You are on page 1of 8

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

1.0

PENGENALAN Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai

keperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.Menurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkn memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend(2005) menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi lain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi digunakan pada masa kini atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori,keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum. Menurut Kirk(1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian, bantuan yang disediakan oleh sekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar pendidikan khas.Pendidikan khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi membantu murid keperluan khas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan
2 CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

oleh semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976) dalam bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat mendalam sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi kriteria yang diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun, reaksi ibu bapa akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka. Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapat menerima kehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidup bahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha menjalani pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap perkembangan anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998). Orang Kurang Upaya (OKU) ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana atau berat), penglihatan dan pendengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991).Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder, terencat akal minimum termasuklah masalah mental Carebral Palsy, bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007). 2.0 2.1 KAJIAN KES MURID KEPERLUAN KHAS Latar Belakang Murid Keperluan Khas Murid yang telah dipilih untuk melaksanakan program pendidikan inklusif ini ialah salah seorang murid Tahun 4 yang mana murid ini didapati mempunyai masalah pembelajaran yang dikenali sebagai autisme.Nama murid yang dikaji ialah Siti Amina bt. Ibrahim berusia 10 tahun. Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahami sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang mempunyai
3 CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

anak pengidap autisme, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah membuat penyelidikan tentang autisme, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta kesannya terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari.Pada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu, perasaan bimbang timbul di kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini kerana autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi, pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung meningkat dari tahun ke tahun.Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memeperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap pengidap autism yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibal dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan pengidap autisme. Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate aform relationship with other . Kamus elektronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autism ialah disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka , dapat disimpulkan di sini, autism merupakan gangguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan sentuhan. Menurut Ginanjar(2001), autisme adalah gangguan perkembangan yang komplek disebabkan oleh adanya kerosakan pada otak., sehingga mengakibatkan gangguan terhadap

perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap persekitaran dan pembelajaran.Biasanya tanda-tanda akan mula kelihatan ketika anak berusia 3 tahun ke bawah.

CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

2.2

Masalah Autisme Yang Dikesan Dari Sampel Kajian Dalam kajian kes yang dilakukan ke atas Siti Amina didapati bahawa Siti Amina

mempunyai beberapa masalah seperti berikut:a)Masalah Komunikasi Seseorang kanak-kanak autisme biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya jika seseorang bertanya sudah makan?, dia menjawab sudah makan. Jika ditanya Sudah minum?, di menjawab sudah minum. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif. b)Suka Bersendirian Masalah paling ketara ialah yang didapati ke atas Siti Amina ialah tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalm dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalinkan kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas.Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta atau seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh atau berlainan daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autism biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diamabil, dialih atau hilang. Adakalanya Siti Amina menunjukkan tingkahlaku yanag bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan, menjengkit-jengkit kakinya apabila berjalan, memutar-mutar benda seperti tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik, serta mengumpul batu-batu, bermain suis lampu dan sebagainya. c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan Siti Amina juga suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Dia kelihatan mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta sering menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing. Dia juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Contohnya dia berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan menunjukkan perlakuan di

CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

luar kawalan. Dia sentiasa bergerak dan sering menunjukkan pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang. d) Masalah tingkah laku Masalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu suka mengasingkan diri.Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yang terlampau dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marahmarah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akan dicederakan oleh kanak-kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.Kumpulan pasif iaitu kanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahami keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah laku mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka. Tidak tahu bersosial dan kerana itun kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya tidak tahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan kemampuan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain. Aktif tetapi berperangai pelik .Kanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli, tetap dengan sikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan. Ciri-ciri lain yang dilihat pada diri Siti Amina ialah dia suka hidup di dalam dunianya sendiri. Malahan, pada peringkat awal kanak-kanak,mengikut kajian mereka akan

mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan,
6 CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang lain iaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak autisme ini keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.

3.0

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF YANG SESUAI UNTUK MURID

AUTISME Kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Keadaan ini boleh menggugat kesihatan mereka.Sudah pastinya adikberadik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang ke rumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya ada juga jiran yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan memberi komen yang membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang berkeperluan khas malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut. Realitinya inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu untuk berhadapan dengan dunia luar.Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha mereka mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasangan yang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu bapa amnya perlu ada rasa tanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala-galanya dan masalah-masalah
7 CHAI LIE HUA 810214125184

HBEF 3503:INCLUSIVE EDUCATION

yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat kestabilan rumah-tangga mereka.Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanakkanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanakkanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik serta bijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh sebab itu, penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

CHAI LIE HUA 810214125184

You might also like