Refleksi

Sepanjang tempoh penyediaan proposal kajian tindakan ini saya mengharungi pelbagai cabaran yang saya percaya mampu menjadikan saya seorang guru yang lebih baik pada masa hadapan. Pertama penyediaan proposal ini dijalankan pada sesi praktikum yang sememangnya memberikan cabaran getir pada setiap individu terutama saya. Namun begitu, ia mengajar saya erti mengurus masa dengan baik. Ia boleh diibaratkan sebagai Rancangan Pengajaran Harian versus Kajian Tindakan. Kedua-duanya menuntut komitmen yang tinggi. Maka saya perlu menguruskan masa dengan bijak untuk mengimbangi kedua-dua tugasan ini. Kedua, ia mengajar saya untuk lebih tenang dalam menghadapi cabarancabaran sebagai sebagai pendidik khususnya. Tugasan sebagai seorang guru sememangnya berat. Jika tidak dilatih dengan kesibukkan sperti ini mungkin saya akan terkejut apabila saya terjun ke bidang perguruan kelak. Maka saya yakin tugasan yang diberikan pada waktu praktikum ini melatih jiwa guru untuk lebih pandai menyerap bebanan kerja pada masa akan datang. Ketiga, tugasan ini juga mengajar saya untuk membina hubungan yang baik bersama dengan pensyarah/golongan ilmiah. Jika dahulunya saya kurang berinteraksi disebabkan rasa rendah diri dan takut kini saya lebih yakin berinteraksi dengan mereka. Pensyarah penyelia yang sentiasa memberikan bimbingan yang mantap membantu saya memahami tuntutan-tuntutan yang diperlukan dalam menghasilkan kajian tindakan yang lebih baik. Keempat, membuka minda saya tentang kebaikan-kebaikan tersembunyi dalam

Secara tidak lansung ia mampu menjana ekonomi guru pelatih dan mungkin dapat meluaskan lagi pengunaan alat bantu mengajarnya di seluruh negara. . lebih banyak kaedah akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencancakkan lagi industri pendidikan kita dalam seiring arus globalisasi ini. Kelima. Harapan saya semoga tugasan seperti ini diteruskan pada masa akan datang ia memberikan kesan yang sangat positif dalam bidang pendidikan. Melalui pembacaan dan rujukkan baru saya sedari bahawa teknik main peranan berupaya memberikan suntikan peransang kepada sesi pengajaran dan pembelajaran saya kerana kaedah mampu ini impak yang besar dalam bidang pendidikan kita pada hari ini. Perkara ini sangat baik disamping dapat mengkaji kaedah-kaedah baru guru pelatih dapat menghasilkan alat bantu mengajarnya sendiri dan didaftarkan untuk mempatenkan inovasi tersebut adalah hak individu berkenaan yang segala peniruan adalah dilarang.teknik main peranan. Maka.Kaedah-kaedah yang telah terbukti keberkesanannya melalui kajian tindakan yang dilakukan akan meningkatkan lagi kefahaman murid serta menyumbang kepada individu-individu yang lebih pintar di masa hadapan. Cadangan penambahbaikan yang saya utarakan di ruangan ini adalah kajian tindakan yang disertakan oleh alat bantu mengajar inovasi daripada guru pelatih itu sendiri. saya juga percaya bahawa teknik ini mampu mencungkil daya kreativiti dan inovasi setiap guru pelatih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful