You are on page 1of 21

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk

komputer yang lengkap.(wikipedia) atau merujuk kepada pelbagai komponen


fizikal bagi suatu sistem komputer.(Pengenalan komputer: 2001) Perkakasan
komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Perkakasan komputer boleh
diklasifikasikan kepada 5 kategori utama iaitu:

∗ Masukan (input)
∗ Pemproses
∗ Ingatan
∗ Keluaran (Output)
∗ Storan

Rajah 1: Contoh perkakasan komputer


Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal
pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan
kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan
perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk
kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke
dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan
dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia


merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan,
ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan
banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan
orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2%
dari semua komputer baru pada 2003).

1.1 CPU

CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam
komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian.
Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit
Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau
lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap
data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi
menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
Rajah 2: Contoh CPU

Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat


yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini
merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden.
Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam
litar bersepadu.

1.2 RAM

Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah


gabungan beberapa cip di atas satu modul ingatan. Modul ingatan ini
kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk. Jumlah kapasiti
pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua.
Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah
MegaBytes (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 KiloBytes (KB). Contoh
kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Pada kebanyakan
papan induk slot untuk sesuatu modul ingatan biasanya ada empat. Ini
membolehkan kita memasukkan beberapa modul ingatan di atas papan
induk. Teknologi “dual channel” berteraskan kepada dua modul yang kecil
untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian
data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah
sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB
adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512
MB.

Kegunaan RAM

Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat


sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang
berjalan (running application). Memori-memori yang disimpan oleh
aplikasi-aplikasi ini akan terpadam dengan sendirinya apabila sesuatu
aplikasi itu ditutup Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan
terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras (hard
disk) yang mempunyai ingatan secara kekal (permanent storage). Jumlah
kapasiti yang lebih besar menjanjikan perjalanan aplikasi-aplikasi lebih
lancar. Jumlah yang tinggi ini juga diperlukan oleh aplikasi-aplikasi yang
yang dahagakan RAM seperti Adobe Premiere dan permainan-permainan
komputer seperti Far Cry dan Grand Theft Auto (Vice City).

Kebaikan RAM

Rajah 4: Contoh RAM

Antara kebaikan RAM ialah pengendalian aplikasi yang lebih lancar. RAM
juga mempunyai kadar perpindahan data yang lebih tinggi berbanding
dengan cakera keras. RAM juga pada masa sekarang boleh didapati
dalam harga yang berpatutan. RAM juga bersifat “plug and play” dimana
kita hanya terus pasang sesuatu modul memori itu di slotnya dan terus
boleh menggunakannya sebaik sahaja komputer dihidupkan.

Ingatan Fizikal dan Ingatan Maya

“Ingatan fizikal” ialah jumlah kapasiti memori yang dimasukkan ke dalam


komputer yakni modul-modul RAM. Manakala “ingatan maya” ialah jumlah
kapasiti memori secara maya. “Ingatan maya” ditempatkan di dalam
cakera keras sebagai pengganti “ingatan fizikal”/RAM apabila kapasitinya
sudah penuh. Namun, “ingatan maya” mempunyai kadar perpindahan
data yang lebih rendah berbanding “ingatan fizikal”.

Secara umumnya, jumlah optimum ruang cakera keras yang perlu


diperuntukkan untuk dijadikan ruang ingatan maya ialah bersamaan 1.5
kali jumlah ingatan fizikal yang dipasang pada komputer, contohnya jika
komputer anda dilengkapi dengan 1 GB RAM, anda perlu
memperuntukkan sebanyak 1.5 GB ruang cakera keras untuk dijadikan
ruang ingatan maya.

1.3 BIOS

Rajah 5: BIOS

BIOS, dalam pengkomputeran, merupakan kependekan Basic


Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau Basic Integrated
Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS
merujuk kepada kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia
mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin
supaya aturcara perisian lain yang disimpan di pelbagai media (seperti
cakera keras, cakera liut dan CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil
alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai but (booting up).
Rajah 5: Contoh lain BIOS

BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan
dalm suatu cip yang mengenali dan mengawal papan induk serta pelbagai
peranti komputer. Istilah BIOS adalah khusus untuk komputer peribadi.
Untuk jenis komputer lain, istilah generik boot monitor, boot loader atau
boot ROM biasa digunakan.

Walaupun nama BIOS itu adalah akronim, ia boleh menjadi permainan


kata Greek βιος (bios), yang bermaksud kehidupan. Istilah ini pertama kali
muncul dalam sistem pengendalian CP/M, memerikan bahagian CP/M
yang dimuat ketika masa but yang mengantaramuka terus dengan
perkakasan (mesin CP/M biasanya hanya mempunyai pemuat but mudah
dalam ROM). Kebanyakan versi DOS mempunyai fail bernama
"IBMBIO.COM" atau "IO.SYS" yang seakan-akan BIOS cakera CP/M.

1.4 Bas Bersiri Sejagat (USB)

Bas Bersiri Sejagat (USB) memberikan piawai bas bersiri untuk peranti
penyambung, biasanya untuk komputer peribadi dan Apple Macintosh,
dan semakin juga untuk konsol permainan video seperti Microsoft Xbox
360, Nintendo Wii, Sony PlayStation 2, dan PDA, serta untuk perkakas
seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB
berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.
Rajah 6: Gambar USB

Pengenalan

Sistem USB mempunyai reka bentuk asimetri, mengandungi pengawal


hos dan berbilang peranti disambung menurut bentuk pohon dengan
menggunakan peranti hab khas. Terdapat had lima aras cabang hab bagi
setiap pengawal. Sehingga 127 peranti boleh disambungkan kepada
pengawal hos tunggal, tetapi peranti hab mesti turut diambil kira.
Komputer moden kemungkinannya mempunyai beberapa pengawal hos
dengan itu jumlah peranti berguna yang disambung jauh lebih rendah
berbanding dari apa yang boleh disambungkan kepada pengawal tunggal.
Pemutus (terminator) tidak diperlukan untuk bas USB, sebagaimana yang
diperlukan bagi SPI-SCSI dan beberapa yang lain.
Rajah 7: Contoh penyambung USB

Rekabentuk USB adalah bertujuan untuk memansuhkan keperluan untuk


menambah kad tambahan berasingan kepada slot ISA atau PCI, serta
menambah baik keupayaan Palam dan Main dengan membenarkan
peranti untuk disambungkan atau dutanggalkan secara terus tanpa
menghidupkan semula komputer. Apabila peranti baru disambungkan buat
pertama kali, komputer hos akan mengecam peranti tersebut dan
seterusnya memuatkan fail pemacu yang diperlukan untuk
menjalankannya.

1.5 HARD DISK

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan


bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat
menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan
data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita.

Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan


antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

Mekanik
Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik
yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks
elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang
amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan
magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca,
apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala
baca (read head) yang menghampirinya.

Rajah 8: Gambar Hard Disk

Secara fizikal, cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring
magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan diantara piring-
piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan
pada satu angker (armature) umum. Angker itu akan mengerakkan kepala
ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

1.6 Cakera Liut

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari
kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet
disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur.
Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.
Rajah 9: Gambar floppy disk
Cakera 5¼-inci dengan medium bermagnet separa terdedah berputar
pada paksi tengah. Sarungnya mempunyai lapik kain bagi menyapu
habuk daripada medium. Perhatikan "slot membenar penyimpanan" di
sebelah atas kanan dan lubang berhampiran paksi yang menyelaras
kepantasan pemancu.

1.7 Compact Disk Read-Only Memory

CD-ROM atau nama penuhnya compact disk read-only memory (ingatan


baca sahaja cakera padat) ialah sejenis cakera padat yang menyimpan
data yang boleh dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu cakera
padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera
padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja
boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera
padat melalui teknologi laser.

Rajah 10: CD-R


Penyimpanan Data

Data boleh disimpan melalui 2 kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan


kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan
sesuatu data direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan
data tersebut tidak boleh dipadamkan langsung. Manakala kaedah
bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut kepada
keperluan pengguna. Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis:

1. . Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM),


2. . Pemacu cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca
memori (CD-R) dan
3. . Pemacu cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan
memori berkali-kali mengikut keperluan pengguna dan membaca
memori (CD-RW).

1.8 MONITOR

Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang


berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak,
yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat
empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor
segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap
Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.
Rajah 11: Gambar Monitor

Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah


bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya,
lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan. Pada awalnya semua
monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang
digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin
digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan
serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.

1.9 Unit pemprosesan grafik (GPU)

Unit pemprosesan grafik (GPU) adalah sebuah perkakasan komputer


yang bertugas untuk memproses data grafik yang dihantar oleh CPU
sebelum dipaparkan ke monitor. Unit pemprosesan grafik boleh jadi sama
ada terbina di dalam papan induk ataupun dipakejkan dalam bentuk kad
tambahan. Unit pemprosesan grafik yang dipakejkan dalam bentuk kad
tambahan dikenali sebagai kad grafik. Kad grafik disambungkan ke
papan induk sama ada melalui slot PCI (sehingga tahun 1998), slot AGP
(sehingga tahun 2005) ataupun slot PCI Express (piawaian terkini).

Rajah 12: Contoh GPU

Lazimnya, unit pemprosesan grafik mempunyai 4 komponen utama:-

1. Pemproses grafik - bertugas memproses data grafik. Pemproses


grafik yang lebih berkuasa dapat memproses lebih banyak data grafik
yang berat dan kompleks, terutamanya ketika bermain permainan
komputer ataupun ketika melakukan kerja-kerja grafik berat.
2. Ingatan grafik - ingatan capaian rawak yang dipasang pada unit
pemprosesan grafik, berfungsi untuk menyimpan data grafik secara
sementara untuk diproses.
3. Penukar digital-analog - menukarkan isyarat grafik digital dari kad
grafik ke isyarat analog yang digunakan oleh monitor.
4. Port VGA - menyediakan antaramuka dari kad grafik ke monitor,
berfungsi menghantar isyarat akhir grafik yang telah diproses ke
monitor.

Antara pengeluar utama unit pemprosesan grafik ialah NVIDIA dan ATI.
1.9 Pencetak komputer

Pencetak komputer

Rajah 13: Pencetak berjenama Epson Stylus C84 inkjet

Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk


menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah
dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih
20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara.
Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam
anggaran 50,000 aksara persaat.

Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau
berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek,
bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan
dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau
warna.

Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:

• pencetak hentaman
• pencetak tanpa hentaman
1.10 Pengimbas

Pengimbas

Rajah 14: Sebuah pengimbas jenama Canon

Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan


semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital.
Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen
elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan
penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.

Teknologi imbasan

Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu sama ada


Charge-Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD
adalah teknologi lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai
teknologi mesin fotokopi manakala CIS adalah teknologi baru yang
menggunakan penderia sebagai perantara tangkapan imej.

Namun begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang


baik walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan.
Manakala teknologi CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik
dan cantik walaupun ia berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi
harga pula CIS adalah mahal berbanding dengan CCD.

Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam


penggunaannya iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri
ini ia memberikan kemudahan sebuah mesin fotokopi kepada pengimbas
dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas
kemudian tekan butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan
menghantar data kepada PC.

1.11 Pemacu kilat USB

Pemacu kilat USB

Rajah 15: Pemacu kilat USB jenama PenDrive

Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan
dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil,
ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Setakat
November 2006, kapasiti memori pemacu kilat USB adalah dari serendah
32 MB sehingga setinggi 64 GB. Kapasiti memori pemacu kilat
bergantung kepada ketumpatan ingatan kilat yang digunakan.

Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti


storan mudahalih lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas,
boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada
bahagian bergerak serta rekabentuk yang lebih tahan lama) daripada
cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa
USB yang disokong oleh sistem pengoperasian moden seperti Windows,
Mac OS X dan Linux.

Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam
bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek.
Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh
ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan
akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan
penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus ke
komputer. Untuk mengakses pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah
terlebih dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu
kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.

1.12 Kad ingatan

Kad ingatan

Rajah 16: 4 jenis utama kad ingatan


(dari kiri ke kanan: CompactFlash, Memory Stick, Secure Digital, dan xD)

Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer
yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam
peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain
audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga
dipanggil "mem-card" di kalangan pengguna. Kad ingatan pernah
dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat
USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut.
Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan
pembaca kad ingatan yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan
yang terdapat di pasaran.

1.17 Storan komputer

Storan komputer

Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang


mengekalkan keadaan fisikalnya (data) untuk suatu jangka masa tertentu,
walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya
istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju,
manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan.

Di dalam komputer rumah, jenis storan selalunya terdiri daripada:

• Cakera keras, yang menyimpan program dan fail pengguna. Ia boleh


menyimpan data walaupun tanpa bekalan kuasa, dan mempunyai
muatan yang besar.
• Cakera liut bersaiz 1.44 MB (kini menjadi kurang popular dengan
adanya cakera optikal dan pemacu kilat USB
• Cakera optikal, iaitu sama ada CD-ROM, DVD-ROM atau cakera Blu-
ray. Cakera optikal mempunyai saiz storan yang besar, iaitu 650 MB
(cakera padat), 4.7 GB (DVD) dan 25 GB (cakera Blu-ray).
• Pemacu kilat USB adalah jenis peranti storan yang semakin popular
bagi menggantikan disket disebabkan saiznya yang kecil tetapi mampu
menyimpan data yang jauh lebih besar, malah sesetengah model
mempunyai saiz storan lebih besar daripada sekeping DVD. Pemacu
kilat USB menggunakan ingatan kilat yang tidak meruap tetapi boleh
dipadam dan ditulis semula dengan pantas.
• RAM, digunakan untuk menyimpan program atau data untuk
sementara semasa komputer sedang menggunakannya. Ia boleh
berfungsi dengan laju, namun segala maklumat yang ada di dalamnya
akan hilang apabila komputer dimatikan.
• Ingatan cache, biasanya dipasang terus pada mikropemproses, cakera
keras atau peranti lain. Ia merupakan satu ingatan kecil berkelajuan
tinggi yang menyimpan salinan data supaya pemproses boleh bekerja
dengan pantas tanpa perlu menunggu peranti lain yang perlahan.

Satu analogi yang sesuai ialah ingatan manusia, di mana cakera keras
merupakan ingatan jangka panjang dan RAM merupakan ingatan jangka
pendek.

1.18 Bebola jejak

Bebola jejak

Rajah 17: Bebola jejak Logitech.

Bebola Jejak (trackball) ialah peranti input yang menjalankan tugas yang
sama seperti tetikus. Prinsip operasi bebola jejak ini juga sama seperti
tetikus. Keadaan bebola jejak ini sama seperti tetikus apabila diterbalikkan
(upside down). Bola getah berada di bahagian atas bebola jejak.
Pengguna perlu memusingkan dengan tangan bola getah yang sebesar
bola snuker (snooker). Penuding (pointer) akan digerakkan pada skrin
monitor. Biasanya bebola jejak akan di gunakan jika tiada ruang di atas
meja untuk menggunakan tetikus. Dulu komputer notebook banyak
menggunakan bebola jejak tetapi sekarang kebanyakannya telah
menggunakan pad sentuh (touch pad) untuk mengerakkan penuding
(pointer) pada skrin monitor. Penuding akan bergerak mengikut bahagian
pad sentuh (touch pad) yang disentuh oleh anda.

1.19 Kayu ria

Rajah 17: Unsur kayu ria: 1. Kayu 2. Asas 3. Picu


4. Butang tambahan 5. Suis tembak automatik 6. Pendikit 7. Suis sudut
pandangan 8. Cawan sedut

Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan


perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum
yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai
sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Kayu ria sering kali
digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya
mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh
dibaca komputer. Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan
permainan yang boleh disambungkan kepada komputer kerana komputer
mengiktiraf input ini sebagai "input kayu ria".

Selain bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal
mesin seperti lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin
potong rumput putar setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai
peranti mengendali perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.