BAB 1

1.1

Pengenalan

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis alat keselamatan yang terdapat di pasaran. Antara contoh alat keselamatan yang sering digunakan adalah interkom iaitu sejenis alat komunikasi keselamatan. Ia banyak digunakan oleh pegawai keselamatan contohnya polis, pengawal, dan banyak lagi. Namun begitu, interkom kerap digunakan sebagai alat penghubung kepada pusat kawalan utama. Tujuan alat ini digunakan adalah untuk menjamin keselamatan dari diceroboh serta untuk membuat panggilan kecemasan. Oleh itu, Alarm System Motion Detector telah dicadangkan untuk menjamin mutu keselamatan yang ingin dilindungi. Ianya boleh digunakan sebagai pengesan pergerakan inframerah untuk pembuka pintu automatik dan penghidup lampu automatik. Alarm System Motion Detector akan dipasangkan dengan penjana bunyi yang akan berbunyi apabila alat ini mengesan sebarang pergerakan. Penggunaan “Alarm System Motion Detector” ini dapat mengurangkan risiko rumah atau kawasan tempat kerja mereka daripada diceroboh atau dicuri. Pengguna tidak perlu merasa bimbang tentang keselamatan rumah atau kawasan tempat kerja dengan pemasangan alat ini.

1.2

Pernyataan masalah Dewasa ini kita sering terdengar berlaku kejadian kecurian harta benda sama

ada di dalam rumah atau kawasan tempat kerja. Selain daripada kecuaian manusia itu sendiri, antara faktor kejadian seperti ini berlaku adalah disebabkan sistem keselamatan yang kurang efisyen dan kurang cekap. Dalam kehidupan kita yang serba canggih seiring dengan kemajuan teknologi yang begitu pesat, masih lagi berlaku kejadian pencerobohan dan kecurian. Oleh itu, tujuan alat ini dicipta adalah untuk mengatasi masalah keselamatan yang sering berlaku sama ada di rumah, kawasan tempat kerja atau kawasan perindustrian. Dengan itu, penggunaan Alarm System Motion Detector ini dapat mengatasi atau mengurangkan risiko seperti permasalahan di atas.

1.2 Objektif 1) Membina litar pengesan pergerakan dengan menggunakan Passive Infrared Sensor. 2) Mengetahui operasi empat bahagian yang terdapat di dalam binaan Alarm System Motion Detector seperti Pengawal Mikro PIC16F876A, PIR Sensor, L.E.D dan Buzzer. 3) Mencipta satu sistem keselamatan yang tidak menggunakan bekalan kuasa yang besar.

1.3 Skop Alat yang dihasilkan ini digunakan khusus untuk mengukuhkan sistem keselamatan serta melindungi barang berharga samada ketika berada di rumah atau di tempat kerja dimana pengesan yang digunakan dalam litar ini berfungsi apabila terdapat objek yang bergerak dalam jarak 5 meter. Projek ini juga akan memberikan isyarat yang telah dikesan melalui keluaran isyarat bunyi dari buzer. Oleh itu, objek yang tidak diketahui kewujudannya akan dapat dikesan. Projek ini juga menggunakan bekalan kuasa yang rendah dan ia mudah dikendalikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful