Ayat & Pembahagian subjek dan predikat

Definisi Ayat Unit tatabahasa yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna

Contoh 1) Petani itu membajak sawahnya setiap hari Subjek: petani itu (frasa subjek) Predikat: membajak sawahnya setiap hari (frasa predikat) Ayat

Subjek & Predikat Subjek: konstituen sama ada daripada satu perkataan / beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi unsure yang diterangkan. Predikat: kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa & menjadi unsur yang menerangkan subjek Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsureunsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama

Subjek

Predikat setiap hari

Petani

itu

membajak

sawahnya setiap hari

sawah nya 2) Pemuda itu mengecat rumahnya setiap tahun 3) Pemudi itu mencuci pakaiannya setiap pagi 4) Binatang itu menyusui anaknya setiap waktu