Biodiversiti dan Adaptasi |1

UNIT PELAJARAN 10

ALAM HAIWAN – INVERTEBRATA I
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Memahami pengelasan haiwan. Memahami kekunci pengelasan. Menghuraikan ciri-ciri haiwan dalam Filum Protozoa. Menerangkan tentang haiwan dalam Filum Porifera. Membanding beza haiwan dalam Filum Coelenterata.

PENGENALAN

Rajah 12.1. Beberapa haiwan invertebrata daripada filum yang berbeza. Di muka bumi ini terdapat jutaan haiwan tidak bertulang belakang atau invertebrata. Pada Rajah 12.1 terdapat lima haiwan yang berbeza. Dapat anda namakan haiwanhaiwan tersebut? Ya, mengikut arah pusingan jam haiwan-haiwan tersebut ialah ketam, cacing, siput, lalat dan sotong kurita. Kelima-limanya dikelaskan dalam lima filum yang berbeza.

Biodiversiti dan Adaptasi |2

Kenapakah haiwan-haiwan ini dikelaskan kepada lima filum? Bagaimanakah haiwan-haiwan ini dikelaskan? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada haiwan yang membuatkan para saintis mengelaskan mereka kepada filum, kelas atau order yang berbeza? Perhatikan haiwan-haiwan tersebut, lihat kepala, badan, kaki, rangka, kulit dan lain-lain lagi. Adakah terdapat ciri sepunya yang dimiliki oleh haiwan-haiwan ini? Selepas anda selesai aktiviti di atas, ambil sehelai kertas dan buat refleksi dengan menjawab soalan-soalan berikut:  Tentukan ciri istimewa yang dimiliki oleh sotong?  Adakah terdapat persamaan di antara sotong dan siput?  Apakah ciri yang membolehkan lalat boleh tinggal di daratan atau di udara? Dapat anda menjawab soalan-soalan di atas? Dalam unit pembelajaran ini anda didedahkan kepada cara pengelasan dibuat, pemahaman kepada alam haiwan serta tentang haiwanhaiwan dari filum Protozoa, Porifera dan Coelenterata. Perbincangan tentang haiwan dalam filum-filum tersebut lebih tertumpu kepada pengelasan haiwan tersebut dan ciri-cirinya.

ISI KANDUNGAN
idang zoologi merupakan satu bidang kajian yang merangkumi segala hal berkaitan haiwan termasuklah tentang kehidupan, pengelasan dan perhubungan antara haiwan. Ahli-ahli zoologi pasti berpuas hati sekiranya mereka dapat mengelas dan menamakan semua haiwan yang terdapat di dunia ini. Sains pengelasan haiwan merupakan bidang zoologi yang asas dan ia sangat penting dalam kajian zoologi. Alam haiwan mempunyai pelbagai bentuk organisma iaitu daripada sekecil-kecilnya (seperti dalam filum Protozoa, invertebrata) kepada yang sebesar-besarnya seperti ikan paus (Kordata, vertebrata).

B

Ilmu sains pengelasan merupakan asas kepada kajian pelbagai bidang dalam biologi. Oleh itu seseorang ahli zoologi perlu mengetahui tentang kumpulan-kumpulan haiwan serta asas-asas pengelasannya. Dalam unit ini kita akan membincangkan serta membuat rumusan kepada pengelasan haiwan invertebrata, iaitu kumpulan haiwan yang mengandungi 90% daripada haiwan di muka bumi ini.

Bagaimana Saintis Mengelaskan Haiwan?
erdapat berjuta-juta haiwan tidak bertulang belakang atau invertebrata. Saintis awal telah mewujudkan satu sistem yang dipanggil sains pengelasan bagi haiwan-haiwan ini bagi memudahkan kerja mereka mengenali setiap satu organisma. Melalui sistem ini beribu-ribu maklumat tentang haiwan tersebut dapat disimpan dalam satu sistem yang teratur. Tiap-tiap organisma yang telah dikenal pasti diberi nama yang tepat dalam sistem ini.

T

Biodiversiti dan Adaptasi |3 Contohnya nama Aedes memberi erti bukan sahaja satu jenis nyamuk tetapi juga merujuk kepada morfologi badannya. selalunya dalam bahasa Latin dan huruf pertama ditulis dengan huruf besar. Cara Menamakan Haiwan Sistem yang digunakan untuk menamakan haiwan dipanggil sistem binomial. contohnya Aedes albopictus. Maka sekiranya disebut sahaja filum Arthropoda. nama pertama merupakan nama genus. ilmu pengelasan memudahkan dan amat berguna untuk kita mengenali dan menyelidiki berjuta-juta haiwan yang terdapat di alam ini. Kadangkala perubahan tempat dalam . Nama kedua ini tidak semestinya dalam bahasa Latin. ahli biologi berbangsa Sweden. Jika terdapat nyamuk lain yang berlainan spesies tetapi genusnya masih sama maka nyamuknyamuk ini mempunyai genus yang sama tetapi nama spesiesnya berbeza. contohnya aegypti. Dengan ini. Sistem penamaan secara binomial ini dicipta oleh Carl Linnaeus (1707-1781). Pada tahun 1758 edisi ke-10 Systema Naturae diterbitkan dan buku ini mengandungi nama-nama binomial pelbagai haiwan yang telah diselaraskan oleh Linnaeus. Pada asasnya haiwan dikelaskan mengikut kaedah Linnaeus (Linnaean Hierarchy) yang telah diubahsuai seperti berikut: Kingdom : Haiwan Filum : Arthropoda Kelas : Insekta Order : Diptera Famili : Culicidae Genus : Aedes Spesies aegypti Dalam pengelasan. Nama kedua adalah nama spesies haiwan tersebut dan ditulis dengan huruf kecil. Maka nama spesies haiwan ini ialah Aedes aegypti. Seseorang juga perlu ingat bahawa pengelasan merupakan satu rumusan yang cuba menempatkan sesuatu haiwan ke dalam sesuatu kumpulan yang serupa dengannya. Dalam sistem ini haiwan diberi dua nama. Sebarang percanggahan berkaitan tentang siapa yang mula-mula menerangkan dan menamakan spesies berkenaan selalunya dirujuk kepada “International Commission for International Rules of Zoological Nomenclature”. perlakuan dan penyebarannya. contohnya Aedes. ia memberi maklumat bahawa filum ini merujuk kepada sejenis kumpulan haiwan (seperti Aedes) yang mempunyai beberapa sifat dan ciri yang sama walaupun terdapat perbezaan dari segi morfologi badan. Bagi mengelakkan penemuan spesies yang sama Linnaeus mengesyorkan supaya satu tip (type) spesimen bagi setiap spesies yang telah dinamakan disimpan di muzium serta menjadi bahan rujukan. struktur badannya dan cara hidupnya. seboleh mungkin dibuat mengikut binaan filogeni.

................................. Rangka luar daripada kitin........................... simetri tubuh.......................................................... Rajah 12.....................6 6............ kehadiran liang dan saluran..............................................3 Tubuh mempunyai tiga lapisan germa .......................................................................................... Sistem pencernaan lengkap dengan dubur ........................................................................................2 menunjukkan kekunci bagi 10 filum haiwan invertebrata yang penting.............................................ARTHROPODA Rangka luar daripada kapur...... notokod. sistem pencernaan yang lengkap... rangka luar.................................4 3.....................................................MOLLUSCA 9......... Cuba anda jawab soalan-soalan berikut:  Apakah nama saintifik bagi lalat?  Bagaimanakah anda menulis nama saintifiknya?  Apakah nama filumnya? Apa itu Kekunci Pengelasan? ekunci pengelasan berfungsi untuk mengelaskan haiwan berdasarkan ciri yang mereka miliki.............................................. Tubuh bersegmen...........................PORIFERA Tiada liang dan saluran pada tubuh...............................Biodiversiti dan Adaptasi |4 pengelasan berlaku mengikut perkembangan dan pengetahuan yang diperoleh dari masa ke masa........................................................................ saraf dan salur pernafasan................PLATYHELMINTHES 5........................................2 2...... Haiwan tidak dapat bergerak ..................... mempunyai apendaj yang disebut seta...... Tubuh mempunyai dua lapisan germa ............ Hidup sebagai parasit ...KORDATA Tidak mempunyai organ-organ yang disebut di atas ........................COELENTERATA 4........................................... Terdapat liang dan saluran pada tubuh...... Anggota tidak beruas-ruas/sendi.8 Tidak mempunyai rangka luar ..... Mempunyai notokod..9 8.........................ECHINODERMATA Simetri tubuh bilateral ..............ANNELIDA Tubuh tidak seperti di atas............................2..............5 Sistem pencernaan tidak lengkap ......... lapisan germa......................... segmen pada badan serta sifat parasit sesuatu haiwan... Haiwan bersel satu (unisel) ...................... Simetri tubuh radial ...7 7................. Hidup bebas .. saraf dorsal dan celah insang pada dewasa atau peringkat embrio ........................... K 1......................................... Haiwan dapat bergerak dengan bebas ............. Mempunyai rangka luar .......................................PROTOZOA Haiwan bersel banyak (multisel) ............ Anggota beruas-ruas/sendi............. Mempunyai salur darah..... Bagi invertebrata ciri-ciri yang diperhatikan bermula dengan bilangan sel.....................ASCHELMINTHES Rajah 12................................................ .............................................................................. Melalui ciri-ciri ini haiwan-haiwan dikelaskan. pergerakan bebas. Kekunci bagi 10 Filum Invertebrata penting........

Tubuhnya tidak simetri. Ia mempunyai metabolisme yang sama dengan sel-sel haiwan peringkat tinggi. Oleh sebab itulah Protozoa dianggap oleh Libbis Henrietter Hyman (American Museum of Natural History) sebagai satu organisma yang walaupun tidak mempunyai organ. Ciri-ciri Protozoa merupakan haiwan kecil. Kebanyakan haiwan ini hidup bersendirian namun terdapat beberapa spesies yang hidup berkoloni.  Dengan menggunakan kekunci pada Rajah 12. dalam air tawar dan juga dalam jasad haiwan lain. Rajah 12. Apakah filum Protozoa? rotozoa menurut bahasa Greek bermakna haiwan awal (Protos = awal/pertama. P Habitat Haiwan Protozoa boleh dijumpai di merata-rata tempat di darat. Ia sering hidup bebas tetapi ada juga yang hidup sebagai parasit.Biodiversiti dan Adaptasi |5 Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut:  Pilih tiga haiwan invertebrata di sekeliling anda. . tisu dan sebagainya seperti yang terdapat pada haiwan peringkat tinggi. Ia mempunyai nukleus yang nyata. kenal pasti filum haiwan tersebut. Biasanya ia hidup bersendirian. sama ada satu atau banyak. Haiwan ini menyukai habitat yang lembap. Protozoa merupakan organisma satu sel yang unik dan berupaya menjalani proses hidup yang kompleks. serta tidak mempunyai organ atau tisu (Rajah 12. lonjong dan bulat. tetapi ia merupakan satu organisma kerana ia adalah satu entiti jasad yang hidup dan menjalankan proses yang kompleks. tetapi ada juga yang berkoloni. Haiwanhaiwan berbentuk sel bujur.2.3). Walaupun Protozoa hanya mempunyai satu sel.3. tetapi ia mempunyai organel yang mampu menjalankan fungsi-fungsi tertentu. zoon = haiwan). Ada juga pengelasan yang meletakkan Protozoa dalam filum Protista.  Catatkan ciri-ciri haiwan tersebut. di laut. mikroskopik dan satu sel. Protozoa yang dilihat di bawah mikroskop.

Ia tidak mempunyai pelikel dan mempunyai bentuk tertentu.1. Terdapat beberapa spesies marin dan spesies air tawar yang sering dijumpai ialah Amoeba proteus.3 mm dan bergerak menggunakan pseudopodium (kaki palsu). Haiwan dalam filum ini mempunyai kedua-dua jenis pembiakan. Amoeba juga menggunakan pseudopodium untuk mendapatkan makanan. . Haiwan ini hidup bebas. Sesetengah spesies mempunyai selaput keras. Terdapat lima jenis pemakanan filum Protozoa seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12. Dalam persekitaran yang kurang baik ia membentuk sista. Terdapat dua subkelas iaitu Rhizopoda dan Actinopoda yang membahagi kepada lima order yang utama dalam Kelas Sarcodina iaitu Lobosa. Contoh-contoh haiwan dalam order ini ialah Amoeba proteus. Holofitik Membuat makanan sendiri secara fotosintesis. Entamoeba histolytica dan Escherichia coli. komensalisme atau bersimbiosis. pembiakan aseksual (tanpa seks) dengan cara pembelahan dua atau pembelahan berganda.1. Vakuol mengecut terdapat dalam spesies air tawar. parasit. Foraminifera. Sporozoa dan Ciliophora (Ciliata) (Rajah 12. Mastigophora. Misalnya: Plasmodium Saprozoik Makan bahan yang mati. Jenis pemakanan Huraian Holozoik Memakan organisma kecil seperti bakteria. Order Lobosa mempunyai pseudopodium pendek yang dipanggil lobopodium. Pembiakan seksual dengan cara percantuman gamet atau konjugasi. Helioza dan Radiolaria.Biodiversiti dan Adaptasi |6 Haiwan ini bergerak dengan bantuan pseudopodium. Filosa. alga. flagelum atau oleh selnya sendiri dengan menggunakan otot mionem. Ia mempunyai protoplasma yang sama dengan endoplasma. silium. Amoeba merupakan genus Protozoa dari subkelas Rhizopoda yang dijumpai di tempat-tempat lembap iaitu tempat terdapatnya bahan-bahan organik. Misalnya: Euglena. Lazimnya Protozoa dibahagikan kepada empat kelas iaitu kelas-kelas Sarcodina. Sesetengah order mempunyai selaput luar atau cangkerang. Jenis pemakanan haiwan dalam filum Protozoa. Spesies ini biasanya sebesar 0. Ia adalah haiwan holozoik dan membiak secara aseksual. Parasit Makan bahan / tisu daripada haiwan lain.4). Chlamydomonas. Misalnya: Amoeba proteus. Kelas Sarcodina Haiwan-haiwan ini bergerak dengan pseudopodium. Jadual 12. Sista dibina sekiranya persekitarannya tidak baik. Saprofitik Makan bahan yang reput dan terlarut di sekitaran. beberapa protozoa dan sebagainya.

tidak sampai ke bahagian endoplasma. Merupakan order yang hidup di air laut / marin. Filamen-filamen alga yang berwarna hijau sering terdapat pada bahagian endoplasmanya. . Order Filosa mempunyai pseudopodium tajam. Badannya diselaputi oleh cangkerang yang berlubang-lubang dan terbina daripada kalium (Rajah 12. Order Foraminifera mempunyai cangkerang yang dibina daripada kalsium karbonat (CaCO3). Protoplasmanya boleh dibezakan antara ektoplasma dan endoplasma.4. Pseudopodiumnya seperti benang. Contoh haiwan dalam order ini ialah Actinophrys. Ektoplasma Actinosphaerium banyak mempunyai vakuol mengecut kecil dan besar.5). Haiwanhaiwan dalam filum ini hanya mempunyai endoplasma. Merupakan haiwan tanpa rangka tetapi mempunyai spikul. Globigerina merupakan Foraminifera yang selalu dijumpai di laut. Genus Actinosphaerium dari subkelas Actinopoda sering dijumpai di kolam dan telaga air tawar. Struktur filiform disebut filopodium. Order Radiolaria mempunyai cangkerang dan rangka silika (Rajah 12. tenggelam ke dasar laut dan membina satu timbunan bahan kapur yang boleh digali untuk pelbagai kegunaan. Globigerina yang telah mati. Contoh haiwan dalam order ini ialah Euglypha. Ia mempunyai banyak nukleus. Merupakan haiwan marin. Contoh haiwan dalam order ini ialah Acanthometra. Order Heliozoa menghuni persekitaran air tawar. Spora-sporanya selalu diselaputi oleh lapisan silika. Sporozoa (C) dan Ciliophora (D). Aksonem berakhir di ektoplasma. Pseudopodium keluar daripada lubang-lubang tersebut. Sarcodina (A). Actinosphaerium membiak dengan cara belahan berganda dan pembentukan spora.Biodiversiti dan Adaptasi |7 A B C D Rajah 12.5). Haiwan ini kecil dan sebesar kira-kira 1 mm. Mastigophora (B). Contoh haiwan dalam order ini ialah Globigerina. Pseudopodiumnya halus dan beradial simetri. Haiwan bagi empat kelas dalam filum Protozoa. Globigerina merupakan Protozoa yang penting daripada segi ekonomi. Pseudopodium keras dan menjalar keluar.

Kebiasaannya mempunyai dua flagelum. Subkelas Phytomastigophora selalunya mempunyai kromoplas (plastid). Malaria disebabkan oleh Sporozoa genus Plasmodium. Trichomonas. Coccidiosis dan malaria termasuk dalam kumpulan ini.5). Kadangkala ia mengganggu kelancaran melalui sista yang terdapat dalam tinja. Haiwan-haiwannya selalu mempunyai lebih daripada dua flagelum. Haiwan ini hidup bebas atau parasit. Euglena bergerak dengan menggunakan flagelum dan otot mionem. Mereka hidup sendirian atau berkoloni. Sistanya berbentuk bujur dan yang matang mempunyai empat nukleus. Spesies yang sering dijumpai di Malaysia ialah E. Kelas ini mengandungi beberapa parasit manusia dan haiwan vertebrata yang penting. Kelas Sporozoa Haiwan dalam kelas ini merupakan endoparasit. Ia membiak dengan belahan membujur. Ia merupakan flagelat yang mempunyai klorofil. Giardia lamblia adalah spesies daripada order Diplomonadida. viridis. Trofozoitnya mempunyai empat pasang flagelum yang panjang dan kesemuanya berasal daripada sistem aksonem yang kompleks yang dihubungkan dengan sepasang bleferoplas. Biasa hidup bebas atau parasit. Beberapa organisma dalam kelas ini menjadi parasit manusia yang penting. Euglena mempunyai ‘stigma’ (bintik merah) yang peka kepada cahaya di bahagian antenanya. Bahan makanan disimpan dalam bentuk jasad paramilum. Beberapa daripada haiwan dalam kelas ini mempunyai kromatoplas.Biodiversiti dan Adaptasi |8 Kelas Mastigophora (Flagelat) Mastigophora merupakan kumpulan Protozoa yang paling primitif. Euglena adalah genus daripada order Euglenoidea yang banyak dijumpai di kolam-kolam air tawar (Rajah 12. Mempunyai kitar hidup ringkas atau kompleks. Subkelas Zoomastigophora tidak mempunyai plastid. Lamblia tidak memberi apa-apa kesan terhadap perumahnya. Giardia dan Chilomastix. Haiwan dalam kelas ini tidak mempunyai organel pergerakan (tanpa pseudopodium atau flagelum). Mempunyai dua subkelas iaitu Telosporidea dan Neosporidea. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Euglena dan Volvox. Subkelas ini mempunyai bahan simpanan dalam bentuk karbohidrat dan minyak. Sesetengah haiwan ini mempunyai cangkerang. Haiwan-haiwan dalam kelas ini dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Phytomastigophora dan Zoomastigophora. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Trypanosom. Coccidia merupakan beberapa parasit haiwan ternakan manusia. . bentuk badan yang khusus dan flagelum untuk bergerak. Spesies ini hanya dijumpai di usus kecil sahaja (Rajah 12. Haiwan-haiwan dalam kelas ini mempunyai pelikel.5). Selalunya G. Haiwan-haiwan dalam subkelas ini tidak mempunyai bahan simpanan karbohidrat (selain glikogen) atau minyak.

cairan ini kemudian diserap oleh bahagian permukaan badan Monocystis. Gamet betinanya adalah hologamet. Order Gregarinidea mempunyai trofozoit di luar sel. Genus Plasmodium merupakan parasit Protozoa yang amat penting di dunia kerana menyebabkan penyakit demam malaria. Trofozoit berbentuk pipih dan menajam di kedua-dua hujungnya. Contoh haiwan dalam order ini ialah Monocystis dan Gregarina. Haiwan-haiwan dalam kelas ini mempunyai silium untuk pergerakan dan badannya diselaputi oleh pelikel. fasa eritrosit. Biasanya haiwan ini merupakan parasit darah atau usus. sitofarinks dan liang dubur. Trofozoit merembeskan enzim proteolitik yang boleh menghancurkan tisu perumah. ia tidak mempunyai organel seperti Protozoa yang hidup bebas. Monocystis makan dengan cara saprozoik. b.Biodiversiti dan Adaptasi |9 Subkelas Telosporidea merupakan trofozoit yang mempunyai satu nukleus. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Nosema. Parasit edarkan oleh nyamuk genus Anopheles. Perkembangan tanpa seks atau skizogoni dalam sel-sel hati. Di Malaysia. mempunyai alur mulut. c. Parasit malaria memerlukan dua perumah iaitu nyamuk dan manusia untuk meneruskan kitar hidupnya. fasa praeritrosit. Order Coccidia adalah trofozoit intrasel. . Eimeria dan Toxoplasma. P. vivax. P. Perkembangan tanpa seks dalam sel darah merah. Kumpulan ini menunjukkan organel-organel yang istimewa yang tiada pada kumpulan Protozoa lain. ovale. Sporanya kompleks. A. Perkembangan seks atau sporogoni dalam nyamuk Anopheles betina. Kelas Ciliophora Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling besar daripada segi saiz bagi Filum Protozoa. Gamet betina ialah merogamet. falciparum. Kitar hidup Plasmodium boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu: a. Parasit usus atau hemosel haiwan iaitu dalam Arthropoda atau Annelida. malariae dan P. Dua order penting ialah order Coccidia dan Gregarinidea. sundaicus dan A. Monocystis bergerak dengan menggunakan otot mionem. Terdapat dua subkelas iaitu Holotricha dan Spirotricha. Disebabkan Monocystis hidup sebagai parasit. vektor utama parasit malaria ialah A. Sporanya ringkas dan selalunya mengandungi beberapa sporozoit. Terdapat beberapa spesies yang mempunyai tentakel. balabacensis. Contoh haiwan dalam order ini ialah Plasmodium. Peringkat ini akhirnya akan menghasilkan sporozoit yang boleh menjangkiti manusia. Dilengkapi dengan makronukleus dan mikronukleus. Subkelas Neosporida mempunyai trofozoit banyak nukleus. Monocystis hidup sebagai parasit dalam vesikul seminal cacing tanah. macculatus. Terdapat empat spesies Plasmodium yang menjangkiti manusia iaitu P. Paramesium misalnya.

anterior. ia mempunyai mulut yang disebut sitostom. Globigerina (A). serta membantu untuk menangkap mangsanya bagi dimakan. Mempunyai sitofarinks dan sitostom. Terdapat mikronukleus dan makronukleus. Tiap-tiap ruang heksagon ini mempunyai silium. Trikosis juga terdapat di pelikal.5). Balantidium dari order Trichostomatidia merupakan Protozoa yang selalunya merupakan parasit usus babi dan monyet dan kadangkala terdapat dalam usus manusia. Kepelbagaian haiwan protozoa. dorsal. B. Badan Paramecium diselaputi oleh satu lapis pelikel yang tebal dan mempunyai ruas yang berbentuk heksagon. sista akan membiak di kolon dan kitar hidup bermula semula. Paramecium juga mempunyai struktur seperti sitofarinks. Paramecium melakukan pembiakan seks dengan cara proses konjugasi. ventral. disebut kaudal siri. Selain silium. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Balantidium. A B C D E Rajah 12. Subkelas Spirotricha mempunyai saiz silium yang berbeza. Selalunya ada sitofarinks dan sitostom. Radiolaria (B). ada posterior. ia adalah organ pertahanan dan serangan. Contoh haiwan dalam subkelas ini ialah Paramecium (Rajah 12. sista dibentuk dan kemudian diedarkan keluar melalui tinja. Trofozoitnya berukuran kira-kira 50-100 µm panjang dan 40-70 µm lebar. Giardia (D) dan Paramecium (E). Pemakanan secara holozoik. Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:  Dapatkah anda sebutkan ciri-ciri haiwan Protozoa?  Bezakan haiwan dalam kelas Sarcodina dan kelas Ciliophora?  Bolehkah anda nyatakan kepentingan ekonomi filum Protozoa? . coli selalunya terdapat di bahagian sekum kolon. Pada takat tertentu. sitofag dan mikronukleus serta makronukleus. Organisma ini boleh menyebabkan ulser kolon. B. Ia hidup dengan memakan sel-sel mukus kolon dan juga bakteria yang berada di lumen usus besar. ia berbeza sedikit. coli merupakan parasit Protozoa yang paling besar yang melanda manusia. Euglena (C).B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 10 Subkelas Holotricha mempunyai saiz silium yang serupa. Apabila termakan. sitostom. Ia mempunyai bentuk yang khusus. Paramecium mempunyai bentuk seperti selipar dan selalu dijumpai menghuni di kolam atau telaga yang mengandungi daun-daun yang sedang mengalami proses pereputan. oral dan aboral.5. Ia berbentuk bujur dan mempunyai silium. Di bahagian anterior. Silium ini mempunyai saiz yang serupa melainkan di bahagian kaudal.

Porifera merupakan haiwan Parazoa yang mempunyai organisasi di peringkat sel sahaja. 3. Tubuh seperti kantung berliang-liang dengan rangka yang terdiri daripada spikul kalsium karbonat atau spongin.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 11 A Bina peta minda yang mengandungi filum. kecuali famili Spongillidae yang terdapat di air tawar. 2. Haiwan dalam filum ini biasanya dikenali sebagai sepan. ini mengasingkannya daripada Metazoa yang lain. Akuatik. kecuali suatu famili (Spongillidae) yang terdapat di dalam air tawar. Dinding selnya terdiri daripada tiga lapis: a. Sepan tidak mempunyai saluran pencernaan. Sepan boleh dibelah dua dan tiap-tiap sebelah berupaya untuk menjadi seekor sepan. bahan-bahan organik yang ada bersama-sama air turut serta masuk ke tubuh sepan melalui sistem aliran air ini. Partikel-partikel kecil. Sepan merupakan kumpulan haiwan invertebrata yang amat berguna kepada manusia. . kelas. Bahagian tengah bergelatin dan mengandungi sel berbentuk ameba. 4. Bahagian luar mengandungi sel-sel epidermis. Sepan merupakan haiwan invertebrata multisel yang sel-selnya tidak membentuk sebarang pengkhususan. 5. 6. P Sepan adalah organisma yang sesil. Sepan mandi yang mengandungi rangka spongin telah pun diniagakan sejak zaman-berzaman. sistem saraf atau sistem peredaran darah. marin. sistem saraf atau sistem peredaran darah. Oleh itu. Sepan terkenal kerana keupayaannya untuk meregenerasi anggota yang hilang. akuatik dan kebanyakannya terdapat di laut. Air masuk melalui liang-liang ini dan mengalir ke seluruh tubuh dan akhirnya dialirkan keluar melalui oskulum. Haiwan Parazoa yang mempunyai organisasi di peringkat sel. ferre = mengandungi). Bahan-bahan ini merupakan sumber makanan bagi sepan. Tidak mempunyai saluran pencernaan. Apakah yang terdapat pada haiwan dalam filum Porifera? orifera menurut bahasa Greek bermakna mengandungi lubang kecil (Porus = lubang kecil. Seni binaan rangka ini serta bahan-bahan kimianya merupakan asas penting untuk pengelasan haiwan ini. order dan contoh genus bagi filum Protozoa. Berkeupayaan untuk regenerasi. Proses regenerasi sangat ‘istimewa’ kepada sepan kini menjadi satu bidang penyelidikan utama yang sedang giat dijalankan sekarang. subkelas. Sistem pemakanan sebegini memerlukan tubuh yang tegak dan tegang. sepan mempunyai rangka yang terbina daripada spikul-spikul dan silika atau kalsium karbonat (CaCO3) atau spongin. b. Pengetahuan mengenai proses ini akan membolehkan kita memahami pelbagai penyakit tisu perantara dan masalah pencedungan tisu. Tubuhnya merupakan sebuah kantung yang berliang-liang. Filum ini mempunyai ciri-ciri berikut: 1.

Larut dalam asid hidroklorik. Kelas Heksaktinellida Spikul bagi haiwan dalam kelas ini terdiri daripada silika. Koanositnya lebih . Heksaktinellida dan Demonspongiae (Rajah 12. alga dan substrat-substrat lain di laut. Flagelum yang terdapat pada koanosit mengalirkan air melalui liang dan saluran yang tertentu. Melalui aliran air inilah zat-zat makanan. Jenis spikul yang terdapat dalam kelas ini ialah monakson dan tetrakson. sinkon dan leukon. ampiblastula (berenangrenang).B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 12 c. 8. Semasa perkembangan (peringkat amfiblastula). ampiblastula mengalami proses “menular ke dalam” dan sel-sel masuk ke dalam. disebut sel kolar atau koanosit. Proses ini merupakan pembalikan lapisan sel dari luar ke dalam – satu kejadian yang tidak wujud pada haiwan-haiwan lain. Koanositnya besar serta ruang flagelumnya selalu memanjang. Contoh genus dalam kelas ini adalah Leucosolinia. Tidak larut dalam asid hidroklorik. sepan dewasa. 7. Jenis spikul yang terdapat dalam kelas ini ialah tetrakson atau heksaktin. Tiga kelas Porifera kelas Calcarea.6). Porifera selalunya bertabiat sesil. A B C Rajah 12. biasanya terletak di atas batu karang. Kelas Calcarea Mempunyai spikul berkapur (calcareous) terdiri daripada kalsium karbonat. Grantia dan Sycon. sel flagelat yang terdapat di luar masuk ke dalam dan membentuk koanosit. Tiga seni binaan aliran air sepan dikenal pasti iaitu askon. Heksaktinellida dan Demonspongiae.6. Bahagian dalam mengandungi sel berflagelum yang mempunyai kolar. Dibahagikan kepada tiga kelas mengikut jenis bahan kimia rangkanya iaitu kelas Calcarea. Perkembangan sepan dalam kelas Calcarea terdiri daripada ovum. bahan kumuh serta gamet dibawa masuk dan keluar daripada tubuh.

kelenjar dan suatu sel khusus yang boleh mengeluarkan nematosis. Contoh genus dalam kelas ini adalah Euplectella dan Hyalonema. Filum ini merupakan kumpulan haiwan yang pertama selepas Protozoa yang menunjukkan ciriciri pembahagian kerja. Koanositnya kecil serta hanya berada di ruang flagelum sahaja. Tubuhnya mengandungi dua lapisan. 2. enteron = usus). Ini jelas menunjukkan satu sel menjalankan dua fungsi. Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:  Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam haiwan dari filum Porifera?  Bagaimana haiwan dalam filum ini makan?  Bolehkah anda terangkan cara sepan membiak? B Bina peta minda yang mengandungi filum. Filum ini juga disebut Cnidaria yang merangkumi pelbagai organisma akuatik terdapat di air tawar dan di laut. satu cabang) dan Euspongia (tanpa spikul tetapi mempunyai serabut-serabut spongin). Ciri-ciri filum Coelenterata adalah seperti berikut: 1. buran (sea anemones) dan karang. Bagaimana haiwan dalam filum Coelenterata berbeza dengan haiwan lain? F ilum Coelenterata menurut bahasa Greek bermakna mengandungi rongga usus (Keilos = rongga. Epidermis luar mempunyai sel saraf. Kelas Demonspongiae Spikul bagi haiwan dalam kelas ini terdiri daripada silika yang tidak lebih daripada enam cabang.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 13 kecil serta ruang flagelum berbentuk oval. Contoh genus dalam kelas ini adalah Pachymatisma (spikul bersilika dan bercabang empat. . tetrakson). ada ektoderma dan endoderma yang dipisahkan oleh mesoglea. Antara haiwan yang tergolong dalam filum ini termasuklah Hydra. ektoderma dan endoderma yang dipisahkan oleh satu lapisan nipis disebut ‘mesoglea’. Selalunya mempunyai spongin (sejenis protein seakan-akan keratin dan kolagen). Endoderma juga mempunyai sel turus yang menjalankan dua peranan iaitu proses pencernaan dan pergerakan (pengecutan). Spongilla dan Cliona (spikul bersilika dan monakson. Simetri jejari dan marin. kelas dan contoh genus bagi filum Porifera. obor-obor. Ruang flagelum selalunya berbentuk sfera. Diplobastik.

Polip – sesil (menetap). Hidrokoralina dan Sifonofora. Mempunyai enteron – berupa kantung – ada mulut tetapi tiada dubur. 4. Order Hidroidea 1. ada dua jenis bentuk tubuh (zooid). Haiwan dalam filum Coelenterata. Berlainan daripada Skifozoa dan Anthozoa. gamet Hidrozoa berkembang dalam epidermis dan keluar terus daripada tubuh. 7. Kelas Hidrozoa Ciri-ciri haiwan kelas ini ialah: 1. 3. Filum ini dibahagikan kepada tiga kelas iaitu Hidrozoa. . bentuk membiak. 5. Hidup bersendirian atau berkoloni. Medusa – mengapung. 2. 2.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 14 3. 5. Ia tidak melalui rongga gastrovaskular. Pembiakan dengan penunasan atau dengan gamet. Takilina. Beberapa spesies daripadanya mempunyai kitar hidup dengan selangan generasi. Order Takilina 1. b. 3. Skifozoa dan Anthozoa (Rajah 12.6) A B C Rajah 12. Selalunya mempunyai lapisan luar disebut perisak yang menyelaputi senosak. 3. Hidrozoa (A).6. a. Beberapa spesies daripadanya menunjukkan polimorfisme. Mempunyai tentakel dengan nematosis. Mempunyai kedua-dua bentuk tubuh iaitu polip dan medusa dalam kitar hidupnya. Larvanya disebut planula. Medusa berkembang menjadi telur. Medusa selalunya besar manakala polip kecil. Medusa sekiranya ada berbentuk loceng. Tentakel menjadi organ deria. Skifozoa (B) dan Anthozoa (C). Haiwan kelas ini dibahagikan kepada empat order iaitu Hidroidea. 4. 6. Tidak mempunyai perisak. Gonad terletak di manubrium atau pada aluran-aluran radial. bersendirian atau berkoloni. Kecil. 2. Contoh haiwan seperti Hydra dan Obelia.

Tidak mempunyai ropalium. 2. 5. Order Sifonofora 1. Mempunyai tentakel yang panjang. d. 3. Selalunya berkoloni. Mempunyai empat perradial ropalium. Nektofor: Berbentuk medusa. 3. . Contoh haiwan seperti Physalia dan Velella. Dibahagikan kepada lima order iaitu Lucernariida (Stauromedusa). Tiada rangka. 2. Contoh haiwan seperti Millepora. 6. c. e. Tentakel terletak pada sudut perradial dan antara jejari. Hanya bentuk medusa. keduaduanya keluar daripada liang-liang di rangka. Order Cabomedusae (Charybdeida) 1. Ada nematosis untuk menangkap mangsa. Mempunyai pneumatofor yang mengandungi gas supaya terapung. 2. boleh berenang. 5. Contoh haiwan seperti Liriope scutigena dan Cunoctantha. Contoh haiwan seperti Lucernaria dan Haliclystus. 3. 2. Selalunya melekat ke substratum.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 15 4. Daktilozoid: Bentuk hidra tetapi tiada mulut. Mempunyai pepayung macam pasu. 4. 4. Medusa mempunyai struktur sama seperti yang terdapat pada Hidrozoa. Hidrofilum: Berbentuk macam daun. Pelagik. 4. Kelas Skifozoa Mempunyai ciri-ciri berikut: 1. 2. mempunyai empat perradial tentakulosis. Gastrozoid: Bentuk hidra – mempunyai mulut untuk makan. b. Koloni boleh mengandungi individu berikut: a. 4. Tentakel antara jejari. 5. berupaya menggerakkan koloni. 3. Coronatae (Peromedusa). Tiada selangan generasi. berkoloni dan polimorfik. merupakan perisai untuk koloni. Tidak mempunyai velum. Order Lucernariida (Stauromedusa) 1. polip kecil atau tidak ada sama sekali. Cabomedusae (Charybdeida). Order Hidrokoralina 1. Rhizostomae dan Semaeotomeae. Tiada selangan generasi. Hidup bebas dan bersendirian. Dua jenis polip: gastrozoid (makan) dan daktilozoid (untuk menangkap mangsa). Mempunyai rangka kalsium karbonat. Gonozoid: Bentuk medusa – mengeluarkan telur dan sperma.

Mempunyai empat atau lebih perradial dan empat atau lebih antara jejari ropalium. 4. Contoh haiwan seperti Aurelia dan Cyanea. Pepayung macam cawan. 3. Mempunyai lapan ropalium. Order Semaeotomeae 1. 5. Tidak mempunyai tentakel. Contoh haiwan seperti Charybdea. 4. Stomodeum mempunyai dua sifonoglif. Badan macam cakera. Ada yang ada rangka atau tiada. Pepayung berbentuk corong. Kebanyakan Skifozoa termasuk dalam order ini. Mempunyai tentakel yang lompang dan bilangannya dalam gandaan enam. Hidup bersendirian atau berkoloni. 6. Mulut mempunyai empat tangan oral yang mempunyai penghisap. Tiada selangan generasi. Mengandungi order-order berikut: . Gonad berasal daripada endoderma. Dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Zoantharia (Hexacorallia) dan Alcyonaria (Oktokarang). tiada bentuk medusa. Order Rhizostomeae 1. Mulut dikelilingi oleh empat ‘tangan’ oral. Tiada selangan generasi. Subkelas Zoantharia (Hexacorallia) 1. 4. 2. Tentakel perradial dan adradial. Enteron dibahagi-bahagikan kepada septum menegak. 4. 4. 2. 2. Badan berbentuk piring atau hemisfera. Kitar hidup. 2. Contoh haiwan seperti Periphylla dan Pericolpa. Order Coronatae (Peromedusa) 1. Selalunya mempunyai lapan ropalium. 3. 5. 5. 2. 3. Hanya berbentuk polip. 6. Hidup bersendirian atau berkoloni. 5. 5. 6.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 16 3. 3. medusa bersilang seli dengan skifistoma. Tiada selangan generasi. Sama ada berangka atau tidak. Mempunyai empat antara jejari ropalium. 3. 4. Kelas Anthozoa Terdiri daripada Coelenterata yang mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Contoh haiwan seperti Rhizostoma.

6.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 17 Order Actinaria 1. 4. 3. Kebanyakan polip karang ini mempunyai warna seperti merah jambu. memberikan wajah yang cantik dan berwarna-warni. Tentakel banyak. 4. Dua jenis tentakel. Rangka berkitin. Order Antipatharia 1. 5. Anemonia dan Metridium. Order Alcyonacea (Alcyonaria) mempunyai rangka yang terbina daripada kalsium karbonat dan koloni selalunya besar dan tersebar luas. Gorgonacea dan Pennatulacea. Subkelas Alcyonaria (Oktokarang) Mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Terdapat pada sisi (marginal) dan oral. 4. 3. Selalunya dijumpai pada kedalaman kira-kira 25 – 250 meter. 2. 2. . Contoh haiwan seperti Porites dan Fungia. 3. Order Madreporaria (Sclerectinia) 1. Contoh haiwan ialah Alcyonium. 5. 2. Terbahagi kepada tiga order iaitu Alcyonecea. Order Ceriantharia 1. Kebanyakan karang berkumpul dalam order ini. 2. Semua hidup berkoloni. 3. Corallium. Tiada rangka. Tentakel tidak banyak (6-23 jumlahnya). 3. Dalam bentuk polip. Berkoloni dan berbentuk macam pokok. Contoh haiwan seperti Antipathes dan Cirripathes. Mempunyai dua sifonoglif. Heliophora dan Tubipora. merah. 2. 5. Contoh haiwan Cerianthus. Mempunyai satu sifonoglif. karang biru dan karang paip organ. 4. Hidup bersendirian. Badan penuh dengan rangka kalsium karbonat yang dibina oleh sel-sel epidermis. Contoh haiwan seperti Adamsia. kuning. hijau dan ungu. Selalunya hanya terdapat satu sifonoglif. Mempunyai tentakel yang banyak. Sifonoglif kecil. Terdiri daripada karang lembut. Hidup bersendirian dan terbenam dalam pasir. Hidup berkoloni. Mempunyai lapan tentakel yang berbentuk pinat dan lapan septum.

2. Contoh haiwan seperti Gorgonia dan Eunicella. 2. Selamat berjaya! . Akhir sekali. Rangka daripada kalsium karbonat. order dan contoh genus bagi filum Coelenterata. 3. Order Pennatulacea (Sea Pens) 1. kelas. Contoh haiwan seperti Pennatula (sea pens). Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:  Apakah berbezaan ciri haiwan dari filum Porifera berbanding haiwan filum Coelenterata?  Apakah contoh haiwan dari Kelas Skifozoa?  Apa yang berlaku kepada filum ini sekiranya bongkah ais cair? C Bina peta minda yang mengandungi filum. Alcyonaria yang membentuk koloni yang serupa dan bilateral. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ Baiklah. 4. Mempunyai rangka kalsium karbonat yang dihasilkan oleh sel-sel ektoderma. Polip tidak dimorfik. Selain itu anda juga mengetahui tentang haiwan-haiwan yang terdapat dalam filum Protozoa dan Porifera. anda juga telah mengetahui tentang ciri-ciri haiwan Coelenterata. Hidup berkoloni dan berbentuk seakan-akan sepohon pokok. Bagaimanakah ciri-ciri yang terdapat pada cacing dan sotong? Ciri-ciri ini akan anda pelajari dalam unit-unit seterusnya. 3. Renilla dan Veretillum.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 18 Order Gorgonacea 1. di dalam Unit Pelajaran 10 ini anda telah didedahkan kepada cara pengelasan dan penamaan haiwan. Tuliskan ciri-ciri yang terdapat padanya yang menyebabkan anda mengkategorikannya sebagai filum tersebut. Pilih satu haiwan invertebrata dan cuba anda kenalpasti filumnya.

Sains pengelasan ialah satu sistem bagi mengenali haiwan-haiwan yang sangat banyak. Bidang zoologi merupakan satu bidang kajian yang berkaitan tentang haiwan.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 19 RINGKASAN 1. Antara haiwan yang tergolong dalam filum ini termasuklah Hydra. 7. 6. 5. Filum Coelenterata juga disebut Cnidaria yang merangkumi pelbagai organisma akuatik terdapat di air tawar dan di laut. Sistem penamaan haiwan dipanggil sistem binomial. Protozoa dibahagikan kepada empat kelas iaitu kelas-kelas Sarcodina. Sporozoa dan Ciliophora. Heksaktinellida dan Demonspongiae. Mastigophora. buran (sea anemones) dan karang. Biasanya dikenali sebagai sepan. Kekunci pengelasan berfungsi untuk mengelaskan haiwan berdasarkan ciri yang dimiliki. 2. 9. 3. Porifera merupakan haiwan yang mempunyai organisasi di peringkat sel sahaja. 8. obor-obor. Protozoa merupakan organisma satu sel yang unik dan berupaya menjalani proses hidup yang kompleks. . Porifera terbahagi kepada tiga kelas mengikut jenis bahan kimia rangkanya iaitu kelas Calcarea. 4. nama pertama ialah nama genus dan nama kedua adalah nama spesies.

Cliona) Keratosa (Euspongia) .B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 20 PETA KONSEP DAN JAWAPAN Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta Konsep di bawah.Toxoplasma) Telosporodia Sporozoa Gregarinidea (Monocystis) Neosporida (Nosema) Holotricha (Paramecium) Ciliata Spirotricha (Balantidium) B Calcarea (Grantia) Hexactinellida (Euplectella) Porifera Tetractinellidea (Pachymatisma) Demonspongiae Monaxonida (Spongilla. A Phytomastigophora (Volvox) Mastigophora Zoomastigophora (Euglena) Lobosa Rhizopoda Sarcodina Foraminifera (Globigerina) Helioza (Actinophyrys) Filosa (Euglypha) Protozoa Actinopoda Radiolaria (Acanthometra) Coccidia (Plasmodium.

Metridium) Antiptharia (Antipathes. Cirripathes) Madreporaria (Porites. Polycolpa) Hydrozoa Hydrocorallina (Millepora) Siphonophora (Physalia) Lucernariida (Stauromedusae) (Lucernaria) Cubomedusae (Charybdeida) (Charybdea) Coelenterata Scyphozoa Coronatae (Peromedusae) (Periphylla) Semaeostomeae (Aurelia) Rhizostomeae (Rhizostoma) Actinaria (Adamsia.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 21 C Hydroidae (Hydra.Tubipora) Gorgonacea (Gorgonia) Pennatulacea (Pennatula) . Obelia) Tachylinae (Liriope. Heliophora. Fungia) Anthozoa Ceriantharia (Cerianthus) Alcyonacea (Acyonium.

28. 25. spikul aksonem Porifera sepan oskulum silika regenerasi spongin koanosit Coelenterata obor-obor mesoglea diploblastik nematosis planula medusa polip polimorfik PENILAIAN KENDIRI 1. 34. Adakah haiwan-haiwan dalam filum Coelenterata berbeza. 22.. 27. 33. pseudopodium 14. pengelasan 3. 24. 29. cangkerang 18. konjugasi 15. 36. 20. . koloni 13. Protozoa 10. 21. 2. 4.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 22 KATA KUNCI 1. 26. 30. zoologi 2. Bincangkan. simetri 12. holozoik 19. mikroskopik 11. Pilih satu haiwan invertebrata dan terangkan bagaimana pengelasan dibuat berdasarkan kekunci pengelasan. Apakah ciri-cirinya? 5. 3. spesies 7. binomial 5. 35. 31. vakuol 17. pelikel 16. invertebrata 4. 32. filum 9. Senaraikan ciri-ciri haiwan dalam filum Protozoa dan sebutkan order-order yang terdapat dalam filum ini. kekunci 8. Sebutkan contoh-contoh haiwan dalam filum Porifera. Terangkan keperluan pengelasan haiwan dilaksanakan. 23. genus 6.

(2010). The Living World.bio. B (2009).spongeguide. Audesirk.org/Calcarea/20433 http://www.zeably.org/Anthozoa . Inc..deviantart.B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 23 RUJUKAN Arbain Kadri (1990).com/Globigerina http://www.com/3D_Models/Biology/Protozoa/Giardia. L. New York: McGraw Hill Higher Education.html http://trilobiteglassworks.uk/nature-online/earth/oceans/deep-ocean-life/sea-floor-life/index.php?searchtype=4&taxa=1 http://www.htm http://tolweb.com/2010/01/haiwan-pelik-feverat. & Audersirk.bio.proprofs.blogspot. Invertebrata: Panduan Berilustrasi.com/tagged/hydrozoa http://sumbataje. T. (2007).edu/dana/dox/sponges.3dscience. Biology Life on Earth: Prentice Hall.cfm?File_name=HELI003P&File_type=GI http://www.nhm.) Singapore: Thompson/Brooks/Cole Sumber foto: http://mdmedicine. Basic concepts in biology (6th Ed.vccs.php?title=zoology-lab-practical-1 http://water.php http://www. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.com/flashcards/tableview.uottawa.ac.miami. G..palaeos.ca/Thumbnails/showimage.html http://www. Alters. Starr. S.. and Starr. A. USA: John Wiley and Sons. (2006).org/newresults. B. Biology Understanding Life.html http://www. & Alters..me. Evers.edu/courses/env108/lesson2_3. Johnson.wordpress.tumblr. G.com/art/Euglena-Fused-Glass-Brooch-1-309579138 http://www. C.com/2011/04/22/protozoa-basic-facts/ http://biodidac.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful