You are on page 1of 28

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perancangan dan Persediaan Mengajar 1 Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang

digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

Rancangan Pelajaran Tahunan o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. o Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif Kemahiran Nilai dan

bahan bantuan mengajar Rancangan Pelajaran Harian o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan o Butiran yang perlu ada ialah : Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru. Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturanperaturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

DENDA RM500 Jadual Waktu Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid Setiap hari persekolahan Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar

Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

Sukatan Pelajaran Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda. Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah 1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam 2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai 3. Merancang pengajarannya o Set iduksi o Perkembangan P&P o Penutup 4. Menentukan strategi P&P 5. Menyediakan bahan bantu pengajaran 6. Menyediakan penilaian

Komponen P&P Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran Maklum balas pelajar Penilaian Fasa P&P Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat I. Pra perancangan o Guru mempunyai gambaan mental mengenai keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isikandungan pelajaran

II.

III.

IV.

strategi bahan yang diperlukan dan boleh digunakan Perancangan aktif o Guru perlulah menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transperansi/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan menyediakan senarai semak Perancangan semasa o Guru perlu mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas Pasca perancangan o Guru perlu menyedari kelemahan pengajaran mengesan kekuatan pengajarannya membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual o LCD o komputer o peta o gambarajah dan o TV

Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Proses P&P 1 Perlaksanaan P&P I. Set Induksi o Langkah permulaan dalam proses P&P o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi II. Perkembangan P&P o Bahagian kedua o Penyampaian isi pelajaran 1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid berfokus kepada apa yang diajar mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR Membuat penilian berterusan 2. Teknik Menyoal Soalan yang dikemukakan 3. Penggabungjalinan 4. Penyerapan 5. Pengukuhan memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran 6. Pengayaan membimbing murid mencari maklumat tambahan menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum balas membimbing murid membuat jangkaan masa depan 7. Pemulihan

o o

membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran 8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah 9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengemukakan pendapat semasa perbincangan berdisplin III. Penutup Bahagian terakhir Aktiviti yang dijalankan seperti : susulan i. folio ii. pengayaan iii. membuat projek penilaian objektif pengajaran . pemerhatian i. teknik menyoal ii. memeriksa kerja pelajar membuat kesimpulan rumusan . menegaskan isi-isi penting i. memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman ii. mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu iii. mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian iv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan pengubahsuaian pelajaran

Guru yang berkesan ...tidak membosankan Pengurusan Kelas 1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab : I. menguruskan rutin kelas o menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas Rekod/buku/slip kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menanda kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa II. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian III. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas IV. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P o Carta organisasi kelas o Pelan kedudukan pelajar o Papan kenyataan o Senarai tugas

Iklim Bilik Darjah 1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya. suasana yang tenteram suhu dan peredaran udara Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu : I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajar II. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang ditetapkan oleh pihak sekolah III. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesra IV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopan V. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran A. Pembelajaran secara kontekstual 1 Maksud Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on' Teori pembelajaran secara kontekstual Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

B. Pembelajaran Masteri 1 Maksud Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pembelajaran Masteri memerlukan masa yang mencukupi proses P&P yang berkualiti guru menyedari bahawa : o pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza o pelajar perlukan pendekatan yang sesuai o pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan

Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya.

Prinsip asas Pembelajaran Masteri Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru Proses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas Ciri-ciri Pembelajaran masteri Hasil pembelajaran mestilah ditentukan Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unit Aktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan

C. Pembelajaran Kolaboratif 1 Maksud

D. Pembelajaran Koperatif. 1 2 Maksud Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran Kriteria Semangat saling perlu-memerlukan yang positif Akauntabiliti individu Penglibatan yang sama Penglibatan yang serentak Penglibatan yang bersemuka

E. Pembelajaran konstruktivisme 1 Maksud

F. Pembelajaran Melalui Pengalaman 1 Maksud

G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya 1 Maksud

Kaedah Pengajaran A. Simulasi 1 Maksud Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar Jenis simulasi

Sosiodrama menggunakan skrip dan mengandungi konflik Main peranan Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian

Persediaan i. Guru merancang ii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi , masalah , peranan dan tempoh lakonan iii. Pilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelas iv. Guru menyediakan skrip lakonan v. Guru membimbing pelajar membuat keputusan Kelebihan Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajara dapat ditingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka

B. Tunjuk Cara (Demostrasi) 1 Maksud Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki Langkah-langkah tunjuk cara Perancangan Perlaksanaan tunjuk cara Latihan Rumusan Perlaksanaan tunjuk cara menyediakan peralatan yang diperlukan memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar o tenik menyoal i. Soalan mestilah jelas dan mudah difahami ii. Menyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukar iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama murid iv. Berusaha mencungkil jawapan daripada pelajar v. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab vi. Memeri peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawab membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara

C. Syarahan

D. Permainan

E. Hafazan

F. Akhbar Dalam Darjah

G. Melawat Sambil Belajar 1 2 Maksud Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran Tempat lawatan Muzium tempat bersejarah tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif Tujuan lawatan membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di dalam kelas Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat Persediaan Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar mengenai o tujuan lawatan o keselamatan diri o dislplin o makan dan minum o peralatan Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster Garis panduan lawatan

3.

4.

5.

Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu. Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan denngan pembelajaran di dalam kelas

E. Pembelajaran Akses kendiri 1 Maksud Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran Keperluan Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan yang berbeza Pelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya Ciri-ciri Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator meudah diakses Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar Kelebihan Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri Pelejar memiliki kuasa otonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Fungsi Pusat Akses Kendiri Menyediaken tempat persekitaran yang selesa dan menarik Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang berkualiti dan berkesan Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar Sebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK i. Bilik khas o Bilik seni o Bilik bahasa Ruang dan sudut pameran

ii.

iii.

Papan kenyataan Sudut-sudut Pusat Mudah Alih


o o

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN A. Teori kecerdasan pelbagai 1 Maksud Kebolehan menyelesaikan masalah Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Keperluan Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar Mempelbagaikan cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah Jenis kecerdasan i. Kecerdasan Verbal Linguistik o Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesan o Kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa sendiri Kecerdasan Logik Matematik o Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujan o Kebolehan menjangka Kecerdasan Visual Ruang o Kebolehan mengesan dan mengambarkan bentuk o Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik Kecerdasan Kinestetik o Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan penyelesaian masalah o Kebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koodinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan Kecerdasan Muzik o Kebolehan mengesan irama dan lagu o Kebolehan mengenal lagu mudah o Kebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah Kecerdasan Interpersonal o Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. o Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain Kecerdasan Intrapersonal o Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak. o Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri o Kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan. Kecerdasan Naturalis o Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan

B. Teori Behaviourisme 1 2 Didokongi oleh Thorndike dan Skinner Menyatakan Pembelajaran belaku melalui pelaziman/kebiasaan Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan ransangan yang sesuai Pemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa pengulangan tingkah laku tersebut Rangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan tingkah laku tersebu diberhentikan Ganjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam pembelajaran supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkan

C. Teori Konstruktif 1 2 Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky Menyatakan Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiri Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh sesorang itu kerana ingin menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar Ilmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individu Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Seseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasif

D. Teori Kognitif 1 2 Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner Menyatakan Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorang Setiap individu berminit mengejar kejayaan Terdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa mengejar sesuatu iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalan Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibidaiannya

Hak Cipta Muhamad Khairi. 2008 SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm 4/8/2012

Huraikan asas-asas perancangan dalam pengajaran yang berdasarkan persoalan: What is planning? Approaches to planning? Additional Planning Consideratio Pendahuluan Cita-cita pucuk pimpinan kita, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah suatu cita-cita yang sungguh murni dan disambut baik oleh semua pihak. Namun begitu akhir-akhir ini masalah kegawatan tingkah laku di kalangan para pelajar sering mendepani organisasi pendidikan kita. Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara atau golongan pertama yang menyentuh masa depan anak didik kita, peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan.Tugas guru di dalam bilik darjah bukanlah semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar, tetapi dalam masa yang sama bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan anak-anak didik dapat memperoleh ilmu dalam suasana pembelajaran yang harmoni demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Kejayaan cemerlang yang akan dicapai para pelajar ini juga mestilah seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) sejajar dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan Misi Kementerian Pendidikan. Malaysia ialah Membangunkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia,.

Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan, guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolahsekolah adalah berakar umbi daripada pengajaran tidak diselengara atau dirancang dengan baik di dalam bilik darjah. Di sini kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah dikatakan dapat menghindari perkara yang tidak efektif dalam sesuatu proses P&P . Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah sebenar-benarnya pemangkin kecemerlangan anak-anak didik sebagaimana yang diimpikan semua pihak untuk bersaing dalam pendidikan global masa kini setearusnya hasrat melahirkan modal insan kelas pertama akan tercapai (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PIPP 2006-2010).

What is planning? Plan (Rancang) : Semua aktiviti pengajaran mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.Sukatan Pelajaran ( SP ) sesuatu mata pelajaran perlu dimahirkan oleh seseorang guru dan ianya tidak lengkap tanpa pengupasan Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ) yang mana segala kemahiran yang wajib dipelajari oleh seseorang pelajar dalam tempoh masa setahun perlu dihabiskan dan kemahiran dalam HSP ini mesti dipastikan dapat dikuasai oleh setiap pelajar. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal perancangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebabsebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guruguru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil

tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutnya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Perancangan pengajaran dalam matematik (Sampel ) Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut : Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah. Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas. Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan tahap kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep segitiga, antaranya : Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris. Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka. Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat sama ada secara lisan atau bertulis. Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada untuk satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan

masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat menambah dua nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif, memanupulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan. Setelah murid memahami konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa penguasaan konsep. Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam matematik bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan menguasai konsep dan kemahiran awal, akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran kemahiran berikutnya. Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Approaches to planning? Fasa pertama - mengenalpasti keadaan ini bertujuan untuk membandingkan keadaan sebenar dengan keadaan yang dikehendaki, menentukan keadaankeadaan yang berpotensi menimbulkan masalah dan menentukan langkah-langkah pencegahan segera yang diperlukan. Fasa Kedua - mengenalpasti kelakuan murid yang diingini guru pula adalah bertujuan menentukan suasana ideal yang dikehendaki guru yang membolehkan proses penyampaian pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan . Perlu ditegaskan di sini bahawa guru yang mempunyai pemahaman yang jelas mengenai objektif pengurusannya, wawasan yang jelas mengenai kelakuan muridnya, akan lebih berjaya dan berkesan daripada guru yang tidak memilikinya. Fasa Ketiga - Memilih dan menggunakan strategi pengajaran Guru hendaklah berkeupayaan, mahir dan cekap memahami dan memilih serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang paling sesuai, yang berpotensi tinggi untuk mencapai matlamat yang diingini. Fasa Keempat- Mengenalpasti keberkesanan pengajaran iaitu guru perlu membuat penilaian terhadap keberkesanan strategi pengajaran guru yang digunakan dan

menjadikan penilaian ini sebagai panduan kepada pemilihan strategi pengajaran yang lebih berkesan pada masa akan datang. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi

Additional Planning Considerations? PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahirankemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. PENYERAPAN Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah dan lain-lain. PENGAYAAN DAN PEMULIHAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Program pemulihan pula disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti

pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu. Aktiviti pengayaan mestilah dapat: Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh Mengembangkan daya kreativiti pelajar Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar : Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira ) Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain. Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi). Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.

Pengurusan bilik darjah Sifat seorang pengurus yang mahir dan berkesan adalah penting bagi seseorang pendidik. Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin. Pengurusan bilik darjah yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor : Teknik kawalan kelas Penjagaan dan penyusunan rekod Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa Etika dan perhubungan yang profesional Aktiviti kumpulan yang berkesan Situasi pembelajaran dalam bilik darjah Masalah khusus berhubung dengan kemanusiaan Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Amalan ini berlaku

menerusi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru sebagai pengurus bilik darjah yang baik: Pengurusan pengajaran Bahasa pengajaran Perancangan strategi Pengendalian aktiviti Penggunaan teknologi Membina iklim pembelajaran yang kondusif Persekitaran bilik darjah Suasana interaktif Orientasi pelajar Terhadap persekitaran Terhadap keperluan sekolah dan bilik darjah Terhadap kurikulum Kemahiran IT Bidang pendidikan sentiasa berkembang pesat dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi. Teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran kepada kita, khasnya para guru. Perubahan mendadak ini banyak merubah cara gaya proses P&P dalam dunia pendidikan, umpamanya muncul pembelajaran online Apa-apa pun cara gaya dalam proses P&P di dalam bilik darjah, samada daripada corak pengajaran chalk and talk hingga kepada corak pembelajaran online semuanya memerlukan komitmen dan kemahiran yang tinggi darip ada guru. Pendidik hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap kecanggihan teknologi ini. Sebagai pemangkin pendidikan cemerlang dan berkualiti, guru-guru hendak atau tidak, perlu menyiap dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran IT kerana computer telah dijadikan sebagai kurikulum di sekolah.Penubuhan sekolah bestari merupakasn satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu menguasai teknologi maklumat. Penubuhan sekolah bestari ini merupakan salah satu projek Flagship Applications dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu pusat penyiaran antarabangsa dan serantau.Selain daripada penubuhan sekolah bestari, projek SchoolNet juga satu proses pembestarian sekolah . Melalui projek SchoolNet, sekolah-sekolah yang terlibat telah dilengkapi dengan internet berteknologi tinggi dan jalur lebar samada menggunakan teknologi ADSL, VSAT atau pun internet wireless.

How teachers really plan? Seorang guru yang benar-benar merancang akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik di mana ia dapat mengurus masa bagi setiap langkah sama ada set induksi yang berkesan, isi pelajaran yang menarik, penutup yang meninggalkan kesan kepada pelajar, penggunaan bahan bantu belajar, bahan

bantu mengajar dan alat bantu mengajar dengan semaksimanya dan ianya berkaitan dengan isi pelajaran yang di sampaikan serta pengajaran yang berpusatkan pelajar yang menarik serta tidak membosankan.

Penutup Sebagai kesimpulannnya seseorang guru perlu merancang pengajarannya dengan baik agar pelajar yang akan dikeluarkan menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, masyarakatnya, bangsa dan nusa. Sesebuah sekolah bolehlah diibaratkan sebuah kilang pengeluaran, yang mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan produk-produk terbaik dipasaran iani murid, jatuh bangunnya produk yang dihasilkan bergantung penuh kepada pengurusan yang membuat perancangan penuh sebelum lagi produk tersebut dikeluarkan lagi. Seorang guru seharusnya mahir membuat perancangan melalui pelbagai pendekatan dan strategi yang digarap bersama set induksi, isi-isi pelajaran, penutup serta bahan bantu belajar, bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. Perkara lain yang perlu diuli bersama dengannya model-model pengajaran seperti model pemprosesan maklumat, model system behavioral, model sosial dan model personel. Perkara lain yang mempunyai nilai tambah yang baik perlu dimasukkan seperti pengabunganjalinan kemahiran, penyerapan ilmu mata pelajaran lain, pengayaan pemulihan, pengurusan kelas dan kemahiran it berkehendakkan pengajaran yang sedang dinilaitambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Sebenarnya jatuh bangunnya hasil pembelajaran seorang guru berkait rapat ketepatan beliau membuat perancangan yang jitu berpandukan kepada pengalaman sedia ada pelajar beliau yang perlu diteliti semasa membuat perancangan. Faktor budaya dalam konteks ini sangat penting. Guru-guru dapat mambangun dalam persekitaran yang dirasakan selamat dan ada cabaran, parancangan pengajaran tidak berkesan jika sokongan dan bimbingan adalah mambebankan. Tahap prestasi pelajar-pelajar penting bagi kejayaan sekolah oleh itu ianya perlu dikekalkan apabila sekolah mula maju ke hadapan daan ianya sebagai satu isyarat sesebuah sekolah mempraktikkan budaya perancangan dalam system pengajaran dan pengajarannya. http://sribuansalokbatik.blogspot.com/2012/03/huraikan-asas-asas-perancangandalam.html published on: march 2012 Tuaran, Sabah, Malaysia

CIRI-CIRI YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU BAGI MEMBANTU MENGHASILKAN SISTEM PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1 PENDAHULUAN Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p) menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.

2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah: 2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. 2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk

beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. 2.4 Mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). 2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang

profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007). 2.6 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 2.5.1 Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. 2.5.2 Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahanbahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

2.5.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 3.0 KESIMPULAN Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

BIBILIOGRAFI Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21.http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/200 8. Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online on

24/02/2008 Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya. Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008 Source: oleh.html http://permatapemulihan.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-yang-perlu-dimiliki-

You might also like