You are on page 1of 18

Kanak-kanak Berkeperluan Khas Unit 1-5 (Modul UPSI-PJJ) Unit 1 : Definisi dan Konsep Pendidikan Khas 1.

Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada : i) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) ii) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran iii) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan 2. KKBP terdiri daripada : i) Sindrom Down ii) Perkembangan Lewat iii) Autisme iv) Hiperaktif v) Cerebral Palsy vi) Epiletik vii) Masalah Emosi viii) Masalah Pertuturan 3. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia : Satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras denga Falsafah Pndidikan Negara. 4. Tiga prinsip dalam pendidikan khas ; a) Pendidikan menyeluruh dan bersepadu : Fokus meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial. (Penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu ) b) Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna : Merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas untuk belajar. Suasana pembelajaran yang kondusif agar murid menguasai pengetahuan dan kemahiran. c) Pendidikan sepanjang hayat : Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 5. Pendekatan pdp dan penilaian dibentuk mengikut keperluan murid : a) Bidang pengurusan kehidupan : pengurusan diri, kemahiran manipulatif, tingkahlaku dan kemahiran hidup. b) Bidang akademik : komponen m/p - BM, M3, BI, TMK c) Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni : Komponen m/p Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. d) Bidang sosial, riadah dan kreativiti : Komponen PJK, MZ, Gerakan dan Drama, Sains, Sosial dan Alam Sekitar. 6. Model-model Pelaksanaan Pendidikan Khas: a) Model Sosial (Social model) b) Model Perubatan (Medical model)

hiperaktif dan member ubat "Ritalin" untuk mengawal keaktifan. prenatal dan postnatal b) Neurologi : Diagnostik dan mengubati penyakit seperti kecacatan otak. pendengaran. Fungsi keseluruhan kumpulan pelbagai disiplin meliputi pengenalpastian masalah iaitu : a) Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik ( kognitif. komunikasi. e) Audiologi : Mengesan fungsi pendengaran. c) Terapi pertuturan : Mengesan masalah komunikasi dan menjalankan terapi pertuturan untuk gagap. a) Pediatrik : Punca genetik.7. . kewarisan. 9. f) Oftomologi : Menaksir penglihatan pelajar. 8. penglihatan. b) Mengkaji semula intervensi. Peranan pakar perubatan. d) Mengenalpasti keperluan khas : Merekod keperluan kanak-kanak. e) Pemilihan penyelesaian : Cadangan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan. sumbing dan yang mempunyai masalah artikulasi untuk bertutur. Mengenalpasti keberkesanan strategi untuk pemulihan dan menilai kesesuaian program. membantu dan melatih kemahiran hidup dan diri. fizikal. emosi atau tingkah laku). d) Terapi fizikal : Menaksir fungsi motor halus dan kasar. c) Mencari alternatif : Memberi pelbagai cadangan/pendekatan untuk pemulihan. f) Rancangan pendidikan : Bertanggungjawab menjalankan dan memantapkannya. Pasukan pelbagai disiplin dalam menjayakan program pendidikan khas: a) Ibu bapa b) Sekolah c) Pakar Perubatan d) Bahagian Pendidikan Khas e) Jabatan Kebajikan f) Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) g) Masyarakat.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang pula dibina khusus untuk masalah pendengaran. Kuala Lumpur. mengalami zaman anjakan paradigma. Pada awal penubuhan member penekanan dan tumpuan pada masalah penglihatan. Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk meningkatkan mutu pendidikan iaitu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guruguru pendidikan khas bermasalah pendengaran dari 1979 -1981 dan 19841986. Sekolah Rendah Pendidikan Khas yang paling awal ialah St. Latihan guru-guru khas dimulakan pada tahun 1962 dalam bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran pada tahun 1963 di MPIK.Unit 2 : Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas 1. menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar yang istimewa. Akta ini memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan . Nicholas bagi OKUP di Melaka pada 1926 yang kemudian dipindahkan ke Pulau Pinang. Unit Pendidikan Khas. b) Peringkat Kedua (1948 – 1980 ) : Historical milestone dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan sekolah pendidikan khas. Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi menguruskan program pendidikan khas pada tahun 1964. membantu memaju dan meluaskan skop program dan aktiviti Pendidikan Khas. Chua Tee Tee : Pendidikan khas di negara ini bermula apabila Misi Anglican mendirikan rumah dan Sekolah St. Nicholas di Pulau Pinang (1926) dan Princes Elizabeth di Johor Bharu (1949). Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah khas. 172 dan 173 diterbitkan. Justeru. 171. etnik. Dasar mengenai pendidikan khas dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Bourgeault (1970) : Di zaman penjajahan British. Sejarah Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu : a) Peringkat Pertama ( Awal – 1947) : Peranan utama oleh institusi keluarga dan masyarakat iaitu pertubuhan agama. 170. ibu bapa dan badan sukarela. pendidikan khas untuk masalah penglihatan dipelopori oleh pergerakan sosial iaitu institusiinstitusi bercorak keagamaan. Suatu perakuan kabinet iaitu perakuan 169. merangka dasar pendidikan nasional yang komprehensif.

• 1977 : Permulaan latihan perguruan khas di MPIK • 1978 : Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu. Kerajaan Malaysia dengan konsep kerjasama iaitu Kementerian Pendidikan. v) menggalakkan decentralization bagi pusat. iv) mengutamakan pendekatan bersifat local community based daripada the specialized residential centre. peruntukan kewangan dan kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu pada Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat 1981 menegaskan full participation and justice dan tidak bergantung kepada campassion of charity. • Pembukaan Institut Taman Harapan • Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di SR dan SM. • 1983 : Pengambilalihan SRPK oleh Kementerian Pendidikan . kelas khas dan specialized di peringkat daerah. sekolah. • 1948 : SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru dan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney. c) Peringkat ketiga ( 1981 . ii) mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan memantau perkembangan pelaksanaan program. iii) mengutamakan golongan yang tinggal di luar bandar.sekarang ) : Pihak kerajaan merupakan penggerak utama untuk perkhidmatan kemudahan fizikal. khidmat sokongan. menggubal kurikulum pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid bagi memperkembangkan pendidikan khas.kemudahan pendidikan khas. negeri dan wilayah serta tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Mengikut Kategori a) Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan • 1926 : SRPK St Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka kemudian 1931 pindah ke Pulau Pinang. 2. Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek : i) mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi awal dan pencegahan pelbagai kecacatan dari peringkat bayi dan penempatan kanak-kanak dalam program pemulihan dan pendidikan yang bersesuaian. vi) mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi-agensi kerajaan.

3. • 1987 : Pembukaan SMPK Vokasional Shah Alam. Kuala Terengganu. • 1995 : Program Bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan. London untuk kanakkanak TB. d) Program Pendidikan Khas Terencat akal • 1955 : Pembukaan Rumah Jubilee Johor Bahru oleh Kementerian Kebajikan Am. • 1963 : Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran SR dan SM. Pulau Pinang. Latihan perguruan pendidikan khas cacat pendengaran di MPIK. bertujuan untuk memajukan sistem pendidikan khas. • 1993 : 3 pelajar di Tingkatan 6 Bawah SM Methodist (L) Kuala Lumpur. e) Program Pendidikan Khas Percantuman/Inklusif • 1962 : program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan • 1988 : kelas perintis untuk murid-murid bermasalah pembelajaran. • 1964 : Penubuhan Persatuan Terencat Akal Selangor. Sejak implementasi Akta Pendidikan (Education Act) 1981 sehingga Akta Special Educational Needs and Disability Act (SENDA)2001. • c) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran • 1988 : KPM memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah masalah pembelajaran.1984 : Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran. • 1978 : Pengenalan kaedah komunikasi seluruh oleh KPM untuk menggubal sistem bahasa Melayu kod tangan. Perkembangan Pendidikan Khas di United Kingdom : Di United Kingdom pada abad ke-19. • 1994 : program rintis di 14 buah sekolah seluruh negara. • 1966 -1988 : Penubuhan sekolah-sekolah terencat akal di Ipoh. Kuala Kubu Baru dan Tanjung Aru. . Seremban. Bilangan kes mahkamah yang bertambah dalam pendidikan khas telah menyumbang kepada perkembangan undang-undang pendidikan khas di United Kingdom. Cik Bennett membuka sekolah pendidikan khas di pondok iaitu Battersea Park. b) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran • 1954 : Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam Pulau Pinang. bahan-bahan dalam braille seperti buku teks dan penyelenggaraan alatan braille. Johor Bahru.

Namun tidak mendapat sambutan. idea tersebut dihidupkan semula. Bahagian 504 daripada undang-undang Rehabilitasi tahun . pekak. d) memerlukan pihak sekolah memaklumkan ibu bapa tentang pendidikan khas dan penilaian statutori mengenai keperluan pendidikan khas pelajar. Mjenurut psycology wikia pada tahun 1950-an dan 1960-an. 5. b) memerlukan LEA ( Local Educatioan Authorities) menyediakan nasihat dan maklumat serta cara menyelesaikan pertelingkahan kepada ibu bapa berkenaan. c) memerlukan LEA mematuhi tempoh masa yang diarahkan oleh Tribunal Pendidikan Keperluan Khas. Pada 1900.142 yang menghuraikan takrifan serta perkhidmatan untuk kanak-kanak cacat. terencat akal. SENDA 2001 memberi tumpuan pada : a) memperkukuhkan hak kanak-kanak berkeperluan khas untuk dididik di sekolah. Walau bagaimanapun selepas 90 tahun. Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana dan undang-undang yang menyokong. bahawa kanak-kanak cacat perlu diberi perhatian khusus iaitu kanak-kanak cacat sepatutnya belajar bersama-sama dengan kanak-kanak normal dan tidak diasingkan. Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat : Pada abad ke-18 dan abad ke-19.Akta DDA (Disability Discrimination Act )1995 melarang pihak tertentu melakukan diskriminasi terhadap OKU dalam bidang pendidikan. kanak-kanak cacat diasuh dan dididik oleh institusi khas serta diasingkan daripada masyarakat. cacat anggota dan masalah dalam pertuturan . National Education Association (NEA) telah meluluskan rresolusi pendidikan untuk kanak-kanak cacat. membangun dan melaksanakan programprogram serta perkhidmatan untuk mereka. 4. Idea Johnn Wilhelm Klein 1810. Pada tahun 1963. Kennedy meluluskan kertas Perundangan Public Law 94 . pekerjaan. penyediaan kemudahan dan perkhidmatan. kebanyakan sekolah awam di Amerika Syarikat telah menubuhkan kelas khas bagi mereka yang buta.Presiden John F. Persatuan Keluarga dan Advokasi telah ditubuhkan untuk membela nasib kanakkanak kurang upaya.

Civil Right Act of 1964 perlindungan dan menentang diskirminasi kepada orang cacat. skop pendidikan khas diperluaskan kepada kategori autism dan kecederaan otak (traumatik) dan pada tahun 1997 diperluaskan pada kanak-kanak hyperaktif (ADHD). 2004. Pada tahun 1975. Faktor risiko biologi terbahagi kepada 3 iaitu Peringkat Prenatal . akta Disabilities Education Act memperuntukkan bahawa kanak-kanak kurang upaya yang melibatkan diri dalam kegiatan senajata api. undang-undang awam (PL 94-142) memberi hak istimewa kepada kanak-kanak kurang upaya menerima pendidikan secara percuma. risiko biologi dan risiko persekitaran. wujud 3 kategori utama faktor risiko iaitu risiko yang telah lama wujud (established risk).1973 telah menjanjikan hak-hak sivil untuk orang kurang upaya menerima bantuan kewangan. dadah atau kekerasan boleh ditempatkan dalam tatacara pendidikan alternatif sementara. Unit 3 : Punca dan pencegahan 1. 3. Etiologi atau punca-punca kecacatan : a) biologi b) psikologi c) persekitaran 2. Menurut Winzer (1996) . 1990.

tua menyebabkan anak sindrom down. meningitis. b) Peringkat Perinatal (Semasa kelahiran) • Sebelum melahirkan (labour-situasi sakit untuk melahirkan). • Amalan merokok menyebabkan saluran darah dalam uri mengecut dan mengurangkan oksigen dan zat makanan sampai ke janin. akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin. kuning dan kecacatan otak. demam kuning. sindrom penarikan (withdrawal) lambat dalam pembelajaran dan tidak cergas. • Pendedahan Pancaran Radiasi . ( Tidak dapat oksigen yang cukup akan menyebabkan ADHD. Kesannya lahir tidak cukup bulan. racun pada darah ibu. • Toksemia . • Resapan bahan luaran (terotogen) oleh uri melalui pemakanan atau kulit atau deria. Saiz bayi kecil. • Ketidaknormalan kromosom. • Lahir tak cukup bulan/prematang • Kurang makan makanan berzat. bekalan oksigen ke otak terputus.(Penghamilan). Kewujudan protein menghasilkan Rh+ dan Rh-. Anoksia (tali pusat . rubella dan virus. Proses yang terlalu lama menyebabkan terputusnya bekalan oksigen. Genetik (Sebelum lahir 23 pasang kromosom . Degupan jantung janin cepat. Forcep atau ubat penahan sakit untuk membantu kelahiran boleh membahayakan bayi. • Bersalin (delivery) akibat melintang atau songsang. Sekiranya berpanjangan akan mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah. leukemia dan pembesaran terbantut. • Jangkitan penyakit ibu semasa mengandung.2 minggu lahir) dan Postnatal (semasa membesar) a)Peringkat Prenatal (Penghamilan) • Jenis darah tidak sesuai (faktor Rh). kecacatan dan prestasi akademik rendah. Peringkat Prinatal (7 bulan . ideal (22-25 tahun). • Anemia. Masa melahirkan panjang (8-11 jam) menyebabkan lemas. air mentuban pecah terlalu awal menyebabkan jangkitan . uri berada di kedudukan yang tidak betul dan kesukaran bersalin. keguguran. Jika Rh ibu dan janin berlainan. Menghadapi tumor. sifilis.1 daripada ibu dan 1 daripada bapa) • Stres semasa mengandung (emosi terganggu) akibat kemiskinan dan lain-lain. muda akan menyebabkan sukar lahir. • Faktor umur ibu . • Pengambilan dadah atau ubatan atau bahan khayalan menyebabkan kecacatan anggota (thalidomide). kecacatan dan kerencatan akal.X-ray menyebabkan mutasi genetik iaitu kecacatan sistem saraf. darah ibu. • Pengambilan alkohol berbahaya pada tiga bulan terakhir. kencing manis.

ahli psikologi. • Mengelakkan mengandung ketika usia mencecah atau melebihi 35 tahun yang boleh menyebabkan Sindrom Down. c) Postnatal (Selepas kelahiran) • Kemalangan. New Jersey menyebabkan kes kanak-kanak autistik. terapi pertuturan. Risiko persekitaran timbul disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kemiskinan. Kaedah lain ialah melakukan ujian Amnonsentesis. permasalahan keluarga. Kurang mendapat kasih sayang. menghidu bahan toksik. • Menguji sel yang dikenali sebagai Pensempelan Vilus Korion bagi pengesanan sebaran kecacatan genetik. Virus menyerang selaput/penutup otak dan saraf tunjang (spinal cord). pentadbir dan lainlain untuk mengembangkan potensi kanak-kanak. pekak dan lain-lain lagi. • Bahan Pengawet dan pewarna tiruan : menyebabkan perilaku hiperaktif. kanak-kanak diberi bantuan alat pendengaran dan pembedahan koklea. pendedahan pergaulan dan lain-lain. sawan dan kerencatan akal. Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang meningkat. Contohnya kilang yang mengeluarkan asap yang banyak di Brick Township. • Program kerjasama antara pelbagai disiplin termasuk terapi bahasa. guru pendidikan khas. pendarahan serangan terhadap tisu-tisu otak seperti ensefalitis. trauma. • Keracunan seperti keracunan plumbum (lead poisoning) menyebabkan kerosakan neurologi yang berterusan. 5.terbelit) dan memutuskan bekalan oksigen ke otak. Sekiranya telah dikenalpasti seawal tiga bulan. meningitis. Bayi boleh dijangkiti virus yang dibawa oleh ibu seperti herpes (lepuh-lepuh berair pada kulit) yang menyebabkan cerebral palsy. buta. • Mengelakkan pengambilan dadah dan alkohol yang boleh menyebabkan kecacatan pendengaran. kekurangan oksigen (lemas. Ibu boleh menjalani ujian imbasan kehamilan tiga bulan pertama atau FTPS. tercekik). 4. penyakit (demam panas). • Mendapat penyakit berjangkit : disebabkan oleh bakteria dan virus. • Pemakanan kanak-kanak yang tidak sempurna • Faktor persekitaran di mana kanak-kanak itu dibesarkan. • Faktor psikologi : perkembangan emosi dan sosial. Mereka masih ada harapan untuk mendengar. Pengesanan dan . Pencegahan berlakunya kecacatan : • Imunisasi untuk golongan remaja dan wanita iaitu Rubella bertujugan untuk mengelakkan jangkitan Rubella (German Measles) yang menyerang ibu mengandung pada tiga bulan pertama. Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan tisu otak ataupun sistem saraf tunjang. Gangguan hiperaktif • Pencemaran toksin : kesan pada autisme.

• Ibu mengandung mengambil makanan seimbang. terbahagi kepada Dysgraphia ( sebahagian ketidakbolehan menulis) dan Agraphia (ketidakbolehan menulis secara keseluruhan ). Autisme dan Hiperaktif. menulis ataupun menterjemahkan bahasa. mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran seperti membaca.intervensi awal penting untuk mengenalpasti kecacatan yang dialami. petrol dan sebagainya. • Elakkan mengambil minuman keras dan makanan yang tidak berkhasiat. kanak-kanak yang 'specific difficulties' adalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pancaindera dan kerosakan organik yang nyata. Leonardo de Vinci. a) Oral language difficulties . kalsium dan magnesium di dalam darah mengakibatkan epilepsi kepada bayi. • Elakkan daripada kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan seperti hentakan kuat pada kepala yang boleh merosakkan sistem saraf dan kerencatan akal. 2. terbahagi kepada disleksia (sebahagian ketidakbolehan untuk membaca atau memahami apa yang dibaca dan alexia (kanak-kanak yang kehilangan keupayaan untuk membaca. Perkembangan Lewat. 3. • Rehat yang mencukupi dan tiada tekanan. Unit 4 : Kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Winston Churchill. menulis. . • Elakkan daripada terdedah pada keracunan plumbum seperti bau cat. Contoh disleksia seperti Thomas Edison. • Tidak membiarkan anak mengalami demam panas berpanjangan yang boleh menyebabkan penyakit sawan (epilepsi).) c) Writting difficulties . terdiri daripada dua jenis iaitu Dysphasia ( sebahagiah ketidakupayaan untuk memahami percakapan dan sukar bercakap) dan Aphasia (hilang keupayaan untuk memahami. Menurut Smith (1996) . • Lawatan ke klinik mengikut jadual bagi mengetahui perkembangan kandungan bayi. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran. mengeja dan matematik serta kanak-kanak tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran normal. komunikasi dan tingkahlaku 1. Formulation dan Syntax Disorder adalah ketidakupayaan untuk menyusun idea dengan jelas dan meringkaskan corak perkataan. memanipulasi atau mengekspresi perkataan dalam percakapan dan gaya penulisan) b) Reading difficulties . George Pattorn dan William Butler Yeats. Jenis-jenis bermasalah pembelajaran ialah . komunikasi dan tingkahlaku terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down. Kekurangan gula.

acetlycholine dan bahan-bahan kimia sebagai penyebab kesukaran dan kesan pembelajaran serta masalah tingkah laku. Colletti (1979) dalam Sujathamalini (2007) mempunyai banyak masalah kelahiran yang dirangsang (induce birth) dan kelahiran forceps. 5. Kemalangan dan jangkitan penyakit yang menyebabkan kerosakan otak. persekitaran yang tidak kondusif akan mewujudkan kesukaran dalam pembelajaran. dopamine. Gold dan Sherry (1984) dalam kajiannya menjelaskan bahawa terdapat hubungan korelasi di antara ibu yang mengambil alkohol semasa mengandung dan akan menyebabkan berlakunya learning difficulties kepada anak-anak yang dilahirkan.. b) Faktor Keturunan : Menurut Hallgren (1950) dalam Sujathamalini (2007) mengkaji tentang 276 kanak-kanak Disleksia dengan keluarganya dan didapati permasalahan disebabkan diwarisi daripada keluarga. Kekurangan dalam pengeluaran neurotransmitters seperti serotin. Terdapat empat punca iaitu : a) Acquired Trauma : berlaku semasa dalam kandungan (prenatal). (Sujathamalini 2007:9) • Motor dificits : masalah ko-ordinasi • Perceptual-motor deficit :kesukaran dalam mencantumkan rangsangan penglihatan atau pendengaran dengan tindak balas motor. Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran menurut Clements (1966) terdapat sepuluh ciri-ciri yang telah dikenalpasti. oleh itu faktor genetik mempunyai pengaruh berlakunya masalah pembelajaran. c) Faktor Persekitaran : Allergic pada sesetengah makanan seperti Natural ataupun Sythetic yang dikenali sebagai Salicylate ialah bahan kimia yang terdapat dalam pewarna dan perisa tiruan.. terbahagi kepada Dycalculia ( sebahagian ketidakbolehan dalam menyelesaikan pengiraan) dan Acalculia (ketidakbolehan secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah pengiraan) 4. Menurut Seidenberg (1997) terdapat 9 ciri kanak-kanak learning difficulty iaitu : • Hiperaktif : aktiviti motor tidak sesuai dan melampau • Attention dificit : task or behaviour that is repeated over and over. . neropinephrine. semasa kelahiran (perinatal) dan selepas kelahiran (postnatal).d) Arithmetic difficulties . Punca-punca berlaku masalah pembelajaran menurut Mercer 1977 secara perubatannya dan berkaitan denang etiologies. Selain itu. d) Biochemical Abnormalities : Disebabkan oleh sel-sel.

• Impulsivity : Kekurangan dalam tingkah laku yang reflaktif • Cognitif deficits : Kanak-kanak lemah dalam memori dan konsep formation. (2009). 2003) Julia Jantan et.Language deficits : Lambat dalam pertuturan dan sukar untuk memahami dan merumus bahasa percakapan. Walau bagaimanapun masalah pendengaran berlaku apabila wax (tahi telinga). luka atau berlubang boleh menyebabkan pekak. Bunyi-bunyi masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga yang menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga yang bergetar dan menghantar bunyi. Bermasalah pembelajaran dan penglihatan bukan sahaja mempunyai satu kecacatan malah mempunyai kecacatan yang lain. 70%kes kepekakan kogenital dikaitkan dengan faktor genetik tidak bersindrom manakala 30% sebagai kepekakan bersindromik.Masalah penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain atau melalui keturunan atau diperolehi melalui jangkitan dan persekitaran (Richard. masalah penglihatan ini terdiri daripada dua keadaan iaitu masalah penglihatan dan masalah fizikal dan masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku. Masalah penglihatan dan masalah fizikal: a) Juvile Rheumatoid Arthritis (JRA) : sejenis penyakit arthritis yang menyebabkan radang dan kekejangan pada sendi. maka tidak dapat bertutur dan tidak dapat berfikir seperti kanak-kanak normal. menulis dan mengira 6.al. atau kecacatan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masalah kecacatan kerana tidak dapat mendengar. Berlaku kecelaruan autoimunisasi apabila badan seseorang mengeluarkan antibodi yang tidak • . • . gegendang telinga pecah. • Orientation deficits : Perkembangan spatial yang lemah atau konsep temporal • Specific learning difficulties : menghadapi masalah membaca. Bermasalah pembelajaran dan masalah pendengaran adalah akibat daripada kerosakan pada telinga yang mengurangkan intensiti bunyi yang sampai ke telinga dalam. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan iaitu pratutur/prelingual (pekak sejak lahir/mempunyai masalah pembelajaran dan komunikasi lebih teruk) dan postutur/postlingual (cacat pendengaran separa atau sepenuhnya tetapi pernah mempunyai pengalaman bercakap) 7. Menurut Barbara (2001).

penggunaan cermin mata bagi masalah penglihatan refraktif. guru (saringan penglihatan dan pendengaran ) • Intervensi awal : Rancangan pembelajaran individu. Masalah Penglihatan dan kecelaruan tingkah laku : menyebabkan tingkah laku yang ganas. • . pakar perubatan. alat bantu dengar (hearing aid) . Kanak-kanak slow learner (lembam) belajar di kelas pemulihan. hati. jangkitan virus dan kerosakan organ. mata. mudah bergumpal dan tersangkut pada salur darah. Akibatnya salur darah tersumbat menyebabkan penyakit. Akibatnya JRA akan menyerang empat sendi dan menyebabkan penyakit mata yang dikenali sebagai iritis dan ada yang mendapat penyakit uveitis seterusnya kesakitan yang teruk pada sendi. kemahiran mengurus kehidupan dan kemahiran mengawal emosi dan sosial. Mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam berkomunikasi. rawatan segera dengan memberi suntikan terus ke dalam mata sangat berkesan. Justeru. tidak menurut kata. 8. Tindakbalas autoimunisasi menyerang sendi. • Pengesanan awal : Ibu bapa. Seterusnya jaudis (sakit kuning) iaitu pada bahagian putih mata berwarna kuning. sikap terlalu bergantung kepada orang lain.serasi dengan tisu badannya. Berlaku ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan juga kekurangan fungsi kawalan otak. b) Sickle-cell Anaemia : dikenali juga anemia sel sabit adalah anemia darah kronik yang mengakibatkan kekurangan bekalan darah kepada organ penting dan kekurangan bekalan oksigen kepada sel darah. suka menentang. jantung dan organ badan. Sickle cell adalah sel darah merah berbentuk sabit dan mempunyai hemoglobin yang tidak normal. kaedah pembelajaran Braille. c) Cytomegalovirus (CMV) : berkaitrapat dengan AIDS dan HIV positif iaitu sistem imunisasi sudah lemah mudah dijangkiti CMV. tingkah laku pasif dan lain-lain kerana menghidapi masalah penglihatan. mengelak membuat kerja. Strategi meningkatkan kefungsian kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah : • Strategi pengajaran : prosedur spectrum ujian yang berbeza. masalah paru-paru dan sakit kuat pada abdominal. Penyakit yang timbul ialah retinitis bermaksud sel pada retina iaitu di bahagian belakang mata mati yang boleh menyebabkan buta. guru yang berbeza untuk menentukan pembelajaran. masalah jantung. Penghidap anemia juga mengalami penyakit mata.

. Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya ketinggalan dari segi perkembangan fizikal dan motor. masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada mata yang terbaik dengan pembetulan. ketajaman penglihatan mereka adalah 6/60. 5.2%. Definisi masalah penglihatan daripada dua perspektif iaitu : • Perundangan : Menurut Wong Huey Siew (2006). kalau penglihatan normal boleh lihat objek pada 200 kaki tetapi yang mempunyai masalah penglihatan hanya boleh melihat pada 20 kaki sahaja. 4. 2. Mata digunakan untuk belajar. Mohd Hafiz Baharom dan Mohd Rizlan (2009) menyatakan setiap orang menggunakan penglihatan untuk aktiviti pengurusan diri. Lapangan penglihatan pula tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter berbanding penglihatan normal 180 darjah. 3. mengendalikan kemahiran motor dan tingkah laku sosial. 80% daripada yang dipelajari untuk perkembangan kanak-kanak adalah melalui penglihatan. Ketika bayi baru lahir. penglihatan rendah ialah 2. Maksudnya. Di Malaysia keadaan buta ialah 0. Separa rabun pula ketajaman penglihatannya ialah 20/70 dan 20/200 pada mata terbaik dengan pembetulan. mengenali sesuatu objek dan sebagainya. semasa 4 tahun 6/6.Unit 5 : Kanak-kanak bermasalah Penglihatan 1.44%.

9. 8. Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna (penglihatan terhad/low vision). Ketajaman 3/60 bermaksud pesakit dapat membezakan simbol pada 3 meter berbanding orang normal pada 60 meter. kebutaan dan rabun adalah kerosakan visual termasuk buta yang menjejaskan prestasi pendidikan individu yang mengalami masalah buta. • 7. Kerosakan ini merujuk pada ketidaknormalan mata iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut : i) Sederhana : masih boleh melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. iii) Sangat teruk : mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta bergantung pada deria-deria lain. Kaedahpenyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian. Visual ketajaman ialah 20/70. • Rabun atau penglihatan terhad (low vision) : Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik atau medan penglihatan kurang 10 darjah sesudah rawatan. 10. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan dikategorikan kepada lapan iaitu : .Pendidikan : Sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Dapat melakukan tugas seharian dengan menggunakan deria penglihatan. Menurut Nancy dan Kathleen (2005). mendefinisikan kedua-dua kategori sebagai gangguan visual berdasarkan kurangnya ketajaman visual atau kurangnya jangkauan penglihatan. 6. rabun atau penglihatan terhad (low vision). Menurut Jamilah (2005). kebutaan. Ketajaman penglihatan dapat diukur secara kuantitatif dengan menggunakan grafik yang mempunyai simbol dan pelbagai ukuran. sederhana. teruk dan sangat teruk adalah : • Kebutaan : Penglihatan kurang daripada 3/60 dan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). ii) Teruk : memerlukan lebih banyak tenaga dan masa dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti walaupun dengan bantuan alat khas. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Ketajaman visual dari 6/18. bermakna pesakit hanya dapat membezakan antara objek yang berjarak 6 meter berbanding orang normal pada jarak 18 meter.

hyperopia. Cortical blindness berlaku apabila terdapat beberapa kerosakan pada otak. Salah satu mata tidak berfungsi dengan betul.7% adalah buta. • d) Lain-lain kecacatan : Buta warna yang disebabkan oleh sel-sel retina rosak. • Katarak sejenis kerosakan mata di mana kanta mata berselaput dan rabun. Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak. Orang yang terbabit mempunyaifotofobia. nistagmus kongenital. retinapathy pra-matang. glaucoma kongenital/keturunan. degenerasi makular keturunan dan retinitis pigmentosa. kanak-kanak dan bayi baru lahir boleh mendapat katarak apabila ibu mengidap jangkitan seperti rubella.4% kanak-kanak mengalami masalah penglihatan terhad sederhana. • Amblyopia/lazy eye atau mata malas disebabkan oleh juling. astigmatisme dan rabun tua adalah jenis-jenis utama gangguan biasan. katarak. pengasingan retina dan atrofi saraf optik.9% masalah penglihatan teruk dan 40. • Kajian Rokiah et al (2005) menunjukkan 25. Selain daripada orang tua. Kanta mata keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. tetapi bertemu di atas. Diplopiaadalah penglihatan berganda.Kebiasaannya pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya. disbetic retinapathy. • Diabetic retinopathy disebabkan oleh tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bola mata seseorang (Friend 2005). Rabun jauh. Punca utama adalah katarak kongenital. Juling berlaku kerana tidak ada koordinasi antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus. terpesong keluar atau tegak ke atas ke bawah. Punca-punca masalah penglihatan dan bahagian mata : Menurut Mohd Sharani (2004). 33. kornea atau kanta. Penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. masalah visual timbul daripada sebarang gangguan dengan laluan cahaya itu daripada kemasukannya ke mata untuk ditafsirkan oleh otak • a) Refractive disorder : disebabkan ketaksekatan dalam bentuk atau saiz bola mata. retinitis pigmentosa. berotot retina kemerosotan. Tekanan yang • . renablastome. • c) Eye pathologies : kesan kerosakan pada satu atau lebih struktur mata termasuk penyakit mata. • b) Ocular motility : masalah gangguan-gangguan gerak mata disebabkan oleh otot tidak berfungsi.astigmatisme (rabun) • glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata) • strabismus (juling) • ambiplia (mata malas) • diplopia (nampak dua) • albinisme (sensitif pada cahaya) • myopia (rabun jauh) • hyperopia (rabun dekat) 11.

• Kanta mata : Bersifat lut sinar. Kajian oleh Sharon et. • b) Intelek : WHO (2009) berpendapat kanak-kanak cacat penglihatan berupaya untuk berjaya sekiranya mendapat peluang. warna atau gambar yang besar dan memegang buku dekat dengan muka untuk membaca. sering tersandung atau terjatuh. Menoleh ke arah lain apabila dipanggil (pandangan tepi lebih baik). keupayaan untuk bergerak dan interaksi dengan persekitaran.kerosakan visual mempengaruhi pembangunan dan pengajian kanak-kanak. sering menggosok mata. mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata. mempunyai mata juling. sering mengerdip. 12. bimbingan dan tunjuk ajar.al (2008). • Pupil : Bahagian tengah anak mata.tinggi merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan menjadi sempit dan buta. Tanda-tanda glaukoma kronik ialah ruang penglihatan menjadi semakin kecil. berkerut atau mengecilkan mata. berwarna hitam. • c) Kesihatan : Menurut Mason (2001). Berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian daripada retina yang berfungsi sebagai ketajaman dan pusat penglihatan untuk membaca atau memandu semakin merosot. Organ mata dan fungsinya : • Kornea : selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata. Kurang bersenam sehingga mempunyai risiko serangan penyakit jantung. penyebab utama penglihatan terhad di Malaysia ialah kesalahan refraktif yang tidak diperbetulkan dan katarak. • Age related Mascular Degeneration (AMD) adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan (Mason 2001). Bagi glaukoma. • Iris : Bahagian yang paling jelas pada matanya dan mempengaruhi warna mata. Selain itu. Terbahagi kepada dua iaitubasah dan kering. julat dan pelbagai pengalaman. • Retina : Lapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya mata hitam. melihat bayang. menutup sebahagian mata. kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap dan kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang. menundukkan kepala ke tepi atau ke depan apabila melihat sesuatu. • Makular : Merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya. Perkembangan kognitif akibat buta terbahagi kepada tiga kawasan. Jika separa buta. penglihatan kabur dan rabun. tekanan cecair meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. • a) Fizikal . Glaukoma terbahagi kepada dua iaitu glaukoma akut dan glaukoma kronik. Walau bagaimanapun menurut Nancy Hunt & Kathleen Marshal (2005). di kelilingi oleh iris. 13. Ciri-ciri masalah penglihatan. memfokus objek pada jarak yang berbeza-beza.kerosakan penglihatan dikaitkan dengan masalah kesihatan yang menurun. Penyakit campak yang .

Strategi mengatasi masalah penglihatan : • Rabun dekat : kanta pembesar. cermin mata dekat dan bifokal. kurang vitamin A. Selain itu. sifat terlalu bergantung kepada orang lain. alat sentuhan peta. cermin mata berkuasa tinggi. gambar rajah timbul. teleskop dan sebagainya. • Peranan optometris dapat membantu menangani masalah gangguan penglihatan. menentang. tidak mahu menurut kata. mengurangkan status kefungian dalam masyarakat. 14. • d) Tingkahlaku : Perlu perhatian yang lebih kerana mempunyai tingkah laku ganas. model tiga dimensi. jabatan kerajaan dan swasta untuk kemudahan. .dihidapi ibu mengandung. • Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. pergantungan pada orang lain. Puncanya kerana ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan kekurangan fungsi luar kawal otak. risiko kemalangan. sikap suka mengelak daripada melakukan sesuatu kerja dan tingkah laku pasif. kualiti hidup yang meleset. • Pendidikan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapi sebagai keperluan mobiliti sosial seperti tongkat putih. risiko jatuh. mesin Braille. • Pemeriksaan penglihatan yang lengkap. tempat tinggal kotor dan miskin iaitu kuman sitomegalovirus boleh menyebabkan kecacatan saraf.