SET 1 No Kad Pengenalan……………………… 900/2 PENGAJIAN AM KERTAS 2 ( 1 jam 30 minit) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 Nombor pusat

/Angka Giliran………………………

JPN Kelantan

STPM

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B dan dua Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang disediakan.. Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini. Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

1 2 3 4 Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak

1

SET 1

JPN Kelantan

Bahagian A [15 markah] 1. Nyatakan empat potensi yang ada pada Negara Malaysia untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020. (4m) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Jelaskan dua matlamat Dasar Pandang Ke Timur (4m) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Nyatakan usaha yang dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. (3m) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tranfomasi ke arah Negara maju berpendapatan tinggi dalam Bajet 2011 telah menggariskan empat strategi. Terangkan dua daripada strategi tersebut (4m) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

2.

3.

4.

2

SET 1 Bahagian B

JPN Kelantan

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan kes kemalangan maut jalan raya di Malaysia antara tahun 2004 dengan 2005.

1.

Berdasarkan rekod, penunggang motosikal mencatat bilangan kematian yang paling tinggi. Pada tahun 2004 sebanyak 3286 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini telah bertambah sebanyak 695 kes pada tahun berikutnya. Sementara pembonceng motosikal sebanyak 474 kes kematian dicatatkan pada tanun 2005, iaitu kurang 18 kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Pejalan kaki juga tidak ketinggalan daripada menghadapi maut kerana terlibat dalam kecelakaan di jalan raya. Jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada tahun 2004 sebanyak 807 kes, tetapi tahun berikutnya kematian pejalan kaki direkodkan berkurang sebanyak 44 kes. Angka yang dilaporkan banyak melibatkan golongan kanak-kanak dan warga emas. Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalan raya. Begitu juga pemandu lori, teksi dan bas. Walau bagaimanapun bilangan pemandu kereta yang maut dalam kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi berbanding dengan pemandu lori, teksi dan bas. Pada tahun 2004, bilangan kematian yang dicatatkan ialah sebanyak 409 kes, iaitu melebihi sebanyak 166 kes berbanding dengan pemandu lori, bas dan teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes, sedangkan bilangan kematian pemandu lori, bas dan teksi berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya. Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa kemalangan jalan raya. Pada tahun 2004, sebanyak 631 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini merosot kepada 251 kes pada tahun 2005. Sebaliknya dalam tempoh yang sama lain-lain pengguna jalan raya yang dinyatakan di atas menunjukkan perkembangan yang mendukacitakan. Pada tahun 2004, sebanyak 746 kes kematian direkodkan berbanding dengan tahun berikutnya yang mencatat sebanyak 864 kes. ( Dipetik dan diubahsuai daripada PolisDiraja Malaysia. Buletin PerangkaanSosial Malaysia Jabatan Perdana Menteri Mac –Ogos 2008)

3

SET 1

JPN Kelantan

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran bilangan kakitangan pendidik di Malaysia bagi tempoh yang dinyatakan.

Bilangan kakitangan pendidik di Malaysia meningkat setiap tahun serentak dengan keperluan negara. Namun bilangan mereka masih belum mencukupi berbanding bilangan penduduk negara ini. Kakitangan perubatan ini terdiri daripada guru matematik, guru bahasa inggeris, guru sains, guru bahasa melayu dan guru agama. Bilangan guru matematik terus meningkat dari setahun ke setahun, walaupun peningkatan tidak selari dengan keperluan negara. Pada tahun 2009 bilangan guru matematik berjumlah 15619 orang meningkat sebanyak 2572 orang pada tahun 2012. Pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah 16146 orang dan 17442 orang. Guru bahasa inggeris sangat kecil bilangan berbanding dengan guru matematik. Pada tahun 2009 bilangannya hanya 2144 orang, bertambah sebanyak 81 orang pada tahun 2010. Pada tahun 2011 terus meningkat menjadi 2297 orang. Dengan dasar dan sokongan kerajaan bilangan ini dijangka meningkat lagi kepada 2418 orang pada tahun 2012. Kakitangan pendidik yang agak ramai diperlukan oleh negara ialah guru sains. Pada tahun 2009 bilangannya ialah 23256 orang daripada seluruh kakitangan pendidik tahun berkenaan yang berjumlah 54585 orang. Bilangan ini telah meningkat sebanyak 5.5% pada tahun berikutnya. Bilangannya terus meningkat pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing menjadi 35280 orang dan 36784 orang. Guru bahasa melayu adalah kakitangan yang sedikit pada tahun 2012 ialah seramai 7033 orang daripada seluruh kakitangan pendidik yang seramai 76036 orang pada tahun tersebut. Pada tahun 2009 bilangannya hanya 5819 orang berkurang menjadi 5325 orang pada tahun 2010. Namun pada tahun 2011, bilangannya meningkat kepada 7319 orang. Kakitangan yang berikutnya ialah guru agama yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat terutamanya di bandar. Pada tahun 2010 bilangannya meningkat sebanyak 1000 orang dari tahun 2009 menjadi 8747 orang manakala pada tahun 2011, bilangannya ialah 9360 orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2010)

4

SET 1

JPN Kelantan

Bahagian C [25 markah] Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. 1. Peningkatan suhu bumi terjadi akibat aktiviti manusia dan faktor semula jadi. Fenomena ini telah mengundang impak kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan. Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh.Namun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang menghalang hasrat murni ini. Bincangkan.

2.

- TAMAT-

5

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful