1

DERMA ORGAN: SATU KEBAJIKAN
Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis
Sempena Seminar Pendidikan Fatwa: Isu Pendermaan Organ
Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Pendahuluan
Insan merupakan makhluk yang telah dikurniakan kemuliaan dan kelebihan oleh Allah
SWT berbanding makhluk yang lain, kerana itu mereka dipilih untuk menjadi khalifah di muka
bumi, Allah SWT berfirman:
ô‰)9´ρ $ΨøΒ§. û©Í_/ ΠŠ#´™ öΝßγ≈Ψù=´Ηq´ρ ’Îû ÎhŽ9ø9# ̍ós7ø9#´ρ Νßγ≈Ψø%—´‘´ρ š∅ÏiΒ ÏM≈7ÍhŠ©Ü9# óΟßγ≈´Ζù=Òù´ρ
’?ã 9ŽÏVŸ2 ô£ϑÏiΒ $Ψø)=z WξŠÅÒø? ∩∠⊃∪
Mafhumnya: “dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami telah
memudahkan untuk mereka pengangkutan-pengangkutan di daratan dan di lautan, Kami telah
berikan kepada mereka rezki yang baik-baik dan Kami telah lebihkan mereka dengan kelebihan
yang banyak atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (al-Isra: 70)
Bersesuaian dengan kemuliaan penciptaan insan ini, Islam telah memberi perhatian
yang berat dalam memelihara kehidupan dan menjauhkan kemudaratan kepada mereka.
Perkara ini dapat diperhatikan dari saranan Islam kepada penganutnya agar berusaha
dengan berbagai cara untuk memelihara kesihatan dan nyawa, demikian juga menjauhi dari
sebarang perkara yang boleh mendatangkan mudarat, firman Allah SWT:
Ÿω´ρ #θà)ù=è? ö/ä3ƒÏ‰÷ƒ'Î/ ’<Î) Ïπ3è=öκ−J9# ∩⊇®∈∪…
Mafhumnya: “dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan…” (al-
Baqarah: 195)
Firman Allah SWt lagi:
4 Ÿω´ρ #þθè=çFø)? öΝä3¡àΡ& 4 ¨βÎ) ´!# β%. öΝä3Î/ $VϑŠÏm´‘ ∩⊄®∪
Mafhumnya: “dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang
kepadamu.” (al-Nisa: 29)

2


Di dalam hadis, Nabi SAW bersabda:
¸· ··' ¸, :,, ¸· . ·

¯ `

·

_

_

,

¸

=

.
`
_

=

·

,

·

,

`

,

· . '

·

¸

·

¸ .

·

,

.

·

'

,

·

· .

, ·

,

_

,

¸

= ' .

, ¸· ·¸ ' ·

·

, ` .¸ .

=

·
`
,

,

-
`
¸

,

,

, ¸

·

.
`
.¸ '

,

¸

·

. '
Daripada Usamah bin Syarik katanya: “Dahulu, ketika kami bersama Rasulullah SAW, suatu
ketika beberapa orang dari kalangan Arab Badawi datang dan bertanya kepada baginda: Wahai
Rasulullah, apakah kami perlu berubat? Baginda menjawab: Ya, kerana sesungguhnya Allah
AWJ tidak menurunkan penyakit melainkan Dia turunkan baginya penyembuh.” (Hadis riwayat
Ahmad)
Islam menganjurkan umatnya supaya berubat bagi tujuan meringan, mengurang dan
menyembuhkan penyakit yang dialami, sekaligus menjamin kesejahteraan kehidupan
manusia. Termasuk dalam kaedah perubatan yang berperanan untuk tujuan di atas juga
dapat memelihara nyawa manusia dengan izin Allah iaitulah dengan cara pendermaan dan
penerimaan organ. Perkara ini menjadi harus dengan memelihara syarat-syarat yang telah
ditetapkan seperti jauh dari anasir merendah-rendahkan martabat manusia yang telah
dimuliakan oleh Allah SWT, dan jauh dari perdagangan anggota. Sebaliknya ia dilakukan di
atas dasar tolong-menolong yang bertujuan mengurangkan musibah yang melanda insan
lain, setelah ketiadaan jalan perubatan lain untuk mengelak dari musibah yang membabitkan
nyawa. Kaedah ini terbukti membawa manfaat seperti yang telah diperakui oleh para cerdik-
pandai Islam yang adil.
Justeru itu, kaedah perubatan ini termasuk di dalam bab menghidupkan jiwa seperti
firman Allah SWT:
Β Ÿ≅F% $G¡øΡ ÎŽöóÎ/ C§øΡ ÷ρ& 7Š$¡ù ’Îû ÇÚö‘{# $ϑ¯Ρ'6ù Ÿ≅F% ´¨$¨Ζ9# $Yè‹Ïϑ_ ôΒ´ρ $δ$´Šôm& $´Κ¯Ρ'6ù $´Šôm&
´¨$¨Ψ9# $Yè‹Ïϑ_ 4 … ∩⊂⊄∪
Mafhumnya: “Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu
(membunuh) orang lain, atau bukan karena dia membuat kerosakan di muka bumi, maka
seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Dan sesiapa yang memelihara kehidupan
seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (al-
Maidah: 32)

3

Atas konsep persaudaraan Islam dan tolong-menolong sesama insan, ramai di
kalangan ulama yang telah mengeluarkan fatwa mengharuskan pendermaan organ. Di
bawah ini kami sertakan sebahagian fatwa-fatwa yang berkaitan bersumberkan Buku
Panduan Promosi Pendermaan Organ terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia:

Fatwa-Fatwa Berkaitan Pendermaan Organ

Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:
• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Nabi SAW bersabda:

·,- ¸· ·,-, ·· ¸· ·· .. · ¸,' .¸ .· ¸,, , = .¸

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Ia menurunkan bersama-
samnya ubat, ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya”. (Hadith riwayat
Ahmad dan al-Hakim, beliau mensahihkannya dan dipersetujui oleh al-Zahabi)

• Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ.

• Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.

• Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Islam mengharuskan pendermaan organ, ramai di kalangan ulama yang mengeluarkan fatwa
keharusan ini. Sebahagian fatwa fatwa tersebut adalah seperti berikut:

i. Fatwa Negeri Perlis

4

Majlis Fatwa Negeri Perlis adalah yang terawal membenarkan pendermaan organ iaitu
pada 6 Nov 1965 menerusi fatwa pendermaan kornea. Fatwa tersebut secara ringkasnya
seperti berikut:

Harus diambil mata orang yang telah mati sekiranya orang-orang itu memberi
persetujuan mereka sebelum mereka itu mati untuk faedah-faedah antara lain seperti
berikut:

1. Tujuan yang disebutkan adalah baik dan berfaedah bagi kehidupan seseorang
manusia dan dari segi kemanusiaan amatlah bermakna, member pertolongan kepada
sesame manusia bagi memperbaiki satu anggota yang amat mustahak kepadanya
yang telah cacat.

2. Memberi pertolongan dengan cara yang demikian bukanlah bererti menghina atau
tidak menghormati kepada simati diambil daripadanya kornea itu. Kalaupun ada yang
mengatakan perbuatan yang demikian menghina dan satu penyeksaan ke atasnya.
Tetapi agama mengharuskan kerana tujuan yang lebih besar faedahnya. Maka maka
dengan sebab yang disebutkan itu, maka pendapat mengambil kornea seperti di atas
dengan tujuan yang disebutkan itu adalah lulus pada segi syarak. Wallahu a’lam.


ii. Majlis Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama bersidang pada 1-2 Oktober 1970 dan pada
23-24 Jun 1970 dan Muzakarah kali ke-6 bersidang pada 22 Februari 1973 telah membuat
keputusan bahawa:-

Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang hidup adalah dibenarkan (harus)
dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah
diambilkira :
5

a) Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung
kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya difikirkan berjaya.

b) Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan
sebelum dipindahkan jantungnya.

c) Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan
manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.

d) Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum
pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau
keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.

iii. Fatwa Negeri Sarawak

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh
subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis telah melalui
Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan
dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis,
telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu membuat
pemberitahuan yang berikut:

a. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa Mengenai
Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1997.

b. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan
terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:

“Bahawa pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah
pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

Derma dari yang hidup
6


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

i. Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah
pinggangnya.
ii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan
membahayakan kesihatan si penderma; dan
iii. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli.
Derma dari yang mati
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

i. Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk
mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain
setelah dia meninggal dunia atau dizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk
berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;
ii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang
didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang
memerlukannya;
iii. Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang
itu semata-mata untuk berubat; dan
iv. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli.

iv. Fatwa Negeri Johor

Hukum Transplan organ dan mati otak

Pemindahan organ atau derma organ dan hukum mereka yang telah mati otak menurut
doktor perubatan.

i. Keputusan Lujnah Fatwa:
7


a. Pemindahan pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat
manakalanya hukumnya harus dalam keadaan darurat.
b. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.
c. Walau bagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan
pemindahan/pendermaan atau melakukan ke atas orang yang mati otak, ada
beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam.

ii. Transplan organ ada dua keadaan

a. Keadaan penderma masih hidup

- Menjalankan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang
kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan
pemindahan.

- Dengan redha penderma tanpa paksaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang
didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli,
dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang
memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang
tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak
bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan
menarik balik kebenaran pada bila-bila masa.

8

- Organ yang diperlukan lebih dari satu.

b. Keadaan penderma yang telah mati

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan
profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan, kejayaan dan
kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan redha penderma melalui wasiat ataupun waris-waris dan
perakuan daripada kerajaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam
erti kata lain pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan taqwa,
penghormatan yang sewajarnya kepada simati mengikut hukum syarak
serta tiada unsure-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang
didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan
keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli,
dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang
memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang
tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak
bertanggungjawab mengaut keuntungan.


iii. Mati Otak

9

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara profesional tentang
berlakunya mati otak.
- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak
dan ibu bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh
sekurang-kurangnya dua orang doktor profesional (doktor Islam
diutamakan).

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi)
boleh mengubat maka suasana ini digugur.

v. Fatwa Negeri Perak

Fatwa Negeri Perak menegaskan:

- Mengeluarkan biji mata orang yang telah mati dengan persetujuannya
sebelum mati dengan tujuan menolak mudarat bagi orang yang hidup
adalah dibolehkan. Alasannya mengawal orang hidup itu lebih utama
daripada orang yang telah mati. Sekalipun menceroboh kehormatan
mayat ditegah tetapi dibolehkan pula kerana darurat, menurut kaedah
syariah:
Maksudnya: “Darurat itu mengharuskan yang haram dan kaedah hajat
mengambil tempat darurat baik yang berbentuk umum mahupun yang
berbentuk khusus.”
- Memasukkan biji mata (kornea) daripada orang yang bukan Islam kepada
mata orang Islam yang cacat adalah juga dibolehkan.

vi. Fatwa Negeri Selangor

10

Fatwa Negeri Selangor membenarkan pemindangan organ, tetapi perlu mengambil kira
pertimbangan-pertimbangan berikut:

- Di dalam keadaan mendesak atau mustahak bahawa nyawa penerimanya
bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya berjaya
sekurang-kurangnya 50%.

- Di dalam keadaan jantung, kematian si mati telah dipastikan sebelum
anggotanya dipindahkan.

- Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum
pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum
keluarganya di dalam kemalangan.

- Tindakan sewajarnya hendaklah diperketatkan supaya tidak ada
pembunuhan dan perdagangan bagi anggota manusia.

vii. Fatwa Arab Saudi

Jawatankuasa Ulama Besar Negara Arab Saudi dalam keputusannya No. 99 bertarikh
6.11.1402 H:
• Ahli Jawatankuasa bersetuju membenarkan pengambilan organ atau bahagian badan
manusia sama ada dari muslim atau orang bukan muslim yang tidak memusuhi agama
Islam (Zhimmi) yang masih hidup dan digunakan ke atasnya, jikalau keperluan timbul,
jika tiada risiko dalam pengambilannya dan jika difikirkan pemindahan itu berjaya.
Pihak Jawatankuasa juga bersetuju secara majoriti:
• Kebenaran pengambilan organ atau bahagian badan yang lain daripada orang yang
telah meninggal dunia untuk manfaat seseorang muslim, jika keperluannya timbul
dan jika difikirkan pemindahan itu berjaya.

11

viii. Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandangan bahawa pendermaan dan pemindahan organ
daripada orang hidup yang telah meninggal dunia adalah harus pada saat darurat dengan
syarat tidak membawa kemudharatan besar kepada penderma atau orang yang
mempunyai hak atas dirinya. Penderma pula hendaklah memenuhi kelayakan menderma
seperti akil baligh.

Walau bagaimanapun, penderma organ kepada orang kafir harbi tidak harus. Selain itu
beliau turut mensyaratkan organ yang didermakan tidak boleh menjadi bahan jual beli.
Beliau turut mengharuskan kepada waris dan wali menderma organ tertentu kaum
keluarga mereka yang telah meninggal dunia, yang tidak berwasiat organnya tidak boleh
diambil selepas meninggal (Kitab Fatawa al-Mu’asirah) – Tamat nukilan -.
Penutup
Menyedari keharusan pendermaan organ dan memandangkan ianya berperanan
menyelamatkan nyawa seseorang, ia mendorong Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menganjurkan Seminar ini. Diharapkan seminar seumpama ini dapat
memberi pendedahan dan membangkitkan kesedaran masyarakat awam akan kepentingan
memahami persoalan pendermaan organ.












12














Sign up to vote on this title
UsefulNot useful