SKRIP TEATER AZFA HANANI DIADAPTASI DARIPADA NOVEL AZFA HANANI KARYA HALIS AZHAN MOHD HANAFIAH OLEH

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

1

SENARAI WATAK AZFA HANANI BINTI ZAINAL ARIFF/TENGKU MURNI/NINI/NANI – Gadis kampung berumur 17 tahun tingkatan lima MUHAMMAD EKRAN BIN MUHAMMAD/EKRAN-Pemimpin pelajar tingkatan lima FALINA – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian KAMILAH – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian AINI – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian NORDIN – Pengawas di SM Sri Dian ROZLAN – Pengawas di SM Sri Dian HISHAM dan Rakan-rakan – Pelajar sekelas dengan Azfa Hanani di SM Sri Dian KIM SENG – Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian KAWAN HISHAM I – Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian PENGETUA – Pengetua sekolah di SM Sri Dian SYARIFAH ROZAN/KAK ROZAN – Kakak ipar Nordin TENGKU MAZRAN/ENCIK MAZRAN/ABANG RAN- Abang Tengku Murni PUAN SYAFINAZ/ KAK FINAZ – Isteri Tengku Mazran PAK MADI/PAK LONG – Bapa saudara Azafa Hanani MAK DIAH/MAK LONG-Isteri Pak Madi ZAHIDIN – Berumur lima tahun anak Pak Madi ZAHIR – Berumur 11 tahun anak Pak Madi ZURINA – Berumur 12 tahun anak Pak Madi ZURAINI – Anak Pak Madi yang lumpuh PAK HAJI ARSHAD – Rakan Pak Madi TENGKU MUZAFFAR – Abang Tengku Murni

2

DATIN MAZIAH/MAMA- Ibu Tengku Murni DATUK TENGKU MAKMUR/PAPA – Bapa Tengku Murni MAK CIK LEHA – Pembantu rumah Datin Maziah ELLINA –Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari CIKGU RAMZAN – Guru Bahasa Inggeris ADRIANI – Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari YUSNIZAN, LAILI, SYAFIKAH, FUZIANA, SYAMSUL, FAIZAN –Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari dan fasih Bahasa Inggeris ISKANDAR- Pelajar nakal yang menganggu Azfa Hanani GADIS TIONGHUA dan RAKAN – Teman tuisyen Azfa Hanani ABANG NORMAN –Isteri Kak Rozan

3

jangan masuk makmal. persoalan inikah yang terlalu hebat berombak dalam dada? Aku bersalah tetapi sesungguhnya tindakan itu bersebab. Aku pasti lambat-laun Falina. AZFA HANANI: (Mukanya masih tersembunyi disebalik buku rujukan Kimia dan hanya terdengar suara hati) Hm . FALINA: Kau ni. 4 . Tentu anggapan semua orang. AZFA HANANI mengelamun kembali memikirkan peristiwa kecurian buku di perpustakaan dan dia bimbang rahsia itu akan terbongkar) AZFA HANANI: (AZFA HANANI kembali bermonolong dan lampu kawasan lain suram dan hanya fokus kepada AZFA HANANI) Hm . Waktu pentas dibuka lampu disorotkan ke arah AZFA HANANI yang sedang mengelamun sambil membaca buku rujukan kimia. itulah penyebabnya dan aku sendiri tidak akan cuba menafikannya. Ya tak? (Rakan-rakan AZFA HANANI kembali melakukan tugas masing-masing. Adakah aku terlalu melayan gusar? Atau.. Kamilah dan Aini akan tahu perkara sebenar. Tapi aku saja . macam ada masalah saja. (AZFA HANANI tersenyum memandang wajah AINI) KAMILAH: Kalau ada masalah. nak buat uji kaji ke tak nak? AINI: (Sambil mengelap-lap tangan dengan tuala) Entahlah dia ni. terlanjur bersalah. Terdengar suara monolong AZFA HANANI. KAMILAH dan AINI sibuk menyusun radas dan bahan-bahan kimia. (Wajah AZFA HANANI berubah dan dia menundukkan mukanya menatap buku kimia) AINI: Boleh jumpa Cikgu Zamin lama-lama. Sama ada digantung atau dibuang sekolah.. Orang lain masuk makmal nak belajar. murid marhaen Tingkatan Lima Kenanga.. Suasana tempat lain dalam cahaya suram. FALINA. malas nak tegur.. Jantungku berdegup kencang mendengar penerangan Kamilah. Aku cuma mahu belajar. berupaya menggenggam segulung ijazah idaman setiap pelajar. ingin meraih ilmu sebanyak mungkin dan semoga pada suatu hari nanti... dia nak mengelamun. akulah pencuri itu! Azfa Hanani. Nani . Di sebelah AZFA HANANI. bangkai gajah tidak akan tertutup dek sehelai daun. Sejak tadi aku tengok. Ah..BABAK 1 Pentas menunjukkan situasi kelas makmal kimia dengan ada kumpulan pelajar lelaki yang sedang melakukan uji kaji manakala CIKGU SOFEA sibuk memberi penerangan sesudah itu sibuk pula menulis sesuatu pada bukunya. Aku yakin dengan kenyataan Kamilah dalam kelas pagi tadi bahawa identiti murid yang mencuri buku-buku rujukan SPM telah dikenal pasti tetapi identitinya masih dirahsiakan.. Pergilah ke bilik kaunseling. Hidupku daif. Benar. aku pasti dihukum. HASHIM dan rakan-rakan sedang menggunakan tabung didih untuk memanaskan bahan kimia.

(AZFA HANANI agak kelam-kabut dan tiba-tiba dia menarik buku rujukan Kimia milik Falina) 5 ..(Muka AZFA HANANI berubah) FALINA: (Seraya menyindir) Kenapa pula? Pagi tadi. kau kena berhati-hati sikit.. Banyak buku dah hilang. selain buku teks .. AZFA HANANI: Kau tidak boleh salahkan aku kerana lemah dalam Bahasa Inggeris kerana sebelum aku bersekolah di Sekolah Menengah Sri Dian aku bersekolah di sekolah kampung . (supaya tidak timbul kecurigaan AZFA HANANI mencapai sebiji tabung didih dan sebotol asid) FALINA: Memanglah kau lemah dalam Bahasa Inggeris tetapi sekarang kau kena beri tumpuan pada uji kaji kimia ni.. Pilih buku mana yang kau rasa elok. Baru tak rugi.. FALINA: Habis tu.. AINI: Tahu pun. aku tahu. nak belajar ke tak nak ni? AZFA HANANI: (AZFA HANANI terkejut dan mengangkat kepala seraya memandang FALINA) Nak . aku yang malu. (Ulas FALINA sambil memberi tumpuan pada buku kerja Kimianya) AINI: (AINI bercakap sambil menanti menuang air ke dalam silinder penyukat )Tapi Nani . di sekolah ini penggunaan bahasa Inggeris sangat terhad dan hanya digunakan dalam kelas sahaja . aku tiada bahan lain yang dapat kujadikan panduan belajar. Cuba engkau tengok keputusan SRP aku cemerlang kecuali kertas Bahasa Inggeris aku memperoleh P7 FALINA: Buku rujukan Bahasa Inggeris ada banyak di perpustakaan. FALINA: (Lampu kembali difokus kepada rakan-rakan Azfa Hanani) Oi. kenapa mengelamun lagi? AZFA HANANI: (Secara tergagap-gagap) Aku . Dosaku akan bertimpa-timpa. AZFA HANANI: Sebenarnya. aku tak boleh beritahu. kau juga yang bising-bising bercerita.kesannya sama sahaja. Nama baikku akan tergadai dan selepas ini. aku akan sentiasa dipandang serong. Analisis tu mungkin tak lengkap. Kalau tak mengena. Kalau kau nak beli buat analisis dulu. Buku rujukan Inggeris apa yang elok aku nak beli... mak long dan seluruh keluarga kami akan turut menanggung aib. pak long. aku sedang berfikir. KAMILAH: Serkap jarang tak elok. Cuma.. Mengomel.... Lanjutannya. siapa pencuri tu?” KAMILAH: Aku rasa.

tadi suruh pilih tabung didih yang baik kau tak ambil. 6 .. itulah dia menghambur kemarahan hatinya. (AZFA HANANI membelek-belek tabung didih di tangannya) ANI: Dah retak tu. (Lampu disorotkan kepada AZFA HANANI sahaja dan suasana tempat lain digelapkan) AZFA HANANI: (Merungut dalam hati) Memanglah dia setiausaha badan pustakawan . elok kita tukar tabung didih kita. CIKGU SOFEA: Waalaikumussalam .. Lampu kembali disorot kepada kumpulan AZFA HANANI) FALINA: Nani. CIKGU SOFEA: (Matanya memandang sekeliling kelas akhirnya tertumpu ke arah AZFA HANANI) Hanani.... Biar sama macam orang lain. Nani. cikgu.. kita punya pun dah retak sikit tu.. Lampu disorotkan tempat kumpulan HISHAM.. KIM SENG: Hei . (AZFA HANANI beredar untuk mendapatkan tabung didih yang baru di rak) (Tiba-tiba masuk dua orang pengawas lelaki memberi salam kepada CIKGU SOFEA) NORDIN: Assalamualaikum . Mereka saling menyalahkan) HISHAM: Itulah .. kau nak gantung ke atau kau nak buang si pencuri tu? (AZFA HANANI menundukkan kepalanya) KAMILAH: Kedua-duanya sekali. ROZLAN: Cikgu . kau yang tak cermat .. Aku rasa. (Mereka bertiga mengambil penyapu dan membersihkan kaca yang bersepah atas lantai.... Nanti bila diuji dengan kayu uji menyala. Tapi orang yang panjang tangan. kita kenalah kerat sikit. ya ada apa. ‘bomm’. Semua mata tertumpu ke arah kumpulan kumpulan HISHAM. sekarang dah pecah. gas tu tak berbunyi ‘pop’ tapi bunyinya . Elok sangat kalau ditukar... FALINA: Milah kalau kau jadi pengetua. Hah . (AINI ketawa terkekeh-kekeh) (Pranggg! bunyi tabung didih jatuh berderai di lantai... Tuan Pengetua nak berjumpa dengan Azfa Hanani.. mari kita bersihkan kaca yang bersepah ni. sekarang nak tuduh pulak kita pulak! KAWAN HISHAM I: Sudahlah .KAMILAH: Sekurang-kurangnya Cikgu Yazid dah senang hati dan semua pustakawan pun tak kena marah lagi.. pengetua nak jumpa awak..

kau tolong bawakan buku kerja aku ke kelas.AZFA HANANI: (Dengan langkah berat lantas bangun dan menatap wajah FALINA) Lina. ya. (Tirai ditutup) 7 . kalau aku tak masuk makmal semula.

baik kau berjalan di tepi. Ada set sofa dengan tetamu yang duduk menghadap pengetua. Nani. katanya.... Segera. ya. (Azfa Hanani hanya mengangguk) ROZLAN: Kau ni macam taku saja.(NORDIN dan ROZLAN beredar meninggalkan AZFA HANANI yang meneruskan perjalanan ke pejabat. aku dengan Lan nak ke bilik pengawas. Di ruangan tengah ada meja dan kerusi kerani. Kau kenal aku pun bukannya sehari dua hari. (Mereka semakin hampir ke bilik pejabat pengetua)Nani. AZFA HANANI: (Mengangguk) Ada apa di sana? NORDIN: Aku tak pasti. Kau pergilah naik ke pejabat sendiri. (ROZLAN melambatkan langkahnya sambil mengemaskan ikatan tali lehernya) NORDIN: (Tersenyum meleret) Betul kata kau tu. AZFA HANANI: (Sambil mengerling ke arah Nordin) Betul ke ni? NORDIN: Betullah. CC panggil. Nani. Lagipun aku sekampung dengan kau.BABAK 2 Suasana depan pentas digunakan dengan tirai tertutup. kita ni macam nak pergi mahkamahlah pula. Tak ada. Azfa Hanani? 8 . tapi semua pengawas lelaki kena panggil. Kenapa? AZFA HANANI: (Tergamam dan terdiam sejenak seolah-olah kehilangan kata-kata) Err . ROZLAN: Kalau tak buat salah. gerunlah sikit. pengetua nak jumpa. Aku ingatlah . Bila hampir dengan kerani . Aku tak pernah dipanggil ke bilik pengetua macam ni. Kami ni . AZFA HANANI ditegur oleh pembantu am pejabat) PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni .... Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang berjalan diiringi oleh Nordin dan Roslan yang sedang berjalan seolah-olah mengiringi pesalah ke mahkamah.Buat apa aku nak berbohong? Aku tak biasa berbohong. polis bukan. warder penjara pun bukan. Sambil berjalan Azfa Hanani bertanyakan sesuatu kepada Nordin. NORDIN: (Mengangkat bahu) Manalah aku tahu. Elok-elok tadi aku berjalan di depan pejabat sekolah dengan Lan. Lan.. ROZLAN: Kau ada buat salah ke? AZFA HANANI: Tak. Lampu di kawasan itu digelapkan. Aku pun tak dapat mengagak kenapa dia nak jumpa aku. AZFA HANANI: (Dengan suara cemas) Din. Dia suruh cari kau. kenapa pengetua nak jumpa aku..

Bertentangan duduk dengan TENGKU MAZRAN dan TENGKU MAZRAN tergaman serta tidak berkedip memandang AZFA HANANI manakala AZFA HANANI malu-malu dan serta serba salah) TENGKU MAZRAN: (Sambil memandang wajah pengetua) Seiras. Azfa Hanani..AZFA HANANI: Ya. Kalau saya yang terangkan. mereka terlihat gambar Nani sedang memangku anak sulung kak. PENGETUA: Waalaikumussalam . Itulah Abang Mazran mengajak kak untuk bertemu muka dengan Nani... PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni nampak pucat dan berpeluh. PUAN SYAFINAZ: Saya pun sukar nak percaya. TENGKU MAZRAN: Untuk pengetahuan Nani. (AZFA HANANI termangu-mangu dan duduk di sebelah KAK ROZAN. Kesatlah dulu. Mama pula asyik bertanya bila Nini akan pulang. (Sambil menghulurkan sehelai tisu kepada AZFA HANANI. cikgu.... saya Azfa Hanani. semalam petang Abang Mazran dan Kak Finaz datang ke rumah. Kebetulan semasa mereka membelek album gambar . KAK FINAZ: Kak sangat mengharapkan persetujuan Nani. (AZFA HANANI mengenggam erat tangan KAK ROZAN) PENGETUA: Saya serahkan kepada Encik Mazran dan Puan Syafinaz untuk berbincang dengan Azfa Hanani.. bila adik sampai. Malahan sehingga Mama menuduh anakanak lelaki Mama sengaja melarikan Nini. Malangnya Mama yang terbabit dalam tragedi itu tidak dapat menerima hakikat pemergian Nani. adik bongsu Abang Mazran. Mereka bagaikan kembar. Setelah mengelap peluh AZFA HANANI mengetuk pintu. terus masuk ke bilik pengetua... Kami semua dalam dilema hendak merungkaikan kemelut Mama. selamat tengah hari. Tengku Murni telah meninggal dunia. selamat pagi.. AZFA HANANI: (Terus masuk) Assalamualaikum . Ada tetamu nak berjumpa (Pembantu Am Pejabat tersenyum ke arah AZFA HANANI) AZFA HANANI: Terima kasih. KAK ROZAN: Sebenarnya begini Nani . 9 . PEMBANTU AM PEJABAT: CC pesan . tentulah ada yang tersangkut-sangkut nanti. Jemput duduk.) PENGETUA: (Suara garau) Masuk. Masa itulah Abang Mazran mengatakan wajah Nani seiras dengan wajah Murni. cikgu.

Kami akan uruskan segala-galanya. Nani akan cuba. KAK ROZAN: Sekurang-kurangnya. kak. AZFA HANANI: Kalau pak long dan mak long izinkan Nani pergi. KAK FINAZ: Kak Finaz dan Abang Ran bukan sengaja mahu merampas kebahagiaan Nani. Dan lagi. Encik Mazran dan Puan Shafinaz kalau semuanya berjalan lancar .. mereka akan izinkan. KAK FINAS: Kak Finaz akan beritahu apa yang patut dan apa yang tak patut Nani buat.TENGKU MAZRAN: Kami akan berikan apa saja yang Nani mahu. Kalau Abang Norman dapat cuti. Kami akan sediakan. KAK FINAZ: Kenapa takut? AZFA HANANI: (AZFA HANANI menjawab dengan perlahan-lahan) Nani tak kenal Murni. (TENGKU MAZRAN setelah bersalam-salaman . TENGKU MAZRAN: Ini untuk kebaikan Nani juga. Nani bertenanglah. Kenapa? (AZFA HANANI tiada beri respons hanya memandang KAK ROZAN dan tersenyum nipis serta mengangguk) AZFA HANANI: Ya. dia pun akan balik ke Kampung Merpati petang ini. teruklah Nani. Nanti datin tu perasan. Nani sebut saja. Cuma.. hiburan .. Fikirlah masak-masak dan buat keputusan.. KAK ROZAN: Kak Rozan akan jelaskan perkara ini kepada Pak Madi dan Mak Diah.. mama. KAK ROZAN: Kak Rozan tengok Nani macam takut saja.. kak. Satu lagi. Nani memang takut. TENGKU MAZRAN: Abang Ran harap. wang belanja. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengangguk kepala seolah-olah bersetuju. bolehlah uruskan pertukaran sekolah Azfa Hanani. Nani akan dapat ikut kami balik. Nani kena panggil dia . Keadaan yang memaksa. Nani pandai dan tak patut keciciran. saya benarkan kamu pulang. Nani akan dapat peluang belajar yang lebih baik. kesalahan dan kepincangan itu tetap akan ada.) PENGETUA: Azfa Hanani... Ingat tu. Nani anak orang miskin. tak pandai menyamar jadi anak orang kaya. bukan datin. Peluang belajar. mereka semua beredar dari bilik pejabat TUAN PENGETUA) 10 . KAK FINAZ: Kak Finaz rasa.

(Sambil menguap panjang AZFA HANANI bermonolog panjang ) Hmm .. ya? ( AZFA HANANI memandang wajak MAK LONG seolah-olah meminta usulan untuk menjawab) MAK LONG: Kak Nani nak pergi jauh. Kak Nani tak sihat... (Dia tersedak dan beberapa butir nasi terkeluar dari mulutnya) AZFA HANANI: (Mengurut-urut belakang ZAHIR) Kan Kak Nani selalu pesan. AZFA HANANI: Hah . cepatlah pergi mandi . Hah . Mungkinkah Pak Long dan Mak Long telah memutuskan sesuatu. dah lewat malam pula. Tiada perabot mewah. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang mencangkung di suatu sudut dengan berselubungkan selimut.. ZAHIR: Kak Nani dapat belajar di KL. tentu adik pun dapat belajar di KL. Nak tanya Pak Long dan Mak Long semalam . Kak Nani malas.) (Kemudian selepas bersiap AZFA HANANI sibuk menghidang untuk sarapan pagi. dik. Kalau adik rajin-rajin macam Kak Nani.BABAK 3 Pentas menunjukkan situasi rumah Pak Long Azfa Hanani yang agak daif. Hanya sekadar sebidang tikar mengkuang yang digunakan untuk duduk apabila menghadap makanan.. ya mak? 11 . Zurina dan Zahidin duduk menunggu hidangan.. Abang Mazran dan Kak Finaz tentu menginap di hotel Johor Baharu. Mak Long nak masak nasi lemak pagi ni. bagaimana janjiku dengan Abang Mazran dan Kak Finaz.Tengah sibuk menghidang dan Zahir.. (AZFA HANANI hanya mengangguk sahaja. Tentu mereka akan datang hari ini untuk bertemu dengan Pak Long dan Mak Long. Tengah hari semalam mereka tak dapat bertemu kerana Zuraini demam dan dibawa ke hospital dengan kereta Pak Haji Arshad akibat disengat tebuan. (Tiba-tiba terdengar suara Mak Long) MAK LONG: Azfa ... ZURINA: Kak Nani nak jadi doktor. Zahidin yang petah bercakap menegur) ZAHIDIN: Kak Nani tak pergi sekolah ke hari ini? AZFA HANANI: Tak.. (AZFA HANANI memberi alasan mudah) ZAHIDIN: Eh.. Dia nak belajar di sekolah yang lebih bagus.. jangan bercakap masa makan. tak adalah! Adik tengok Kak Nani sihat saja. seronoknya.. Azfa Hanani banyak bermonolog memikirkan peristiwa lalu tentang pertemuannya dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz serta Kak Rozan. jangan lupa pula lepas mandi nanti ambil daun pandan sekali.

Kami sekeluarga sudah sepakat untuk merahsiakan dulu hal yang sebenar... Manakala Murni yang cuba diselamatkan menghembuskan nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. cepat bergerak ke sekolah.. Kami tahu.. dia tentu tak akan percaya dan menuduh kami berbohong. Abang Norman dan Pak Haji Arshad. Murni ni seperti sengaja menempa nahas apabila mahu mencuba memandu jip hadiah Mama sempena hari jadinya yang ke-16..... Yalah . Rina dan Zahir dah lewat ni . (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. Kebetulan hari itu hujan lebat . macam mana adiknya kemalangan tu .. (ZURINA mengangguk seolah-olah tanda setuju.. Dia ni belum cukup umur untuk memiliki lesen memandu dan terpaksalah ditemani oleh pemandu keluarga. awak tambahlah hidangan tu . Bila Mama sedar.. saya nak ke depan ni ... sebelum mereka sempat menyahut tawaran lumayan kerajaan takdir Allah telah mengatasi segala-galanya. ( Selepas bersalaman dengan AZFA HANANI mereka beredar) MAK LONG: Bila mereka nak sampai ni? PAK LONG: Kejap lagi mereka sampailah . TENGKU MAZRAN: Entahlah .. Namun... Kalau Rina pun sakit macam Kak Zura. jip remuk dirempuh bas mini..Sebenarnya ibu dan ayah Azfa telah berkahwin di sebuah universiti tempatan 19 tahun yang lalu dan beroleh kejayaan cemerlang dalam kursus masing-masing. nama Nini yang pertama disebut... Mama terselamat tetapi koma selama beberapa hari.. Pak Long mempersilakan masuk Abang Mazran.. AZFA HANANI: Mak Long ... (ABANG MAZRAN menarik nafas dalam-dalam seperti cuba melepaskan sesuatu yang tersekat di dadanya) 12 . Mama tergerak hati untuk turut serta. Tiba-tiba Pak Long Menjengah) PAK LONG: Hah . Pemandu meninggal di tempat kejadian. kerana ini untuk kebaikan pelajaran Azfa juga. seperti yang saya khabarkan kepada Madi tentang hajat Encik Mazran yang ingin bergalang ganti akan Azfa Hanani ni dengan Tengku Murni yang kemalangan tu . takut mereka datang tak dengar pula saya. Entahlah . saya tiada halangan . Abang Mazran dan Kak Finaz nampak kekok duduk bersila dan bersimpuh) PAK HAJI ARSHAD: Nampaknya .. Mereka semua dijemput sarapan. adakah Azfa ni mempunyai kembar? MAK LONG: Tak delah.. bolehlah Kak Nani sendiri yang ubatkan. Ehm ..... Kak Finaz.MAK LONG: Ya. PAK LONG: Kalau Azfa dah bersetuju . Dan Azfa sememangnya anak tunggal. Mak Long yang menjadi bidan menyambut kelahiran kau. apa malangnya juga.. serupa itu mungkin secara kebetulan.....

Nani tu anak yatim piatu. Saya tak pasti. MAK LONG: Nini tu sebaya dengan Nani ke? TENGKU MAZRAN: Kalau umur Nani 17 tahun sekarang. Keras kepala dan tak suka mengalah pula tu. Diah.. Selama ini pun kami memang berbohong. Dia yang Maha Agung. kami beritahu dia Nini terselamat. kami harap dia dijaga dengan baik. selama ini dia memang tak percaya adik encik tu dah meninggal dunia. encik. fahamfaham sajalah.. Madi. Mama nampaknya dah mula ragu-ragu. pak cik izinkan. baliklah dia. Janganlah abaikan dia. Susah nak ke KL tu.. (ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ mengangguk) AZFA HANANI: Boleh tak Abang Ran terangkan. PAK LONG: Demi masa depan Nani. Memang mujurlah di pihak saya.. PAK HAJI ARSHAD: (Sambil mengurut-urut janggut) Ini semua kuasa Allah. Bila dia betul-betul sihat nanti. Budak berdua ni seiras walaupun bukan kembar. memang sebayalah. Bila keadaan dah jadi macam ni. pun atas kehendak-Nya. kami akan tanggung segala-galanya. Cukup masa. ( PAK LONG semacam hendak berkata tetapi KAK FINAS bersuara dahulu) KAK FINAZ: Kami akan kotakan janji kami. 13 . TENGKU MAZRAN: Entahlah. Sebab itulah kami berharap sangat pak cik dan mak cik dapat izinkan Nani ikut kami balik ke KL. mulalah mama menaruh syak yang bukan-bukan. err . kami kata Nini ikut program pertukaran murid ke Jepun. Bila Nini tak pernah pergi jenguk dia di hospital. Bila bergaduh dengan abang-abang.. KAK FINAZ: Sejak sebulan yang lalu. Tapi. katanya dia mahu dibawa melawat Nini di Jepun. Kos perubatan Zuraini di mana saja. (PAK LONG mengangguk-angguk kepala manakala MAK LONG memandang ke lain) TENGKU MAZRAN: Kadang-kadang. kenapa datin tu kata Murni . Semasa Mama baru sedar. MAK LONG: Dahlah tu Nani .. MAK LONG: Kalau ada peluang...PAK LONG: Jadi. Kami ni . izinkanlah dia balik sesekali ke sini. kami rasa dah tak sanggup berdalih lagi. mama akan berpihak kepada dia. Nini dilarikan oleh abang-abangnya? TENGKU MAZRAN: Nini tu manja sangat. pergilah berkemas. mak cik. Kadang-kadang kami pun mati akal. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku dalam keluarga.

Nani. kerana semuanya pakaian telah kami siapkan . Nani Cuma nak bawa sehelai dua pakaian dan buku-buku rujukan. 14 . agar sesuai dengan cara berpakaian Nini tu .. AZFA HANANI: Taklah kak . Mak Long doakan kesejahteraan kau.. nak... (Setelah bersiap dengan sebuah beg AZFA HANANI bersalam-salaman) MAK LONG: (MAK LONG berkata dalam tangis pilunya) Pergilah. NORDIN memandang dengan sayu... (Semasa AZFA HANANI bergerak dengan ABANG MAZRAN dan KAK FINAS ... AZFA HANANI juga memandang NORDIN) Tirai ditutup...KAK FINAZ: Tak payahlah Nani bawa pakaian .

BABAK 4 Pentas di hadapan tirai dan diletakkan sebuah meja dan kerusi yang mengandungi piring makan. KAK FINAS: Baik sekarang Kak tunjukkan bagaimana hendak mencium mama seperti yang dilakukan Murni (KAK FINAZ gayakan dengan NINI) Sekarang cara menonton televisyen dengan mama.. esok kita boleh balik ke rumah. Apabila Nini dapat mempelajari semuanya barulah kita akan ke rumah Abang Ran. selepas ni kak akan panggil Nani dengan Nini dan Nani juga kena biasakan dengan panggilan Nini... AZFA HANANI: (Sambil berjalan berjengket) Hah . Azfa Hanani sedang berjalan dengan kasut baru yang bertumit dan pakaian baharu. sudu garpu dan gelas berkaki. (AZFA HANANI bergerak meninggalkan ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ) 15 . KAK FINAZ: Sabarlah Nani ... Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang sedang berjalan ke arah Kak Finaz dan Abang Mazran.. TENGKU MAZRAN: Nampaknya Nini cepat belajar . Dia kelihatan agak kekok untuk mengayakan kasut dan pakaian tersebut. KAK FINAZ: Cuba Nini tunjukkan semula cara makan dengan sudu garpu yang kak ajar tu.. KAK FINAZ: Ini ada beberapa dialog yang Nini perlu hafal. Opss . TENGKU MAZRAN: Sebab tulah Abang Ran dan Kak mengajak untuk Nini menginap di hotel beberapa hari.... susahlah kak dengan kasut ni. ( AZFA HANANI cuba makan dengan peralatan tersebut) TENGKU MAZRAN: Bagus tu . Kak Finas dan Abang Mazran ada berhampiran meja tersebut.

Kak Finaz dan Abang Mazran sedang berjalan masuk. mak cik macam tak percayalah.. ( AZFA HANANI bersalam dan mencium tangan MAK CIK LEHA) MAK CIK LEHA: Mak cik . (KAK FINAZ dan AZFA HANANI bergerak ke bilik) KAK FINAZ: Inilah bilik Nini.. kak. Nini ni humble sangatlah. nama timangan Nani sekarang ialah Nini.. AZFA HANANI: H-a-m-b-e-l ? Oh .. KAK FINAS: Mak Cik Leha inilah Azfa Hanani kembar Nini yang saya beritahu tempoh hari. Buat biasa saja. eh. (Dia mengesat-gesat kelopak matanya yang basah) TENGKU MAZRAN: Nini nak berehat.. Nani. Azfa Hanani. Ada set sofa di ruangan utama. Nini naiklah ke bilik dulu. Mak cik betul-betul ingatkan Nini yang sebenar tadi . Kemudian ada ruangan seolah-olah bilik ada meja komputer dan dipenuhi dengan patung watak-watak kartun.. Lampu disorot pada Mak Cik Leha. Merendah diri.. (Sambil melabuhkan punggungnya di kerusi di bilik tersebut) KAK FINAZ: Isy... Ingat ya. Hah .. 16 . macam yang Kak Finas ajar. sekarang Nini bukan lagi Nani. Mak Cik Leha sedang tekun mengemaskan kawasan ruangan tamu. AZFA HANANI: (AZFA HANANI mengangguk) Insya-Allah. bukan Nani. kemudian mak cik bolehlah masak makanan kegemaran Nini.. Nini. Kita pergi ambil barang-barang dia dulu. (Di ruangan tamu pembantu rumah amat terkejut melihatku) TENGKU MAZRAN: Mama tidur . Ingat tau . (AZFA HANANI tergamam melihat suasana bilik tersebut) AZFA HANANI: Kak. KAK FINAZ: Nini . AZFA HANANI: Alhmadulillah . Kak nanti biarlah Nini belajar tambahan untuk subjek bahasa Inggeris secara intensif. mak cik. Nani akan cuba. jangan cakap macam tu! Nini kan akan tinggal lama di sini. Kak Finaz berbisik sesuatu pada Azfa Hanani. Tengah hari ni kita boleh makan sama-sama. bilik ini tak sesuai dengan Nani... Nini bolehlah naik ke bilik.. KAK FINAS: (Seolah-olah berbisik) Jangan jadi macam rusa masuk kampung.BABAK 5 Pentas menunjukkan rumah banglo milik Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur.

KAK FINAZ: Hah ... tentang tu Nini jangan risau ... Kan Abang Mazran dan berjanji akan menghantar Nini belajar di sebuat pusat tuisyen. (Manakala Nini sibuk membelek-belek hiasan-hiasan karektor kartun) AZFA HANANI: Banyak sangatlah hiasan kartun. KAK FINAZ: Adik ipar kakak tu suka sangar dengan kartun. Sebab itulah bilik ini banyak sangat hiasan macam tu. (AZFA HANANI mengangguk kepala) AZFA HANANI: (Terlaku sukar untuk menggunakan kata panggila Nini lantas menggunakan kata panggilan ‘saya’) Saya tak berapa minat dengan patung bentuk kartunlah kak. KAK FINAZ: Boleh diubah kalau mahu. (ABANG MAZRAN dan MAK CIK LEHA masuk dengan membawa dua buah beg. Setelah meletakkan beg ... mereka macam nak beredar) TENGKU MAZRAN: Kalau mama tanya Nini menghilang diri ke mana? AZFA HANANI: Ke Tokyo untuk program pertukaran murid Malaysia dan Jepun selama empat bulan. KAK FINAZ: Kenapa tak hubungi mama? AZFA HANANI: Nini terlampau sibuk. Banyak sangat atur cara dan tak sempat cari masa yang sesuai. TENGKU MAZRAN: Walaupun untuk sekali? AZFA HANANI: Mama sakit, dan Nini tak nak ganggu mama berehat. TENGKU MAZRAN: Nini tak rindu pada mama? AZFA HANANI: Terlalu rindu. Empat bulan tu Nini rasa macam empat tahun. KAK FINAZ: Nini boleh ajar mama cakap bahasa Jepun? AZFA HANANI:(Terpinga-pinga kerana soalan ini tidak termasuk dalam latihan) Lain kali bila kita sama-sama pergi melawat Jepun. Nini akan ajar mama. Nini janji. Sekarang ... tak boleh. (Jawab AZFA HANANI dengan lancar tanpa dirancang) TENGKU MAZRAN: Bagus. Nini boleh jadi pelakon yang baik. (Di muka pintu bilik TENGKU MUZAFFAR bersandar sambil memerhati) TENGKU MUZAFFAR: Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya. Lepas tu betulbetul jadi anak orang kaya, kan? (Muka AZFA HANANI berubah dan dia menundukan wajah ke lantai)
17

TENGKU MAZRAN: Jaga mulut kau sikit, Muz. Abang bawa dia ke mari untuk tolong kita. Kau tak kasihan pada mama? TENGKU MUZAFFAR: Muz tak kisah, bang. Muz Cuma ingatkan saja. Manalah tahu ... takut kalau-kalau dia akan beraja di mata bersultan di hati nanti. KAK FINAZ: Muz dah selalu sangat berperang dengan Murni dulu. Cukuplah. Janganlah cari fasal dengan Hanani pula. TENGKU MUZAFFAR: Okey, okey, okey! Muz janji. (ABANG MUZ berlalu meninggalkan mereka) KAK FINAZ: Sabarlah, Nini. Muz memang macam tu. Tapi, hatinya ... percayalah cakap Kak Finaz, baik. Sabarlah, ya. (AZFA HANANI memang tersinggung tetapi dia cuba mententeramkan hatinya) AZFA HANANI: Sikap ayah abang Macam Abang Muz juga ke? TENGKU MAZRAN: Abang akan jumpa papa dan beritahu dia perkara sebenar. Nini jangan bimbang dan berehatlah dulu KAK FINAZ: Jangan bimbang papa jarang ada di rumah. Ini pun sudah dua minggu dia berada di rumah isteri mudanya. (Sebelum meninggalkan AZFA HANANI, KAK FINAZ memetik suis penyaman udara) (Hanya tinggal AZFA HANANI seorang dalam bilik. Dia duduk seorang diri sambil bermonolog) AZFA HANANI: (Suara monolog) Ah ... alangkah seronoknya kalau Zahidin berada di sini. Tentu dia akan melompat riang atas tilam yang besar dan anjal ini. Hmm ... tentu Zuraini akan dirawat dengan kaedah perubatan yang terbagus. Tetapi ... keadaan akan berubah ... ah ... mereka tetap akan kuhubungi ... insya-Allah...harap-harap Abang Mazran dan Abang Norman akan membantu sebagai orang perantaraan. Aku juga mesti berhati-hati agar kesahihanku sebagai Murni di mata Datin Maziah akan terselindung. Malahan Kak Finaz dan Abang Mazran telah berpesan agar setiap surat mencatat namaku mesti melalui alamat pejabat Abang Mazran. Tetapi ... masalah buku rujukan yang kucuri ... pinjam ... di Sekolah Menengah Sri Dian perlu dipulangkan ... tetapi siapa penerimanya ... pengetua ... tak boleh ... sebab nama baik aku akan tercemar ... ah ... Cikgu Zaminlah yang pasti ... kerana selama ini Cikgu Zamin sering cuba memahami masalahku. (Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Apabila dibuka kepala KAK FINAZ terjongol) KAK FINAZ: Mama sudah sedar. Cepat Nini, kita turun ke bawah. (Setelah bersiap ala kadar aku menuju ke arah Mama dan dia dari jauh telah tersenyum meleret.)
18

DATIN MAZIAH: Mari dekat mama, sayang. (DATIN MAZIAH mengangkat tangan kanannya dan AZFA HANANI menyambut dengan ciuman dan dengan merendahkan diri untuk memberi peluang DATIN MAZIAH mencium dahi. KAK FINAZ menarik nafas lega) DATIN MAZIAH: Nini tahu, mama selalu runsing bila teringatkan Nini. Mama rindukan Nini, tau? (DATIN MAZIAH bercakap sambil mengusap-usap kepala AZFA HANANI) AZFA HANANI: Nini tahu, mama. Nini pun dah lama nak balik. TENGKU MAZRAN: Masa Nini di Tokyo dulu, dia selalu telefon Ran tanya fasal mama. Katanya, dia nak balik tapi Ran tak bagi sebab mama perlu berehat. (AZFA HANANI terpinga-pinga bila disebut nama Tokyo) DATIN MAZIAH: Suara Nini pun kedengaran lain sikit sekarang. (AZFA HANANI terkedu dan cuba memikirkan jawapan yang sesuai) AZFA HANANI: Tokyo tu tempat baru pada Nini. Iklimnya kan berbeza. Lagipun, Nini dah besar. Suara pun ikut berubahlah. DATIN MAZIAH: (Sambil memeluk erat tubuh AZFA HANANI) Mama pun berharap Nini akan cepat dewasa. Cukup umur nanti, ambil lesen memandu dan tengoklah ... dalam beberapa hari lagi mama akan belikan jip baru untuk Nini. Sama macam yang dulu. ( AZFA HANANI hanya tergamam mendengar janji DATIN MAZIAH) Tirai ditutup.

19

langsung tertidur awal. Apabila Azfa Hanani terserempak dengan Ellina dia ditegur oleh Ellina. bunyinya seakan-akan pula. Azfa Hanani. AZFA HANANI: Betul. AZFA HANANI: Panggilah Nani atau Nini. Nina. Saya minta maaf. Banyak sangat urusan di pejabat.. saya rasa elok Nina panggil saya Nini sebab Abang Mazran dan Kak Finaz mahu semua orang mengenali saya dengan nama itu.BABAK 6 Pentas di hadapan tirai menunjukkan Ellina sedang berjalan dengan pakaian lengkap sekolah dan beg sekolah tersandang di bahu. Nini semalam dah lapor diri . ELLINA: Saya Nina. Malam semalam pun terlalu letih . Hanani pun . cikgu pula hendak menempah nama Azfa Hanani untuk dibuat tanda nama baru. (AZFA HANANI dan ELLINA meninggalkan pentas) 20 .. Ada papan tanda nama sekolah.. seiras betul dengan Murni. Ah. Kemudian tiba-tiba masuk Azfa Hanani yang baru dihantar oleh Abang Mazran ke Sekolah Menengah Taman Sari. Tapi saya dah terpaksa berlakon sebagai Murni di rumah dan saya harap saya akan diterima sebagai diri saya yang sebenar di sekolah.. (AZFA HANANI menggeleng) AZFA HANANI: Belum. ELLINA: Abang Ran ada beritahu keluarga saya fasal Hanani. Nama sebenar. mana-mana pun boleh. ini pun Abang Mazran yang menyuruh memakai tanda nama Tengku Murni . Tapi. ELLINA: Tak apalah. AZFA HANANI: Oh .. Ramai orang pun masih susah nak percaya jelmaan Murni ada di sini sekarang. Tengku Ellina.. Semalam saya lewat masuk ke kelas. tapi tak nampak pula Nina dalam kelas. ya? AZFA HANANI: (Sambil berjabat tangan) Ya.. ELLINA: Dah kenal kawan-kawan sekelas.. Tak sempat nak telefon Ni ... (ELLINA tersenyum) AZFA HANANI: Nani dan Nini. ELLINA: Ini Hanani... begitu harmoni! ELLINA: Betul. ada Kak Finaz menyatakan yang Nina ni saudara dua pupu Murni. nanti akan kenal juga. Saya sibuk sangat sehari dua ni kerana mewakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja.. dan sekarang Nina pula. (ELLINA menggulum senyum manakala Azfa Hanani termenung memikirkan sesuatu) AZFA HANANI: Entahlah .. ELLINA: Jomlah ke kelas.

Sastisfying need without awareness causes.. Nini Tengku Murni pun macam itulah..... AZFA HANANI: Sebenarnya? ELLINA: Murni tak pernah beritahu saya. Beberapa kerusi lagi telah dipenuhi oleh pelajar. My name a. Semua murid duduk di tempat masing.. anyone care to add move . AZFA HANANI: Dia baik dengan semua orang? ELLINA: Hampir semua orang. introduce yourself. Nina. (ELLINA mengangkat bahu tetapi bibirnya mengukir senyuman sinis) ELLINA: Nini Azfa Hanani tentu ramai peminat di sekolah lama. ELLINA kembali ke tempat duduknya. AZFA HANANI: (Dengan tersekat-sekat) Hmm . I . is Azfa Hanani . Azfa Hanani duduk di kerusinya. our class will desqust the issues of nature’s pollution .. I’m from Johor and studied at Sekolah Menengah Sri Dian... saya masih meneka sampai sekarang. CIKGU RAMZAN: Good . ( Tiba-tiba Cikgu Ramzan masuk selepas ucapan salam dia memandang ke arahku) CIKGU RAMZAN: Are you the new student .. Tapi dia pernah menyebut. is there anyone have any opinion . sound and etc.. CIKGU RAMZAN: You’re seem pair twin of Murni . Murni ada kawan istimewa ke. 21 .. Siapa dia... dia berkenan dengan seorang murid lelaki. yes Laili your opinion LAILI: When we say about pollution it involve the pollution of air. Cikgu Ramzan tu garang sikit.. (AZFA HANANI hanya mengangguk kepala) CIKGU RAMZAN: Ok .... SYAFIKAH: Pollution relates to human and development..BABAK 7 Pentas dibuka dengan suasana dalam bilik darjah. ok Syafikah . Manakala Ellina menarik kerusi tempat duduk Adriani untuk mengambil tempat duduk. water. but she’s good in English. (Loceng berbunyi panjang..... ELLINA: Nini yang sebenar amat peramah orangnya. environmental pollution.. ADRIANI berbisik ke telingku) ADRIANI: Sekejap lagi subjek Bahasa Inggeris.. ADRIANI kembali duduk di sebelahku.(AZFA HANANI menarik nafas lega) AZFA HANANI: Err .

CIKGU RAMZAN: Oh ... (AZFA HANANI mencari buku Fizik dalam begnya) ELLINA: Kenapa kata macam tu?(ADRIANA hanya mengikuti perbualan antara AZFA HANANI dengan ELLINA) AZFA HANANI: Saya budak kampung. idea ada untuk mencelah semasa perbincangan tadi.. kalau dibuat dalam bahasa Melayu kan mudah. (Mereka bertiga berhenti dan menoleh kepada pelajar lelaki tersebut. Err . Saya akan tolong. saya tak pandai. good . yes Fuziana . Didi pun boleh.. Yes. How would we avoid it? Oh Syamsul what’s your opinion SYAMSUL: Actually every person should play their part such as enforcement. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki berpakaian kemas selaku pemimpin pelajar menegur. Nak bercakap banyak-banyak. (ADRIANI memandang wajah AZFA HANANI) ADRIANI: Nini tak fahama lansgung apa yang Cikgu Ramzan ajar tadi? AZFA HANANI: Sikit-sikit tu. FUZIANA: The effect of this ozone layer became thick and it can cause cancer and the extinction of flora and fauna CIKGU RAMZAN: That’s good .. (ELLINA mengangguk sedikit kepada ADRIANI) ADRIANI: Tentu.) 22 .. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengelamun jauh. AZFA HANANI: Terima kasih atas niat ikhlas tu. Mereka bertiga bergerak dan muncul di hadapan pentas sambil berjalan dengan mengkepit buku Fizik... Nina.. tunggu dulu... ELLINA: Jom kita ke kelas Fizik (Tirai ditutup.) EKRAN: Saudari yang macam Tengku Murni tu. Dia tidak dapat mengikut perbincangan tersebut. Loceng berbunyi dan CIKGU RAMZAN beredar. Insya-Allah. what are the effect . Nini. fahamlah. Semua pelajar mengambil buku Fizik untuk bergerak ke makmal Fizik. CIKGU RAMZAN: Good.. tak pernah guna bahasa Inggeris di rumah. tapi yalah . ELLINA: Tak apalah. awareness campaign and conservation concept. Cuma nak menjawab tu yang susah. ELLINA sambil memegang buku Fizik datang menghampiri AZFA HANANI) ELLINA: Jauh mengelamun tadi... Teringatkan siapa? Seseorang?(AZFA HANANI hanya tersenyum) AZFA HANANI: Tak adalah.

. Laili tu memang sejak dulu tak sebulu dengan Murni. Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS. 23 .. AZFA HANANI: Dia baik dengan Murni. dan memberikan anggaran secara kasar bagi nilai pekali.. ADRIANI dan AZFA HANANI turut berada dalam kelas tu. berlagak! Depan Cikgu Ramzan tadi. rumus jisim separa empirik. ELLINA: Bolehlah dikatakan baik. EKRAN: Oh . Dia pernah belajar sekelas dengan saya dan MURNI. (AZFA HANANI berubah air mukanya) ELLINA: Jangan ambil hati. Kemudian nampak CIKGU SANI masuk ke dalam kelas FIZIK. iaitu rumus untuk menganggarkan jisim dan ciri lain bagi nuklues atom. LAILI: (Apabila AZFA HANANI duduk) Eleh... tak apa . EKRAN mencabut pen dan buku catatan seolah-olah ingin mencatat) Boleh saya tahu nama saudari? AZFA HANANI: Azfa Hanani binti Zainal Ariff EKRAN: Terima kasih. AZFA HANANI: Dalam fizik nuklear. Tirai dibuka dan kelas dipenuhi pelajar kelas yang sama. boleh pelajar baru kita Azfa Hanani menjelaskan sedikit tentang keputusan uji kaji berkaitan rumus jisim separa empirik.) CIKGU SANI: Hmm . Lepas SRP. (EKRAN menundukkan kepala dan beredar) AZFA HANANI: (Sambil memandang ELLINA) Siapa dia tu? ELLINA: Muhammad Ekran bin Muhammad. Seperti juga namanya. jangan lupa pergi ke bilik persatuan untuk ambil borang keahlian. masuk kelas sains sosial sebab katanya nak jadi akauntan. kadang kala dikenali sebagai rumus Weizsacker. Teori berdasarkan “model titisan cecair” dan boleh digunakan bagi kebanyakan sebutan dalam rumus. ia sebahagiannya diasaskan daripada teori dan sebahagian lagi pengukuran empirik.... (Mereka bertiga bergerak masuk ke dalam pentas. Nini.EKRAN: (Setelah hampir . (AZFA HANANI mengangguk) EKRAN: Selamat datang ke SMTS (Sambil menghulurkan tangan) AZFA HANANI: (AZFA HANANI tidak menyambut tangan tersebut) Maafkan saya. Kelihatan ELLINA. Masa rehat nanti. tergagap-gagap.

Tirai sekali ditutup. AZFA HANANI dengan memegang borang sedang berjalan dengan ELLINA di hadapan pentas. Nini. Mereka berdua berjalan dan masuk ke dalam pentas. Nina. Budak-budak sekolah ni panggil mereka tu Budak Glamur.(AZFA HANANI hanya mendengar dan tidak memberi respons) ELLINA: Sebenarnya.) 24 . Ika dan Fuzi memang begitu. apakah Murni benar-benar dah tak ada. Hilang tak tahulah di mana.(Loceng berbunyi. (AZFA HANANI terkedu. Laili masih sangsi.) ELLINA: Lili.(AZFA HANANI terkejut dan keningnya bertaut) AZFA HANANI: Saya tak faham. AZFA HANANI: Kenapa? ELLINA: Dia tak pasti. ELLINA: Abang Ran tak beritahu misteri ini? AZFA HANANI: (Semakin terkejut) Misteri? ELLINA: Kad pengenalan dan kad ATM Murni dengan beg duitnya sekali sampai sekarang tak ditemui.

apa salahnya kalau mama ajar sekali lagi. makan .BABAK 8 Pentas masih menggambarkan suasana banglo milik Datin Maziah. (KAK FINAZ yang mengambil aku setelah membayar duit teksi terus masuk ke dalam rumah) DATIN MAZIAH: Nini tak rasa ketinggalan dalam pelajaran? (AZFA HANANI menggeleng) AZFA HANANI: Tak adalah. AZFA HANANI: Masakan mama memang sedap. DATIN MAZIAH: Hari ini macama mana? Ada apa-apa yang Nini nak ceritakan pada mama? (DATIN MAZIAH memeluk mesra sambil mencium dahi AZFA HANANI) AZFA HANANI: Baik saja. Tak apalah. Nini tentu suka. mama. DATIN MAZIAH: Eh. mama sendiri yang masakkan ayam masak merah tu. Nanti bila Nini ada masa lapang. Tapi.. DATIN MAZIAH: Tentulah. AZFA HANANI: Terima kasih. Nini akan tanya cikgu. Macam semalam. (AZFA HANANI melebarkan senyuman kepada DATIN MAZIAH sambil memandang KAK FINAZ dan KAK FINAZ mengangguk-angguk) DATIN MAZIAH: Marilah Nini . Kalau ada manamana bahagian yang Nini tak faham. dia makan sikit sangat sekarang. Dari jauh Azfa Hanani menguntum senyuman kepada Datin Maziah. Nini kata . (KAK FINAZ melawak dan cuba menyelamatkan keadaan) DATIN MAZIAH: Peliknya pula. Nini ada juga buka-buka buku. Nini nak belajar daripada mama. Tapi. Entahentah Nini ni teringatkan seseorang di sana tak? (AZFA HANANI terkejut dan menggeleng kepala dan beberapa biji nasi terkeluar dari mulut) 25 . dia pergi nak seronok-seronok. kalau Nini nak tahu. Finaz dah suruh semalam..... Nini seronok dapat belajar semula bersama kawan-kawan. Nina dan kawan-kawan lain pun ada yang tolong. nanti mama ajar. walaupun lama di sana. KAK FINAZ: Mama jangan pula minta dia masakkan apa-apa yang dia makan di sana tu. Nini kan dah pernah belajar dulu?(AZFA HANANI tergamam) AZFA HANANI: Nini dah lupa. Lampu disorot kepada Datin Maziah yang sedang menunggu Azfa Hanani pulang dari sekolah.. bukannya nak belajar memasak. kan DATIN MAZIAH: (Datin Maziah tersenyum) Ini tentu fasal suka sangat makan masakan orang Jepun. Semasa di Jepun. mama.

Papa. Tapi Nini nak berehat dulu. Ada buku-buku rujukan baru di atas meja. (AZFA HANANI tersedak dan mama datang mengurut belakang. akuan dia selamat. berhati-hati bila makan. Dalam dua buah kotak tu. orang tu tak dapat cari nombor PIN. Ada sebuah album di atas katil. (DATIN MAZIAH muncul dengan menatang sgelas air suam di atas dulang) AZFA HANANI: Terima kasih. Tapi. Mama tak akan dapat tengok. mama. AZFA HANANI: Terima kasih. (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Tak adalah. Kak Finaz dah belikan apa yang Nini mahu. Ada dua buah kotak besar. Kak Finaz sudah berada di katil sambil membelek-belek album gambar) AZFA HANANI: Kenapa Kak Finaz tak beritahu Nini awal-awal lagi fasal kehilangan tu? KAK FINAZ: Sebab kami rasa Nini tak perlu tahu. (DATIN MAZIAH bergegas ke dapur) AZFA HANANI: (Dengan suara perlahan) Kak Finaz. mama.. Nini janganlah bimbang sangat. Nini sedang diet. semua hiasan dan kusyen baharu... Tanda-tanda pengenalan Murni ada di tempat terlindung. AZFA HANANI: Betuk ke dia tu Murni kak? KAK FINAZ: Betullah. ke bilik dulu ya mama. KAK FINAZ: Kenapa Nini? AZFA HANANI: Nina beritahu Nini di sekolah tadi.Mama sajalah yang bawakan. Hiasan anak-anak patung telah dilonggokkan di tempat lain. Malam nantilah kita kemaskan. (Sesudah makan AZFA HANANI meminta izin untuk ke bilik. Bolehlah kita kemaskan sekarang.) Nini . AZFA HANANI: (Dengan manja) Mama.. Abang Ran dan Abang Muz yang sahkan. ada orang yang ambil di tempat kemalangan.KAK FINAZ: (Berkata dengan lembut) Nini. DATIN MAZIAH: (Nyaring) Leha! AZFA HANANI: (Seolah-olah merengek) Nini tak nak Mak Cik Leha yang bawakan. Betul ke? (Wajah KAK FINAZ berubah) KAK FINAZ: Abang Ran dan Kak Finaz agak. Tak penting sebab jenazah Murni pun dah selamat disemadikan. 26 . Nini nak minum air sejuk. kak. (Cahaya disorot ke bilik yang sudah berubah. Hmm . kad pengenalan dan beg duit Murni belum lagi ditemukan sejak kemalangan tu. Agaknya. jaga badan sebab tak mahu gemuk.

(AZFA HANANI terpempan) AZFA HANANI: Saya minta maaf. datuk. tetapi untuk menyelami prinsip dan perwatakan Murni aku perlu membacanya . Lampu digelapkan.. Suasana senyap seketika) DATUK TENGKU MAKMUR: Saya bagi RM500 sebulan.. AZFA HANANI memandang sayu wang tersebut. Ah . Kak Finaz pun nak pergi mandi. Azfa Hanani terkejut) AZFA HANANI: Apa khabar. DATUK TENGKU MAKMUR: Berapa Mazran janji nak bayar upah? AZFA HANANI: Upah? (Terkejut) DATUK TENGKU MAKMUR: Ya.. DATUK TENGKU MAKMUR: Mazran tak berjanji apa-apa? (AZFA HANANI tunduk dan berasa hiba... Depan datin. bolehlah awak panggil saya macam tu. tengoklah. DATUK TENGKU MAKMUR: Bagus.. keliru dan menggeleng kepala) AZFA HANANI: Dia tak berjanji macam tu... mama dah pulangkan album-album dan diari-diari Murni. (Lampu digelapkan... (KAK FINAZ beredar dari pentas dan AZFA HANANI sambil duduk di kerusi membelek-belek diari dan bermonolong. AZFA HANANI: (Bermonolog) Sebenarnya tak elok baca diari orang lain . tapi saya bukan ayah awak. Tapi . (AZFA HANANI terkejut. cukup? AZFA HANANI: Err . Lampu diterangkan... (AZFA HANANI serba salah) AZFA HANANI: Saya akan kirim sendiri. papa? DATUK TENGKU MAKMUR: Baik. Saya akan kirim duit itu setiap awal bulan..) Tirai ditutup.... Kenapa ada catatan yang dipadamkan. DATUK TENGKU MAKMUR: Cukup tak? AZFA HANANI: Cukup. (DATUK TENGKU MAKMUR mengeluarkan dompet dan mengambil jumlah wang tersebut dan dilempar di atas katil dan beredar dari situ. upah menyamar sebagai Murni. Sebentar kemudian masuk Datuk Tengku Makmur dan mengjenguk ke bilik Azfa Hanani. Mint alamat keluarga awak di kampung. 27 . Nini nak tengok. rasanya ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Murni .KAK FINAZ: Ini pula .

mama. DATIN MAZIAH: Pergilah sayang.BABAK 9 Di hadapan pentas Azfa Hanani memakai baju T berkolar. Nini beritahu sebelum bersarapan tadi. Tapi kalau boleh. Nini nak keluar jalan-jalan? (Abang Mazran mengulangi soalannya) AZFA HANANI: Err .. Nini nak pergi ke mana lagi? AZFA HANANI: Tak tahu lagi. seluar jeans putih. (Terdengar deruman kenderaan) 28 . Duit yang abang bagi hari tu pun banyak lagi.. Manalah tahu. TENGKU MAZRAN: (Sambil menoleh ke belakang) Ke mana? AZFA HANANI: Entahlah . kalau-kalau Nini nak beli apa-apa di sana.. bang. Nini nak beli sesuatu nanti. TENGKU MAZRAN: Nini dah beritahu Kak Finaz? (AZFA HANANI tidak menjawab dan dia hanya memandang jauh seolah-olah mencari kelibat KAK FINAZ) TENGKU MAZRAN: Nini dan beritahu Kak Finaz. Nini nak keluar berjalan-jalan.. (DATIN MAZIAH sedang masuk ke hadapan pentas. (Selepas hampir AZFA HANANI mendakap DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Nini pergi dulu ya.. berstoking putih dan berkasut kanvas. AZFA HANANI: Tak apalah. TENGKU MAZRAN: Bersiap-siap ni .. Nini ambil wang yang dihulurkan oleh ABANG MAZRAN) DATIN MAZIAH: Nini. Kebetulan Abang Mazran juga berada di situ. Mungkin Nini nak pergi ke Plaza Cahaya. bang. Dia seolah-olah hendak keluar berjalan. Abang Ran. Jaga diri baik-baik. Nini hendak ke mana? AZFA HANANI: Sebenarnya di sekolah ada perjumpaan untuk membincangkan tentang Hari Sumbangsih. buat belanja . TENGKU MAZRAN: Selepas perjumpaan tu. nak tengok lokasi Institut Lingua Franca itu sekali... Nini bukannya nak pergi berbelanja. (TENGKU MAZRAN mengeluarkan dompet dan menarik keluar dua keping wang kertas RM50 dan menghulurkan kepada AZFA HANANI dan AZFA HANANI teragak-agak untuk menerima wang tersebut) TENGKU MAZRAN: Ambil ni. TENGKU MAZRAN: Ambilah. dah.

) AZFA HANANI: Hebat sungguh cara Ekran berucap serta kelancarannya memberi penjelasan. maksud aku tak beritahu. 29 . (Mereka berjalan dan hilang daripada pentas... ELLINA: Memang pun. Masuk semula Azfa Hanani dan Ellina ke hadapan pentas. AZFA HANANI: Ah . Dia meneruskan perjalanan dan bertemu dengan ADRIANI) ADRIANI: Hei . apa nak dikata . Nini kau dapat tugas apa untuk Hari Sumbangsih nanti .. (AZFA HANANI berpisah dengan ELLINA. ELLINA: Malam Bakat Sumbangsih. ELLINA: Itulah ... Buat kerja bukannya tahu. Dia tu . (Wajah ELLINA menunjukkan rasa tidak puas hati) AZFA HANANI: Kau .. AZFA HANANI: Murni ada beritahu kakak apa-apa? KAK FINAZ: Sikit-sikit. umurnya tak panjang. ELLINA: Lupa. AZFA HANANI: Sakit hati? Sakit hati pada siapa? ELLINA: Laili. adalah.. Mujur tak menang. Kenapa tak tanya orang lain? AZFA HANANI: Orang lain pun tak sebut apa-apa. Nina. Asyik memprotes saja. Tak layak jadi pemimpin tapi nak bertanding juga dulu.. sakit hati. yang tak setuju geng-geng Laili saja. Err .. AZFA HANANI: Aku bergerak dululah. tak ada kerja lain. Apa-apa terbina daripada hasil kutipan sumbangsih akan dinamakan sempena kumpulan murid tingkatan lima tahun itu..... Tapi.AZFA HANANI: Apa yang kakak tahu fasal hari sumbangsih tu? KAK FINAZ: Projek cari duit untuk memperindahkan lagi kawasan sekolah. kau sakit ke.. (ELLINA geram) AZFA HANANI: Sebenarnya slot apa yang Budak Glamor mahu. Nina? ELLINA: Ya. dia nak bertanding pegang jawatan dalam persatuan tu. Dulu. AZFA HANANI: Dia ni memang ada tokoh jadi ahli pembangkang. kau tak pernah beritahu aku fasal Hari Sumbangsih ni...

... saya boleh cari teksi. kau nak ikut ....... EKRAN dan AZFA HANANI saling bertentangan mata) AZFA HANANI: Di . di mana sa. (Mereka terkejut... Dia ingin bertanyakan penjual burger yang baru memulakan perniagaan) AZFA HANANI: Bang. hah . kau naik bas mini nombor 19... aku ada kerja ... AZFA HANANI: Ke Plaza Cahaya ..AZFA HANANI: Namaku tergolong dalam senarai penjual burger. EKRAN: Ya.. ADRIANI: Maaflah . ADRIANI: Kau nampak kalut saja . aku bukan pernah ke sana. AZFA HANANI pun berlalu) Pentas kosong. 30 .. sampailah ke Plaza Cahaya.. nak beli .. lebih kurang 10 minit perjalanan.. (EKRAN menjuihkan mulut dan isyarat tangan.. Setelah berjalan AZFA HANANI ternampak seorang pemuda menjual burger. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI meneruskan perjalanan ke Plaza Cahaya. nak ke mana.

. Hanani. Tetapi . Saya rasa. budak-budak tu nak kendalikan amplifier. Laili kata.) AZFA HANANI: Fasal apa tu? FUZIANA: Ini rancangan Laili sebenarnya. kita terus terang sajalah.Mengambil akhbar dan duduk di kerusi.. Sebab itulah kami nak tolong mereka. (SYAFIKAH berkata-kata sambil jari jemarinya mengetuk meja) 31 .(SYAFIKAH menggeleng pantas) SYAFIKAH: Bukanlah. pengacara yang glamor! (AZFA HANANI serba salah) FUZIANA: Awak kan murid baru? Inilah peluang paling baik untuk memperkenalkan diri . (AZFA HANANI mengerutkan kening lalu memandang sekeliling.. Kami nak ajak awak jayakan Malam Bakat Sumbangsih... AZFA HANANI: (Bermonolog) Ah . mikrofon dan entah apa-apa lagi pun tak tahu... awak tu Azfa Hanani bukannya Tengku Murni. Azfa Hanani tengah sibuk membuat rujukan untuk mencari bahan.. kalau dibiarkan kelas tu jadi pengelola. Di rumah pun boleh tulis. (Tiba-tiba nama Hanani dipanggil) SYAFIKAH: Hanani....BABAK 10 Pentas dibuka dan suasana seolah-olah di perpustakaan sekolah. AZFA HANANI: (Terkejut) Jadi pe . AZFA HANANI: Fasal apa? FUZIANA: Okey. alamatnya banyaklah yang tak menjadi.. aku perlu mencari fakta berkaitan kereta nasional . baru-baru ni Cikgu Zamri kata bahasaku amat baik. saya dan Ikah yang kena beritahu. (FUZIANA tersenyum sinis) SYAFIKAH: Sebenarnya Laili dan berunding dengan Asmat dan beberapa orang murid kelas itu. Sambil itu dia bermonolog. Karangan ni tak semestinya kita siapkan sekarang. Saya dan Fuzi tak mahu bercakap fasal tu.) AZFA HANANI: Fasal karangan tu?(Suaranya rendah dan perlahan) Saya pilih tajuk kejayaan sektor perindustrian di negara kita. mesti ketinggalan zaman punya. Sambil itu dia membelek-belek akhbar tu. (AZFA HANANI menoleh) FUZIANA: Boleh kita bercakap sebentar? (AZFA HANANI terkedua dan SYAFIKAH dan FUZIANA duduk di hadapan AZFA HANANI. Aku mesti memastikan karangan yang aku tulis mesti mantap. pengacara majlis? SYAFIKAH: Ya. Sebab dia kena pergi mesyuarat. suara awak bagus untuk jadi pengacara pada malam itu. Backdrop tak payah cakaplah .

Hanani? Laili dan tawarkan peluang yang amat bagus. (AZFA HANANI menoleh ke sisi dan dapati ADRIANI sedang memerhatikan mereka) FUZIANA: Kami boleh ajar. Hanani. AZFA HANANI: Saya tak pernah jadi pengacara. Ika . jangan kata begitu! Kalau Murni ada. saya minta maaf. kita kena tolong budak-budak tu. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk jadi pengacara yang glamor. Jadi pengacara malam Bakat Sumbangsih ni glamor tau. (AZFA HANANI tergamam apabila mendengar Ellina dikutuk) FUZIANA: Awak patut ikut cakap Lalili. Kalau kita tak ikut campur. Kolot. (AZFA HANANI menggeleng kepala tetap dengan keputusannya) AZFA HANANI: Tak apalah. SYAFIKAH: Kalau kita ada matlamat. Ellina tu tahu cakap saja! Buat kerja macam budak sekolah rendah. Saya tak dapat terima tawaran ini. (AZFA HANANI mengetap bibir) SYAFIKAH: Setuju? (AZFA HANANI menggeleng tetapi bukan bermaksud menolak) AZFA HANANI: Entahlah. Ellina dah tahu. (AZFA HANANI mengetap bibir) AZFA HANANI: Err ..FUZIANA: Kelas tu pun memang khusus untuk budak-budak lembap. dia pun tak akan tolak. Saya perlu fikir dulu. Perangai dia pun sama macam Murni. Carilah orang lain. macamlah sia seorang saja yang pandai dalam dunia ni.. entah-entah kutipan tiket pun tak balik modal.. Keras kepala. saya lain. (FUZIANA mencemik dan SYAFIKAH mendengus seraya genggaman tangan kanannya menumbuk meja) FUZIANA: Aku dah kata. Fuzi. kita nak tolong murid-murid kelas tu? SYAFIKAH: Ah. budak kampung ni bukannya dapat diajak berunding. SYAFIKAH: Eh. Murni lain. SYAFIKAH: Apa yang nak difikirkan lagi. Ika. FUZIANA: Apa yang penting. 32 . Tak kan awak nak tolak? Lambat. (FUZIANA mengangkat punggung dan SYAFIKAH bingkas dan merenung wajah AZFA HANANI) SYAFIKAH: You’re a very clumsy kampung girl! Tirai ditutup. Kadangkadang. segalanya boleh.. (Kedengaran bunyi loceng berdering) AZFA HANANI: Ika. jangan menyesal kalau-kalu dia berubah fikiran.

Nani akan tunggu. Ni .BABAK 11 Di hadapan pentas. Kemudian kelihatan Abang Muzaffar menghampiri. Azfa Hanani baharu sahaja melipat telekung sembahyang. Suara Nani lunak sungguh. (Sambil cuba tersenyum balas kepada AZFA HANANI) AZFA HANANI: Terima kasih. boleh kan? (Tiada jawapan daripada AZFA HANANI hanya memandang TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MUZAFFAR masuk ke dalam pentas meninggalkan AZFA HANANI kemudian AZFA HANANI juga meninggalkan pentas) 33 ... AZFA HANANI: Err . Cuma. bang. tunggulah masanya. abang boleh ajarkan. Nani selalu sedekahkan bacaan Quran kepada ayah dan ibu kandung Nani. Terdengar suara bacaan yasin. Kemudian dia duduk sambil melihat-lihat komputer di atas meja. (Sambil menguntum senyuman) TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani nak belajar.. Tesis abang pun dah hampir siap sekarang.. malam ini kan malam Jumaat... TENGKU MUZAFFAR: Nani buat apa tu? AZFA HANANI: Tengok-tengok komputer ni. Nini . eh. TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani bacakan untuk Nini sekali. (TENGKU MUZAFFAR menganggukangguk) TENGKU MUZAFFAR: Abang suka dengar Nani baca surah Yasin tadi.

. dekat-dekat rumah pun tak apalah.BABAK 12 Tirai dibuka. Azfa Hanani sedang menghadap penonton dengan di tangannya beberapa buku tentang bahasa Jepun.. Kenapa? ISKANDAR: Kalau betul bukan teman istimewa. betul. Pentas menunjukkan ada gerai burger agak ke dalam. kita perlu berkenalan. bolehlah saya tunggu dan hantarkan Hanani balik. Kawan saja. ISKANDAR: Kakak tak datang ambil hari ini. sombongnya awak! AZFA HANANI: Saya tak sombong. (Pemuda itu melangkah lebih hampir kepada AZFA HANANI) ISKANDAR: Teman istimewa. Saya ada cukup duit untuk bayar tambang teksi dan saya juga tak suka berpanas. jangan! ISKANDAR: Kenapa? AZFA HANANI: Nanti keluarga saya marah dan saya juga tak kenal siapa abang ni. Hanani tak mahu cuba naik motosikal tu? AZFA HANANI: Tak apalah. 34 . (AZFA HANANI menggeleng kepala) AZFA HANANI: Tak. ISKANDAR: Kawan lelaki atau perempuan? AZFA HANANI: Lelaki. Saya ada janji nak jumpa kawan. (AZFA HANANI semakin mengepit fail dan buku-buku ke dada) ISKANDAR: Betul ke ni? AZFA HANANI: Err . Terima kasih sajalah. Hanani? (AZFA HANANI terkejut dan memandang ke wajah pemuda itu) AZFA HANANI: Tak. ISKANDAR: Hai. Abang ajaklah orang lain. (AZFA HANANI tersentak) AZFA HANANI: Eh. Tidak jauh daripada Hanani ada seorang gadis tionghua dan gadis melayu yang memerhati. Kemudian seorang pemuda berpakaian jaket memandu dan topi keledar menghampiri Azfa Hanani. ISKANDAR: Sebab tak kenallah. tapi ini prinsip saya. ISKANDAR: Kalau tak boleh hantar sampai ke tangga rumah. AZFA HANANI: Saya tak kenal abang.

mata keranjang.. (Ketika AZFA HANANI sedang bergerak ke arah lain. sesuai dengan keadaan. burger 10. AZFA HANANI: Saya tak tahu perangai abang tu macam tu. Saya boleh cari sepuluh orang gadis lain yang lebih cantik daripada awak. Hanani! (EKRAN tergelak dan ada seorang pemuda belajar bahasa asing membeli burger dan EKRAN kembali wang bakinya) EKRAN: Merci beau coup.. saya tak kisah. (EKRAN menjawab tanpa mengangkat kepala) AZFA HANANI: (sambil tersenyum) 100 ketul. (Sambil menghulurkan bangku plastik kepada AZFA HANANI) 35 . PEMUDA KERINTING: Insya-Allah (Pemuda itu meninggalkan mereka) AZFA HANANI: Pandai Ekran bercakap bahasa Perancis EKRAN: Sikit-sikit.. Ajar sikit si Iskandar tu. Kalau dua. bolehlah. tentu tahu banyak lagi. GADIS MELAYU: Bagus adik buat begitu. Tau tak? AZFA HANANI: Pergilah cari. Hanani pun saya rasa.. AZFA HANANI: 1000 ketul. Hanani. dengar budak-budak ILF bercakap. berlagak! (AZFA HANANI mula melangkah kaki untuk meninggalkan ISKANDAR) Jangan menyesal. Terima kasihlah kerana tolong beritahu.. (EKRAN tunduk terkial-kial mencari duit) EKRAN: 10 tak cukup. EKRAN: (Terkejut dan mengerling) Gi . Iskandar bukannya budak baik. AZFA HANANI: Prinsip saya tak perlu diubah sebab keadaan macam ini pun .ISKANDAR: Prinsip boleh diubah. kurang saya gemari. ISKANDAR: Ah. (Wajah ISKANDAR berubah) ISKANDAR: (Nada suara agak tinggi) Awak jual mahal. Ha . bang. GADIS TIONGHUA menegurnya) GADIS TIONGHUA: Awak buat keputusan yang tepat.. agak-agak boleh tak? EKRAN: Eh. Alhamdulillah. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI berjalan untuk menghampiri gerai burger EKRAN dan EKRAN tidak sedar kehadiran AZFA HANANI) AZFA HANANI: Bang. Datang lagi ya.

wang masuk dan sebagainya. kan? Pada Hari Sumbangsih nanti. Di sekolah saya belajar teori. bukannya Tengku Murni. EKRAN: Betul ke ni? AZFA HANANI: Betul. Letih. Saya belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Kalau saya nak belajar daripada Ekran. Pelayan ambil pesanan) AZFA HANANI: Ekran berniaga setiap hari? (EKRAN mengangguk) EKRAN: Setiap hari. Saya lebih bangga kerana dapat berkawan dengan pemimpin persatuan yang bagus. ( EKRAN mengeluarkan sehelai sapu tangan dan dikesat keringatnya) AZFA HANANI: Boleh saya tolong? EKRAN: Tak malu ke berkawan dengan penjual burger? AZFA HANANI: Tak. berapa ketul burger Hanani nak? AZFA HANANI: Saya tak mahu apa-apa. saya belajar secara tak lansgung mengenai akuan. tapi. nak tengok Ekran bekerja saja. Cuma. berniaga pun sebenarnya masa saya belajar juga. Saya ni Azfa Hanani. boleh? EKRAN: Boleh. (Selesai kerja mereka berdua bergerak dan duduk di gerai nasi ayam. tentulah keluarga saya marah. tapi bukan sekarang sebab saya dah nak tutup gerai. kecuali kalau dekat musim periksa atau sakit. EKRAN: Malam . di sini pula pratikal. Hanani tunggu nanti kita sama-sama ke gerai nasi ayam yang berdekatan. wang keluar. saya kena jual burger. Hanani.. (AZFA HANANI mengangguk-angguk) 36 . Dengan berniaga. EKRAN: Tak apalah.. bila masanya Ekran belajar. ( AZFA HANANI kehairanan) EKRAN: Saya nak jadi akauntan. Saya tak belajar bahasa Perancis. AZFA HANANI: Kalau sibuk berniaga. Tak salah. AZFA HANANI: Keluarga tak marah? EKRAN: Kalau saya buang masa dengan melepak tak tentu hala.AZFA HANANI: Terima kasih. EKRAN: Sebenarnya. Tolong jangan anggap saya anak orang kaya.

Tapi taklah sampai ke tahap kais pagi makan pagi. Ekran. Murni tak pandai makan nasi dengan tangan AZFA HANANI: Kita hidup mesti berpijak di bumi nyata. Ayah dan ibu masih mampu menanggung persekolahan saya. saya dapat simpan duit. Saya dan Murni tak boleh disamakan. EKRAN: Betul (Ekran mengangguk) Hanani dan Murni memang ada perbezaannya. Apa yang saya buat ni atas kerelaan sendiri. (Hidangan sampai dan EKRAN basuh tangan dan AZFA HANAI juga berbuat demikian ) EKRAN: Hanani. kais petang makan petang. Tirai ditutup. AZFA HANANI: Keluarga Ekran? EKRAN: Keluarga saya tak sekaya keluarga Murni. 37 . untuk belanja sekolah. Sikit-sikit. Lampu digelapkan.EKRAN: Dengan berniaga kecil-kecilan macam ini. keluarga Hanani sekarang.

Kalau datin sendiri. Ekran sedang duduk disebuah bangku panjang. Susahlah kakak kalau mama marah. Dia sedang menanti kedatangan Azfa Hanani.. Hanani? 38 . kak. Tak lama. kan? AZFA HANANI: Ran. (AZFA HANANI melabuhkan punggung dan duduk di situ) EKRAN: Kakak ipar Murni tu tak tanya Hanani nak pergi ke sana dengan siapa? ( AZFA HANANI macam serba salah hendak menjawab) AZFA HANANI: Apa pula taknya? EKRAN: Apa yang Hanani beritahu dia? AZFA HANANI: (Mengajuk ujaran di hadapan KAKAK FINAZ) Pergi dengan kawan. Nak keluar ke mana-mana. Kejap saja. Tiba-tiba kelihatan kelibat Azfa Hanani yang mengepit fail merah dan buku-buku bahasa Jepun. kak? EKRAN: Dia tak tanya ke.. EKRAN: Kenapa ni. kalau ada buku-buku yang sesuai untuk dibeli. perempuan. Kawan mesti ada . EKRAN: Kenapa? AZFA HANANI: Err .. Kak Finaz yang benarkan. (EKRAN meleret senyum) AZFA HANANI: Kenapa senyum-senyum ni? EKRAN: Tak ada apa-apa. EKRAN: Boleh pergi? AZFA HANANI: Boleh. kena beritahu dulu.. Lepas tengok. kawan lelaki atau kawan perempuan? AZFA HANANI: Ekran tentu boleh agak (EKRAN tersenyum dan ketawa) EKRAN: Apa lagi pesan Kak Finaz. jadi anak manja orang kaya ni. AZFA HANANI: (Mengajuk kata-kata Kak Finaz) Jangan balik lambat. belum tahu lagi. Nini baliklah.. datin tentu tak akan senang hati. Kalau balik lambat pula.BABAK 13 Dihadapan pentas. Boleh ya.. Cuma . susah juga ya.

Nama itu lebih sesuai untuk Azfa Hanani... (Suasana masih sunyi.. Tak salah kerana semua orang dah anggap macam tu. Jangan samakan kami lagi. (AZFA HANANI mengangkat kepala tetapi tiada bersuara) EKRAN: Hanani sebenarnya tak suka dipanggil Nini. Saya anak orang miskin dan yatim piatu. ( Suasana sunyi sebentar) EKRAN: Sebenarnya saya tak pernah anggap Hanani dan Murni sebagai orang yang sama. kan? Kalau diizinkan saya nak panggil Hanani dengan nama yang saya rasa lebih sesuai. apa yang Hanani nak katakan? AZFA HANANI: Saya bukan anak manja Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Kalaupun tak merempat. Mereka terus hilang ke dalam pentas) 39 . EKRAN: Sebenarnya . Tak ada ayah. AZFA HANANI terpandang kelibat TENGKU MUZAFFAR.. saya nak ingatkan Ekran suatu perkara.. tak ada ibu dan sekarang sedang merasa tuah diuntung. Hanani tetap Hanani.AZFA HANANI: Saya nak . AZFA HANANI: Tak. (EKRAN dan AZFA HANANI sedang berjalan-jalan. Keserupaan saya dengan Murni itu hanya kebetulan. hidup saya sebelum ini amat daif. Murni sudah tiada lagi. Tolonglah .. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Nama apa itu? EKRAN: Nani. Tiada respons daripada AZFA HANANI) EKRAN: Pada saya. EKRAN: Salahkah kata-kata saya tadi. EKRAN: Perkara apa tu? (AZFA HANANI menarik nafas panjang) AZFA HANANI: Saya cuma seorang budak kampung.

. DATIN MAZIAH: Siapa yang telefon tu... Mama cuma teringat SPM dah tak lama lagi. (AZFA HANANI cuba menyuap nasi) TENGKU MUZAFFAR: Kalau abang tak silap.. keputusan subjek Biologi dia pun memang bagus. ikut jadual . mama. petang ni Nini ada kelas Bahasa Inggeris. Biologi. Kemudian dia kembali ke meja makan. Petang ini. nanti apa pula kata kawan-kawannya. periksa dah dekat. Nini memang pandai dalam subjek Bahasa Inggeris dan Muz ingatlah. Di sekolah tadi.. DATIN MAZIAH: Nini kan ada kelas tuisyen petang ni? AZFA HANANI: Ada tu memang ada. Nina pun bukan orang lain. TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nini tak pergi. biarlah Nini tinggalkan kelas tuisyen dia.. DATIN MAZIAH: Ponteng kelas tuisyen pun rugi juga. kemudian kalau semua masih tak faham. Betul tak? AZFA HANANI: Ah . Nini? AZFA HANANI: Nina. Nini nak pergi ke rumah Nina sebab nak belajar. macam tak nak pergilah. Mama tak mahu anak kesayangan mama gagal. ah! Bahasa Inggeris dan Biologi. (AZFA HANANI hanya mengangguk) 40 . Nini rasa. (AZFA HANANI serba salah dan macam tak keruan) TENGKU MUZAFFAR: Macam ada yang tak kena saja ni.. Kalau boleh. (DATIN MAZIAH terdiam. Kenapa Nini? AZFA HANANI: Err .. tapi Nini rasa . mama. Dia berkawan dengan Nini sejak kecil lagi. kami nak buat study group. bolehlah kami sama-sama tanya cikgu esok. dia nak Nini pergi ke rumahnya... Bukannya nak berborak-borak. mama mahu Nini jadi pelajar terbaik macam Abang Dad.BABAK 14 Pentas dibuka dan suasana di rumah banglo Datin Maziah. Rasa rugi pula kalau tak dapat ikut serta dengan Nina dan kawan-kawan lain tu. seelok-eloknya Nini. (AZFA HANANI menarik nafas lega) AZFA HANANI: Lagipun. (AZFA HANANI mengangguk-angguk) TENGKU MUZAFFAR: Kalau dua subjek tu. Sesekali apa salahnya. Nina dan kawan-kawan bincang dulu. Azfa Hanani baharu menjawab panggilan telefon.. ramai yang tak faham formula Matematik Tambahan yang Cikgu Fitri ajar. Dia .. kan? Satu subjek lagi. Dia sedang mengerat sepotong daging) DATIN MAZIAH: Nini pergilah ke rumah Nina .

TENGKU MUZAFFAR: Ala .. abang tunggu Nani di ruang rehat. Abang dan berjanji dengan Kak Finaz. (TENGKU MUZAFFAR hanya tersenyum) TENGKU MUZAFFAR: Nani bersiaplah macam biasa. Nini kan dah besar. Pukul 3. Abang akan hantar Nani ke rumah Nina. (AZFA HANANI selesai makan lantas bergerak ke arah biliknya. Nani bersiaplah. Nani boleh pergi dengan teksi.ABANG MUZAFFAR juga mengikuti AZFA HANANI ke biliknya) TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz minta abang berikan surat ini pada Nani. ( TENGKU MUZAFFAR beredar dari bilik AZFA HANANI) Lampu digelapkan. Dia bercadang hendak menyandang semula jawatannya yang telah dilepaskannya. mama? Pandailah dia bahagikan masa dengan betul.. 41 . TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz ada urusan dengan bekas majikannya..30 petang. (AZFA HANANI hanya menggeleng kepala) AZFA HANANI: Tak payahlah bang.. (AZFA HANANI memandang ke wajah TENGKU MUZAFFAR) Terima kasih juga kerana tolong Nani tadi. (Sambil menyerahkan sepucuk surat) AZFA HANANI: Terima kasih . Tirai ditutup.

Tiba-tiba Tengku Muzaffar dan Ellina masuk.. topi keledar serta membimbit sebuah lagi topi keledar. Cikgu Zamri pula beritahu.. Nini. Kedua.. AZFA HANANI: Berapa ramai kawan kita yang ada di sini. aku ada dua kerja petang ni. Ada beberapa buah kerusi untuk mereka duduk. Abang Muz memang begitu. AZFA HANANI: Apa tugasan aku sebenarnya ELLINA: Semasa aku bermesyuarat.. tarikh pertandingan Forum Remaja pusingan pertama dipercepatkan. kau tolong ambil alih peranan aku sebagai pengerusi forum. kau tolong dengar dan komen.. Nina? ELLINA: Ramai. Semasa aku berbincang dan berlatih. Tengku Muzaffar memakai jaket. Tak sempat nak kira. kena kendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. ELLINA: Aku tak ada pilihan. Abang nak ke kampus kejap. Ellina dan beberapa orang rakan sekolah lelaki dan perempuan berada di hadapan pentas. ELLINA: Biasalah. Nasib baik kau sanggup datang. dekat-dekat hari pertandingan. Nina . (TENGKU MUZAFFAR mengangkat sedikit visor topi keledarnya) TENGKU MUZAFFAR: Tak apalah. Terdengar deruman motosikal) AZFA HANANI: Bingitnya. Nina. (AZFA HANANI bersalam-salaman dengan rakan wanita) AZFA HANANI: Ramai betul ... Sebenarnya.. ELLINA: Abang Muz tak nak masuk ke rumah dulu. (ELLINA dan sebahagian rakan berlalu ke suatu bahagian di pentas dan AZFA HANANI bergerak ke kumpulan Forum Remaja) 42 . Marilah aku kenalkan dengan rakan-rakan kita. Terpaksa ajak budak-budak ni datang ke sini.BABAK 15 Di hadapan Pentas. Err . Lain kali saja. Pertama. (TENGKU MUZAFFAR meninggalkan mereka. abang jemput sahaja Nani selepas selesai urusan abang di kampus. terkena sakit mata pula. pukul berapa agaknya perbincangan selesai? ELLINA: Tak tahu lagi. AZFA HANANI: Tak apalah . Ahli simpanan forum pun satu hal. Tengok keadaan. kena berlatih dan berbincang untuk pertandingan Forum Remaja.

FUAD: Tak susah sangat. ibu pun dah ajak minum petang. Esok.. Intonasi salah pun tak apa. Nina akan sertai kami semula. Nini memang bagus. Awak cuma perlu baca skrip.. kami tak akan ajak Nini. (Mereka pun berlatih) FAZLINA: Nampaknya kalau macam ni. (Sambil mengerling ke arah kumpulan ELLINA) FUAD: Betul. FAZLINA: Cikgu Zamri selalu beritahu kami..) AZFA HANANI:(Bermonolog) Oh. (Tiba-tiba ELLINA menghampiri kumpulan forum) ELLINA: Marilah kawan-kawan . Dia pun nampak macam tak cukup masa saja. untuk rancangan bicarawan atau sembang pagi. Kalau bukan dia yang kata begitu. Nina pun tak perlu susah hati lagi. benarkah aku akan mempengerusikan forum bertajuk “Peranan Belia dalam Merealisasikan Wawasan Negara” pada pagi lusa? (Kemudian AZFA HANANI juga masuk ke dalam pentas) 43 .. Nini. (Semua masuk ke dalam pentas kecuali AZFA HANANI yang memandang ke hadapan risau dan bermonolog. Nini. ADLAN: Nini sebenarnya sesuai sangat jadi personaliti TV . Tak ada hakim yang akan potong markah ADLAN: Hari ini saja. suara Nini amat bagus untuk jadi pengerusi forum.

Teringat. nampaknya macam ikat tali timba.. Ellina turut berada di situ. Janganlah nanti ada yang terlupa atau tersalah sebut pula. Ikat tali timba . Azfa Hanani yang juga berpakaian pengawas sedang sibuk mengikat-ikat tali lehernya dan masuk ke hadapan pentas. ikat tali leher ke. (AZFA HANANI mengenakan tali leher dan memakai blazeer yang disangkutkan di kerusi. lepas tu aku nak cuba sendiri.(EELINA mengambil tali leher daripada tangan AZFA HANANI) ELLINA: Budak-budak tu tak ajar kau ke? AZFA HANANI: (Sambil mengerling kepada rakan-rakan forum) Ajar. ELLINA: Tengoklah. aku nak tengok skrip sekejap. ELLINA : Kau ni . Sekali saja. (AZFA HANANI merungkai ikatan tali leher warna biru tersebut) ELLINA: Tak tahu langsung? (AZFA HANANI memandang blazzer kelabu yang disangkut di atas kerusi) AZFA HANANI: Tak.. atau nak cuba ikat sendiri? AZFA HANANI: Err . Fazlina dan Adlan telah berada di hadapan pentas dengan pakaian kemas pengawas dan blazzer. pakai yang itu. serebeh! (AZFA HANANI tersindir manakala FAZLINA tersenyum) AZFA HANANI: Aku memang tak pandai ikat tali leher. agaknya tahulah..BABAK 17 Beberapa orang kawan yang terlibat dengan forum remaja seperti Fuad. ( AZFA HANANI mengambil skrip tetapi dia lebih banyak mengelamun) ELLINA: Kau ni sedang menghafal skrip ke berkhayal. kenapa?(ELLINA tersenyum sambil menggeleng-geleng) ELLINA: Heh. Di tangan masing-masing ada skrip forum remaja. ELLINA: Teringat? Teringatkan siapa? Teman istimewa? 44 ..) Nina.. Nani? (ELLINA menegur AZFA HANANI yang sedang mengukur-ukur kepanjangan tali lehernya) AZFA HANANI: Ikat tali leherlah.. (ELLINA cuba memberi tunjuk ajar) ELLINA: Kau nak pakai yang ini ke .. Nini? (AZFA HANANI tersentak dan mengerling memandang ELLINA) AZFA HANANI: Berkhayal..

Nina? Apa dah jadi? ELLINA: (ELLINA memeluk tubuh dan membawa lengan ke dada) Gerai burger Ekran kena bakar malam tadi.AZFA HANANI: Teringatkan kisah-kisah lalu dan kisah-kisah sekarang. Murni. Aku pun tak tahu Nini . AZFA HANANI: Ekran ada di situ? ELLINA: Ada. Err .. Pagi tadi pun. 45 . Insya-Allah . Kasihan. ELLINA: Iskandar? (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Iskandar? (ELLINA mengangguk) ELLINA: Ya... dia bercerita lagi fasal parti Murni yang sudah-sudah. Kalau tak suka tengok orang maju. tinggal arang. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Siapa yang beritahu kau? ELLINA: Semua orang bercakap fasal tu di bilik persatuan tadi. tak tahu nak kata apa-apa. Aku dah tak tahu nak cakap bohong bila dia tanya kenapa aku tak ajak kawan yang datang dengan kereta sport masa parti tahun lalu. (Sambil menarik nafas dalamdalam) AZFA HANANI: Kenapa dengan Ekran. Jangan bimbang sangat fasal Forum Remaja. kawan Murni tu ada hal lain. tapi dia macam orang bingung. (AZFA HANANI mula membelek skrip) ELLINA: Hah. AZFA HANANI: Dah tahu kau ada mesyuarat. Kalau kepala aku tak berserabut sekarang. Hangus semua sekali. Apaapa yang dia cakap. janganlah berbaik-baik. kita boleh menang. siapa yang dengki sangat tu. aku kena angguk. pergilah rehat dulu. Nasib baiklah Kak Finaz ada. aku boleh beritahu kau segala cerita fasal dia. janganlah buat sampai macam tu. Dia tu buaya darat. ELLINA: Aku. Adriani dan ramai lagi pelajar sekolah ini tak berkenan dengan budak tu.. apa Kak Finaz cakap? AZFA HANANI: Err . Aku dengarlah. apa kisah terbaru? Jadi ke Datin Maziah nak buat majlis hari jadi tu hujung minggu ini? AZFA HANANI: Jadilah. Aku cuma kasihan pada Ekran..... Iskandar. (Wajah ELLINA masih menunjukkan tidak ceria) ELLINA: Aku tak bimbang fasal tu. Kalau kau dah kenal dia.

. Serba-serbi nampak kolot. Memang inilah perkara yang aku nak cakap pada kau. Kemudian rakan-rakannya masuk ke dalam pentas. Err . Laili.. macam rusa masuk kampung. (ELLINA terdiam kemudian mengangguk-angguk) ELLINA: Pergilah. jadi pengacara majlis tak boleh. Kalau boleh. tapi memandai-mandai. Kalau kau tak bising. sebenarnya. dapat jadi pengawas sekejap. ( Laili tersenyum sinis sambil menghampiri kepada AZFA HANANI) LAILI: Jadi pengerusi forum boleh. saya bukanlah pilihan awak yang terbaik. Dia ternampak cermin dan cuba mengayakan dirinya.. ELLINA: Kau nak buat apa di situ. Nina. (AZFA HANANI cubacuba tersenyum) LAILI: Aku tak kisah. LAILI: Apa prinsip kau? AZFA HANANI: Slot Malam Bakat Sumbangsih milik budak-budak kelas tu. Apa salahnya kalau aku nak dengar cerita sebenar daripada mulutnya.AZFA HANANI: Aku nak pergi ke bilik persatuan sekejap. LAILI: (Mencemik) Bagus... Kalau slot itu milik kita. Saya tak pandai. AZFA HANANI yang keluar semula ke hadapan pentas tidak menemui EKRAN. (LAILI menunding telunjuk kanannya ke arah AZFA HANANI dan AZFA HANANI tergamam) 46 . mungkin saya akan terima. Laili.. AZFA HANANI: Ekran juga kawan aku. exco persatuan tak akan tahu bahawa aku. Nanti mengamuk pula Cikgu Zamri. Ika dan Fuzi nak tolong budak-budak Tingkatan Lima Sastera II tu. Dia ada mesyuarat. Macam itu. Kau memang tak pandai. Saya rasa. saya memang nak berkawan dengan awak. Ika dan Fuzi. Aku Cuma nak tolong kau sebab kau ni . lebih baik diam sahaja. Tapi. Itu hak mereka dan kita tak boleh kacau. Hanani. Kau tak sedar ke? AZFA HANANI: Saya tak mahu cari gaduh. jangan lama-lama sangat. AZFA HANANI: Perkara apa tu? LAILI: Kau jangan campur tangan dalam urusan aku. Ellina. Ekran. Laili yang ada di samping memerhati dan menyindir Azfa Hanani) LAILI: Seronok juga ya. AZFA HANANI: Saya ganti Ellina sebagai pengerusi forum pagi ini. Cuma saya terpaksa tolak tawaran awak atas dasar prinsip. ya? AZFA HANANI: Jangan salah faham. (AZFA HANANI bergerak masuk ke dalam pentas. Kau tak tahu apa-apa. jadi pengacara glamor sangat.

(LAILI berlalu dan kemudian AZFA HANANI juga masuk ke dalam pentas) 47 . LAILI: Kau murid baru di sini. Hanani.. Sedarlah diri sikit.AZFA HANANI: Laili ..

Nini. Nini . Ada kek yang sedia untuk dipotong.. suara kau bagus betul semasa jadi pengerusi forum. AZFA HANANI: Siapa semua orang tu? Murid sekolah kita saja. Aku ingat pun. Nini? 48 . Mungkin aku bernasib baik hari itu. bukan kerana nasib. AZFA HANANI: Alhamdulillah . (DATIN MAZIAH mencium di dahi AZFA HANANI dan AZFA HANANI serba salah kerana rakanrakannya ramai. Majlis dimulakan dengan nyanyian beramai-ramai ‘Selamat Hari Jadi’ AZFA HANANI sibuk memotong kek) DATIN MAZIAH: Biar mama tolong ptong kek pula. AZFA HANANI beredar mencari kawan-kawannya) ELLINA: Nini di sini! (AZFA HANANI menghampiri ELLINA dan rakan-rakan) ELLINA: Budak-budak ni tengah memuji kau. kan? ADRIANI: Murid sekolah-sekolah lain pun kata begitu. Azfa Hanani memandang ke sana ke mari mencari kelibat Ekran . hakim-hakim bagi kau markah bonus untuk itu. RUDIAH: Apa cita-cita kau. Berseronoklah sebab hari ini hari istimewa untuk Nini. KAK FINAZ: Setakat beberapa orang. biarlah. (AZFA HANANI menyuap kek ke dalam mulut yang berada dalam pinggan ELLINA) SUZANA: Tak.. Murid sekolah kita. KAK FINAZ: Majlis dah nak bermula. semua orang kata suara kau bagus. agaknya ada hallah tu. semuanya tampak yakin bila kau bercakap. dan amat sedap didengar.BABAK 18 Pentas dibuka. bernada. Kau memang wajar menang sebagai pengerusi forum terbaik. mama. aku cuma buat apa yang patut aku buat. Kalau tak datangdatang juga. lunak. Jelas. Rumah banglo Datin Maziah dihias untuk sambutan hari lahir. (AZFA HANANI mengerling dan ABANG MAZRAN sedang menolak troli berisi kek. Ramai rakan-rakan Azfa Hanani yang hadir. (DATIN MAZIAH mengangguk) DATIN MAZIAH: Pergilah. Nini tunggu siapa lagi. AZFA HANANI: Ada lagi beberapa orang yang belum sampai. Mereka mungkin sampai lewat. (AZFA HANANI menyerahkan pisau kepada DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Nini nak pergi layan kawan-kawan dulu ya. Ada hadiah-hadiah hari lahir. Mereka kata. kak. Yakah.

) EKRAN: Saya ada hal. tak bolehlah macam tu! Hari ini hari jadi tertunda Murni. Majlis macam ini bukan untuk saya. ELLINA: Dah ramai orang beritahu dia. Nani. (ELLINA mencuit bahu AZFA HANANI menunjukkan ke arah KAK FINAS yang sedang melambai-lambai) AZFA HANANI: Kak Finaz panggil aku tu.. sebenarnya. (AZFA HANANI menuju ke arah KAK FINAZ) KAK FINAZ: Dia tu kawan Nini juga ke? (KAK FINAZ menunjukkan EKRAN yang ada di luar) AZFA HANANI: Ya. lepas tu Ran baliklah. Tak tahu. Ran pun kawan dia.. AZFA HANANI tidak menyambut hadiah tersebut. Su. Dialah pengerusi persatuan murid tingkatan lima sekolah Nini.AZFA HANANI: Entahlah. Lampu digelapkan) Tirai ditutup. kak.. ( AZFA HANANI macam merengus) EKRAN: Ambilah hadiah ini. Makan minum sikit . aku cadangkan kau ambil kursus komunikasi di universiti. 49 . Apa salahnya Ran raikan sama. (AZFA HANANI menyambut hadiah yang dihulur) (Semua tetamu beransur pulang. Saya terpaksa pergi sekarang. Tak pasti lagi. Kawan-kawan kita hampir semuanya ada. SUZANA: Nini. EKRAN: Tak boleh. Aku pun boleh tumpang seronok beritahu sesiapa saja. AZFA HANANI: Sekejap saja. Nak beri hadiah ni pada Nani. ( AZFA HANANI bergerak menghampiri ke arah EKRAN) AZFA HANANI: Kenapa tak terus masuk? (EKRAN menggeleng) EKRAN: Tak apalah. (EKRAN menghulur bungkusan berbalut. apa-apa saja yang ada. Lain kali sajalah. pengacara atau pembaca berita di televisyen tu . kawan aku. (AZFA HANANI tersenyum tetapi EKRAN tidak membalas) AZFA HANANI: Eh. Saya datang sekejap saja..

KAK FINAZ: Tak bolehlah macam itu. kak. orang perempuan. Kakak pula . Suasana sunyi seketika) KAK FINAZ: Nini kecil hati ke? (AZFA HANANI hanya menggeleng) AZFA HANANI: Entahlah. cuti Abang Norman dan habis. Nini tak kisah balik sendiri. Kak Finaz turut ada untuk menghantar Azfa Hanani. kak. Nini nak jumpa pak long dan Zura. (KAK FINAZ cuba memujuk) AZFA HANANI: Sekejap pun jadilah. tersenyum dan mengangguk. KAK FINAZ: Kalau kakak tak ada di sini selepas ujian itu selesai. AZFA HANANI terpandang ABANG MAZRAN..) 50 . KAK FINAZ: Tapi apa pula? AZFA HANANI: Kalau boleh . Nini... Mereka akan balik ke JB malam ini.. Dia terpaksa bertugas semula esok. Nini baliklah sendiri dengan teksi. Tapi .BABAK 19 Di hadapan pentas Azfa Hanani sedang bersiap-siap hendak menduduki ujian di pusat tuisyen. Kemudian nampak seolah-olah AZFA HANANI keluar semula ke hadapan pentas seolaholah baru tamat mengikut ujian tuisyen bahasa Jepun. ertinya kakak berada di airport.. (AZFA HANANI terkedu) KAK FINAZ: Lagipun tiket dah dibeli. (AZFA HANANI ceria.. kak. Nini rindu sangat pada pak long dan Zura. tapi . ya? (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Baiklah . Hati-hati bila menjawab. (AZFA HANANI terdiam.. Nini kan ada ujian bahasa Jepun petang ni? Kalau tak ambil ujian. Kemudia semua beredar dari hadapan pentas. semasa cuti semester pertama nanti... dah tentulah tak boleh.. Nini pergi ambil ujian dulu. dengan siapa lagi? Abang Ran sibuk sangat sekarang.. Insya-Allah. Seelok-eloknya. Abang Ran dan kakak akan bawa Nini balik ke kampung tak lama lagi.. seluruh keluarga Nini juga. nanti tak dapat sijil. Kalau ayah saudara dan sepupu Nini tak balik dengan dia. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Benarkah? KAK FINAZ: Sekarang . (AZFA HANANI merayu) KAK FINAZ: Kakak faham. KAK FINAZ: Nini janganlah susah hati sangat.

Kak Nani dia akan balik tak lama lagi. Nani pula bagaimana? AZFA HANANI: Nani pun sihat.. kak. bolehlah makan sekali. selain berjumpa dengan Nani. Nani nak jumpa Pak Madi dan Zura.TENGKU MAZRAN: Ayah saudara dan sepupu Nini ada di rumah sekarang. Ambilkan sekali coklat dari peti sejuk. Nani . marilah kita cepat pulang. ( Suasana sunyi seketika) ABANG NORMAN: Abang rasa. TENGKU MAZRAN: Mama mengikut Kak Finaz membeli-belah. AZFA HANANI: Mama . ( AZFA HANANI leraikan pelukan dan terpandang DATUK TENGKU MAKMUR yang selesa bersabdar di sofa sambil menghisap paip dan memerhatikan mereka) TENGKU MAZRAN: Kak Finaz beritahu abang tadi. (AZFA HANANI memandang ke arah ZURAINI di atas kerusi roda dan dia tersenyum dan AZFA HANANI membalas senyuman) AZFA HANANI: Kak Nani gembira apabila dapat tahu Zura dapat berjalan semula. Ah . Mengigau pun acap kali juga. ada sepuluh kali dia bertanya. pak long? PAK LONG: Pak long sihat. berkenalan dengan keluarga Abnag Ran. Sambil berbual-bual atau tengok video. elok juga kalau mereka dibawa ke sini. alhamdulillah. Papa nak bercakap dengan ayah saudara Nani. AZFA HANANI yang sampai menegur Pak Saudaranya. (Mereka masuk ke dalam pentas.. (PAK LONG cuma mengangguk) DATUK TENGKU MAKMUR: Nani bawalah sepupu tu ke ruang rehat. Tabir dibuka. Zura pun patut terima kasih kepada keluarga angkat kakak.) AZFA HANANI: Apa khabar. Kelihatan Ayah saudara dan Zura berada di rumah. PAK LONG: Keluarga kita pun begitu. Dia selalu tanya mak long. lebih-lebih lagi si Zahir tu. (AZFA HANANI terkejut dan tergamam memandang DATUK TENGKU MAKMUR) 51 .. (AZFA HANANI mengangguk sahaja) AZFA HANANI: Nani memang dah lama nak jumpa keluarga. Kita patut sama-sama bersyukur kepada Allah. pak long. Bolehlah juga. Dalam sehari tu. (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Pak long beritahulah Zahir. alhamdulillah. bila Kak Nani nak balik. ZURAINI: Ya....

AZFA HANANI kembali menolak dan berada di hadapan pentas) ZURAINI: Datuk tu macam kenal keluarga kita saja. berbudi bahasa dan mudah dengar nasihat orang. dia kata Kak Nani ni budak baik. cuma .PAK LONG: Pergilah. AZFA HANANI: Apa lagi yang Datuk tu cakap? ZURAINI: Tak banyak. ( AZFA HANANI menolak kereta roda ZURAINI dan tirai ditutup. kakak dah balik.. Pak long ada hal sikit nak bercakap dengan Datuk ni. Nani.) 52 .. Dia pun tahu. Tak sempat mereka bercakap lebih panjang. (AZFA HANANI macam tidak percaya dan terus menolak kereta roda ZURAINI masuk ke dalam) ZURAINI: Kak Nani suka tinggal di sini? (AZFA HANANI hanya memandang muka ZURAINI dan terus menolak kereta roda itu. ayah dan ibu Kak Nani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

macam tu. tengok-tengok macam tu saja. tak mustahil dapat lebih banyak lagi. Azfa Hanani agak ralit membelek-belek buku cenderamata tersebut.. Ekran memang bagus. Sehingga Adlan masuk dan menghampirinya. RM14. Baguslah.. tandas dewan besar dah penuh. FUAD: Jangan tanya soalan itu. Nini. FUAD: Hari Sumbangsih tahun ini memang lebih meriah. Adik pergi ke tandas sekolah. (Tiba-tiba AZFA HANANI terpandang kelibat FAZLINA) ADLAN: Hah. Kalau kita bernasib baik. (AZFA HANANI mengangkat muka dan memandang ADLAN) FUAD: Apa yang Nini cari? AZFA HANANI: Tak cari apa-apa. Azfa Hanani tidak tersedar. tak dapat dielakkan. Sasaran kutipan sumbangsih tu . kami ni macam tunggul kayu menunggu di sini.245. Kalau kumpulan kita tahun ini dapat kutip paling kurang RM15. ADLAN: Dah berapa kali khatam baca buku cenderamata tu? AZFA HANANI: Ini baru kali kedua. dari hujung kuku sampai ke hujung rambut. Saya rasa macam PM yang nak datang rasmi.. ke mana kau pergi. projek ni dapat untung besar ke? ADLAN: Selalunya begitulah.. besar kemungkinan akan tercapai. 000. Kalau ada sesiapa yang cabar dia dulu. ya? Saya tak nampak pun dia sejak tadi. dah cukup banyak tu. cik abang . Kalau Nini tak tahu. memang tak patutlah.. FAZLINA: Minta maaflah. Kumpulan pelajar SPM dua tahun lepas dapat kutipan terbanyak setakat ini.. (Kata FAZLINA dengan suara mengada-ada) ADLAN: O . Kita kan sama-sama sampai tadi. Permohonan maaf cik adik diterima. Sekejap tadi. (Mata ADLAN liar mencari FAZLINA) FUAD: Tengoklah siapa pula pengerusinya.00 . Ada panggilan kecemasan. kalau orang suruh bagi markah. AZFA HANANI: Selalunya.00. Lina? Tak tahu ke. Cuma .. Tengok sajalah tempat perasmiannya tadi. (Mereka sama-sama tersenyum) 53 . kami pun samalah... AZFA HANANI: Di mana Ekran. ya? Baiklah. saya rasa macam nak bagi A.BABAK 20 Azfa Hanani bergerak ke hadapan pentas dengan berpakaian seragam sekolah sambil memegang buku cenderamata.. buku cenderamata ni memang cantik.

ADLAN: Dengar-dengar cerita.. Ran sibuk sekarang? (AZFA HANANI duduk di kerusi) 54 . Ada hal.. bolehlah saya beritahu. betullah.. Ekran menuju ke bilik persatuan. (AZFA HANANI bergerak meninggalkan pentas turut diikuti oleh rakan-rakannya... dah tentu sekolah kita tak akan dapat kekalkan rekod 100 peratus kelulusan SPM tahun tu. Aku pun tak faham. Iskandar tu memang tak sedar diri.. ELLINA: Tak silap aku .(AZFA HANANI terkesima) FUAD: Iskandar tu budak jahat dan pernah kena buang sekolah. Entahlah. Nini tak kenal dia sebab dia bukan murid sekolah ini lagi.. Kalau tak. Nani buat apa di sini? (EKRAN bertanya tersekat-sekat) AZFA HANANI: Saya memang nak jumpa Ran. Betul ke? ADLAN: Aku tak tahu. ada nampak Ekran? (FAZLINA menggeleng kepala) FAZLINA: Tak.. dia dapat soalan bocor. nak melawat gerai burger. AZFA HANANI: Terima kasih. Belajar pun bukannya bagus sangat. dia sekarang sedang ambil kursus intensif bahasa Inggeris. Elok juga dia tak ada.. dalam kawasan sekolah pula tu! AZFA HANANI: Siapa budak lelaki tu? Kita kenal ke dia? FAZLINA: Iskandar. tapi agaknya .. kau nampak tak Ekran.. Nina. Keluar semula dan berjalan berjumpa EKRAN) EKRAN: Err . ( AZFA HANANI berjalan meninggalkan hadapan pentas. AZFA HANANI: Hmm . aku nak minta diri . FAZLINA: Anak orang kaya... Ambil SPM beberapa kali dan dapat SAP pun teringin juga nak belajar di luar negeri. Tapi kalau nak tanya fasal Laili . Tapi.AZFA HANANI: Lina. Ada orang cakap. FUAD: Kenapa. Ada suatu perkara yang saya minta Ran jelaskan. Saya tak nampak Ekran. meluat aku tengok! Tak malu langsung. ) (AZFA HANANI kembali masuk ke hadapan pentas dan berjalan menuju ke arah ELLINA yang ada di pentas) AZFA HANANI: Nina . Huh. tak apalah. Aku nak jumpa Ekran sekejap.. kalau tak silap akulah. dia buat hal lagi? FAZLINA: Dia berjalan dengan budak lelaki. dia dapat gred tiga SPM tahun lepas. berpegang-pegang tangan.

Pada hari itu juga.EKRAN: Saya .. Ran.. AZFA HANANI: Itu bukan perkara yang perlu kita cakapkan. Mustahil selama ini tak ada orang lain yang perasaan. itu Cuma alasan. ( Wajah EKRAN berubah) AZFA HANANI: Ran.. EKRAN: Saya dah beritahu Nani dalam nota itu. macam inilah. Sibuk tu.. Apa lagi yang harus saya beritahu? AZFA HANANI: Bohong. Murni sunguh kecewa dan kali terakhir kami bertemu. Ran buat-buat tak nampak. kami berpisah.. Nani. berterus teranglah. Ellina beritahu saya. Ran. ada orang terjumpa beg duit itu di dalam laci kabinet. Saya ingin tahu. Ran perlu jelaskan segala-galanya kepada saya. AZFA HANANI: Air muka Ran memberitahu saya. saya nak berehat sekejap. Memang itulah sebabnya.. semua exco persatuan ada kunci setiap kabinet dalam bilik itu. kenapa tak mahu hadiri majlis hari jadi Murni dan paling penting . tapi pening kepala sikit. kenapa Ran selalu sangat cuba menjauhi saya? Kalau bertembung pun. dia tertinggal beg duit itu. Ada sebab-sebabnya yang Ran tak mahu jelaskan. dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Atas suatu sebab yang tak dapat saya beritahu. (AZFA HANANI tertegun. AZFA HANANI: Banyak. Kenapa? EKRAN: Saya selalu sibuk. apa lagi yang dapat saya katakan. Selagi Hari Sumbangsih tak selesai. taklah . (EKRAN tersenyum tipis) EKRAN: Kalau Nani tak percaya. EKRAN bergerak meninggalkan AZFA HANANI dan AZFA HANANI juga bergerak masuk ke dalam pentas. Ran perlu jelaskan kenapa Ran tinggalkan saya di pameran buku.) 55 . apa kaitannya Ran dengan hadiah hari jadi itu. EKRAN: Baiklah (EKRAN mengangguk dan menghulurkan beberapa keping gambar kepada AZFA HANANI) Murni ialah teman akrab saya.

Dulu abang perlu menjaga nama baik Nini dan keluarga abang. Nani. Nani bukannya salah seorang ahli keluarga abang dan abang tak berhak campur tangan dalam urusan hidup Nani. Dia adik abang. Nani harap abang dapat jelaskan sesuatu kepada Nani. Abang harap selepas ini. Nani. Nani mewarisi masalah ini daripada Nini. Kalau mereka sama-sama ikhlas berkawan. sekarang ke atas Nani pula. Ekran memang bangsat. TENGKU MUZAFFAR: Nani perlu sedar apa yang Nani cakapkan ini. AZFA HANANI: Ini diari Murni tahun lalu dan hasil kerja Nani. abang berhak melindungi Nani. AZFA HANANI: Abang jangan lupa.(Wajah TENGKU MUZAFFAR berubah) TENGKU MUZAFFAR: Apa yang Nani cakapkan ni? Tiba-tiba marah tak tentu hala. Budak penjual burger tu memang tak sedar diri. Cuba beritahu abang baik-baik. (AZFA HANANI mencampakkan diari dan kertas-kertas atas katil) Nani rasa. Sekarang pula. abang yang terlalu bongkak. Dia bukanlah pilihan terbaik untuk Nini dan Nani. Abang tak berhak menghalang hubungan persahabatan semata-mata kerana darjat. AZFA HANANI: Kalau abang tak sibuk sekarang.BABAK 21 Pentas dibuka dan Azfa Hanani ada di biliknya. kan TENGKU MUZAFFAR: Nani perlu faham.? Mama memang tidak terlibat. abang yang padamkan semua catatan tu dan abang juga yang curi beberapa keping gambar Murni. sama macam ayah abang. Dulu dia nak ambil kesempatan ke atas Nini. Nani? Macam ada yang tak kena. (AZFA HANANI mengeleng kepala) 56 . Nani bukannya Tengku Murni. Maklumat komputer jelas menunjukkan abang Mazran terbabit. ( AZFA HANANI tergamam) TENGKU MUZAFFAR: Abang lakukan semua ini untuk kebaikan keluarga kita. AZFA HANANI: (Bermonolog) Siapakah yang menyebabkan Murni berpisah dengan Ekran. Sebenarnya. Nani mahu abang pejamkan mata begitu saja. (AZFA HANANI bergerak dan masuk ke bilik TENGKU MUZAFFAR) TENGKU MUZAFFAR: Kenapa ni. AZFA HANANI: Nani rasa abang tu yang tak faham. Nani ialah Azfa Hanani dan bukanlah adik kandung abang. Dia ligat memikirkan masalah yang melanda Tengku Murni. TENGKU MUZAFFAR: Dalam hal ini. Nani dapat jauhkan diri daripada Ekran. apa salahnya. Dia asyik bermonolog.

apa yang mama cakapkan ni? Nani ... mama .. Kau keluar dari rumah ini sekarang juga.. selalu sangat nak mengelak. AZFA HANANI: Apa . Apabila dia menoleh dia terkejut melihat DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Eh. Kami sama-sama berasal daripada keluarga miskin.. Azfa Hanani dan Muhammad Ekran samasama setaraf. bukan macam keluarga abang.. Berilah saya peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar. (AZFA HANANI mengeleng kepala) AZFA HANANI: Datin. (AZFA HANANI semakin takut) DATIN MAZIAH: Baiklah. Aku tak pernah dengar kau membaca dan kalau tersekat-sekat. (Tiba-tiba DATIN MAZIAN menampar pipi kiri AZFA HANANI) DATIN MAZIAH: Kau ni. Berambus! Kalau aku tengok muka kau sekali lagi. Murni tak selalu beri alasan apabila aku suruh apa-apa.. Anak aku ada tahi lalat di perut. Nini . kau selak baju kau sekarang. Mama tak kenal ke? DATIN MAZIAH: Bohong. Aku kenal anak aku. DATIN MAZIAH: Aku memang dah agak. sebenarnya siapa? AZFA HANANI: Ini Ninilah. Murni fasih membaca dalam bahaas Inggeris.. kau pergi baca majalah Focus tu.AZFA HANANI: Abang. (DATIN MAZIAH menampar pipi kanan AZFA HANANI sehingga dia terjelepok) (AZFA HANANI masih terisak-isak sambil membawa beg dan keluar ke hadapan pentas ada muzik sentimental yang mengiring... nama saya Azfa Hanani. Kau lain. 57 .anak mama. DATIN MAZIAH: Tak perlu. kau bukan anak aku.... Nini .) Tirai ditutup. Apa . eh. ini bukanlah suatu masalah. memang betul kau penipu. (AZFA HANANI tidak menyedari DATIN MAZIAH sedang berdiri di situ. kau ingat aku tak perasaan ke? (AZFA HANANI kehilangan kata-kata) DATIN MAZIAH: Sekarang . aku akan telefon polis..

tapi setakat nak basuh pinggan mangkuk.. ZURAINI: Kalau Kak Nani nak mandi. dik.. Datuk Tengku Makmur. kak. Zura nak masuk ke dapur dulu. kan? (ZAHIDIN tersenyum dan mengangguk) ZURAINI: Sebab itulah ayah da mak tak nak bagi dia pergi. (AZFA HANANI masih termenung. Datin Maziah dan Abang Muzaffar hadir) 58 . Nanti Kak Rina dan Abang Acir balik. Kak Nani masih letih tu. tolonglah bawa adik ke sana. ZAHIDIN merayu lagi) Ala . ZAHIDIN: Marilah . (ZAHIDIN menarik-narik tangan AZFA HANANI) ZURAINI: Sabarlah. (ZURAINI cuba menatang dulang tetapi sukar) AZFA HANANI: Zura. Biarlah dia berehat dulu. pergilah. (ZURAINI tersenyum nipis dan AZFA HANANI sendiri mula mengelamun) ZAHIDIN: Kak nani. AZFA HANANI: Sebenarnya. (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. ZURAINI: Kak Nani kan masih letih? AZFA HANANI: Kakak memang letih. dik. (AZFA HANANI terus membilas cawancawan) ZAHIDIN: Cepat sikit ya. Rupa-rupanya Abang Mazran. Ada bersama Zahidin yang ingin mengajak Azfa Hanani berjalanjalan. Azfa Hanani sedang sibuk membasuh cawan-cawan. Zura. adik naik main air di jeram. temankan adik pergi ke dusun tu. AZFA HANANI: Tak apalah. Kak Finaz. biar kakak yang buat kerja ni. Tunggulah di luar. lambat lagi ke kita nak pergi ni? AZFA HANANI: Sekejap lagi.BAB 22 Tirai dibuka dan menunjukkan rumah suasana kampung. ZAHIDIN: Kak Nani. Kakak akan jaga dia.. kak. Zuraini juga berada di situ. Kak Nani . Adik nak pergi sekarang.. kakak masih bertenaga. ZAHIDIN: Tak nak. Kak Rina dan Abang Acir tak bagi adik ikut tadi. bolehlah Kak Nani.

Nani ni seorang penipu. (DATUK TENGKU MAKMUR berhenti sekejap) Papa dan mama tak dapat kesan di mana Nani berada setelah benar-benar pulih daripada kejutan kejadian itu. Nani akan merajuk. Saya rasa. Bukan sebab itu. Ingat ya. Malahan ketika kemalangan itu Mama sendiri menyusukan Nani kerana kasihan melihat Nani melolonglolong menangis. Abang Ran dan Kak Finaz tak perlu datang ke mari lagi. AZFA HANANI: Datuk tak pernah berjanji apa-apa dengan saya dan kalau setakat apa yang Datuk katakan dulu. Saya ni orang miskin. Cuma berilah peluang kedua kepada ayah dan ibu Abang Ran. Keluarga abang amat terhormat. KAK FINAZ: Kakak dan abang dah agak. Nani. tak perlu apa-apa yang nak dikasihankan lagi. orang panggil saya Nani. saya patut kasihkan diri saya sendiri dulu. lebih 16 tahun yang lalu. tempat macam inilah yang sesuai untuk saya. Rahsia dah terbongkar. Papa bersalah. DATIN MAZIAH dan TENGKU MUZAFFAR menghampiri AZFA HANANI dan AZFA HANANI menundukkan kepalanya) TENGKU MAZRAN: Abang dan kakak tak pandai nak ceritakan perkara ini dengan sebaikbaiknya. TENGKU MAZRAN: Nani tak kasihankan keluarga abang? AZFA HANANI: Entahlah. (TENGKU MAZRAN dan KAK FINAZ saling berpandangan. Nani memang tak tahu. papa cuba mencari Nani demi menebus dosa itu. (ZURINA dan ZAHIR serentak mengangguk) TENGKU MAZRAN: Abang Ran dan Kak Finaz nak bawa Nini balik. Janji kami. jangan lepaskan dia seorang diri. Berilah kami peluang untuk menunaikan janji dan menebus dosa papa yang lalu. Tak apalah. Kak Nani nak bercakap dengan abang dan kakak tu sekejap. bukan Nini. Nani. kak. Biarlah papa dan mama sendiri yang sampaikan. dah memang nyata. Nani. DATUK TENGKU MAKMUR. Dan lagi. (KAK FINAZ. Selama ini. Nani akan kami 59 . Saya tak akan balik ke banglo itu. saya tak marak dan tak akan berdendam. bawa adik pergi mandi di tepi air terjun tu. AZFA HANANI: Peluang kedua itu tak perlu. Maafkan papa. (AZFA HANANI mengeleng kepala) AZFA HANANI: Sebenarnya.AZFA HANANI: Rina dan Acir. TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MAZRAN bergerak jauh sedikit meninggalkan AZFA HANANI) DATUK TENGKU MAKMUR: Bukan. DATUK TENGKU MAKMUR: Ya. ayah dan ibu kandung Nani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan papa dan mama.memang patut pun Nani diusir. Saya memang tak patut menyamar sebagai Murni. Rajuk Nani bersebab.

Nani. begitulah Nini anak mama . ok . Saya maafkan. Itu pun saya maafkan (AZFA HANANI memandang wajah DATIN MAZIAH.. DATIN MAZIAH: Ok .berikan kasih sayang yang sewajarnya.. ya? (AZFA HANANI memeluk DATIN MAZIAH dan DATIN MAZIAH mencium dahi AZFA HANANI) Ah ... Dialah yang memberitahu papa. Pak Madi berkunjung ke rumah petang itu... (Semua menghampiri AZFA HANANI dan tersenyum) Tirai ditutup... tapi Nani.. AZFA HANANI. 60 . Mujurlah.) DATIN MAZIAH: Nani balik dengan kami. AZFA HANANI: Itu takdir Allah Taala. AZFA HANANI: Bukan Nini . DATIN MAZIAH: Mama juga minta maaf atas keterlanjuran mama menampar dan menghina Nani. siapa Nani yang sebenarnya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful