1.

0

PENGENALAN

Sejak tahun 1879 lagi, Mesir telah dijadikan sasaran oleh negara barat seperti British dan Perancis untuk mencampuri hal ehwal Mesir dengan alasan mereka adalah untuk mengendalikan soal kewangan agar Mesir dapat menyelesaikan segala hutang kepada para pemodal asing. Walau bagaimanpun, tumpuan utama mereka adalah tentang Terusan Suez iaitu satu perhubungan air antarabangsa yang dapat mengukuhkan kepentingan politik dan ekonomi mereka selaku kuasa penjajah. Maka itu, British telah melaksanakan beberapa dasar di Mesir untuk mengekalkan kuasa mereka di sana. Walaupun dasar-dasar tersebut membawa kepada pembaharuan di Mesir namun pada masa yang sama juga mengukuhkan kuasa British di Mesir. Perang Dunia Pertama telah menyebabkan kewujudan sebuah parti yang dikenali sebagai parti Wafd tetapi pada akhirnya parti tersebut turut mencetuskan persaingan kuasa dengan pihak istana dan British di Mesir.

1

2. beliau merupakan pemerintah tertinggi dan paling berkuasa sehingga dikatakan sebagai Firaun sebenar di Mesir. Dengan itu. 2 Walau bagaimanpun. Lord Cromer telah dipilih untuk membaiki keadaan di Mesir. Selain itu.0 DASAR BRITISH SEBELUM PERANG DUNIA PERTAMA Bermula pada tahun 1882 hingga 1918. Semasa zaman pemerintahan Lord Cromer. Selangor: Thinker’s Library Sdn Bhd. Tugas utama Lord Cromer di Mesir adalah untuk membaiki semula keadaan kewangan di Mesir di samping memulihkan ekonomi negara tersebut. dan lain-lain. 1 Fadhlullah Jamil. 222. 3 Sebenarnya sejak awal lagi buruh memainkan peranan penting dalam dalam bidang ekonomi mahupun sosial semasa zaman pemerintahan Mesir. mereka sering ditindas dan tidak mempunyai hak kebebasan oleh pemerintah dan British melihat keadaan tersebut sebagai satu kelakuan yang tidak bermoral dan berperikemanusian. 3 Fadhlullah Jamil. hlm. 221. 2 Jean & Lacouture S. Egypt in transition. hlm. tidak hairan Lord Cromer menghapuskan sistem buruh tersebut. Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pengolakan. beliau juga menjadi penasihat kewangan kepada wizurai British di India pada tahun 1880 hingga 1883. London: Methuen & Co. Mereka tidak dibayar gaji melainkan hanya diberi makanan semasa kerja dan rumah yang mereka tinggal hanyalah bersaiz sebuah bilik kecil yang kena menampung bilangan orang yang ramai. 2 . cit. British telah mempunyai kuasa pengaruh yang kuat ke atas Mesir. hlm. 1 Sebelum perlantikannya sebagai pentadbir utama Mesir. beliau telah menunjukkan kecekapan dan kebekesanan yang amat memuaskan dalam bidang pentadbiran dan kewangan. British tidak menghapuskan jentera pentadbiran yang asalnya di bawah kepimpinan Khediwi tetapi diletakkan di bawah naungan British. 2000.. 1958. Mereka diberikan kerja-kerja yang berat seperti pembinaan piramid. Lord Cromer ataupun dikenali sebagai Sir Evelyn Baring merupakan seorang pentadbir utama (consul general) pertama yang telah mentadbir di Mesir bermula tahun 1883 hingga 1907. beliau telah pernah memegang jawatan sebagai salah seorang daripada Pensuruhjaya Kehutangan Awam di Mesir.1 Penghapusan Sistem Buruh Paksa Salah satu kejayaan Lord Cromer ialah menghapuskan sistem buruh paksaan yang digunakan semasa pemerintahan Mesir sebelum ini untuk membina dan memelihara terusan dan saluran air.. 78. makam diraja. Oleh itu. op. 2. Semasa beliau berada di India.

. 89. 3 . segala kemudahan di pelabuhan Iskandariah turut dimodenkan agar dapat menampung keperluan para pedagang memandangkan proses pembangunan semakin berkembang pesat. A Spectrum Book. hlm. O. Para jurutera British tersebut berjaya membaiki sistem perairan di sekitar Sungai Nil dan kawasan delta sekelilingnya. Puncak kejayaan beliau adalah melaksanakan pembinaan tali air selaras dengan empangan air yang saip dibina di Aswan pada tahun 1902. Selain itu. ibu kota Mesir. Sistem kereta api telah dibina dengan baik untuk menghubungan kota-kota besar di daerah delta dan seterusnya ke Kaherah. Hal ini amat penting kerana melalui sistem pengairan yang semakin bertambah baik maka menyebabkan hasil pengeluaran kapas di ladang semakin meningkat dengan pesatnya. Hal ini demikian kerana memudahkan pengangkutan kapas dari kawasan ladang ke kilang kain di Eropah. & Tignor.. L.2 Penambahbaikan Sektor Pertanian Dalam sektor pertanian pula. R. R. 4 5 Collins.2. Lord Cromer telah Selepas memperluaskan sistem pengangkutan dan perhubungan. Egypt And The Sudan. Ibid. 1967. kejayaannya adalah terhad kerana kebanyakkan tuan rumah adalah orang barat ataupun mempunyai hubungan rapat dengan British yang menyukarkan proses undang-undang berlangsung. hlm. 89. Walau bagaimanpun. Lord Cromer telah menjemput para jurutera British untuk datang ke Mesir bagi menyelesaikan masalah sistem perairan di Mesir. Pada masa yang sama Lord Cromer juga membaiki kehidupan para petani dengan menghalang tuan rumah daripada melakukan penipuan dan penindasan melalui proses undangundang. dan hingga ke hulu Mesir.5 Pertukaran barangan telah berlaku secara meluas antara kawasan luar bandar dengan bandar turut menyebabkan ekonomi yang bersifat sara diri tidak lagi terkenal dikalangan petani dan digantikan dengan tanaman komersil yang lebih menguntungkan.4 Hal ini menyenangkan British kerana dasar mereka adalah untuk memenuhi keperluan kilang-kilang di Lancashire. Perkembangan tersebut secara langsung telah menukarkan ekonomi pertanian Mesir yang bersifat sara diri kepada pertanian secara tanaman kontan. 2. New Jersey: Prentice Hall.3 Meluaskan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan membuat pembaharuan dalam sektor pertanian.

op. di sebalik pembangunan tersebut. Collins. dan segala badan perkhidmatan awam kepunyaan rakyat British. hal ini demikian kerana British memperkenalkan undang-undang di mana membenarkan pemimjam wang dan tuan tanah yang kaya merampas tanah golongan petani yang gagal melangsaikan hutang mereka. L. hlm. Lord Cromer dan para penggantinya masih mengekalkan status British sebagai pemerintah mutlak dan untuk mengelakkan pemberontakkan dan penentangan maka British telah melaksanakan beberapa dasar untuk mengelak berlakunya kekecohan. 89. Dengan itu. 6 Oleh itu.. Pada masa yang sama juga. 223. 89. British telah mengukuhkan struktur sosial yang ada dengan tujuan mengurangkan gangguan yang timbul akibat perubahan ekonomi. British tidak cuba mengurangkan pengaruh golongan kelas menengah Eropah dalam bidang perdagangan di Mesir. R. Perkara tersebut menyebabkan golongan tuan tanah semakin kaya manakala golongan petani semakin menderita dan hidup dalam kesengsaraan. Keistimewaan telah diberikan kepada firma-firma bank. O. Salah satu ialah: 2. R. beliau yakin bahawa negara-negara seperti Mesir dan India harus kekal sebagai pengeluar bahan mentah kepada kilang di England dan seluruh Eropah.. 4 . 8 6 7 8 Ibid. cit. Fadhlullah Jamil..4 Mengekalkan Status Quo Golongan Eropah Dan Penduduk Tempatan Lord Cromer merupakan seorang yang memperjuangkan dasar perdagangan bebas oleh itu beliau menekankan bahawa negeri-negeri sepatutnya menjalankan ekonomi bercorak pengkhususan dan menukarkan sahaja barang-barang pengkhususan mereka. hlm. op.7 Golongan petani merupakan golongan yang paling tertindas. 2.. Maka dengan itu pada tahun 1914 modal bangsa Eropah telah meningkat hingga lebih daripada 90% jumlah kewangan yang terdapat dalam kompeni usahasama yang bergerak di Mesir.Walau bagaimanpun. cit. hlm. & Tignor.5 Keabaian Dalam Sistem Pendidikan British mengabaikan soal pendidikan dalam usaha pembangunan mereka hal ini dapat dilihat pada tahun 1914 wang yang diperuntukkan bagi kegunaan Kementerian Pelajaran tidak lebih daripada 5% jumlah perbelanjaan tahunan Mesir. syarikat-syarikat yang mengendalikan harta-harta tidak bergerak.

Manakala penggunaan loghat Misriyah dalam bidang pendidikan secara formal. politik.. hlm. Oleh itu. Selain itu. Fenomena tersebut secara langsung telah memperkukuhkan perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat Mesir. 90. British juga mengenakan syarat-syarat keahlian majlis tersebut iaitu hanya boleh melantik mereka yang dari golongan bangsawan dan kaya. sejak pemerintahan Lord Cromer lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perintah. 2. pihak British telah mengenakan yuran pendidikan bagi para pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan. 5 . 9 Selain itu. Hal ini bertujuan agar hanya pelajar yang daripada golongan bangsawan dan kaya mampu mengikut pendidikan barat di sekolah berkenaan. Hal ini secara langsung menyebabkan ketegangan dalam bidang aqidah. 9 Ibid. British masih mengekalkan kuasa memerintah di tangan mereka dan enggan melaksanakan sistem pemerintahan berparlimen sepenuhnya di Mesir. Misalnya para belia yang berasal daripada keluarga bangsawan dan kaya kebanyakannya telah menerima ataupun dididik dengan sistem pendidikan barat sehingga pemikiran dan sikap mereka jauh berbeza daripada kebudayaan tempatan berbanding dengan golongan ulama yang berpendidikan agama dan juga orang awam.Selain itu.6 Dasar Pecah Dan Perintah Dari segi politik dan pentadbiran. Perkara tersebut telah menyebabkan perasaan kurang puas hati dalam kalangan pelajar Mesir dan secara tidak langsung telah membangunkan semangat anti British. British juga menyediakan latihan dalam dielek tempatan bagi pelajar yang belajar di peringkat sekolah rendah dalam sekolah-sekolah agama (kuttab). Hal ini sejajar dengan British hanya memberikan jawatan kepada golongan terpelajar yang berasal dari golongan bangsawan dan kaya serta berorientasikan barat namun jawatan yang tinggi masih dibolot oleh pegawai British sendiri. majlis itu hanya merupakan sebuah badan yang mewakili golongan bangsawan dan kaya semata-mata sahaja. berbeza dengan zaman pemerintahan Muhammad Ali dengan Ismail. Dari segi pentadbiran. Namun British masih membenarkan penubuhan majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah dan kebangsaan tetapi majlis-majlis tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang. sosial dan sebagainya kerana masingmasing mempunyai pendapat dan perspektif yang berbeza. Walau bagaimanpun.

6 . 4.. Sharabi. Pada masa yang sama juga semangat nasionalisme di Mesir semakin bergelora selepas menderita dalam Perang Dunia Pertama.0 ZAMAN PERANG DUNIA PERTAMA Perang Dunia Pertama bermula pada 28 Julai 1914 di Balkan dan tamat pada 11 November 1918.12 Secara tuntasnya.0 KEWUJUDAN KEMERDEKAAN Pernindasan dan kesengsaraan rakyat Mesir sepanjang Perang Dunia Pertama telah menyebabkan semangat nasionalisme dan perasaan anti British semakin 10 11 PARTI WAFD DAN PERJUANGAN KE ARAH Fadhlullah Jamil. Misalnya.. tuan rumah berasa tertindas dengan adanya penyekatan penanaman kapas yang dijalankan oleh pihak berkuasa British. 196..dasar jangka panjang Brtish berhubung dengan kedudukan peribumi Mesir adalah jelas. 1962. hlm. golongan petani tidak sahaja mengalami kerugian dalam harta dan nyawa malah terasa terhina kerana diperalatkan oleh British sebagai alat untuk memenuhi kepentingan mereka sendiri sahaja. Perang Dunia Pertama berlaku akibat pembunuhan terancang terhadap Archduke Franz Ferdinand yang dari Austria-Hungary dan isterinya oleh negeri Serbia akibat kegagalan tuntutan Serbia terhadap Bosnia iaitu kawasan kecil di Austria.. 12 Ibid. hlm. Oleh itu. Government Dan Politics Of The Middle East In The Twentieth Century. Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Cromer sendiri dalam kenyataannya yang berbunyi bahawa England bersedia untuk memberikan kemerdekaan politik sepenuhnya kepada tanah jajahannya. dan Perancis. 195-196. sebaik-baik sahaja wujud generasi intelek dan ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris dan mendukung nilai Inggeris untuk mengambil kuasa. tidak hairan selepas berakhirnya perang dunia pertama berlakunya kekecohan. H. 11 Antara tahun 1914 hingga 1918. Gallipoli. New Jersey: D. golongan menengah di kawasan bandar pula tidak berpuas hati dengan harga barangan yang melambung naik tinggi manakala golongan petani pula menjadi mangsa utama bagi rancangan memberi sumbangan secara paksa kepada pertubuhan palang Merah (Red Cross) dan juga dipaksa untuk berkhidmat dalam Pasukan Tentera Berunta (Camel Corps) serta dijadikan sebagai buruh kepada tentera British di Palestine. hlm. seluruh rakyat Mesir telah hidup menderita. B. Van Nostrand Co.10 3. op. cit.. 223. Inc.

15 Pemberontakan tersebut telah mendatangkan hasil apabila British telah menganjurkan perudingan dengan para pemimpn nasionalis tersebut. R. op. Hal ini secara langsung menunjukkan kesedaran tentang nasionalisme semakn terang bagi golongan tersebut. Sebagai permulaan.. hlm. O. Kuala Lumpur: Alam Raya. petani dan juga buruh di bandar-bandar. Perjanjian Versailles telah ditandatangani oleh kuasa-kuasa Eropah pada tahun 1919 telah mengesahkan bahawa British merupakan pelindung kepada Mesir dan hal ini turu disokong oleh Amerika Syarikat pada bulan April 1919. L. cit. beliau juga meminta kebenaran untuk menghantar perwakilan untuk ke Perundingan Damai Paris yang akan diadakan pada 18 Jan 1919 dengan kedudukannya setaraf dengan Hijaz. pegawai kerajaan. Selain itu. Melalui perundingan tersebut. Parsi. golongan profesional. hlm. hlm. pemboikotan para pelajar sehingga ke arah demontrasi dan mogok simpati oleh golongan proletariat dan profesional yang berjalan dengan lancarnya.. 228. 14 Tujuan utama British membuat sedemikian adalah kerana ingin meneruskan penjajahannya ke atas Mesir memandangkan Terusan Suez adalah salah satu sumber ekonomi untuk memulihkan ekonomi mereka selepas Perang Dunia Pertama. 96. Permintaan beliau bukan sahaja telah ditolak oleh pihak British malah British turut mengeluarkan perintah untuk menangkap pemimpinpemimpin utama parti Wafd dan dibuang negari ke Malta.bertambah dan akhirnya melahirkan parti Wafd (delegasi).. R. 14 Fadhlullah Jamil. Pemberontakan tersebut bermula dengan rusuhan di luar bandar. Pemberontakan bermula pada bulan Mac 1919 yang dijalani oleh para pelajar. & Tignor. op. 16. Saad Zaghlul telah bertindak bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir iaitu Jeneral Sir Reginald Wingate untuk memohon kemerdekaan Mesir secara formal. Saad Zaghlul dan rakan perjuangannya dibenarkan ke Paris namun tiada keputusan segera diperolehi. tindakan terburu-buru Britsih yang membuang negeri para pemimpin parti Wafd ternyata kesilapan politik yang besar kerana telah menjadi pencetus kepada pemberontakan yang tidak sedia dihadapi oleh British sendiri. 15 Collins. dan Ethiopia. 7 . Pengsekularan dan Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Islam Di Turki. 13 Objektif utama parti Wafd adalah untuk memerdekakan Mesir daripada British. 2008. cit. Parti Wafd mula ditubuhkan pada 13 November 1918 oleh Saad Zaghlul yang merupakan seorang pemimpin nasionalis yang terkenal. Hal ini dengan jelas menyatakan bahawa pihak imperialis 13 Mohammad Redzuan Othman. Walau bagaimanpun.

British telah menyiarkan bahawa tidak ada mana-mana kuasa dibenarkan menyoal atau membincangkan hak dan kedudukannya di Mesir. 28. H. op. Ekoran daripada perkara tersebut.. Walau bagaimanapun. satu misi yang dihantarkan oleh Kerajaan British ke Mesir pada Disember 1919 bagi meninjau kedudukan sebenar Mesir. Keselamatan sistem komunikasi (Terusan Suez) Empayar British di Mesir. 8 . 18 Melalui pilihan raya pertama di Mesir. Pertahanan di Mesir. 3. 197. hlm. beliau hanya memegang jawatan sebagai 16 17 18 Fadhlullah Jamil.barat walau mempunyai pandangan yang berbeza namun tetap akan mempertahankan kepentingan bersama iaituterus menjajah dunia bukan barat.. Maka oleh itu. B. British telah mengambil langkah untuk menamatkan status perlindungan bagi Mesir pada tahun 1914 dan akan memberi kemerdekaan pada tahun 1922. hlm. maka Saad Zaghlul telah dilantik menjadi perdana menteri Mesir yang pertama.16 Penentangan rakyat Mesir tidak pernah berhenti sehingga memaksa British untuk memilih sama ada teruskan menguasai Mesir dengan paksaan ataupun memberinya kemerdekaan. perjanjian tersebut tidak dipedulikan oleh rakyat Mesir dan mereka masih memperjuangkan kemerdekaan mereka. 4. Mansfield. hlm. op. cit. Sharabi. British telah menetapkan empat undang-undang khas untuk menjamin kedudukan mereka antaranya ialah:17 1. Berikutnya melalui Kementerian Luarnya sendiri. misi tersebut mencadangkan kemerdekaan Mesir harus diberikan tetapi dengan syarat iaitu mewujudkan perikatan yang abadi antara Britain dengan Mesir sendiri. Namun sedemikian. Wilayah Sudan. 228. Sebagai pulangan. cit. pada tahun 1923 sebuah Perlembagaan Mesir telah diumumkan dan Ahmad Faud telah menjadi King Faud I dari Mesir. 2. Maka dengan itu. Nasser’s Egypt. iaitu dari dicerobohi sama ada secara langsung atau tidak langsung kuasa asing. London: penguin books.. Akhirnya. Perlindungan bagi kepentingan-kepentingan orang asing dan golongan minoriti di Mesir. 1965.

Sir Lee Stack yang merupakan Gabenor-Jeneral Sudan dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Mesir dibunuh di Kaherah. Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. parti Wafd menjadi lemah selepas kematian Saad Zaghlul pada tahun 1927. 5.0 PERSAINGAN KUASA: WAFD. 211. Berikut merupakan senarai tuntutan Sir Allenby terhadap Saad Zaghlul:19 1. 1991. Bayaran ganti rugi sebanyak 500 000 paun.perdana menteri seketika sebelum berlakunya Pembunuhan Stack. hlm. 2. Perlantikan penasihat British dan hal-ehwal kewangan dan kehakiman. Tetapi apabila baginda mendapati menghadapi kesukaran dalam pemerintahannya maka dia akan mengizinkan satu pilihan raya diadakan dan pada kebiasaanya akan membawa kepada kemenangan besar bagi parti Wafd. 5. Perdana menteri kedua iaitu Mustafa Nahas telah dilantik oleh King Faud I pada tahun 1930.20 Pada tahun yang 19 Mohammad Redzuan Othman. beliau telah meletak jawatan. Hukuman terhadap pembunuh. 212. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengunduran unit tentera Mesir yang berkubu di Sudan. DAN BRITISH Antara tahun 1922 hingga 1936. Mesir telah mengalami kelemesetan ekonomi yang teruk namun Mustafa tidak mempunyai jalan penyelesaian yang baik oleh itu. Beliau menerima dan bersetuju kesemua permintaan di atas kecuali pengunduran tentera Mesir dari Sudan.. 7. Ekoran pembunuhan tersebut Pensuruhanjaya Tinggi British iaitu Sir Allenby telah bertindak sendiri tanpa arahan Kerajaan British dengan membuat tuntutan yang agar melampau. ISTANA. Permohonan maaf secara rasmi. Pengharaman tunjuk perasaan politik. 4. Walau bagaimanpun. Membenarkan air sungai Nil yang digunakan untuk mengairkan ke ladang-ladang di Sudan ditambah pengalirannya dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh Mesir sendiri. 6. 20 Ibid. 3. beliau telah meletak jawatan sebagai perdana menteri. 9 . Maka dengan itu. pola yang sama berlaku secara berulang-ulang iaitu Raja akan membubarkan parlimen dan cuba memerintah dengan sendirinya. hlm. Pada November 1924. Dalam masa yang sama juga berlakunya kelemesetan ekonomi sedunia.

beliau telah menubuhkan dua buah bank kredit untuk membantu para petani dengan bertujuan menghalang perampasan hak tanah akibat tidak mampu membayar hutang dan menebus kembali tanah petani yang telah hilang akibat berhutang. op.22 Melalui pentadbiran Ismail Sidqi maka ekonomi Mesir yang merosot akhirnya dapat dipulihkan. kabinet Ismail Sidqi terpaksa dibubarkan dan digantikan dengan sebuah kerajaan gabungan serta pemulihan perlembagaan Mesir. 230. 231. Oleh itu. Semasa pemerintahan beliau. raja Faud telah menyokong British.. beliau telah menggantungkan perlembagaan dan memerintah secara kuku besi selama lima tahun berikutnya. langkah penubuhan bank kredit tersebut hanya memberi faedah kepada golongan petani yang tinggal di kawasan bandar tetapi bukannya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. hlm. cit. Mohammad Redzuan Othman. Dengan itu satu perjanjian telah ditandatangani pada Ogos 1936 dan British telah menggugurkan satu daripada empat perkara yang telah ditetapkan dalam pengisytiharaan pada tahun 1922. diktaktor Itali. op. Maka dengan itu. Namun sedemikian. ancaman Mussolini kemungkinan akan membawa kepada peperangan dan oleh itu British telah berusaha membaiki hubungan dengan Mesir dengan tujuan agar Terusan Suez kekal terbuka sebagai pangkalan untuk kepentingan parti Berikat sekirannya peperangan meletus. hlm.. cit. cit. 212.. isu utama yang harus diselesaikan oleh beliau ialah kelemesetan ekonomi. Raja dan golongan istana kurang senang dengan usaha menjimat-cermat itu memandangkan kedudukan Mesir di peringkat antarabangsa semakin penting dengan mulanya campur tangan Mussolini. 21 Dalam pemerintahan beliau. Dalam masa yang sama juga. Maka dengan itu. dan di Afrika Timur. Oleh itu.sama juga perdana menteri ketiga iaitu Ismail Sidqi telah dilantik untuk menggantikan Mustafa Nahas. op. 10 . Fadhlullah Jamil. Dalam pandangan British. 21 22 23 23 Perkara yang telah Fadhlullah Jamil. Serentak dengan pertubuhan tersebut maka satu rundingan telah dijalankan dengan British untuk menyoal status Mesir. kerajaan Mesir sedar bahawa sekirannya ingin mengelakkan diri daripada menjadi kawasan peperangan antara kedua-dua pihak iaitu Itali dan British maka harus memilih salah satu pihak. Namun dalam masa yang sama beliau masih mengekalkan cukai yang tinggi bagi golongan petani. hlm.

dalam masa tersebut Mesir masih kekal tidak bebas untuk memilih masa hadapannya. British memindahkan tenteranya dai Kaherah dan Iskandariah ke kawasan Terusan Suez. 3. Oleh itu. Pada 26 Mei 1937. hlm.digugurkan ialah perlindungan bagi kepentingan asing di Mesir dan juga bagi golongan minoriti. 11 . 231. Antara ketetapan adalah:24 1. Pada tahun 1937 pula.. Perancis sistem Kapitulasi telah dihapuskan dan syarat bagi kewujudan segala Mahkamah campuran ditentukan atas usaha British. melalui persidangan di Montreux. Menganjurkan kemasukan Mesir ke dalam Liga Negara-negara. Walau bagaimanapun. 2. Membenarkan pemindahan orang-orang Mesir tanpa sekatan ke Sudan. perjanjian Mesir tersebut dikatakan akan berjalan dengan sahnya sehingga tahun 1956 dan boleh dipertimbangkan semula selepas sepuluh tahun ditandatangani. 24 Ibid. hak-hak yang ditetapkan oleh British di bawah perjanjian ini lebih disenangi oleh rakyat Mesir.

Berbalik kepada isu Mesir. kenapa British hanya memberikan pendidikan dalam peringkat awal sahaja tetapi telah mengetatkan kemasukan pelajar ke sekolah menengah dengan mengenakan yuran yang tinggi? Secara logiknya ialah pendidikan merupakan punca kepada kesedaran dan kebangkitan. Hal ini disebabkan pada masa tersebut mereka memerlukan bahan mentah yang banyak untuk menampung revolusi perindustrian mereka di barat. Mesir seperti juga di Tanah Melayu telah dijajah oleh British pada zaman revolusi Perancis.6. mengira dan menulis) maka mereka dapat melahirkan golongan buruh yang bekerja dengan mereka tanpa menyedari hak mereka sendiri. 12 . Walau bagaimanpun. Dengan hanya memberi pendidikan setakat 3M (membaca. seperti yang telah dinyatakan oleh saya dalam petikan di atas British telah mengabaikan soal pendidikan di Mesir. kewujudan golongan reformasi seperti Saad Zaghlul telah menyebabkan British terpaksa memerdekakan Mesir secara luaran tetapi pada dasarnya mereka masih merupakan penjajah yang terselindung dengan pelbagai undang-undang yang memihak kepada mereka. British telah menjalankan dasar pecah dan perintah seperti yang dilakukan di Tanah Melayu dengan tujuan agar rakyat Mesir tidak akan bangkit menentang mereka. proses penerokaan dan penjajahan telah berlaku di antara kuasa-kuasa barat dan secara langsung bahagian Timur yang kaya dengan sumber bahan mentah menjadi sasaran bagi mereka.0 PENILAIAN Pada pendapat saya. Selain itu. Selain itu.

Mesir masih mengalami pengeloraan apabila gerakan pegawai-pegawai bebas yang dipimpin oleh Gamal Abdul Nasir telah melakukan coup d’ etet (rampasan kuasa) kerajaan pada 23 Julai 1952 dan dinamakan harikan tersebut revolusi 23 Julai pada hari kini. 13 . beliau telah bertindak memiliknegarakan kompeni Terusan Suez pada tahun 1956 yang akhirnya membawa kepada peperangan yang dinamakan Krisis Suez 1956. Rampasan kuasa tersebut berbeza dengan rampasan kuasa lain yang berlaku di Iraq ataupun di Syria kerana rampasan kuasa tersebut tercetus selepas satu persiapan yang sulit telah lama dijalankan.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya.7. Raja Faruk I menggunakan duit negara untuk menikmati kehidupan secara mewah tetapi rakyat kekal sengsara. Tujuan utama rampasan kuasa dibuat adalah disebabkan sikap boros Raja Faruk I yang menyebabkan kesengsaraan rakyat Mesir. Semasa Gamel Abdul Nasir menjadi Presiden. Oleh itu tidak hairan mereka bangkit menentang baginda dan dibuang negara daripada Mesir.

Fadhlullah Jamil. New Jersey: D. Pengsekularan dan Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Islam Di Turki. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1962. Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pengolakan.0 RUJUKAN Collins. New Jersey: Prentice Hall. Nasser’s Egypt. 1965. H. 2000. 14 . Mohammad Redzuan Othman. A Spectrum Book. Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Mohammad Redzuan Othman. 1991. Inc. R.. Government Dan Politics Of The Middle East In The Twentieth Century. R.8. London: penguin books. Selangor: Thinker’s Library Sdn Bhd. Sharabi. Mansfield. & Tignor. L. Egypt And The Sudan. Kuala Lumpur: Alam Raya. Van Nostrand Co. O. B. 2008. 1967.