WACANA 1.

0 PENGENALAN Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.

2.0 Definisi wacana Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut : Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. Pendahuluan b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. Penutup d. graf, jadual, peta dan statistik. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah : Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betulbetul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan. Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran. Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap;

Wacana. terlengkap. menurut beliau lagi. Dalam bahasa Inggeris.dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. . wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa. Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber. Tetapi. ensiklopedia. iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik. teratur atau tersusun rapi. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. kohesi. berkesinambungan. Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. khutbah dan temu duga. paragraf.0 Konsep wacana Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. merujuk kepada kajian tentang unit tersebut. wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Secara tuntasnya. 2002:35-36). dan sebagainya.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu. Anton M. Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. 3. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Menurut Chafe. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel. mengatasi ayat atau klausa. Namun. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata. discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian ke dan dari’. buku. Menurut Trask. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti. cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis.

Malah. Selain melihat ciri struktur bahagian itu. wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. (2002:2-4).T. 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis se-bagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial. seperti tautan dan runtutan. (Schiffrin et. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Dijk. Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Oleh itu. wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial. Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. menurut Johnstone. wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat.2005a:131-132). Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama. penggunaan bahasa. topik wacana tertentu. B. memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. B. Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh itu. analisis wacana sekadar metodologi.V. al (2003:1). al. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berpe-ranan dalam membentuk subjek tertentu. Sebaliknya. mahupun strategi di dalamnya. (2002:2-4). makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi aturan tatabahasa. dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Sebagai unit bahasa yang tertinggi. A. iaitu yang melampaui ayat. . definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar. Sebagai kajian. ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional. penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan. analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Subjek memiliki kemampuan untuk men guasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan.Selain itu. analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa. wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Menurut beliau. Kepada ahli bahasa. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat. Menurut Schiffrin et. analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya. Analisis wacana menurut Johnstone.

Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Dan di Great Britain. Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis.M. Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan pada wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. Dengan kata lain. Dalam tradisi Barat pula. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Di Great Britain. seperti teks Veda sejak 1200-1000 S. Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat. 4. koteks. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike. 2005 dan 2006). muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. B. sama ada mental atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian kecil. atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.Di sini. “Descriptive Linguistics in Literary Studies”. iaitu wacana. jika disorot lagi. seawal Nabi Adam. iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama. Malah. Metodologi analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johns-tone. juga mengambil kira asas penggunaan bahasa yang mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas sehingga memungkinkan pengguna peka teks. telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski.M. zaman suhuf-suhuf dan risalah nabinabi Allah jauh lebih awal.) melalui retorik dan seterusnya. wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Halliday (1962) dalam artikelnya. Di Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). dikatakan telah membuat penyataan awal tentang . aliran Stoik oleh Zeno pada 300 S. membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek. Di Jerman pula. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S. tatabahasa seperti ini dikenali sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat. Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks. dan konteks amalan sosial dan amalan agama. (2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara eksplisit. Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang mencakupi unit tertinggi bahasa.M. Nasir (2002:1-8 dan12-18). etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang. jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana.0 Latar belakang wacana Menurut Sanat Md.

iaitu . Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif.tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana. iaitu tatabahasa transformasi generatif. Pada tahun 1978. Pemuka aliran stratifikasi. Setakat yang terkumpul. Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa. Aja-miseba (1978). iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna 5. dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. An Introduction to Functional Grammar. The Grammar of Discourse. beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang. Harimurti Kridalaksana (1970: 1). kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Nasir (2002: 9-12). Longacre (1983). dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph. dan Cook (1994). 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993. beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Martin (1992). English Text: System and Structure. Discourse. tautan berada dalam jalur peserta. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an. Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21. berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi. Halliday (1985). Malah. Seperti yang dinyatakan di atas. Antara terbitan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981). Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi.D. menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976).2001 dan 2003). Menurut beliau. Gleason (1968). Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.0 Latar belakang wacana bahasa Melayu Menurut Sanat Md. Malah. Introduction to Text Linguistics.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut.

Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja. Dalam artikel yang pertama itu. kohesi.1995a dan 1995b. inferensi. kesinambungan topik. implikatur.1993). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong. sarjana dan kedoktoran. Dede Oetomo (1993). presuposisi. Azhar M. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985). Ramlan (1992). dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Ismail (1993. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994.1994. Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik. konteks situasional. pronominal. didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Wong (1992. Ebah (1992). penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah.1996a dan 1996b). keruntutan. Simin (1983). seperti Samsuri (1992). termasuklah Abdul Aziz Idris (1982). perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan. Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut. koherensi dan pengetahuan tentang dunia.1994) dan Zahrah (1995). dengan menggunakan pendekatan analisis wacana. Farrerty (1982). Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat.D. Dalam syarahan itu. iaitu kaedah Harris. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989. prinsip interpretasi lokal dan analogi. dan Tallei (1988). Indonesia. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel. Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Di peringkat disertasi kedoktoran pula. beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa. ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph. . Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. kaedah Becker. referensi. Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. cuba mengkaji keterpaduan. disertasi dan buku. Selain yang berbentuk artikel. beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sanat (1992. Di hujung syarahan beliau itu.sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. dan kaedah Sinclair dan Coulthard. yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : I. “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994). Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Sebaliknya. iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik.Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Seperti yang telah dinyatakan di atas. Universiti Kebangsaan Malaysia. Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. National University of Singapore. Lufti. terlengkap III. kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana.0 Ciri – ciri wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81). Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976). Fakulti Bahasa Moden. mengatasi ayat atau klausa IV. terdapat 17 buah. kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. iaitu tautan. kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Jabatan Pengajian Melayu. “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang. dan didapati hanya Jabatan Linguistik. wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Jabatan Pengajian Melayu. seperti tranformasi generatif. runtutan. penerimaan. Di Rancangan Bahasa Melayu. maklumat. berkesinambungan . Pengajian Bahasa Malaysia. Bahkan. Pada waktu yang sama. Biasanya. Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran. Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. teratur atau tersusun rapi V. Universiti Malaya. Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/ 6. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu. keadaan dan interteks. aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut. Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. satuan bahasa II. terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh. Antaranya. Selain itu. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994). tujuan. dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu.

the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Selain itu. terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu. and the forms are realized in turn (recoded) as expressions." Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. To put this in everyday terminology. frasa atau ayat dengan perkataan. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. Contohnya: . The semantic (meaning). frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. kohesi VII. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Menurut beliau lagi. lisan atau tulisan VIII. meaning is put into wording and wording into sound or writing. 6. Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan. kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. penerimaan oleh pendengar atau pembaca. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan. keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Meanings are realized (coded) as forms. maklumat yang terkandung.1 Tautan atau kohesi Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. kepaduan dan sebagainya. "Cohesion is expressed through the strata organization of language. tautan. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik. “Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976) Menurut Halliday dan Hasan lagi.VI. awal dan akhir yang nyata.

Contoh : . Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah. Mereka ke sana untuk meminjam buku. sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. sinonim. kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana.1.1. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. Siti dan Faiznur. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani. terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut.1 Jenis-jenis kohesi 6. c) Superordinat Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'. Tambahan pula. Dalam bahasa Melayu. Ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama. kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami. iaitu pengulangan kata.1. 2. b) Sinonim Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Siti dan Faiznur ke perpustakaan. Dalam contoh di atas. a) Pengulangan Kata Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition.1 Kohesi Leksikal Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati teks. Oleh itu.1. iaitu reiterasi dan kolokasi. 6. Syazwani. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini. superordinat dan kata-kata umum. kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. i) Reiterasi (Pernyataan Semula) Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara.

2001:19) b) Dari Sudut Semantik Contoh : Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita. lembu dan ayam. 1995: 136) 6. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing. kerbau. (Tarigan. biri-biri. iaitu 'ternakan'. iaitu perhubungan darat.Semua yang ada di desa seperti kambing. Kata 'kambing. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang. H. iaitu a) dari sudut sintaksis b) dari sudut semantik. harus dibuatkan kandangnya secara teratur.2 Runtutan atau koheren Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. kerbau. 1995: 146) Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing. Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. a) Dari Sudut Sintaksis Contoh : Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni. H. Oleh itu. Contohnya: . (Harun Aminurrashid. motosikal dan lain-lain. ayam'. kerana ibu kotanya bernama Puni. 2001:25) ii) Kolokasi Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut. runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Contoh : Bagi Awang Semaun. Kenderaan ini meliputi kereta. (Tarigan.G. sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya… (Harun Aminurrashid. biri-biri.G. ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali hiponim. laut dan udara. d) Kata-kata Umum Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya. kerbau.

teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.3 Tujuan Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Malahan. tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu. perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat. teks yang bertaut tidak semestinya runtut. Contohnya: . Berdasarkan teks di atas. 6. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Oleh itu. penyakit dan masalah ini. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Walau bagaimanapun. Maklumat terdiri daripada dua jenis. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju. tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. setiap ayat mempunyai tautan. ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.4 Penerimaan Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan. 6. untuk menghasilkan wacana. Contohnya: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru.5 Maklumat Setiap wacana mempunyai maklumat. 6. gejala. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Oleh itu. ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

Dalam tatabahasa tradisional. 6. contohnya. Contohnya. misalnya latar rumah tangga. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan. latar beribadat. andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan.” Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. misalnya. latar tempat membeli-belah.6 Keadaan Ciri seterusnya ialah keadaan. waktu. dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. latar tempat kerja. jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.” “ia mendapat pujian daripada guru besar. murid atau pelajar berhubung dengan guru. Misalnya: “Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan . akibat. Ungkapan “Sila masuk”.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9. tempat. ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan . Gaya formal. wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk. jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. dan bermacam-macam lagi.00 pagi. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat.(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar. latar berekreasi. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. keutamaan dan sebagainya. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan. Tegasnya.

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan. gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung. 7. majalah dan buku. iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. intonasi suara. penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Dalam wacana tulisan. iaitu komunikasi satu arah. pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif.lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. . Dengan kata lain. iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. Hal ini beerti wacanawacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Biasanya dalam wacana lisan. Oleh itu. Dalam wacana lisan.0 Jenis-jenis wacana Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis. Misalnya: 6. pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis.7 Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ceramah. temu ramah. Oleh : Siti Aminah bt Kasim Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. khutbah. pidato dan siaran televisyen atau radio. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Sebaliknya. Contoh wacana tulisan : Rencana Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing. kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan. pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah.

di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga.0 PENANDA WACANA Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea. dan penipuan. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Sungguhpun. rompakan. tapak pembinaan. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati. peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. (+348 patah perkataan) 8. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara. dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina. sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Justeru itu. hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Oleh sebab overhed mereka rendah.Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Oleh itu. Andainya. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Di samping itu. hotel. pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib. mereka berupaya menjual barangbarang mereka dengan murah. Selain itu. Di samping itu. berlakulah jenayah seperti pencurian. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu. Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang. ladang-ladang. Justeru itu. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara .

Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea. wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan. bawal. kita akan menggambarkan situasi permainan bola sepak. Contohnya seperti: Ibu amat menyayangi Ahmad. Dalam ayat di atas. situasi atau konteks. cencaru. dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan bola sepak.1 Penanda Leksikal Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Contohnya: Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. topik. pengulangan sinonim. Contohnya: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Kami juga amat menyayanginya. Antaranya Honda.satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna. Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri. iaitu 8. Tetapi kini. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana. Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Toyota dan Volvo. Nissan. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti: Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Oleh itu. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. banyak . hiponim dan kolokasi. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari. berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi. apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma. selar dan kembung. Selain itu pula.

Dalam bahasa Melayu. tambahan pula. Contohnya : Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar.3 Penanda penghubung Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan.ikan dan udang yang mati. tentangan. itu. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan. ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air. di samping itu dan selanjutnya. 8. namun dan walau bagaimanapun. 8. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini. Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. musabab dan tempoh. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu. sini dan situ. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan. lebih-lebih lagi. Contohnya: Di manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana. kedua dan ketiga. frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Sani dan Udin. Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. sebaliknya. Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama. Dalam ayat di atas. Contohnya : . Kami bertolak pada pukul empat petang. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi. malahan. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut: Aku.2 Penanda rujukan Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nama tunjuk.

10. Tambahan dan. kemudian. kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu. Contoh contohnya. Pertentangan tetapi. Bandingan seperti juga. sebagai penyimpul kata 6. akhirnya. selepas itu. laksana. Akhirnya. mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam. kedua. ketiga. sebab itu. seperti. bak kata. sebaliknya. Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. oleh sebab dan oleh itu. pastilah. sebagai kesimpulan. Kemudian. selanjutnya dan sebagainya. . Contoh penanda musabab ialah kerana. lagi. Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. selepas. sebagai. sememangnya. Penyataan semula iaitu. 1. ibarat. sungguhpun. lama-kelamaan. berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6. 8. Pengesahan sebenarnya. bagai. semasa. yakni. dengan kata lain. Sebaliknya. selanjutnya. walau bagaimanapun. akhirnya. jadi. Oleh sebab itu. tambahan pula. bersebelahan dengan. fasal. lambat-laun. Sebab dan kesan oleh itu. seperti yang diterangkan. kesimpulannya. kemudian daripada itu. bertentangan dengan. kami teruskan pendakian. Urutan Pertama. akhir kata. kemudian. 11. dengan itu.30 pagi. justeru itu. bertentangan dengan. Waktu apabila. kedua. 8. Tempat berhampiran dengan. Contohnya: Pada peringkat awal pendakian. 9. dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin. ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. sewajarnya. umpama. tambahan lagi. serupa dengan. 4. namun begitu. di samping. 3. lantaran. Rumusan rumusannya. 2. 7. tentulah. pada mulanya. seterusnya. seterusnya.Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. kemudian. macam. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama. sama juga dengan. sesuai dengan. Contohnya: Dia kesuntukan masa.4 Penanda penggantian. ketika. 5. serta. sesungguhnya.

perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya. iaitu a) Pengguguran nomina Contoh : A: " Kita ini perlu anak. manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat.1 Jenis elipsis. Terdapat tiga jenis elipsis . tetapi ayat kedua ini masih difahami. Dalam contoh di atas. Contohnya : Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu.Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. 8. frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya. 8. Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa. Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal.5 Elipsis Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …" B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?" (Leman Ahmad. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama. Contoh 2 : Ah Meng suka baju berwarna merah. Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami. Dalam contoh di atas. Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Adiknya suka baju putih. Penggantian adalah pengambilan alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata. Contoh 1 : Pemuda itu kelihatan resah. iaitu menebang pokok durian itu. verbal dan klausal. Nanti baru saya lakukan. 1984: 24) .5. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama.

Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan. 1995:147) 11. 1995:166) c) Pengguguran klausa Contoh : Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?" Pelajar: "Ya tentu" (Tarigan. bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara.0 KESIMPULAN Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan. maklumat. Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan. Sebagai contohnya. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang. malahan meliputi perenggang.G. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap KEUTUHAN WACANA Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. rujukan. penggantian dan juga ellips. bab. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan. runtutan. dengan menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Wacana bukan sekadar diperingkat ayat. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan. memo dan sebagainya. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh. penghubung. penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal. buku dan siri buku. iaitu tautan.b) Pengguguran verbal Contoh : A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?" B: "ya. pernah ^ " (Tarigan. H. laporan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar. tujuan.G. H. keadaan dan juga interteks. penerimaan. Selain itu. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. .

Kohesi merujuk kepada idea atau isi esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. b) Hubungan sebab dan hasil: Ali rajin bekerja. Rambut ikal mayang. Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan esei. a) Hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas. Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.1 Hubungan Dari Segi Aspek Semantik Jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau perenggan-perenggan lain. Dia kaya. Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu berkualiti atau tidak. leksikal.2 Hubungan Dari Segi Aspek Fonologi . h) Hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis itu. Dicirikan oleh sifat kohesi dan koheren. Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. gramatik dan fonologi. Koheren merujuk kesinambungan ayat-ayat dan merujuk perenggan-perenggan yang membawa idea-idea tertentu. Ia dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik. Dia mahu memikat Aminah.Nasir yang menciptanya. 9. Kakaknya lebih cantik lagi. c) Hubungan sebab dan tujuan: Hassan berpakaian kemas. f) Hubungan perbandingan: Hasnah cantik. 9. Saya letih jadi saya hendak tidur. g) Hubungan sampingan: Saya sudah membuat kerja rumah. Kerajinan menjamin kejayaan. e) Hubungan latar dan kesimpulan: Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M. Dia bodoh. d) Hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin berusaha. berlesung pipit dan berhidung mancung.

3 Hubungan Dari Segi Leksikal Hubungan wacana berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan. pada masa dan ketika itu. Antonim: Pemuda harapan bangsa. (ayat tanya) 9. i. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Pemudi tiang negara. Berfungsi sebagai penambahan: Sebelum. selain itu. selepas. Intonasi suara berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat. Aman negara Malaysia?. cempaka. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. pada sudut yang lain dan sebaliknya. dan. iii.4 Hubungan Dari Segi Tatabahasa Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. ii. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Hiponim: Dia menanam pokok melur. berikutnya. b. Berfungsi sebagai pengembangan idea: Seperti. i. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. iii.Dilihat daripada segi hentian suara. iv. Kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain. ii. bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. 9. Ini dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatik seperti: a. Malaysia. Sinonim” Ali seorang yang rajin. . nada suara dan intonasi suara. kemudian. contohnya seperti ayat di bawah: a. tetapi. (ayat penyata) c. kerana dan dengan. Berfungsi sebagai penghuraian: Seterusnya. Malaysia negara yang aman. oleh itu. Negara yang aman.

c. i Kata ganti nama: Saya. kami. Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan.b. kita. Contoh: Ali menendang bola dengan laju manakala Hassan menendang dengan perlahan . dia. ini dan siapa. mereka. Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia. itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful