You are on page 1of 13

Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang baru diwujudkan.

Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian oleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia menelan belanja yang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakah yang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik muzik di sekolah? Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik (aesthetic education) yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu yang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya banyak informasi dan dapatan baru tentang perkembangan individu seperti pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence) yang mengambil kira unsur-unsur afektif dalam usaha mencapai kecemerlangan. Dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) oleh Gardner (1983), muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri. Gardner membahagikan pelbagai kecerdasan manusia kepada lapan kategori; iaitu kecerdasan verbal-linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat encoding dan decoding bahasa), kecerdasan logik- matematik (menyelesaikan masalah, penaakulan, logik dan kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial (berkaitan dengan arah, arkitek, penyusunan dan hiasan), kecerdasan muzikal (mengarang, menggayakan, menghayati dan mengenal muzik), kecerdasan interpersonal (empati, mudah memahami, menyelesaikan konflik, kemahiran mencari konsensus), kecerdasan intrapersonal (pengetahuan kendiri, konsep kendiri, penilaian kendiri, emosi), kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat pergerakan), dan kecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam). Potensi individu dalam aspek ini telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka itu terpulang kepada kita untuk mengeksploitasinya ke arah pembinaan insan yang seimbang dan berketrampilan. Ernest L. Boyer (1987) dalam bukunya College telah menyatakan,

If the push for educational excellence is to yield results, the nations colleges and universities must ask hard questions about the quality of their own work. (p. xi) Kajian mengenai kecerdasan memberi impak yang hebat dalam bidang pendidikan apabila Gardner (1983) memperkenalkan Multiple Intelligence. Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai ability to solve problems or fashion products that are of consequences in a particular cultural setting or community. Ini menunjukkan bahawa kesepaduan kecerdasan-kecerdasan amat penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak. Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hakikat ini. Ini hanya boleh dibuat dengan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berunsurkan muzik, seperti dalam pancaragam sekolah, orkestra sekolah, kumpulan kamar (chamber group) sekolah, dan tidak ketinggalan kumpulan koir sekolah yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini. Pendidikan Muzik KBSM adalah program pendedahan secara umum untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program pembelajaran muzik yang disediakan mempunyai ciri-ciri pembinaan insan dan perkembangan diri individu Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05) daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sebagai satu mata pelajaran, program yang disediakan mengambil kira ilmu pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai. (PPK, Jan.2001) Di peringkat sekolah menengah, kurikulum Pendidikan Muzik yang disediakan merupakan program pembelajaran untuk lima tahun. Kurikulum yang disediakan adalah berkonsepkan general music program dengan matlamat untuk dilaksanakan di semua sekolah menengah, sekurang-kurangnya di peringkat menengah rendah. Matlamat kurikulum ini adalah untuk melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan dan berpengalaman muzik bagi membolehkannya mempunyai disiplin dalam mereka cipta, membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang serta kreatif, inovatif dan inventif. Ini jelas kelihatan dalam penglibatan pelajar-pelajar dalam koir sekolah. Ini

jelas kelihatan dalam pertandingan koir antara sekolah-sekolah peringkat negeri dan kebangsaan, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan dan sebagainya. Kurikulum ini ditujukan kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat untuk mengetahui, memahami dan mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam seni muzik sama ada untuk meneroka dan memperkembangkan bakat sendiri atau sekadar berkebolehan menghayati seni muzik secara terdidik. (PPK, Jan. 2001) Di peringkat menengah rendah, Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran wajib alternatif kepada Pendidikan Seni Visual. Pelajar yang mengikuti kelas Pendidikan Muzik tidak perlu mengikuti kelas Pendidikan Seni Visual. Tiada peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (P.M.R.). Di peringkat menengah atas pula, pendidikan muzik adalah mata pelajaran elektif dan pelajar mengambil peperiksaan muzik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.). Koir sekolah tidak diterapkan dalam kurikulum sekolah, tetapi adalah salah satu komponen dalam Ko-Korikulum sekolah. Biasanya latihan untuk mengajar sesuatu kumpulan itu dijalankan selepas waktu persekolahan dan bukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah dijalankan. Ada juga sekolah yang tidak menerapkan koir dalam ko-korikulum sekolah. Hampir setiap sekolah mempunyai koir sekolah yang tersendiri. Walaupun sesebuah sekolah itu tidak mempunyai Pendidikan Muzik dalam kurikulum sekolah, koir sekolah tetap wujud. Didapati kebanyakan sekolah yang mewujudkan koir adalah hanya semata-mata untuk mengambil bahagian dalam pertandingan baik peringkat daerah, negeri ataupun untuk peringkat kebangsaan. Selain itu, wujudnya persaingan yang hebat antara sekolah-sekolah yang bertanding. Persaingan-persaingan ini wujud kerana masing-masing ingin meningkatkan mutu ataupun kualiti persembahan. Untuk mengendalikan sesebuah koir sekolah itu bukanlah mudah. mengekalkan kualiti sesebuah koir itu merupakan satu cabaran yang besar, khasnya kepada pendidik-pendidik muzik. Latar belakang ahli-ahli koir juga merupakan satu faktor yang menyumbang kepada pengekalan kualiti.

Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah merupakan salah satu kursus dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tujuan kursus ini ialah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang vokal terutamanya dari segi pengajaran dan penubuhan sesebuah kumpulan koir. Di dalam kursus ini pelajar akan memperolehi teknik pengajaran vokal dari segi penghasilan suara untuk nyanyian solo mahupun nyanyian berkumpulan. Pada umumnya vokal merupakan asas kepada pembelajaran muzik. Mengikut kaedah pembelajaran Kodaly, beliau meletakkan suara sebagai asas pembelajaran muzik sebelum memulakan pembelajaran muzik yang lain seperti alat-alat muzik. Oleh itu, adalah amat bertepatan apabila meletakkan Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah sebagai salah satu kursus wajib. Selain dari itu, Kursus Pengajaran Vokal Di Sekolah juga berkehendakkan pelajar sarjana membuat proses rakaman video pembentukan sesebuah kumpulan koir. Ini amat bertepatan kerana ia dapat membukti kemampuan pelajar sarjana mengaplikasikan teknik yang dipelajari dari bilik kuliah kepada kumpulan projek yang mereka kendalikan. 2.0 PROSES PEMILIHAN / PUBLISITI Projek ini telah dijalankan disebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putra. Kumpulan Koir yang ditubuhkan ini memerlukan seramai 40 orang pelajar yang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Suara 1 Treble (10 orang), Suara 2 Alto (10 orang) dan Suara Tenor (10 orang)dan suara Bass (10 orang). Keperluan kumpulan koir ini dianggotai 20 orang pelajar perempuan dan 20 pelajar lelaki. Di peringkat awal, penubuhan jawatankuasa ditubuhkan untuk membentuk pasukan koir. Jasa baik Panitia Pendidikan Seni & Muzik diperlukan untuk membentuk jawatankuasa tersebut.

Publisiti mula dijalankan melalui radio sekolah iaitu meminta para pelajar SMKP (Sekolah Menengah Kebangsaan Putra) yang berminat menyertai pasukan koir sekolah boleh menghadiri sesi uji bakat. Selain dari itu, AJK publisiti menampal poster-poster untuk sesi uji bakat. 3.0 SESI UJI BAKAT Sesi uji bakat telah dijalankan selama 3 hari. Ramai pelajar yang telah hadir untuk menghadiri sesi ini. Hanya lima peserta ujibakat yang akan diulas sebagai contoh untuk sessi ujibakat pemilihan kumpulan koir ini. Uji Bakat 1 Pelajar ini merupakan pelajar Tingkatan 3 yang tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan koir sebelum ini,. Dari segi pic, ketepatannya masih boleh diperbaiki lagi. Selain dari mengajuk semula pic pelajar ini diminta menyanyikan In Third dalam skel C Major. Pelajar ini dipilih kerana hampir menepati ujian tersebut. Uji Bakat 2 Ia merupakan seorang pelajar lelaki berketurunan India dan berumur 15 tahun. Boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Dari segi suara, pelajar ini dalam proses kematangan, oleh itu ada beberapa masalah yang timbul ketika sesi audisi. Ketepatan pic dapat diperbetulkan apabila memainkan semula not-not. Sebagai contoh, guru membunyikan not G (Soh). Pelajar tidak dapat mengajuk semula bunyi dengan tepat dan guru memainkan semula not G (Soh)tetapi bermula dengan C (Do), D (Re), E (Mi), F (fah), G (Soh). Akhirnya pelajar dapat memperbetulkan pic tersebut. Uji Bakat 3 Merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3. Pernah menganggotai pasukan koir sekolah semasa sekolah rendah. Semasa sesi uji bakat, elemen yang dapat dikenal pasti ialah suaranya agak jelas tetapi kerap menggunakanmiddle voice walaupun dalam keadaan pic yang tinggi. Julat suara tidak luas dan tidak tinggi. Dia diletakkan dalam kumpulan 2 iaitu suara Alto. Uji Bakat 4

Seorang pelajar lelaki berbangsa Thai. Berumur 15 tahun dan pernah menganggotai pasukan koir semasa di sekolah rendah. Semasa uji bakat dijalankan didapati bahawa beliau mempunyai ketepatan pic yang agak tepat. Dari segi sebutan masih jelas kedengaran. Beliau boleh dibimbing dengan mudah. Uji Bakat 5 Seorang pelajar perempuan berbangsa Melayu. Berumur 15 tahun dan mempunyai gred 5 dalam amali piano. Dari ketepatan pic rasanya tiada masalah. Cuma dari segi kejelasan suara agak terlalu perlahan. Ianya boleh diperbaiki semasa latihan teknik vokal. 4.0 Teknik Vokal Perkara pertama yang ditekankan dalam teknik vokal ialah pernafasan. Pada sesi ini pelajar diajar bagaimana menyimpan udara di dalam perut iaitu di kawasan diafragma. Pada peringkat awal pelajar masih lagi menyimpan udara di dalam paru-paru seperti pernafasan biasa. Ini dapat dilihat apabila disuruh mengambil udara, bahu mereka terangkat. Ini membuktikan udara tidak sampai ke dalam perut. Teknik Snatch Breathing juga diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar diarah menyentuh perut pada bahagian ulu hati dengan ibu jari. Kemudian mengisi angin di dalam perut dan seterus diagfram akan mengembang. Mereka melepaskan angin dengan vokal kho dan kha. Sesetengah pelajar tidak mempraktikkan kerana masih tidak memahami cara melakukan. Untuk lebih berkesan lagi guru mengarahkan ianya melakukan secara berpasangan iaitu memegang perut rakan. Pelajar didedahkan berkali-kali teknik mengambil udara. Latihan dibuat secara individu dan berpasangan. Pelajar diarah mengambil udara sebanyak 4 kiraan dan melepaskan secara terkawal sebanyak 8 kiraan. Kemudian menambah sebanyak 12 hingga 16 kiraan melepaskan udara. Sesetengah pelajar tidak dapat mengawal cara melepaskan udara. Belumpun sampai 12 kiraan udara yang ada di dalam perut telah kehabisan. Ini berlaku kerana teknik mengawal udara tidak dapat diaplikasi dengan tepat. Di akhir sesi ini didapati 70 % pelajar dapat mengaplikasikan teknik pernafasan dengan betul.

Vowel Modification Pada sesi ini pelajar didedahkan bagaimana membuat pengubahsuaian vokal dilakukan. Penerangan diberi terlebih dahulu iaitu mengenai penghasilan suku kata. Pada sesi ini ada beberapa maslah yang timbul iaitu pelajar agak sukar untuk membetulkan kedudukan lidah. Lidah sepatutnya dalam keadaan flat dan mencecah belakang gigi. Pelajar telah diuji secara berkumpulan dan individu cara penghasilan suku kata. Pembentukan vowel amat dititik beratkan. Setiap kali sesi latihan guru mengingatkan pelajar bagaimana melonggarkan rahang, merehatkan lidah, melapangkan kerongkong, membuka mulut dan juga pembentukan lidah. Sesetengah pelajar merasa malu untuk membuka mulut dan ini sedikit sebanyak mengganggu sesi latihan. 5.0 Pemilihan Lagu Lagu yang dipilih untuk kumpulan koir ini bertajuk Warisan yang digubah sendiri oleh saya dan sebuah lagu rakyat Chan Malican yang digubah oleh Jayatilaka. Dari segi harmoni, lagu Warisan tidak mempunyai harmoni yang selari. Gubahannya lebih kepada kaunter melodi. Suara soprano ditekankan untuk membawa melodi lagu ini dan adakalanya soprano bertindak sebagai kaunter melodi. Untuk lagu Chan Malican pula, ianya digubah mempunyai 3 lapisan suara. Lagu ini agak mudah diingati melodi serta kaunter melodinya dan ianya menjurus kearah lagu koir klasikal. Seperti lagu Warisan, penekanan kepada unsure-unsur dinamik banyak dilakukan dalam lagu ini. 6.0 Sesi Memanaskan Suara (Warming Up) Pada sesi ini pelajar diarah supaya menjaga posture badan, merehatkan kerongkong, melonggar bahu dan dalam keadaan relax. Setelah selesai pelajar memulakan dengan membunyikan pic yang dibunyikan oleh guru. Pada sesi ini guru mengingatkan pada pelajar supaya dapat mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari. Kemudian pelajar membunyi0

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

Semasa p&p ~ Bagi p&p untuk mengajar teknik nyanyian, ada banyak perkara yang perlu guru ambil perhatian, dan teknik SEBUTAN ini juga adalah antara yang terpenting. Ketika saya mengajar teknik sebutan, p&p tidak terlalu banyak masalahnya, kerana perkara ini banyak berkaitan dengan hidupan seharian kita, malahan murid-murid memang sudah ada pengetahuan sedia ada cuma sebagai guru, saya hanya mendedahkan perkara-perkara asas, lebih-lebih lagi jika murid-murid kita akan mengikuti koir.

Masalah & Tindakan Susulan ~ Masalah yang biasa dihadapi untuk mengajar teknik ini adalah murid-murid saya ramai yang pemalu, malahan tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan memberi markah atau membuat persaingan kepada murid-murid di dalam kelas. Kepada sesiapa dapat menunjukkan teknik mulut dengan betul, akan dapat ganjaran daripada saya. ^_^
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

DEFINISI MUZIK Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda ii.Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan). iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep). vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. ii. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspekaspek muzik iii. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. a. Imitasi (Mengajuk Balik) b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa. e. Literasi menulis dan membaca nota muzik iv. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat v. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. i. Kemahiran Muzikal Nyanyian ii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan iii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon

kepada muzik. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini. Kecerdasan Kinestetik Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang

cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi. Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains. Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak 1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan 2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang. 3. Hujung rangkai mengandungi rima. 4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu. 5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu. 6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan. 7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.

8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak.

You might also like