You are on page 1of 10

Eksperimen 1 Tujuan : Untuk menentukan haba peneutralan (i) (ii) (iii) Teori : Termokimia merupakan kajian tentang perubahan

haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, dan ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah hasil daripada tindak balas. Salah satu tindak balas dalam termokimia adalah haba peneutralan. Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1 mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air pada keadaan piawai. Apabila asid dan alkali bertindak balas, ia akan membentuk air dan garam. Sebagai contoh, HCl (aq) + NaOH (aq) NaCl (aq) + H20 (l). Hasil tindak balas atau proses ini adalah dikenali sebagai tindak balas peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan adalah dipanggil sebagai peneutralan. Sewaktu peneutralan, air akan dihasilkan. Ini kerana ion hidrogen, H+ daripada asid akan bergabung dengan ion hidroksida, OH daripada alkali untuk membentuk H20. Ion-ion lain adalah tidak terganggu. Tenaga haba yang dihasilkan adalah apabila 1 mol ion OH - bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air, H20. Semua haba peneutralan adalah sentiasa bersamaan dengan - 57.0 kJmol -1. Ianya asid hidroklorik dan natrium hidroksida asid sulfurik dan natrium hidroksida asid nitrik dan kalium hidroksida

terhasil apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air. Semua tindak balas haba peneutralan merupakan tindak balas

eksotermik. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada : (i) (ii) (iii) Bahan : EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik, EC2 ialah 1.0 mol dm -3 larutan asid sulfurik, EC3 ialah 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida akueus, EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitric dan EC5 ialah 1.0 mol dm -3 kalium hidroksida akueus Radas : pipet 25 cm3, termometer 0oC 110oC ( 0.2oC), silinder penyukat 100 cm3, cawan plastik dan botol basuhan berisi dengan air suling Prosedur : 1. Dengan menggunakan pipet, masukkan 25.0 cm 3 EC1 ke dalam cawan plastik. Rekod suhu EC1 sebagai suhu awal campuran R dalam jadual di bawah. 2. Dengan menggunakan silinder penyukat, tambah 60 cm 3 larutan EC3 ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC1. 3. Kacau campuran R dengan teliti menggunakan termometer dan merekodkan suhu tertinggi dicapai dalam jadual di bawah. Kepekatan asid dan alkali Kuantiti asid dan alkali yang digunakan Kebesan asid

4. Tuangkan R campuran daripada cawan plastik. Kemudian bersih dan bilas cawan dengan air suling. 5. Ulangi prosedur di atas menggunakan (i) 25.0 cm 3 EC2 menggantikan EC1 untuk mendapatkan campuran S, dan (ii) 25.0 cm 3 EC4 dan 60 cm3 EC5 menggantikan EC1 dan EC3 masing-masing untuk mendapatkan campuran T.

Soalan-soalan

1. Tulis satu persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku dalam campuran R, S dan T. (2 m)

2. Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperolehi bagi

(i) (ii) (iii)

Campuran R dan S; Campuran R dan T; Campuran S dan T.

Terangkan mengapa terdapat perbezaan atau persamaan antara kedua-dua nilai yang anda bandingkan. (6 m)

3. Haba peneutralan antara asid kuat dan bes kuat ialah 57.3 kJ mol -1. Cadangkan dua cara untuk meningkatkan prosedur yang diberikan supaya nilai hampir kepada 57.3 kJ mol -1 boleh diperolehi. (4 m)

4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dan asid lemah melebihi atau kurang daripada 57.3 kJ mol-1? Terangkan. (3 m)

Rujukan Buku

Ahmad Kamal Ariffin Abdul Jamil, Siti Asiah Ahmad Junan, Seng Chye Eng, Lim Boon Tik, Lau Kah Pew. (2008). Chemistry for Matriculation 2 Revised Third Edition . Kuala Lumpur: Oriental Academic Publication. Chow Kok Yew. (2007). Quick Revision SPM Chemistry. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Lim Yeah Ching. (2003). Fokus Ungu Masteri SPM Kimia. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Hamilaton, Hanim, Mohd Nazlan. (2001). Kimia asas Sains dan Kejuruteraan. Johor Bahru: Muapakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd. Jess Tan. (2007). Integrated Curriculum for Secondary Schools Complete Text & Guide SPM Chemistry. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Norbani Abdullah. (2009). College Matriculation Chemistry. Selangor: SAP Publication Sdn. Bhd. Ooi Theng Theng, Yoong Yook Yam, C.Y. Looi. (1997). Sukses Lengkap Terkini SPM Kimia Tingkatan 4 & 5. Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. Tan Yin Toon. (1999). Kimia Fizik Edisi Kedua. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tan Yin Toon. (2000). Kuasai Peperiksaan Kimia STPM Edisi Kedua . Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tan Yin Toon, Loh Wai Leng, Tan On Tin. (2003). Siri Revisi Lengkap Fajar Bakti Sukses Kimia SPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Theodore L.Brown, Bruce E. Bursten, Julia R. Burdge. (2003). Chemistry the Cenral Science. USA: Pearson Education Inc.

Laman Sesawang Wikipedia. (8 Mac 2013). Termokimia. Retrieved on Januari 2013 from http://ms.wikipedia.org/ Rozinawati. (Unknown). Tenaga dalam Kimia. Retrieved on Januari 2013 from http://rozinawati.tripod.com/ Zainida. (8 Julai 2011). Haba Peneutralan. Retrieved on Januari 2013 from http://cikguzainida.blogspot.com/

LAMPIRAN

EC 1 telah dimasukkan dengan menggunakan pipet ke dalam cawan.

60 cm3 larutan EC 3 telah dimasukkan ke dalam cawan yang mengandungi EC 1 dengan menggunakan silinder penyukat.

EC 1 (kiri) dan EC 2 (kanan) yang telah dimasukkan dengan menggunakan pipet ke dalam cawan telah direkodkan suhu awal campuran.

Larutan yang dicampur telah dikacau dengan menggunakan thermometer dan suhu tertinggi larutan telah direkodkan.

Campuran R, Campuran S dan Campuran T