PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 7 BAHAN BANTU MENGAJAR MATEMATIK

SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik. Ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid-murid permulihan kkas matematik juga akan dibincangkan. Perbincangan juga akan dibuat dalam menghasilkan alat bantu mengajar bagi kelas pemulihan matematik berasaskan ICT atau pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan kepentingan bahan bantu mengajar. 2. Menyenaraikan ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid pemulihan khas matematik 3. Membina alat bantu mengajar untuk kelas pemulihan matematik berasaskan ICT/ pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar.

84

kaedah dan teknik pengajaran pemulihan. bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan.2 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Fungsi utama bahan bantu mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran.1 Pengenalan Sebagai seorang guru pemulihan yang dipertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami 85 . Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti. guru perlu berkemahiran dalam membuat pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar. Selain menguasai pendekatan.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK KERANGKA TAJUK Bahan Bantu Mengajar Matematik (BBM) Kepentingan BBM Ciri-ciri BBM Kategori BBM Rajah 7. 7. penguasaan kemahiran dan penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam matematik dari aspek akademik khususnya kepada murid-murid yang berpencapaian rendah perlu memikirkan pelbagai cara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik adalah lancar dan berkesan.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan KANDUNGAN ISI 7. Bahan bantu mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada murid-murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui penggunaan pelbagai deria. 86 . Hoban.2 menunjukkan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik. Rajah 7. seperti melalui filem bergerak. Rajah 7. Senarai bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: a. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar e. James D.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK pengajaran guru. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65).2: Kepentingan Bahan Bantu Mengajar Mengikut Charles F. c. deria sentuh. iaitu deria penglihatan. dan deria pendengaran. Dapat membina pemikiran yang berterusan. namun keperluan kepada bahan bantu mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. d.

f. Kit manipulatif yang sedia ada menjimatkan masa guru membuat sendiri. menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. d. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. c. g. e. Husin (1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: a. Sebagai rumusannya kepentingan bahan pengajaran ialah: a. g. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. b. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Kamarudin Hj. Memberi rangsangan dan minat murid-muird. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain. 87 . Mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. guru dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana guru tidak perlu menulis maklumatmaklumat itu di atas papan tulis. Menjimatkan Masa Dengan penggunan bahan bantu mengajar seperti carta-carta yang telah disediakan dengan maklumat-maklumat penting dan kit manipulatif. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak Pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK f. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

Ini secara tidak langung mengukuhkan penguasaan murid dan membantu murid menyelesaikan masalah matematik. Memperkukuhkan Ingatan Bantu bantu mengajar boleh memperkukuhkan ingatan. Mempelbagaikan Kegiatan Atau Aktiviti-Aktiviti Murid-Murid Pelbagai jenis bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran guru dapat dipelbagaikan dengan kegiatan. ia dapat mebantu murid dalam kefahaman dan pemerolehan pengalaman semasa memperlajari atau menguasai konsep matematik c. Menyeronokkan Murid-Murid Dan Merangsang Minat Pembelajaran Murid Bahan bantu mengajar yang menarik dan bewarna-warni boleh merangsang minat dan menyeronokan murid-murid dalam proses pembelajaran matematik b. d. 88 . dan membuat kesimpulan dengan menggunakan bahan bantu mengajar dengan bimbingan arahan daripada guru secara jelas dan tepat. Dengan ini. Menolong Dalam Kefahaman Dan Pemerolehan Pengalaman Bahan bantu mengajar membolehkan murid-murid menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta matematik yang abstrak. mengkaji. menarik atau aktiviti-aktiviti dilaksanakan oleh muridmurid dengan bantuan guru.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK b. Penyelesaian masalah Murid-murid boleh bermain. Murid-murid biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama berbanding dengan bahan-bahan abstrak. Ia juga boleh membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat. jelas dan mudah. Manakala kepentingan bahan pembelajaran ialah: a.

Bahan bantu mengajar siap yang diperoleh daripada pasaran.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 7. c.3. Bahan boleh berbentuk ringkas atau tidak. plastik. lego.3 Ciri-Ciri Bahan Bantu Mengajar 7. c. Bahan Bantu Mengajar dihasilkan secara kreatif dan sesuai dengan topik yang ingin diajar kepada murid.3. Bahan Bantu Mengajar dihasilkan melalui penggunaan bahan-bahan terpakai seperti kotak. model gunung berapi. model bangunan dan sebagainya. sempoa dan sebagainya.1 Komersial a. 89 . flash card. Contoh: model robot. Guru mendapatkan bahan bantu mengajar mengikut kesesuaian topik yang ingin diajar dan sesuai dengan keupayaan murid serta bersifat mesra pengguna. pembilang. Contoh : Carta.2 Kitar Semula a. b. tin. b. d. botol air dan sebagainya. 7.

televisyen. radio. video. perakam pita. alat pemain piring hitam dan pembesar suara serta multimedia berasaskan komputer.3.3 ICT  filem jalur dan slaid.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Model Robot 7. garamator. makmal bahasa.  Overhead Projector (OHP) dengan transparensi dan LCD projector 90 . projektor overhead.

Contoh: daun. Bahan perkasasan elektronik   Penggunaan komputer dan LCD Perisian Sains 91 . Bahan-bahan konkrit atau maujud    Banyak digunakan sebagai bahan bantu mengajar. buah dan sebagainya b. Bahan pelbagai deria     Terdiri daripada alat pandangan. Bahan maujud dapat dilihat dan dipegang (Galakkan perkembangan psikomotor). video c.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Alat Tayangan (OHP. kad imbasan dan alat pemancar OHP. Alat pandang: buku teks bergambar. Alat dengar: Bunyi rakaman flora dan fauna Alat pandang dengar: TV Pendidikan. alat pendengaran dan alat pandang dengar. visualizer) 7. gambar berwarna. bunga.3.4 Pelbagai Bahan a.

Selamat digunakan oleh murid-murid supaya sebarang kemalangan yang tidak diingini. powerpoint dan permainan interaktif 7.1 Kesesuaian        Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid. kos.2 Pelbagai Guna   Ini dapat menjimatkan tenaga. Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah.4. dapat digelapkan dan sebagainya.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK  Internet – Akses lembaran kerja. Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagimengkukuhkan ilmu mereka 92 . Contohnya. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBM. bahasa.   Boleh digunakan dalam beberapa subjek. bahasa melayu dengan matematik. tidak mendatangkan 7. Sesuai dari segi tajuk.4.4 Kategori Bahan Bantu Mengajar 7. seperti sama adaelektrik. plug. kandungan dan pengalaman murid-murid. masa atau sebagainya dalam P&P.

4. guru pemulihan mesti memastikan yang dia memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat. terang dan jelas. difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun muridmurid. bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya ia dapat menarikperhatian murid-murid untuk membuat aktiviti-aktiviti tersebut. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan.4 Jimat Kos  Tidak semestinya mahal.4. 7. b. tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mestilah besar saiznya supaya mereka dapat membaca arahan-arahan yang disediakan oleh guru dengan mudah.5 Membina Bahan Bantu Mengajar Guru perlu membina bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalam kelas pemulihan. 93 . Guru harus membina bahan-bahan sendiri ataupun mencarinya daripada sumber yang ada di sekolah atau internet.3 Mudah Alih    Senang dibawa.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: i. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: i.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 7. 2008:251): a. Menyenangkan guru untuk menyimpan. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah 7. ii. Bahan-bahan yang boleh digunakan dalam aktiviti pemulihan mesti memenuhi kriteria-kriteria yang berikut (Ragbir Kaur Joginder Singh.

Papan flanel bermagnet . segala jenis alatan bergerak dan yang berbentuk permainan mesti jenis kuat. operasi tambah. Kad-kad nombor / kad jalur – Topik: nombor. Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict. f. Lisan – Latih tubi / congak c. darab dan bahagi .Topik: nombor. Benda-benda pembilang .2 Kit Bahan Bantu Mengajar Matematik Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya. tolak. Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah. Lembaran-lembaran kerja / kad kerja . alat pengukur / penimbang 7. operasi tambah. susunan nombor mengikut urutan menaik atau menurun . c.semua topik b. teguh dan bermutu.semua topik d. ii. jika guru menggunakan alat bantu mengajar seperti pita rakaman. Carta-carta . a. Bertulis – Lembaran kerja / Kad kerja b. kubus / bongkah. operasi tolak. guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alat bantu mengajar adalah cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah. e.1 Bahan-Bahan Aktiviti: a.Topik: nilai tempat. 7. dia mesti memastikan bahawa rakaman itu dibuat secara profesional.semua topik 94 .PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK ii. c. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: i.5. Abakus/dekak-dekak .5.

supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey) Jigsaw puzzle bernombor Boling nombor Roda impian Dart bermagnet Pancing ikan 95 .3 Set Permainan Matematik Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan boleh disuai guna seabgai aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah. Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Membentuk gambar daripada tangram. cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap. Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku Panduan Khas Matematik. Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor. 7.5.             Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan keluar.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Pada amnya. Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid. Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar. Di antaranya ialah:  Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda yang tersembunyi.

Perbincangan Cari bahan rujukan daripada internet / buku yang menunjukkan pelbagai bahan bantu mengajar matematik. Latihan 2 Bina set permainan matematik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik yang sesuai mengikut kemahiran. 96 . Bincangkan bagaimana bahan tersebut boleh diubahsuai untuk mengajar murid pemulihan.PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Latihan 1 Berikan contoh-contoh bahan batu mengajar berdasarkan ciri-ciri berikut:     komerisial kitar semula ICT pelbagai bahan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful