Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR

)

Komponen Profesionalisme

Isi Kandungan
Penghargaan .................................................................................................. Soalan Kertas Kerja ......................................................................................... Jawaban (a) ..................................................................................................... Jawaban (b) ..................................................................................................... Jawaban (c) ..................................................................................................... Kesimpulan ...................................................................................................... Rujukan ............................................................................................................ Lampiran .......................................................................................................... Borang Kolaborasi 2 3 4 16 26 38 39 41

Disediakan oleh LJG

1

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Penghargaan

Disediakan oleh LJG

2

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Soalan Kertas Kerja
“Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan, sepanjang tempoh RMK9… memberi tumpuan kepada empat agenda, keempat, memartabatkan profesion keguruan; agar profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa depan Negara.” [Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, 2006] Dalam Buku Modal Insan Cemerlang, Minda Kelas Pertama 2009 Dalam konteks KPM, setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, berkualiti dan cemerlang bagi mencapai visi KPM melahirkan guru bertaraf dunia. Berasaskan pandangan ini, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam persekitaran lanskap yang sentiasa berubah dan memerlukan pengetahuan, dan jenis kemahiran yang terkini bersesuaian dengan zaman informasi, skop dan jenis guru berkesan pun turut berubah. Melalui rujukan (sekurang-kurangnya 4 buah buku rujukan), hasilkan satu penulisan tentang aspek-aspek berikut: (a) Jelaskan bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya? [30 markah]

(b) Dengan menggunakan satu contoh khusus, bagaimana model Taba atau Tyler diaplikasikan sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu sukatan pelajaran. [30 markah] (c) Bincangkan isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. [30 markah]
Disediakan oleh LJG 3

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Soalan (a): Jelaskan bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya? Jawaban (a): Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bererti pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih [30 markah]

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” [Mok, Kebangsaan 2008] di Berpandukan pendidikan kepada di pernyataan Falsafah Pendidikan usaha

atas,

Malaysia

merupakan

suatu

Disediakan oleh LJG

4

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercyaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Seiringan dengan itu, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Secara dasar, FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di bawah: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” [Mok, 2008] Berdasarkan kepada FPG di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. [Choong, 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh negara kita. Justeru, guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Guru juga disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik.

Disediakan oleh LJG

5

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam profesionnya. 1. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya

memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i) Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform. Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh

Disediakan oleh LJG

6

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran sama pengkhususannya mengendalikan serta mempunyai bagi kemahiran mengajar pelbagai termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu lain, pengajaran pelajar-pelajar kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan manjayakan kurikulum yang terbentuk. Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Disediakan oleh LJG

7

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring dengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu. 2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajarpelajar mengikut tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajarpelajar mendapat peluang untuk mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologi yang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. Manakalah penyediaan bahan-bahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna. Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Disediakan oleh LJG

8

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus muridmurid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus muridmurid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan

mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. 3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme Keguruan” menyatakan: “Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab

Disediakan oleh LJG

9

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. “ Saranan Ketua Pengarah itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan pada masa kini. [Mohd, 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah: (i) mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan; (ii) penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik generasi masa depan; dan (iii) masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolah yang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak ke arah permuafakatan dan perkongsian pintar. [Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak, mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Rakan kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap kanak-kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta

Disediakan oleh LJG

10

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

peluang yang lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru, pelajar dan masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat. Oleh itu, guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpa mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga perlu membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan maklumat keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepada orang yang tidak berhak. Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Masyarakat, terutamanya ibu bapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti sekolah supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa mengenai peranan mereka dalam menjayakan hasrat FPK.

Disediakan oleh LJG

11

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

4. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am. Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio, televisyen dan internet. Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorang guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan. Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang dan menilai murid-muridnya. Di samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar. Pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalam meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah, pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini dapat meningkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

Disediakan oleh LJG

12

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral, prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara untuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contoh teladan. Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada muridmuridnya dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugasnya. Sehubungan dengan ini, guru haruslah berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Disediakan oleh LJG

13

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang guru yang berilmu pengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan, tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai. 7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki sikap kenegaraan. Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM. Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan,

Disediakan oleh LJG

14

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

khasnya cinta dan taat setia kepada negara, semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. [Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secara tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi. Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankan unsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

Disediakan oleh LJG

15

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Soalan (b): Dengan menggunakan satu contoh khusus, bagaimana model Taba atau Tyler diaplikasikan sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu sukatan pelajaran. [30 markah]

Jawaban (b): Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kurikulum bererti skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain; atau senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan lain-lain. [Bobbit, 1918], dalam buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum sebagai: (i) keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, tertumpu kepada perkembangan kebolehan individu; atau (ii) satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Menurut beliau lagi, kurikulum sekolah akan memfokuskan objektif yang tidak cukup dicapai melalui pengalaman tak terarah. Manakala kurikulum latihan terarah perlu dikenalpasti dalam kekurangan individu setelah mereka memperolehi semua yang mereka boleh dapat melalui latihan tak terarah. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979, kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu: (i) Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan matapelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (ko-kurikulum) seperti kegiatan-kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.

Disediakan oleh LJG

16

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Terdapat pelbagai model kurikulum. Antaranya yang dibincangkan oleh Raplh Tyler (1949), Hilda Taba (1966), Stenhouse (1975) dan Stake (1976). Namun begitu hanya Model Taba dan Model Tyler sahaja yang akan dibincangkan di dalam penulisan ini bagi memenuhi kehendak soalan. (a) Model Perkembangan Tyler Model Tyler diasaskan oleh Ralph W. Tyler. Beliau dilahirkan di Chicago pada tahun 1902. Beliau mula bertugas di Jabatan Penyelidikan Pendidikan di Universiti Ohio State sebagai seorang pengarah setelah memperoleh Ijazah Kedoktorannya. Pada mulanya beliau bekerja sebagai seorang guru. Banyak projek penyelidikan pendidikan yang telah dijalankan oleh beliau dan di antaranya termasuk ‘Eight-Year Study’ iaitu satu projek penyelidikan yang terbesar sekali
Ralph W. Tyler (1902-1994)

mengenai kurikulum. Beliau juga telah menghasilkan ‘Basic Principles of Curriculum’ pada tahun 1949. Sumbangannya yang paling penting adalah dalam bidang kurikulum dan penilaian. Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah pada tahun 1994. Secara am, Model Tyler adalah berdasarkan empat persoalan asas seperti yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah? Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut? Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan? Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?

Disediakan oleh LJG

17

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

[Choong, 2008] Model Tyler merupakan satu model produk pengajaran, iaitu tujuan pendidikan (hasil pembelajaran) hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran. Ini membawa implikasi bahawa model ini sematamata berfokuskan kepada pencapaian tujuan pendidikan sahaja. Komponenkomponen lain seperti kandungan, pengurusan dan penilaian dianggap sebagai sekunder dalam proses pengajaran seperti kenyataan beliau yang berikut: “Objectives become the criteria by which materials are selected, content is outlined, instructional procedures are developed, and tests and examinations are prepared” (Tyler 1949:3). Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah adalah merupakan pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan murid. Model Tyler adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian dapat disusun dan hasilnya boleh dinilai.

(b) Model Perkembangan Taba [Choong, 2008] Model Taba diasaskan oleh Hilda Taba. Beliau merupakan seorang ahli teori kurikulum dan pendidik. Sumbangan beliau banyak tertumpu kepada kurikulum sains sosial khususnya kepada perkembangan konsep dan pemikiran kritikal. Taba lebih cenderung kepada pendidikan bercorak progresivisme dan pemikiran ahli-ahli progresif seperti Dewey,
Hilda Taba (1902 – 1967)

Kilpatrik dan Bode mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penulisan beliau. Disertasi beliau yang bertajuk ‘The Dynamics

Disediakan oleh LJG

18

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

of Education’ menekankan kepentingan kurikulum yang terancang dan berupaya untuk menilai pemahaman murid-murid melalui alat-alat penilaian yang sesuai. Model Taba berjaya dihasilkan pada akhir projek ‘Eight-Year Study’ di mana beliau telah melibatkan diri di dalam projek ini bersama dengan Ralph Tyler. Model ini terdiri daripada tujuh komponen iaitu langkah-langkah pelaksanaan model Taba. Pendekatan bawah keatas (bottoms-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama. Tujuh langkah dalam perkembangan kurikulum menurut Model Taba adalah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Mendiagnosis keperluan Pembentukan objektif Pemilihan kandungan Pengurusan kandungan Pemilihan pengalaman pembelajaran Pengelolaan aktiviti pembelajaran Penilaian

[Mok, 2008] Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatkan pelajar sebagai objektif-objektif utama. Penulisan berikut akan menerangkan bagaimana model Tyler diaplikasikan sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu sukatan pelajaran.

Disediakan oleh LJG

19

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Contoh Aplikasi Model Tyler Berdasarkan kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh Model Tyler, perkembangan kurikulum melibatkan empat langkah seperti berikut: Rajah 1: Langkah-Langkah Dalam Model Tyler

Mengikut Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut beliau, objektif tersebut hendaklah selaras dengan: • • • Keperluan pelajar Keperluan semasa masyarakat Pandangan pakar dalam pelbagai bidang berkenaan Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, ianya hendaklah dibentuk berdasarkan kepada:

Disediakan oleh LJG

20

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

• •

Falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada. Psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya. Objektif yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas:

• •

Apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian. Apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar, bagi menentukan pencapaian objektif.

Sebagai contoh, dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Melayu (BM) Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 1, objektif pembelajaran telah dikenalpasti selaras dengan hasil pembelajaran Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) BM SK Tahun 1. Rajah 2: Hasil Pembelajaran HSP dan Objektif RPT BM SK Tahun 1.

Disediakan oleh LJG

21

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Daripada objektif RPT rajah 2, kita dapat menyimpulkan bahawa objektif tersebut telah menerangkan dengan jelas mengenai perkara yang hendak dicapai, sebagai contoh, guru boleh merumuskan bahawa objektif pembelajaran pada hari itu telah berjaya dicapai sekiranya murid tahun 1 dapat berbual tentang diri mereka dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Daripada objektif RPT tersebut juga, salah satu perubahan yang ingin diperolehi daripada pelajar ialah daripada tidak tahu menggunakan kata Tanya, berubah kepada pelajar yang tahu menggunakan kata tanya yang betul dalam soalan. (Sila rujuk Lampiran untuk melihat HSP dan RPT BM SK Tahun 1 dengan lebih terperinci.) Langkah kedua (pemilihan kandungan) menurut Tyler adalah merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di dalam RPT BM SK Tahun 1 yang telah dirancang, tema dan tajuk yang dikenalpasti dikategorikan kepada tiga aras mengikut tiga pengalaman pembelajaran. Sebagai contoh, dalam Unit 1 RPT BM SK Tahun 1, ia menggunakan Persekitaran Murid sebagai tema pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang dipilih adalah bersesuaian dengan tiga Aras murid iaitu: Tajuk bagi Aras 1: Diri Saya Tajuk bagi Aras 2: Keluarga Saya Tajuk bagi Aras 3: Sekolah Saya Dengan kata lain, untuk memenuhi objektif RPT BM SK Tahun 1 tersebut, murid dalam kategori Aras 1 (murid lemah) sekurang-kurangnya boleh berbual tentang dirinya. Manakala murid dalam kategori Aras 2 (murid sederhana) sekurang-kurangnya dapat berbual tentang keluarganya. Dan seterusnya murid dalam kategori Aras 3 (murid cerdik) sekurang-kurangnya dapat berbual tentang sekolahnya.

Disediakan oleh LJG

22

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Langkah ketiga menurut Model Tyler ialah Kaedah Penyusunan Kandungan. Menurut Tyler, kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan: Prinsip 1: Prinsip Kesinambungan Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

Prinsip 2: Prinsip Ketertiban Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam. Prinsip 3: Prinsip Kesepaduan Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pegnalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Pengalaman pembelajaran yang disusun berdasarkan ketiga-tiga prinsip tersebut akan dapat memastikan pengetahuan yang dipelajari kekal dan berkesan. Daripada penelitian HSP BM SK Tahun 1, antara kaedah-kaedah yang digunakan bagi menentukan objektif atau kandungan penting dapat dipelajari dengan menyeluruh adalah kaedah bercerita, kaedah simulasi, kaedah mainperanan, kaedah demonstrasi, kaedah soal-jawab serta kaedah lakonan. Sudah

Disediakan oleh LJG

23

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

tentu dengan kepelbagaian kaedah ini, objektif pembelajaran dapat dicapai dan kandungan penting dapat dipelajari dengan menyeluruh. Selain itu, RPT BM SK Tahun 1 turut menerapkan prinsip ketertiban di mana pembelajaran yang dikenalpasti adalah berdasarkan pengalaman lalu. Sebagai contoh, setelah murid Aras 1 boleh berbual tentang diri sendiri, murid tersebut boleh meneruskan dengan pembelajaran Aras 2 iaitu berbual tentang keluarga murid. Begitu juga dengan murid Aras 2 yang sudah boleh berbual tentang keluarga mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 3 iaitu berbual mengenai sekolah mereka. Manakala prinsip kesepaduan telah diterapkan di dalam HSP BM SK Tahun 1 dengan menghubungkaitkan pelajaran BM dengan pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Moral serta Muzik. Semasa murid bercerita mengenai diri dan keluarga mereka, mereka bukan sahaja dapat mempelajari tatabahasa dan kosa kata. Malah mereka dapat mengetahui dan memahami peranan serta tanggungjawab mereka sebagai anggota dalam keluarga. Seterusnya nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dapat diterapkan semasa mereka berbual dan bertanya dengan cara yang bersopan santun. Mata pelajaran Muzik pula dapat diterapkan apabila murid menyanyi sambil bercerita mengenai diri, keluarga atau sekolah mereka. Langkah keempat dalam model Tyler ialah Penentuan Penilaian. Peringkat ini menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan pada pelbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Sebagai contoh, untuk penilaian BM SK Tahun 1, Unit 1, rakaman boleh dibuat semasa murid berbual mengenai diri, keluarga dan sekolah mereka.

Disediakan oleh LJG

24

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Rakaman ini seterusnya boleh dijadikan bukti bahawa salah satu objektif pembelajaran sudah dapat dicapai. Manakala hasil kertas kerja murid dapat digunakan sebagai bukti pencapaian objektif bahawa murid dapat menyalin ayat ataupun membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi. Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya hasil penilaian menunjukkan pencapaian semua murid adalah pada Aras 3, maka kandungan kurikulum tersebut boleh ditambah dengan tajuk aras yang lebih tinggi seperti ‘Kampung Saya’ ataupun ‘Negeri Saya’. sebaliknya. Sebagai kesimpulan, Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum kerana ianya sistematik dan mudah digunakan. Ianya melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif, pemilihan kandungan, penentuan kaedah penyusunan dan penyampaian, serta menentukan kaedah penilaian. Selain itu, model ini juga dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif. Begitu juga dengan keadaan yang

Disediakan oleh LJG

25

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Soalan (c): Bincangkan isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. [30 markah] Jawaban (c): Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peredaran masa pula membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Teras 5 – Memartabatkan Profesion Keguruan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Berikut merupakan beberapa di antara isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. 1. Status Guru Dalam Pandangan Masyarakat Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang universal selain

Disediakan oleh LJG

26

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Definisi status mengikut Kamus Dewan pula ialah taraf atau kedudukan. Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandang sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir. Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Apatah lagi dengan timbulnya pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: "Those who can, do: those who can't, teach." (yang bermaksud, mereka yang tahu akan melakukan: mereka yang tidak dapat melakukan, akan mengajar). Dengan kata lain, sesiapa yang menjadi pendidik atau pengajar adalah digolong dalam kategori orang-orang yang tidak tahu melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut. Pada awal tahun 60-an, guru dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan ilmu kepada masyarakat. Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka boleh menjadi guru sandaran atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai

Disediakan oleh LJG

27

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku masalah dalam masyarakat. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi serta penduduk yang mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya. (Shuib & Johari, 2001) Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah oleh pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru. Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media masa. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka

Disediakan oleh LJG

28

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar. Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah ‘cedera’. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media masa begitu juga dengan masyarakat umumnya. Perkara ini secara tidak langsung menjatuhkan status guru dalam pandangan masyarakat kini.

2.

Laluan Kerja Guru Yang Terhad Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang

terlalu kecil. Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru. P. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya: Pendidikan Jurutera Awam (Kerja Raya) Pegawai Perubatan Polis Pegawai Pertanian 3.5% 27.1% 15.1% 18.6% 13.4%

Disediakan oleh LJG

29

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

38.4%

Walaupun konsep Guru Cemerlang telah diperkenalkan pada tahun 1993 bagi memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru tanpa perlu bertukar ke jawatan-jawatan naik pangkat (pentadbiran), namun tempoh syarat untuk memohon kenaikan tersebut adalah agak lama iaitu memerlukan pengalaman mengajar tidak kurang daripada 10 tahun. Ini tidak mengambil kira syarat-syarat lain.

3.

Beban Tugas Guru serta Kurang Insentif Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah

menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru diperlukan membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan kompetensi pengurusan masa bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan pengurusan dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya. Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan

Disediakan oleh LJG

30

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru. 4. Kepelbagaian Tahap Kesediaan Perlu Ada Pada Guru Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu mempunyai kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami dan dikuasai murid. Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara aktif akan menjadikan corak pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid diberi perhatian dan dibantu bagi mengatasi kelemahan masing-masing dan meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Persoalan tentang keberkesanan guru dalam pengajaran sering menjadi tanda tanya apabila masyarakat cuba mengukur dan menilai prestasi mereka dari sudut peningkatan kemajuan akademik, tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun tingkah laku mereka sendiri. Guru perlu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian besar masa guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat umumnya mengharapkan guru-guru yang bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang baik, rajin, bermoral tinggi dan tidak melanggar norma-norma masyarakat. Menurut Abd Rahim, 2000, guru yang profesional memerlukan mutu personal yang sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi sahsiah dan sikap, minat, kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-

Disediakan oleh LJG

31

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang istimewa yang boleh meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu personal guru memberikan kesan yang buruk dan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru yang kurang komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menyebabkan imej guru dipandang rendah oleh masyarakat. Guru masa kini perlu melengkapi diri dengan kemahiran berkomunikasi bukan sahaja dalam bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan malahan juga bahasa Inggeris. Penguasaan dwi bahasa dikatakan akan mengangkat profesionalisme perguruan kerana peranan guru hari ini bukan hanya sebagai seorang yang memberi pelajaran tetapi juga sebagai pendidik dan profesion yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Perkembangan pendidikan melibatkan pemindahan ilmu dan teknologi yang memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru perlu mahir dalam bahasa antarabangsa ini bagi membolehkan mereka memperoleh, membina, mengembang, dan memindahkan pengetahuan dan teknologi dalam segenap bidang. Penguasaan bahasa antarabangsa ini perlu dipertingkatkan di kalangan semua guru kerana bahasa tersebut merentas penyebaran pengetahuan yang terdapat di Internet dan juga buku rujukan. Keperluan komunikasi bahasa Inggeris ini juga adalah selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mempunyai ciri daya kreatif, daya saing, tinggi ketahanan diri, menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa-bahasa antarabangsa, cekap dan berwibawa. Keperluan ini juga selaras dengan dasar kerajaan melaksanakan pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003. Guru juga hendaklah bersifat dinamik iaitu sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru

Disediakan oleh LJG

32

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

yang sering timbul dan berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. 5. Peningkatan Jangkaan Yang Tidak Realistik Antara ciri utama yang ingin dicapai menjelang 2020 ialah melahirkan modal insan minda kelas pertama. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” [Mok, Kebangsaan 2008] di Berpandukan pendidikan kepada di pernyataan Falsafah Pendidikan usaha

atas,

Malaysia

merupakan

suatu

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercyaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Disediakan oleh LJG

33

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama bukanlah suatu tugas yang mudah. Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai banyak kelemahan. Walau bagaimanapun, seringkali para ibu bapa memberi tanggungjawab penuh kepada guru-guru untuk mendidik dan membentuk anakanak mereka. Namun, sekiranya terdapat kejadian ataupun masalah akademik, ataupun masalah disiplin di kalangan pelajar, pihak ibu bapa serta media massa sentiasa menuding jari pada guru-guru kerana gagal mengatasi masalah tersebut. Negara juga bergantung sepenuhnya kepada guru yang dianggap sebagai pemangkin sistem pendidikan. Oleh itu para guru perlu bersedia melaksanakan pelbagai usaha bagi menjayakan aspirasi negara. Dasar negara yang kini menekankan kepada “k-workers” atau pekerja berilmu pengetahuan jelas menunjukkan bahawa pekerja berilmu pengetahuan adalah aset terpenting negara.

6.

Cabaran Sebagai Agen Penyebaran Ilmu Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk

generasi masa akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda yang terhasil daripada sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya pada masa akan datang. Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru seharusnya mampu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di persada dunia dan menjadikan perguruan ini sebagai profesion yang sama hebat dengan bidang kerjaya yang lain. Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi

pendidikan, maka adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan diasah sesuai dengan perkembangan semasa. menyatakan, bagi menggunakan sumber manusia yang ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang mengetahui

Disediakan oleh LJG

34

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah mengubah persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila perlu sebaliknya menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang hayat (long life learning). 7. Cabaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ledakan maklumat pula menuntut pendidik mempunyai kemahiran komputer (Computer literate). Kemahiran ini perlu dikuasai bukan sahaja oleh guru malahan pihak pentadbiran pengurusan. Tuntutan ini menyeluruh kepada semua peringkat jawatan perguruan kerana tugas pengurusan masa kini menjadi lebih mudah dengan adanya komputer dan kemahiran menggunakannya. Seorang guru dapat mengkaji punca sesuatu masalah dengan cara mengumpul dan menganalisis maklumat serta data yang berkaitan. Dalam proses ini, kemahiran serta ilmu pengetahuan baru dapat diperoleh. Maklumat yang diperoleh ini juga boleh disimpan untuk keperluan jangka masa panjang. Selain itu, kecanggihan teknologi Internet dan jaringan setempat membolehkan perkongsian maklumat ini berlaku dengan mudah, cepat dan tepat. Keadaan ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dan penyebaran ilmu di kalangan pendidik. Proses membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah akan dibuat secara lebih sistematik, dan tepat berpandukan analisis maklumat yang dibantu dengan kecanggihan teknologi dan perisian komputer. Guru digalakkan meningkatkan penguasaan penggunaan teknologi

maklumat untuk meningkatkan kepakaran. Teknologi maklumat dan komunikasi membuka peluang yang luas kepada pendidik. Kepantasan perubahan teknologi maklumat memerlukan guru juga bersama menjana ilmu pengetahuan terkini dan sentiasa menyedari perubahan semasa. Contoh ketara dalam teknologi maklumat ialah, bentuk komputer dari komputer meja, kepada komputer riba dan terkini computer tablet yang telah pun digunakan oleh tiga buah sekolah rintis yang

Disediakan oleh LJG

35

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

melibatkan penggunaan sebanyak 309 unit computer tablet dan dilaksanakan sejak tahun 2004. Pengetahuan komputer di kalangan guru amat penting kerana ia dapat mengatasi banyak kelemahan dan halangan pembelajaran yang bersifat tradisional dan terlampau terikat kepada pendekatan belajar berpusatkan guru (Abd. Rahim, 2000)

Disediakan oleh LJG

36

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Kesimpulan
Untuk merealisasikan aspirasi Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Kedua-dua Model Tyler dan Model Taba tergolong di bawah Model Objektif, di mana kedua-dua model tersebut menekankan kepada tujuan pendidikan atau objektif pengajaran (hasil pembelajaran). Model objektif adalah bersifat sistematik kerana mempunyai komponen-komponen atau langkah-langkah pelaksanaan tertentu kea rah pencapaian tujuan pendidikan yang telah ditentukan. Kedua, objektif pengajaran yang ingin dicapai digariskan dengan jelas. Dengan itu, maka kandungan dan kaedah mengajar guru lebih terurus dan pencapaian murid lebih mudah dinilai. Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun behadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

Disediakan oleh LJG

37

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Rujukan (Format APA)
Buku Rujukan: Mok, S.S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Choong, L.K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Pergurauan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru. Mok S.S. (2005). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Razali, S.N. (2002). Pedagogi Teori dan Praktik, Dewan Bahasa Pustaka Terbitan Elektronik: Mohd, S. M. (2004). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi elektronik]. Jurnal Penyelidikan Jilid 5, 2004, Institut Perguruan Batu Lintang. Epstein, J. L. (1995). School/family/community Partnerships: Caring for the Children We Share [Versi elektronik]. Artikel Jurnal Phi Delta Kappan, Vol. 76, 1995. Bobbitt F., 1918. The Curriculum, Houghton Mifflin Company [Versi Elektronik]. Dimuat turun daripada Universal Digital Library: http://www.archive.org/download/curriculum008619mbp/curriculum008619mb p.pdf Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, SK Tahun 1, (2003). Dimuat turun daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia: http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/hsp_bm_sk_y1a.pdf Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu, SK Tahun 1, (2007). Dimuat turun daripada Portal Rasmi PPD Kubang Pasu: htp://ppdkubangpasu.net/e107_files/public/bmy1.zip

Disediakan oleh LJG

38

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Dimuat turun daripada Digitalibrary Malaysia: http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/018_laporan%20jawat ankuasa%20kabinet%20mengkaji%20pelaksanaan%20dasar%20pelajaran% 201979.pdf Wawasan 2020. Dalam Nota Penilaian Tahap Kecekapan: Wawasan 2020 Versi 1.0. Dipetik daripada Portal Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi: http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN%2020 20%20VERSI%201.0.pdf Pembangunan Kerjaya Berterusan Guru Cemerlang, (2007). Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia- Terma Rujukan dan Konsep Guru Cemerlang: http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pusat_jab_pdf/2006/2007_terma_bah agian_e1.pdf Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Tahun 2003. Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia: http://apps.emoe.gov.my/jns/private/urusgc/siarangc2003.pdf

Disediakan oleh LJG

39

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Lampiran

Disediakan oleh LJG

40

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR)

Komponen Profesionalisme

Borang Kolaborasi

Disediakan oleh LJG

41

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.