You are on page 1of 10

Isu-isu Akhlak Dan Moral Masyarakat Islam

1.0 Pengertian Isu-isu Akhlak dan Moral

Perkataan isu membawa maksud suatu perkara atau permasalahan yang


menjadi tajuk dalam perbincangan. Manakala perkataan akhlak adalah kata
jama’ (plural) bagi al-khuluq yang bermaksud adab perlakuan diamalkan oleh
manusia. (Daud Baharum 1992)

Menurut Ibnu Athir khuluq atau akhlak ialah bentuk kejadian manusia dari
sudutnya yang batin, manakala al-khalq pula ialah bentuk manusia dari sudutnya
yang lahir. Pengertian ini sebenarnya menghubungkan akhlak dengan kejadian
manusia iaitu paduan antara kejadian lahir (jasmani) dengan kejadian yang batin
(rohani).

Ibnu Maskawayh pula berpendapat bahawa perkataan al-khuluq ialah satu hal
keadaan bagi jiwa seseorang dalam melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan
dengan senang dan mudah tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana ianya
sudah menjadi suatu kebiasaan.

Daripada definisi-definisi ini dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu
perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan
daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan. (Ahmad Rafizi Salleh
2003)

Moral membawa pengertian ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik
sesuatu perbuatan kelakuan, kewajipan, sikap atau cara berkelakuan yang
berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Ia merujuk
kepada konsep etika kemanusian yang digunakan dalam tiga konteks, iaitu:
1. hati murni individu
2. system-sistem prinsip dan pertimbangan – kekadang dipanggil nilai moral
– yang dikongsi dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan,
kesekularaan atau kefalsafahan dan
3. tatalaku atau prinsip moral tingkah laku. (karyanet)

2.0 Jenayah Siber

Jenayah bermaksud apa-apa salah laku atau kejahatan yang dilakukan sama
ada secara individu atau berkumpulan dan salah di sisi undang-undang.

Siber pula bermaksud perhubungan dengan komunikasi elektronik.


Jenayah siber adalah mana-mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan
dengan komputer melalui apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau
boleh menyebabkan penderitaan dan kerugian yang berterusan.
Antara jenis-jenis jenayah yang sering kita dengar ialah:-

1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer
3. Kecurian maklumat
4. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
5. Menyalin perisian secara tidak sah
6. Pengitnipan
7. Perjudian siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau “Hacker” dan
11. Penyebaran virus amat berbahaya kepada kepada pengguna komputer.
Mereka ini adalah perosak dalam diam dan tersembunyi.
Jenayah siber ini boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan berikut :-
1. Kanak-kanak dan remaja (6 – 18 tahun) yang suka mencuba sesuatu
yang baru dan sering terikut-ikut akan perbuatan yang dilihat atau
dilakukan oleh orang dewasa atau di televisyen. Mereka berasa seolah-
olah “hebat” jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain kerana
dapat menembusi sistem keselamatan sesuatu rangkaian.
2. Penggodam terancang yang dopercayai mempunyai objektif tertentu.
Objektif tersebut dapat memenuhi kehendak mereka sama ada berbentuk
politik, keagamaan, ketenteraan atau sebagainya. Antara laman web yang
sering diceroboh ialah laman web Aeroangkasa Amerika Syarikat (NASA)
dan syarikat perisian computer terkenal Microsoft Corp.
3. Penggodam Profesional yang melakukan jenayah bermotivasikan wang.
Kebiasaannya, mereka melakukan penggodaman atas arahan individu
atau organisasi tertentu dan mendapat bayaran.
4. Pekerja Terhadap Majikan yang berasa tidak puas hati terhadap majikan
akibat dibuang kerja atau mendapat layanan yang buruk juga termasuk ke
dalam kumpulan ini.

2.1 Dasar Dan Strategi Bagi Memerangi Jenayah Siber

Selari dengan perkembangan teknologi tempatan, beberapa dasar atau


pendekatan telah diambil bagi meastikan jenayah siber dapat dibendung dan di
atasi. Antara strategi pihak kerajaan ialah dengan menubuhkan Pasukan
Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dengan kerjasama
beberapa negara-negara yang menganggotai ASEAN seperti Singapura,
Thailand, Indonesia, Myanmar, Laos, Kemboja dan Brunei. Peranan MyCERT
ialah:-
1. Menyediakan pusat rujukan kepada pakar mengenai isu rangkaian dan
keselamatan.
2. Menerima dan mengambil tindakan ke atas insiden keselamatan yang
dilaporkan.
3. Menyebarkan maklumat tentang keselamatan sistem, langkah-langkah
keselamatan dan peralatan yang sesuai digunakan.
4. Sebagai tempat penyimpanan maklumat berkaitan keselamatan, ‘patch’
peralatan dan teknik.
5. Mendidik dan menyarankan orang awam akan keselamatan komputer di
Malaysia.

Selain itu, pihak polis juga telah menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Teknologi di
bawah Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan dan Jabatan Siasatan
Jenayah. Kerjasama antara pihak berkuasa dan pembekal perkhidmatan internet
(IP) mampu mengenal pasti individu atau kumpulan penyerang berdasarkan
alamat internet protocol computer yang digunakan.

Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap segala


bentuk ancaman dengan memperkasakan diri dengan teknologi terkini.
Penguatkuasaan undang-undang masih memerlukan kerjasama semua pihak
supaya mewujudkan suasana sihat dalam dunia teknologi maklumat di negara
ini. (M Shah & Abu Bakar 2006)

3.0 PENDERAAN SEKSUAL

Penderaan seksual bermaksud apa jua perhubungan atau sentuhan di antara


kanak-kanak atau wanita dengan orang dewasa atau seseorang yang lebih tua,
di mana kanak-kanak atau wanita itu dijadikan tempat melepaskan nafus si
pemangsa tersebut.

Penderaan seksual boleh terjadi dengan bermulanya aktiviti berciuman


atau berpelukan antara mangsa dan pelaku, dan boleh berlanjutan kepada seks
oral. Ia juga termasuk penderaan emosi seperti marah yang berterusan, ugutan,
mengkritik mangsa di khalayak ramai, dan meminta supaya mangsa tersebut
merahsiakan hal yang terjadi. Penderaan seksual boleh juga melibatkan
sumbang mahrm, yang terjadi di kalangan ahli keluarga sendiri.

Penderaan seksual bukanlah perkara baru dalam masyarakah hari ini.


Memang tidak dinafikan setiap hari ada sahaja unsure-unsur negative yang
menular dalam masyarakat kita. Berkemungkinan bahan-bahan berunsur lucah
seperti gambar, video, majalah yang memaparkan aksi-aksi seks ganas yang
mendorong mereka melakukan jenayah terancang ini.

Keganasan seksual juga adalah ternasuk pelakuan secara paksa,


memasukan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur mangsa samada lelaki,
wanita atau kanak-kanak. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak bermaksud
dera atau satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak
dengan tujuan mencederakan.

Penderaan kanak-kanak secara fizikal juga merupakan sesuatu yang


kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-
kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami
masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara
psikologi.

Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera seksual


sehingga sehingga ada mangsa dera yang meninggal dunia. Belum dapat
dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam
jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat faktor gejala sosial yang lain
seperti penagihan, pengangguran dan tekanan mental yang mengakibatkan
berlakunya peningkatan kes penderaan.

Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang meninggal dunia dahulu


bukan disebabkan didera, ataupun kes kematian itu gagal dikesan puncanya
disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak
menyiasat kesan pada mayat disebabkan kurangnya penekanan mengenai kes
penderaan kanak-kanak. Peratusan yang tinggi menunjukkan pelaku adalah
merupakan kenalan, kawan dan saudara mara mangsa. Bilangan kes kanak-
kanak yang dirogol oleh bapa, datul atau abang kandung sendiri yang dilaporkan
kepada pihak berkuasa kini semakin meningkat.

Perkosaan juga bukannya disebabkan oleh cara pemakaian yang


provokatif. Ramai remaja yang memakai pakaian seragam juga menjadi mangsa
perkosaan. Liputan media massa juga tidak terlepas dari pelbagai berita
mengenai pendraan seks atau rogol di dalam mahupun luar negara. Ada sahaja
cara yang dilakukan pesalah dalam memuaskan nafsu mereka.

Kebanyakan jenayah ini biasanya berlaku terhadap kanak-kanak dan


wanita, sehinggakan ada segelintir pelaku yang sanggup membunuh semata-
mata merahsiakan perbuatan terkutuk itu. Di dalam Islam sebegini memang di
larang keras oleh Allah SWT, di dunia inikita disuruh berkasih-kasihan dan
sayang menyayangi antara satu dengan yang lain. Tidak pula disuruh mendera
dan melakukan keganasan yang ikutkan hati sendiri tanpa memikirkan akibat
yang akan diterima kelak.

Sebab itu kita sebagai umat Islam wajib mendekatkan diri dengan Allah
SWT supaya tidak hilang pedoman dalam membuat keputusan. Ini sekali gus
membuktikan bahawa pendekatan yang digunapakai oleh Islam tidak
mengamalkan diskriminasi dengan mencegah satu golongan daripada
melakukan kesalahan dan membiarkan yang lain berbuat sesuka hati.

4.0 SAMSENG DI KALANGAN PELAJAR DAN REMAJA

Samseng merupakan salah satu gejala sosial yang kian menular ke dalam
masyarakat kita. Gejala samseng menjadi semakin keronik apabila ada di
kalangan pelajar sekolah turut sama terlibat dalam masalah ini. Masalah
samseng ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tidak kiralah samada di
kampung, Bandar, sekolah atau tempat-tempat awam. Masalah ini mungkin
bermula daripada sikap seseorang itu sendiri. Pada mulanya mereka ini
dikategorikan sebagai panas baran. Lama kelamaan sikap itu bertukar menjadi
satu tabiat.

4.1 Punca Berlakunya Masalah Samseng

Untuk membanteras dan menyelesaikan sesuatu kerumitan, punca dan sebab


terjadinya perkara itu hendaklah dikaji terlebih dahulu. Setelah menjumpai
puncanya, barulah sesuatu masalah itu dapat diselesaikan sehingga ke akar
umbi.

Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

a) Pengaruh rakan sebaya


Rakan sebaya adalah golongan yang mempunyai pengaruh sungguh kuat
kepada diri remaja dan pelajar semua. Mereka lebih suka untuk mengikut dan
meniru gaya rakan-rakan yang lain. Apa sahaja yang dilakukan oleh rakan-rakan
itulah yang diikuti oleh mereka. Remaja semua menganggap bahawa rakan-
rakan adalah contoh yang terbaik untuk mereka semua.
Itu adalah punca yang paling utama membuatkan remaja semua terlibat
ke dalam gejala yang tidak sihat. Perangai dan aktiviti remaja yang lain menjadi
ikutan mereka semua. Justeru itu apa sahaja yang hendak dilakukan haruslah
difikirkan bak buruknya terlebih dahulu.

b) Remaja Atau Pelajar Yang Kurang Keyakinan Diri


Masalah keyakinan diri adalah satu masalah yang harus diatasi dengan segera.
Jika dibiarkan berlarutan, masalah ini akan memudaratkan diri dan juga
merosakkan masa hadapan individu yang terbabit.

c) Mempunyai Masalah Keluarga Dan Tiada Kawalan Daripada Keluarga


Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada keluarga juga boleh menjadi
punca remaja dan pelajar terbabit dengan pelbagai masalah. Ini adalah kerana
perhatian dan kasih sayang itu amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

d) Kurang Didikan Agama


Kurangnya didikan agama adalah punca yang paling bahaya. Tanpa agama dan
pegangan hidup, seseorang itu akan hanyut. Kehidupan yang mementingkan
keseronokan semata-mata ini boleh membuatkan manusia hilang akal dan
hanyut dibuai mimpi-mimpi indah.

e) Kurang Disiplin Diri


Jika seseorang itu tidak mempunyai disiplin diri yang kuat, maka kehidupan
individu terbabit akan kucar-kacir. Antara resipi untuk menikmati kejayaan adalah
disiplin diri. Displin diri merupakan pembantu secara tidak langsung dalam
mencapai matlamat yang telah dibuat.

4.2 Cara Mencegah Masalah Samseng

Untuk mencegah masalah yang semakin rumit ini dengan segera ialah beberapa
pihak perlu memainkan peranan yang penting serta berganding bahu bersama-
sama menyelesaikan masalah ini. Pihak yang perlu memainkan peranan mereka
adalah seperti;

1. Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak. Mereka adalah
orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak dan juga pelajar.
Setiap gerak-geri ibu bapa diperhatikan oleh anak-anak. Ibu bapa perlu
menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Terutamanya anak remaja,
ini kerana remaja mudah mengikut gerak laku insan yang paling rapat dengan
mereka.

2. Peranan Pihak Sekolah


Dalam membanteras pelbagai gejala yang tidak sihat, terutamanya masalah
samseng , pihak sekolah perlu beriringan dengan ibu bapa. Pihak sekolah
mestilah memberikan kerjasama yang erat kepada ibu bapa dalam menangani
gejala samseng di sekolah. Dengan ini masalah samseng di sekolah dapat
dihapuskan.

3. Peranan Pihak Polis


Dalam membanteras gejala samseng ini, pihak polis perlu berganding bahu
dengan masyarakat dan juga pihak sekolah. Untuk membanteras gejala
samseng ini, pihak polis tidak boleh bergerak bersendirian. Sokongan padu
daripada masyarakat dan sekolah perlulah diberikan. Hal ini bertujuan menjamin
kesejahteraan kita bersama.

4. Peranan Pihak Kerajaan


Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sudah semestinya mendapat
sokongan daripada semua pihak. Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai cara
dalam usaha menangani masalah samseng yang menimpa golongan remaja dan
pelajar. Oleh itu para remaja hendaklah melibatkan diri dengan program dan
aktivit yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Remaja,
Rakan Muda dan lain-lain.

5. Peranan Diri Remaja Sendiri


Di samping peranan pihak ibu bapa, sekolah, polis dan kerajaan, diri remaja itu
sendiri perlu memainkan peranan mereka. Jika hanya pihak lain yang beria-ia
membanteras gejala ini tetapi golongan remaja tidak memberikan sokongan,
maka adalah mustahil untuk berjaya dalam proses membanteras gejala samseng
di kalangan remaja. ( Muhamad Ismail Ahmad & Suziana Che Wil : 2006)