PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 5 SESI 2013
BMK3043 SENI MENGARANG
TUGASAN 2

TAJUK ESEI ILMIAH

ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARI ASPEK GAYA BAHASA HIKAYAT MALIM DEMAN

SEDIAKAN OLEH NAMA NOOR AZMILI BIN MOHD PITTLI NO. MATRIK D20102040971

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01 (A 122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: ABU HASSAN BIN ABDUL TARIKH SERAH: 30 APRIL 2013

KANDUNGAN BIL PERKARA 1 2 3 4 PENDAHULUAN DEFINISI GAYA BAHASA CONTOH-CONTOH GAYA BAHASA ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARI ASPEK GAYA BAHASA HIKAYAT MALIM DEMAN 5 6 RUMUSAN RUJUKAN .

dan dek dan kok. Nurudin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Za„ba menegaskan. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu (Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H. umpamanya. Ungkapan ini sebagai gaya bahasa bukan Melayu atau bahasa pasar disebut “banyak sakit” dan “dia punya rumah”. Za„ba mentakrifkan gaya bahasa sebagai “rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang.1. gaya cakap mulut itu termasuk loghat. Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam. 2. DEFINISI GAYA BAHASA Gaya bahasa adalah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Ciri gaya cakap mulut ialah penggunaan perkataan terpotong seperti tak. Syamsudin Pasai. Pada akhir abad yang ke-16 M. sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Parsi dan Hindi. cara susunan atau bentuk perbahasannya”. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. . Ungkapan “terlalu sakit” dan “rumahnya” adalah antara contoh gaya Melayu betul. bersamaan dengan tahun 1303 M. Lantara itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab. Bahkan pada awal abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri. Terdapat dua jenis gaya bahasa. ikatan ayatnya. Setiap jenis itu dapat dibahagikan kepada gaya Melayu betul dan gaya bukan Melayu. Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang dalam bahasa Melayu. ni. dan sebutan basahan seperti “jugak” dan “pulak”. Gaya cakap mulut ini digunakan sebagai cakap ajuk dalam karangan. iaitu tentang perkataannya. jalan bahasanya. Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah wujud pengaruh Islam. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno. nak.PENDAHULUAN Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke – 14 hingga abad ke – 19 Masihi. iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat.

bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang mendalam tentang sesuatu peristiwa. 3. . 6. 9. Antara perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam gaya bahasa surat termasuklah bahawasanya. supermarket. 8. sesungguhnya dan oleh sebab itu.anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu.aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata.Bahasa Inggeris– street fighter. ayat dan sebagainya untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang. 5. serta banyak memakai perkataan-perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya dalam percakapan mulut”. dan perbahasannya lebih tinggi atau halus. 2. superman. tak ada (menjadi tiada) dan terlampau (menjadi terlalu).analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai untuk dasar perbandingan.Bahasa Arab – perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi memberikan kesan yang berbeza. suspense.Bagi gaya bahasa surat. 3. Za„ba mengatakan “susunannya lebih lanjut daripada bahasa cakap mulut. futsal.asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata.bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja. street soccer. 4. anggota-anggota ayatnya lebih lengkap. 7.antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa. CONTOH-CONTOH GAYA BAHASA 1. Bahasa cakap mulut yang berubah apabila dijadikan bahasa surat pula termasuklah kok (menjadi jikalau).

Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat. Diksi yang baik terlihat pada a. penggunaan kata yang jelas dan khusus. 19.10. 12.hybrid – penyatuan dua kata menjadi satu kata. 13.metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak. darah daging.diksi– pemilihan dan penggunaan kata. penggunaan kata yang munasabah c.pengulangan kata. 11. asid. bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian. baik dalam cerpen.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan– melukut di tepi gantang.paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. 14. drama dan puisi. karbonit.epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan. novel.pengulangan . ungkapan. 18. baris atau rangkap 21. 15. pemilihan kata yang tepat b.hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih – lebihan.bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti sebermula. 16. syahadan.istilah sains dan teknologi– virus. 20. inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim 17. skrin LC. .

“umpama”. binatang. dan “macam”.Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan. ] 26. 29. dan dah. monolog. atau monolog dalaman. Imbas muka . ni. dialog. . . 28. “bagai”. 24. 23.personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda. simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama 27.Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. tumbuh – tumbuhan. nak. Imbas kembali .22. simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata „seperti‟. repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki. sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) seperti tak. keadaan atau peristiwa.Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. responsi – pengulangan kata di tengah baris 25. .Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

pantun dan syair. iaitu prosa dan puisi. . Ini terutamanya apabila dikaji. Turun di langit yang ketujuh. cerita-cerita penglipur lara memiliki beberapa ciri tersendiri yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk yang lain. didapati sesuatu peristiwa tertentu yang di dalam bentuk puisi terdapat juga pada cerita-cerita penglipur lara yang lain. Di antarnya ialah keistimewaan gaya bahasanya. petanda kelahiran seorang putera besar atau gambaran pertikaman antara wira dengan musuhnya. mungkin untuk mewujudkan identiti sendiri. Enayang di balim rumah. seloka.4. mungkin juga untuk mewujudkan suasana yang lebih seronok apabila pembaca-pembacanya dapat menikmati ketangkasan pencerita berubah dari naratif prosa kepada puisi. Gaya bahasa cerita-cerita penglipur lara Melayu dapat dibahagikan kepada dua. Ini juga menguatkan lagi pendapat bahawa pencerita-pencerita dahulu kala tidak mempunyai hak cipta ke atas sesuatu cerita yang dicipta. Cucu Adam sepian nabi. Puisi-puisi tradisionalnya ini terdiri dari gurindam. ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARU ASPEK GAYA BAHASA HIKAYAT MALIM DEMAN Dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Kedua. adalah lumrah terdapat pada hikayat-hikayat berlainan. Contohnya gambaran hari nak siang terdapat pada Hikayat Malim Demand an Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Pertama. Anak ketam di dalam padi. Bukannya makhluk barang-barang. Hikayat Malim Deman banyak sekali memberi ganbaran-gambaran tertentu yang amat menarik serta mudah untuk diingati. Mungkin kewujudan gaya bahasa begini membawa keistimewaankeistimewaan tertentu pula. tidak akan menimbulkan kebosanan walaupun berjam-jam membacanya. Telutuh dilepuh-lepuh. Hal persamaan yang diterangkan di atas jelas menunjukkan adanya keseragaman dan gambaran. Pada halaman pertama sahaja telah diturunkan pantun lapan kerat sebagai pengenalan cerita: Bukan teluk parang-parang. Begitu juga gambaran-gambaran lain seperti menyabung ayam dan jamuan.

jari.halaman 14 . Begitu juga dengan lenggang-lenggok tangan.halaman 23 Terdapat beberapa lagi gurindam yang ada fungsi-fungsi tertentu untuk menggambarkan sesuatau peristiwa yang ditentukan juga.halaman 11 . Jari seperti susunan sireh.halaman 4 . lembut dan jelas kepada kita. leher dan kepala seolah-olah menggambarkan gerak seni yang tidaj mudah untuk digurindamkan secara terperinci dan berseni pula. Begitu juga terdapat pantun „kasih‟ empat kerat pada halaman 5 dan 9. Berleher lembut berlidah fasih. Gerak laku yang digambarkan sangat tertob.halaman 11 .Jadi khalifah pada Allah. Sebagai contoh diturunkan Gurindam Menghadap Sembah yang menggambarkan betapa tertib dan hormatnya rakyat jelata dahulu ketika menghadap tuanku sultan. Menundukkan batu otak kepala Pemilihan kata oleh penulis juga amat tepat dan teliti. Selain daripada pantun.halaman 8 . Inilah satu-satunya keistimewaan setiap gambaran yang . Dari jauh menjunjung dulu. Sudah dekat langsung menyembah. Kuncup bagai salur bakung. Terangkat kadam jari sepuluh. yang paling lurah diperturunkan adalah gurindam seperti: Gurindam hari hendak siang Gurindam menghadap sembah Gurindam pemanggil rakyat Gurindam kedatangan rakyat Gurindam raja santap Gurindam panau raja .

Ketiga-tiga hal itu ialah latar masyarakat. Dua tiga panau tercelik. zaman . kita mestilah kembali kepada tiga aspek penceritaan yang penting supaya tidak tersalah tafsir. Sireh pulang ke gagangnya. Tiga empat panau tercelik. Timbullah cahaya Malim Deman. Harta pulang ke empunya. Pada zaman sekarang. Sama juga dengan hal sebaliknya bahawa yang buruk masa dahulu mungkin telah diterima kini sebagai sesuatu yang baik. ada gambaran yang tidak dapat lagi kita terima sebagai sesuatu keindahan estetik. Di samping gurindam. Pada orang dahulukala. ia adalah sesuatu yang sukar diterima. Oleh iru. Pada zaman ini. Kuah tumpah ke nasinya. kita tidak boleh mengatakan bahawa gurindam itu adalah salah. Contohnya.digurindamkan oleh pencipta dahulukala. tompok-tompok panau itu adalah keindahan atau suatu bentuk daya estetik yang dibanggakan pula. Pada pencerita dahulukala hal itu tidak serupa penerimaannya dengan kita sekarang. Keadaan yang digunakan pada waktu itu sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang. panau adalah sejenis penyaki kulit yang sepatutnya disembunyikan kerana memalukan tuan badan. Situasi indah pada waktu dahulu tidak semestinya indah pada zaman sekarang. Hilanglah cahaya matahari. Sekali digosoknya. Setiap kali kita membuat tafsiran. penulis menggamabarkan raja bermandi limau. Lihat juga Gurindam Hari Nak Siang untuk meneliti liuk lenggok bahasa berirama yang indah malah mempesonakan. pantun dan syair. Pinang pulang ke tampuknya. perumpaan juga diselitkan di beberapa perenggan cerita. Terdapat juga keadaan yang agak menggelikan hati pembaca di zaman moden ini. Sekali digosoknya. Pembaca mungkin tersenyum apabila membacanya pula.

ia terjadi di bumi dan di kayangan. Nyanyian di atas sebenarnya adalah pantun berkait. Dalam hikayat ini. sama ada dalam bentuk susunan ayat mahupun pemilihan kata-kata. Nama lagu ketika naik buaian ialah „Tetak Seranting‟. Daripada naratif prosa itu. yang terdapat dalam hikayat ini. Hikayat Malim Deman juga menggunakan penceritaan secara prosa. antaranya seperti berikut: Tetak seranting buatkan kolek. misalnya mendodoikan putera raja yang hendak ditidurkan atau memujuk putera raja yang sedang menangis ketika hendak dimandikan. dijelaskan di situ. bentuk nyanyian juga didapati dalam HIkayat Malim Deman. Ia mempunyai tujuh rangkap. Kedua-dua hal ini dinyatakan sebagai „nyanyian ada bersiram‟ dan „nyanyian raja naik buaian‟. Nyanyian yang dimaksudkan adalah juga baris-baris puisi yang khusus dinyanyikan pada ketika-ketika tertentu. Tuanku putera yang kecil molek. setakay menyebut “zaman dahulukala”. Putera Tuanku Malim Deman. malah itu yang lebin banyka daripada puisi. . Masyarakat yang terlibat terdiri daripada manusia dan jin sedangkan zamannya tidak diketahui. Daftar Kata di bahagian belakang teks Hikayat Malim Deman itu sangat memberi manfaat kepada pembaca. Ikat dengan rotannya getah. Selain daripada gurindam. Buat pagar bunga di taman. penggunaan Bahasa Melayu lama tetap ada. Oleh sebab itu. Buat pagar bunga di taman. Putera Tuanku Mali Deman.cerita dihasilkan dan latar tempat cerita itu. kita memahami struktur ayatserta penggunaan perkataan yang agak lamayang tidak digunakan secara meluas kini dan mungkin sukar diberikan ertinya oleh orang-orang yang tidak begitu arif mengenainya. Kata-kata lama yang jarang-jarang digunakan sama ada dalam pertuturan atau tulisan kini. Seisi negeri menjunjung perintah.

memahami sebuah novel yang plotnya berlapis-lapis jauh lebih sukar daripada memahami Hikayat Malim Deman ini kerana bahasanya yang mudah.Gaya bahasa yang digunakan amat mudah serta berterus terang. gaya penceritaan terus terang dan plot ceritanya mudah diikuti dari mula hingga akhir. Bahasa berkias dan ibarat tidak digunakan. Secara perbandingan. .

Bahasa mempunyai pertalian yang begiturapat dengan pola pemikiran sesebuah masyarakat kerana bahasa berperanan sebagai penggemblengan jati diri budaya yang diwartakan melalui sastera.RUMUSAN Pada kesimpulannya. Realiti ini telah ditemui dan dihadapi oleh bahasa Melayu sebelum dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan komunikasi. Teks klasik dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pembelajaran bahasa. Kemajuan bahasa menjadi lambang dan cermin kemajuan bangsa dan negara. budaya dan sastera sesuatu bangsa . Melalui bahasa dapat dikenal pasti alur pemikiran. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan teks klasik dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik. Bahasa merupakan akal budi sesuatu bangsa. menjadikan bahan teks klasik sebagai agen bagi memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap teks klasik memang wajar. Nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa. .

phD. Dr Abd Rashid Md. phD. Kritikan Karya Sastera : Keindahan Ragam-Ragam Bahasa. Perak Darul Ridzuan. (1990). Kuala Lumpur. . Idris. Tanjung Malaim. Pusat Pendidikan Luar University Pendididkan Sultan Idris. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3) Modul Seni Mengarang (2012). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Dr Abu Hassan Abdul.RUJUKAN 1) Lutfi Abas. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. (1995). 2) Sulaiman Masri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times