You are on page 1of 17
 
 
HALAMAN
 
1
 
KKBI PSS 3110
PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali.Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor danmenjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedahatau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secarasistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspekpendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaanatau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu prosesmembuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentuseperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/ soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantukita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yangbersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujianperlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itusesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilaikesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebutterlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagimenentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.Analisis
 –
 analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan IndeksKesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yangdihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.
 
 
HALAMAN
 
2
 
KKBI PSS 3110
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Ianya merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkenaan. Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JSU dibina hanya setelah pembina ujian menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.
Konsep
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Ciri-ciri JSU
 Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang (aras kemahiran) dan menegak (kandungan).
 Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
 Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
 Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
 Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
 Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
 
 
HALAMAN
 
3
 
KKBI PSS 3110
 Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.
Kepentingan JSU
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.
Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah 1:
 Langkah Pembinaan JSU

Reward Your Curiosity

Everything you want to read.
Anytime. Anywhere. Any device.
No Commitment. Cancel anytime.
576648e32a3d8b82ca71961b7a986505