You are on page 1of 4

Nota PQE 3103 TARANUM MAKSUD: Taranum ialah satu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan

bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu. Ciri-ciri Taranum yang muktabar: 1. Nada. Iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara. 2. Rentak. Iaitu pergerakan menghidupkan bunyi suara. 3. Irama. Iaitu alunan atau bentuk bunyi. Faktor yang mengubah bentuk taranum: 1. Mengikut susunan atau situasi yang tertentu. 2. Mengikut peredaran zaman atau wawasam yang tertentu. 3. Mengikut selera dan kemajuan yang perlu diperkembangkan. Sejarah umum mengenai taranum: Asal-usul taranum itu diilhamkan daru unsurunsur berikut: 1. 2. 3. 4. Dari bunyian dan geseran kayu. Dari bunyian dan tiupan angin. Dari bunyian kicauan burung. Dari bunyian air yang mengalir. -

DMF Bermula dari pertengahan kurun ke-20 sehingga kini perkembangan taranum tidak lagi bergantung dengan orang Arab.

Pembahagian lagu-lagu taranum (2 bahagian besar): 1. Taranum arab Hijazi: a. taranum arab yang berlahjah hijazi b. iramanya dipengaruhi dengan suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi. c. Rentaknya lincah d. nada suara tinggi kehangatan. 2. Taranum arab Masri: a. yang berlahjah masri. b. Iramanya dipengaruhi oleh suasana lembahan sungai nil yang subur menghijau dengan suhu yang sederhana. c. Rentaknya lembut. d. Nada suara yang sederhana kemanisannya. Falsafah taranum bilQuran: Melagukan bacaan al-Quran adalah suatu usaha kearah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai dan bermutu tinggi, bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan ALLAH> Peranan taranum pada bacaan al-Quran: 1. Untuk mencapai tahap ketartilan yang tinggi. 2. Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran. 3. Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan. 4. Untuk mendapat rahmat. 5. Untuk menambahkan seni al-Quran. Asas-asas taranum arab Hijazi:

Kemudian digubah dan ditalhinkan oleh profesor muzik dan penyair untuk dijadikan berbgai irama taranum mengikut budaya bangsa masing-masing. Sejarah taranum dan pengajian al-Quran di nusantara: Menurut prof. Hamka bahawa agama Islam menular ke nusantarabermula pada kurun pertama hijrah. Berkembang mengikut kelajuan perkembangan umat Islam itu sendiri melalui pedagang dan mubaligh dari tanah Arab sebelum kedatangan penjajah.

"" :
1

Nota PQE 3103

DMF 4. Untuk menjadi pengukuran kepada lagu-lagu yang akan dibaca sesudahnya. Peranan khusus tiap-tiap harkat: Harkat 1: Penyesuaian. Harkat 2: Rangsangan Harkat 3: jawab Harkat 4: jawabul jawab Harkat 5: persediaan Harkat 6: penutup

, , , , , ,
Asas-asas taranum arab Masri: Qari mesri biasanya mereka membaca al-Quran tidak lari dari asas-asas taranum ayng 4:

, , ,
Susunan taranum yang popular di Mas: 1. Bayati, Soba, Hijaz, Nahwanad dan Rast (BaSoHiNaR) 2. Bayati, Hijaz, Nahwanad, Rast dan Sikah (BaHiNaRSi) 3. Bayati, Nahwanad, Rast, Sikah dan Jiharkah (BaNaRSiJi) 4. Bayati, Soba, Nahwanad, Rast dan Sikah (BaSoNaRSi) 5. Bayati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast (BaIrHiSiR) Sistem persembahan taranum bil-Quran di Mas: 1. Mengandungi beberapa jenis taranum yang berlainan tanpa takrir. 2. Mengandungi beberapa tobaqat suara yang disusun mengikut tekniknya. 3. Taranum pembukaan dan taranum penutup hendaklah dari jenis yang sama. Sebaiknya bayati. Ciri-ciri persembahan taranum bil-Quran yang baik: 1. Susunan harkatnya rapi dan sistematik. 2. Susunan taranumnya rapi dan bersesuaian. 3. Persesuaian taranum dengan ayat. 4. Persesuaian taranum dengan hukum tajwid. 5. Persesuaian suara dengan taranum. Peranan Harkat secara umum: 1. Untuk memperbagaikan seni bunyi. 2. Untuk menghidupkan bacaan. 3. Untuk meningkatkan persembahan.

Ciri-ciri kehebatan harkat: 1. Mempunyai iaitu tangga2 untuk menurun. 2. Mempunyai iaitu tangga2 untuk menaik 3. Mempunyai iaitu gabungan dua angin lagu atau lebih. 4. Mempunyai iaitu kesambungan untuk menurun dan menaik. 5. Mempunyai yang tersusun iaitu bunga-bungaan yang menarik. TARANUM BAYATI: Sejarah: perkataan bayati adalah berasal dari perkataan arab yang bererti rumah. Pada istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan taranum yang dipopular oleh Qari Arab terutama Qari Mesir. Mula dikenalkan di T.M pada 1940-an. Sifat-sifat: 1. Mempunyai kelembutan di samping ketegasan. 2. Mempunyai kesesuaian dengan tabaqat sederhana. 3. Mempunyai unsur-unsur keharmonian dan ketenangan. 4. Mempunyai kesesuaian dengan taranum pembukaan dan penutup. Peranan: 1. Memantapkan persembahan bacaan. 2

Nota PQE 3103 2. Menjadi taranum pembukaan dan penutup. 3. Menjadi pengukuran kepada taranum yang akan dipersembahkan. 4. Membawa kefasihan menyebut huruf2 al-Quran. 5. Dapat melahirkan kemukjizatan alQuran. TARANUM HIJAZI Sejarah: nama bagi suatu kawasan yang terletak di negara arab. Pada istilah ilmu Taranum adalah nama bagi taranum yang dipopularkan oleh Qari hijazi mengikut budaya bangsa mereka. Sifat-sifat: 1. Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan. 2. Mempunyai ketegasan pendorong semangat. 3. Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan. 4. Mempunyai kesesuaian dengan manamana tobaqat. 5. Mempunyai kesesuaian dengan ayatayat yang berbentuk perintah, tegah atau marah. Peranan: 1. Memberi semangat kepada persembahan. 2. Memberi kepuasan kepada pendengar dan pembaca. 3. Memberi tenaga kepada taranum yang akan dibaca. 4. Membawa kefasihan sebutan hurufhuruf al-Quran. 5. Melahirkan kemukjizatan al-Quran. TARANUM NAHWANAD Sejarah: nahwanad adalah nama bagi satu tempat yang terletak di daerah Hamadan Farsi. Istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan taranum yang dipopular oleh

DMF Qari-qari daerah tersebut mengikut budaya mereka. Sifat-sifat: 1. Mempunyai gerak ringan yang berkesan. 2. Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan. 3. Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa. 4. Mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan. 5. Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menunjukkan memohon, mencerita dan sebagainya. Peranan: 1. Mampu melembutkan bacaan al-Quran 2. Mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar. 3. Membawa kefasihan menyebut huruf2 al-Quran. 4. Dapat melahirkan kemukjizatan alQuran. TARANUM SIKAH Sejarah: berasal dari negara Parsi. Diubahsuai dan diterima pakai oleh pakar taranum bilQuran dari negara Hijazi dan dipopularkan kepada seluruh Qari diseluruh pelusuk dunia dari qurun 7-19 M. Kini dipopularkan lagi oleh Qari Mesir. Sifat-sifat: 1. Mempunyai gerak lambat yang meyakinkan. 2. Mempunyai kelembutan yang menusuk qalbu. 3. Mempunyai kesesuaian dengan manamana tobaqat. 4. Mempunyai kesesuaian dengan ayatayat yang menunjukkan merayu, memohon, merintih. Peranan:

Nota PQE 3103 1. Untuk melembutkan perasaan. 2. Untuk memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. 3. Untu membawa kepada kekhusyukan. 4. Membawa kefasihan menyebut huruf2 al-Quran. 5. Dapat melahirkan kemukjizatan alQuran. TARANUM JIHARKAH Sejarah: berasal dari negara Parsi. Diterima pakai dan diubahsuai mengikut zon budaya mereka. Dipopularkan oleh Qari dari Mesir mengikut budaya mereka. Sifat-sifat: 1. Mempunyai gerak ringan yang berkesan. 2. Mempunyai kelembutan yang menusuk qalbu. 3. Mempunyai unsur ketenangan dan keharmonian. 4. Mempunyai kesesuaian dengan ayat yang berbentuk memohon, merayu dan merintih. 5. Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana. Peranan: 1. Menenangkan ketegangan persembahan. 2. Membawa kekhusyukkan. 3. Melembutkan persembahan bacaan. 4. Membawa kefasihan menyebut huruf2 al-Quran. 5. Dapat melahirkan kemukjizatan alQuran.

DMF