You are on page 1of 16

12.0 12.

1

AYAT TUNGGAL BAHASA MELAYU Binaan Ayat Tunggal

Ayat tunggal terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Contohnya, dalam ayat Alya berlari laju, Alya ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan manakala berlari laju pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh ayat tunggal : Subjek Pelajar itu Guru itu Nancy Bahasa lemah. sangat berdedikasi. seorang jururawat. jiwa bangsa. Predikat

12.2

Binaan Subjek

Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut :

Kata nama

Kata ganti nama

Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

2) Subjek kata ganti nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk. kata nama khas atau kata nama terbitan. . Predikat mengejar tikus. Predikat akan menjadi nyamuk. Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat Subjek Sini Predikat kampung ibu saya. Contoh : Kata Ganti Nama Orang Subjek Saya Kata Ganti Nama Tunjuk Umum Subjek Ini Predikat pendapat yang bernas.1) Subjek kata nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am. Contoh : Kata Nama Am Subjek Jentik-jentik itu Kata Nama Khas Subjek Si Belang Kata Nama Terbitan Subjek Kesilapan itu Predikat satu pengajaran. Predikat guru baru.

dapat mendatangkan hasil.3 Binaan Predikat Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama berikut : i. Contohnya : Subjek (Kata Kerja) Boros Miskin Kecil Putih Masin Predikat ialah tabiat buruk.3) Subjek kata kerja Terdapat sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Contohnya : Subjek (Kata Kerja) Membuang masa Bercakap Bersawah padi Bersenam Menjadi guru Predikat ialah tabiat buruk. iii. menyihatkan badan. ii. Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama . melambangkan kesucian. ialah rasa garam. 12. tidak bererti. iv. memang mudah. jangan dipandang hina. adalah pilihannya. 4) Subjek kata adjektif Terdapat juga sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat iaitu kata adjektif yang mengambil tugas kata nama.

2 Predikat Frasa Kerja Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur berikut: Kata kerja asal Kata kerja terbitan Kata bantu Unsur keterangan . anggota bomba. 12.3.3.12. Contoh : Frasa Nama Am Subjek Murid itu Bapa Jimmy Frasa Nama Khas Subjek Bangunan itu Beliau Predikat Muzium Negara Pegawai Pendidikan Predikat ketua kelas. Unsur ini boleh terbina daripada frasa nama am dan frasa nama khas.1 Predikat Frasa Nama Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat.

Contoh : Predikat Tak transitif tidur.1) Kata kerja asal Kata kerja asal terbahagi kepada dua jenis iaitu : a. susu. Kata kerja asal berimbuhan Kata kerja asal berimbuhan merupakan kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan kata imbuhan. Keterangan Subjek Bapa Alya Jam Ahmad Mereka Burung itu Dalam Bahasa Melayu. . dari sangkarnya. Kata kerja asal tidak berimbuhan Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. keluar terbang dari rumah itu. hilang. Keterangan Subjek Kerbau itu Bayi itu b. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif adalah sebaliknya. kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak memerlukan imbuhan amat kecil bilangannya. Contoh : Predikat Tak transitif makan minum rumput.

Contoh : Predikat Kata kerja transitif membuahkan menjalani memperindah Kejayaan. Kata nama atau kata adjektif tersebut ditambah dengan imbuhan meN-…-kan. nasihat gurunya. Objek Subjek Kerja mereka Atlit itu Bapa kami . Objek Subjek Kakak Hasima Murid itu 2) Kata kerja terbitan Kata kerja terbitan merupakan kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif.Kata Kerja Tak Transitif Subjek Dia Pengawal itu Keretanya Predikat menari dengan penuh kelembutan. terbabas di tepi jalan. Pondok lamanya. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek. tertidur. latihan tahan lasak. Kata Kerja Transitif Predikat Kata kerja transitif menggoreng menjahit mendengar telur. meN-…-I atau memper-…. pakaian suaminya.

Kata bantu aspek Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa sama ada sedang atau telah dilakukan. b. telah dan pernah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu baru atau sudah selesai dilakukan.3) Kata bantu Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.  Mula. Terdapat dua jenis kata kerja iaitu : a.  Baru. Contohnya : hendak mahu harus mesti boleh dapat patut mungkin enggan . Kata bantu ragam Kata bantu ragam merupakan kata bantu yang menyatakan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. sedang dan masih menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu mula. sedang atau belum selesai dilakukan. Kata bantu aspek dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : akan belum pernah sedang masih baru sudah telah mula  Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan. sudah.

Contoh : Kata Adjektif Selapis besar gemuk sedap pandai kecil tinggi rendah hitam putih tebal Kata Adjektif Ganda besar-besar kecil-kecil tinggi-tinggi rendah-rendah panjang-panjang tumpul-tumpul bijak-bijak hijau-hijau kuning-kuning merah-merah .4) Unsur keterangan Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja .  Dia berlagak macam orang kaya. Contohnya :  Ramai wanita bekerja di kilang. boleh menerima frasa keterangan.  Mereka bertindak untuk kepentingan diri sendiri.3.  Murid-murid itu datang dari kampung berdekatan. Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi.3 Predikat Frasa Adjektif Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda. transitif dan tak transitif.  Pelajar baharu itu tiba dengan ayahnya. 12.

oleh dan sebagainya.3. pada saya. Contoh : Subjek Rumah saya Mereka semua Adik saya Hadiah ini Bajunya Predikat Frasa Sendi Nama di tenom.4 Konstituen Ayat Tunggal Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen iaitu subjek dan predikat. ke taman.4 Predikat Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. pada. untuk ayah. dengan.kepada. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu : Susunan Biasa Bentuk Susunan Susunan Songsang . Kata sendi nama adalah seperti di. untuk. dari bandar. daripada. ke.12. 12.

Misalnya. Contohnya : Subjek Rumah saya Mereka semua Adik saya Penyalahgunaan dadah Hampir semua pekerja Predikat telah dibersihkan. Orang itu tidak akan datang lagi. berjaya dalam peperiksaan upsr.1 Susunan Biasa Dalam susunan biasa ayat tunggal. . sahaja dan lagi Pegawai itu pun tidak melayani kami. Contohnya : Partikel –lah.4. dalam percakapan dan penulisan biasa. jua. Saya ingin juga ke sana. dan -tah Bapa saya dia => Dialah bapa saya Adik kami datang ? => Datangkah adik kami? Daya kita apa? => Apatah daya kita? Kata penegas pun. kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. -kah dan –tah dan perkataan pun. penggunaan partikel –lah. tidak memahami soalannya. telah menyertai kursus. terdapat penegasan dan penekanan dengan penambahan partikel. sahaja dan lagi. Lazimnya. jua. semakin berleluasa. juga. -kah.12. juga.

2 Susunan Songsang Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Contoh : Orang tua itu sangat rajin. Sungguh malang nasibnya. . konstituen predikat dipindahkan ke hadapan subjek. Terdapat dua proses pendepanan yang berlaku dalam pada predikat iaitu : Pendepanan frasa kerja Sebahagian predikat Proses Pendepanan Seluruh predikat Pendepanan frasa adjektif Pendepanan frasa sendi nama 1) Pendepanan seluruh predikat Seluruh konstituen dibawa ke hadapan mendahului subjek. Tidak berguna lagi penyesalannya. Bapanya petani. Nasibnya sungguh malang. Petani bapanya.12. Sangat rajin orang tua itu. Penyesalannya tidak berguna lagi.4. Dalam susunan songsang. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan.

Perempuan itu sedang sakit tenat.  Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu. . Guru itu sedang mengajar. Baru sampai anaknya dari Bandar. Menanam jagung Maimunah tahun ini. Anak pendeta belum tentu pandai. Badannya lesu sepanjang masa. Terkilan hati saya tadi.2) Pendepanan sebahagian daripada predikat a) Pendepanan frasa kerja  Pendepanan kata kerja sahaja Hati saya terkilan tadi. b) Pendepanan frasa adjektif  Pendepanan kata adjektif sahaja Dia sakit pada masa itu.  Pendepanan frasa kerja dengan kata bantu Anaknya baru sampai dari Bandar. Sakit dia pada masa itu. Dia terduduk di situ.  Pendepanan kata kerja dengan objek Maimunah menanam jagung tahun ini. Sedang mengajar guru itu. Belum tentu pandai anak pendeta. Terduduk dia di situ. Lesu badannya sepanjang masa. Kena rotan budak nakal itu kelmarin. Sedang sakit tenat perempuan itu. Budak nakal itu kena rotan kelmarin.

3) Pendepanan frasa sendi nama Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan iaitu mendahului subjek. Untuk ayah baju itu. Siti akan menghadiri kursusu itu pada hujung minggu. Baju itu untuk ayah. Daripada Adam hadiah itu. Tiket basnya masih pada saya. a) Frasa sendi nama sebagai predikat Hadiah itu daripada Adam. Pada janji saya berpegang. Masih pada saya tiket basnya. Ke dalam hutan pejuang-pejuang itu masuk. . Pada hujung minggu Siti akan menghadiri kursusu itu. b) Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat Saya berpegang pada janji. Pejuang-pejuang itu masuk ke dalam hutan.

Murid-murid sekolah itu sedang belajar. ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Ayat aktif merupakan ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.5 Ayat Aktif Dan Pasif Jika dilihat dari segi ragam. Anjing itu mengejar kucing. Buku itu saya baca. Contoh : Bola ditendang oleh David. Contoh : David membaling bola. . Pantai Timur dilanda banjir. Aktif transitif Aktif transitif Aktif tak transitif Aktif tak transitif Ayat pasif terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Kucing itu dikejar oleh anjing.12. Dia mengelamun sepanjang hari.

tetapi rajin.6 Unsur Pilihan Dalam Frasa Predikat Predikat ayat tunggal juga boleh dibina oleh dua unsur pilihan iaitu : Kata Nafi Kata Pemeri 12. Contoh : Projek itu bukan usaha saya. tetapi hendak bermain sahaja. Wanita tua itu tidak sihat lagi. Pendapatnya bukan salah. Buku itu bukan milik saya.1 Kata Nafi Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat itu. Perangainya bukanlah buruk sangat. kata nafi tidak boleh menafikan frasa kerja dan frasa kerja adjektif. cuma kurang sesuai.6. Contohnya : Budak-budak itu bukan hendak belajar. Kata nafi bukan boleh juga hadir bagi menafikan maksud frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-duanya ada mendukung maksud ‘pertentangan maklumat’. Dia bukan pandai sangat. Kata nafi bukan boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. Terdapat dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan tidak. hanya sekadar tidak manis. Contohnya : Mereka tidak berteman lagi. Sementara itu. .12.

2 Kata Pemeri Kata pemeri menjadi penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. . Kenyataan daripada pegawai undang-undang itu adalah sangat penting. Kata pemeri ‘adalah’ boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa nama. Pemerihalan dibuat melalui dua cara iaitu : Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri 'ialah'.6. Bangunan baru yang sedang dibina itu ialah hospital. Kata pemeri ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama.12. Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pakar. Taklimat tentang skim jawatan itu adalah terlalu singkat. Secara huraian terhadap subjek oleh predikat dengan penggunaan kata pemeri 'adalah'.