You are on page 1of 4

Kejang otot adalah antara kecederaan umum yang dialami oleh atlet semasa berlatih atau bertanding dalam

acara sukan. Bincangkan punca kejang otot dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh atlet untuk mengurangkan risiko mengalami kejang otot.

Salam. Secara umumnya, kejang otot kerap berlaku terutamanya selepas senaman yang mendadak (tanpa warming up). Dalam kalangan ahli sukan, kejang otot sering terjadi akibat perbuatan 'mengerah' anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk 'bekerja' keterlaluan. Namun, serangan kejang otot juga berlaku kepada orang biasa ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian kaki atau betis. Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Apabila kejang otot berlaku, pesakit akan mengalami ketegangan otot dan merasai kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Ia akan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kekejangan otot selalunya disebabkan oleh keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan hingga menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. Ketidakseimbangan atau paras kalium, kalsium serta natrium yang rendah juga boleh menyebabkan kekejangan. Tahap berlebihan berpeluh dengan senaman yang melampau mungkin akan mengurangkan nutrien tertentu hingga menyebabkan kekejangan. Biasanya ia akan pulih dengan rehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang. Kadangkala ia merupakan tanda-tanda penyakit contohnya kekurangan zat galian (kekurangan sodium), otot yang kurang bekalan oksigen (muscle ischemia), penyakit otot dan saraf ( myopathy, motorneuron disease).

magnesium. Seorang atlet boleh mengatasi masalah kejang otot jika mereka memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersukan. Terima kasih.Ianya juga boleh berlaku ketika mengandung dan badan kehilangan air ( dehydrasi). Pemeriksaan doktor diperlukan untuk mengetahui punca kekejangan tersebut. . Selain itu. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut. Minumlah air yang secukupnya sebelum bersukan kerana kekejangan juga boleh terjadi akibat dehidrasi. tetapi jika terlalu banyak minum susu mungkin akan menyerap banyak fosforus. Ini kerana tubuh kita memerlukan persediaan rapi dan tepat sebelum melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan maksimum supaya dapat meminimumkan risiko kekejangan. Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan. potassium dan zink. ahli sukan juga perlu memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti serta mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium. perbaikilah peredaran darah dengan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B. Kekejangan juga boleh disebabkan oleh kekurangan garam. Selain itu. Justeru. Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu. makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

.

. .