Masalah Pembelajaran ( Kanak-kanak Lembam

)

MASALAH PEMBELAJARAN (SLOW LEARNER) CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN 1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. 2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung. Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut; a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanakkanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan. b)Pengajaran Secara Individu Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka

memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau “tutoring”, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut. c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan „Power Point‟ dalam komputer dan „electronic dictionary‟ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang „stereotype‟. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986). e)Terapi Hidro Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. PJPHR adalah pusat . wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10. disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. f)Cara Kerja Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula. ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut. Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan. sindrom down.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Melalui terapi seumpama ini. Shah Alam. g)Perkhidmatan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Sebagai contoh di sini. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Guru memberikan arahan ini berulangkali. apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. sahaja. Selangor.

serebral palsi. perkembangan awal kanak-kanak. .jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. sindrom down dan terencat akal. lembam. hiperaktif. pendidikan kanak-kanak lembam. spastik. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme. terapi multisensori. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian. pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah.

iaitu „kanak-kanak yang dari segi intelek. Mereka merupakan contoh kanak-kanak yang memerlukan satu bentuk pendidikan yang khusus bagi setiap individu kerana setiap kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza-beza supaya mereka dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah seperti kanak-kanak cacat penglihatan. cacat pendengaran. pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. sosial atau emosi. 1982). Dengan kata lain. hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa‟ (Chua. pendidikan khas merupakan satu perkhidmatan pendidikan yang berbentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.pendidikan khas masalah pembelajaran ESEI BERFOKUS Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa. peralatan dan kaedah pengajaran yang khusus. . Menurut Gargiulo (2003). fizikal. terencat akal. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan. tidak mencapai tahap pertumbuhan dan penyuburan biasa. cacat fizikal dan termasuk kanak-kanak pintar cerdas.

membaca. kanak-kanak yang dikenali sebagai Faiz (bukan nama sebenar) merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. bercakap. Seterusnya. Oleh itu. Faiz dipilih dalam kajian kes ini kerana kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang sangat unik. Faiz mempunyai sedikit sikap hiperaktif. menurut IDEA mengenai istilah masalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang mempunyai proses psikologi yang tidak teratur termasuk perkembangan pemahaman atau penggunaan bahasa. komunikasi atau penulisan. namun begitu kanak-kanak autisme mempunyai kelebihan dan . Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan. menulis atau membuat pengiraan.Masalah pembelajaran pula yang didefinisikan oleh Jabatan Pendidikan Khas sebagai kanakkanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam mendengar. Faiz merupakan kanak-kanak autisme dan dalam masa yang sama. Namun begitu. dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan khas masalah pembelajaran ini ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini mengurus diri mereka sendiri sekaligus membolehkan mereka merasa tidak tidak terpinggir daripada kalangan orang yang normal. tumpuan diberikan kepada autisme kerana ciri-ciri tersebut merupakan ciri dominon yang terdapat pada Faiz. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai pelbagai tingkah laku yang berlainan.

Namun begitu. Akhirnya. kanak-kanak autisme ini mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik. keadaan Faiz semakin teruk kerana Faiz tidak seceria kanak-kanak lain. Berdasarkan temubual dengan ibu Faiz. Hal ini membuatkan beliau hairan dengan tingkah laku anak bongsunya itu.keistimewaan yang tersendiri jika kita berjaya mendorong mereka melakukan sesuatu yang baik. Sejarah autisme bermula pada tahun 1943 apabila ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika iaitu Leo Kanner melakukan kajian selama beberapa tahun ke atas 11 orang kanak-kanak. Beliau melihat kanak-kanak tersebut menghadapi masalah dalam komunikasi harian mereka. Setelah meningkat usia. beliau mula risau mengenai Faiz apabila dilihat anaknya tidak aktif seperti bayi lain malah anaknya juga tidak mengeluarkan sebarang bunyi. semasa berkomunikasi Faiz tidak memandang ke arah orang yang bercakap dengannya. Istilah autisme ini timbul daripada perkataan asalnya iaitu autos yang bermaksud diri . Namun begitu. Malah. beliau membawa anaknya melakukan pemeriksaan doktor dan barulah beliau mengetahui anak beliau merupakan kanak-kanak istimewa. Faiz lebih banyak menyendiri dan melakukan sesuatu perkara berulang-ulang kali seperti memetik suis dan memanjat pagar. beliau menyatakan bahawa pada awalnya Faiz kelihatan seperti kanak-kanak normal ketika bayi. mereka juga sering bersendirian dan berada dalam dunia sendiri.

interaksi sosial. Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak normal. Faiz seolah-olah berada di dalam dunianya yang tersendiri. Masalah utama yang dihadapi oleh Faiz ialah kemahiran komunikasi dan daya ingatan yang pendek. perilaku emosi. pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Berdasarkan anggaran yang dibuat 75 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius. Ciri-ciri yang dapat dilihat pada Faiz ialah Faiz mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi dia tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala dia seolah-olah tidak memahami apa yang dituturkan dan apa yang dilihat oleh Faiz.sendiri danisme iaitu suatu aliran. Sekiranya tidak diberi rawatan ataupun tidak dibantu . Ciri-ciri yang terdapat pada Faiz sebenarnya boleh dikenal pasti apabila berusia dua tahun setengah ataupun tiga tahun. Dengan erti kata lain. Autisme adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan. Ini akan menjadi masalah yang serius jika dibiarkan berterusan. pemikiran. Hal ini menyebabkan dia gagal memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi. komunikasi. Kesimpulannya. Hal ini kerana ciri-ciri autisme dapat dilihat dengan lebih jelas pada usia tersebut. Faiz juga hanya mampu menuturkan beberapa perkataan sahaja dengan jelas. autisme ialah keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

Faiz memberi tumpuan sepenuhnya apabila salah seorang guru Faiz menggunakan multimedia sebagai alat bantu mengajar. Ciri-ciri seterusnya ialah kanak-kanak seperti Faiz ini sentiasa menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal seperti kanak-kanak lain. kita tidak mampu kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal. . ia akan menjejaskan kehidupan sosial Faiz pada masa hadapan. Hal ini membuatkan Faiz memberi tumpuan kerana Faiz amat berminat dengan cerita tersebut. Masalah seterusnya daya ingatan yang singkat menyebabkan Faiz tidak mengingati apa yang diajar oleh guru. Faizjuga tidak mampu memberi tumpuan yang lama di dalam kelas. Sebagai contoh. Dia hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja namun begitu berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Hal ini juga akan menyebabkan Faiz merasa tersisih daripada masyarakat normal yang lain. kadang kala Faiz akan memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Walaupun begitu. Apabila masalah ini lambat ditangani oleh guru mahupun ibubapa. ia akan memberi kesan yang serius pada perkembangan Faiz dalam semua bidang terutama bidang kemahiran sosial dan komunikasi.mempertingkatkan kemahiran komunikasi. pada waktu rehat apabila Faiz berada bersama-sama rakan sekelasnya dan murid-murid normal. Guru tersebut menyelitkan setiap perkara yang diajar dengan video.

sensitif pada bunyi yang kuat dan menutup telinga. Punca masalah yang menyebabkan autisme adalah kompleks. Faiz mengamuk apabila gambar dan video mengenainya diambil ataupun dirakam. Faiz akan mengamuk apabila melakukan sesuatu yang tidak diingini olehnya.Ciri-ciri kanak-kanak autisme dari segi gangguan deria ialah tidak suka dipegang atau disentuh. Ciri-ciri kanak-kanak autisme dari segi emosi ialah emosi kanak-kanak autisme seperti Faiz ini mudah berubah-ubah dan sangat sukar untuk diramal. Faiz juga sangat sensitif pada bunyi yang kuat sebagai contoh bunyi kapal terbang yang sangat kuat membuatkan Faiz menutup telinganya dan Faiz kelihatan seperti ketakutan. kajian menunjukkan jika salah seorang daripada kembar seiras mengalami . di dalam kelas matematik Faiz tidak suka disentuh oleh gurunya apabila guru Faiz mengarahkan semua pelajar menulis nombor satu hingga tiga. Faiz kelihatan tidak selesa malah dia akan menjeritjerit. Sebagai contoh. Ciri-ciri ini merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Faiz berdasarkan pemerhatian yang dibuat. guru tersebut memegang tangan Faiz dan membantu Faiz menulis nombor tersebut. Sebagai contoh. Namun begitu. Autisme berlaku disebabkan satu masalah biologi yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Sebagai contoh. Kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam penyebabkan berlakunya autisme ini. Selain itu. Apabila melihat keadaan Faiz yang hanya mendiamkan diri.

komunikasi resetif. komunikasi dan interaksi. sosial dan emosi. Faiz merupakan kanak-kanak yang mempunyai daya kognitif yang lemah . punca autisme yang telah dikenal pasti ialah masalah pencernaan yang kurang baik. Lebih daripada 60% kanak-kanak autisme mempunyai sistem percernaan yang kurang baik. aspek perkembangan kanak-kanak iaitu Faiz dapat dilihat dari aspek kognitif. Contohnya. perhatian dan tingkah laku. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat. turut mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya menganggu fungsi otak bayi yang dikandungi itu terutama dalam aspek fungsi pemahaman. bahasa. ianya diserap kembali oleh tubuh. yang merosakkan sel-sel otak. risiko untuk kembarnya menghadapi autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat tinggi. Toxo.autisme. punca masalah ialah jangkitan virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. pendarahan. komunikasi. Kemudian. susu yang berasaskan daripada haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik. Hal in terjadi disebabkan protein daripada makanan ini tidak ditukar menjadi asid amino atau peptone yang dibuang. keracunan makanan. Disebabkan punca ini. dapat dilihat dengan jelas perbezaan perkembangan kognitif kanak-kanak normal dengan kanakkanak autisme. Rubella. Selain itu. fungsi otak terganggu yang melibatkan fungsi kognitif. lalu memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfn dan gliadrofin. pemakanan yang tidak berzat. Dari aspek kognitif. Misalnya. Herpes. Malah.

Peringkat pertama iaitu menumpukan perhatian di dalam pemerolehan maklumat. mereka tidak mampu memberi tumpuan terhadap perkara-perkara yang mampu dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali sesuatu perkara. input yang diterima kekal tanpa sebarang perubahan. Hal itulah yang menjadikan mereka sukar membuat atau memahami jenaka. sesetengah kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan kognitif yang tinggi dan juga berbakat antaranya Matt Savage iaitu seorang pemain piano yang merupakan kanak-kanak autisme. Sebagai contoh. kanak-kanak seperti Faiz ini mempunyai tumpuan yang singkat namun begitu mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya apabila aktiviti yang dilakukan berjaya menarik minat mereka. . Maka. Disebabkan itu. Faiz amat alat muzik walaupun dia tidak mengetahui cara penggunaannya dengan betul. Namun begitu. Individu autisme ini selalunya tertarik kepada sesuatu aspek sahaja. maka kegagalan mengenal pasti aspek yang sesuai bagi alat muzik tersebut membuatkan keupayaan Faiz untuk bermain adalah terhad. Selalunya maklumat yang diterima akan diproses dan disimpan dalam bentuk ingatan jangka pendek mahupun ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula apabila diperlukan. kanak-kanak ini juga mampu menerima input daripada deria tetapi mereka tidak mampu memilih isi-isi penting yang terdapat dalam ayat yang didengari olehnya. membuat anologi dan sebagainya. kanak-kanak autisme ini tidak mampu berbuat demikian. seperti yang diketahui.sepertimana kanak-kanak autisme yang lain. Selain itu. Namun.

Selain itu. Sebagai contoh. Perkataan yang dituturkan mempunyai proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. panggilan diri Faiz iaitu mamat.Aspek kedua yang boleh dilihat ialah aspek bahasa. Seperti yang telah diketahui. Kanak-kanak autisme ini banyak bergantung dan menuturkan perkataan-perkataan yang mereka ingat secara hafalan iaitu berdasarkan interaksi mereka dengan ibubapa dan guru semasa di rumah mahupun di sekolah. Seterusnya. Hal ini berbeza dengan perkembangan kanak-kanak normal yang mampu menuturkan sesuatu dengan menunjukkan perbezaan dalam intonansi dalam percakapan mereka. pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa. Perbezaan prosodi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme ialah irama yang stereotaip. Hal ini terjadi disebabkan perkembangan bahasa Faiz adalah terhad dan tidak fleksibel. pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad dan tidak menunjukkan perbezaan dalam intonansi dalam percakapan. Faiz merupakan individu yang mempunyai masalah bahasa. Dia mengingati nama timbangannya dan dia selalu menyebut nama timbangannya itu. bahasa idiosinkrantik iaitu perkataan dan frasa yang dituturkan adalah unik. Dia mudah mengingati perkataan-perkataan yang pertama kali dia pelajari dan tidak tahu membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang . Masalah perkembangan bahasa individu tersebut dapat dibahagikan kepada empat iaitunonsegmental phonology iaitu mereka tidak mampu menghasilkan pertuturan yang nonsegmental (prosodi).

Terdapat 3 jenis ekolalia iaitu ekolalia serta-merta iaitu pengulangan yang sertamerta apabila perkataan disebut. Penggunaan kata ganti nama ini banyak menimbulkan kekeliruan dalam diri kanak-kanak autisme seperti Faiz. dia juga sukar untuk memahami bahasa badan dan ekspresi orang lain.baru. Faiz mengalami ekolalia lewat kerana dia lambat menuturkan sesuatu yang didengari olehnya. Faiz merupakan individu yang tidak mempunyai sebarang niat mahupun keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Malah. Keadaan ini terjadi disebabkan dia sukar memahami dan mengunakan perkataan yang berubah makna mengikut konteks. Pembahagian seterusnya ialah masalah kata ganti nama. ekolalia lewat iaitu diucap agak lewat selepas perkataan disebut dan ekolalia terakhir ialah ekolalia ringan iaitu pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan. Hal ini menunjukkan perbezaan dengan kanak-kanak normal yang berkomunikasi apabila menginginkan sesuatu malah memahami bahasa badan mahupun ekspresi yang dibuat. . Perkembangan kanak-kanak autisme juga dapat dilihat menerusi perkembangan komunikasi. Akhir sekali ialah ekolalia yang membawa maksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Ini membuatkan dia tidak memahami perasaan orang lain dengan betul dan sentiasa melakukan kesilapan di dalam tindak balas yang dibuat.

Mereka selalu menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka. tidak tahu memulakan perbualan. Ini disebabkan dia lebih berminat bercakap mengenai dirinya berbanding memahami orang lain juga mempunyai idea. kanak-kanak seperti Faiz ini menjadi handikap apabila berinteraksi dengan orang lain. Hal ini kerana dia selalu mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap. Selain ini dia juga tidak mampu mengawal emosinya daripada menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada sesorang. Faiz merupakan kanak-kanak yang sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana dia tidak memahami bahawa perasaan tertentu boleh ditunjuk dalam cara yang tidak salah faham. perasaan dan sebagainya. Perkara tersebut sangat berbeza dengan perkembangan emosi kanak-kanak normal seusia dengan Faiz yang sudah mampu mengawal emosinya. Kategori seterusnya ialah bersikap tidak acuh iaitu individu ini mengambil sikap tidak acuh dengan keadaan sekelilingnya walaupun mereka tidak menjauhkan diri dari pergaulan. Aspek terakhir dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan emosi. dan suka bermain bersendirian.Dari aspek perkembangan sosial pula. dimana mereka mengelak dari sebarang bentuk interaksi sosial. Masalah tingkah laku sosial ini boleh dilihat dari 3 kategori iaitu penghindaran sosial. . Kategori yang terakhir ialah kekok ataupun janggal ketika bersosial. Hal ini terjadi apabila kanak-kanak autisme seperti Faiz ini berusaha untuk berkawan tetapi dia tidak berusaha untuk mengekalkan hubungan itu.

ritma dan lain-lain. Kanak -kanak bermasalah pembelajaran ini juga mampu didisplinkan melalui muzik. ton. Walaupun Faiz merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan pemerhatian. Terapi muzik dapat dilakukan ke atas Faiz kerana penggunaan muzik ini membolehkan kedua-dua bahagian otak menerima pelbagai aspek yang terdapat di dalam muzik iaitu melodi. Seperti yang diketahui. Intervensi awal yang dapat dijalankan ke atas Faiz antaranya ialah terapi muzik. terapi ini juga dapat menstimulasikan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut kerana kanakkanak autisme sangat berminat pada bunyi muzik yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa pada mereka. Elemen-elemen muzik ini haruslah diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas ini kerana terapi ini secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak seperti Faiz ini menyebut perkataan-perkataan mahupun angka yang diajar di dalam kelas. Malah. Berikut adalah cadangan-cadangan intervensi awal yang dapat dibuat untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Sebagi contoh. setiap individu seperti Faiz mempunyai sesuatu benda yang amat diminatinya. dapatlah dilihat perbezaan dan masalah yang dihadapi oleh Faiz dengan kanak-kanak normal. ini tidak bermaksud dia perlu diabaikan. Intervensi awal yang dapat dilakukan seterusnya ialah terapi bermain.Oleh itu. lagu ‟Oh Mac Donald‟ dan sebagainya. lagu ABC. Penggunaan terapi muzik dengan aktif dapat memberikan ketenangan kepada kanak-kanak autisme seperti Faiz. terapi bermain ini dapat diaplikasikan kepada Faiz kerana ia merupakan pendekatan yang digunakan dengan . Faiz amat berminat dalam permainan ‟dam ular‟. pic. Oleh itu.

Terapi ini dapat memberi impak yang hebat kerana melalui terapi bermain ini. senyum dan ketawa dalam diri kanak-kanak ini. intervensi awal yang dapat dibuat ialah rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. adik beradik dan rakan. Hal ini kerana melalui terapi ini. Selain itu. Penggunaan ubatan Ritalin dapat mengatasi masalah kurang tumpuan dan hiperaktif didalam diri kanak-kanak autisme ini. Malah. kanak-kanak autisme berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati oleh mereka sekaligus berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak memberi tekanan mental pada mereka dan mewujudkan perasaan riang. dengan pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autisme. Permainan yang digunakan untuk membuat terapi hendaklah merupakan permainan berdasarkan minat kanak-kanak tersebut. persekitaraan dan hubungan mereka dengan ibubapa. mereka dapat membantu kanak-kanak autisme memahami perasaan mereka. Intervensi awal yang dapat dilakukan dengan menyediakan program pendidikan yang bersepadu dan terancang. terapi ini akan membentuk kemahiran komunikasi dan sosial dalam diri mereka. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri .cara bermain. Secara tidak langsung.

Khidmat sokongan daripada kerajaan ialah wujudnya kementeriankementerian berkaitan pendidikan khas. komunikasi. Terapi yang dijalankan ini. bermatlamat bukan untuk mengajar kemahiran tetapi untuk membantu meningkatkan kemahiran motor sensori sekaligus kemahiran motor halus dan kemahiran mengurus diri. terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. emosi. intervensi awal ini haruslah disertai dengan khidmat sokongan agar Faiz dapat menghadapi masa depannya. bongkah kayu dan sebagainya. Akta . Selain itu. terapi integrasi sensori juga merupakan salah satu intervensi awal yang dapat dilakukan. Namun begitu.seperti masalah tingkah laku. Selain itu. Sebagai contoh. sosial. permainan seperti bermain buaian mahupun duduk di atas tilam air mampu membantu kanakkanak itu bertindak balas dengan baik terhadap maklumat sensori tanpa perlu terlalu gembira. Cara terapi ini dijalankan ialah kanak-kanak autisme ini dibenarkan bermain dengan pelbagai tekstur seperti tanah liat. Intervensi awal tersebut dapat diaplikasikan kepada Faiz agar Faiz mampu membantu Faiz menjadi individu yang lebih baik. badan bukan kerajaan (NGO) serta guru mahupun keluarga. Khidmat sokongan yang dapat dilihat adalah daripada tiga pihak iaitu kerajaan. Kementerian Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan untuk bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal. pasir. dan kognitif. Seterusnya. Matlamat utama intervensi ini dapat membantu kanak-kanak autisme dari aspek pengurusan tingkah laku.

kemudahan dan lain-lain. bilangan guru pendidikan khas serta bilangan kelas pendidikan khas semakin bertambah. Antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penyediaan pendidikan khas ini adalah Pusat Bimbingan Sinaran Matahari. Hal ini menunjukkan kesedaran pelbagai pihak terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini dari segi pendidikan. Khidmat sokongan yang ditubuhkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk menyedarkan ibubapa dan masyarakat mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa. Khidmat sokongan seterusnya daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO). . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya menarik ramai ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka di pusat-pusat tertentu yang telah disediakan. Secara tidak langsung. Antara penyediaan pendidikan khas ialah menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di antara umur 2 – 16 tahun.Pendidikan 1991 disemak semula kemudian digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 yang mempunyai satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang salah satunya menyarankan “menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan menteri suaimanfaat”.

apabila melipat kain. kanak-kanak autisme seperti Faiz mampu dididik dan dibentuk ke arah yang lebih baik. tidak mustahil bagi seseorang kanak-kanak berkeperluan khas sepertinya tidak mampu berjaya dalam hidup dan boleh menguruskan diri sendiri. guru tersebut haruslah memahami keperluan kanakkanak tersebut. Ibubapa pula memainkan peranan yang amat penting dalam mengajar anak mereka mengenai cara mengurus diri semasa di rumah. Ibubapa tersebut mungkin boleh meminta anak mereka mengira pakaian yang telah dilipat ataupun pakaian yang belum dilipat.Khidmat sokongan yang terakhir ialah daripada guru dan keluarga iaitu ibubapa. Ibubapa juga boleh memperkenalkan sesuatu yang baru kepada kanak-kanak tersebut sebagai contoh memperkenalkan jenis-jenis pakaian seperti baju kurung. Oleh itu. Sebagai seorang guru pendidikan khas. Kita boleh mengajar kanak-kanak tersebut mengenai warna pada pakaian tersebut ataupun bilangan pakaian. Malah. Tuntasnya. yang mampu berjaya dalam hidup mereka antaranya Temple Grandin. Hal ini kerana dengan memahami keperluan serta perbezaan mereka. Misalnya. Ini kerana kadang kala. seluar dan sebagainya. Beliau merupakan salah seorang penulis dan . semua pihak haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikan Faiz sebagai seorang insan yang berjaya seperti individu-individu autisme yang lain. kanak-kanak berkeperluan khas ini lebih selesa belajar dengan ibubapa mereka. Pendekatan pembelajaran yang digunakan bagi setiap kanak-kanak haruslah berbeza-beza dan mengikut minat mereka. guru tersebut mampu meningkatkan pengurusan diri mereka.

blogspot.com/2011/03/pendidikan-khas-masalah-pembelajaran. http://studentipg.html .jurucakap yang aktif dalam bidang autisme malah beliau mampu bekerja sebagai Professor Madya di Universiti Colarado.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful