You are on page 1of 12

IPGM, KAMPUS PENDIDIKAN GURU TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

DPLI-KDC-SABK (MATEMATIK RENDAH)

PENDIDIKAN JASMANI (PJK 2102W) TAJUK TUGASAN: KERTAS KERJA PROGRAM AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

Disediakan Oleh: MOHD YUSOFF BIN ISMAIL (NO K/P: 790901-02-5555)

Disediakan Untuk: ENCIK ISHAK BIN OTHMAN

Tarikh Mula: 20 MEI 2013 Tarikh Serahan: 28 MEI 2013

SOALAN TUGASAN Sekolah anda telah bercadang untuk mengadakan aktiviti pendidikan luar. Anda sebagai guru pengiring dan juga sebagai penyelaras program perlu menyediakan satu kertas kerja yang menerangkan secara terperinci program tersebut. Perkaraperkara yang perlu dinyatakan di dalam kertas kerja tersebut ialah:

Tajuk

1. Pengenalan (Latar belakang sekolah) 2. Rasional 3. Objektif 4. Lokasi (Kenapa pilih tempat tersebut) 5. Kumpulan Sasaran 6. Badget 7. Jawatankuasa Program 8. Jadual Aktiviti 9. Penutup (ditandatangani : Penyedia K/Kerja, Disahkan oleh Panitia PJK dan diluluskan oleh Pengetua Sekolah. 10. Lampiran 11. Bibliografi

Format Tugasan: Kertas warna putih. Font 12 Tulisan Arial.

Depan Kulit: Nama Kampus. Tajuk, U/Perhatian Disediakan oleh, Tarikh hantaran: 1/5/2013 hingga 28/5/2013.

KERTAS KERJA KEM CABARAN HUTAN & RIMBA


PADA: 9-11 MEI 2013 (Khamis - Sabtu)

TEMPAT: Chalet Deyan Titi Hayun, Yan, Kedah.

ANJURAN: PBSM, Pengakap & Puteri Islam Sek. Ren. Akademi Islam Hj Abdullah Suboh

KERTAS KERJA KEM CABARAN HUTAN & RIMBA

1.0

PENGENALAN

Sekolah Rendah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh adalah sebuah sekolah pendalaman yang di sekitarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan tempat riadah dan sebagai tempat untuk pendidikan luar yang boleh memberi banyak ilmu kepada murid-murid. Oleh yang demikian, kami ahli persatuan PBSM, Pengakap & Puteri Islam merasakan amat rugi jika tidak dimanfaatkan tempat-tempat seperti ini untuk dipelajari ilmu-ilmu berkaitan cabaran hutan dan rimba. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini diadakan adalah supaya Persatuan PBSM, Pengakap & Puteri Islam mendapat sedikit peruntukan supaya dapat kami jalankan satu program pendidikan luar yang dinamakan Kem Cabaran Huran & Rimba. Lokasi yang dicadangkan adalah di kaki Gunung Jerai, iaitu di Chalet DeYan, Titi Hayun, Yan, Kedah. Jarak dari sekolah ke tapak perkhemahan adalah dianggarkan lebih kurang 40km.

Kem seperti ini amat perlu diadakan sebagai pendedahan secara praktikal ilmu kemahiran yang dipelajari di sekolah. Penekanan dalam kem ini ialah bagaimana murid-murid bekerja secara berkumpulan untuk menghadapi cabaran di dalam rimba yang serba kekurangan, dengan menggunakan segala sumber alam sekitar untuk menyediakan makanan. Disamping itu, kem ini juga bertujuan untuk menanam nilai murni untuk menghargai dan menyayangi alam semula jadi yang terdapat didalam hutan rimba. Semoga kem ini akan memberi ilmu-ilmu yang baik sebagai pelangkap ilmu-ilmu yang telah di pelajari di sekolah.

2.0

RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga ini diadakan adalah seperti berikut:

i.

Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid SR Akademi Islam Haji Abdullah Suboh dalam menyertai Aktiviti Pendidikan Luar.

ii. iii.

Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal. Dapat merasai pengalaman sebenar berada didalam hutan dan dapat mempelajari ilmu-ilmu secara praktikal berkaitan ikhtiar hidup di dalam hutan yang serba kekurangan dan mencabar.

3.0

MATLAMAT

Kem Cabaran Hutan & Rimba ini berfokus untuk mendedahkan muridmurid Sekolah Rendah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh secara langsung berkaitan ikhtiar hidup di dalam hutan yang serba kekurangan dan mencabar. Juga untuk memberi pendidikan luar kepada murid-murid berkaitan cara perkhemahan yang betul dan antara nilai murni yang diterapkan adalah untuk melatih murid-murid bekerja secara berkumpulan dan berpesatuan. Dengan program seperti ini diharapkan dapat memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, program ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam aktiviti perkhemahan bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0

OBJEKTIF

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Kemahiran kerja berkumpulan. Menanam semangat kerjasama. Menghargai alam semula jadi. Mencungkil bakat berkaitan ilmu-ilmu perkhemahan. Menggalakkan dan menanam minat untuk terus berpesatuan.
5

5.0

LOKASI

Lokasi yang dipilih untuk menjalankan program Kem Cabaran Hutan & Rimba ini ialah bertempat di Chalet DeYan, Titi Hayun, Yan, Kedah. Sebab utama pemilihan lokasi ini ialah kerana kemudahan seperti tandas, air, elektrik dan permukaan tapak perkhemahan yang amat bersesuaian. Sewa tapak perkhemahan juga amat murah dan berpatutan.

Tapak perkhemahan ini adalah berada di kaki Gunung Jerai, Kedah. Disini terdapat air terjun yang sentiasa mengalir jernih serta terdapat banyak pokok buluh yang boleh digunakan untuk dijadikan pelbagai bahan binaan dalam latihan berkaitan ikatan tali.

Di lokasi ini juga terdapat kemudahan dewan terbuka berbumbung yang boleh digunakan untuk dijadikan surau, bilik kuliah, taklimat peserta, aktiviti dalam dewan. Dan yang penting, sekiranya berlaku hujan lebat sehinggakan khemah peserta bocor atau dimasuki air, sebagai tempat kecemasan dewan ini boleh digunakan untuk melindungi peserta daripada hujan lebat.

6.0

KUMPULAN SASARAN

Semua ahli kelab PBSM, Pengakap & Puteri Islam sesi 2013. Bilangan Peserta seramai 74 orang murid. Guru pengiring seramai 10 orang.

7.0

TARIKH PERLAKSANAAN

TARIKH

: 9-11Mei 2013 (Khamis - Sabtu) (3 hari 2 malam)

8.0

ANGGARAN KEWANGAN

PERKARA ANGGARAN PENDAPATAN Yuran peserta (RM20 x 74 orang) Peruntukan Sekolah

RM

RM

1480.00 2110.00

ANGGARAN PERBELANJAAN Peralatan Perkhemahan (10 set) Sewa Tapak Perkhemahan (2 malam) Saguhati Ustaz Jemputan (Kuliah Magrib) Peralatan ADK (Aktiviti Dalam Kumpulan) Sijil Penyertaan Makan/Minum (RM10 x 74org x 2mlm) Bas (2 buah) Ubat Kecemasan 500.00 200.00 100.00 300.00 160.00 1480.00 800.00 50.00 3590.00

9.0

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat 1 Penasihat 2 Pengarah Setiausaha Bendahari Lujnah Makan Lujnah Ibadah Lujnah Sukan & Riadah Lujnah Keselamatan Lujnah Aktiviti Urusetia Program

: : : : : : : : : : :

Tn. Hj Shahabudin bin Hj Jaafar (GB) En. Mohd Ridzuan bin Hanafiah (PKKK) En. Mohd Yusoff bin Ismail Pn. Zaini binti Mustaffa Pn. Nor Najihah binti Awang En. Abd Halim bin Md Noor Pn Inshiaton binti Bani Pn Rozana binti Md Rasdi Pn Hamidah binti Ismail Pn. Rohani binti Hashim Cik Nurul Farhana binti Mohd Nor
7

10.0

TENTATIF PROGRAM

9 MEI 2013 (KHAMIS) 2.00 tghr 3.00 tghr 4.00 ptg : : : Bertalok dengan bas dari SRAIHAS Tiba di Titi Hayun, Yan, Kedah. Mendirikan Khemah, Solat Asar berjemaah, Mencari Kayu Api & Memasak Nasi & Lauk 6.30 ptg : Mandi, Solat Maghrib, Baca Mathurat, Taklimat Program. 9.00 mlm 10.00 mlm 12.00 mlm 1.00 mlm : : : : Solat Isyak berjemaah Aktiviti 1: Aktiviti Dalam Kumpulan Bina logo kumpulan Aktiviti 2: OPS Burung Hantu Tidur

10 MEI 2013 (JUMAAT) 5.00 pg : Bangun Tidur, Solat Suboh, Baca Mathurat & Tazkirah Pagi. 7.30 pg 9.00 pg 11.00 pg 12.15 tghr 12.45 tghr 3.00 tghr 5.00 ptg : : : : : : : Senaman Ringan & Sarapan Pagi (Roti sandwic & air panas) Aktiviti 3: Jungle Tracking. Memasak nasi & lauk Mandi Solat Jumaat Aktiviti 4: Pertandingan binaan menggunakan buluh. Solat Asar berjemaah Memasak nasi & lauk Mandi. 7.30 ptg 9.30 mlm : : Solat Maghrib, membaca Mathurat & Tazkirah / Taklimat Program Solat Isyak berjemaah Aktiviti 5: ADK (Aktiviti Dalam Kumpulan - persembahan) 12.00 mlm : Tidur
8

11 MEI 2013 (SABTU) 5.00 pg : Bangun Tidur, Solat Suboh, Baca Mathurat & Tazkirah Pagi. 7.30 pg 8.30 pg 10.30 pg 12.00 pg 2.00 tghr 3.30 tghr : : : : : : Senaman Ringan & Sarapan Pagi (bihun gorang & air panas) Aktiviti 6: Aktiviti Dalam Kumpulan Explore Race Mandi Masak tengahari Solat Zohor berjemaah & Clear kawasan Bertolak pulang ke SRAIHAS

11.0

PENUTUP

Daharapkan dengan penyediaan kertas kerja ini akan menjadi penduan sepanjang melaksanakan program Kem Cabaran Hutan & Rimba selama 3 hari 2 malam. Semoga program ini mencapai matlamat yang disasarkan dan tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini. Kami pihak penganjur akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang terbaik untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Akhir sekali, kami berharap agar program ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan program yang dirancangkan ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.. (MOHD YUSOFF BIN ISMAIL) Guru Pembimbing PBSM Penyelaras Program

(SURIA BINTI ROAZALI) Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan

CATATAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH

Saya telah meneliti kertas kerja ini dan bersetuju / tidak bersetuju: a) b) Program ini dilaksanakan seperti yang dipohon. Program ini dilaksanakan dengan syarat-syarat/pindaan berikut: _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________

c)

Meluluskan peruntukan sekolah sebanyak: RM..

Catatan: _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________

TN. HJ. SHAHABUDIN BIN HJ JAAFAR Guru Besar, Sek. Ren. Akademi Islam Hj Abdullah Suboh.

Tarikh:

10

12.0

LAMPIRAN

Gambar-gambar Kem Cabaran Hutan & Rimba Di Yan

11

13.0

BIBLIOGRAFI

Laman Web:

Muat turun dari: http://kertas-kerjasekolah.blogspot.com/search/label/Contoh%20Kertas%20Kerja%20Perkhem ahan%20Unit%20Beruniform pada 17 Mei 2013 jam 11.45 malam.

Muat turun dari: http://www.ppdbeluran.net/attachments/article/481/FORMAT%20KERTAS%2 0KERJA%20DAN%20LAPORAN%20DOKUMENTASI%20KM1M%202012%2 0PERINGKAT%20SEKOLAH.pdf pada 17 Mei 2013 jam 11.50 malam.

Muat turun dari: http://noorizanme.blogspot.com/2012/07/kertas-kerja-kursuslencana_24.html pada 17 Mei 2013 jam 11.50 malam.

Muat turun dari: http://www.scribd.com/doc/40464755/Kem-Motivasi-DanJatidiri-Remaja pada 17 Mei 2013 jam 11.55 malam.

12