You are on page 1of 21

BAB 2

2.0 Pengenalan

Projek Alarm System Motion Detector ini merupakan projek yang dilaksanakan

bagi menghasilkan ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki. Ciri-ciri keselamatan yang

dimaksudkan adalah digunakan adalah untuk menjamin keselamatan dari penceroboh dan

juga untuk keselamatan barang berharga di dalam premis perniagaan atau kediaman.

Antara komponen utama yang digunakan dalam membina projek ini ialah Passive

Infrared Sensor, Buzzer 6V DC, Light Emitting diode sebagai output signal, Pengawal

Mikro jenis PIC16F876A, Bekalan Kuasa, Soket Adaptor serta komponen elektronik

yang lain iaitu terdiri daripada komponen pasif dan aktif. Komponen pasif yang

dimaksudkan adalah seperti perintang dengan pelbagai nilai manakala komponen aktif

seperti Transistor, Diod dan lain-lain.

Dalam projek ini, komponen Pengawal Mikro digunakan untuk mengawal alarm

system iaitu Buzzer serta LED melalui pengesan pergerakan atau PIR Sensor. Sumber

bekalan kuasa yang boleh diberikan pada litar projek ini adalah sekitar 7V hingga 15V.
2.1 Latar belakang

2.1.1 Pengesan inframerah

Pengesan inframerah telah ditemui pada tahun 1801 oleh W. Herschel.

Inframerah adalah satu bentuk tenaga yang dipancarkan dimana panjang gelombangnya

adalah lebih panjang daripada panjang gelombang sinar nyata.(Brian Knap,Waves and

Vibrations,1984)

Panjang gelombang sinar inframerah ialah antara dari 78 mikrometer (µm) ke 100

mikrometer (µm). Sinar inframerah boleh dikatakan sebagai radiasi haba kerana tenaga

yang dipancarkan akan bertukar kepada tenaga haba apabila ianya dipancarkan ke

permukaan yang keras. Badan manusia pada suhu diatas 0 darjah akan mengeluarkan

radiasi haba. Apabila suhu badan manusia meningkat panjang gelombang menjadi

semakin pendek. Radiasi haba maksimum bagi badan manusia adalah diantara 9

mikrometer (µm) ke 10 mikrometer (µm) di dalam peringkat inframerah. Pergerakan

boleh dikesan menggunakan elemen khas yang sensitif di dalam julat inframerah. Peranti

tersebut dikenali sebagai Pyroelectric Infrared Detector

Rajah 2.1 Panjang gelombang sinar inframerah


Litar skematik Alarm System Motion Detector

Gambar rajah blok:


1) Perintang

• Perintang merupakan komponen elektronik yang paling kerap digunakan pada


mana-mana litar elektronik, alatan elektronik dan juga projek elektronik.
Perintang berfungsi merintangi atau menghadkan pengaliaran voltan melaluinya.
• Ia juga berfungsi sebagai pembahagi voltan yang paling mudah. Perintang
mempunyai dua kaki yang tiada berkutub positif dan negatif. Penyambungan pada
litar tidak memerlukan penyambungan kaki yang khusus.
• Nilai rintang perintang di sebut Ohm yang berbentuk Ω. Ia mengandungi nilai-
nilai yang berperingkat-peringkat seperti dari Ohm meningkat ke Kilo Ohm (K)
hingga ke Mega Ohm (M). Lebih dari Mega Ohm tidak digunakan. Sudah
memadai nilai Mega Ohm.
• Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang adalah dengan mengetahui kod
warna perintang. Kod warna ini terdapat pada badan perintang dan setiap warna
mewakili nilai tertentu. Perkara penting untuk anda mesti tahu adalah mengenali
warna atau anda bukan seorang buta warna. Sila lihat rajah di bawah ini senarai
warna beserta dengan nilai yang diwakili.

Pengiraan kod warna perintang

Contoh pengiraan:

Diberi satu perintang yang berwarna coklat, merah, oren dan emas.
Nilai mengikut warna- 1, 2, x1000 dan 5%
Setelah didarabkan- 12 x 1000 ±5% = 12000 Ω ±5% = 12 Kilo Ω ±5%
Jawapan, 12KΩ ±5%

Biasanya jalur ketika adalah sebagai pendarab dan nilai tertinggi yang biasa
digunakan adalah setakat warna biru.
Kod warna yang standart nilainya tidak boleh kurang dari 10Ω. Untuk
menunjukkan nilai yang kurang dari nilai tersebut, ia menggunakan dua kod
warna yang lain dari yang lain iaitu emas dan perak. Di mana emas adalah
pendarab x0.1 dan perak adalah pendarab x0.01.

Nama Pendek

Nilai rintangan selalunya ditulis pada diagram litar menggunakan sistem kod
kerana ianya lebih mudah. Selalunya ia mengguna abjad seperti R, K dan M untuk
menggantikan angka yang banyak pada nilai rintangan tersebut. Untuk
membacanya gantikan nilai seperti K kepada 000 dan M kepada 000 000.
Manakala R menunjukkan Ohm Ω sahaja.

Contoh:

i) 150R adalah 150 Ω


ii) 2.7K adalah 2700 Ω
iii) 3K9 adalah 3900 Ω
iv) 1.5M adalah 1 500 000 Ω
v) 2M2 adalah 2 200 000 Ω

Menguji kerosakan perintang

Alat yang sesuai untuk menguji kerosakan perintang adalah meter pelbagai
(multimeter) pada julat Ohm. Anda boleh guna meter dgital atau pun analog.
Kedua-duanya sama.

Kenalpasti kerosakan fizikal dahulu seperti perhatikan keadaan perintang yang


rosak seperti samada kelihatan kesan terbakar atau kesan sopek pada badan
perintang. Jika terdapat kesan-kesan tadi bermakna perintang tersebut
kemungkinannya adalah rosak. Jika tidak yakin dengan kesan tersebut,anda boleh
ukur menggunakan meterpelbagai pada julat Ohm.

Katakan anda ingin mengukur perintang 1K Ω. Setkan meterpelbagai ke julat Ω


yang sesuai dengan nilai ukuran. Ukur perintang tersebut dan perhatikan
bacaannya. Adakah bacaannya 1K Ω? Jika ya merintang yang diukur berada
dalam keadaan baik. Jika bacaan 0 bermakna perintang dalam keadaan pintas dan
rosak. Jika bacaan ∞ atau tiada bacaan atau nilai terlalu sedikit, bermakna
perintang tersebut adalah rosak.

Untuk membuat pengujian pastikan langkah-langkah berikut. Pastikan anda tidak


memegang badan perintang semasa mengukur, dikuatiri berlaku laluan kedua
melalui jari anda. Anda boleh pegang salah satu kaki perintang atau meletakkan
perintang tanpa memegangnya.

Bagaimana perintang boleh rosak? Punca-puncanya adalah kerosakan semasa


pengilangan, kerosakan disebabkan arus berlebihan melaluinya kerana kegunaan
Watt yang tidak sesuai, kepanasan yang melampau boleh menyebabkan perintang
terbakar dan pelbagai sebab lagi tetapi tidak ketara berbanding sebab-sebab tadi.

2) Perintang boleh ubah.

• Perintang boleh ubah merupakan perintang yang mempunyai nilai rintangan yang
boleh diubah-ubah secara mekanikal sama ada dengan cara pusingan atau pun
secara sliding. Ia juga selalu disebut sebagai VR. VR mempunyai pelbagai bentuk
dan saiz. Ia juga mempunyai nilai rintangan yang berbeza-beza sama seperti
memilih perintang tetap.
• Jenis-jenis VR adalah jenis potentiometer, preset. Saiz bagi setiap VR adalah
berbeza-beza mengikut nilai rintangan, pengeluar kilang, jenama. Namun begitu,
saiz kaki bagi setiap VR yang adalah adalah standart atau sama mengikut saiz
piawaian. VR tiada polariti tetapi ia mempunyai 3 kaki yang mana anda perlu
ketahui dan kenali ketiga-tiga kaki ini.

Untuk membaca nilai rintangan terdapat dua cara yang mudah.

i) Membaca nilai rintang yang dicetak pada komponen tersebut


ii) Mengukur nilai rintangan maksima dengan menggunakan meter pelbagai
julat Ohm.

• VR biasa mempunyai 3 kaki yang mana kaki tengah adalah kaki yang mesti
digunakan untuk penyambungan komponen. Manakala salah satu kaki digunakan
untuk fungsi pelarasan nilai rintangan.
Rajah di sebelah ini menunjukkan binaan di dalam VR. Kaki tengah adalah
terminal pelarasan dan kedua-dua kaki di sebelah tepi adalah nilai tetap rintangan.
Kedua-dua belah kaki ini juga boleh dijadikan sebagai perintang tetap. Andaikan
bahaya nilai VR ini adalah 50 Ohm. Kedua-dua terminal tepi bernilai 50 Ohm
manakal terminal di tengahnya menjadi berubah apabila dilaraskan ke kiri atau ke
kanan. Nilai perubahan tidak lebih dari nilai Ohm VR tersebut.
• VR juga selalu disebut sebagai potentiometer atau rheostat. Potentiometer
mempunyai 3 terminal manakal rheostat mempunyai 2 terminal. Biasanya
rheostat digunakan untuk kegunaan litar berarus tinggi seperti pengawal
kecerahan lampu. Satu lagi jenis VR adalah jenis preset atau jenis trimmer pot.
Ianya bersaiz kecil dan mempunyai 2 atau 3 terminal. Harganya murah
berbanding VR yang lain.

3) Kapasitor

• Kapasitor adalah komponen yang berupaya menyimpan dan nyah-cas elektrik. Ia


berfungsi sebagai penapis kepada voltan. Kapasitor tergolong kepada dua jenis
iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub. Kapasitor jenis tidak berkutub
berfungsi membenarkan arus ulang alik melaluinya dan cara ia bekerja juga sama
untuk semua jenis kepasitor.

• Kapasitor jenis berkutub biasa terdiri dari kapasitor jenis Elektrolitik. Selain itu
juga terdapat kapasitor jenis Tantalum. Kapasitor mempunyai dua kaki sama ada
berkutub atau pun tidak.

Terdapat beberapa jenis kapasitor tetapi hanya dua jenis yang utama:

1. Jenis Elektrolitik
2. Jenis Bukan Elektrolitik
Jenis Bukan Elektrolitik: ia juga dikenali sabagai kapasitor tidak berkutub. Ia tiada
kutb positif dan negatif. Pemasangannya tidak kisah ikut kaki mana sekali pun.
Kapasitor jenis cakera adalah yang biasa sekali digunakan dalam litar elektronik.
Yang lain adalah seperti kapasitor jenis mika dan jenis seramik. Kapasitor jenis
cakera berwarna coklat dan bentuknya seperti cakera.

Jenis Elektrolitik: ia juga dikenali sebagai kapasitor berpolariti positif dan negatif.
Perlu berhati-hati semasa membuat pemasangan. Pastikan kakinya dipasang betul
mengikut polariti. Pemasangan yang salah boleh memberi kesan kepada litar dan
kapasitor boleh rosak atau mengeluarkan letupan kecil. Kapasitor jenis ini biasanya
digunakan bagi nilai kapasitan yang besar. Namun begitu kapasitor jenis ini kurang
stabil atas sebab ianya mudah dipengaruhi oleh suhu dan juga kesan fizikal yang lain
berbanding jenis bukan elektrolitik yang lebih stabil. Harganya juga agak mahal
berbanding yang lain.

Bagaimana membaca nilai kapasitor?

Bagi kapasitor tidak berkutub atau bukan elektrolitik, terdapat label yang dicetak di
atas badan kapasitor tersebut. Label-label tersebut merupakan kod-kod bagi nilai
kapasitor tersebut. Bagaimana untuk membacanya?
Anda mungkin terbaca kod seperti ini 101, 102, 103, 104 dan sebagainya. Oleh itu
digit pertama dan kedua adalah nilai. Manakala gigit ketiga adalah niali pendarab.

Contoh seperti 104 = (10 x 10e4)pF = 10e5pf = 103-7F = 0.1uF

Contoh lain 103= 0.01uF, 224= 0.22uF, 102= 0.001uF

Jika terdapat label seperti 1K5, 100, 200 10K dan sebaginya, oleh itu ia adalah nilaian
pF.

Contoh 1K5 bermaksud 1.5KpF.


Untuk kapasitor berkutub, terdapat nilai bercetak di atas badan kapasitor tersebut.
Label tersebut mempunyai nilai kapasitan dan voltan maksimum kapasitor tersebut.

Apakah fungsi kapasitor. Fungsi kapasitor sebagai penyimpan cas elektrik, sebagai
penapis dan penulin voltan DC. Ia membenarkan isyarat AC dan menahan isyarat DC
dari melalui. Kapasitor dibaca dalam unit Farad (F). Terdapat 3 peringkat nilai Farad
iaitu µ (mikro), n (nano) dan p (piko).

4) Transistor

• Komponen transistor meruapakan komponen aktif tidak seperti perintang dan


kapasitor yang merupakan komponen pasif. Komponen aktif mengandungi bahan
binaan aktif seperti Silikon, Germanium dan sebagainya yang meruapan bahan
separa pengalir yang penting dalam transistor.
• Transistor berfungsi sebagai penguat. Ia menguatkan voltan dan arus mengikut
penyambungan litar tertentu. Selain itu juga transistor boleh berfungsi sebagai
suis. Suis elektronik. Kaki transistor adalah 3 iaitu Base (tapak), Collector
(pemungut) dan Emitter (pengeluar/ pemancar). Ketiga-tiga kaki ini mempunyai
fungsi tertentu.

• Fungsi transistor menggandakan arus, sebagai contoh ia boleh digunakan untuk


menggandakan arus keluaran yang kecil untuk menghidupkan lampu, relay atau
sebagai peranti berarus tinggi. Perintang bertindak sebagai penukar perubahan
arus kepada perubahan voltan, jadi transistor akan menggandakan voltan tersebut.
Transistor juga berfungsi sebagai suis. Apabila ada arus maksimum transistor
dalam keadaan on dan apabila tiada arus ia menjadi off dan bertindak sebagai
penguat.
• Transistor terdapat dalam 2 jenis iaitu NPN dan PNP. Ia boleh dilihat pada simbol
kedua-dua jenis transistor. Kaki-kaki transistor dilabelkan sebagai BASE (tapak),
COLECTOR (pemungut) dan EMITTER (pengeluar). Transistor mempunyai 3
kaki pada asasnya. Setiap transistor mempunyai turutan label kaki yang tidak
sama dan amat sukar untuk menentukannya melainkan merujuk kepada data sheet
transistor berkenaan.
• Transistor adalah komponen aktif dan ianya sensitif kepada haba. Oleh itu
berhati-hati ketika membuat kerja pematerian. Jangan terlalu lama mengenakan
soldering iron kepada kaki transistor. Jika terlalu panas transistor itu, besar
kemungkinan transistor akan rosak. Sesetengah litar projek tidak berfungsi
disebabkan transistor yang rosak semasa kerja pematerian. Untuk mengatasi
masalah ini, anda boleh guna penenggelam haba (heat sink) yang dilekatkan pada
badan transistor semasa membuat pematerian. Cara yang boleh digunakan adalah
dengan menyepit transistor dengan klip buaya (crocodile clip).
• Transistor boleh menghasilkan haba semasa ia bekerja. Namaun tidak semua
transistor akan panas. Biasanya power transistor atau transistor yang mempunyai
badan besi atau penenggelam haba. Transistor ini apabila sedang bekerja ia akan
menghasilkan haba panas apabila disentuh oleh jadi. Untuk transistor yang terlalu
panas melebihi keupayaannya akan menjadi rosak. Salah satu cara untuk
mengurangkan kepanasan itu adalah dengan melekatkan heat sink pada badan
transistor tersebut.

Menguji Transistor
Bagaimana untuk mengetahui kerosakan transistor. Terdapat dua cara yang boleh
anda gunakan.

1. Menggunakan meter pelbagai


• Anda boleh guna meter digital atau meter analog. Tidak kira yang mahal atau
yang murah. Asalkan ia boleh ukur voltan, perintang dan LED. Setkan
meterpelbagai pada julat penguji diod untuk meter digital atau untuk meter analog
setkan pada julat Ohm yang paling rendah seperti X1.
• Lakukan 6 pengujian kepada kaki-kaki transistor iaitu pada kaki B, E dan C.
Sebelum itu sila pastikan nama kaki transistor tersebut iaitu B, C dan E. Untuk
mengetahui nama kaki transistor anda boleh lihat pada data sheet transistor
tersebut.
• Uji B dan C. Uji kaki B pada prob merah dan C pada prob hitam dan kemudian
tukar prob merah untuk kaki C dan hitam untuk kaki B. Terdapat bacaan pada
salah satu ukuran dan transistor dalam keadaan baik. Jika tiada sebarang bacaan
atau jarum meter tidak naik atau terdapat dua bacaan yang sama, maknanya
transistor rosak.
• Uji B dan E. Uji kaki B dan E pada prob merah dan hitam dan lihat bacaan.
Kemudian buat pertukaran prob dan lihat bacaan. Terdapat salah satu bacaan dari
dua ujian tadi dan transistor dalam keadaan baik. Jika tiada bacaan dari kedua-dua
ujian tadi atau terdapat dua bacaan dari dua ujian tadi maknanya transistor rosak.
• Uji C dan E. Uji kaki C dan E bagi dua keadaan prob merah dan hitam kemudian
hitam dan merah. Transistor yang elok tidak menunjukkan apa-apa bacaan. Jika
terdapat sebarang bacaan, transistor adalah rosak.

Pengujian transistor yang ditunjukkan tadi sama caranya untuk transistor NPN
atau pun PNP.

1. Menggunakan mengujian litar mudah.

• Bina litar mudah seperti rajah yang ditunjukkan. Anda boleh bina litar ini di atas
breadboard atau atas veroboard. Transistor tidak perlu dipasang. Hanya sekadar
keluarkan wayar atau klip buaya.
• Labelkan setiap wayar tersebut dengan B, C dan E. Untuk menguji transistor
sambungkan setiap wayar B, C dan E pada kaki transistor yang hendak diuji
mengikut kaki B,C dan E yang betul. Setelah transistor disambungkan, tekan suis
dan jika LED menyala, bermakna transistor dalam keadaan baik. Jika susi ditekan
dan LED tidak menyala, bermakna transistor adalah rosak. Litar mudah ini untuk
menguji transistor NPN. Untuk menguji transistor PNP, bina litar yang serupa
tetapi terbalikkan kaki LED dan terbalikkan punca bekalan kuasa.
• Cara lain untuk menguji transistor adalah menggunakan penguji transistor yang
dijual di pasaran.

• Cara membaca kod transistor

Untuk membaca kod transistor, anda hanya perlu baca label yang tertera pada
badan transistor tersebut. Contohnya seperti C9013, 2N3904, 2N2222, BC107B
dan sebagainya. Mudah sahaja. Tetapi saya akan terangkan serba sedikit mengenai
kod transistor ebagai pengetahuan anda.

Kod yang mulanya dari abjad B atau A. Sebagai contoh BC108, BC554, BC478
dan sebagainya. Abjad B bermaksud silikon, A adalah germanium. Abjad kedua
adalah C bermaksud frekuensi audio kuasa rendah. D bermaksud frekuensi audio
kuasa tinggi. F bermaksud frekuensi tinggi kuasa rendah. Abjad selain yang
disebutkan tadi menunjukkan transistor khas. Kadang kala terdapat kod yang
mempunyai abjad di belakang seperti BC108B menunjukkan versi transistor
tersebut. Jika dalam diagram litar menyatakan penggunaan transistor BC108B,
bermakna anda mesti menggunakan transistor tersebut. Jika diagram litar
menunjukkan transistor BC108, anda boleh gunakan apa sahaja versi transistor
tersebut seperti BC108B atau BC108C.

Terdapat transistor yang mempunyai kod di hadapannya TIP. TIP bermaksud


Texas Instrument Transistor. Kod dibelakangnya menunjukkan versinya yang
mempunyai penggunaan voltan tersendiri.
Bagaimana pula kod yang menggunakan 2N? Kod 2N menunjukkan ia adalah
transistor dan kod dibelakangnya pula merupakan kod khas bagi transistor
tersebut. Tiada logik nyata yang menggambarkan kod tersebut.

5) Diod

• Diod bentuk seakan-akan seperti perintang. Tetapi diod adalah komponen aktif
dan ianya berkutub positif dan negatif. Penyambungan kaki yang salah
menyebabkan litar tidak berfungsi. Ini kerana diod berfungsi sebagai menerus
voltan yang hanya membenarkan pengaliran arus pada satu arah sahaja. Terdapat
dua jenis diod iaitu diod kuasa dan diod isyarat.

• Diod kuasa biasa digunakan bagi litar bekalan kuasa yang melibatkan
penggunakan arus sederhana tinggi. Diod isyarat biasa digunakan untuk litar
berfrekuensi dan arusnya penggunaan yang rendah dari diod kuasa. Tidak seperti
diod zener, penyambungannya adalah terbalik pada kaki positif dan negatifnya.
• Fungsi diod adalah sebagai penerus voltan. Ia membenarkan arus terus melaluinya
dan menghalang arus ulang alik. Diad mempunyai polariti positif (anod) dan
negatif (katod). Diod adalah komponen aktif. Untuk pemasangan sila pastikan
polariti dioa adalah betul dan berhati-hati dengan pemasangan menggunakan
soldering iron kerana pemanasan yang terlampau boleh merosakkannya.
Diod mempunyai dua jenis iaitu:

1. Diod isyarat
2. Diod penerus

Diod isyarat
Diod isyarat berguna untuk litar yang membawa isyarat (maklumat) kerana arus yang
boleh melaluinya adalah tidak melebihi 100mA. Ia tidak sesuai sebagai diod penerus.
Diod yang biasa digunakan adalah seperti 1N4148 pada mana-mana litar projek. Diod
ini juga selalu digunakan bersama relay sebagai pelindung transistor atau IC. Jika
tiada diod disertakan ia boleh menyebabkan transistor rosak kerana menerima voltan
puncak tinggi dari gegelung relay semasa relay off. Dengan adanya diod ini, ia akan
mengalirkan voltan yang tidak diperlukan itu serta menjaga transistor dari rosak.
Kedudukan diod adalah terbalik untuk berada dalam keadaan terbuka supaya relay
boleh on.

Diod penerus
Diod penerus berfungsi sebagai penerus menukarkan arus AC kepada arus DC. Diod
yang biasa digunakan adalah 1N4001, 1N4002, 1N4007 dan yang seumpamanya.
Arus yang boleh melaluinya adalah tinggi berbanding diod isyarat. Kesemua diod
penerus adalah jenis silikon dan bukan jenis germanium. Ia berfungis penuh pada
voltan 0.7V. Manakala voltan maksimun untuk voltan songsang adalah tidak melebihi
50V. Diod jenis ini biasanya digunakan sebagai penerus untuk litar bekalan kuasa
yang mengandungi 1 atau 2 atau empat diod. Terdapat juga diod yang dibina dalam
bentuk pakej yang mempunyai 4 diod sesuai untuk litar penerus. Ia dikenali sebagai
penerus jejambat.
Diod penerus dan diod isyarat menggunakan simbol yang sama.

Diod Zener
Diod zener merupakan diod istimewa yang berfungsi sebagai penstabil dan penghad
voltan. Jika voltan 12 v melalui diod zener 9v, maka hanya voltan 9 v sahaja yang
akan keluar melangkaui diod zener tersebut. Cara pemasangan diod ini adalah
terbalik. Tanda garisan negatif perlu disambung punca positif bekalan kuasa dan kaki
satu lagi perlu disambung pada punca negatif. Terdapat pelbagai voltan yang
ditentukan pada setiap diod zener dan voltan minimun adalah 2.7V.
Untuk mengenali diod zener adalah melalui kod seperti BZX... atau BZY... Anda
boleh lihat terdapat label seperti 9V1 pada badan diod tersebut. Ia bermakna 9.1 Volt.

Diod foto

Sejenis diod yang istimewa. Ianya adalah sejenis sensor. Terdapat pelbagai bentuk
diod foto dan pelbagai fungsi digunakan. Fungsi utama adalah sensor kepada isyarat
infared atau cahaya. Bergantung kepada penggunaan.

Selain itu terdapat diod yang mengeluarkan isyarat infrared. Isyarat tersebut tidak
boleh dilihat dengan mata kasar melainkan melalui alat tertentu atau alat pengesan.
Bentuknya seperti LED dan saiznya juga sama. Bezanya ia tidak mengeluarkan
cahaya.

6) LED

• LED adalah sejenis diod. Keistimewaannya ia mengeluarkan cahaya. Ia juga


terdapat dalam pelbagai warna seperti merah, kuning, jingga, biru, putih, hijau
dan sebaginya. Selain itu LED terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.
• Ada yang bentuk biasa, bentuk selinder, bentuk kotak dan sebagainya.
Penggunaan LED sangat meluas dan sering digunakan dalam litar elektronik
mahu pun litar projek. LED menggunakan voltan dan arus yang kecil untuk
menghidupkannya.
• Tidak seperti mentol lampu, ia menngunakan arus yang tinggi dan
menghasilkan haba. LED tidak menghasilkan haba.
• Kaki LED mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod). Pemasangan
kaki LED yang terbalik menyebabkan LED tidak menyala.
• Voltan LED tidak boleh melebihi dari 3 Volt. Jika lebih kemungkinan LED
akan terbakar. Oleh itu jika ingin menguji LED dengan menggunakan bateri 9
volt, anda perlu sambungkan dengan satu perintang 1K Ω.
• Jika anda pernah lihat LED mempunyai 3 kaki, ia adalah tri-color LED. LED
tersebut boleh mengeluarkan 3 warna iaitu merah, hijau dan jingga. Terdapat 3
kaki, yang mana kaki tengah adalah anod, manakala dua kaki yang pendek
adalah adalah anod dan setiap satu akan menghasilkan warna merah dan hijau.
Jika digabungkan kedua-duanya akan menghasilkan warna jingga.
• Untuk menguji diod adalah mudah. Anda perlu meterpelbagai jenis analog
atau digital. Terdapat meter digital yang mempunyai julat untuk menguji diod.
Untuk menguji diod, prob merah perlu berada di kaki katod dan prob hitam
pada kaki anod. Ia adalah terbalik untuk memastikan meter akan menuntukkan
bacaan atau jarum meter akan naik.
• Jika jarum meter atau terdapat bacaan bagi kedua-dua arah kaki diod yang
diuji, bermakna diod dalam keadaan pintas dan rosak. Sama juga jika tiada
apa-apa bacaan bagi kedua-dua arah kaki yang diuji, bermakna diod dalam
keadaan terbuka dan rosak.
• Untuk menguji diod di atas litar, salah satu kaki diod perlu dibuka. Kemudian
buat pengujian seperti biasa.
7) IC (Litar Bersepadu)

• IC selalu digunakan untuk litar tertentu. Tidak semua IC yang digunakan


boleh dimuatkan pada litar elektrik lain semua. Fungsi setiap IC perlu
mengikut litar yang digunakan. IC adalah komponen aktif dan mempunyai
banyak bilangan kaki.

• IC mudah rosak jika beberapa faktor tidak diendahkan seperti terkena suhu
panas yang tinggi, penggunaan voltan tinggi tidak mengikut voltan IC yang
ditetapkan.
• Litar persepadu atau intergated circuit (IC) merupakan komponen aktif dan
ianya merupakan sejenis komponen yang mempunyai fungsi tertentu. Ia
merupakan satu litar istimewa yang dimuatkan dalam satu tempat dan
mengandungi berpuluh-puluh, beratus-ratus dan beribu-ribu perintang, diod,
transistor dan kapasitor. Setiap IC mempunyai fungsi tertentu dan sesuai untuk
litar-litar yang ditentukan.
• Anda boleh rujuk pada data sheet IC yang anda ingin guna. IC secara
fizikalnya mempunyai banyak kaki yang mana setiap kaki mempunyai fungsi
tertentu. Sebagai contoh IC 555 digunakan untuk litar pemasa, IC 4017 untuk
litar projek LED, IC 741 untuk litar sensor, IC TDA2002 untuk litar penguat
audio dan banyak lagi.
• IC tidak boleh diukur seperti komponen lain melainkan dengan mengukur
nilai voltan pada kaki IC terbabit. Setiap IC mempunyai voltan maksimum
tersendiri. Anda boleh rujuk data sheet IC terbabit. Sebagai contoh IC
CA106A menggunakan voltan tidak melebihi 5 volt dan IC LM3914 boleh
menerima voltan 12 volt dan banyak contoh lagi. Untuk kemudahan anda, sila
ikut label voltan pada diagram litar projek kerana ia bersesuaian dengan
dengan voltan IC.

8) PIR (Passive Infrared) Sensor

• PIR merupakan singkatan untuk Passive Infrared. Ianya merupakan pengesan


pergerakan. Pengesan ini mengesan radiasi infrared dipancarkan dari suatu objek.
Ia hanya mempunyai satu pin keluaran dan dua pin yang disambungkan kepada
5V dan GND secara berasingan. Pergerakan akan dikesan apabila satu sumber
pemancar infrared contohnya: suhu badan manusia melalui satu sumber suhu yang
lain seperti dinding.

• Unit keluaran adalah tinggi apabila pergerakan dikesan. Jika terdapat pergerakan
berterusan, keluaran adalah tinggi. Apabila, pergerakan terhenti, keluaran tinggi
untuk berberapa saat (bergantung kepada kawalan perintang boleh ubah).

• Keluaran akan terus tinggi untuk jangka masa yang panjang jika H dari jumper
dipilih. Untuk projek ini, rintangan perintang boleh ubah disetkan kepada yang
terendah supaya keluaran pengesan tidak tinggi untuk jangka masa yang lama
apabila pergerakan yang dikesan terhenti.
9) PIC16F876A (pengawal mikro)

Ciri-ciri:

• Ingatan data EEPROM 256 byte serta mengandungi aturcara sendiri

• Dalam ICD

• 2 pembanding serta 5 saluran penukar analog ke digital 10-bit

• 2 capture/compare/PWM functions

• Port sesiri segerak yang boleh dikonfigurasikan samada sebagai 3 wayar


antaramuka peripheral sesiri (SPI™) atau 2 wayar bas litar bersepadu (I²C™)

• Universal Asynchronous Receiver Transmitter (UART)

10) AC to DC Adaptor