You are on page 1of 7

BAB 5

PERBINCANGAN

Proses permulaan memateri pin penyambungan 2510

1. Selepas mendapat alat-alat yang diperlukan dalam litar, proses memateri dimulakan.
Komponen elektronik dipateri satu per satu mengikut simbol dan nama pada PCB.
Pastikan nilai dan polariti komponen elektronik pada kedudukan yang betul sebelum
dipateri.

Langkah-langkah memateri pin penyambung 2510


2. Selepas proses memateri selesai, sambungkan plag dalam PIC16F876A ke soket IC 28
pin pada kedudukan yang betul.

3. Pasang (install) MPLAB dan PICC Lite ke dalam komputer dan buka fail projek
menggunakan MPLAB. Rujuk PR1 dan PR5 untuk cara menggunakan MPLAB dan
PICC Lite.

4. Pasang bekalan kuasa dan sambungkan penyambung pengaturcara (programmer


connector) kepada papan litar untuk mengaturcara PIC. Tolak suis (slide switch) untuk
hidup (on).

5. Pengguna boleh memilih antara penyesuai (adaptor) atau bateri untuk membekalkan
bekalan ke papan litar tetapi pastikan voltan yang diberikan adalah diantara 7V dan
15V.

Penyesuai arus ulang-alik kepada arus terus (Adaptor AC to DC)

Penyambung bateri 9V
Sambungan ke PCB board

Proses Sambungan ke PCB

1. Apabila bekalan kuasa dibekalkan, LED yang berwarna hijau akan menyala.Butang
SW1 adalah satu suis yang menentukan (set) set alarm.Apabila SW1 ditekan, satu
bunyi beep akan dikeluarkan dan satu tempoh masa yang dibenarkan (15saat) akan
dilaksanakan. LED berwarna merah akan menyala dalam tempoh tadi membenarkan
pengguna atau sebarang sasaran bergerak bebas dalam kawasan perlindungan
(protection area). Mod mengesan (scanning mode) bermula dan LED akan berkelip.

2. Jika sebarang pergerakan dikesan, buzzer akan aktif dan berbunyi. LED akan berkelip
dengan lebih laju. Tekan butang reset untuk mengembalikan sistem kepada keadaan
normal.

Litar skematik Bekalan Kuasa


Passive Infrared Sensor (PIR Sensor)

Passive Infra-Red Sensor

Kendalian Operasi PIR Sensor

Komponen Pyroelectric seperti pengesan PIR (Passive Infra Red) mengandungi

elemen bahan yang terdiri daripada kristal-kristal dalam polariti yang bertentangan dan

dengan jarak 1 mm ruang optik. Pergerakan akan dikesan apabila satu sumber pemancar

infrared contohnya suhu badan manusia melalui satu sumber suhu yang lain seperti dinding.

Pengesan ini hanya mempunyai satu pin keluaran dan dua pin yang disambungkan

kepada 5V dan GND secara berasingan. Frensel lens pada pengesan ini merupakan penapis

yang unik kerana ia memfokus isyarat pengesan infra merah kepada elemen objek yang

dikesan.

Apabila pergerakan dikesan, unit keluaran akan tinggi. Jika terdapat pergerakan

berterusan, keluaran yang akan dihasilkan adalah tinggi dan apabila pergerakan terhenti,

keluaran tinggi untuk beberapa saat dan ini bergantung kepada kawalan perintang boleh ubah.

Jika H dari jumper dipilih, keluaran akan terus tinggi untuk jangka masa yang panjang.
Apabila pergerakan yang dikesan terhenti, rintangan bagi perintang boleh laras harus

disetkan kepada yang nilai terendah supaya keluaran pengesan tidak tinggi untuk jangka masa

yang lama.

PIR sensor boleh melakukan pengesanan terhadap sesuatu objek sehingga 5 meter.

Pengesanan yang berlaku pada jarak 1 meter dapat mencapai suhu sehingga 120°C. Keadaan

persekitaran yang berlainan akan mengubah suhu pada pengesan.

Pengesan ini juga direka untuk mengawal perubahan keadaan secara perlahan-lahan

samada pada suhu normal atau tidak menentu yang dapat ditunjukkan pada jenis keluaran litar

yang dihasilkan samada tinggi atau rendah.

Keadaan Operasi:

Parameter Simbol Kadar Penatapan Unit


Operasi Bekalan Kuasa Vcc +4.5V hingga +5.5V V
Operasi suhu T -15°C hingga +70°C °C
Rekaan dalaman

Rajah 2.3 Pandangan Sisi dan Pelan PIR sensor

Pengesan ini mengandungi penapis yang istimewa yang dikenali sebagai Fresnel lens

yang memfokus isyarat pengesan infra merah kepada elemen objek yang dikesan.

Ia hanya mempunyai satu pin keluaran dan dua pin yang disambungkan kepada 5V dan GND

secara berasingan.

Pergerakan akan dikesan apabila satu sumber pemancar infrared contohnya suhu

badan manusia melalui satu sumber suhu yang lain seperti dinding.
Rajah 2.4 Binaan Dalaman PIR sensor

Penerangan Pin PIR:

Pin Nama Fungsi


- GND Disambung kepada Ground
OUT Output Disambung kepada pin I/O untuk mod masukan
+ Vcc Disambung ke Vcc (+5V to + 20V)

Penerangan Jumper Setting:

Kedudukan Mod Definisi


H Retrigger Keluaran tinggi apabila terdapat pergerakan berterusan
yang dikesan oleh pengesan. Keluaran menjadi rendah
apabila tiada objek yang dikesan atau idle.
L Normal Keluaran menjadi tinggi dan bila objek yang dikesan
semakin hilang, keluaran seterusnya yang akan dihasilkan
adalah rendah.