You are on page 1of 17

KERTAS KERJA DASAR

MOTIVASI JATIDIRI KEPIMPINAN


DAN PEMBINAAN SAHSIAH
(PERMATA)

ANJURAN :

UNIT KO-KURIKULUM
KELOLAAN PANITIA AGAMA ISLAM
SEK MEN AGAMA KERAJAAN JOHOR

DENGAN KERJASAMA :

MAHASISWA / WI ANAK-ANAK SMAKJ DI


UM,UIA,UKM,KUIM,UTM,UiTM

TARIKH :

17, 18 & 19 FEBRUARI 2006

TEMPAT :

SEK MEN AGAMA KERAJAAN JOHOR


KLUANG

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
KERTAS KERJA DASAR PROGRAM
MOTIVASI JATIDIRI KEPIMPINAN DAN PEMBINAAN SAHSIAH (PERMATA)

1.0 PENGENALAN:

Program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan
Agama Islam Sek. Men. Agama Kerajaan Johor Kluang dengan kerjasama mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Kolej Universiti Islam Malaysia dan universiti-universiti lain. Program ini
bertujuan memberi sedikit sumbangan, motivasi dan menerapkan nilai kerohanian kepada
adik-adik agar menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang
unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar. Melalui program ini,
mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPTA dapat mencurahkan sedikit ilmu dan
pengalaman kepada adik-adik sebagai pencetus semangat untuk meneruskan pelajaran
hingga ke peringkat yang lebih tinggi disamping mempunyai akhlak yang mulia.

“Tautan Rabbani Wadah Kecemerlangan, ” telah dipilih sebagai motto bagi


Motivasi Jatidiri Kepimpinan Dan Pembinaan Sahsiah ( PERMATA ) . Motto ini dipilih
kerana matlamat utama bagi program ini adalah untuk memberi penekanan terhadap
kehidupan seorang muslim yang sebenar dari pelbagai aspek ibadah, akhlak dan pelajaran
kepada para pelajar.

Sebagai kesimpulan, diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada


semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga segala objektif yang
digariskan dan perancangan yang diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 . Membentuk akhlak Islam di kalangan peserta dan menjadikannya sebagai pegangan
dan amalan hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

2.2 . Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang dipikul sebagai
pelajar muslim terhadap diri, keluarga, dan sekolah.

2.3. Merapatkan ukhuwah di antara pelajar, guru dan mahasiswa IPTA anak-anak
SMAKJ.

3.0 NAMA PROGRAM

“MOTIVASI JATIDIRI KEPIMPINAN DAN PEMBINAAN SAHSIAH”


(PERMATA)”

4.0 MOTTO

“Tautan Rabbani Wadah Kecemerlangan”

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
5.0 ANJURAN

Unit Ko-kurikulum di bawah kelolaan Panitia Agama Islam Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Johor

6.0 KERJASAMA

1. Universiti Malaya
2. Universiti Islam Antarabangsa
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Kolej Universiti Islam Malaysia
5. Universiti Teknologi Malaysia
6. Universiti Teknologi Mara

7.0 TEMPAT

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang

8.0 TARIKH

17 , 18 , 19 FEBRUARI 2006

9.0 SASARAN

Pelajar Tingkatan 3 & 4 seramai 120 orang

10.0 RAJAH STRUKTUR JAWATANKUASA

Sila lihat Lampiran A

11.0 STRUKTUR JAWATANKUASA (AJK)

Sila lihat Lampiran B

12.0 MANUAL JAWATANKUASA

Sila lihat Lampiran C

13.0 ATURCARA PROGRAM

Sila lihat Lampiran D

14.0 JENIS AKTIVITI


• Ceramah Motivasi

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
• Latihan dalam kumpulan (LDK)

15.0 MODUL LDK

Sila lihat Lampiran E

16.0 BELANJAWAN

Sila lihat Lampiran F

17.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang namun perancangan Allah swt itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang
dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat
dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ini.

“TAUTAN RABBANI WADAH KECEMERLANGAN”

Yang Menjalankan Tugas,

(MOHD NAJIB BIN M. NOOR)


Pengarah,
Program PERMATA,
2006

LAMPIRAN A

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
PENGARAH

TIMBALAN PENGARAH

SETIAUSAHA BENDAHARI

KOORDINATOR KOORDINATOR
PENGISIAN DISIPLIN & PROTOKOL

KOORDINATOR KOORDINATOR
PERSIAPAN & CENDERAMATA &
TEKNIKAL TUGAS-TUGAS KHAS

KOORDINATOR KOORDINATOR
PENYELARAS KEROHANIAN

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT
TN HJ Sulaiman bin Dumang

PENGERUSI
En Johari bin Musa

PENYELARAS
Ustazah Masura bt Yusof

PENGARAH
Mohd Najib bin M Noor

TIMBALAN PENGARAH I
Mohamad Soberi bin Zakaria

TIMBALAN PENGARAH II
Siti Suria bt Mohd Sapuan

SETIAUSAHA
Nor Amila bt Mohd Othman

BENDAHARI
Nor Azah bt Haron

KOORDINATOR

PENYELARAS

Muhammad Kamarul Nizam bin Adam


Nurul Shahridah bt Md Salleh

PENGISIAN

Ahmad Sauffy bin Abu Naim


Norfadhilah bt Khalid

PERSIAPAN & TEKNIKAL

Mohd Helmi bin Ishak


Mohd Nabil bin Shafie

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
KEROHANIAN

Mohd Shahrizal Bin Nasir


Diana Bt Abd Latif

DISPLIN & PROTOKOL

Mohd Fadhli bin Ahmat


Noor Azian bt Mohamad

CENDERAMATA & TUGAS-TUGAS KHAS

Abd Halim bin Nasaruddin


Farihana bt Shahari

FASILITATOR

1. MOHD FIRDAUS BIN ABD HAMID


2. AHMAD SAUFFY BIN ABU NAIM
3. MUHAMAD FADHLI BIN AHMAT
4. MOHAMAD SOBERI BIN ZAKARIA
5. MUHAMMAD KAMARUL NIZAM ADAM
6. MOHD SHAHRIZAL BIN NASIR
7. MOHD SALLEHUDDIN BIN YUSUF
8. MOHD FAISAL BIN FADHIL
9. MOHD HELMI BIN ISHAK
10. ABDUL HALIM NASARUDDIN
11. NURUL SHAHRIDAH MD SALLEH
12. SITI ANIS LADERLAH
13. FARIHANA SHAHARI
14. NOR AMILA BT MOHD OTHMAN
15. NOR AIRAWANI AYUB
16. NOR FADHILAH BT KHALID
17. NURDIYANA BT ABD. LATIF
18. SITI SURIA BT MOHD SAPUAN

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LAMPIRAN C

MANUAL JAWATANKUASA

PENGARAH:
• Menyediakan kertas kerja dasar untuk program
• Melantik ahli jawatankuasa program
• Merancang, menyusun, mengarah dan mengawal perjalanan program

TIMBALAN PENGARAH:
• Membantu pengarah menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul
• Melaporkan kepada pengarah segala perkembangan berkaitan program

SETIAUSAHA:
• Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
• Menguruskan surat menyurat
• Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat
• Membuat laporan setelah program tamat

BENDAHARI:
• Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
• Mengawal aliran wang masuk dan keluar
• Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
• Membuat laporan setelah program tamat

KOORDINATOR PENGISIAN :
• Menyediakan aturcara sepanjang program
• Menyediakan pengisian dan modul sepanjang program
• Menguruskan penceramah yang akan terlibat sepanjang program
• Memberikan penerangan awal kepada fasi tentang modul sebelum menjalankan
LDK

KOORDINATOR DISIPLIN & PROTOKOL:


• Menyediakan aktviti bermanfaat dan bersesuaian dengan program
• Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal
• Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol
yang betul

KOORDINATOR PERSIAPAN & TEKNIKAL:


• Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk
kegunaan sepanjang program
• Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan yang baik sebelum digunakan

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
KOORDINATOR TUGAS-TUGAS KHAS & CENDERAMATA:
• Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan
• Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan
pertandingan yang diadakan
• Menyediakan cenderamata untuk penceramah.
• Menguruskan makanan dan penempatan pelajar dan fasi

KOORDINATOR PENYELARAS :

• Memantau dan memastikan gerak kerja berjalan dengan lancar.


• Mencari jalan menyelesaikan permasalahan yang timbul.

KOORDINATOR KEROHANIAN :

• Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat pada waktunya secara


berjemaah.
• Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.
• Mengetuai bacaan surah al-Mulk.
• Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LAMPIRAN D

ATURCARA PROGRAM

JUMAAT 17 FEB

2.00pm : Kedatangan Fasilitator


5.00pm : Pendaftaran Peserta
Taklimat Program
7.00pm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
“RASULULLAH QUDWAH HASANAH”
OLEH : Us Shamsuddin b Samudi
Solat Isyak
9.00pm : Majlis Perasmian
10.30pm : Minum Malam
10.45pm : Taklimat Pengarah
: Ta’aruf umum, Fasilitator dan Urusetia
: Pembahagian Kumpulan peserta dan fasilitator
10.45pm : LDK 1 – “ICE-BREAKING”
11.35pm : Bacaan Al-Mulk
Minum Malam & Diulit Mimpi

SABTU 18 FEB

4.30am : Qiamullail “Hembusan Kasturi”


6.00am : Solat subuh, Bacaan Ma’thurat
7.00am : Santapan Pagi
7.30am : Riadhah (AEROBIK)
OLEH : Faiz Mawardi
8.15am : Hemat Diri
8.45am : Recall
9.00am : Ceramah 1
“AKHLAK DIJUNJUNG PERIBADI DISANJUNG”
OLEH : Ustaz Kamal Bin Mohd Said
10.15am : Rehat-Minum
10.45am : LDK 2 – “MADAGASKAR”
12.00pm : Slot Ceria “BERSAMA MENGEMBARA KE MENARA GADING”
: Tayangan Multimedia
OLEH : Nor Zalikah Bt Md Zan
12.45pm : Makan Tengahari & Solat Zohor
2.15pm : Slot Kepimpinan 1 ( Ceramah )
“TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN BARISAN KEPIMPINAN
DALAM ORGANISASI”
OLEH : En Johari Bin Musa
3.30pm : DEBAT – “SALAH SIAPA ? “
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
“MASALAH KERUNTUHAN AKHLAH DI KALANGAN “REMAJA
Salah Siapa?, pelajar, ibu-bapa, sekolah, kerajaan
4.15pm : Kudapan & Solat Asar
5.00pm : Riadhah “Go Go Gadget”
6.00pm : Santapan Malam & Hemat Diri
7.00pm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
“UKHWAH ISLAMIAH ASAS PERSAHABATAN”
OLEH : Sheikh ‘Umar Bugharib Bin Ali
Solat Isyak - Bacaan Al-Mulk
9.00pm : Recall
9.15pm : Ceramah 3
“SIAPA AKU ?”
OLEH : En Nor Naemi Md Som
10.15pm : Minum Malam
10.30pm : Muhasabah- “WASIAT DAN AZAMKU”
11.30pm : LDK 3- Kembara Minda
“PUZZLE HARAPAN”
12.15pm : Diulit mimpi

AHAD 19 FEB

5.30am : Qiamullail “Hembusan Kasturi”


6.00am : Solat subuh, Bacaan Ma’thurat
7.00am : Santapan Pagi
7.30am : Riadhah “EXPLORACE”
9.30am : Hemat Diri
10.00am : Recall
10.15am : Slot Kepimpinan 2 ( Ceramah )
“FUNGSI DAN KEPENTINGAN KEGIATAN
KO-KURIKULUM DI SEKOLAH”
OLEH : En Johari Bin Musa
11.15am : Rehat
11.30am : Forum - “SMAKJ DULU, KINI & SELAMANYA”
Panel : Anuar Sajari, Ketua Pengawas, Ust Fuad Osman
Moderator : Mohd Firdaus Hamid
12.30am : Slot Resolusi
1.00pm : Majlis Wida’& Penutupan

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LAMPIRAN E

PANDUAN
MODUL LDK
(LATIHAN DALAM KUMPULAN)

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LDK 1: TAARUF DAN UKHUWAH******
“Ice Breaking”

Masa 30 minit

TITIK HITAM
OBJEKTIF:
1. Menerapkan rasa kesamaan antara ahli kumpulan tanpa ada rasa lebih dari yang lain
2. Menerangkan kepada peserta bahawa seseorang tidak boleh dinilai dari luarannya,tapi
melalui taaruf dan ukhuwah.

ALATAN : Sebatang pen dan kertas A4


MASA : Aktiviti dengan pen = 5 minit
Ulasan peserta dan fasi = 5 minit
PERLAKSANAAN:
1. Fasi melukis satu titik hitam di tengah-tengah kertas A4.
2. Setiap peserta diminta menerangkan kepada fasi apa yang mereka lihat pada kertas
itu.Mereka biasanya akan mengatakan mereka lihat satu titik hitam di tengah kertas.
ULASAN:
1. Dalam bersahabat dan berukhuwah,jangan lihat kelemahan seseorang yang sedikit sebagai
pengukur peribadinya.Tapi lihatlah kebaikannya yang lebih banyak (ruang putih pada
kertas).
2. Hal-hal yang memperkuatkan ukhuwah:
• Saling memberi hadiah
• Memanggilnya dgn nama kesukaannya – sewaktu dia ada atau dibelakangnya
• Sanjungnya dgn kebaikan2 yg kita ketahui – dpt tumbuhkan rasa mahabbah
• Sanjungi keluarga,amal,akhlak, & hal2 yg disukainya - tapi bukan secara terlalu
berlebihan
• Membelanya ketika dia tiada – dr org yg berniat jahat kpdnya / dr fitnah org yg benci

*****(BELUM SIAP)

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LDK 2 :MADAGASKAR

Masa : 1 JAM 15 MINIT

“HARAP MAAF, MASIH DIBAWAH PEMBINAAN”

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
LDK 3 - KEMBARA MINDA
“PUZZLE HARAPAN

Masa : 40 minit

OBJEKTIF :
1) Menjana kecerdasan minda peserta dalam membuat keputusan yang bijak.
2) Membentuk akhlak dikalangan peserta.
3) Memupuk semangat bekerjasama dikalangan ahli kumpulan walaupun dalam
keadaan
4) Mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri para peserta.
5) Merapatkan ukhwah sesama ahli kumpulan dengan kumpulan yang lain.

ALATAN : 1) Kad Manila


2) Cellotape
3) Pen Marker

PELAKSANAAN :

1) Setiap kumpulan akan diberikan kepingan puzzle untuk dicantumkan


2) Selepas terbentuk,Ketua fasilitator akan meminta sebahagian peserta memberi
ulasan yang mereka dapat melalui aktiviti tersebut.
3) Membaca ikrar yang diketuai oleh penghulu (ketua pelajar).

ULASAN :

• Sesungguhnya semangat kerjasama dan akhlak murni serta adab dikalangan saudara
sesama Islam amat penting dalam memantapkan ukhwah tanpa mengira kekurangan
yang ada.
• Memberi taklif kepada ketua atau pemimpin yang benar-benar berkemampuan
dalam segala segi menjadi dasar utama dalam kumpulan.
• Kecerdikan pemimpin dalam membuat keputusan yang tepat memberi impak yang
positif kepada orang bawahan.
• Kepatuhan orang bawahan dalam menerima arahan merupakan ketaatan penting
dalam membina kelompok yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
• Dalil-dalil :

“Sekiranya telah keluar tiga orang dikalangan kamu maka lantiklah


(ketua) dikalangan mereka”
(Hadith riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan)

“Sesungguhnya amal yang paling utama, pemberian makanan kepada

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
orang, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan kepada
orang yang tidak kamu kenal”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

LAMPIRAN F

BELANJAWAN.

PENDAPATAN

YURAN AJK RM 10 X 30 Orang RM 300.00

Sumbangan
PIHAK SEKOLAH :
Fail Kertas RM 1 X 120 keping RM 120.00
Kertas A4 RM 8 X 1 Rim RM 8.00
Tag Nama Fasi RM 1 X 30 orang RM 30.00
Makanan Fasilitator X 25 orang
Cenderamata RM 40 X 3orang RM 120.00
Penceramah
Fasilitator RM 20 X 25 orang RM 250.00
Bahan Modul RM 50.00

Sumbangan & Tajaan RM 400.00

JUMLAH RM 1278.00

PERBELANJAAN
Fail Kertas RM 1 X 120 keping RM 120.00
Kertas A4 RM 8 X 1 Rim RM 8.00
Tag Nama RM 1 X 30 orang RM 30.00
Saguhati RM 40 X 3 orang RM 120.00
Penceramah
Saguhati Fasilitator RM 20 X 30 orang RM 600.00
Bookmark RM 1 X 130 keping RM 130.00
Makanan Fasilitator X 30 orang dewan makan
Sijil Fasi RM 2 X 30 orang RM 60.00
Banner RM 30 RM 30.00
Bahan Modul RM 50.00
Awasan RM 100.00

JUMLAH RM 1254.00

Pendapatan – Perbelanjaan RM1278.00 – RM 1254.00 =RM 24.00

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” - Surah Al ‘Asr

You might also like