You are on page 1of 3

Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul

tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan


pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap
isteri.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menolak


cadangan supaya lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar
dengan alasan tidak sesuai dengan keperluan masyarakat negara ini
serta khuatir akan mendatangkan implikasi negatif.

Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan tersebut juga mampu


mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat. Serta
membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahat
berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin

Ketua Jabatan Dakwah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,


Prof. Madya Mohd. Kamil Abdul Majid dan Persatuan Ibu Tunggal
Terengganu (PITT) menyokong pelaksanaan perkahwinan di mana
M.Kamil mengulas

1.amalan itu boleh menjadi satu alternatif untuk membantu golongan


wanita yang berdepan dengan masalah atau situasi tertentu. Katanya,
perkahwinan tersebut juga boleh dijadikan jalan keluar bagi
menyelesaikan masalah ibu tunggal atau andartu yang berharta.
2.amalan perkahwinan misyar ini tidak melanggar hukum syarak,
asalkan ia dibuat berdasarkan persetujuan di antara pihak lelaki dan
wanita.
3.Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin. Selain
seks, berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan
bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk
dalam definisi nafkah batin.

Definisi Kahwin Misyar: Perkataan misyar berasal daripada perkataan


arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia
bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai
pemergian. Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan
daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga
disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara
Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di
sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar,
Majallah al-Mujtama' al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31,
Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah: Perkahwinan misyar


ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin
perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke
rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua
kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di
rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat:
al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar) Ia juga disebut sebagai pergi
kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.) Terdapat juga
pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina
dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan
adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup
sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur,
10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki


dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak
dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur
dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar,
Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani', ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua


syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan
bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak
pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si
suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau
waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan: Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak


ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah,
pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap
memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya,
memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan
harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki


dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan
dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.