilik resos, bilik menunggu dan bilik-bilik khas. Selain daripada itu, kaunter juga berfungsi sebagai tempat bertanya atau menetapkan temu janji di antara klien dan kaunselor. b. Ruang menunggu Memudahkan klien menunggu untuk dipanggil bagi sesi kaunseling. Di ruang ini juga diletakkan papan kenyataan untuk menampal dan mempamerkan maklumat mengenai bimbingan kaunseling. Tugasan pekeranian juga boleh dilakukan oleh kakitangan yang bertugas bagi menyiapkan urusan surat-menyurat, menyimpan fail dan penyimpanan barang-barang yang berkaitan. c. Bilik Resos Peralatan disusun dengan rapi untuk memudahkan mengawal pergerakan klien. Selain itu, bilik resos dijadikan tempat mempamerkan maklumat, tempat tayang slaid, filem, audio-visual, komputer, dijadikan tempat membaca bahan rujukan dan mengadakan perbincangan kumpulan di antara klein dengan klien atau klien dengan kaunselor. d. Bilik Kaunseling Individu Bilik ini mudah didatangi oleh klien dimana sistem pencahayaan yang sesuai bagi kaunselor dan klien menjalankan sesi kaunseling. Bilik ini juga menggambarkan situasi dan suasana yang tenang dan santai untuk klien mengurangkan tekanan yang dialami. e. Bilik Kaunseling Kelompok Bilik ini dilengkapi dengan meja dan kerusi secukupnya. Lantainya beralaskan permaidani untuk keselesaan dan menarik suasana yang santai. Bilik ini juga dijadikan tempat melakukan sesi perbincangan, mesyuarat atau perbengkelan tertutup antara guru dan ibu bapa. Selain itu, tempat ini sesuai digunakan bagi membuat kerja kelompok dan mengadakan latihan pembimbing rakan sebaya.

f. Sistem rekod, fail dan dokumentasi Rekod, fail dan bahan yang didokumentesikan hendaklah disimpan dengan rapi dalam almari besi atau rak khas dan dikatogerikan sebagai sulit dan diurus dengan baik dan sempurna serta mudah dikesan jika dikehendaki pada bila-bila masa. g. Stor - Tempat penyimpanan barangan dan alatan. Selain itu, stor digunakan sebagai tempat menyimpan rekod-rekod lama sebelum dimusnahkan.

1.3.2 Pemilihan warna, saiz dan hiasan dalaman bilik kaunseling yang ideal

a. Bilik kaunseling 1 dan Bilik kaunseling kelompok dilatari warna biru muda kerana warna ini melambangkan ketenangan. Ia melahirkan suasana tenang, damai dan sejuk. Ia juga mampu menstabilkan tekanan darah, denyutan nadi dan tarikan nafas yang membantu klien berasa tenang sewaktu sesi kaunseling. Bilik ini sesuai bagi klien lelaki dan perempuan. b. Bilik kaunseling 2 pula dilatari warna merah jambu bertujuan menimbulkan suasana romantis dan feminin. Bilik ini sesuai bagi klien perempuan memandangkan warna merah popular dikalangan wanita. c. Ruang utama bilik kaunseling pula dilatari warna hijau. Warna ini melambangkan suatu keinginan, ketabahan, kestabilan dan kedamaian. Ia menimbulkan rasa tenang dan selamat dalam diri klien. d. Saiz bilik-bilik khas di dalam bilik kaunseling dibina mengikut kesesuaian bagi keselesaan sepanjang proses kaunseling. Penggunaan perabot dan hiasan dalaman yang sederhana juga mampu melahirkan rasa keselesaan di kalangan klien. e. Hiasan dalaman yang sederhana dan minimum mampu menimbulkan suasana yang mententeramkan. Ia mengelakkan dari ruang atau bilik kaunseling kelihatan sesak dan padat. Penggunaan papan kenyataan yang efisyen membantu menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan berkesan. 1.4 Kesan persekitaran ideal kepada klien Persekitaran yang selesa dan mempunyai nilai-nilai teraputik mampu :

a. Melahirkan keselesaan pada klien. b. Menimbulkan rasa selamat dan tenteram. c. Merangsang klien berkongsi masalah dengan kaunselor. d. Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi antara klien dan kaunselor. e. Memudahkan rasa keterbukaan dan keikhlasan.

2.0 Borang Maklumat Murid.

BORANG SOAL SELIDIK LATAR BELAKANG MURID 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PUNGGAI, KOTA TINGGI, JOHOR A. Butiran Murid :

1. Nama Murid 2. Jantina 3. Tarikh Lahir 4. Tempat Lahir 5. No. Sijil Kelahiran 7. Agama

: ................................................................................. : L = Lelaki / P = Perempuan

: ___ / ___ / ______ ( hari / bulan / tahun ) : ................................................................................. : ............................. 6. Bangsa : ........................... : .................................

8. Kelas / Tahun : .................................

B. Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga :

1. Nama Bapa / Penjaga 2. Hubungan 3. Nama Ibu 4. Hubungan 5. Pekerjaan Bapa 7. Pekerjaan Ibu

: ...................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ................................. 6. Pendapatan : RM ............ : ................................. 8. Pendapatan : RM ............

9. Jumlah Pendapatan Bersama : RM ................. 9. Bilangan Adik Beradik : 10. Anak ke Berapa 12. Bil. Belum Bersekolah 14. Bil. Sudah Bekerja : : :

11. Bil. Adik Beradik Bersekolah : 13. Bil Yang Lepas Bersekolah 15. Bil. Sudah Berumahtangga : :

C. Rumah Kediaman :

1. Alamat

: .....................................................................

10

...................................................................... Poskod : ............................. Bandar : ................................................... 2. Nombor Telefon 3. Jarak dari Sekolah 4. Pengangkutan ke Sekolah 5. Waktu Sampai ke Sekolah 6. Waktu Balik Dari Sekolah 7. Bil. Bilik Tidur 8. Ruang Makan 9. Ruang Tamu 10. Meja Bekerja 11. Audio Visual(Radio / TV) 12. Komputer 13. Bekalan Elekterik 14. Bekalan Air : ........................... (R)...........................(HP) : ................................ km : ................................................................... : .................................................................... : .................................................................... : 1/2/3/4/5 : Ada / Tiada : Ada / Tiada : Ada / Tiada : Ada / Tiada : Ada / Tiada : Ada / Tiada : Ada / Tiada

D. Hal-Hal Peribadi

1. Waktu Tidur

: ............................

2. Bangun Tidur : ............................. 11

3. Wang Saku

: RM ....................

4. Bekalan Makanan / Minuman : Ada / Tiada 5. Pakaian Sekolah 6. Masa Berhibur 7. Masa Belajar 8. Kelas Tambahan 9. Nama Kelab / Pesatuan 10. Unit beruniform 11. Kegemaran / Hobi 12. Cita-Cita : .......................................... pasang : .......................................... jam : .......................................... jam : Ada / Tiada : .................................................................. : ................................................................. : .................................................................. : ..................................................................

13. Mata Pelajaran Yang Disukai : .................................................................. 14. Mata Pelajaran Yang Dibenci : .................................................................. 15. Guru yang Disukai : ...................................................................

16. Kawan Baik / Sahabat Karib : .................................................................... ....................................................................

Tandatangan Murid : ...................................................... Tarikh Borang Diisi : .....................................................

Tandatangan Guru : ........................ Nama Guru Kaunseling : ......................................

3.0 Inventori Ujian Personaliti


SET A - UJIAN PERSONALITI BERASASKAN CORAK SET B - MENGENALI PERIBADI ANDA MELALUI WARNA
12

3.1 Kekuatan dan kelemahan SET A dan SET B INVENTORI SET A Grafik yang menarik dan berwarna. Arahan mudah dibaca dan difahami. Tempoh menjawab yang KEKUATAN singkat. Prosedur menjawab yang mudah- Cuma perlu memilih satu corak yang disukai. Kriteria atau petunjuk personaliti yang ringkas dan mudah difahami. Arahan terlalu banyak dan tidak lengkap. Warna hanya ditulis tetapi tidak digunakan. (tidak KELEMAHAN Terlalu banyak corak dan warna yang digunakan. menunjukkan warna sebenar) Prosedur menjawab yang rumit-terlalu banyak pilihan. Tempoh menjawab yang lama. Memberi murid peluang untuk memilih lebih dari satu warna. Kriteria atau petunjuk personaliti yang ringkas, padat dan mudah difahami. SET B

3.2 Cadangan bagi menghasilkan inventori yang berkesan Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa inventori disediakan ialah:

13

1. Umur klien apabila berhadapan dengan klien yang muda, perlu diingat bahawa kanak-kanak tidak gemar membaca terlalu lama atau terlalu banyak. 2. Tempoh masa menjawab sesuatu inventori yang mengambil masa yang lama akan mengakibatkan klien member maklumat yang tidak tepat dan mudah merasa bosan. 3. Inventori inventori yang suram ( tanpa warna atau grafik ) kelihatan tidak menarik juga akan mengakibatkan klien tidak berminat untuk menjawab.

Bagi mengelakkan inventori yang dihasilkan tidak berkesan sepenuhnya, maka beberapa perkara perlu diberi penekanan dalam menghasilkan inventori. Inventori mestilah: 1. Berorientasikan warna dan grafik bagi menarik minat klien muda. 2. Arahan jelas, ringkas dan mudah difahami. 3. Tulisan mudah dibaca. 4. Tidak mempunyai item yang terlalu banyak. 5. Tidak mengambil masa yang lama. 6. Petunjuk / kriteria perlu menggunakan ayat mudah bagi klien mudah memahami erti sesuatu keputusan.

BIBLIOGRAFI

14

Kementerian pendidikan Malaysia : Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah : Bahagian Sekolah : Kuala Lumpur 1993.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2001), Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid, Selangor : Cerdik Publications.

Ee Ah Meng : Bimbingan Dan Kaunseling 1 (Semester III) : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd : Shah Alam 1999.

Dr. Zainal Abidin Ahmad & Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) Bimbingan dan Kaunseling, Shah Alam : Malindo Printers Sdn. Bhd.

Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) ,Kaunseling Individu. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Zulkifli Yusof (1998). Panduan Khidmat Bimbingan : Untuk Guru dan Bakal Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.freewebs.com/chello_2005/Rahsia%20Psikologi%20Warna.htm http://members.fortunecity.com/mantis3/Asrin.htm

15