1.0 PENDAHULUAN Mesir mula ditakluk oleh Turki Uthmaniyah pada tahun 1517.

Pentadbiran Uthmaniyah memiliki fungsi utama iaitu menjaga kebajikan wilayah Mesir kerana ia mempunyai banyak kepentingan. Keistimewaan geopolitiknya dalam pengendalian wilayah Laut Merah dan tempat suci di Jazirah Arab adalah penting kerana betul-betul berada di kawasan strategik iaitu laluan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan wilayah timur dan barat. Hal ini telah menyebabkan ramai kuasa-kuasa barat ingin menguasai Mesir bagi menjaga dan menguasai jalan-jalan yang penting untuk perdagangan. Kedudukan Mesir yang terletak disebelah Laut Mediterranean

membolehkan banyak manfaat dapat diambil daripadanya terutama dari sudut peluang ekonomi yang menjadi rebutan kuasa barat. Perancis adalah kuasa barat yang mula menceroboh Mesir di bawah pimpinan Jeneralnya yang hebat iaitu Nepoleon Bonarparte. Pada tahun 1801, kekuatan Perancis di Mesir dikalahkan oleh British yang kemudian mengembalikan kekuasaan Turki Uthmaniayah1. Pengusiran tentera Perancis ini dibantu oleh Mehmet Ali, seorang Jeneral tentera yang dihantar Sultan Daulah Uthmaniyah. Penulisan ilmiah ini dibuat untuk menghuraikan pengaruh British di Mesir. Pada masa yang sama penulisan ini turut membincangkan impak yang berlaku keatas Daulah Uthmaniayah sepanjang pendudukan British di Mesir. Rangka waktu perbincangan mengenai persoalan ini adalah dalam lingkungan abad ke 19 sehingga awal ke 20 iaitu dimulai dengan pemerintahan rejim turun temurun Muhamad Ali di Mesir. Peranan British di Mesir amatlah luas dari pelbagai aspek, ini dapat dilihat apabila British terlibat dalam memberikan kemerdekaan kepada Mesir.

1

Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 114.

1

2.0 PENGARUH BRITISH DI MESIR (JASMI BIN JOHARI D20112052046) Secara ringkasnya, apabila kita menyingkap kembali sejarah polisi British di Arabia secara umum dan barat daya Arabia sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, hubungan persahabatan dengan pemimpin Arab tempatan telah diadakan tetapi tujuannya hanyalah untuk keselamatan. Ini mencetuskan perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti dengan qabilah-qabilah al-Abdali, al-Aqrabi, al-Subayhi, al-Yafa‟i, al-Fadli, alHawshabi, al-Amiri, al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan (Protestorate Treaties ) sejak tahun 1880-an.2 Perkembangan terbaru ini ialah ekoran dari munculnya kembali pengaruh Empayar Uthmaniyah di Yaman setelah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872, juga disebabkan oleh bertambahnya minat kuasa asing di Arabia selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Oleh itu, sejak 1880-an British telah memilih polisi campurtangan di dalam urusan halehwal negeri jiran di Arabia. Hubungan persahabatan antara kerajaan Uthmaniyah dengan Britain terus kekal sehinggalah apabila Uthmaniyah menyebelahi German pada 31 Oktober 1914. Sehingga ke tarikh tersebut Britain masih berpegang kepada polisi menyokong keutuhan Empayar Uthmaniyah walaupun mereka telah menduduki Cyprus dalam tahun 1878 dan Mesir 1882. Misalnya sejak 1882 hingga 1914 Mesir masih lagi diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah dalam Empayar Uthmaniyah. Mesir dikuasai kerana dorongan untuk menyelesaikan kekusutan ekonominya serta kepentingan British di Terusan Suez dan sekali gus bagi membendung mana-mana kuasa lain dari bertapak di Laut Merah yang menjadi jalan keluar dari Barat ke Timur. Walaupun kerajaan Uthmaniyah masih mengambil sikap berkecuali setelah meletusnya Perang Dunia Pertama pada Julai 1914, namun Britain sejak awal Ogos 1914 lagi
2

C.U.Aitchison(1909). A Collection of Treaties, Engagements and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries, Calcutta,hlm.46,52,99,129.

2

telah menduga kemungkinan keterlibatan Empayar Uthmaniyah ke kancah peperangan dengan memihak kepada German dan sekutunya. Kementerian Hal-Ehwal India dan kementerian Luar Negeri di London telah menerima laporan daripada pegawai-pegawai mereka di India, Mesir dan Istanbul mengenai persediaan tentera Uthmaniyah untuk memasuki perang. Reaksi terhadap laporan di atas berbagai-bagai, Gabenor General di India mencadangkan supaya kerajaan British mengistiharkan perlindungan ke atas Tanah suci di Mekah dan Madinah dari sebarang serangan.3 Lord Kitchener, bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri Perang, telah mencadangkan supaya diajukan pertanyaan kepada Sharif Husayn mengenai apa reaksi beliau dan orangorang Arab sekiranya Empayar Uthmaniyah berperang menentang British.4 Kementerian Luar Negeri juga mempunyai cadangannya sendiri. Duta British di Istanbul diarahkan supaya menyampaikan mesej kepada Sultan Uthmaniyah supaya berkecuali, jika tidak akan buruk padahnya nanti kepada empayar Uthmaniyah iaitu pihak British akan menuntut dan mengistiharkan Mesir merdeka dan dipisahkan dari menjadi wilayah empayar Uthmaniyah.5 Terdapat satu persamaan antara kementerian Hal-ehwal India dengan kementerian Luar Negeri di London iaitu mereka hanya bersetuju pada dasarnya tentang bagaimana mereka harus menggunakan orang-orang Arab bagi menentang Uthmaniyah. Di Mesir, usaha memujuk Sharif Husayn dimulakan oleh Lord Kitchener berasaskan adanya hubungan persahabatan yang telah wujud sejak Februari 1914 lagi, apabila Abdullah yang mewakili ayahnya Sharif Husayn iaitu telah menemui Kitchener di Kaherah, bertanyakan sama ada Britain sanggup atau tidak memberikan bantuan kepada Sharif sekiranya beliau menghadapi masalah dengan Istanbul. Tetapi pada tahap ini usaha Sharif Husayn tidak diberi perhatian
3 4

Viceroy kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar, 1 September 1914, FO 371/2139. Kitchener kpd.Grey, 24 September 1914, FO 371/2139. 5 Grey kpd. Mallet, Duta British di Istanbul, 29 Ogos 1914, FO 371/2138.

3

yang wajar berdasarkan adanya hubungan baik antara London dengan Istanbul, tetapi apabila ada tanda-tanda yang menunjukkan kecenderungan Uthmaniyah untuk menyebelahi German maka Kitchener telah mengambil peluang ini untuk memulakan hubungan dengan Sharif. Pada bulan September 1914 mesej beliau telah disampaikan kepada Abdullah melalui Milne Cheetham pemangku Pesuruhjaya Tinggi di Mesir. Mesej kedua Kitchener telah disampaikan kepada Abdullah menjanjikan sekiranya bangsa Arab membantu British dalam perang, British akan memastikan Arabia tidak akan terancam Kitchener menambah, “it may be that the Arab of true race will assume the khalifate at Mecca or Medina and so good may come by the help of God out of all the evil that is now occurring”.6

Mesej Kitchener tentang khalifah Islam sekali lagi telah dirujuk oleh Mc Mohan kepada Sharif pada 30 Ogos 1915 berserta janji-janji kemerdekaan Arab yang terdapat dalam hubungan Mc Mohan-Sharif Husayn yang telah membuka jalan kepada sokongan Sharif menentang Empayar Uthmaniyah pada bulan Jun 1916. Walaupun Sharif Husayn masih yakin tentang masa depan gagasannya, tetapi beliau mulai ragu-ragu apabila mendapati Britain secara rahsia telah mengadakan kemerdekaan yang sama seperti Ibn Sa‟ud dan Sayyid Idrisi. Kewujudan berbagai-bagai komitmen British dengan beberapa pemimpin Arab di Arabia merupakan halangan yang besar dalam penyelesaian British selepas perang di Arabia. British dan India mempunyai hubungan yang baik dari segi politik. Oleh sebab itu, apabila berlakunya perang antara Perancis dan India pada 1756-1763 hubungan ini bertambah baik setelah India menang dan menyebabkan British mendapat Kanada dan India. Ini

6

Elie Kedouries (1978). England and the Middle East : The Destruction of the Ottoman Empire,1914-1921. London,hlm.52

4

7 Mesir dilihat sebagai wilayah yang berharga berbanding wilayah-wilayah lain berikutan kemampuannya memberi keuntungan dan faedah yang banyak kerana potensinya yang tinggi sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. The Islamic Quarterly 18:2130.hlm. A(1990). The Origin of The French Expedition to Eygpt in 1798. British telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan pihak Uthmaniyah bagi mengusir Perancis dari bumi tersebut dan juga bertindak menghantar bantuan tentera ke situ bagi membantu Uthmaniyah merebut kembali haknya. British juga sentiasa berminat untuk menguasai wilayah-wilayah Uthmaaniyah selain Mesir. Middle East Past and Present.M(1970).4 9 Armajani. An Introduction to the History of Education in Modern Egypt . Modern The Formation of a Nation-State. Ekoran inilah Mesir menjadi rebutan antara kuasa Perancis dan British.T. 9 Mesir dijadikan sebagai pangkalan untuk berhubung dengan pusat-pusat perdagangannya di India dan Timur. J(1968). London : Frank Cass & Company Limited. 8 Bagi memastikan hubungan British dengan jajahannya di India selamat ketika melalui Timur Tengah. Alian(1974).210 10 Heywoth-Dume. Pihak Uthmaniyah telah melantik Khusraw Pasha sebagai gabenor di Mesir tetapi 7 Goldschmidt.hlm.hlm. Justeru.14 8 Silvera.162 5 . British sedar akan potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. British telah menjalinkan hubungan dengan pemimpin Mamluk yang memerintah Mesir pada 1798 dan secara langsung berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah. Engle Cliff. Hebatnya pengaruh British di Mesir ini sehinggakan setelah British terpaksa berundur selaras dengan tuntutan dalam Perjanjian Amiens10 telah menimbulkan masalah perebutan kuasa yang serius antara pihak Uthmaniyah dan golongan Mamluk. Kaherah : The American University Press. British berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di Afrika Utara dan Levant. British juga mempunyai pengaruh ke atas Tanjung Harapan ( Cape of God Hope) yang menyebabkan perdagangan British di Timur dan India bertambah lancar.Yahya & Ricks.J : Prentice-Hall.hlm. N.menyebabkan Perancis bertambah marah kepada British.

pihak British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasai Mesir dengan syarat selepas beliau berjaya pihak British perlu diberi peluang menguasai pantai-pantai negara Mesir. kerajaan British telah menukar Abbas Hilmi II kepada Husayn Kamil yang dianggap senang untuk dipengaruhi. namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebut.12 Dengan pengisytiharan dasar perlindungan. Selain itu.11 Pihak British telah banyak mengambil bangunan awam untuk menempatkan tenteranya dan juga sebagai hospital. Kerajaan British melalui Perjanjian Versailles yang turut disertai oleh kuasa besar Eropah lain telah disahkan sebagai pelindung bagi negara Mesir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.191 6 .tidak kekal lama.190 12 Ibid.13 11 Lois A. British cuba menguasai Mesir kembali pada 1807 melalui hubungan yang dijalinkan antara British dengan Alfi Bey sekitar tahun 1806. Bukan itu saja.Arion & Richard P.Mitchell (1991). pihak British telah berjaya menyekat kegiatan pergerakan kebangsaan melalui penapisan-penapisan maklumat. British telah mengambil peluang untuk menguasai Mesir dengan hubungan tersebut . Disamping itu. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Terjemahan oleh Mohammad Redzuan Othman). Amerika Syarikat juga telah memberikan pengakuan formal tentang hal ini pada bulan April 1919.hlm. Walaupun mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807. Bersama perlantikan ini ialah Pengisytiharan dasar perlindungan pada 18 Disember 1914. Hasil hubungan tersebut. Hal ini adalah selari dengan empat belas perkara Wilson dan bagi memenuhi harapan rakyat Mesir. apabila berlakunya perang Dunia pertama dalam empayar uthmaniyyah. kerajaan British juga telah menukar gelaran Khedif yang diguna pakai sewaktu empayar Uthmaniyyah kepada Sultan. pihak British juga memberikan hak perwakilan (wafd) kepada penduduk Mesir ke persidangan damai.hlm.

13 Fadhlullah Jamil (2007). Shah Alam : Karisma Publications Sdn.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false.hlm. yang merupakan Gabenor Sudan dan juga Panglima Angkatan Tertinggi Tentera di Mesir telah dibunuh di Kaherah. Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan . seperti haiwan-haiwan yang hidup melata di permukaan bumi. Akan tetapi. umat Islam di negara itu amatlah mundur dan lemah akibat dilayan dengan buruk oleh penjajah. sebuah perlembagaan Mesir diumumkan pada 1923. penjajah berusaha keras untuk melenyapkan akar umbi Islam yang sudah sekian lama bertunjang dalam masyarakat Mesir. Mereka menggalakkan rakyat Mesir. terutama selepas kejatuhan pemerintahan sistem berkhalifah daah dalam Empayar Islam Turki yang ranap pada tahun 1924.Pada 1922. fasik dan bebas lepas tanpa sebarang ikatan. Sir Lee Stack. Tindakan jahat penjajah itu menyebabkan sebilangan besar rakyat Mesir tersingkir dari agama mereka. Dengan itu bererti mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar segala peraturan yang telah ditetap oleh Islam.hlm. British telah mengisytiharkan Mesir merdeka dengan bersyarat.14 MESIR DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS ( MOHD HAKIMI BIN HASSAN D20112052057) Dalam zaman penjajahan British di Mesir. akibat permainan jahat penjajah yang mendapat kerjasama sang Yahudi15. khususnya umat Islam hidup bergelumang dengan maksiat.285 14 Ibid. terdapat banyak gerakan anti-British dan hal ini telah menimbulkan masalah kepada British. Hal ini telah menimbulkan kemarahan British yang menyebabkan British menuntut ganti rugi. Seperti biasa. http://pondokrahmat.html 7 .286 15 Mohd zain salleh. Selaras dengan pengisytiharan tersebut.Bhd.(2011). malah mereka dilayan seperti hamba abdi walaupun mereka sebenarnya peribumi negara itu. agama Islam yang suci dan murni yang menjadi pegangan rohani mereka sejak sekian lama. Antaranya ialah meminta Mesir mengalirkan air di sungai Nil untuk kawasan ladang di Sudan.

William Hicks. malah mereka telah menjual agama mereka dengan harga yang amat murah. PERGERAKAN MAHDI DI SUDAN DAN PENAKLUKAN INGGERIS MESIR Pergerakan Mahdi di Sudan biasanya dipersalahkan kerana menyebabkan penidasan Turki-Mesir yang berlaku serentak dengan kemerosotan kepimpinan di Mesir dan Sudan menjelang penggulingan Isma‟il dari tahkta kerajaan16. Mahdi iaitu Muhammad Ahmad ibn Abdullah. Penyokong Mahdi termasuklah. walaupun Nampaknya beliau memusnahkan kemerdekaan Sudan. namun komponen teologi dalam peruntusannya adalah yang teragung. terutamanya sejak beliau mendakwa dirinya sebagai khalifah dan imam. Selepas Inggeris menjajah Mesir. Timur Tengah dan Afrika Moden. Jeneral Charles Gordon 16 Mohammad Redzuan Othman (1991). Inggeris menghantar sepasukan tentera yang dibiayai oleh Mesir ke selatan tetapi di bawah arahan pegawai Inggeris.W.). mereka yang warak mempercayai utusanya. dan mereka bersedia melakukan berbagai-bagai perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Tentera Mahdi menghancurkan tentera itu pada tahun 1883. dengan sepenuhnya mempercayai (seperti pergerakkan Wahhabi di semenanjung Tanah Arab sebelum dan selepas kemunculannnya) bahawa tugasnya adalah untuk menubuhkan sebuah pemerintahan islamyang adil seperti pada zaman Nabi Muhammad (S. Hal 133 8 . pedagang hamba abdi dan kaum normad yang tidak menyukai pemerintah pada waktu itu. Oleh itu tidak hairanlah jika mesir bimbang dengan kenaikan Mahdi pada bulan Jun 1881. Pergerakan ini bermula di Kordafan dan merebak ke bahagian lain di Sudan.Penyelewengan umat Islam dari akidah Islam yang sebenarnya itu dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar khususnya di Khaerah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tentera Mahdi telah bergabung dengan tentera sukarela Berjaya menewaskan angkatan tentera Mesir yang kecil yang diperburukkan lagi kekacauan yang meletus di Mesir. Bekas ketua gabenor .A.

Menurut syarat-syarat dalam persetujuan terakhir yang dicadangkan pada tahun 1887. Abdullah menyeru supaya Kedif Tawfiq tunduk kepadanya tetapi dua tahun kemudian. Mahdi meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifahnya yang paling rapat. Di sudan. Uthmaniyah dan Inggeris akan menyelia kerajaan Mesir.yang tiba pada tahun 1884 mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat di Khartum dan enggan menarik keluar tenteranya. Disebabkan oleh desakan diplomatic. Beliau juga menjalankan penaklukan yang tidak berkeputusan di Ethiopia. Pada bulan Januari 1885 tentera Mahdi masuk ke Bandar itu dan membunuh Gordon. beliau mula berjauhan diri daripada pengikutnya. Kerajaan Uthmaniyah mengekalkan dan memperluaskan pengaruhnya di kalangan orang TurkiCircassia dan penduduk elit tempatan Mesir yang seing pergi ke Istanbul untuk melanjutkan pelajaran atau bercuti. kerajaan Inggeris pada tahun 1896 mengambil keputusan untuk menghantar semula satu pasukan tentera Mesir 17 Ibid 9 . sultan Abdul Hamid II merumuskan bahawa pihak Inggeris akan menanggung bebanan kewangan Mesir dan ini memberikan hak kepada Inggeris untuk campur tangan pada masa hadapan. Menjelang bulan Jun. Dengan berakhir perluasan di utara dan bermulanya kebuluran dalam Negara Mahdi. Abdullah suku kaumnya ke Khartum. Perjanjian itu dirundingi oleh Sir Henry Drummond-Wolff dan sultan Abdul Hamid II. Satu perjanjian sementara yang ditandatangani pada bulan Oktober 1885 menetapkan bahawa British terus mengiktiraf Empayar Uthmaniyah dan membayar ufti. Wakil kedua-dua belah pihak. Tentera bantuan hanya tiba dua hari kemudian. Negara yang yang di warisi oleh Abdullah cuba untuk memperluaskan jajahannya pada bulan April 1887. Britain akan mengumumkan jadual penarikan dirinya kemudian. Inggeris akan meninggalkan kawasan itu pada tahun 1890.sementara itu. iaitu Abdullahi. Apabila berhadapan dengan tentangan. tenteranya dikalahkan oleh tentera InggerisMesir di Tushki. Kekalahan belanja perang membawa kepada perjanjian Inggeris-Uthmaniyah untuk pengunduran dari Mesir17.

Kedif memerintah secara sampingan sahaja kerana Inggerislah 10 . pengikut Mahdi bertahan buat kali terakhir yang mengakibatkan kira-kira 27000 terbunuh berbanding beberapa ratus sahaja di pihak Inggeris dan Mesir. PERSIDANGAN INGGERIS – MESIR PADA 1899 Persidangan Inggeris-Mesir pada tahun 1899 menetapkan syarat-syarat pemerintahan bersama ke atas Sudan dan menjamin mengelakkan persaingan di kalangan Negara-negara eropah yang terdapat di Mesir. ketua Gabenor Inggeris di Mesir yang berikutnya. Abu Hamad jatuh ke tangan angkatan InggeriSMesir. Menjelang akhir tahun 1896. Pada bulan Julai 1897. Dengan perlahan-lahan. pernaklukan ini tiba di kawasan Barbar. Cromer dengan bersusah payah melancarkan satu peperangan yang menelan belanja yang besar yang diketuai oleh Herbert Kitchener. Menelik II mengalahkan pencerobohan Itali. Oleh itu. di Kharari. Sementara itu.ke Sudan. pemerintah Ethiopia. enam di utara Bandar itu. Tentera Inggeris menghapuskan beliau demi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada pembentukan semula pergerakan itu. dengan hasrat untuk menjaga keselamatan suku Italinya daripada serangan tentera Mahdi dan mengekalkan hubungan baik dengan Jerman. Pada bulan Mac 1896. Dalam satu peperangan berhampiran engan Sungai Atabara pada 8 April 1898. tentera Inggeris-Mesir dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih moden menimpakan pukulan yang lebih teruk terhadap pengikut Mahdi dan kemudiannya mara pula ke Omdurman dengan menyeberangi Khartum. Dongola ditawan semula dan sebuah landasan kereta api timurbarat dibina antara Dongola dan Abu Hamad untuk menggantikan jalan melalui sungai Nil yang lebih panjang. Abdullahi melarikan diri ke selatan tetapi terbunuh di satu pertempuran di Umm Diwaykarat pada November 1899.

Tuan-tuan tanah mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani.yang melantik Gabenor. Selepas kurang kurang dari setahun menjadi gabenor di Sudan. sementara jawatan pegawai yang pada mulanya dijawat oleh orang Mesir beransur ansur diganti oleh orang Sudan. EKONOMI MESIR SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar Inggeris. Sebelum beliau menggariskan dasar untuk sebuah kerajaan Sudan. Rancangan penanaman kapas Isma‟il diteruskan dan diperluaskan. Timur Tengah dan Afrika Moden. tetapi kolej itu hanya melatih segelintir rakyat Sudan. Orang Lubnan juga dilantik sementara kehidupan rakyat Mesir di korbankan atas kepentingan orang Inggeris dengan tiada apa-apa faedah yang diberikan kepada mereka. Hal 135 11 . Walaupun Britain melihat pemerintah itu suatu yang kosong. tetapi ia tidak semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir. Bendera kedua-dua Negara dikibarkan tetapi peruntukan yang lain mengecualikan hak rakyat Mesir. Sudan akan menggubal undang-undangnya sendiri kecuali jika dibenarkan bertindak sebaliknya oleh ketua gabenor Inggeris. beliau menubuhkan Kolej Peringatan Gordon. sementara perdagangan hamba abdi dihapuskan sama sekali. Britain bertindak seolah-olah Mesir tidak memainkan sebarang peranan dalam pernaklukan semula itu. namun orang Mesir sedaya upaya untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan. Malah Inggeris tidak pernah berlagak untuk mengiktiraf kekuasaan Mesir yang sepatutnya wujud dalam semua jajahan yang dijajah oleh Mesir. Kitchener diganti oleh Sir Reginald Wingate yang mengetuai angkatan tentera dalam penaklukan semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1902. Diantara tahun 1899-1916. Mahkamah campuran Mesir tidak mempunyai hak perundangan di Sudan dan peruntukan perundangan diambil atau disesuaikan daripada undang-undang di India18. Orang Eropah menjawab jawatan utama. Tanah yang subur 18 Mohammad Redzuan Othman (1991).

PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH Pada masa pendudukan Inggeris. Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas. Menjelang 1860 dan 1870-an. Tambahan pula. dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk menghalang rancangan pendidikan yang di mulakan oleh Isma‟il. Hal 154 12 .daripada beberapa lading yang besar yang dibahagikan. sejenis penyakit yang melumpuhkan mangsanya. Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. diberikan daripada golongan atasan dan bukan kepada petani yang miskin. Perdagangan persinggahan melalui darat yang merentangi Sudan ke Mesir dipesongkan dan Iskandariah ke pelabuhan Sudan yang baru dibina. Said (1993). Segelintir guru terlatih akan dihantar ke 19 Edward W. Hal ini akan mengancam perdagangan Mesir. Landasan itu tidak menghubungkan Negara Mesir dengan Negara lain. cirri-ciri ekonomi Mesir yang ketara ialah jualan kapas yang melambung apabila perang saudara Amerika menutup bekalan kapas dari Amerika ke kilang Eropah19. Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan Inggeris. Budaya dan Imperialisme. Perkembangan sistem pengairan sepanjang tahun menyebabkan siput bilharzias membiak dan menyebarkan penyakit schistosomiasis. Kuala Lumpur : Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Dasar-dasar Inggeris menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapat bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di Britain. Inggeris lebih suka memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan kebangsaan seperti apa yang berlaku di India.

Timur Tengah dan Afrika Moden. Orang Qibti dan orang Kristian mengambil kesempatan daripada pendidikan swasta untuk mengisi jawatan pengkeranian kerajaan dan mempertingkatkan ketegangan kaum. penduduk peribumi dan orang islam di luar Bandar. Walau bagaimanapun. Pera penasihatnya mengeringkan peruntukan pentadbir Mesir. rancangan seperti ini hanya melibatkan sebahagian kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan seperti yang diharapkan. Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis ( sebuah Negara yang manyokong nasionalis Mesir sehngga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904)20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5-3 peratus bagi peruntukan pendidikan sejak penjajahan21. Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi. Rakyat Mesir yang berkelayakan tinggi termasuk mereka yang mempunyai ijazah luar negeri 20 Mohammad Redzuan Othman (1991). Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan swasta. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Mesir dengan mengisi jawatan kerajaan dengan lebih ramai penasihat Inggeris yang dibayar gaji yang lebih tinggi walaupun kurang berkelayakan. Pengabaian pendidikan oleh Inggeris menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang dirancangkan. Bukti menunjukkan bahawa adalah keputusannya sendiri untuk tidak berbelanja lebih banyak dalam bidang itu. perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin. Kemudiannya Cromer mendakwa bahawa peraturan kewangan antarabangsa telah mengehadkan kebebasanya untuk membelanjakan lebih daripada 1. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang islam yang miskin bagi memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi. Hal 136 21 ibid 13 .England dengan andaian bahawa mereka yang akan pulang ke tanah air akan menyanjung tamadun Inggeris.

sementara orang Inggeris dengan berpendidikan rendah menyelia pekerjaan mereka. kehadiran warga asing dalam kerajaan Mesir memburukkan nasionalis. iaitu peristiwa yang mana pegawai inggeris pergi memburu burung merpati. Dalam peristiwa kontroversi dan mendapat publisiti yang terjadi di kampung Delta. Dinshaway pada bulan Jun1906. Bdh. seorang petani wanita tercedera. Mereka kemudiannya mendapat tentangan penduduk kampung yang tidak mahu kehilangan merpati mereka.diletakkan jawatan yang rendah. Akibatnya.( 2006). Ammar Gazali. namun Cromer mengambil keputusan untuk memberi satu teladan kepada penduduk kampung dengan mengadili mereka di mahkamah tentera.Eastern Graduates Centre Sdn. ‘ Al. Kuala Lumpur: Middle. Hal 17 14 . Akibatnya. Walaupun mereka membuat beberapa kemajuan dalam mengurangkan hutang Mesir. Ketika kerajaan bergelumang dengan hutang yang melampau sehingga melebihi 6 juta pound23. Hal 49 Khairul Anam che Mentri. Pegawai tentera bersenjata membunuh seorang lelaki yang ingin membantu seorang pegawai yang jatuh pengsan kerana terik Matahari. Cromer meninggalkan Mesir dalam keadaan yang meragukan. Empat penduduk kampung didapati bersalah kerana membunuh akan menerima hukuman gantung.ustadh al-imam’ Muhammad Abduh: Riwayat Hidup dan Pemikiran. Perjuangan mereka terus disusuli oleh banjir luar biasa yang berlaku Sungai Nil pada tahun 1876 dan 1877 yang menyebabkan kekurangan makanan dan kebuluran di Mesir. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Nasionalisme kiai. penduduk kampung lain bertindak menyerang pegawai itu. Gerakan nasionalisme Mesir merupakan salah satu gerakan responsive dari keadaan socialpolitik di Mesir22. ia 22 23 Ali Maschan Moesa (2007). Sementara yang lain akan dihukum penjara untuk satu masa yang panjang atau disebat. Walaupun peristiwa itu berlaku semasa cuti dan kabur dengan apa yang terjadi. TINDAK BALAS NASIONALIS Konsep nasionalisme arab secara konkrit dapat di semak dari dari sejarah Mesir.

Taufik terbukti terlalu lemah untuk mengawal nasionalis Mesir. 11 Jun. Takut bahawa nasionalis telah menjadi terlalu kuat. Perancis dan Britain cuba untuk mengukuhkan Taufik dengan menandatangani rahsia "Anglo-Perancis Nota Bersama" pada 8 Januari 1882. Mesir merusuh di Alexandria dan membunuh kira-kira 50 Eropah termasuk tiga anggota tentera British. Anaknya. ( MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD D20112056401) 15 . Pihak British bertindak balas dengan membedil Alexandria pada 11 Julai. namun. pengepungan tentera set Arabi ke Alexandria dan memotong bekalan air. kedua-dua kali di bawah pimpinan Kolonel Ahmed Arabi Pasha. berikrar untuk menyokong Taufik terhadap sesiapa yang mengganggu ketenteraman. Hal ini. Pemberontakan tentera yang pertama berlaku pada Feb 1879 dan Ismail telah digulingkan semasa pemberontakan kedua pada Jun 1879. Pegawai tentera Mesir meningkat terhadap kerajaan Taufik pada bulan Februari 1881 dan sekali lagi pada bulan September. Perancis dan Britain masing-masing menghantar skuadron tentera laut kecil untuk melindungi "kepentingan Eropah. pemerintahannya ternyata menjadi bencana bagi semua pihak. walau bagaimanapun. membolehkan Eropah melakukan perubahan kerana mereka percaya Taufik merupakan pemerintah yang lemah dan boleh dipengaruhi dengan lebih mudah. Langkah itu memakan diri sendiri. Pada Mei 1882. Taufik bertindak balas dengan menolak pro-Eropah Perdana Menteri Cherif Pasha dan menggantikan dia dengan Mahmoud Pasha Sami.mengalami kesukaran untuk membayar gaji kepada tentera. dan sebagai tindak balas." dan pada hari Ahad. Sami kemudiannya diambil Arabi Pasha untuk menjaga satu kementerian kerajaan. pemimpin nasionalis.0 British muncul sabagai Imperialisme Terulung Barat dalam Daulah Uthmaniyyah. Taufik Pasha mengambil alih pemerintahan. 1. apabila nasionalis Mesir ditafsirkan ini sebagai isyarat bahawa Eropah akan menyerang untuk melindungi Tewfik.

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.U. al-Subayhi. Hlm 129. Perjanjian persahabatan dengan pemimpin arab tempatan telah diadakan. al-Aqrabi. al. Hlm 3 27 C.Peristiwa menandatangani Konvensyen Anglo-Uthmaniyyah Commercial pada tahun 1838 menandakan bermula ketuanan imperialis British di Daulah Uthmaniyyah.Amiri. dasar import hasil galian serta permintaan bekalan makanan yang bertambah telah memberi kesan kepada Eropah.Aroian dan Richard P. hlm 73. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1909). Hasil penemuan wilayah-wilayah baru. (1991). 16 . A Collaction of Treaties.Aitchison. Kebangkitan British pada awal abad kelapan belas telah memberi pengaruh yang kuat keatas Daulah 24 Lois A. kedudukan dan keadaan tanah subur yang di miliki oleh Eropah memberikannya kelebihan dalam pembangunan industri dan perdagangan.25 Sejak pendudukan British di Aden dari tahun 1839 hingga 1880 polisi British adalah berkecuali atau tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri di persekitaran Aden. hlm 73 26 Abdul Raub Yaacob. al-Yafa‟I. al-Fadli. namun British lebih berpotensi sebagai kuasa imperial yang berpengaruh dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga sekurang-kurangnya tahun 1880. (1993). 24 sekaligus dapat mengimbangi kuasa antara Eropah dan Daulah Uthmaniyyah.26 Perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti dengan qabilah-qabilah al. al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan (Protectorate Treaties) sejak tahun 1880.Abdali. Kemelut Dunia Islam Moden 1 :sejarah campur Tangan Inggeris Di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Calcutta. tatapi tujuannya untuk keselamatan Aden. Keadaan ini memperlihatkan sebanyak 40 peratus peningkatan rakyat Eropah iaitu dua kali ganda dan menjadikan jumlahnya 100 juta orang. Walaupun Rusia dan Perancis kekal aktif dalam hal ehwal Uthmaniyyah. Ini disebabkan oleh peranan Aden tidak lebih daripada tempat persinggahan kapal British dalam perjalanan ke India. alHawshabi. 25 Ibid. Engagements and Sanads Relating to India Neighbouring Countries. Pada abad keenam belas dan pertengahan abad kelapan belas telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Eropah khususnya negara Britain. Asia Barat dan Afrika Utara.27 Selain itu. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman.

hlm 73 17 . Keadaan ini berlaku akibat dari kekalahan Daulah Uthmaniyyah dalam menghadapi Eropah khasnya Austria pada akhir abad ketujuh belas dalam perperangan bagi menduduki kota Vienna pada tahun 1683. hlm 82. The Middle East in World Affairs. Sejak itu. sementara sebahagian Ukraine dan Podolia kepada Poland. Perjanjian ini. Daulah Uthmaniyyah telah bertukar wajah dari Negara ‘offensive’ kepada Negara ‘defensive’ dan Eropah pula mula bertindak mengancam Daulah Uthmaniyah. 5 Lois A.(1982). Ithaca and London: Cornell University Press. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991). Daulah Uthmaniyyah buat pertama kali akur dan terpaksa menyerahkan wilayahnya. Jelaslah bahawa pada abad ketujuh belas dan lapan belas Eropah sentiasa memberikan tekanan yang 28 Lenczowski. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.Aroian dan Richard P. telah memberi kelebihan yang memihak kepada Negara Eropah dan peristiwa ini sangat penting kepada Eropah kerana buat pertama kali mereka mampu mempertahankan diri dari ancaman kekuasaan Uthmaniyyah di Eropah sejak ekspedisi penjelajahan oleh Daulah Uthmaniyyah.28 Perjanjian ini telah membuka mata Eropah khususnya Britain yang mana telah memulakan kebangkitannya pada awal abad kelapan belas bagi mempertahankan diri sendiri dari Daulah Uthmaniyyah seterusnya menjalankan aktiviti peluasan tanah jajahannya.Uthmaniyyah yang mana merupakan pemegang kunci perdagangan pada waktu itu. Dalam Perjanjian Carlowitz. George. Namun sejak dari tempoh itu. hasil kombinasi Austria dan Poland. Hungary serta sebahagian Slovenia dan Crotia kepada Austria. Kebangkitan kuasa Eropah keatas Daulah Uthmaniyyah tidaklah berlaku secara mendadak setelah mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Uthmaniyyah dari menguasai Vienna. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.telah berlaku perubahan baru dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga berhasil satu perjanjian diantara Daulah Uthmaniyyah dan kerajaan Austria pada tahun 1699 iaitu Perjanjian Carlowitz. Hal ini merupakan titik tolak kepada sejarah kebangkitan kuasa Eropah khususnya Britain.

29 Hal ini kerana kekuatan yang dimiliki oleh Daulah Uthmaniyyah semakin goyah akibat peperangan dengan Perancis. Prentice Hall.Englewood Cliffs. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. kerajaan Britain mula menguasai kawasan-kawasan yang sesuai bagi menjayakan hasyrat mereka terutamanya kawasan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang berada di laluan perdagangan British. Antara cara yang telah digunakan oleh pihak British adalah dengan menguasai jalan-jalan perdangangan yang di miliki oleh Daulah Uthmaniyyah melalui campur tangan dalam kepentingan Daulah Uthmaniyyah seperti yang berlaku dalam kerajaan Mesir.37. (1991).meletakkan Daulah Uthmaniyyah dalam keadaan perang atau ancaman perang. disamping itu Daulah Uthmaniyyah perlu menyelesai masalah konfik dalaman yang berlaku di dalam wilayah taklukannya sebelum ini.Collins and Robert L. 18 . no.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. kerana Mesir merupakan Negara yang di perintah oleh golongan Mamluk yang mengamalkan pemerintahan secara zalim dan menindas rakyat. Inc.Tarikh. Mojuetan. A Spectrum Book. ( 1977). Pada abad kelapan belas Mesir merupakan sebahagian daripada Daulah Uthamaniyyah selepas berlakunya penaklukan oleh Sultan Salim I keatas Dinasti Mamluk di Mesir. Jika dilihat dari aspek ini. ini kerana bagi penguasa Dinasti Mamluk hubungan perdagangan yang dijalankan dengan Eropah dianggap sebagai suatu pekara yang menguntungkan. (1967).A. Dinasti Mamluk ini juga merupakan kerajaan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang mengekalkan autonominya dari segi pentadbiran. 26.J . hlm. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.N. “Egypt from Muhammad Ali to Ahmad ‘Urabi’ “.30 Hal ini.. longman Group ltd. Histofical Society of Nigeria. Selain itu. Egypt and the Sudan.London.vol. Tignor. Hlm 78 8 B. 7 Lois A. 2 . Dinasti Mamluk juga telah mengadakan hubungan Perdagangan dengan Eropah sejak abad kelapan belas lagi.5. 31 Hal ini 6 Robert O.Aroian dan Richard P.

Namun begitu. Mehmet Ali bersama-sama 300 orang anggota tentera termasuk beliau telah dikirim ke Albania atas permintaan Sultan Daulah 19 . Ekpedisi Perancis ke Mesir merupakan hasil dari perancangan yang sudah lama di pertimbangkan oleh Perancis semasa pemerintahan Louis XIV bagi menghubungkan Laut Merah Dan Laut Tengah supaya dapat meluaskan pengaruhnya dan menyekat kemaraan British. seorang panglima tentera Inggeris dan menghantar pasukannya yang di ketuai oleh Mehmet Ali untuk mengalahkan pihak Perancis di Mesir. masih bebas menentang segala citacitanya. iaitu Britain yang juga beraliran monarki. yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dan pelayaran bagi melemahkan ekonomi Britain.32 Napoleon Bonarparte beranggapan dengan tindakan ini.kerana bagi pemimpin Mamluk dasar ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh Imperialis Barat akan mengukuhkan lagi ekonomi sesebuah Negara. Hal ini kerana jeneral tentera Perancis iaitu Napoleon Bonarparte berasa belum berpuas hati selagi musuh utama Perancis. cita-cita Napoleon Bonarparte telah hancur selepas Sultan Daulah Uthmaniyyah meminta bantuan British yang diketuai oleh Duke of Wollington. Lantaran itu. melalui angkatan perang yang di ketuai oleh Napoleon Bonarparte setelah tercetusnya Revolusi Perancis. Hasil dari perang yang dilancarkan oleh Perancis ini. Nepoleon Bonarpate telah mengambil langkah untuk melanggar dan menakluki Mesir. Namun begitu. konflik tiga segi yang berlaku di dunia Eropah dan krisis kebangkitan Negara Perancis khususnya yang telah berjaya menundukkan sebahagian daripada kerajaan beraja di Britain dalam revolusi yang amat agresif telah memberi kesan kepada wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah terutamanya Mesir. dia akan berjaya menundukkan Britain. telah menyebabkan Mesir mengalami kekalahan dalam pencerobohan tentera Perancis ke atas wilayah Mesir pada tahun 1798 Masihi.

Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman.34 Perperangan ini membuka peluang bagi campurtangan British dalam hal ehwal Daulah Uthmaniyyah kerana menyedari kelemahan yang berlaku dalam pemerintahan Daulah Uthmaniyyah semasa menghadapi serangan Perancis keatas wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah. dan 33 Siti Maryam . Kedatangan gabungan tentera Inggeris dan Uthamaniyyah ke wilayah Mesir yang tidak stabil pada bulan Ogos 1801 telah memberi peluang kepada Mehmat Ali bersama tentera Uthmaniyyah untuk berkuasa di Mesir kerana Mehmet Ali telah datang lebih awal pada tahun 1799 untuk mengambil alih kuasa dan memerintah Mesir.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.Uthmaniyyah untuk mengusir Perancis.Hlm 302. Diantaranya ialah penubuhan Dewan Penasihat di Kaherah iaitu ibu negeri Mesir. Sejarah Peradaban Islam dari Masa Klasik hingga Moden. 34 Lois A. Walaubagaimanapun. Dengan kemenangan ini. Namun begitu. Peristiwa penting ini membolehkan British menjalinkan hubungan dengan pemimpin yang memerintah Mesir dan pada masa yang sama mengadakan hubungan dengan Daulah Uthmaniyyah. hubungan yang dijalinkan oleh Daulah Uthmaniyyah dengan dunia Eropah semakin kabur selepas konflik peperangan dengan Perancis dan masalah dalaman yang melanda Daulah Uthmaniyyah memberi peluang kepada Britain untuk memanipulasikan keadaan ini bagi menjalankan pengaruhnya terutamanya di Mesir. kesan penaklukan Perancis oleh Nepoleon selama tiga tahun di Mesir telah berjaya membawa pengaruh ilmiah yang sangat penting kerana berbagai kaedah Eropah telah berkembang. Hlm 81 20 . Yogyakarta : LESFI . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mehammad Ali telah dilantik sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberi gelaran Pahsa setelah menumbangkan dan menghapuskan saki-baki pihak Mamluk yang merupakan musuh Daulah Uthmaniyyah. melalui perlantikan oleh sultan Salim III pada tahun 1805.(2002).33 Akhirnya Perancis telah berjaya dikalahkan dah diusir keluar oleh Mehmet Ali pada 21 Mac 1801 dengan bantuan British selepas bertapak di Mesir selama tiga tahun. (1991).

Histofical Society of Nigeria.London. telah mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagan-pedagan barat khususnya pedagan dari Perancis dan Britain untuk berdagan di Mesir.A. 21 .kawasan-kawasan luar Bandar. Hal ini 35 B. Mehmat Ali Pahsa juga. mengadakan perkhidmatan percetakan bagi menerbitkan dua buah akhbar. 2. dan peluru untuk keperluan tentera-tentera Perancis. 1977. terutama para elitnya untuk berkerja dan membangunkan negara sendiri. 26.vol.Tarikh. membina sebuah kilang senjata. Hasil kemenangan di pihak Mehmet Ali Pasha. Namun begitu.hlm. 2 . telah memberikan impak yang besar kepada Mehmat Ali Pasha selaku pemerintah Mesir yang di lantik oleh Sultan Daulah Uthmaniyyah setelah berjaya mengusir Nepoleon untuk membuat pemodenan dalam kerajaan Mesir. selain sentiasa menjaga hubungannya dengan Sultan Daulah Uthmaniyyah. dan menggalakkan pengkajian melalui sekumpulan sarjana serta ahli-ahli sains yang didatangkan khas dari Perancis.35 Kesan dari perubahan yang dilakukan oleh Nepoleon sewaktu penaklukannya di Mesir mula menyedarkan rakyat Mesir. telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Mesir secara tidak langsung kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Mehmat Ali Pasha lebih berorientasikan Barat khususnya British. atas kesedaran yang timbul Mehmat Ali mulai cenderung untuk mempelajari selok-belok kebangkitan negara Eropah keatas Daulah Uthmaniyyah telah memyebabkan secara tidak langsung British telah berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah hasil dari pengaruh itu. no.5.. dan arahan-arahan kerajaan.0 Dasar Buka Pintu oleh Mehmat Ali Pahsa Mehmet Ali Pahsa mula menjalinkan hubungan dengan negera Eropah terutamanya Perancis dan Britain walaupun beliau berada dibawah penguasaan Daulah Utmnaiyyah. “Egypt from Muhammad Ali to Ahmad ‘Urabi’ “. longman Group ltd. Mojuetan. Keadaan ini.

Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Mehmat Ali Pasha juga telah memonopoli sumber negara yang produktif. 22 . kesemuanya adalah dibawah arahan beliau. Atas kehendak Mehmat Ali Pasha kemasukan pedagan dari Barat terutamanya pedagan-pedagan British ke Mesir telah mempercepatkan lagi proses penguasaan Imperialisme British di Mesir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. membentuk satu dasar kapitalis negara yang mana beliau sendiri memegang terajunya. Kepesatan pembangunan ekonomi di Mesir telah menjadikan Mesir sebuah kerajaan yang kaya.kerana British ingin memastikan hubungannya dengan tanah jajahannya di India selamat ketika melalui kawasan Timur Tengah. 37 Lois A.36 Pedagan-pedagan Eropah ini telah ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu bagi memudahkan pedagan dari British mereka diberi konsesi untuk menjalankan kegiatan perdagangan di sepanjang Sungai Nil. Timur Tengah dan Hlm 111 Redzuan Othman. Manakala bagi pedagang Perancis pula diberi konsesi di kawasan Terusan Suez. Redzuan Othman.Timur Tengah dan Hlm 84. perindustrian. (1991). Hal ini kerana Mehmat Ali Pahsa ini mewujudkan kerajaan Mesir sebagai sebuah Negara yang kuat di rantau Afrika khususnya Timur Tengah setanding dengan Daulah Uthmaniyyah dan Eropah bagi mencapai matlamatnya menjadi penguasa kelak. Semasa Mesir di bawah pemerintahan Sa‟id telah berlaku kemasukan ahli perniagaan asing dalam tempoh yang singkat melebihi pendidik asing. (1991). dan pertanian. Hasil pemodenan yang telah dilakukan oleh Mehmet Ali Pasha telah melahirkan Negara Mesir yang kuat dah akhirnya telah mencetuskan kebangkitan Mesir untuk bebas dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah. Mehmet Ali Pasha yakin sekiranya pedangan-pedagan barat khususnya Syarikat-syarikat barat datang berdagang di Mesir kemajuan kerajaan Mesir dapat dicapai. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden.Aroian dan Richard P. Keadaan ini telah mencetuskan satu peperangan diantara Mesir dan Daulah Uthmaniyyah setelah 36 Lois A.Aroian dan Richard P.37 Perdagangan. Kecenderungan Mehammah Ali Pasha untuk memodenkan Mesir mengikut acuan Barat tidak disenangi oleh sultan Daulah Uthmaniyyah kerana bimbang akan kehilangan kuasanya di Mesir.

perubahan dasar ini telah membolehkan British 23 . British telah mengambil langkah untuk menukar dasar mereka bagi melindungi kepentingan mereka di perairan Timur Tengah. Semua faktor ini ini telah menimbulkan kebimbangan kepada British terhadap kedudukan dan kekuasaan mereka di Mesir. memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu kemajuan dalam bidang ketenteraan. Oleh hal yang demikian. Secara tidak langsung. Dengan kelemahan pentadbiran dan kemunduran teknologi ketenteraan yang ada pada Daulah Uthmaniyyah. tindakan British menukar dasar tidak campur tangan sebelum ini. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisma. kepada dasar campur tangan adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Daulah Uthmaniyyah di Mesir setelah Daulah Uthmaniyyah berjaya menduduki Sana‟a pada tahun 1872.0 Dasar British di Mesir Selain itu. Peperangan ini tercetus apabila Mehmat Ali Pasha cuba menakluki kawasan Syria yang berada dibawah kekuasaan Daulah Uhmaniyyah semasa aktiviti peluasan kuasa oleh kerajaan Mesir.berlaku satu kebangkitan untuk keluar dari pengaruh Daulah Uthmaniyyah dalam kerajaan Mesir. pendidikan. Selain itu faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya disebabkan oleh kuasa asing yang berminat keatas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. bahkan mengundang kuasa Barat untuk campurtangan dalam urusan negara Islam khususnya di Mesir. Kesan perang ini telah memberi impak yang besar kepada Daulah Uthmaniyyah yang mana terpaksa menerima dan mengiktiraf Mehmat Ali Pahsa sebagai pemerintah di Mesir atas desakan pihak British. 3. pentadbiran dan ekonomi selepas berakhiranya perang Mesir dan Daulah Uthmaniyyah. Dunia Islam khususnya Mesir. Sultan daulah Uthmaniyyah terpaksa meminta bantuan British bagi mengekang kemaraan Mehmat Ali Pasha dalam ekpedisi peluasan kuasanya ke Syria.

pada tahun 1881 Sultan Abdul Hamid telah menubuhkan Majlis Pentadbiran Hutang Rakyat Uthmaniyyah. Isu hutang yang di hadapi oleh Daulah Uthmaniyyah dan hutang 38 Lois A. Jerman. (1991).Aroian dan Richard P. Redzuan Othman. Tuntutan yang meraka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan British di Arabia iaitu ketika krisis tuntutan kawasan teluk Aden yang berakhir buat sementara waktu di meja rundingan di London.38 Keadaan ini telah mengumpulkan ahli-ahli dari Perancis. Menjelang tahun 1875. Timur Tengah dan Hlm 114.40 Keadaan ini menyebabkan satu suruhanjaya antarabagsa mengenai hutang di tubuhkan di Mesir. Ini disebabkan oleh hubungan baik antara Daulah Uthmaniyyah dengan British telah terjalin sejak dulu lagi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun begitu krisis dalaman Daulah Uthmaniayyah masih belum berakhir. Timur Tengah dan Hlm 110. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan wang hinggalah beliau menawarkan penjualan kesemua 44% saham biasa Syarikat Terusan Suez yang di milikinya.39 Benjamin Disraeli membeli saham itu bagi pihak British. (1991). 40 Ibid. Hal ini telah memberi peluang ke British untuk menguasai Daulah Uthmaniyyah kerana mempunyai hubungan pemodalan yang banyak di Mesir.berhadapan dengan Daulah Uthmaniyyah dan membuat tuntutan keatas wilayah-wilayah di Arabia. 39 Lois A. Bank Uthmaniyyah yang dikuasai oleh orang Eropah dan pemegang bond Uthmaniyyah juga menjadi ahli-ahli majlis itu. Masalah dalaman yang turut melanda Mesir menambahkan lagi tekanan kepada Daualah Uthmaniyyah yang mana sebelum ini memperolehi sumber kewangan yang banyak daripada Mesir. Hlm 115 Redzuan Othman. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Austria. Itali.Aroian dan Richard P. Bagai melangsaikan hutang-hutang Uthmaniyyah. Penjualan saham itu menyebabkan Ismail kehilangan sahamnya dan hanya mampu meraih 15% keuntungan tahuanan sahaja dari Syarikat Terusan Suez. majlis akan mempunyai kuasa keatas jumlah pendapatan tahunan negara yang dipilih. 24 . Pada tahun 1879 Kedif mengakui bahawa beliau tidak lagi mampu membayar gaji pegawainya. England. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. dan Belanda mewakili setiap negara sebagai pemegan “bond”.

Kesinambungan perjuangan Ismail di teruskan oleh pengantinya Tawfiq. Sekitar dua pertiga daripada pendapatan Mesir telah digunakan bagi pembayaran hutang dan keadaan ini telah memberi tekanan kepada sumber Mesir di bawah pentadbiran baru.41 Undang-undang Penyelesaian 1880 telah menjadikan Mesir tidak mendapat sebarang keuntungan daripada Terusan Suez selama 56 tahun berikutnya. semasa Mesir di bawah pemerintahan Ismail proses perkembangan yang pesat telah berlaku dengan cepat dan menyentuh hampit segenap kehidupan rakyat Mesir. Hlm 115 25 . Kabinet ini termasuklah seorang Perancis sebagai Menteri Kerja Raya dan seorang Inggeris sebagai Menteri Kewangan. melaluai sistem dwikawalan yang turut melibatkan Perancis dangan prinsip bahasanya penghutang hendaklah berkorban bagi pihak mereka yang telah memberi hutang. Namun 41 Ibid. Dasar Tawfiq yang lebih berwaspada dengan British akhirnya telah membangkitkan penentangan dikalangan pemerintah Mesir dan telah mencutuskan pemberontakan Urabi bagi menentang British. Keadaan ini telah disedari oleh Sultan Abdul Hamid II dan beliau telah menghantar wakilnya sendiri untuk berunding dengan kedua-dua belah pihak.Mesir dengan Kuasa Eropah ini telah memulakan campur tangan British khususnya. Tawfiq dan golongan nasionalis bagi mengelakkan campurtangan kuasa Eropah. Dengan bermotifkan persoalan kewangan Britain dan Perancis memutuskan untuk menghantar satu armada bersama ke Iskandariah. Walaubagaimanapun. Keadaan ini telah memaksa Ismail menubuhkan kabinet baru yang membezakan pendapatan peribadinya dan pendapatan negara Mesir. Hal ini telah membolehkan kuasa British memonopoli sumber ekonomi dan seterusnya mempengaruhi sistem pentadbiran di Mesir dan memberi kesan negetif kepada Daulah Uthmaniyyah. Jelaslah bahawa kemajuan yang cuba dicapai oleh Mesir mengikut acuan barat akhirnya menyebabkan Mesir terpaksa menanggung hutang akibat kesilapan dalam mengatur strategi perdagangannya.

British. Pengaruh ini dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Hal ini telah menyebabkan British membedil pelabuhan Iskandariah dah menyebabkan kebakaran keatas pelabuhan itu. idea nasionalisme yang menyemai perasaan kebanggaan kepada kaum dan mula mengenepikan soal-soal keagamaan. terutamanya di kalangan Arab Kristian dan Syria. satu perubahan penting telah berlaku di Timur Tengah Empayar Turki Uthmaniyyah. Ini disebabkan seiring dengan perkembangan tersebut. Kesan peristiwa membolehkan hasrat penjajah British menempatkan tenteranya kekel di Mesir sehingga tahun 1956. khususnya British dan Perancis meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di Timur Tengah melalui kemajuan mereka dalam pelbagai bidang seperti ekonomi. (MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN D20112052063) Pada abad ke-19. keadilan dan semangat 26 . Kesan British kepada Uthmaniyyah. ketenteraan dan ekonomi kepada Empayar Uthmaniyyah dan lain-lain kerajaan Islam yang kecil. Perkembangan tersebut menimbulkan ancaman dari segi politik.tindakan Sultan Daulah Uthmaniyyah ini gagal menemui jalan penyelesaian dah telah menyebabkan Urabi mengambil jalan untuk berkubu di Iskandariah bagi melindungi pelabuhanya. Yunani dan Rusia. Idea-idea dan pengaruh nasionalisme dari Barat kemudiannya tersebar dengan meluas dan meresapi pemikiran bangsa Arab. sebuah empayar Islam yang besar ketika itu mengalami zaman kemerosotan. Kekuasan Daulah Uthmaniyyah di Mesir semakin merosot akibat campurtangan kuasa Barat khususnya British telah menyebabkan Daulah Uthmaniyyah kehilangan sepenuhnya penguasaan di Mesir menjelang abad ke 20. idea-idea baru dari Barat mula tersebar. Antaranya. sains dan teknologi. Banyak negara di bawah kekuasaannya telah ditakluki oleh kuasa-kuasa Barat seperti Perancis. Ini diikuti dengan seruan-seruan betapa pentingnya perpaduan. Keadaan itu juga memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat.

Seperti yang diketahui. negara Mesir merupakan antara negara di Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak. (2009). Walau bagaimanapun. Encyclopedia of The Ottoman Empire. dasar tidak campur tangan yang ditandatangani antara kedua-dua pihak ini tidak kekal lama apabila British bertindak menukar dasar tersebut kepada dasar perlindungan iaitu Protectorate Treaties. Bruce Alan Masters. ekonomi dan sosial dari segi agama. Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah telah meninggalkan kesan kepada rakyat Turki yang sebahagian besarnya beragama Islam. Sebenarnya perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani dengan para qabilah Arab ini telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan sejak tahun 42 Gabor Agoston. 1970:263). Pada awalnya. Gerakan yang dikenali sebagai Fahaman Jamiah Islam menyeru orang Islam di seluruh dunia bersatu padu menentang ancaman imperialis Barat. (Hourani. Hlm 8.42 Pada asalnya. Perkembangan tersebut mendorong kemunculan satu gerakan pembaharuan yang kuat pada akhir abad ke-19. dasar British di Mesir sekitar perang dunia pertama didasarkan oleh „national interest‟ iaitu dari aspek politik. Gerakan ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Turki ketika itu. Mesej yang ingin disampaikan ialah ketaatan kini harus ditumpukan kepada negara dan bukan lagi kepada agama. 27 . Ada antara mereka percaya bahawa kemerosotan Empayar Uthmaniyyah disebabkan sikap umat Islam di negara itu yang tidak mengambil berat soal-soal agama. Gerakan ini bertujuan memulihkan kepentingan agama Islam di Turki dengan mengembalikan semula zaman kegemilangan dunia Islam. iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).cintakan tanah air yang disebarkan melalui akhbar-akhbar. Dasar ini lebih kepada dasar persahabatan antara kedua-dua pihak. Infobase Publishing. Kekayaan dari segi ekonomi ini jugalah telah menarik minat British untuk meluaskan kuasa di Tanah Mesir. British menjalankan dasar tidak campur tangan di Mesir.

Selain daripada itu. perubahan dasar yang dilakukan oleh British ini telah membawa British untuk berhadapan dengan Empayar Uthmaniyyah yang pada yang sama. (1991). Hlm 4. Hlm 129. Empayar Uthmaniyyah telah 43 C. Hasil daripada perkembangan imperialisme British telah menggugat kedudukan Daulat Uthmaniyyah di negara bawah naungannya.44 Ini disebabkan hubungan baik antara Turki dan Istanbul telah terjalin sejak sekian lama. A Collection of Treaties: Engagement and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries. Sehinggalah Perang Dunia Pertama meletus. Tuntutan yang mereka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan mereka di Mesir. dasar British di Mesir adalah dasar berkecuali iaitu sejak tahun 1906 lagi. Suruhanjaya Turki-British berhasil menyelesaikan hal yang timbul tentang sempadan. krisis tuntutan dan kes Aden ini dapat diselesaikan buat sementara waktu di meja rundingan di London. Selangor : Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Walau bagaimanapun. Secara tidak langsung. Setelah British menguasai Tanah Arab para pemimpin tempatan memberontak dan tidak menerima sepenuhnya kemunculan semula Empayar Uthmaniyyah. Perubahan dasar ini juga boleh dikatakan sebagai dasar penguasaan secara langsung tehadap Mesir. (1993). 28 . Terdapat beberapa pemimpin tempatan yang Empayar Uthmaniyyah ingin tundukkan iaitu Imam Syiah Zaydiyah dan Sayyid Idrisi. mereka mempunyai tuntutan terhadap wilayah-wilayah di Mesir.43 Tindakan British menukar dasar tersebut adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Empayar Uthmaniyyah di Mesir setelah Empayar Uthmaniyyah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872. Calcutta : Government of India Central Publication Branch. Atchison. Kemelut Dunia Islam Moden 1 : sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. British telah mengambil langkah dengan menukar dasar mereka untuk melindungi kepentingan mereka. Sekitar tahun 1911. faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya juga adalah disebabkan oleh kuasa asing yang berminat ke atas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869.U. Untuk sementara waktu.1880-an lagi. 44 Abdul Rauh Yaacob.

British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Arabia namun dasar ini telah berubah apabila pegawai British di Mesir. Kedua-dua pihak ini saling berutus surat mengenai hal tersebut. pada September 1914.menandatangani satu perjanjian dengan Imam Syiah Zaydiah iaitu Perjanjian Da‟an. Hlm. 5 Karen Amstrong. (2003). Ronald Stoor juga berjaya memujuk Sharif Hussein untuk berpihak kepada British namun dengan syarat British melantik beliau sebagai Raja Arab di kawasan yang dimintanya. Hlm 160. Pelbagai reaksi muncul dan Lord Kitchener yang ketika itu memegang jawatan Menteri Perang telah membuka semula perjanjian dengan Sharif Hussein. Perang Suci: dari Perang Salib hingga Perang Teluk. Sharif Hussein telah melancarkan gerakan pemberontakan 45 46 Ibid.46 Kawasan taklukan Uthmaniyyah telah tergugat disebabkan oleh gerakan pemberontakan Sharif Hussein. British akan memberikan kemerdekaan kepada orang Arab sebagai balasan kepada mereka yang membantu British menentang Uthmaniyyah. Lord Kitchener telah membantu Sharif Hussein untuk melepaskan diri dan seterusnya membantu menundukkan Uthmaniyyah. keadaan berbeza dengan Sayyid Idrisi apabila Uthmaniyyah gagal membuat perjanjian dengan beliau. Akhirnya. Perhubungan surat menyurat ini dikenali sebagai Surat Menyurat Husayn-MacMahon di mana perjanjian ini. India dan Istanbul mendapat khabar dan mengesahkan bahawa Uthmaniyyah akan menyertai perang dengan menyokong Jerman.45 Walaupun begitu. Perbincangan berkaitan dengan pembentukan negara Arab seperti yang diminta Syarif Hussein mengambil masa yang panjang. Mr. 29 . Sebelum ini. Jakarta : Penerbit Serambi. kuasa Imam Syiah Zaydiyah diiktiraf oleh Empayar Uthmaniyyah seterusnya menamatkan sengketa dan permusuhan yang wujud antara kedua-dua pihak. Empayar Uthmaniyyah telah tergugat akibat daripada pihak lain yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya dan berniat untuk menjatuhkannya. Melalui perjanjian ini.

Mitchel. British turut melakukan hal sedemikian bagi mengelakkan penguasaan kuasa Barat yang lain. 48 Ibid. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. British menunjukkan minat mereka untuk campur tangan dalam pentadbiran Uthmaniyyah. Hlm 171. Perubahan dasar yang dibuat oleh British bertujuan untuk menguasai kawasan Arabia agar ia tidak jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah. British dan Perancis telah mengadakan perjanjian sulit yang dikenali sebagai Sykes-Picot Agreements untuk membahagikan kawasan Uthmaniyyah. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Sharif Hussein telah mendapat persetujuan perwakilan AlAhd dan Al-Fatat di Syria berkaitan dengan hal tersebut dan melantik beliau menjadi wakil iaitu Raja Arab. (1991). namun mereka sebenarnya belum bersedia lagi untuk memenuhi permintaan para pemimpin yang diajukan kepada mereka. 30 . Walaupun pihak British membuat perjanjian dengan menjanjikan pelbagai perkara kepada pemimpin Arab. Hlm 169. British telah mempergunakan orang Arab dan orang Arab telah tertipu dengan perjanjian yang dibuat antara orang Arab dengan British. Bukan itu sahaja.48 British hanya mengadakan perjanjian dengan pemimpin Arab bertujuan untuk melindungi kepentingan mereka di kawasan Aden. Pelbagai cara telah dilakukan British untuk mendapat sokongan orang Arab terutama sekali pemimpin Arab dan seterusnya membantu mereka dalam menghadapi Uthmaniyyah. Dalam masa yang sama juga. Ini dapat dilihat daripada perjanjian yang dilakukan British dengan kuasa Barat lain seperti Perancis dan Russia.sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha British dalam memerangi Uthmaniyyah pada tahun 1916. Dunia Islam 47 Lois A. Aroian & Richard P. Semua perjanjian yang dibuat British hanyalah gimik dan taktik British dalam menaungi hati pemimpin Arab.47 Pada tahun 1915. Tambahan pula negara Islam sendiri mulai cenderung untuk mempelajari selok belok kebangkitan negara Eropah dan kejayaan mereka. pemimpin dunia umat Islam.

31 . (1908). Cromer mempunyai niat untuk memansuhkan penyalahangunaan kuasa oleh tuan-tuan tanah di luar bandar dan untuk memperbaiki keadaan hidup ramai petani di Mesir.memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu bidang ketenteraan. Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Pinjaman bank asing digunakan secara berleluasa dalam mengendalikan projek prasarana termasuk pembinaan Terusan Suez. pentadbiran dan perundingan dasar luar Mesir. import melalui laut dan juga ke atas cukai tanah baru dan kecekapan mengutip hasil menyumbang kepada peningkatan keuntungan. Modern Egypt. Ia memberi kuasa kepada British untuk mengawal aspek kesihatan. Beliau mengambil contoh pemansuhan perbuatan merotan dan buruh kerahan sebagai dua kejayaannya yang paling bermakna. Hlm 250. Cukai ke atas tembakau. Pembabitan dalam sistem kapitalis membawa golongan pemodal Barat menguasai ekonomi Mesir. pendidikan. London : Macmillan. Apabila faedah gagal dibayar oleh kerajaan Mesir. bukan sahaja terpaksa diisytiharkan bankrap bahkan British mengambil peluang ini untuk menjajah Mesir demi menjaga kepentingan golongan kapitalis Barat dan saham British dalam Terusan Suez. pentadbiran dan ekonomi. Pengalaman Mesir jelas membuktikannya. Rampasan kuasa oleh Cromer British telah mengawal dan menguasai dari pelbagai aspek seperti menyeliakan ketenteraan. komunikasi dan percukaian. pendidikan. bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan dalam urusan negara Islam. pertanian. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisme. Vol II.49 49 Evelyn Baring. landasan kereta api.

Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan British. penanaman kapas diperluaskan untuk mengeluarkan lebih banyak bahan mentah tersebut untuk kilang Inggeris dan membawa wang tunai ke Mesir. Kesan Ekonomi Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar British.Di bawah Cromer. Gender and The Making Of Modern Medicine In Colonial Egypt . Hlm 55. Tambahan pula landasan itu tidak menghubungkan negara Mesir dengan negara lain. Perdagangan persinggahan melalui darat yang merintangi Sudan ke Mesir dipesongkan dari Iskandariah ke Pelabuhan Sudan yang 50 Hibba Abugideiri. Di samping empangan. Dasar-dasar British menggalakkan pembahagian hak milik ladang-ladang yang besar. Penyiapan Empangan Aswan (1902) membolehkan lebih banyak tanah digunakan untuk pertanian dengan sistem pengairan sepanjang tahun. Ltd. Farnham : Ashgate Publishing. Cromer menguruskan kewangan Mesir dengan cekap sehingga berupaya mengurangkan hutang negara. 32 . Tuan-tuan tanah terus mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani.50 Perkhidmatan kesihatan menjadi semakin baik dan jumlah penduduk bertambah. Landasan kereta api dipanjangkan dua kali ganda pada masa zaman penjajahan. Seperti yang dihasratkan oleh British. (2010). Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. malah menghasilkan lebihan pendapatan. Sejarawan menganggapnya sebagai salah satu kejayaan penjajah. Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas. tetapi ia tidak semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir. British juga membina penampan air sungai dan keperluan-keperluan awam lain. Tanah yang subur daripada beberapa ladang besar yang dibahagikan diberikan kepada golongan atasan dan bukan kepada petani yang miskin.

Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis (sebuah negara yang menyokong nasionalis Mesir sehingga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904). Dasar-dasar British menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapatkan bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di British. (1997). rancangan seperti ini hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan yang diharapkan. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang Islam yang miskin bagi 51 Don Peretz. Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar AlIfta. United States : Greenwood Publishing Group. Pengabaian pendidikan oleh British menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan. Pengabaian Pendidikan Pada masa pendudukan British di Mesir.baru dibina. dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk menghalang rancangan pendidikan yang dimulakan oleh Isma‟il. The Middle East Today: Sixth Edition. British lebih suka memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan kebangsaan seperti apa yang berlaku di India. New York : Brill. 33 . 52 Jakob Skovgaard-Petersen. Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan swasta.51 Ini mengancam pedagang Mesir.52 Segelintir guru yang terlatih dihantar ke England dengan andaian bahawa mereka akan pulang ke tanah air sebagai penyanjung tamadun British. Hlm 217. Hlm 39. (1994). Walaubagaimanapun.

Pada 1841. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Rusia dan British bersepakat untuk memperbolehkan Muhammad Ali mendirikan regim turun-temurun di Mesir.53 Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi. Hlm 137. 2009. 1991. Pada abad ke 19.memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi. perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin. Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar jika bernasib baik atau mungkin mendapat jaminan untuk meningkatkan taraf hidup selepas menamatkan pendidikan dari Darul Ulum. KHAIRIN BIN SHAREP (D20112052048) KABURNYA KUASA UTHMANIYAH TERHADAP MESIR Kes Terusan Suez Tahun-tahun berikutnya apabila Muhammad Ali melaksanakan pelbagai pembaharuan di Mesir serta meluaskan kuasanya di daerah Levant iaitu di pesisir pantai Syria dan Lubnan. 34 . kerjasama Eropah bersetuju dari segi ideologi utk mengekalkan kuasa elit sah (legitimist elit) pada peringkat dalam negeri disamping bersetuju berhubung keperluan untuk keamanan dan kestabilan antarabangsa. Hlm 107. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.54 Mereka melemahkan pengaruh Muhammad Ali di Mesir dalam pemberontakannya terhadap Empayar Uthmaniyah pada 53 Mohammad Redzuan Othman. penduduk pribumi dan orang Islam di luar bandar. British mula menekan Sultan Turki Uthmaniyah agar tentera Muhammad Ali pulang ke Mesir dan mengembalikan Syria kepada Sultan pada tahun 1840. Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa pada Abad Mendatang . tetapi Cromer membiarkan Darul Ulum terus tidak berkembang kerana hanya terdapat sedikit sahaja sekolah kebangsaan yang boleh diajar oleh para siswazahnya. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. 54 Richard Rosecrance.

W. Bermula pada lewat 1840 an. Inggeris dan Rusia saling berebut pengaruh. Ferdinand de Lesseps (jurutera Perancis) dan 55 M. 56 Dr. Hingga tahun 1878. perusahaan kapitalis Eropah semakin rancak ditubuhkan dengan perkembangan kapasiti dan lingkungan pengaruhnya.55 Minat British terhadap Mesir mula meluap lanjutan pencarian bahan mentah dan pasaran baru di Mediterrenean khususnya di Mesir bagi menampung keperluan kapasiti industri British yang semakin bertambah. Benjamin Disraeli yang merupakan Perdana Menteri Britain ketika itu telah membeli saham dalam terusan Suez demi memelihara peranannya menguasai jalan perdagangan utama dunia. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 115. kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar iaitu 32 Juta Pound Sterling. Sehubungan dengan itu.tahun 1839 hingga 1841. Perolehan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh belum cukup untuk membayar balik hutang-piutang kerajaan Mesir terhadap bank-bank milik Eropah. Syafiq A Mughni. 1998. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Hal ini mendorong British mula mainkan peranannya di Mesir dengan melibatkan diri dalam masalah pentadbiran yang dihadapi Ismail Pasha iaitu penguasa keturunan Muhammad Ali.56 Rusia bercita-cita untuk menakluk wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah yang terdapat di semenanjung Balkan serta berkeinginan untuk mewujudkan kawalan terhadap Mediterranean. Ismail Pasha bergelut dengan krisis hutang yang melambung apabila dia berusaha untuk membuat pembaharuan dan pemodenan di Mesir menerusi projek-projek mega seperti pembinaan landasan keretapi dan membeli kilang memproses gula. Menurut Robert Hunter dalam Egypt Under The Khedives. The Cambridge History Of Egypt. Ismail memutuskan untuk menjual sahamnya dalam Terusan Suez. Ciputat: Logos Wacana Ilmu. Volume 2.Daly. Pamulang Timur. ditambah penggantinya yang lemah Abbas Hilmi I dan Muhammad Said. pada 11 Jun 1873. Hlm 181. 1997. 35 .

Hutang terbesar kerajaan Mesir adalah pada Fruhling & 57 M. (1998). secara rasminya pada tahun 1860 ia berfungsi bebas sepenuhnya. (2007). United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Ismail Pasha membuat penangguhan bayaran pinjaman dan mengumumkan Mesir telah bankrap.Daly. namun campur tangan British dalam pentadbiran Mesir memunahkan harapan itu. Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire : A Comparative Study. melarang penggunaan buruh paksa di terusan. 36 . Kerajaan Turki beranggapan pembinaan Terusan Suez ini akan memanfaatkan Daulah Uthmaniyah dari segi perkongsian dalam bidang ekonomi. Kerajaan Turki telah menghantar nota.Perancis membina Terusan Suez berdasrkan objektif British yang mana kawalan trafiknya adalah 80% dibawah kelolaan British. Tidak cukup dengan itu. The Cambridge History Of Egypt. apabila British menjadi pemegang saham tunggal terbesar Terusan Suez. Kes Kebankrapan Ismail Detik kebankrapan Mesir bermula sejurus British menguasai saham terbesar Suez. 58 Stefan Illich. Hlm 90.57 Apakah tindakan Kerajaan Turki di Istanbul terhadap situasi ini? Sungguhpun Mesir masih lagi dianggap sebagai wilayah dalam Uthmaniyah.W. Volume 2. Hlm 219. sebuah perjanjian ditandatangani oleh negara besar Eropah dan Daulah Uthmaniyah. Tekanan yang begitu hebat ini tidak memungkinkan Kerajaan Turki Uthmaniyah membantu Mesir malah terpaksa akur tindakan pihak British yang menyuruh status international diakui pada tahun 1888 oleh Konvension Konstantinople.58 Pada 30 Januari. di mana ia dibuat pengesahan konsesi tertakluk kepada pengharaman penggunaan buruh paksa di terusan dan menuntut pulangan tanah beri hakmilik bagi manfaat syarikat. 1863. Ismail Pasha mengeluarkan firman. masalah lain juga timbul ke atas Daulah Uthmaniyah apabila berlaku krisis pemberontakan di Bosnia Herzegovina 1876 menentang kekuasaan Turki Uthmaniyah di sana dan tuntutan kemerdekaan oleh masyarakat Balkan. Pada 8 April 1875.

59 Suruhanjaya tersebut dijawat oleh dua pengawal kewangan (Dual Control) yang terdiri dari orang British dan Perancis dalam kerajaan. Hlm 9. Pada masa sama. 37 . Penerimaaan Public Debt Commision oleh Ismail adalah disebabkan kegagalannya mengurus kewangan Mesir dengan baik.Goshen milik British. rupa-rupanya matlamat sebenar mereka adalah untuk memanjangkan kuasa imperialisnya dalam bank tersebut seperti yang dinyatakan oleh Niles Stefan Illich (2007). and Architectural Preservation in Nineteenth-Century Egypt. Lantaran itu kuasa Eropah menubuhkan Ottoman Public Debt Administration kononnya bagi menguruskan bebanan hutang yang dibuat kerajaan Daulah Uthmaniyah. Pada 1876 masalah bankrup telah memaksa Kedif Ismail menerima caisse de la dette publique (public debt commision). Suruhanjaya ini berperanan mengendalikan hutang-hutang Mesir yang dibuat oleh Ismail khususnya terhadap bank-bank Eropah. manakala Kerajaan Daulah Uthmaniyah di Istanbul turut menerima kesan dengan tertubuhnya Ottomen 59 Paula Sanders. Bantahan tersebut menyebabkan Sultan terpaksa membuat penyemakan hubungan antara Daulah Uthmaniyah dengan bank itu. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula bergelut dengan hutang dalam Imperial Ottomen Bank kepunyaan Sultan Uthmaniyah dan Eropah. Cairo: The American University in Cairo. Creating Medieval Cairo: Empire. sebaliknya terus mengembangkan matlamat imperialis kewangan mereka selepas Sultan gagal menjelaskan hutang dalam Imperialis Ottomen Bank pada tahun 1875. Religion. Justeru British mengambil peluang melalui penubuhan badan tersebut sebagai satu cara untuk membolot ekonomi Mesir. Pegawai tertinggi kerajaaan Uthmaniyah sebelum itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan kerana pelaburan yang dibuat oleh sebuah bank Eropah ke dalam Imperial Ottomen Bank telah menjadikan mereka (pihak Eropah) berkuasa mengawal semua pendapatan Daulah Uthmaniyah. (2008). Eropah pula tidak melayani tuntutan Sultan yang mahu pengaruh bank luar dikurangkan.

taktik itu adalah salah satu cara untuk memerangkap Daulah Uthmaniyah dibawah pimpinannya untuk terus jatuh dengan mempergunakan Mesir sebagai subjek mereka. Cromer menyatakan ia adalah satu contoh baik dalam political imperialisme. Ismail Pasha hilang kawalan ke atas hartanah keluarga dan kabinetnya sendiri kerana Bogos Nubar menubuhkan kabinet Eropah dengan menempatkan orang Inggeris di bahagian kewangan dan Perancis dalam pentadbiran awam. kita memang tidak 60 http://historyofislam. 61 M. sekiranya Sultan menerima tawaran tersebut tidak mustahil bagi kuasa Eropah mencengkam pentadbiran kerajaan Turki di Istanbul sekaligus mengawal wilayah Daulah Uthmaniyah. Dual Control di Mesir turut berjaya mendesak Sultan Uthmaniyah memecat Ismail kerana beliau cuba melawan arahan mereka. The Cambridge History Of Egypt. Dalam satu akaunnya mengenai persoalan Why Britain Acquired Egypt in 1882. (1998). Produk British Selepas pengumuman Mesir muflis. adalah mustahil untuk Kerajaan Sultan di Istanbul menawarkan bantuan kepada Ismail kerana Sultan sendiri menghadapi masalah hutang dengan kuasa Eropah.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012. Hlm 219. England dan Perancis cuba untuk memanfaatkan pengaruh mereka ke atas Mesir untuk mencekik Empayar Uthmaniyah. Kabinet Eropah. Volume 2. Jadi.60 Mereka merancang untuk menawarkan pinjaman bagi mengurangkan bebanan hutang Mesir menerusi Persidangan Antarabangsa yang diadakan di Istanbul dengan syarat Sultan Uthmaniyah sanggup untuk menanggung kesemua liabiliti terhadap tawaran tersebut.Public Debt Administration.Daly. Tindakan Sultan ini harus dipuji. 38 . Sultan Abdul Hamid (1876-1908) menolak tawaran tersebut kerana menurutnya.W. United Kingdom: Cambridge Universiity Press.61 Sir Evelyn Baring (lebih dikenali sebagai Lord Cromer) merupakan seorang pegawai British yang memulakan dominasi pentadbiran secara langsung di Mesir sebagai consul jeneral.

Hlm 133. Kekalahan dan perbelanjaan peperangan yang besar menyebabkan Kerajaan Turki Uthmaniyah meminta Inggeris berundur dari Mesir menerusi perjanjian. namun Cromer dan penggantinya bertindak seolah-olah merekalah yang berkuasa. Ciputat. Cromer menyekat penyalahgunaan kuasa oleh tuan tanah diluar bandar dengan cara memansuhkan perbuatan merotan dan kerahan buruh bagi memperbaiki kehidupan petani. tetapi jika kita tidak mengambilnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur. (1991). orang lain akan mengambilnya dan seluruh saki baki kuasa dalam kawasan tersebut akan dipunahkan. Terputusnya pemberian dana dan penglibatan British dalam kabinet Mesir menyebabkan kerajaan Turki terpaksa memberi kemerdekaan kepada bangsa Bulgaria. Hlm 76. Perjanjian itu 62 Dr. Kuasa kerajaan Turki untuk mempertahankan empayarnya kian lemah apabila kuasa Eropah tidak henti-henti menceroboh Daulah Uthmaniyah yang lain seperti Mesir. 63 Mohamad Redzuan Othman. dan Montenegro melalui perjanjian San Stefano yang dibuat bersama Rusia pada tahun 1877. Syafiq A Mughni. British turut menghantar tentera Mesir ke Sudan dibawah arahan pegawai Inggeris William Hicks untuk menakluk wilayah itu kerana melakukan penindasan ke atas Turki-Mesir serentak dengan kemerosotan Mesir di akhir pemerintahan Ismail Pasha.63 Dalam bidang pertanian. Sebelum Mesir dikuasai British. Rumania. (1997). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. 39 .mahu tempat yang teruk.62 Tindakan tersebut membolehkan kerajaan Turki Istanbul mengumpul dana dalam pembendaharaan bagi membantu wilayah Daulah Uthmaniyah lain yang memerlukan peruntukan pembangunan. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. kerajaan Turki Uthmaniyah memperkuat Mesir dengan tentera Janissari dan menempatkan komanden tentera dan gabenor disana untuk mensentralisasikan kekuasaan. Serbia. Penguasaan British dalam pentadbiran Mesir sememangnya merugikan Daulah Uthmaniyah.Walaupun Kedif/khedwi (gelaran gabenor Turki di Mesir) tetap merupakan pemerintah rasmi Mesir.

(1991). (1998). Hlm 134. Walaupun British masih lagi diberi ruang waktu menduduki Mesir. 40 .Daly (1998) ia disebut pemberontakan atau revolusi kerana melibatkan orang awam dalam pergerakan yang meluas. Menurut M. Taufik Pasha sendiri berada dalam bahaya. 64 British mengiktiraf kedaulatan Uthmaniyah ke atas Mesir dan perlu membayar ufti kepada Sultan selepas perjanjian sementara Oktober 1885 ditandatangani. Nasionalis Mesir dan pejuang islam menyalahkan Britain untuk kemiskinan dan kekurangan pembangunan negara. ketuanan Uthmaniyah keatas daulahnya itu tetap perlu diakui British melalui perluasan pengaruh oleh Uthmaniyah ke atas Mesir dan masyarakatnya terutama dalam kalangan orang Turki-Circassia dan penduduk elit tempatan yang sering pergi ke Istanbul. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. 65 M. Antara Februari dan September 1881. Urabi dan pejuang kebangsaan yang lain cuba untuk merombak entiti kewangan Anglo-French dan penguasaan politik yang dimonopoli Turki-Circassia ke atas kepegawaian tertinggi ketenteraan serta autoriti Kedif Taufik. Mereka beranggapan pemerintah kedif gagal menyelesaikan masalah dalaman Mesir apabila melibatkan British secara langsung soal pentadbiran.dirundingi oleh oleh Sir Henry Drummond dan Sultan Abdul Hamid II. Nasionalis membawa rusuhan di Alexandria dan pelabuhan bandarbandar lain.W. Slogan Mesir untuk Mesir menjadi tunjang kepada perjalanan Pemberontakan Urabi. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Lindungan British (British Protectorate) 1882. The Cambridge History Of Egypt. malah orang Eropah yang tinggal di 64 Mohamad Redzua Othman. Membangkitkan Arab Tahun 1880-an merupakan episod rancak berlaku dalam masyarakat Mesir apabila British Protectorate telah ditubuhkan. Volume 2.65. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Ini bukan sahaja mengancam Taufik Pasha. Hlm 225. Urabi dengan cepat muncul daripada seorang kolonel kepada ahli politik kebangsaan.Daly.W. Pada masa sama.

satu pergerakan yang bertujuan untuk menyatukan semula dunia Islam dibawah dibawah seorang khalifah. Namun kekurangan ditonjolkan oleh para kedif terutamanya yang tidak bersedia memegang tampuk pemerintahan seperti Kedif Taufik dan bebanan masalah tinggalan kedif sebelumnya memburukkan lagi keadaan.sana.html . Tentera British mendarat dan membedil bandar-bandar besar di pelabuhan sekaligus mengalahkan serangan pemberontakan Urabi yang akhirnya mengisytiharkan Mesir sebagai wilayah lindungan British pada tahun 1882.W. Britain dan Perancis menghantar kapal perang bagi menyekat Alexandria. 41 .com/country/other/egypt/ceh-prot. dan pengurangan kuasa Kedif sebagai boneka. 66 http://histclo. (1998). Hal ini menimbulkan satu tempias positif kepada Sultan Abdul Hamid II bagi menambahkan kekuasaan serta mengekalkan Daulah Uthmaniyah. Diperoleh pada 27 Oktober 2012. Pengembaraanya ke Istanbul dan menyuarakan pandangan mengenai pan-islam telah menarik minat pemerintah Turki. mereka memang mendambakan bumi mereka aman walaupun dipayung Khalifah Uthmaniyah sebagai satu waris Empayar Islam yang agung.Daly. Tetapi pemberontakan tersebut gagal dengan pendudukan British. United Kingdom: Cambridge Universiity Press Hlm 217. 67 M. Satu faktor di sini adalah disebabkan hubungan diplomatik antara Sultan di Constantinople dan kuasa Eropah yang lain. The Cambridge History Of Egypt. Sultan Abdul Hamid II menjadi simbol rasmi pan-Islamisme.67 Jauh disudut hati Kedif Mesir. Pertumbuhan kuasa British di Mesir adalah satu hal yang rumit.66 Lantaran itu beberapa kumpulan membuat keputusan bercerai daripada gabungan revolusioner.68 Afghani menghabiskan 8 tahun berdakwah dan mengajar di Mesir menyebarkan idea-idea beliau dan pan-Islamisme dengan meluas sekali. Kemunculan pemikir Islam Mesir seperti Sayyid Jamaludin Al-Afghani yang memperjuangkan kebebasan bangsa dari pengaruh barat seperti British membawa kesan besar terhadap Daulah Uthmaniyah. Kolonel Ahmad Urabi memberi namanya untuk sebuah pemberontakan yang mencabar dinasti Muhammad Ali dan Kuasa Eropah. Volume 2.

Konsep Khalifah yang dijulang Sultan Turki mendapat tempat dalam hati masyarakat Islam dibawah empayarnya. 42 . Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Hlm 124. (1991). Menerusi usaha Sultan Abdul Hamid II membina landasan kereta api di Hijaz menimbulkan reaksi baik masyarakat Islam khususnya dalam Daulah Uthmaniyah sendiri kerana memudahkan perjalanan para jemaah haji kerana ke tanah haram M 68 Mohamad Redzua Othman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

43 .

Demi menjaga kepentingannya British telah campurtangan dalam pentadbiran Mesir. Abdul Rahman al-Kawakibi (18491903) adalah perintis nasionalisme Arab kerana beliau menggalakkan pemulihan semula sistem khalifah Arab yang bertentangan sistem khalifah orang Turki Uthmaniyah. 69Tetapi beliau merungsingkan Sultan Abdul Samad II kerana dia mengagungkan bangsa Arab daripada Turki meyebabkannya melindung diri ke Mesir. Keadaan Mesir yang pada ketika itu dipenuhi dengan cambahan idea perjuangan Islam oleh para ulama bermula dengan Jamaludin Al-Afghani. British juga terlibat secara langsung dalam kemerdekaan Mesir iaitu dengan menetapkan beberapa syarat.ekonomi dan sosial. Pada ambang kedatangan British secara umumnya Mesir dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak stabil serta berlaku kemerosotan dalam aspek politik. Daulah Uthmaniyyah telah kehilangan banyak tempat yang penting dan 69 Ibid 131. membuka mata masyarakat Daulah Uthmaniyah untuk sama-sama bangkit menentang kuasa luar seperti British daripada terus menyebarluaskan ideologi dan dakyah sekular barat yang menjadi isu hangat dalam kalangan ulama pelbagai mazhab. 44 . Dikalangan penulis Islam pula. Hal ini menunjukkan kuasa imperialisme British keatas Mesir seperti kuasa-kuasa Eropah yang lain. Hal ini bagi memastikan kuasa kolonial barat lain seperti Rusia dan Perancis tidak dapat menguasai Mesir. KESIMPULAN Pengaruh British keatas Mesir telah memberi kesan yang amat besar ke atas kerajaan Daulah Uthmaniyyah. kemudian bersambung pula dengan pemikir Islam seperti Muhammad Abduh dan Sayyid Redha.ekah dan Madinah serta penghantaran perisik ke kawasan Islam yang jauh.banyak peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan kerajaan Daulah Uthmaniyyah dan kuasa Islam. Ekoran penglibatan kuasa imperialisme British ke atas Mesir.

Keadaan ini sebenarnya telah menguntungkan pihak barat bagi menjaga kegiatan ekonomi dan dapat menguasai jalan-jalan penting perdagangan Laut Mediteranium. Rusia dan Perancis bersetuju melantik Mehmet Ali sebagai sebagai pemerintah di Mesir.kehilangan kuasanya ke atas Mesir. Hal ini dapat dilihat apabila kuasa-kuasa barat seperti British. 45 .

Daly. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. 1 September 1914. http://histclo. 24 September 1914.com/country/other/egypt/ceh-prot. Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire : A Comparative Study. M. Syafiq A Mughni. FO 371/2138.Grey. Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar Al-Ifta. 29 Ogos 1914. FO 371/2139. (2007). United Kingdom: Cambridge Universiity Press Mohamad Redzua Othman. Viceroy kpd.W. Jakob Skovgaard-Petersen. (1998). The Cambridge History Of Egypt. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki.BIBLIOGRAFI Dr. Stefan Illich. Duta British di Istanbul. Ciputat Grey kpd. (1997). (1991).Kementerian Hal Ehwal Luar. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur. Mallet.html . Diperoleh pada 27 Oktober 2012 http://historyofislam.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012 46 . (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Volume 2. FO 371/2139. New York : Brill Kitchener kpd.

NAZIRAH LEE SOALAN: 02 TAJUK TUGASAN KUMPULAN: NILAIKAN PENGARUH BRITISH DI MESIR DAN KESANNYA KEPADA UTHMANIYAH GROUP: A AHLI KUMPULAN:      MOHD HAKIMI BIN HASSAN KHAIRIN BIN SHAREP MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD MOHD JASMI BIN JOHARI :D20112052057 :D20112052048 :D20112052063 :D20112056401 :D20112052046 Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan 47 .KURSUS: HSI 3023 – ISLAM DI ASIA BARAT ABAD KE-19 HINGGA 20 PENSYARAH: DR.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful