You are on page 1of 68

Mahkamah Syariah di Malaysia

Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas
orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.

Sejarah

Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan
Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama
diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat
istiadat, dan agama. Pada tahun 1952, negeri Selangor Dahrul Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudia diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-
hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia
dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang
tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama
yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di Pertuan Agung.

Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-
undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan
Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan
pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran
Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi
kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap
daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

Tujuan & Peranan

• Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap
Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
• Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan
orang Islam
• Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka
supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
• Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.
• Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
• Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar
dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
• Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang
sudah bercerai
• Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan
sebagainya.
• Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-
lain perkara mungkar
• Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat
• Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
• Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan
keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa
• Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara
menyeluruh dalam kehidupan mereka.
Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang
diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama
menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat,
Baitulmal, dakwah, pendidikan, dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.
Tetrdapat negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran Pejabat Agama negeri dengan
bidang kuasa dan tugas yang berlainan.

Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi
dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Kadi Daerah

• Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri


• Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
• Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah

Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar

• Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya


• Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
• Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
• Menguruskan kes-kes rayuan
• Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

Mahkamah Rayuan Syariah

• Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan


• Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
• Mengurangkan hukuman
• Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
• Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah
membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
• Setiap rayuan akan didengar tiga orang ahli daripada jawatankuasa termasuk mufti
• Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Bidang Kuasa

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah
dibawah enakman negeri.

Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam
sahaja
2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
3. Sebulan penjara atau
4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah
seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam
sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. Enam bulan penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia

Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan


tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan
lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada
undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut:

Bil. Negeri Nama Akta / Enakmen Rujukan

1 Johor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/1990

2 Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 7/1983

3 Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 3/1991

4 Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 13/1991

5 Perlis Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis 4/1992

6 Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2/1985

7 Selangor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 4/1984


8 Terengganu Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor 12/1985

9 Kedah Enakmen Keluarga Islam Kedah 1/1984

10 Kelantan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1/1983

11 Melaka Enakmen Keluarga Islam Melaka 8/1983

12 Sabah Enakmen Keluarga Islam Sabah 15/1992

1 Sarawak Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 5/1991

1 W. Persekutuan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (A303) 1983 pindaan / (A828)

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia"

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM


PENTADBIRAN
Latarbelakang
Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi
Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan
kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun
demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas
mengamalkan agama masing-masing.
Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan
Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi.
Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh
mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang-
undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid,
pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam
tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program
ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara
baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah
mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam.
Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia
Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu

kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang


boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan
peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam
dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan
ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk
meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam.
Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil,
antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah
agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank
Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian
Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan
usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah
diperkenalkan pada tahun 1985.

Rasional
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah
sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk
unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan
rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada
nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah:
"Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara
Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti
yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting
sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia
ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh
memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang
disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai
kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa
kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha
mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan
ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai
nilai-nilai yang kukuh."
Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum
dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza,
pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat
adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk
identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini
rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung
nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia.
Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta
identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan
maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan
memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu
rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri
dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang
melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara.
Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti,
amanah dan rasa bertanggungJawab boleh membawa kepada
pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negara
seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup
yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat
dicapai.
Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh
pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai
yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?"
Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahka
kepada individu-individu dan komuniti-komuniti yang
berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan
menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan
kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu
adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung
nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu
diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi
membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi.
Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata
agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan
kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan
memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan
mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilai
Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka
yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari
segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan
lain-lainnya akan terus mempertikaikan perkara ini. Walau
bagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak
akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang
berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai
untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai
Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras
unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini
seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian,
kejahilan, penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa
mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan
negara.
Al-Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang
bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua
orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci
Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia
kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang
datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua
manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara
bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara
yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa
yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang
berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju
ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai
yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.
Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama
dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain
berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan
jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran
terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan
rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian
besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam
perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh
mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera
Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah,
penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan,
nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat
Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB.
PerdanaMenteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh
diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran,
tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin,
mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup
berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan
baik dan lain-lain.

Objektif
Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah,
beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';
(iii)Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas
yang dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa
dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat
Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya
memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh
semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga
menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.
Nilai-nilai Islam
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah
dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut
ialah:

 Amanah;  Bersih;
 Tanggungjawab;  Berdisiplin;
 Ikhlas;  Bekerjasama;
 Dedikasi;  Berbudi Mulia;
 Sederhana; dan
 Tekun;  Bersyukur.
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur
yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam
menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam
pentadbiran sesebuah negara.
Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut
ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja
berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam
pentadbiran awam.
AMANAH
(i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;.
(iii)Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari
mengatasi kepentingan tugas;
(iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada

dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta


tenaga kerja; dan
(v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.
Tanggungjawab
(i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap
Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan;
(ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi
baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur,
(iii)Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-
bila sahaja diperlukan;
(iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan
organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan
(v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Ikhlas
(i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa
mengharapkan balasan dari manusia;
(ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari
rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan
(iii)Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam
melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.
DEDIKASI
(i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah
peraturan-peraturan yang ada;
(ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan
kepada kebaikan;
(iii)Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas;
(iv) Sedia memulakan pembaikan; dan
(v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas
harian.

SEDERHANA
(i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;
(ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil
kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar;
(iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan untuk membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan
pihak-pihak yang berharap kepadanya;dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga
mencapai tahap cemerlang.
Tekun
(i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan
dalam tugas dan kehidupan.
(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
(iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan untuk membaiki cara bekerja.
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan
pihak-pihak yang berharap kepadanya.
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga
mencapai tahap cemerlang.
Bersih
(i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas
seharian;
(ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam
sekitar sebagai satu cara hidup;
(iii)Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
(iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat
keputusan;
(v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan
(vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi
pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.
Berdisiplin
(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;
(ii) Menilai tinggi masa dan janji;
(iii)Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
Bekerjasama
(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan
kerja;
(ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti
organisasi sebagai sebahagian daripada usaha
mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii)Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di
tempat kerja daripada kepentingan peribadi;
(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara
kepentingan bersama; dan
(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi -
mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan
kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.
Berbudi Mulia
(i) Bermanis muka sepanjang masa;
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii)Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk
menolong pelanggan/pelawat.
Bersyukur
(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin
kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;
(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif
sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii)Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak
bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama
dan kerohanian);
(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang
sia-sia;
(vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii)Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan
yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan


membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan
berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara
seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang-
undang dan sebagainya

Strategi Pelaksanaan
Strategi utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini
adalah seperti berikut:
(i) Sebagai permulaan dasar ini adalah ditumpukan kepada
anggota perkhidmatan awam. Pemilihan ini bukanlah
bererti bahawa Kerajaan mengenepikan pihak-pihak yang
lain, malah membuktikan kesedaran pemimpin negara ini
bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera yang
melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah
rakyat dan negara perlu meningkatkan prestasinya dari
semasa ke semasa sejajar dengan harapan rakyat dan
negara; dan
Islam mengakui betapa pentingnya pentadbiran oleh
sebab sebarang reformasi dalam sesebuah masyarakat
tidak akan terlaksana sekiranya jentera pentadbiran
tidak dikemaskinikan serta dibentukkan berdasarkan
nilai-nilai yang positif. Kejayaan bagi sesebuah
masyarakat akan dapat dilihat apabila jentera
pentadbirannya baik dan mampu bertindak terhadap
keburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya;
(ii) Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan
anggota Kerajaan telah dilakukan melalui penerangan
dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai
kanan, dan persuasion atau pujukan. Paksaan dan
tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan.

Pencapaian
Pencapaian dan Masalah Pelaksanaan

Buat masa ini belum dapat dipastikan tahap pencapaian dasar


ini dan kajian sistematik juga belum dijalankan untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
Terdapat dua sebab utama yang mengakibatkan keadaan di atas.
Pertama, dasar ini baharu sangat diperkenalkan. Walaupun
perbincangan umum mengenai penerapan nilai-nilai Islam telah
lama wujud tetapi dasar mengenai dalam bentuk yang boleh
dikatakan konkrit hanya setelah teredarnya buku kecil Siri 2
yang di rujukkan. Kedua, dasar ini pada hakikatnya
bertujuan mengubah atau mengukuhkan nilai-nilai hidup
manusia. Lazimnya tujuan seperti ini sukar dicapai dalam
jangkamasa yang pendek lebih-lebih lagi di kalangan mereka
yang mempunyai nilai-nilai hidup lain yang telah sebati
dengan jiwa mereka. Dalam keadaan begini, masa yang lama
diperlukan untuk membantu usaha melaksanakan dasar ini
secara perlahan-lahan.

PENUTUP
Dasar ini bergantung kepada beberapa faktor untuk
kejayaannya. Antaranya termasuklah political will,
peruntukan kewangan yang cukup, jentera pelaksanaan yang
sesuai dan cekap, dan kesanggupan kumpulan sasaran menerima
dasar ini. Sekiranya faktor-taktor ini tidak wujud sekaligus
dan saling membantu, sukar baginya untuk berjaya. Tetapi
kesukaran ini tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan
pelaksanaan dasar ini, sebaliknya langkah-langkah mesti
dicari untuk menjayakannya. Adalah menjadi tanggungjawab
setiap pemimpin di semua peringkat untuk mengambil langkah-
langkah yang wajar bagi melaksanakannya, dan setiap
individu yang menyedari akan kepentingan nilai-nilai ini
pula perlu menghayatinya dengan sepenuh hati sejajar
dengan tanggungjawab kepada agama, nusa dan bangsa.

Imej
Buku Kuning

Contoh fail Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Mohor Besar Raja-Raja

Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang diperbuat di England


pada tahun 1949. Pada permukaan mohor ini terdapat jata
sembilan buah Negeri Persekutuan Tanah Melayu. Mohor
Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-
Raja.

Kedudukan Dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong


Perkara 32(1) dan 32(2)
Perlembagaan Persekutuan
menyatakan:

"32. Kepala Utama


Negara bagi
Persekutuan, dan
Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada


seorang Kepala Utama
Negara bagi Persekutuan
digelarkan Yang di-Pertuan
Agong, yang mengambil
keutamaan mengatasi
segala orang dalam
Persekutuan dan yang
tidak boleh dikenadakwa
dalam apa-apa jua
pembicaraan dalam mana-
mana mahkamah kecuali
dalam Mahkamah Khas
yang ditubuhkan di bawah
Bahagian 15.

(2) Permaisuri Yang di-


Pertuan Agong (yang
digelar Raja Permaisuri
Agong) adalah mengambil
keutamaan mengatasi
segala orang lain dalam
Persekutuan selepas Yang
di-Pertuan Agong."

Perkara 182 dan 183


dalam Perlembagaan
Persekutuan
memperuntukkan:

"182. Mahkamah Khas.


(1) Maka hendaklah ada
suatu mahkamah yang
hendaklah dikenali sebagai
Mahkamah Khas dan
hendaklah terdiri daripada
Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan,
yang hendaklah menjadi
Pengerusi, Hakim-Hakim
Besar Mahkamah Tinggi
dan dua orang lain yang
memegang atau pernah
memegang jawatan
sebagai hakim Mahkamah
Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi yang
dilantik oleh Majlis Raja-
Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh


atau terhadap Yang di-
Pertuan Agong atau Raja
sesuatu Negeri atas sifat
peribadinya hendaklah
dibawa dalam Mahkamah
Khas yang ditubuhkan di
bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas


hendaklah mempunyai
bidang kuasa eksklusif
untuk membicarakan
segala kesalahan yang
dilakukan di Persekutuan
oleh Yang di-Pertuan
Agong atau Raja sesuatu
Negeri dan segala kes sivil
oleh atau terhadap Yang
di-Pertuan Agong atau
Raja sesuatu Negeri walau
di mana pun kuasa
tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas


hendaklah mempunyai
bidang kuasa dan kuasa-
kuasa yang sama seperti
yang terletakhak pada
mahkamah-mahkamah
bawahan, Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah
Persekutuan melalui
Perlembagaan ini atau
mana-mana undang-
undang persekutuan dan
hendaklah mempunyai
pejabat pendaftarannya di
Kuala Lumpur.

(5) Sehingga Parlimen,


melalui undang-undang,
membuat peruntukan khas
yang berlawanan
berkenaan dengan
prosedur (termasuk
pendengaran prosiding
secara tertutup) dalam
kes-kes sivil atau jenayah
dan undang-undang yang
mengawalselia keterangan
dan pembuktian dalam
prosiding sivil dan jenayah,
maka amalan dan
prosedur yang terpakai
dalam mana-mana
prosiding dalam mana-
mana mahkamah
bawahan, mana-mana
Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Persekutuan
hendaklah terpakai dalam
mana-mana prosiding
dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding dalam


Mahkamah Khas
hendaklah diputuskan
mengikut pendapat
majoriti anggota dan
keputusannya adalah
muktamad dan konklusif
dan tidak boleh dicabar
atau dipertikaikan dalam
mana-mana mahkamah
atas apa-apa alasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong


boleh, atas nasihat Ketua
Hakim Negara, membuat
apa-apa kaedah yang
difikirkannya perlu atau
suaimanfaat untuk
membuat peruntukan bagi
penghapusan apa-apa
kesulitan atau anomali jua
pun dalam mana-mana
undang-undang bertulis
atau dalam pelaksanaan
apa-apa fungsi, perjalanan
apa-apa kuasa, penunaian
apa-apa kewajipan, atau
pembuatan apa-apa
perbuatan, di bawah
mana-mana undang-
undang bertulis, yang
mungkin disebabkan oleh
Perkara ini, dan bagi
maksud itu kaedah-kaedah
itu boleh membuat apa-
apa pengubahsuaian,
adaptasi, penggubahan,
pertukaran atau pindaan
jua pun kepada mana-
mana undang-undang
bertulis.

"183. Tiada tindakan


boleh dimulakan
terhadap Yang di-
Pertuan Agong atau
Raja kecuali dengan
keizinan Peguam
Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau


jenayah, boleh dimulakan
terhadap Yang di-Pertuan
Agong atau Raja sesuatu
Negeri berkenaan dengan
apa-apa jua yang
dilakukan atau
ditinggalkan daripada
dilakukan olehnya atas
sifat peribadinya kecuali
dengan keizinan Peguam
Negara sendiri."
Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XIII Yang di-Pertuan Agong XII
dan Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong XI Yang di-Pertuan Agong X
dan Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Agong

Carian
Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong IX Yang di-Pertuan Agong VIII
dan Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Agong

Sistem Monarki
Tengkolok Diraja Muskat Pending

Carian

Sistem Monarki
Malaysia Kuasa Diraja Seri
Paduka Baginda Alat Keris Pendek Diraja Gandik Diraja Kalung Diraja
Kebesaran Diraja Adat
Istiadat Diraja Istana
Negara Darjah Kebesaran
Diraja Istana Negara
Istana Melawati

Uji Minda Bingkisan


Laman Bicara Hebahan
Modul Pembelajaran

Perlis Kedah Cogan Alam Cogan Agama Cokmar

Perak
Selangor

Negeri Sembilan

Johor
Pahang
Terengganu
Keris Panjang Diraja Pedang, Keris Panjang dan Payung Ubur-Ubur Kuning
Kelantan Sundang
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di–Pertuan Agong XIII dan Raja
Permaisuri Agong ke Balairong Seri diiringi oleh Juruiring-juruiring Baginda dan
Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja
pada hari pertabalan.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

• Adat Tertib
• Bahasa Pertuturan Istana
• Menyediakan Sembah Ucapan
• Adat Tertib Menulis Surat
• Pakaian bagi Menghadiri Istiadat dan Majlis Istiadat
Pertabalan
• Istiadat Pertabalan
• Santapan Diraja Sempena Istiadat Pertabalan
• Majlis Jamuan Teh Sempena Pertabalan

• Pelbagai Istiadat, Majlis dan Upacara


Adat Tertib

Santapan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
IX pada 20 September 1989.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

ADAT TERTIB MENGADAP BAGI ORANG AWAM

Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong, hendaklah berdiri tegak dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-
dua tangan dan memberi hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkat kepala sekali
sahaja dan hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat
hormat masyarakat Jepun. Selepas itu berjalan perlahan-lahan menghampiri baginda, dan tidak
pula terlalu rapat. Jarak dengan baginda Tuanku adalah lebih kurang dua hingga tiga kaki. Beri
hormat takzim sekali lagi. Bagi orang Islam adalah lebih elok jika mengucapkan "Assalamualaikum
Tuanku". Bagi orang yang bukan beragama Islam boleh mengucapkan "Selamat Pagi Tuanku" atau
"Good Morning Your Majesty" bagi rakyat asing mana yang berkenaan. Berundur kira-kira tiga
tapak dan tunduk hormat sekali lagi.

ADAT TERTIB MENGADAP BAGI PEGAWAI BERPAKAIAN SERAGAM

Bagi pegawai berpakaian seragam apabila mengadap hendaklah memberi “Tabik Hormat Penuh”
(Full Salute) dahulu sebelum tunduk memberi hormat takzim. Jika berdiri jauh, perlu “Tabik
Hormat” dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda, selepas itu beri hormat takzim.

HORMAT TAKZIM APABILA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ATAU
RAJA PERMAISURI AGONG SEDANG BERSEMAYAM

Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong sedang bersemayam di atas kerusi, hendaklah berdiri dengan kaki kanan dan kiri
dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan beri hormat takzim dengan cara menundukkan dan
mengangkatkan kepala. Perilaku menundukkan kepala hendaklah dilakukan dengan penuh hormat
dan tertib, iaitu dengan memberhentikan seketika segala pergerakan sebelum kepala ditundukkan
ke arah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong mana yang berkenaan. Kemudian meghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan
baginda. Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri hormat takzim sekali lagi sebelum
berpusing.

ADAT TERTIB MENYEMBAH SEMBAHAN

Jika menyembahkan sesuatu persembahan berupa surat, cenderamata, bunga dan sebagainya
kepada Tuanku dalam Majlis Rasmi hendaklah terlebih dahulu tentukan bahawa telah disediakan
dua buah dulang yang beralaskan kain berwarna kuning. Sebuah untuk diletakkan persembahan
dan sebuah lagi untuk Setiausaha Sulit atau untuk Pegawai Pengiring Peribadi atau Dang Perwara
yang ditugaskan menyambut semula cenderamata daripada Tuanku. Beri hormat takzim kemudian
mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan. Kemudian beri hormat takzim
sekali lagi barulah sembahkan sembahan itu. Selepas itu berdiri tegak sebentar dan beri hormat
takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat
takzim sambil mencium tangan baginda. Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali
lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal.

ADAT TERTIB MENYEMBAHKAN SEMBAH APABILA TUANKU BERSEMAYAM (DUDUK)

Beri hormat takzim dahulu kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga
berhadapan mengadap atau di sebelah kiri kanan tertakluk kepada keadaan tempat baginda
bersemayam. Beri hormat takzim dan kemudian kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan
lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu. Jika Tuanku menghulurkan tangan,
sambut serta cium tangan baginda. Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim,
undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik
ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan.

ADAT TERTIB DUDUK DALAM MAJLIS

Apabila duduk berhadapan dengan Tuanku hendaklah duduk dengan penuh adab sopan. Tidak
duduk "bersila panggung" atau mengangkat kaki atas kaki atau lulut atau menghalakan tapak kaki
ke hadapan Baginda ataupun berlunjur ataupun bersilang kaki.

Jika duduk di majlis makan, hendaklah duduk dengan tertib. Kedua-dua tangan hendaklah diletak
di atas peha dan tidak berpeluk tubuh. Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak
tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan tangan di atas meja. Mendagu tidak
dibenarkan.

Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun.

Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-bual sesama sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di
hadapan. Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan penuh tertib.

Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah, adalah takzim jika
bangun berdiri mengadap atau berpusing mengadap baginda dan tundukkan kepala sebagai tanda
hormat.

Bagi wanita, sekiranya duduk mengadap Tuanku di atas lantai, hendaklah bertimpuh dan kain
hendaklah menutup kaki bagi wanita yang memakai kain labuh. Jika tidak, bertimpuh sahaja
dengan tertib. Bagi lelaki, hendaklah duduk dengan bersila dengan tertib dan sopan dan tidak
duduk dengan melunjurkan kaki atau mengangkat lulut dan sebagainya. Merokok tidak dibenarkan.

ADAT TERTIB DALAM MAJLIS MAKAN

Tertib di meja makan hendaklah sentiasa dijaga, di antaranya:

• Jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap.

• Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan. Apabila mengunyah makanan,
mulut dan bibir hendaklah ditutup. Jangan bercakap dengan mulut yang penuh makanan.
• Tentukan penggunaan alat-alat memakan seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya,
digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising. Sisa-sisa makanan tidak
dibiarkan atas alas meja.

• Selepas habis makan, camca, pisau dan garpu hendaklah disusun rapat dan tidak
dibiarkan berselerak.

• Jika makanan terselit di gigi, elakkan dari mengorek gigi dengan jari. Gunakan napkin
untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan yang terselit di gigi itu.

• Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin.

• Elakkan dari menguap atau sendawa kekenyangan kuat-kuat.

• Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, meggeliat, mematahkan jari tangan


dalam majlis jamuan.

• Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja.

• Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah
kanan dengan menggunakan "handbag holder" dan tidak sekali-kali di atas meja makan
walaupun tas tangan tersebut kecil.

ADAT TERTIB BERTUTUR

Tertib apabila berbicara dengan baginda Tuanku hendaklah sentiasa dijaga, di antaranya :-

• Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab "Tuanku" setiap
kali bersetuju iaitu menggantikan "Ya".

• Gunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" di pangkal atau di penghujung ayat semasa
bertutur mengadap Tuanku.

• Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan "Tuanku Yang di-Pertuan
Agong dan Tuanku Permaisuri Agong".

• Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas seperti :-

Perkataan Ringkas Sebutan Yang Betul

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


"Agong minta air"
titah berkenan hendakkan air kopi"

"Permaisuri Agong akan "Tuanku Raja Permaisuri telah berkenan


berangkat" akan berangkat"

• Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru
perbuatan yang sama, tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan "ibu jari" sambil
menggenggam jari-jari yang lain dan gunakan "Ampun Tuanku atau Tuanku"

• Kepada Paduka Putera/Puteri, hendaklah tunduk hormat takzim dan bagi wanita
hendaklah mengendurkan lutut sedikit dan tunduk hormat. Apabila bercakap gunakan
"Tengku", "Mohon Tengku atau Ampun Tengku" di mana-mana yang sesuai.

• Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda hendaklah sentiasa menggunakan Bahasa
Beraja iaitu Royal Vocabulary atau Royal Language atau Royal Term. Elakkan dari
menggunakan perkataan Inggeris apabila bertutur dalam bahasa Malaysia melainkan
betul-betul fasih menguasai bahasa beraja dalam bahasa Inggeris. Jika terpaksa
hendaklah menambah atau menggunakan perkataan:

"His Majesty" bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Her Majesty" bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

"Your Majesty" untuk perkataan "Tuanku" bukan "You" atau "Your" atau
"Yours";
Bagi perkataan "I" gantikan "Patik" walaupun anda menjawab dalam
bahasa Inggeris melainkan anda menggunakan "Royal Vocabulary"
sepenuhnya.
.
Contoh:-
.
"I beg your pardon, Your Majesty" atau penggunaan Bahasa
Melayu/Inggeris-
"Yes Your Majesty, patik menjunjung titah Tuanku"
.
Elakkan menggunakan ungkapan berikut:-
.
"Yes, I have ..."
"Yes, I can ... "
"No, I am not free tomorrow"
dan sebagainya.

Contoh menjawab soalan :-

.
Titah tanya tuanku Jawapan yang betul Jawapan yang tidak betul

.
(i) "Awak sudah "Ampun Tuanku, patik i)"Ampun Tuanku, patik sudah
makan" sudah ayap Tuanku". makan Tuanku".
.
ii)"Ampun Tuanku, patik sudah
santap Tuanku".
.
(ii) "Mana perginya "Ampun Tuanku, patik i)"Ampun Tuanku, patik tidak
bola saya" kurang periksa Tuanku". tahu Tuanku".
ADAT TERTIB MENGIRING

• Apabila mengiring Tuanku, hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan
tidak sekali-kali seiring dengan baginda (sebelah kiri atau sebelah kanan).

• Apabila terpaksa berlalu di hadapan atau di belakang Tuanku, hendaklah tunduk dengan
hormat sambil berkata "Patik pohon lalu Tuanku".

• Apabila baginda berangkat lalu dihadapan, hendaklah memberi tunduk hormat (bagi
lelaki). Jika baginda berangkat lalu di belakang, hendaklah berpusing mengadap Tuanku
dan menundukkan kepala dan memberi hormat dengan takzimnya.

• Apabila berdiri berhadapan dengan baginda/Kerabat-kerabat Diraja, elakkan dari berpeluk


tubuh, bercekak pinggang, menyelok saku atau bersilang tangan di belakang.

• Bagi wanita yang menjadi pengiring rapat, jangan membawa tas tangan yang bergantung
di bahu.
Bahasa
Pertuturan
Istana

Dato’ Haji Muhammad bin Abdul Ghani, Presiden Persatuan Bekas Tentera
Malaysia di Majlis Mengadap dan Sembah Tamat Perkhidmatan kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Istana Negara pada 1 Jun 1999.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Oleh kerana buat masa ini kita jarang-jarang benar menggunakan Bahasa Istana apabila bertutur
maka eloklah diperhatikan beberapa perkataan yang telah digunakan dalam pertuturan sejak
dahulu lagi sepertimana di bawah :-
PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN

Yang di-Pertuan
Agong / Raja Tuanku - Menyahut/menjawab
Permaisuri Agong

Pacal – gantinama diri


pertama
Anak Paduka Anakanda Pacal Didik
Didik – yang dijaga
pelihara, diajar sejak
kecil.
Ayah/Bapa Paduka Ayahanda Hamba Tua Ayah -
Adik Paduka Adinda Pacal Adik -
Abang/Kakak Paduka Kekanda Pacal Kakak -
Bangun Bangkit/Bangun Bangun -
Berlepas Berangkat Lepas - -
Air Kecil – Air Seni
Buang Air Ke Sungai Ke Bilik Air
Air Besar
Menyembah satu-satu
Beri / barang kepada
Menyampaikan Kurnia/Anugerah Tuanku/patik telah -
Pemberian sampaikan kepada si
anu-anu
Berjumpa Bertemu Mengadap -
Dewasa/Orang
- Hamba Tua -
Tua/Ketua
Duduk/Tinggal Bersemayam - -
Emak/Ibu Paduka Bonda Hamba Tua Ibu/Emak -
Berisi (Contoh: Patik
Gemuk Daulat -
berisi sedikit)
Hendak Tahu Ingin mengetahui Mohon Periksa Patik mohon periksa
Tuanku Permaisuri/Tuanku
Sultanah/Tuanku Raja
Isteri Pacal Pondok -
Perempuan/Tuanku Tunku
Ampuan
Patik mohon
Jemput/Sila Ajak (Beta ajak awak) Mempersilakan
mempersilakan Tuanku
Kepala Hulu Kepala -
Mandi Bersiram Mandi -
Makan Santap Ayap Patik sudah ayap
Merasmikan Menyempurnakan Merasmikan -
Menurut Ikut nasihat(Saya ikut
Menjunjung Titah -
Arahan/Nasihat nasihat)
Nenek/Tok Nenda Hamba Tua Nenek -
Pergi Berangkat Pergi -
Rumah Istana Pondok/Teratak -
Sakit Gering Sakit -
Sampai Berangkat tiba Sampai -
Tuanku Agong/Tuanku
Suami Hamba Tua Suami Patik -
Sultan/Tuanku
Sudi Mengunjungi Bercemar Duli Berangkat Mengadap kebawah Duli -
Limpah perkenan –
Setuju Berkenan Bersetuju
memberi persetujuan
Tidur Beradu Tidur -
Junjung kasih/Junjung
Terima kasih Terima kasih -
kurnia
Patik kurang pasti/Patik
Tidak tahu Tidak pasti/Tidak tahu -
kurang periksa
Menyediakan Sembah Ucapan

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan


Perlantikan.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Sembah ucapan bagi Tuanku terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

• Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang digunakan sekarang.

• Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong cara lama.

Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang digunakan
sekarang.

Ucapan dalam majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hendaklah didahului kata-kata aluan hormat
kepada kedua-dua Seri Paduka Baginda, dif-dif kehormat dan para hadirin, dan selepas kata-kata
aluan hormat itu maka barulah ucapan diteruskan. Semuanya ini hendaklah disempurnakan di
dalam satu ucapan sahaja. Contoh kata-kata aluan hormat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa keberangkatan kedua-
kedua Seri Paduka Baginda adalah seperti berikut:
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri
..................................... (susunan dif-dif kehormat ini bergantung kepada kehadiran), Tuan-tuan
dan Puan-puan yang dihormati.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke majlis ini. Keberangkatan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong lebih
menyerikan suasana majlis ini.

Majlis juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan
isteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri .....................................(susunan dif-dif kehormat ini
bergantung kepada kehadiran), Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati. (Disusuli dengan teks
ucapan)....................................."

Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong cara lama.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,

Ampun Tuanku,

Patik dan Ahli-ahli, Jawatankuasa Penganjur ..................................... dengan penuh takzim


merafakkan sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, di atas limpah
perkenan Duli-Duli Tuanku, sudi berangkat bercemar duli majlis pada malam ini. Sesungguhnya
keberangkatan ke bawah Duli-Duli Tuanku serta perhatian berat Duli-Duli Tuanku terhadap
............................ adalah sangat disanjung oleh patik-patik sekelian.

Sesungguhnya perkembangan dan kemajuan ..................................... yang lebih berkesan.

Izinkan patik menyembahkan bahawa Majlis .....................................

Turut yang hadir pada malam ini ialah .....................................

Ampun Tuanku,

Patik memohon ampuni limpah perkenan Duli-Duli Tuanku mengizinkan patik menyampaikan
sepatah dua kata kepada tetamu undangan serta para hadirin sekelian.

Ampun Tuanku,

Y.A.B. Dato’ Seri


...............................................
Perdana Menteri Malaysia dan
Yang Amat Berhormat Datin Seri
................................................
Yang Berhormat Menteri-Menteri,
Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri,
Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmatnya di atas
kita semua yang dengan izinNya dapat kita berhimpun
................................................................................................

Bagi pihak Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis................................................


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan para peserta yang
menghadiri majlis malam ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak dan individu yang
telah memberi kerjasama, sokongan dan sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong
Ampun Tuanku beribu ampun,
Sembah patik mohon diampun.

Sekian sahaja ucapan patik kepada hadirin. Patik-patik sekalian sekali lagi dengan penuh takzim
merafakkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat hadir
untuk menyerikan Majlis pada malam ini.

Ampun Tuanku,
Sekian, Wabillahi taufiq Walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Adat Tertib
Menulis
Surat

Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-
Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah membaca watikah sempena
Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April
2007 di Istana Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Jika menulis surat kepada Seri


Paduka Baginda Tuanku,
kandungan surat itu hendaklah
ringkas dan tepat serta
menggunakan Bahasa Beraja
yang mudah difahami.

Bagi orang Islam adalah lebih


takzim memulakan dengan
Bismillahi Al-Rahman Al-Rahim.
Contoh surat adalah seperti
berikut:-

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim


Mengadap
Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Tuanku Syed
Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail,
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N.,
D.K. (Perak), D.K. (Negeri
Sembilan), D.K. (Terengganu),
S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.,
yang bersemayam di atas takhta
kerajaan Malaysia dengan
beberapa amat kebesaran dan
kemuliaannya.

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Seri Paduka Baginda Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya


patik merafakkan sembah dan
berdoa kehadrat Allah
Subhanuhu Wataala, mudah-
mudahan Seri Paduka Baginda
Tuanku dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong sentiasa
berada dalam selamat dan
Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat dan Majlis Istiadat Pertabalan

Suasana di Balairong Seri sebelum Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong IX dimulakan.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

TAKRIF PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS DI ISTANA NEGARA

Apabila sesuatu Majlis itu ditetapkan jenis-jenis pakaian, maka cara-cara pakaian yang ditetapkan itu
adalah seperti berikut :-

• Pakaian Kebangsaan Rasmi

Pakaian ini mengandungi :-

(i) Tanjak;
(ii) Baju Melayu hitam (Leher Cekak Musang);
(iii) Samping hitam;
(iv) Bengkong hitam;
(v) Stokin hitam; dan
(vi) Sepatu kulit (Hitam).

(Waktu malam tidak berkeris)

• Pakaian Kebangsaan – Tidak rasmi

Pakaian ini mengandungi:-

(i) Songkok hitam;


(ii) Baju Melayu hitam (Leher Cekak Musang);
(iii) Samping Songket hitam;
(iv) Stokin hitam;
(v) Sepatu kulit (Hitam).

• Pakaian Barat

Dark Lounge Suit

(i) Lounge Suit warna gelap;


(ii) Baju putih berkolar;
(iii) Tali leher warna gelap;
(iv) Stokin hitam;
(v) Sepatu kulit (Hitam);
(vi) Bersongkok bagi orang Islam.

White Tie (Pakaian Petang) Atau Tail Coat

(i) Tail Coat panjang hitam;


(ii) Waist Coat Putih;
(iii) Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan;
(iv) Wing Collar;
(v) Tie-bow putih;
(vi) Seluar hitam;
(vii) Stokin hitam;
(viii) Sepatu kulit (Hitam).

Dinner Jacket ‘Black Tie’ atau ‘Smoking’

(i) Jaket hitam dengan berlapikkan Sutra hitam di kelepak baju


atau Shell Jaket putih; (tuxedos)
(ii) Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan;
(iii) Soft collar;
(iv) Tie-bow hitam;
(v) Cummerband hitam atau Waist Coat putih;
(vi) Seluar hitam dengan satu jalur sutera (silk stripe);
(vii) Stokin hitam;
(viii) Sepatu kulit (Hitam).
Morning Dress

(i) Tail Coat hitam;


(ii) Waist Coat hitam;
(iii) Kemeja putih;
(iv) Plain (stiff turndown) Collar;
(v) Tie warna kelabu (grey);
(vi) Seluar hitam berjalur-jalur;
(vii) Stokin hitam;
(viii) Sepatu kulit (Hitam).

(Topi Sutra hitam dipakai bagi Majlis Rasmi)

Larangan Pakaian Wanita dalam Majlis

(i) Kebaya Putih


(ii) Sam Fu
(iii) Bagi pakaian-pakaian lain, peraturan di bawah hendaklah di patuhi:-

• Baju kebaya hendaklah labuh sehingga ke paras bawah lutut.


• Kain baju kebaya tidak boleh yang ada belah sama ada di tepi atau di belakang
• ‘Coli’ bagi pakaian sari hendaklah yang ada lengan dan tidak menunjukkan perut
• Pakaian Cheong sam hendaklah labuh ke paras tumit kaki dan yang ada lengan serta belahnya
sampai ke paras lutut sahaja
• Skirt bagi pakaian barat hendakalah labuh melebihi paras lutut.
• Berkasut.

Warna yang dilarang

• Kuning Diraja
• Biru Diraja (Royal Blue)
• Putih sedondon

PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS DI ISTANA NEGARA


2)Lounge Suit warna gelap 2)Kebaya Labuh berselendang

13. Majlis Menyambut Suratcara Pelantikan 1)Pakaian Kebangsaan warna 1)Baju Kurung berselendang
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri hitam

2)Lounge Suit warna gelap 2)Kebaya Labuh berselendang

3)Pakaian Kebangsaan Negara


masing-masing

Nota : Bagi orang Melayu, mereka hendaklah memakai songkok dalam semua majlis di atas.

CATATAN : Tempoh berkabung bagi Wilayah Persekutuan ialah selama 7 hari.


PAKAIAN
JENIS-JENIS MAJLIS
LELAKI PEREMPUAN

.
1. Santapan Diraja 1)Pakaian Kebangsaan Rasmi 1)Baju Kurung berselendang
sempena Istiadat warna hitam tanpa keris
Pertabalan

2)Mes Kit (uniform waktu malam) 2)Kebaya Labuh berselendang

3)White Tie 3)Pakaian Kebangsaan masing-masing

4)Black Tie (Dinner Jacket) untuk 4)Pakaian Kebangsaan Negara masing-masing


yang tidak mempunyai pakaian di (bagi isteri para Diplomat)
atas

5)Evening Dress

1)Selempang (1 sahaja) termasuk 6)Mes Kit (uniform waktu malam)


selempang Negeri

2)Bintang Darjah Kebesaran tidak


lebih daripada tiga

3)Satu Darjah lencana leher sahaja CATATAN

4)Darjah-Darjah hiasan dan Pingat Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan


(tiada hadnya) Pingat-Pingat sama ada yang besar atau
yang kecil (miniature) tidaklah boleh dipakai
5)Pingat-pingat kecil (miniature) dengan Black Tie (Dinner Jacket)
bergantung daripada satu
bingkas dipakai sebelah dada
sebelah kiri
2. Istiadat 1)Pakaian Kebangsaan Rasmi 1)Baju Kurung berselendang
Persandingan warna hitam tanpa keris
Pengantin Diraja
(Jamuan Malam)

2)Mes Kit (uniform waktu malam) 2)Kebaya Labuh berselendang

3)White Tie 3)Pakaian Kebangsaan masing-masing

4)Black Tie (Dinner Jacket) untuk 4)Pakaian Kebangsaan Negara masing-masing


yang tidak mempunyai pakaian di (bagi isteri para Diplomat)
atas

5) Evening Dress
Istiadat
Pertabalan

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII dan Raja
Permaisuri Agong ke Balairong Seri diiringi oleh Juruiring-juruiring Baginda dan
Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran
Diraja pada hari pertabalan.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Balairong Seri Istana
Negara. Balairong Seri Istana Negara mula digunakan untuk Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sejak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh. Sebelum itu,
Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Dewan Tunku
Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Hari Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah salah satu daripada hari
yang ditetapkan sebagai “Hari Kalong”. Oleh yang demikian semua penyandang Darjah Kebesaran
yang ada mempunyai Kalong hendaklah memakai Kalong. Apabila memakai Kalong bagi sesuatu
Darjah Kebesaran, selempang (sash) Darjah Kebesaran yang sama tidak boleh dipakai. Akan tetapi
selempang bagi Darjah Kebesaran yang lain, sekiranya ada, bolehlah dipakai bersama-sama. Hanya
satu Kalong sahaja boleh dipakai. Kalong hendaklah dipakai terletak di atas kedua bahu tergantung
sama tinggi antara paras dada dengan paras di sebelah belakang, dengan Lencana Darjah
tergantung di tengah dada. Jika memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi, Kalong hendaklah
disusupkan di bawah epolet. Kalong tidak dipakai dalam Majlis Jamuan Diraja.

Untuk menghadiri Istiadat Pertabalan tetamu dikehendaki mematuhi peraturan pakaian yang
ditetapkan seperti di bawah ini:-

PAKAIAN TETAMU LELAKI


(a) Bagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Negara, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat, Yang Berhormat Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen
ialah Pakaian Istiadat yang dipakai pada masa ini;

(b) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Darjah-Darjah Kebesaran D.M.N., S.M.N., S.S.M., P.M.N.,
P.S.M., P.J.N., dan P.S.D. atau pakaian-pakaian istiadat yang ditentukan oleh Negeri-negeri
dalam Persekutuan;

(c) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Ahli Jemaah Hakim;

(d) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan;

(e) Pakaian Seragam Istiadat yang tertentu untuk anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis
Diraja yang dikenali sebagai "No. 1 Dress";

(f) Pakaian Rasmi Istiadat Diplomat Asing sekiranya ada ditentukan oleh Kerajaan yang berkenaan;

(g) Morning Coat;


(Stripe trousers, white shirt with long sleeves, grey waist coat, grey or dark silk tie, grey or
dark Morning Coat with tails and black shoes);

(h) Pakaian Kebangsaan Rasmi yang lengkap, iaitu Baju Melayu lelaki berleher cekak musang,
berseluar, bersamping luar, berbengkung dan bertengkolok serta memakai keris yang tersusup
di pinggang kiri. Sebarang warna boleh digunakan kecuali warna kuning Diraja kecuali bagi
mereka yang berhak memakai sedemikian;

(i) Pakaian Kebangsaan bersamping atau "Lounge Suit" bersongkok (tidak memakai sebarang
anugerah) bagi pegawai-pegawai bertugas seperti pegawai-pegawai penyambut dan ahli-ahli
akhbar.
PAKAIAN TETAMU WANITA

(a) Bagi Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen Wanita ialah Pakaian
Istiadat yang dipakai pada masa ini;

(b) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Ahli Wanita Jemaah Hakim;

(c) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Pegawai-pegawai Kanan Wanita Kerajaan;

(d) Pakaian Seragam Istiadat yang tertentu untuk anggota wanita Angkatan Tentera dan Pasukan
Polis Diraja yang dikenali sebagai "No. 1 Dress";

(e) Baju kurung berselendang atau Baju Kebaya Labuh berselendang, dalam sebarang warna
kecuali warna kuning dan tidak boleh sedundun iaitu selendang berwarna lain (kecuali bagi
mereka yang berhak berpakaian sedemikian);

(f) Pakaian labuh berlengan panjang tetapi tidak termasuk jenis "see through" atau pun jenis yang
mendedahkan dada atau belakang atau "high slit";

(g) Untuk isteri-isteri para diplomat asing ialah pakaian yang ditentukan oleh Kerajaan Negara
mereka.
PERSIAPAN
Pukul 9.50 pagi Pasukan Kawalan Tombak keluar mengambil tempat di ruangan masuk Balairong
Seri. Pukul 9.57 pagi pula Datuk Paduka Maharaja Lela dan Panglima-panglima yang membawa
Cogan Alam dan Cogan Agama, Juruiring-juruiring Baginda serta Panglima-panglima yang
membawa Alat-alat Kebesaran Diraja seperti Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu
bersiap sedia. Dang Perwara juga bersiap sedia.

KEBERANGKATAN TUANKU

Tepat pukul 10.00 pagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong masuk ke Balairong Seri. Keberangkatan Tuanku diumumkan oleh Juruacara.
Keberangkatan Tuanku berdua ke Balairong Seri didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan
Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama dan diiringi oleh Juruiring-
juruiring Baginda dan Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran
Diraja iaitu Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu. Sebaik sahaja Tuanku masuk ke
Pintu Besar Balairong Seri, Nobat dipalu dengan lagu "Raja Berangkat". Sebaik sahaja Nobat dipalu
para hadirin berdiri. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong sempurna bersemayam di atas Singgahsana. Datuk Paduka Maharaja Lela,
Juruiring-juruiring dan Dang Perwara serta Panglima-panglima mengambil tempat masing-masing.

MEMULAKAN ISTIADAT PERTABALAN

Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong untuk Istiadat Pertabalan dizahirkan. Setelah diperkenankan Datuk Paduka Maharaja
Lela berundur lalu membuat pengumuman bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dizahirkan. Pengumuman Datuk Paduka Maharaja Lela : "Menjunjung Titah
Perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka inilah diisytiharkan bahawa Istiadat
Pertabalan Seri Paduka Baginda ................................................ sebagai Yang di-Pertuan Agong
ke ................................................ dizahirkan sekarang".

KEMASUKAN KE BALAIRONG SERI ALAT-ALAT KEBESARAN ISTIADAT PERTABALAN

Setelah selesai membuat pengumuman Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon
perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawa masuk Alat-alat Kebesaran
Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri. Sebaik sahaja diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela
berundur meniggalkan Majlis Penghadapan dan keluar dari Balairong Seri. Juruacara
mengumumkan kemasukan ke Balairong Seri Alat-alat Kebesaran Istiadat Pertabalan. Nobat dipalu
dengan memainkan lagu "Menjunjung Duli". Datuk Paduka Maharaja Lela masuk ke Balairong Seri
bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat dan Al-Fadzil Pegawai Agama Istana Negara serta
Panglima-panglima yang membawa :-

(i) Al-Quran nul Karim


(ii) Keris Kerajaan
(iii) Surat Pengisytiharan
(iv) Warkah Ikrar

PENYERAHAN AL-QURAN NUL KARIM

Apabila sampai di hadapan singgahsana Datuk Paduka Maharaja Lela menyambut Al-Quran nul
Karim dan Panglima yang membawa Al-Quran nul Karim dan membawanya naik ke atas
singgahsana hingga ke tingkat 3, kemudian memohon perkenan untuk menyerahkan Al-Quran nul
Karim kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong mencium Al-Quran nul Karim , dan meletakkan Al-Quran nul Karim di atas meja iring antara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Datuk
Paduka Maharaja Lela berundur turun semula. Panglima-panglima meletakkan alat-alat lain di atas
meja, kemudian bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat dan Pegawai Agama beredar ke tempat
duduk masing-masing.

SURAT PERISYTIHARAN

Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong untuk membawa mengadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk
membacakan Surat Perisytiharan. Setelah diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela berundur
dan menemui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mempersilakan mengadap untuk
membaca Surat Perisytiharan. Datuk Penghulu Istiadat tampil mengambil dulang berisi Surat
Perisytiharan dan bersama-sama dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mengiringi Yang Amat
Berhormat mengadap. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadap dan kemudian mengambil
Surat Perisytiharan dari Datuk Penghulu Istiadat lalu membacanya. Setelah selesai membaca Surat
Perisytiharan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meletakkan balik Surat Perisytiharan, tunduk
hormat dan mengundur diri diikuti oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat
yang meletakkan kembali dulang berisi Surat Perisytiharan ke atas meja.

Surat Perisytiharan

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim


Bahawa Inilah Dimasyhorkan Kepada
Sekelian Orang Serta Penduduk Negara
Malaysia Iaitu Paduka Raja-Raja Telah
Memilih .................................................... Menjadi
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Dan Pada Hari, Waktu Dan Saat Yang Gilang-Gemilang
Ini Maka Seri Paduka Baginda Ditabalkan Naik Takhta Kerajaan
Menjadi Turus Negara Bagi Malaysia
Dengan Bergelar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

MENYEMBAHKAN KERIS
KERAJAAN

Datuk Penghulu Istiadat kemudian mengambil pahar berisi Keris Kerajaan dan mengiringi Datuk
Paduka Maharaja Lela mengadap. Di hadapan singgahsana, Datuk Paduka Maharaja Lela tunduk
hormat dan menerima pahar berisi Keris Kerajaan dari Datuk Penghulu Istiadat dan naik ke atas
singgahsana hingga ke tingkat 3, berlutut dan menyembahkan Keris Kerajaan. Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong menerima Keris Kerajaan dan menghunus serta mengucup keris berkenaan.

MENYEMBAHKAN WARKAH IKRAR

Datuk Paduka Maharaja Lela tunduk hormat dan mengambil dulang berisi Warkah Ikrar dari Datuk
Penghulu Istiadat dan naik ke singgahsana hingga ke tingkat 3, berlutut dan menyembahkan
Warkah Ikrar, kemudian berundur turun dan berdiri di hadapan singgahsana bersama Datuk
Penghulu Istiadat. Semua para hadirin berdiri setelah diumumkan oleh Juruacara. Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar.

Warkah Ikrar

“BISMILLAH AL-RAHMAN AL-RAHIM,


BETA .................................................................................
BERSYUKUR KE HADRAT ALLAHSUBHANUHU WATA’ALA
KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH
MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.
DENGAN INI BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA
PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN
PELEMBAGAAN NEGARA SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA
SETIAP MASA, AGAMA ISLAM DAN BERDIRI TEGUH
DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA”.

Sempurna sahaja ikrar


dilafazkan Nobat dipalu dengan lagu “Raja Bertabal”. Datuk Paduka Maharaja Lela naik ke tingkat 3
singgahsana dan menerima kembali Warkah Ikrar dan berundur turun. Dulang yang berisi Warkah
Ikrar diserahkan kepada Datuk Penghulu Istiadat.

Apabila selesai Nobat berbunyi, Datuk Paduka Maharaja Lela berseru “Daulat Tuanku” tiga kali
diikuti oleh para hadirin berturut-turut dalam Balairong Seri. Tembakan meriam 21 das dimulakan
apabila seruan pertama Daulat Tuanku dimulakan. Serentak dengan tembakan meriam, lagu
“Negaraku” dimainkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersemayam semula dan para
hadirin duduk semula. Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat berundur untuk
meletakkan kembali Warkah Ikrar di atas meja.

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA

Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong untuk membawa mengadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk
menyembahkan Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia. Setelah
diperkenan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadap dengan diiringi Datuk Paduka
Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang membawa dulang berisi ucapan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri.

UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

BISMILLAH AL-RAHMAN AL-RAHIM

Dengan segala hormat dan penuh takzimnya pihak Kerajaan, pegawai dan kakitangan
perkhidmatan awam serta seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke
………………………… pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Tuanku ……………………
………. sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Semoga Tuanku berdua dilanjutkan usia
serta dilimpahkan rahmat dan hidayah oleh Allah Subhanu Wa Ta’ala.

Alhamdulillah, negara kita terus berada di dalam keadaan aman, maju dan makmur. Walaupun
negara telah dilanda kegawatan ekonomi sejak bulan …………….. yang mendatangkan kesan negatif
yang teruk terhadap pertumbuhan ekonomi negara, namun usaha dan langkah yang diambil oleh
Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara telah menunjukkan kejayaan. Kini ekonomi negara
terus mengalami pemulihan yang kukuh sementara keyakinan para pelabur termasuk para pelabur
asing terus meningkat. Kerajaan yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan lebih gigih
serta kerjasama semua lapisan rakyat, ekonomi negara akan dapat dipulih sepenuhnya dengan
lebih awal, Insya-Allah.

Langkah kawalan modal yang diperkenalkan pada bulan ………………….. tahun lalu telah berjaya
menyekat pedagang mata wang asing daripada terus menjatuhkan nilai ringgit dan menghancurkan
ekonomi negara kita. Manakala, langkah-langkah lain seperti menurunkan kadar faedah pinjaman
dan menambahkan kecairan di dalam sistem perbankan telah berjaya merangsang semula
pertumbuhan ekonomi negara.

Walaupun terdapat ramalan daripada pelbagai pihak bahawa ekonomi negara akan mencapai
pertumbuhan lebih tiga peratus pada tahun ini, jangkaan Kerajaan adalah konservatif iaitu pada
kadar satu peratus. Kejayaan negara memulihkan ekonomi sehingga hari ini adalah juga
disebabkan berkat kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap langkah-langkah radikal yang
diambil Kerajaan.

Sokongan padu ini membolehkan Kerajaan memberi tumpuan penuh terhadap usaha pemuliharan
ekonomi di samping menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara. Kerajaan mahu melihat
sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih aktif bagi meningkatkan kegiatan perniagaan
dan perusahaan mereka supaya ekonomi negara dapat tumbuh semula seperti dahulu.

Sesungguhnya perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat juga semakin erat. Nyata sekali,
kegawatan ekonomi telah menyedarkan rakyat tentang pentingnya mengekalkan keharmonian dan
perpaduan kaum. Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan mengagihkan kekayaan negara kepada
Bumiputera dengan megembangkan ‘kek’ ekonomi negara tanpa merampas hak kaum lain, telah
berjaya mengelak tercetusnya pergaduhan antara kaum yang disebabkan ketidakseimbangan tahap
pencapaian ekonomi. Berbanding negara lain konflik perkauman tidak wujud di negara kita.

Rakyat berlainan keturunan, agama, budaya, adat resam dan bahasa yang bersikap toleran dan
menghormati antara satu sama lain merupakan kunci kejayaan negara yang boleh dibanggakan.
Perpaduan ini merupakan faktor penting yang membolehkan Kerajaan terus menumpukkan usaha
membangunkan negara. Dalam kita menghadapi abad dan alaf baru yang akan tiba beberapa bulan
lagi, Kerajaan telah membuat banyak persediaan yang rapi agar rakyat dan negara dapat
menempuhnya dengan penuh yakin dan berani.

Kerajaan akan terus melindungi dan menentukkan agar kesucian agama Islam tidak tercemar dan
diseleweng oleh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan mereka baik politik mahupun
peribadi kerana ia boleh memecah-belahkan umat Islam dan melemahkan mereka.

Dalam hubungan luar, negara akan terus memainkan peranan aktif di dalam mempertingkatkan
hubungan kerjasama dengan semua negara di dunia. Negara juga akan terus menumpukan
kerjasama istimewa dengan negara-negara membangun dan meningkatkan hubungan Selatan-
Selatan. Di samping itu, usaha meningkatkan aktiviti ekonomi akan diteruskan dengan rakan
perdagangan tradisi menerusi penggalakan pengaliran pelaburan asing masuk ke dalam negara.
Walaupun negara adalah komited dan menyokong konsep pasaran bebas dan globalisasi, namun
Kerajaan tidak akan membiarkan konsep ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk merosak dan menghancurkan ekonomi negara kita.

Sehubungan itu, Kerajaan akan terus berusaha untuk menggunakan forum antarabangsa untuk
menyedarkan masyarakat dunia tentang bahaya konsep pasaran bebas dan perniagaan mata wang
yang tidak dikawal.

Sempena hari bersejarah dan mulia ini, Kerajaan serta pegawai-pegawai dan kakitangan
perkhidmatan awam, sektor swasta dan rakyat sekalian ingin mengambil peluang ini untuk
menyampaikan ikrar taat setia kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dan berdoa semoga
Tuanku memberi khidmat dengan penuh tanggungjawab, adil, bijaksana dan berwibawa demi
kemajuan kemakmuran dan kesejahteraaan negara dan rakyat.

Semoga Allah Subhanahu Wa ta’ala, Yang Amat Pengasih dan Penyayang melanjutkan usia Tuanku
berdua dan semoga Tuanku berada di dalam keadaan sihat walafiah.

Amin, Ya Rabbul ‘Alamin.

Setelah selesai menyampaikan ucapan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meletakkan balik
naskhah ucapannya, mengadap dan berundur diiringi Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk
Penghulu Istiadat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri duduk ditempatnya.

TITAH DIRAJA

Setelah selesai mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke tempat duduknya, Datuk
Paduka Maharaja Lela mengadap semula dengan diiringi Datuk Penghulu Istiadat yang membawa
dulang berisi Warkah Titah Diraja. Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap untuk memohon
perkenan Tuanku membawa Titah Diraja. Setelah diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela
mengambil dulang yang diisi Titah Ucapan Diraja dari Datuk Penghulu Istiadat lalu naik ke tingkat 3
singgahsana, berlutut dan menyembahkan Warkah Titah Diraja. Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong berkenan menerima Warkah Titah Diraja dan Datuk Maharaja Lela berundur turun.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melafazkan Titah Diraja.

Bismillahir rahmanir Rahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Beta bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa ta’ala kerana dengan izin dan limpahNya dapat Beta
bersama-sama pada hari Pertabalan Beta ini.

Ingin Beta menjunjung kasih kepada Kekanda, Adinda dan Anakanda Raja-Raja yang telah
menaruh kepercayaan kepada Beta untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke ………………
……. . Dengan doa restu dan kerjasama semua pihak, Beta percaya Beta akan dapat menjalankan
tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Beta dengan penuh bijak dan adil dan
saksama.

Kepada Memanda Beta, Yang Amat Berhormat ……………………………………………, Beta mengucapkan


terima kasih di atas ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada beta bagi pihak Kerajaan, pegawai-
pegawai perkhidmatan awam dan rakyat sekalian. Beta dan Raja Permaisuri Agong rasa gembira
dan berterima kasih di atas segala ingatan dan kasih sayang dan dilafazkan kepada Beta berdua.

Beta bersyukur ekonomi negara terus menunjukkan pemulihan. Langkah-langkah tegas dan berani
Kerajaan untuk menangani kegawatan ekonomi dan kewangan telah banyak membantu negara ke
arah pemulihan. Beta yakin dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh oleh Kerajaan di
samping rakyat yang sanggup bekerja lebih kuat dan tekun, negara akan dapat mencapai
pertumbuhan yang lebih tinggi daripada yang diramalkan. Ini tidak mustahil kerana rakyat negara
ini telah terbukti kemampuan dan keupayaan mereka.

Insya-Allah pada tahun hadapan kedudukan ekonomi negara akan lebih kukuh dengan
pertumbuhan dijangka pada paras lima peratus lebih. Walaupun kini negara kita pulih Beta harap
rakyat akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi produktiviti dan daya
saing negara.

Dalam hal ini adalah penting rakyat terus memberi kerjasama kepada usaha-usaha Kerajaan di
samping mempereratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Hubungan kaum yang harmonis ini
penting dalam menentukan negara terus berada dalam keadaan aman dan stabil. Rakyat sudah
tentu boleh berfikiran waras untuk memilih apa yang baik dan menolak perkara-perkara yang boleh
membawa kepada keburukan. Niat jahat pihak-pihak tertentu untuk menghakis kepercayaan rakyat
kepada Kerajaan hendaklah ditentang habis-habisan. Beta harap rakyat berbilang kaum tidak
terpengaruh dan diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Ini kerana tugas utama
kita sekarang ialah untuk memulihkan sepenuhnya ekonomi negara. Beta juga berharap rakyat
akan sentiasa berusaha dengan lebih gigih dan sentiasa memupuk keharmonian kaum bagi
menjamin keamanan negara berterusan dan negara akan terus maju, aman dan makmur.

Negara kita mengamalkan sistem Kerajaan yang berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan seperti mana terkandung di dalam Perlembagaan. Beta gembira sistem ini telah
berjaya menjamin keamanan dan kemajuan negara. Beta berharap rakyat akan terus menyokong
dan menghormati Sistem Demokrasi Berparlimen ini agar negara akan terus stabil dan maju.
Kemampuan rakyat berbilang kaum hidup aman damai di samping menghormati kehendak sistem
termaktub dalam Perlembagaan menjadi kebanggaan negara.

Negara kita akan menghadapi pilihanraya tidak berapa lama lagi. Alhamdulillah, Beta bersyukur
kerana sehingga kini proses pilihanraya di negara ini telah berjalan lancar dan tidak dicemari oleh
kejadian-kejadian yang tidak diingini. Beta berharap pilihanraya kali ini akan berjalan dengan
lancar, licin dan selamat tenteram tanpa insiden-insiden buruk.

Keistimewaan negara yang berbilang kaum ialah sifat-sifat ketimuran yang menekankan nilai-nilai
murni, beretika tinggi, bersopan-santun dan memelihara keharmonian kekeluargaan. Beta harap
dalam mengejar kemajuan rakyat tidak gugurkan nilai ketimurannya yang menjadikan rakyat
Malaysia tertib dan setia kepada negara. Kita juga hendaklah bersyukur di atas nikmat yang
dikurniakan kepada kita. Elakkan daripada dikuasai oleh nilai-nilai barat yang sering mementingkan
kebebasan diri tanpa menghiraukan kepentingan masyarakat. Sikap seperti ini membawa padah
kepada prinsip demokrasi yang berasaskan kepada Sistem Raja Berperlembagaan.

Akhir kata Beta sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Memanda Beta, Yang Amat
Berhormat ……………………………………………………….. diatas ucapan tahniah dan ikrar taat setia.
Mudahan-mudahan Allah Subhanahu Wa ta’ala melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada kita
semua.

Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setelah sempurna Titah Diraja, Datuk Paduka Maharaja Lela naik semula ke tingkat 3 singgahsana
untuk menyambut Warkah Titah Diraja kemudian berundur turun, mengembalikan dulang berisi
Warkah Titah Diraja kepada Datuk Penghulu Istiadat, mengadap dan berundur. Datuk Penghulu
Istiadat meletakkan semula dulang berisi Warkah Titah Diraja di atas meja dan Datuk Paduka
Maharaja Lela kembali ke tempatnya.

BACAAN DOA

Juruacara mengumumkan Pembacaan Doa oleh Pegawai Agama Istana Negara. Pegawai Agama
mengadap bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat untuk membacakan doa. Setelah menghadap
dan tunduk hormat, Pegawai Agama membacakan Doa Selamat. Setelah selesai membaca doa,
Pegawai Agama bersama Datuk Penghulu Istiadat berundur ke tempat masing-masing.

MENERIMA KEMBALI AL-QURAN NUL KARIM

Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat menghadap untuk menerima kembali Al-
Quran nul Karim dari atas singgahsana. Datuk Paduka Maharaja Lela naik tingkat 3 Singgahsana
untuk menerima kembali Al-Quran nul Karim dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Setelah Al-Quran nul Karim diterima Datuk Paduka Maharaja Lela berundur turun membawa pahar
berisi Al-Quran nul Karim dan menyerahkan kepada Datuk Penghulu Istiadat.

PERTABALAN SELAMAT DISEMPURNAKAN

Datuk Paduka Maharaja Lela memohon limpah perkenan Tuanku untuk menyembahkan bahawa
Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah selamat disempurnakan.
Setelah diperkenan Tuanku maka Datuk Paduka Maharaja Lela mengumumkan kepada para hadirin
:-

“ISTIADAT PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ADALAH DENGAN INI
SELAMAT DISEMPURNAKAN”.

KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA
BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

Juruacara mengumumkan mengenai keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
meninggalkan Balairong Seri. Sebaik sahaja pengumuman selesai dibuat para hadirin semua berdiri
dan diikuti dengan tiupan nafiri. Nobat dipalu dengan lagu “Raja Berangkat”. Datuk Paduka
Maharaja Lela, Datuk Penghulu Istiadat dan Panglima-panglima Pembawa Alat-alat Kebesaran
Diraja, Juruiring-juruiring dan Dang Perwara mengambil tempat di hadapan Singgahsana. Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat
turun dari Singgahsana untuk berangkat keluar dari Balairong Seri dengan didahului oleh Datuk
Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang membawa pahar berisi Al-Quran nul Karim
dan Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama dan Alat-alat Kebesaran
Diraja dan Juruiring-juruiring dan Dang Perwara. Nobat berhenti dipalu apabila Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong tiba di pintu besar
Balairong Seri dan berangkat balik menuju ke bilik yang dikhaskan.

ISTIADAT PERTABALAN SELESAI

SUSUN KEBERANGKATAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
MENINGGALKAN BALAI RONG SERI

Santapan Diraja Sempena


Istiadat Pertabalan

Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong IX pada malam 20 September 1989.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Majlis Jamuan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong diadakan di Dewan Bankuet Istana Negara. Majlis ini dihadiri oleh semua Raja-
Raja dan Tuan Yang Terutama Negeri-negeri. Pakaian bagi menghadiri Majlis Jamuan
Diraja ini ditetapkan seperti berikut :-
PAKAIAN LELAKI BAGI MAJLIS JAMUAN DIRAJA

• Pakaian untuk Majlis Rasmi Malam (Mess Kit) bagi mereka yang berhak
memakainya;
• Pakaian Kebangsaan Rasmi yang lengkap berwarna hitam iaitu baju Melayu
berleher cekak musang, berseluar, bersamping luar, berbengkung dan
bertengkolok dengan tidak memakai keris;
• White Tie (dengan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan);
(Tail coat hitam, waist coat putih, kemeja putih keras di sebelah hadapan,
wing collar, bow putih, seluar hitam dan sepatu hitam);
• Black Tie (tanpa Darjah Kebesaran dan Bintang Kebesaran);
(“Black trousers with piping”, kemeja putih keras di sebelah hadapan,
bengkung hitam, bow hitam, “black jacket with satin lapel” dan sepatu
hitam).

PAKAIAN WANITA BAGI MAJLIS JAMUAN DIRAJA

• Pakaian untuk Majlis Rasmi Malam (Mess Kit) bagi mereka yang berhak
memakainya;
• Baju kurung berselendang atau baju kebaya labuh berselendang, sebarang
warna kecuali warna kuning dan tidak boleh sedondon iaitu selendang
berwarna lain (kecuali bagi mereka yang berhak memakai demikian);
• Pakaian malam labuh berlengan panjang tetapi tidak termasuk pakaian
jenis “see-through” ataupun jenis yang mendedahkan dada atau belakang
atau “high-slit”;
• Untuk isteri-isteri para diplomat asing ialah pakaian rasmi yang ditentukan
oleh Kerajaan Negara mereka.

Pada pukul 8.50 malam semua tetamu siap sedia duduk dalam Dewan Banquet
Istana Negara. Keberangkatan masuk ke Dewan Banquet, Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong didahului oleh
Datuk Paduka Maharaja Lela. Tetamu Khas, semua Raja-Raja dan Permaisurinya.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Perdana Menteri
dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri masuk ke Dewan Banquet secara
serentak.

Apabila juruacara membuat pengumuman mengenai ketibaan Tuanku, tiupan nafiri


dimulakan dan semua para hadirin berdiri. Apabila sampai di Meja Khas, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong menanti seketika sehingga semua Raja-Raja dan
Permaisuri masing-masing telah berada di tempat yang telah ditentukan. Kemudian
lagu Negaraku dimainkan. Majlis Jamuan Diraja dimulakan. Sepanjang majlis
santapan malam dijalankan, para hadirin dihiburkan dengan iringan lagu-lagu
instrumental oleh Orkestra RTM.

10 minit selepas kopi dihidangkan di Meja Diraja iringan muzik oleh Orkestra RTM
diberhentikan, juruacara memohon perhatian dan mengumumkan bahawa Pegawai
Agama Istana Negara membaca Doa Selamat. Selepas doa dibacakan, pengumuman
keberangkatan Tuanku meninggalkan Dewan Banquet dibuat dan semua para hadirin
berdiri. Lagu Negaraku dimainkan. Sebaik sahaja lagu Negaraku habis dimainkan,
tiupan nafiri dimulakan. Keberangkatan Tuanku meninggalkan Dewan Banquet
didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela.

Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri, Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri serta isteri meninggalkan Dewan Banquet menuju ke Dewan Kecil
untuk menaiki kenderaan dan seterusnya berlepas meninggalkan Istana Negara.

Majlis Jamuan Teh


Sempena Pertabalan
Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX ke Majlis Jamuan Teh
Diraja sempena pertabalan pada petang 20 September 1989 di perkarangan Istana
Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia
Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong diadakan di perkarangan Istana Negara. Pakaian bagi majlis ini Baju Kebangsaan
atau Lounge Suit.

Apabila juruacara mengumumkan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada pukul 4.30 petang
nafiri ditiupkan dan semua yang hadir berdiri. Sebaik sahaja Tuanku tiba di Meja Khas
lagu Negaraku pun dimainkan. Setelah selesai lagu Negaraku dimainkan, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
bersemayam dikerusi Diraja. Pegawai Agama Istana Negara memohon perkenan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membaca doa selamat. Setelah
diperkenankan oleh Tuanku, Pegawai Agama Istana membaca doa.

Selesai bacaan doa, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan mengadap dan


memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memulakan
Majlis Jamuan Teh. Setelah mendapat perkenan Tuanku, juruacara mengumumkan
bahawa Majlis Jamuan Teh dimulakan. Jamuan Teh Diraja dimulakan dengan
persembahan muzik oleh Kombo PDRM dan nyanyian oleh penyanyi tanahair untuk
selama lebih kurang 45 minit.

Selepas menikmati jamuan teh dan setelah menerima isyarat daripada Penolong Datuk
Paduka Maharaja Lela, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan
memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berangkat ke
majlis berkenaan. Setelah perkenan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan diiringi Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat
Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan serta isteri masing-masing, berangkat turun
dari pentas Diraja menemui dif-dif jemputan.

Selesai menemui dif-dif jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta rombongan berangkat semula ke pentas
Diraja dan bersemayam. Muzik instrumental berhenti bermain. Yang Berhormat
Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong bahawa Majlis Jamuan Teh telah selamat disempurnakan.
Sejurus kemudian pengumuman dibuat mengenai keberangkatan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Lagu Negaraku
dimainkan.

Setelah tamat lagu Negaraku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan Pentas Diraja dengan
diiringi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertabalan serta isteri
masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong beristirehat.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri serta isteri masing-masing meninggalkan Istana Negara. Dif-dif bersurai.

Pelbagai
Istiadat,
Majlis Dan
Upacara
Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Persekutuan adalah sebagai tanda
ingatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas sumbangan rakyat
terhadap pembangunan negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

• Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Istiadat Menandatangani Surat Perisytiharan Oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

• Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan


Pingat-Pingat Malaysia.

• Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia
Sebagai Perdana Menteri/Menteri, Timbalan Menteri (Selepas Kabinet Baru ditubuhkan).

• Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

• Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

• Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan Sebagai Hakim (Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Malaya, Hakim Besar Sabah/Sarawak, Hakim-Hakim Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi).

• Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan Sebagai Duta Besar Pesurujaya Tinggi Malaysia ke Luar
Negara.

• Istiadat Menyembah Suratcara (Tauliah) Pelantikan Bakal Duta Besar/Pesuruhjaya Tinggi Negara
Asing ke-Malaysia.

ISTIADAT MELAFAZ SUMPAH JAWATAN DAN ISTIADAT MENANDATANGANI SURAT


PERISYTIHARAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN YANG
DI-PERTUAN AGONG
Tempat - Balairong Seri Istana Negara
Tarikh - Akan ditentukan oleh Majlis Raja-Raja (5 tahun sekali)
Tetamu - 300 – 400 orang
.
(a) Semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja/wakil Raja
(b) Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri
(c) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
(d) Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri
(e) Y.A.A. Ketua Hakim Negara dan Mahkamah Persekutuan.
(f) Yang Amat Berbahagia Tun-Tun
(g) Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Kabinet/Ketua Setiausaha Negara
(h) Yang Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri/wakil
(i) Orang-orang Kenamaan Persekutuan dan Negeri Yang Rajanya dilantik sebagai Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pakaian - Pakaian Istiadat (Hari Kalong) dengan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat termasuk
Kalong jika ada.
Susunan -
Aturcara

KEBERANGKATAN MASUK KE BALAIRONG SERI

1. 10.40 - Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri masuk ke Balairong Seri.
pagi

2. 10.42 - Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk ke Balairong Seri.


pagi

3. 10.44 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersama-
pagi sama Duli-Duli Yang Maha Maha Mulia diiringi oleh Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-
Yang di-Pertua Negeri masuk ke Balairong Seri.

KETIBAAN DAN KEBERANGKATAN

1. 10.45 - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengadap dan memohon perkenan bagi memulakan
pagi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kerana Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah
Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

- Bacaan doa selamat oleh Imam Besar Masjid Negara.

- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong melafazkan
Sumpah Jawatan dan berkenan menandatanganinya.
CARIAN Kuasa Diraja > Penaung

SISTEM MONARKI MALAYSIA


KUASA DIRAJA SERI PADUKA
BAGINDA ALAT KEBESARAN
DIRAJA ADAT ISTIADAT
DIRAJA ISTANA NEGARA
DARJAH KEBESARAN DIRAJA
ISTANA NEGARA ISTANA
MELAWATI
UJI MINDA BINGKISAN
LAMAN BICARA HEBAHAN
MODUL PEMBELAJARAN
PERLIS KEDAH
Penaung
PERAK
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
JOHOR
PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Majlis Penutupan Perayaan


Bulan Kemerdekaan ke-44 di Sibu, Sarawak pada 16 September 2001
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah menjadi penaung setelah dirundingkan dengan
Jabatan Perdana Menteri kepada beberapa Pertubuhan/Kesatuan/Badan-badan Sukarela dalam Mala
Sebahagian daripada Pertubuhan/Kesatuan/Badan-badan Sukarela adalah seperti berikut:

Bil Lantikan Nama Pertubuhan Mulai Tarikh

1 Ketua Penaung Malayan Association of Youth Clubs 27.8.1957

2 Penaung Ex-Services Association 25.9.1957


of Malaya

3 Presiden Federation of Malaya Red 30.12.1957


Cross Society

4 Ketua Penaung Blind Welfare Association 30.1.1958


of Malaya

5 Ketua Penaung Boy Scouts Association 2.9.1957


Federation of Malaya

6 Ketua Penaung All Malaya Malays Tennis 2.1.1959


Tournament

7 Penaung Malayan Cricket Association 15.5.1960


CARIAN Kuasa Diraja > Perkara-Perkara yang Tidak Boleh Dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong

SISTEM MONARKI MALAYSIA


KUASA DIRAJA SERI PADUKA
BAGINDA ALAT KEBESARAN
DIRAJA ADAT ISTIADAT
DIRAJA ISTANA NEGARA
DARJAH KEBESARAN DIRAJA
ISTANA NEGARA ISTANA
MELAWATI
UJI MINDA BINGKISAN
LAMAN BICARA HEBAHAN
MODUL PEMBELAJARAN
PERLIS KEDAH
Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh Yang di-Pertuan
PERAK Agong
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
JOHOR
PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII di Istiadat Pertabalan Baginda
Yang di-Pertuan Agong ke XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Perkara 34 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan:

"34. Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecu
tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.

(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan

(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterpra
CARIAN Kuasa Diraja > Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting

SISTEM MONARKI MALAYSIA


KUASA DIRAJA SERI PADUKA
BAGINDA ALAT KEBESARAN
DIRAJA ADAT ISTIADAT
DIRAJA ISTANA NEGARA
DARJAH KEBESARAN DIRAJA
ISTANA NEGARA ISTANA
MELAWATI
UJI MINDA BINGKISAN
LAMAN BICARA HEBAHAN
MODUL PEMBELAJARAN
PERLIS KEDAH
Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting
PERAK
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
JOHOR
PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII di upacara mengangkat


sumpah bagi Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada 8 Mei 1995
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untu
orang-orang tertentu untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan seperti berikut:

Ru
Bil Jawatan Atas Nasihat Selepas dirundingkan
Perlem
1 Yang di-Pertua Negeri Perdana Menteri Majlis Mesyuarat Perlemba
Kerajaan/Kabinet Negeri
2 Peguam Negara Perdana Menteri - 14

3 Ketua Audit Negara Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 10

4 Ketua Turus Angkatan Bersenjata Majlis Angkatan - 137


Tentera
5 Ketua Hakim Negara, Presiden Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 122
Mahkamah Rayuan dan Hakim-
hakim Besar Mahkamah Tinggi
Malaya/Sabah dan Sarawak

6 Ketua Polis Negara dan Timbalan Perdana Menteri Suruhanjaya Perkhidmatan 140(4
Ketua Polis Negara Polis

7 Hakim-hakim Mahkamah Perdana Menteri Majlis Raja-Raja 12


Persekutuan, Hakim-hakim
Mahkamah Rayuan dan Hakim-
LAIN-LAIN TUGAS
PENTING YANG DI-
PERTUAN AGONG

Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai


Kadet Tentera Udara diRaja Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong XI di Kolej Tentera Udara, TUDM Alor Setar, Kedah pada 29 Jun 1999
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi
Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang
berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa
untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-
kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan
yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini
diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.


(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan
hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh
Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu
Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman
mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan
undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana
berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang
persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau
mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-
Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh
sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa
itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah
dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar
Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh
menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud-
maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di
Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.

(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:

(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong,
ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-
undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);

(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor
sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang
ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).

(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah


mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih
daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam
Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya
sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh
melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli
Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan
tugasnya.

(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah
dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila
masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.

(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh
Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan
bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.

(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor


dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.

(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara


ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah
dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.

(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan
menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan
hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri
atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah
dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah
Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai
mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa
sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua Menteri
negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang
bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya.

(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika
kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:

(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki
dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak
perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong
yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu
di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya;

(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu
Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu
hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut
hendaklah terpakai:
(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan
Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai
oleh Menteri-Menteri Besar mereka;

(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini,
Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin
telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;
(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri
berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana
yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang
dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat
Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja
Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-
Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.

Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan


Sarawak

Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga
hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini
dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang


Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan


istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."

Sumber Penghormatan dan Kebesaran

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan
kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara
dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua
negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari
Keputeraan Baginda.
Fungsi diplomatik
Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di
luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan
di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.

Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang


di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara
Fungsi Kehakiman

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI disambut oleh


pegawai-pegawai kanan Mahkamah Tinggi di bangunan Sultan Abdul Samad
sempena Majlis Perasmian Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman.
Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak,
Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di
samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu
langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan
seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan
itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim
Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara
menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa


Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana
Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang
hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak
senonoh, atau ketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun
fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepas menerima representasi itu Yang di-
Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin
atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.

Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk
menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang
dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan
tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari
jawatannya.

Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda
untuk menerima ataupun menolak cadangan–cadangan tribunal dalam
menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatannya.

KEDUDUKAN PERJAWATAN HAKIM-HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN,


MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH TINGGI

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan - 1


Presiden Mahkamah Rayuan - 1
Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan - 2
Sarawak
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan - 7

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan

Presiden Mahkamah Rayuan - 1


Hakim-hakim Mahkamah Rayuan - 10

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaya - 47


Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak - 10 KUASA
BAGI MENGISYTIHARKAN DARURAT

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara
150 Perlembagaan Persekutuan bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku
seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan
atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan
suatu Perisytiharan Darurat.

Perkara 150 Perlembagaan menyatakan:

"150. Perisytiharan darurat.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang
sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam
dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya,
maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat
dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian.

(2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya
berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau
ketenteraaan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-
Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunya
kejadian yang mengancamkan itu.

(2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah
termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas
alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada
suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak
oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-
perisytiharan itu ada berkuatkuasa.

(2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali
apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas
hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya
mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan
apa-apa ordinan sebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah
dikehendaki oleh hal-hal keadaan.

(2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa
sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolah-
olah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan atau dimansuhkan di bawah Fasal
(3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong
untuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan
berhubungan dengan apa-apa perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-
undang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acara yang
dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi,
dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b)
hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih
dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh
kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak
menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan
itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu
Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan di
bawah Fasal (2b).

(4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan


adalah, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara
di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahan-
arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau
pihakberkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa,


Parlimen boleh, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, membuat
undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat
bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara
79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu
atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu, dan juga
tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan
mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau
persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan
mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa
sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat
sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk persetujuannya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang
diisytiharkan di bawah Perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta
Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang
menyatakan bahawa undang-undang itu adalah, pada pendapat Parlimen,
dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah
berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini.

(6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa
perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan
apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu
Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan
yang berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa
perkara itu atau berhubung dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti
berkuatkuasa, apa-apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-
apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat
mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini,
hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah
dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.

(8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini:

(a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b)
adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-
mana mahkamah atau apa-apa alasan; dan

(b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau
memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua
bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua
bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya
(i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam
Pengisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu;

(iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau

(iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu.

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai
bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun
bersama dan menjalankan urusan Majlis itu."

KETUA AGAMA ISLAM

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menghendaki Perlembagaan Negeri-negeri


Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri tersebut.
Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan serta di negeri asalnya. Baginda juga melantik jawatan
tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas
nasihat Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Sabah dan
Sarawak kuasa pelantikan ini telah diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 3 dalam Perlembagaan memperuntukan:

"3. Ugama bagi Persekutuan.

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua Ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat
mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga,
tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan
dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan
tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah
dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-
tiap orang Raja lain hendaklah atas sifat-sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam
membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya."

Fungsi Perundangan
(Perkara 44)
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII semasa merasmikan Sesi
Parlimen pada April 1999
Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

• Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;


• Memberhentikan dan membubarkan Parlimen;
• Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua
Majlis Parlimen bersama; dan
• Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator
untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan
Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh
orang senator lagi.

Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat
baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan
banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang
terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian,
kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti
orang asli juga dipilih.

"44. Keanggotaan Parlimen.

Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi


Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat".

"45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang
dipilih dan dilantik seperti berikut:

(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual
Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi
Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya
hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang
pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau
telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili
kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili
kepentingan orang asli.

(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu
tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen.

(3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada
dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan
atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya
Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli
sedemikian itu selama baki tempohnya.

(4) Parlimen boleh dengan undang-undang:

(a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga
tiga orang;

(b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri
dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

(c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang
dilantik".

Fungsi Eksekutif (Perkara


39)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin
menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat
Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13
Disember 2006.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia
Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan
Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan
Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain.

Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan


kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari
Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan
Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan
Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau
selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang
lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang di-
Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu
ialah:

• Melantik seorang Perdana Menteri;


• Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen;
• Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-
mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-
duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam
mesyuarat itu.

Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat


suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan
Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

"39. Kuasa pemerintah Persekutuan.

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan
tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan
peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah
Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi
Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada
orang-orang lain".

"40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah


undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut
nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah
kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh
Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya,
mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh
didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-


undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut
nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada
melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;

(c) meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang


semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa
tindakan dalam mesyuarat itu,

dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.
(3)
Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang
di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang
berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan
orang yang lain daripada Jemaah Menteri:

(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat


dalam mana-mana Perkara lain."

Kedudukan Seri Paduka


Baginda Dalam Senarai
Keutamaan Persekutuan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan
Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja
Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersemayam di atas Singgahsana pada
hari pertabalan.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia
Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan
Persekutuan yang kedua puluh. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula
berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2
P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70
kategori seperti berikut:

1. Yang di-Pertuan Agong.


2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada
Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri.
Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.)
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan
Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12. Yang Dipertua Negeri Dewan Negara.
13. Yang Dipertua Dewan Rakyat.
14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18. Peguam Negara.
19. Panglima Angkatan Tentera.
20. Ketua Polis Negara.
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22. Timbalan-Timbalan Menteri.
23. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan
Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang
Mutlak, Pemangku-Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25. Presiden Mahkamah Rayuan.
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.
30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III.
34. Bekas Peguarn Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua
Polis Negara.
35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan
Persekutuan.
36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39. Ketua Audit Negara.
40. Gebenor Bank Negara.
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
47. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
48. Profesor-Profesor Diraja.
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
Kehormat - 50A. Timbalan-Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat - 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51. Ahli-ahli Dewan Negara.
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis
yang setaraf dengannya.
54. Panglima Tentera Darat.
55. Panglima Tentera Laut.
56. Panglima Tentera Udara.
57. Timbalan Ketua Polis Negara.
58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59. Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat - 59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri
Menteri Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis
yang setaraf dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua
Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke
atas.
Kehormat - 61A Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu
63. Pegawai-pegawai Gred Utama'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan
Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat - 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.)
65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.)
67. Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-
Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang
setaraf dengannya.

70. Konsul-konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di


Malaysia.
Carian Perutusan Ucapan Ketua
Menteri Pengarah
rpanas:
Sejara Objekti Etika
Misi Visi
al JAKIM h f Kerja
adhari
Bahagian-
elabur Carta HA
Bahagian Di
ASB) Organisasi
dan JAKIM
ajaran Islam di negara ini.
ai JAKIM

AKIM h) Usaha untuk menyelesaikan


masalah ummah yang berkaitan
elanggan dengan isu-isu semasa.

AKIM
2. Menilai dan memberi
cadangan terhadap aktiviti Pengum
l keislaman yang dijalankan
n Sukatan
oleh agensi kerajaan dan swasta Peperik
rah Kiblat bagi memastikan tidak berlaku KPSL S
ak Falak antara Sukatan
Peperik
pertentangan antara kepentigan KPSL S
negara dengan kepentingan
Iklan
islam.
Pengam
3. Merancang aktiviti-aktiviti Pelajar B
untuk membantu pihak-pihak Program
berkuasa agama Diplom
Pengajia
islam negeri dalam bidang Islam D
dakwah islamiah. Dakwah
n Sijil
h Kemahi
IKMAS
IM OBJEKTIF Sarawak
2008
kidah Objektif program Pentadbiran Pengam
ANDUAN
Hal Ehwal Islam adalah seperti Pelajar B
berikut:- Program
ANDUAN Diplom
NAAN Untuk menentukan bahawa Tahfiz A
PUNGAN rancangan-rancangan Quran S
I pembangunan ummah 2008/20
AT Pelawaa
N dan perkembangan agama islam Sumban
di negara ini dilaksanakan Karya D
ANDUAN