1.0 PENDAHULUAN Jepun ataupun Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit.

Masyarakat primitif Jepun dikenali sebagai Ainu yang merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid.1 Ringkasnya, sejarah awal Jepun terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu dimulai dengan Zaman Jomon dan Zaman Yayoi (600 S.M – 709 S.M ), Zaman Nara (710-784 S.M), Zaman Heian (7841185 T.M), Keshogunan Kamakura (1192 T.M), Keshogunan Ashikaga (1338-1573 T.M), Sengoku Jidai, Keshogunan Tokugawa (1603-1867 T.M) dan diakhiri dengan Zaman Meiji. Pada zaman awal Jepun, kuasa mereka tidaklah menonjol kecuali selepas pengambilalihan kuasa Meiji pada 1868.2 Sejarah panjang kebudayaan Jepun selalu ditandai “Iitoko-Dori’’.3 Kepandaian Jepun dalam berasimilasi dengan persekitaran telah bermula sejak zaman Meiji.4 Jika dilihat, Jepun telah meminjam banyak unsur-unsur luar dan bukan bermula dari Era Meiji namun dari era terdahulu terutama dari Cina dan Korea, dan pada masa moden “meminjam’’ dari kebudayaan Barat.5 Setelah berakhirnya Perang China-Jepun khususnya, Jepun telahpun diserapi dengan kebudayaan luar terutama kebudayaan dari China. Hanya semasa pemulihan Meiji barulah budaya Barat terbuka kepada penduduk Jepun dan menjadi perintis kepada kewujudan pelbagai budaya di Jepun.6 Walaupun pada awal 1890-an, kebudayaan China masih kukuh di Jepun terutama dalam kalangan konservatif ataupun gerakan nasionalisme Jepun.7 Akan tetapi, atas semangat “Jepun Baru”, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pemulihan Meiji merupakan salah satu konsep mengembalikan kedudukan kuasa maharaja kepada kedudukan sebenar sebagai
1

Beberapa orang ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu telah tinggal di Jepun selama lebih kurang 5000 tahun yang dulu dan ia dapat dibuktikan melalui penyelidikan arkeologi. Rujuk buku M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 2. 2 Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 – 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30-an dan penghujung 20-an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. 3 Kemampuan mengadaptasi kebudayaan asing dan seterusnya berasimilasi menjadi budaya setempat yang unik. Buktinya, Iitoko-Dori ini terlihat pada pesatnya kemajuan bidang industri dan ekonomi Jepun, setelah kekalahan Perang Dunia II pada 1945. 4 Untuk lebih matlumat, sila rujuk buku Yutaka Tazawa, Shunsuke Okuda & Yasunori Nagahate, Terjemahan oleh M. Rajendran, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, Jepun: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, 1987, hlm. 99. 5 Kejayaan Meiji ialah kebolehannya mengubah struktur feudal Jepun dan membentuk semula Negara mengikut model barat. Idea-idea barat juga dilaksanakan secara meluas dalam aspek pentadbiran, pendidikan, kewangan, ketenteraan, perindustrian dan dasar luar. Sila rujuk buku Samri Sainuddin, Mohd Shariefuddin Abdullah, Zuraini Jamil dan Ahmad Sohaimi, Modul Titas 2, Perak: Malim Teguh Trading, 2001, hlm. 123. 6 Sila rujuk buku H. Paul Varley, Japanese Culture: A Short History, Tokyo: Charles E. Tuttle Company, 1995, hlm. 195. 7 Ibid, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, hlm. 100.

1

ketua masyarakat yang tertinggi.8 Walau bagaimanapun, kuasa ini sebenarnya hanyalah merupakan simbolik kepada pemerintahan maharaja dan pentadbiran sebenarnya dipimpin oleh beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif untuk menjatuhkan rejim Tokugawa.9 2.0 KEBUDAYAAN SEMASA MEIJI Jika kita analisa, kebudayaan semasa pemerintahan Meiji sangat berkembang pesat. Perubahan dan pemulihan telah dibuat oleh Meiji bagi kepentingan semua rakyat merangkumi semua aspek kehidupan. Sejarah kebudayaan Jepun telahpun bermula bukannya daripada Meiji tetapi sejak zaman Jepun awal lagi. Namun, pada Meiji kebudayaan menuju ke satu arah pembaharuan dan dianggap tinggi statusnya oleh pemerintahan Meiji. 10 Zaman ini selalunya dipanggil era “kebudayaan dibaratkan. Percubaan dengan pengaruh kebaratan dapat dilihat melalui hasil sajak, di mana penyajak-penyajak Jepun adalah pada mulanya didorong oleh kuasa-kuasa Barat terutamanya oleh british, dan akhirnya menerima pengaruh seperti Perancis iaitu seperti Symbolism, Dadaism, dan Surrealisme, walaupun terdapat beberapa sajak tradisional. Orang Jepun menjemput juruteknik-juruteknik, jurutera, arkitek, dan seniman daripada Eropah dan negara-negara Barat yang lain bagi mengajar mereka kemahiran-kemahiran moden untuk membangkitkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar. Era Meiji menjadi satu zaman yang menggunakan teknik artistik yang kebaratan dan mempunyai stail. Arkitek dan seniman mencipta bangunan-bangunan yang sangat besar yang terdiri daripada keluli dan tetulang konkrit dengan ruangan ala Greek, lukisan cat minyak Eropah yang sesuai dengan kedalaman. Hakikat yang kebudayaan Barat bagaimanapun sedang tersebar dan mempengaruhi dengan mendalam kehidupan orang Jepun tidak dapat dinafikan. Namun, apa yang sering berlaku ialah pertembungan dua budaya, yang menghasilkan dorongan sesama, ataupun yang kerap berlaku dalam bidang kesenian, percantuman bentuk yang sangat diingini. 2.1 KESENIAN
8 9

Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 60. Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603 hingga 1616. Beliau merupakan pemimpin yang teragung di Jepun pada abag=d ke-17. Selain itu, beliau merupakan pengasas kepada Keshogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan Tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Walaupun mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang semasa era Keshogunan ini, namun masyarakat pada masa itu masih menggalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri. Ketidakseimbangan taraf pendapatan serta monopoli oleh golongan saudagar serta kemiskinan yang melanda masyarakat menyebabkan kejatuhan Tokugawa ini. 10 Rujuk buku William J. Duiker & Jackson J. Spieluogel, World History: Comprehensive Volume, Kanada: Thomsan Learning, Inc, 2001, hlm. 711.

2

2.1.1 DRAMA Kabuki11 adalah sejenis teater tradisional Jepun. Teater Kabuki dikenali ramai kerana gaya dramanya dan juga solekan yang dipakai oleh pelakonnya. Tulisan Kanji individual dari kiri ke kanan bermaksud menyanyi, menari dan kemahiran. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, ‘prop’ dan sebagainya. Kabuki menggalami perubahan besar. Hal ini kerana kegemilangannya semasa Zaman Edo terus berkembang sehingga ke Zaman Meiji. Perubahan budaya yang besar bermula pada tahun 1868 dengan kejatuhan Shogun Tokugawa, penghapusan kelas samurai dan pembukaan Jepun kepada Barat. Ini telah membantu membangkitkan semula Kabuki12. Dalam Era Edo, Kabuki diminati oleh saudagar-saudagar (yang menduduki hierarki terendah dalam sistem sosial), manakala drama mendapat tempat yang tinggi semasa Era Meiji.13 Sedang budaya ini bergelut untuk timbul dari pengasingannya, pelakon cuba mendapatkan reputasi Kabuki di kalangan kelas atasan untuk mengikut citarasa moden. la terbukti berjaya iaitu pada 21 April 1887 dengan satu persembahan yang diadakan untuk Maharaja Meiji. Kebanyakan rumah Kabuki telah musnah semasa pengeboman Perang Dunia Kedua dan pihak penjajah Kuasa Sekutu mengharamkan persembahan Kabuki selepas peperangan. Namun, pada tahun 1947, pengharaman ini dibatalkan. Ini bermakna, semasa Era Meiji, seni Kabuki mula dianggap statusnya sehingga diminati oleh golongan atasan. Salah seorang pelopor Kabuki teragung ialah Ichikawa Danjuro (1838-1903).14 Peranan beliau menyebabkan munculnya satu golongan yang dikenali Shinpa15 pada pertengahan era pemerintahan Meiji. Shimpa telah
11

Sejarah Kabuki bermula pada tahun 1603 semasa Okuni ataupun lebih dikenali sebagai Izumo No Okuni, seorang Miko (Perempuan muda yang berkhidmat di Kuil Shinto) dari kuil Izumo Taisho mula mempersembahkan drama tarian baru di tebing sungai Kyoto. Pelakon perempuan melakonkan kedua-dua watak lelaki dan perempuan tentang kehidupan biasa. Gaya ini kemudiannya menjadi lebih popular dengan Okuni turut diminta melakukan persembahan di hadapan golongan diraja. Di dalam kebangkitan kejayaannya, banyak kumpulan Kabuki telah ditubuhkan dan seni ini dilihat sebagai drama tarian yang dipersembahkan oleh perempuan, satu bentuk yang sangat berbeza pada hari ini. Apabila bilangan kumpulan Kabuki semakin bertambah, kebanyakan pelakon turut menawarkan perkhidmatan pelacuran. Oleh kerana itu, Kabuki telah ditulis sebagai pelacur yang menyanyi dan menari semasa di Zaman Edo. 12 Sila rujuk buku Shirley Hew, Cultures Of The World Japan, Singapore: Times Editions Pte. Ltd, 1990, hlm. 94. 13 Ibid, hlm. 72. 14 Beliau merupakan seorang pelakon terkenal yang menjadikan Kabuki satu seni drama yang halus dan sofistikated. Beliu telah mementaskan drama istimewa yang menggambarkan sejarah dan peristiwa yang benarbenar berlaku pada masa lampau. Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 73-74. 15 Rujuk buku Conrad Totman, A History Of Japan, United Kingdom: Blackwell Publishers Ltd, 2000, hlm. 355.

3

mempersembahkan drama-drama yamg berkaitan dengan politik dan hal ehwal semasa, di samping memaparkan peristiwa-peristiwa perang Jepun di Asia. Beliau telah mengubahsuai komposisinya muka dan pengucapan dan pergerakan bagi menjadikan mereka lebih realistik. dan semasa 1890, puisi Jepun digunakan, tanka ( Meiji penggal untuk 31 suku kata waka), dan kanshi lebih kreatif untuk menyatakan mereka mempunyai individualisme, kebebasan, dan sensibiliti romantik. Bagaimanapun, pengkritik utama puisi dan drama telah menggunakan orang Eropah, khasnya hasil dari kerja-kerja puisi pada abad kesembilan belas penulis-penulis bahasa Inggeris. Style puisi yang baru,(shintaishi) diperlengkap dan digabungkan dengan hasil kerja yang lebih tua, dan baru dan pelbagai drama diperlengkap dan sebahagiannya membentuk drama yang baru. Selain itu juga, pada era Meiji, rrama Kabuki telah menggalami perubahan-perubahan lain dalam bentuk muzik, pentas, peralatan, struktur panggung dan teknik lampu. Turut mendapat tempat ialah industri filem. Pengusaha filem telah menikmati banyak keuntungan dalam bidang ini ekoran beberapa buah filem yang dipetik daripada adegan-adegan Kabuki. Pelakon-pelakon Kabuki yang berlakon dalam beberapa filem terawal biasanya merupakan filem-filem bisu. Buktinya, panggung wayang yang pertama telah dibina dalam tahun 1903 dan menjelang akhir Era Meiji. Drama pementasan sandiwara Barat yang lain turut muncul pada permulaan Meiji ialah Shingeki.16 Ia mengambil pendekatan yang bercorak realistik dan intelektual dalam persembahannya dengan menonjolkan keburukan politik masyarakat Meiji. Ia dipelopori oleh Tsubouchi Shoyo, Osanai Kaoru dan lain-lain. Ia sejenis persembahan teater bentuk baru yang bermula di Osaka dalam lewat lapan puluhan. Ia menggunakan ucapan kehidupan harian yang diaspirasikan oleh peristiwa-peristiwa. Shinpa terbukti terkenal, dan merebak Tokyo, dan sepanjang sembilan puluhan ia telah diambilalih oleh kabuki, yang memperkenalkan gayagaya penyampaian tersendiri, memberi genre satu endosentrik dan menekankan perpaduan.

2.1.2 SENI LUKIS Perubahan dalam gaya hidup dan sosial masyarakat telah menyebabkan perubahan dalam seni Jepun. Dalam bidang ini, pemerintahan Meiji telah memperbaharui semula seni lukis
16

Shingeki merupakan lakonan bagi watak-watak wanita, dan ia telah digunakan untuk penyampaian dramadrama asing. Ibid.

4

tradisional Jepun. Ia telah dipelopori oleh Shimomura Kanzon, Okakura Tenshin dan lain-lain. Pada masa ini, lukisan minyak telah menjadi trend dan diminati oleh semua pelukis. Campuran ilustrasi Barat juga menjadi satu gaya ikutan oleh para pelukis Jepun. Warna-warna yang jelas (bold) telah semakin banyak digunakan oleh para pelukis Jepun yang semakin meminati gaya lukisan daripada Barat.17 Jika dilihat, rangaku iaitu seniman semasa Zaman Edo telah memulakan seni lukisan sejak dari dulu lagi dan unsur-unsur ragam Eropah dan teknik Jepun telah pun bersatu. Sepanjang Meiji, pengimportan paling ketara lukisan minyak, dimana bahan-bahan dan hasil keindahannya mungkin berbeza dengan lukisan air. Sesungguhnya, kelihatan jelas bahawa semas Era Meiji, seni berjaya menggalami transformasi seperi di Barat. Mereka menandakan lukisan minyak, dan gayanya, sebagai yoga (lukisan barat), manakala semua gaya watercoll Jepun, adalah dikenali sebagai nihonga (Lakaran Jepun). Seniman telah dirangsang untuk mengenalpasti diskriptif sifat-sifat yoga dan nohonga dan mencantumkan mereka untuk membentuk satu kebudayaan baru yang mustahak yang akan menjadi keduanya "Jepun" dan "moden". Kesenian ini diikuti oleh perkembangan dalam bidang seni plastik dimana pola yang sama, dan mungkin pemautan paling berjaya adalah hasil daripada gabungan antara Jepun dan moden di dalam bidang mencetak.18 Selain itu, pembaharuan dapat dilihat dalam bidang seni moden ataupun fine art di mana mass graphics atau popular fashions dalam pakaian dan barangan lain sehinggakan ia menjadi salah satu seni yang diiktiraf dunia. Perubahan konsep seni horizontal dan vertikel di akhir Meiji telah mengimpretasikan satu pandangan yang positif terhadap seni Jepun di mana ia mempunyai makna-makna tersendiri.19

2.1.3 MUZIK Pada masa pemerintahan Meiji, muzik tidak terkecuali menerima arus perubahan dari Barat. Kemasukan piring-piring hitam Barat terdapat di Jepun. Muzik intrumental dan vokal mula
17 18

Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 72. Ibid, A History Of Japan, hlm. 357-358. 19 Elise K. Tipton dan John Clark, Being Modern In Japan: Culture And Society From The 1910s To The 1930s, Singapore: Australian Humanities Research Foundation, 2000, hlm. 25-27.

5

mendapat tempat. Tarian Barat, iaitu Ballroom mula menjadi popular terutama dikalangan aristokrat dan elit politik. Keadaan ini menyebabkan Barat semakin diterima dalam masyarakat Jepun. Minat dalam alat-alat dan gaya muzik tradisional mula dipupuk dan dihidupkan semula. Selain itu, lagu asli meneruskan kewujudannya di kalangan orang awam, dan muzik yang baru tetapi mempunyai genres yang menarik telah mendapat penyertaan dari orang ramai. Orang kaya semasa pra-Meiji, telah membina pelbagai kemudahan bagi menghayati seni muzik seperti gagaku Court Music, tempat nyanyian bagi penganut Buddha, muzik iringan untuk teater no dan kabuki, dan memasang lagu di kawasan warung teh dan rumah pelacuran adalah diperlengkap dan muzik gereja sepanjang 1860, dan lagu untuk kanak-kanak sekitar 80-an. Angkatan tentera asing membawa masuk bunyi the sounds of life, seperti gegendang (drum), dan trompet; mubaligh, membawa alatan bunyi untuk sesi nyanyian dan koir. Namun begitu, hasil seni tradisonal tidak pula dilupakan dan semakin berkembang dari hari ke hari. Contohnya, Gagaku (suatu gaya muzik yang dimainkan di istana-istana diraja). Shakuhachi (seruling buluh), koto(sebuah alat bertali), dan samisen20 (sebuah alat muzik bertali tiga)21 juga telah dihidupkan kembali. Selalunya, koto dan samisen digabungkan dengan campuran alat-alatan dari Barat seperti biola untuk menghasilkan paduan muzik tradisional Jepun dan Barat. Ketiga-tiga alat muzik tradisional seperti koto, samisen dan shakuhachi telah digunakan secara meluas bagi menghasilkan seni muzik dan keadaan ini telah mengembalikan kegemilangan alat-alat muzik tradisional semasa di Era Meiji.22 Pembukaan institusi muzik merancakkan lagi proses perkembangan semasa era pemerintahan Meiji. Sepanjang 1870-an, Izawa Shuji belajar di United State, di mana dia mendapati pengajar-pengajar dia telah melihat sekolah muzik adalah baik untuk kesihatan dan pengucapan kanak-kanak. Dia cuba menggunakan konsep yang sama di Jepun tetapi isu pendidikan adalah sesuatu yang sukar di Jepun. Dia telah mengaplikasikan muzik ke dalam pendidikan di mana muzik tersebut akan menggalakan pembangunan "muzik sesuai untuk negara kita," dan satu muzik yang akan menggabungkan "Eropah dan Timur".23 Usaha beliau telah berjaya di mana pada lewat 90-an, puluhan muzik telah diterima oleh rakyat Jepun yang
20

Shamisen mempunyai tiga utas tali seperti balalaika, mempunyai satu kertas kulit diliputi bunyi kotak, dan dimainkan dengan sekeping plektrum seperti satu banjo. Persamaannya, ia kedengaran seperti sama ada alat balalaika (alat untuk orang Rusia) dan banjo, untuk orang Afrika. Rujuk buku, Japan Culture Institute, A Hundred Things Japanese, Japan: Japan Publications Trading Co., Ltd, 1975, hlm. 143-144. 21 Samisen atau Shamisen adalah sangat popular di kalangan rakyat biasa semasa Era Tokugawa. Alat ini dibawa ke Jepun daripada Kepulauan Ryuku (Okinawa) oleh saudagar-saudagar Jepun. 22 Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 72. 23 Sepanjang 80-an, apabila muncul golongan elit Meiji yang melihat cara Izawa boleh menghasilkan penduduk yang rajin. Oleh itu, mereka telah meminta Izawa membentangkan kertas kerja "pendidikan moral sesuai," iaitu satu disiplin yang akan meningkatkan patriotisme. Ibid, A History Of Japan, hlm. 358.

6

diajar di sekolah-sekolah swasta. Pada masa tersebut, ahli muzik telah menggabungkan melodi tempatan dan asing bagi menghasilkan corak-corak nada yang baru bagi kedua-dua muzik.24 2.2 KESUSASTERAAN Dalam Era pemerintahan Meiji, bidang kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang paling berkembang. Semasa Meiji juga kita dapat lihat bagaimana pengaruh Barat sangat kuat dan mempengaruhi kesusasteraan Jepun. Hal ini dipertunjukkan melalui kewujudan dan kebanjiran banyak karya-karya sastera daripada Barat yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Jepun seperti terjemahan biografi dan tokoh-tokoh barat terkenal seperti Homer, Shakespeare, Voltaire dan lain-lain telah mendapat sambutan yang baik terutama daripada golongan elit.25 Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Dalam bidang kesusasteraan, terdapat banyak genre atau bidang yang dianggotai oleh masyarakat Jepun pada masa Meiji. Jika dikaji, kedatangan Barat telah meningkatkan semangat nasuionalisme dalam diri pribumi itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui kehadiran lambakan karya-karya kesusasteraan seperti akhbar-akhbar, novel-novel, cerpen-cerpen, dan diperkukuhkan lagi melalui kegiatan persuratan dan perkembangan teknologi contohnya kegiatan percetakan. Sepanjang tahun 1880, sekumpulan anak tokyo memulakan kerja-kerja menghasilkan karya sastera dengan menggambarkan kehidupan menggunakan bahasa basahan dan idea dari Eropah seperti komplot, watak, dan lain-lain. Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous dalam tahun 1889 serta Ukigimo. Beliau telah mencipta hampir tanpa plot psikologikal descritions hidup dalam kelas menengah atas, yang merupakan paling mengharukan oleh pembaratan. Higuchi Ichiyo, sasterawati pertama moden Jepun, ditulis realistik novel tidak ketara cadangan kesukaran-kesukaran psikologikal adjusment ti kebendaliran lebih besar meiji

24

selepas tempoh permulaan penyerapan sastera barat, satu tindak balas berlaku pada pukul penghujung abad ke-19 abad kerana ramai artis telah pulang ke Jepun bersama-sama dengan teknik-teknik baru. Dalam tahun 1889, Tokyo School of Fine Arts (hari ini dikenali sebagai Tokyo Nasional University Of Fine Arts and Music ) telah ditubuhkan untuk menggalakkan seni tradisional Jepun. Beberapa dekad, seni Jepun mengalami satu kebangkitan semula yang dinamik memantul kemunculan negara serupa, dan menjadi satu negeri yang makmur dan berkuasa. Manakala sesetengah artis-artis semasa Meiji melakukan percubaan untuk mensintesis teknikteknik asli dan asing, untuk menghasilkan artistik tradisional yang baru. Ibid, World History: Comprehensive Volume, hlm. 713. 25 Antara karya-karya sastera seperti Pilgrim’s Progress, The Bible (New Testament), Social Contract (Rousseau) telah diterjemah dalam bahasa Jepun sejak dekad pertama pada zaman Meiji.

7

masyarakat.26 Gaya bahasa yang diperkenalkan oleh beliau iaitu gembun-itchi menjadi bahasa pengantar kesusasteraan yang diterima ramai oleh penulis muda yang mengembangkan aliran novel naturalistik selain Mori Ogai dengan karyanya, Gan, yang menyebabkan kebangkitan yang luar biasa dalam bidang sastera.27 Sepanjang era Meiji, telah mewujudkan sebuah bangsa yang dididik dalam kesusasteraan baru dan pemburuan kerjaya sastera, serangan ke atas idea pemikiran Sogun yang tradisional.28 Di sini, dapat dilihat bahawa pengaruh Barat telah meresap ke dalam kesusasteraan Meiji dimana hasil kesusasteraan Barat dijadikan panduan oleh orang-orang Jepun. Pada masa ini juga, telah membawa kepada kelahiran tokoh sastera yang beraliran politik seperti Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. Namun, yang patut diberikan perhatian lebih ialah Fukuzawa29 kerana beliau dikenali sebagai perintis pendidikan Barat dan juga salah seorang pemikir politik yang teragung dalam sejarah kebangkitan politik di Jepun. Beliau dikenali sebagai perintis pembelajaran kebaratan dalam banyak bidang. insan istimewa ini boleh diambil sebagai satu contoh unggul orangnya yang mempunyai sifat-sifat akal dan hati yang menggambarkan sifat pemimpin-pemimpin aktif reformasi dalam masa yang genting sejurus sebelum dan selepas pemulihan. Jika dilihat, semasa Era Meiji juga, telah muncul banyak tokoh ilmuan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan lainlain. Jika Fukukawa menjadi pelopor dalam bidang politik Jepun, Taguchi Ukichi30 pula menjadi pelopor dalam bidang ekonomi iaitu mengenengahkan konsep laissez-faire ataupun dotrin perdagangan bebas. Antara bukunya yang terkenal iaitu buku Keizai Saku atau Dasar Ekonomi.31 Selain itu, semasa Era Meiji juga, perkembangan akhbar dan majalah seiring dengan kegiatan kesusasteraan di mana para novelis, pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang telah menggunakan media sebagai alat untuk menyampaikan kepentingan mereka. Akhbar-akhbar utama sehingga tahun 1887 mempunyai kepentingan tersendiri di mana kelahiran akhbar tersebut adalah dipengaruhi dengan faktor pertumbuhan politik semasa Era Meiji yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan jika dapat menyebarkan liputan yang meluas.
26 27

Herschel Webb, An Introduction To Japan, New York: Columbia University Press, 1955, hlm. 133. Ibid, Japan: A Short History, hlm. 92-93. 28 Ibid, A History Of Japan, hlm. 355. 29 Sila rujuk buku G. B. Samsom, The Western World And Japan: A Study In The Interaction Of European & Asiatic Cultures, London: The Cresset Press, 1950, hlm. 428-429. 30 Ibid, hlm. 438. 31 Taguchi menentang perlindungan industri yang dikenakan oleh Negara kerana ia dikatakan melindungi dan menjaga hak golongan samurai dan mendorong mereka kembali kepada tabiat tradisional yang malas bekerja. Beliau telah melancarkan satu serangan yang bersifat melindungi rakyat daripada kerajaan pada 1861. langkah beliau menjadi panduan kepada tokoh-tokoh lain seperti Amano iaitu seorang ahli ekonomi yang juga telah menghasilkan dua buah karya penting kepada ekonomi Jepun iaitu The Principles Economics dan Standard Of Commercial Policy. Ibid, hlm. 439.

8

Kebiasaannya, media tulis digunakan untuk tujuan perbincangan politik dan pendidikan rakyat. Editor-editor dan ketua syarikat media pula bukannya terdiri daripada jurnalis profesional tetapi terdiri daripada orang-orang di persekitaran polotik dan sastera. Setiap jurnal mempunyai satu fokus utama iaitu untuk menyampaikan satu perincian aliran pemikiran. Antaranya, majalah-majalah kelompok (dojin zasshi), di mana ia menjadi tempat untuk menyediakan penulis-penulis dengan satu wadah untuk membentangkan kerja-kerja dan pendapat masing-masing. Klik-klik sastera timbul sekitar majalah-majalah. Klik-klik sesetengah menjadi terkenal sebagai penyokong Romanticism32 atau Naturalism, iaitu ideologi pemikiran yang dianuti. Keadaan ini menyumbang kepada kewujudan penulis-penulis idiosinkratik. Hal ini dibuktikan dengan pendaftaran di Tokyo Imperial dan Waseda University. Penyokong "Naturalisme" (shizen shugi) dan penulis-penulis bersekutu dengan Shirakaba, iaitu satu majalah sastera.33 2.3 BAHASA Bahasa ibu bagi orang Jepun secara umum adalah bahasa nasional (Kokugo) iaitu bahasa Jepun standard yang dibentuk berdasarkan bahasa atau dialek Tokyo. Namun, seseorang dapat saja menganggap bahasa ibunya sendiri adalah dialek atau bahasa daerah asalnya yang disebut Hougen. Dialek (bahasa daerah) di Jepun pernah mengalami masa krisis ketika gagasan pembentukan bahasa Jepun sebagai bahasa nasional terjadinya setelah Pemulihan Meiji 1868. Memasuki zaman Meiji ini, pemerintah Jepun menentukan bahasa nasional agar komunikasi antara masyarakat-masyarakat di seluruh daerah menjadi tidk susah. Sebelumnya, Jepun tidak mempunyai bahasa nasional, yang ada hanya bahasa-bahasa dialek atau bahasa daerah. Tidak diperlukannya bahasa nasional pada waktu itu karana mobiliti masyarakat pada zaman Edo masih terbatas. Berbeza dengan era Meiji, penggunaan bahasa nasional dalam pendidikan sangat penting dan mutlak. Hal ini seiring dengan perkembangan ilmuan di Jepun. Buku-buku dan cetakan dibuat dalam bahasa nasional. Begitu juga kaum intelektual Tokyo, anak-anak, orang dewasa semuanya menggunakan bahasa nasional. 3.0 KESIMPULAN
32
33

Ibid, Japanese Culture: A Short History, hlm. 200-201. Shirakaba menjangkau melebihi kesusasteraan menjadi sebuah kenderaan untuk perbincangan dan pameran kerja-kerja Eropah yang seumpama artis sebagai Rodin dan Renoir. manakala Naturalists bermaksud untuk mencari perkara seni dalam pengalaman sebenar bersungguh dilaporkan, penulis-penulis Shirakaba gergaji satu lebih rumit hubungan antara seni dan hidup. Untuk lebih matlumat, rujuk buku Conrad Totman, A History Of Japan, United Kingdom: Blackwell Publishers Ltd, 2000, hlm. 356.

9

Kesimpulannya, kebudayaan semasa pemerintahan Meiji adalah lebih bercorak kebaratan kerna sikap pemerintah Meiji yang mengadakan dasar pro-barat. Kita dapat lihat, bagaimana tinggalan-tinggalan sejarah lampau Meiji berkekalan sehingga sekarang. Era Meiji telah memainkan peranan positif dalam sejarah negara Jepun. Era ini telah membawa Jepun ke dalam arena politik antarabangsa yang menyebabkan Jepun menjadi salah sebuah negara yang berkuasa dan moden. Pembaharuan Meiji menjadi titik tolak kepada penghapusan sistem feudalisme yang membuka jalan kepada refomasi dan penyebaran idea-idea dan pemikiran yang lebih bersifat bebas dan bersuara rakyat. Transformasi Jepun sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa lebih menakjubkan memandangkan bahawa pencapaian ini telah terlaksana dalam tempoh kurang daripada 45 tahun.34 Kemangkatan Maharaja Mutsuhito (Maharaja Meiji) pada 30 Jun, 1912 telah digantikan oleh anaknya Yoshihito yang telah memakai gelaran Taisho. Meiji menandakan bahawa bahawa Jepun menjadi salah satu negara yang paling gemilang dan meletakkan Jepun setaraf dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan lain-lain. Negeri Jepun sezaman memberi kesan bahawa ianya adalah campuran pelbagai kebudayaan yang diimport, yang nampaknya menguasai kebudayaan asli Jepun. Namun, apabila kita lihat kembali, didapati memang ada unsur Jepun yang tulen di sini. Sejarah kebudayaan Jepun dicirikan oleh penerimaan dan asimilasi pengaruh asing yang tegas.35 Kebudayaan Jepun terutama semasa Era Meiji menunjukkan dua ciri asas iaitu dengan adanya penyesuaian antara budaya-budaya asing dan juga hasil campuran dan penyesuaian tersebut telah mewujudkan kepelbagaian dalam kebudayaan masyarakat Jepun.36 Pertembungan dua budaya iaitu budaya asli Jepun dengan budaya Barat telah menyebabkan munculnya satu kebudayaan yang berbeza dengan aspek kebudayaan secara material iaitu kebudayaan nasionalisme. Di sini, kita dapat lihat betapa kuatnya budaya keilmuan ataupun intelektual menyebabkan perubahan kepada semangat nasionalisme masyarakat Jepun. Keadaan inilah yang menyebabkan kegiatan kesusasteraan dikategorikan sebagai salah satu unsur kebudayaan yang terdapat semasa Meiji. Kegiatan nasionalisme telah tersebar dengan luas setelah Meiji mengambilalih pemerintahan kerana sikap pemimpinnya yang lebih pro-barat. Kontra yang berlawanan dengan golongan konservatif yang masih lagi mempertahankan agama lama dan adat lama menyebabkan reformasi dilancarkan terhadap pemerintahan Meiji.37
34 35

Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 60-61. Ibid, Sejarah Jepun, hlm. 94. 36 Ibid, Sejarah Kebudayaan Jepun: Satu Perspektif, hlm. 107-109. 37 Matlumat lanjut rujuk buku Irokawa Daikichi, The Culture Of The Meiji Period, New Jersey: Princeton University Press, 1969, hlm. 196-197.

10

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful