SEJARAHASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA HINGGA AWAL ABAD KE ENAMBELAS (AEE 1102

)
SEMESTER 1 SESI 2012-2013 Soalan :Bincangkan dapatan berhubung temuan fosil/rangka dalam kontaks manusia awal di Asia Tenggara .
Nama No.Matrik Nama Pensyarah Masa Tutorial : MUHAMMAD TIRMIZI BIN MUSLIM. : AEY120029. : DR MOHD SUPIAN SABTU : Khamis 10.00-11.00 Pagi.

PENGENALAN

Perkembangan manusia pada masa kini telah mencapai ke suatu tahap kesempurnaan sama ada dari segi sifat fizikal manusia itu sendiri mahupun perkembangan peradaban yang tinggi. Melihat dari perkara tersebut, perbagai persoalan yang dapat ditimbulkan misalnya. Bilakah dan bagaimana manusia itu sendiri wujud dan berkembang khususnya di kawasan Asia Tenggara ini sehingga mencapai ke tahap pada mas kini. Oleh itu, bidang sejarah dan arkeologi merupakan kombinasi displin ilmu yang amat jelas dalam mengungkap persoalan tersebut. jika dilihat, bidang arkeologi ini adalah merupakan sebuah ilmu yang mengkaji tentang benda-benda lampau atau lama. Benda-benda lampau ini termasuklah kajian dari segi kebudayaan serta melibatkan aktiviti kaji purba terhadap element tertentu seperti penemuan artifak,fosil termasuk rangka-rangka tinggalan purba tersebut. 1 Melalui bidang arkeologi juga bukti-bukti mengenai kewujudan dan pradaban manusia awal dapat di temui melalui kajian arkeologi seperti eskavasi yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak kajian yang telah dikenal pasti terlebih dahulu, misalnnya, di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak penemuan fosil dan rangka seperti di sekitar Pulau Jawa, Kepulauan Flores, Lembah Lenggung di Perak, dan Gua Niah, Sarawak. Fosil dan rangka yang ditemuii di kawasan tersebut juga sebenarnya dapat memberikan petunjuk kepada ahli-ahli sejarah dan arkeologi tentang masa, sifat fizikal dan seterus corak kebudayaan manusia yang hidup pada zaman prasejarah dan khususnya di kawasan asia tenggara ini. Asia Tenggara yang merangkumi dua bahagian iaitu wilayah kebenuaan dan wilayah kepulauan telah

1

Mohd supian b sabtu ,Arkeologi dan Kesenian:Dalam Konteks Artifak dan Feature Di Semenanjung Malaysia.Malaysia Dari Segi Sejarah.

fosil. 2 3 http://prpm. 2 Mereka menyatakan prasejarah sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan.gov. Oleh itu. atau luar kawasan ini. dari dalam. rangka dan sebagainya yang didasari melalui displin-displin bidang arkeologi.menjadi kawasan tumpuan ahli arkeologi serta sejarahwan sama ada. 3 Selain itu. iaitu sebelum sejarah. Prasejarah bermaksud zaman yang tidak mempunyai sistem tulisan serta tiada perkembangan yang khusus. 4 Oleh yang demikian. kedua-dua tinggalan ini merupakan bhan tinggalan purba yang dapat menjelaskan kewujudan manusia pada zaman lampau. Heizer.aspx?k=fosi http://prpm. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mentarifkan fosil sebagai tinggalan sisa jasad sama ada manusia.my/Search.gov. artifak. penemuan disekitar kepulauan Jawa yang dilakuan oleh seorang rakyat belanda pada tahun 1890 telah menyingkap asal-usul perkembangan manusia yang dikatakan wujud sejak zaman prasejarah lagi di kawasan asia tenggara ini Jika kita kembali kepada konsep prasejarah yang sebenar.my/Search.dbp. dapat dijelaskan juga. Hal ini kerana. haiwan serta tumbuhan zaman purba atau prasejarah yang telah mengeras bersama batu dan tertanam di dalam lapisan perut bumi. Oleh yang demikian Berdasarkan Prehistoric Archeology: A Brief Introduction hasil karya Frank Hole dan Robert F.aspx?k=rangka+manusi . bahawa bukti-bukti prasejarah dapat diperolehi melalui kajian terhadap beberapa element tinggalan seperti. rangka pula merupakan struktur tulang yang dapat menentukan bentuk tubuh sama ada haiwan atupun manusia.dbp.

Brian.A Short History. Penyelidikan di kepulauan Jawa ini mengandungi beberapa tahap penyelidikan yang bermula dari tahun 1890 an oleh Eugene Dubois di Trinil.M/S 1-8 . Penyelidikan tahap pertama ini menemukan rangka yang dinamakan sebagai Pithercantropus Erectus. Di kepulauan ini juga beberapa kajian dan penemuan yang terawal telah dilakukan oleh beberapa ahli arkeologi dari eropah.London:MacMillan.Manakala kajian pada tahap ke tiga yang dilakukan oleh Koeningswald di Lembangan Sungai Solo pada tahun 1936 hingga 1941 pula menemukan rangka menusia yang digelar sebagai Homo Mojokertensis. Kajian pada tahap yang terakhir pula telah dilakukan pada tahun 1941 di tapak Sangiran dan manusia ini dinamakan sebagai Meganthropus paleojavanicus atau Java Man .Southeast Asia. Pada 1931 hingga 1934 pula.1966. kajian tahap kedua telah dilakukan oleh koeningswald dan Weidenreich di Sungai Bengawan Solo dan rangka yang ditemui ini dikenali sebagai Homo Soloensis. kepulauan jawa merupakan salah satu lokasi penting bagi perkembangan manusia purba kerana di kawasan tersebut banyak penemuan fosil dan rangka yang telah mengungkap sejarah atau rahsia kewujudan manusia pada zaman purba di kepulauan tersebut. Penemuan-penemuan tersebut merupakan bbukti bahawa di kepulauan tersebut telah wujud pelbagai spesies manusia pada zaman purba. Manusia Jawa Man ini dikatakan telah hidup lebih awal di kepuauan jawa dan merupakan manusia yang tertual di kepulauan tersebut 5 5 Harrison.PENEMUAN DI SEKITAR KEPULAUAN JAWA Di Indonesia.

. E. Hall. Dari penemuan tersebut. 1968. Jika dilhatt dari ciri-ciri biologi yang boleh diperhatikan daripada spesies manusia Pithecanthropus Erectus ini.Sejarah kewujudan manusia awal di kepulauan jawa ini terbuka luas apabila satu kajian yang dilakukan buat pertama kali telah dipelopori oleh pengkaji dari eropah iaitu Eugene Dubois dan seterusnya menemukan spesis manusia yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus atau manusia kera yang berjalan tegak.5. Macmillan. Hal ini kerana sifat fizikal 6 D. dapat dilihat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini merupakan salah satu spsies manusia yang mempunyai gambaran wajah seperti kera. G. p a d a t a h u n ya n g b e r i k u t n y a i a i t u 1 8 9 1 p u l a t e l a h d i t e m u k a n t u l a n g g e r a h a m d a n b a h a g i a n a t a s t e n g k o r a k a t a u t e m p u r u n g k e p a l a . 6 Kajian terhadap spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini telah dilakukan sekitar tahun 1890 hingga 1892 dan lokasi penemuan fosil ini adalah di Trinil iaitu sebuah desa di pinggir Bengawan Solo Jawa Timur. London. banyak perkara yang boleh dihujahkan dalam membuat analisis terhadap manusia purba ini. S e t e r u s n ya . hal. Hasil dari penemuan ini telah meletakkan E u g e n e D u b o i s s e b a g a i o r a n g ya n g p e r t a m a s e k a l i menentang teori manusia pertama berasal dari Eropah atau Afrika dan b e r a n g g a p a n m a n u s i a p e r t a m a b e r a d a d i k e p u l a u a n A s i a Te n g g a r a . Dubois bertambah yakin dengan ka jian yang dilakukan itu apabila pada tahun yang berikutnya. Pada peringkat awal kajiannya. melalui beberapa dapatan fosil serta rangka yang ditemukan oleh Dubois. Dubois telah menemukan bahagian dari tulang rahang yang ditemukan pada 1890. A History of South-East Asia. dubois telah mempercayai bahawa fosil dan rangka yang ditemukannya pada ketika itu adalah tinggalan daripada salah satu spesies manusia awal yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus. sekali lagi beliau telah menemukan tulang geraham dan peha kaki kiri yangtelah menyebabkan beliau membuat beberapa kesimpulan terhadap hasil dapatan yang dijumpai itu.

Spesis Pithecanthropus .bahagian wajah seperti tulang rahang yang kasar dan besar . Bukan itu sahaja. bahawa kebanyakan peningkatan dalam saiz otak adalah berhubung-kait secara perlahan-lahan dengan peningkatan dalam saiz tubuh badan sepsis manusia tersebut. ia dianggap munasabah walaupun bentuk keseluruhannya adalah kecil kerana purata komposisi otak meningkat semasa era revolusi Erectus. Selain itu. Dari segi kapasiti otak pula. tengkorak atau kapasiti otak Pithecanthropus Erectus ini adalah pada kadar 813-1059 cc atau juga pada kadar puratanya ialah 900 cc. bahagian dahi yang landai serta dagu yang tidak kelihatan turut memberi gambaran bahawa spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai pelipis yang menonjol kehadapan. Bukan itu sahaja tulang belakan Pithecanthropus Erectus ini yang berada di belakang kepalanya menunjukan bahawa manusia ini tidak mempunyai lehir dan kepalanya rapat dengan bahagian bahu. serta tulang kening yang menonjol mendekatkan ciri manusia ini kepada spesis manusia kera atau ape-man. fakta ini dikukuhkan lagi dengan pendapat yang dinyatakan oleh Bisborough pada tahun 1973. ini juga boleh menjadi suatu kebenaran kerana sepsis manusia sperti ini mungkin menjalankan kegiatan memburu binatang untuk dijadikan makanan. malah gigi yang kasar dan besar menjadi suat alat pengunyah yang sesuai kerana dipercaya binatang yang diburu tidak dimasak terlebih dahulu. Penemuan peha kiri dari spesies Pithecanthropus Erectus ini juga merupakan salah satu bukti bahawa manusia spesies Pithecanthropus Erectus ini mampu berjalan tegak dan lurus seperti manusia biasa pada hari ini. di suatu sudut yang lain. Malah ketinggian yang dimiliki oleh Pithecanthropus Erectus iaitu sekitar 165 hingga 170 cm mampu menampung serta memberi keseimbangan kepada manusia ini untuk berjalan tegak dan lurus. Makanan yang tidak dimasak jelas memberi satu gambaran bahwa manusia Pithecanthropus Erectus ini tidak pandai menggunakan api dalam kehidupan sehirian. Wolpoff berpendapat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai gigi yang kasat serta tajam.

Erectus ini torgolong hidup di dalam Zaman pleistosen tengah atau juga dikenali sebagai lapisan Trinil malah merupakan satu zaman yang telah dibuat oleh Von Koenigswald untuk mengklasifikasikan semua manusia awal yang telah hidup di bumi kepulauan jawa . New York. rongga mata dan akar hidung yang tebal. Mmelalui penyelidikan tersebut. (2000). B u k a n i t u s a h a j a K e t i n g g i a n n ya Peter Bellwood. terdapat juga temuan tengkorak kecil seorang wanita yang mempunyair a h a n g a t a s d a n b a w a h . hal. 1979. satu penyelidikan telah dilakukan oleh Von Koeningswald dan Weidenreich di kawasan berhampiran Sungai Bengawan Solo. 7 . erdapat tonjolan yang tebal dibahagian kening dan dengan dahiyang landai kebelakang. melalui dapatan yang telah ditemui dapat menjelaskan beberapa ciri-ciri manusia Homo Soloensis ini antaranya ialah. Walau apa pun istilah yang digunakan bagi mengungkap atau menjelaskan Sepsis manusia ini. Di sebalik itu juga. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. dan juga Pithecanthropus Soloensis 8. Oxford University Press.42. Homo Sapiens Soloensis. Von Koeningswald dan Weidenreich telah menjumpai beberapa dapatan seperti dua tulang kaki dan juga sebelas rangka manusia yang tidak lemgkap. 7 Di sekitar tahun 1931 hingga 1934. Man’s conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia. spesis ini juga dikatakan berasal dari benua afrika dan berhijrah ke Asia Tenggara. Jakarta. ternyata jelas bahawa Manusia Kera dari Solo ini sememangnya mempunyai ciri-ciri yang melewati spesies manusia Pithecanthropus Erectus dan ciri-ciri tersebut adalh mendekati ciri manusia moden. Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Bukan itu sahaja turut ditemukan tulang rahang dan gigi yang tidak begitu jelas kerana telah mengalami kereputan Hasil dapatan yang telah ditemui ini telah membawa kepada penemuan spsies manusia yang digelar oleh pelbagai penulis sebagai Homo Erectus Soloensis. Hlm 59 & 60 8 Bellwood Peter.

S pesi es Homo Sol oensis i ni dikatakan telah mencapai thap manusia moden. Gramidia PustakaUtama (Karya asal diterbitkan 1985). Jawa Timur. 2000. hlm 119. Hlm 67-75. 9 . (2000). Homo Wajakensis merupakan salah satu spesies manusia yang telah ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889di daerah Wajak. hal ini dapat dilihat dari k o m p o s i s i o t a k m a n u s i a H o m o S o l e n s i s i n i ya n g b e r j u m l a h s e k i t a r 1 0 0 0 h i n g g a 1 3 0 0 c c ya n g s a m a d e n g a n m a n u s i a m o d e n . Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Tulung agung.9 10 Peter Bellwood. 10 Sebenarnya. Manusia jenis ini juga Peter Bellwood. melihat dari segi kapasiti atau volume otak manusia ini.Malaysia. 9 Manusia Homo Soloensis ini juga hidup dalam Zaman Pleistosen atas atau lapisan Ngandung dan turut dikatagorikan sebagai Homo Sapiens yang sama dengan sepsis manusia Homo Wajakensis. Spesis manusia Homo Wajakensis ini dianggarkan berumur lebih kurang 10 000 tahun dan Manusia jenis ini juga dipercayai merupakan campuran daripada Austroloid dan jugasebagai moyang Melayu Proto dan Austromelanasians.W Kamil. Jakarta.Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia.kajian terhadap Tengkorak yang kedua pula mendapati bahawa saiznya lebih kecil dan struktur tulang kurang tebal. Oleh yang demikian Eugene Dubois telah meggelar fosil tengkorak tersebut sebagai Homo Sapiens Wajakensis.terjemahan). Tempurung kepalanya hanya dapat menampung sebanyak 1650 cc. Terdapat dua penemuan tengkorak.( T. jelas berlaku perkembangan jika dibandingan dengan manusia sebelumnya. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene Dubois untuk diteliti dan membuatkajian yang terperinci. Jakarta.pula dianggarkan 165cm dan ini hampir sama dengan ketinggian spesis m anusi a yang dit em ui l ebih awal s ebel um ini.Prasejarah Kepulaun Indo. Selain itu. Tengkorak yang pertama mempunyai panjang 200 mm dan tempurung kepala boleh menampung sebanyak1530 cc Struktur tulang juga kukuh iaitu berdasarkan ketebalan 10 mm.

2000. Teori kewujudan manusia homo sapiens di Asia Tenggara adalah berasal daripada teori Charles Darwin (18081882) bukan itu sahaja..man) atau terevolusi dari kera yang sebenarnya dengan manusia yang sebenar. Pandangan ini boleh dijadikan rujukan namun ianya tidak boleh dijadikan sandaran yang kukuh untuk mengatakan bahawa manusia berevolusi atau berasal dari kera Bukan itu sahaja.Shah Alam. ketinggian manusia Homo Wajakensis ini diperoleh memalui pemerhatian terhadap saiz tengkorak manusia tersebut. Jakarta. hlm 11.(T. Jika dilihat. 11 Ini kerana kebanyakan spesies yang ditemukan di Kepulauan Jawa adalah mendekati ciri-ciri kera. 13 Peter Bellwood. dapat dilihat juga dari pendapat yang di lontarkan oleh Charles Darwin iatu Manusia telah berevoulusi dari sepsis Rumapithecus (20 hingga 8 juta tahun dahulu) kepada AustralopithecusAtricanus (4 juta tahun dahulu) dan berkembang sehingga muncul spesies manusia Homo sapiens-sapiens yang ada pada hari ini 12 Manusia Homo sapiensmerupakan manusia yang hidup pada zaman prasejarah iaitu di antara zaman paleolitik pertengahan hingga pada awal zaman neolitik dan mula berkembang pada sekitar tahun 70 000 tahun dahulu 13 dan tergolong dalam zaman Holosoen Abdul Rahman Haji Abdulllah.dikatakan mempunyai ketinggian 130 cm-210 cm.terjemahan). selain itu manusia Homo Wajakensis ini turut tergolong di dalam katagori manusia Homo Sapiens. hlm 9 12 sIbid. Gramedia PustakaUtama (Karya asal diterbitkan 1985). Beliau telah menyatakan di dalam bukunya The Origin Of Species (1859) dan The Descent Of Man (1871) bahawa manusia berasal dari binatang atau lebih tepat berasal dari jenis manusia-kera (ape. KarismaPublications. Dari segi berat badan mereka pula ialah sekitar 30 kg hingga 150 kg.W Kamil.Prasejarah Kepulaun Indo. 11 .2006.Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional .Malaysia . hlm 99.

fosil yang ditemukan ini mempunyai sebuah tulang rahang tetapi tulang rahangnya adalah besar. Von koeningswald telah melakukan kajian di kawasan Perning.Jawa Timur. Fosil yang ditemui itu juga hanya mempunyai tiga buah gigi geraham yang masih lagi melekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Spisis manusia ini juga memiliki muka yang menonjol ke hadapan serta mempunyai kening yang tebal dan tulang pipi yang kuat. Pithecanthropus Robustus dan juga Meganthropus Paleojavanicus. Selain itu juga.Mojokerta. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigigeraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil. Semua penyelidikan diperingkat ini dipelopori oleh Von koeningswald dan antara beberapa spesies manusia yang telah ditemukan dalam penyelidikan beliau ini termasuklah Pithecanthropus Modjokertensis. serpihan tulang dan tulang rahang. Selain itu. Pada tahun 1936. Hasil dari kajian tersebut telah membawa kepada penemuan tengkorak kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Hal ini kerana.Penyelidikan yang dilakukan sekitar tahun 1936 hingga ke 1941 di kepulauan jawa telah membawa kepada beberapa penemuan dapatan yang seterusnya membawa kepada penemuan beberapa spesies manusia purba di sekitar kawasan kepulauan tersebut. Bukan itu sahaja. Sepsis manusia yang ditemui ini digelar Pithecanthropus . Manusia jenis ini dikatakan tidak mempunyai susunan gigi yang lengkap. Fosil kanakkanak yang telah ditemui tersebut menunjukan bahawa kanak-kanak tersebut dianggarkan telah berusia sekitar 6 tahun yang mempunyai komposisi otak sekitar 650cc dan dikatakan juga ianya boleh mencapai 1000cc apabila kanak-kanak tersebutmenjadi dewasa. kesemua spisis manusia yang telah ditemukan tersebut merupakan antara manusia purba yang sudah lama menetap di kepulauan jawa ini dan tergolong di dalam zaman Pleistosen bawah atau jetis.

Pithecanthropus Robustus atau lebih mudah dengan nama manusia kerayang besar dan kuat tubuhnya merupakan salah satu sepsis manusia purba yang berbadan besar. 14 . ternyata jelas kerana cirri-ciri yang ada pada fosil yang ditemui tersebut menunjukkan tengkoraknya yang besar. fosil yang ditemukan ini merupakan antara fosil kedua tertua di kepulauan jawa. Jakarta. Hal ini kerana. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. (2000).Modjokertensis semperna dengan nama kawasan dimana fosil tersebut ditemukan. pada tahun tersebut satu lagi penemuan spisis manusia prasejarah telah ditemukan di Sangiran. spisis Pithecanthropus Robustus ini juga memiliki rahang dan tulang gigi yang besar.Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Pithecanthropus Robustus ini juga tidak mempunyai dagu dan mempunyai muka yang menonjol kehadapan serta dikatakanmemiliki komposisi otak sebanyak 900cc 14. hal ini kerana. melihat dari fosil yang ditemui. ciri-ciri fizikal spisis manusia ini adalah bersifat premitif kerana memilikikening yang menonjol. Bukan itu sahaja. bahagian Jawa Timur. Hlm 63-65. Bukti kewujudan spisis Pithecanthropus Robustus di kepulauan jawa ini ditemui pada tahun 1939 oleh Von Koenigswald di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Saiz gigi yang besar pula jelas menunjukan bahawa spisis manusia ini mengambil makanan yang kasar. Fosil yang ditemukan oleh Von Koenigswald ini dikenali sebagai Meganthropus Paleojavanicus atau dengan kata lain “manusia raksasa Jawa” kerana tubuhnya dikatakan besar dan ianya ditemui di Peter Bellwood. 1941 merupakan salah satu tahun yang amat penting dalam kontaks sejarah perkembangan manusia awal di kepulauan jawa.tulang pipi yang kasar. Selain itu. lebar dan manakala atas tengkoraknyalebih sempit. Selain itu.

Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Jakarta. Ape yang penting kesemua fosil yang ditemukan tersebut adalah tergolong di dalam satu sepsis manusia yang sama Kebanyakan spesies manusia prasejarah yang ditemukan di Kepulau Jawa dipercayai hidup pada zaman pleistosen.000 tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan jetis) sekitar 1. Sebenarnya. 15 . Fosil-fosil tersebut adalah seperti Meganthropus A/ Sangiran 6. Antara ciri yang lain ialah mempunyai kening yang menonjol.Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia.Jawa. (2000). penemuan fosil bagi Meganthropus Paleojavanicus adalah lebih dari satu penemuan. 15 Ketiga-tiga lapisan pleistosen ini merupakan ciri-ciri geologi bagi spisis manusia yang hidup pada zaman lampau di kawasan Kepulauan Jawa ini. zaman pleistosen ini digambarkan dengan ciri-ciri geografi yang tersendiri serta berbeza dengan apa yang dapat Peter Bellwood. Hlm 23-24. Selain itu.00 hingga 125.000 hingga 10. Antara fosil yang ditemui ialah rahang bahagian bawah yang lebih kasar daripada rahang Pithecanthropus. pleistosen tengah (lapisan Trinil) sekitar 700. Ini dilihat melalui dari pendapat yang telah diberikan oleh Von Koeningswald yang telah membagikan zaman penemuan manusia awal di kepulauan jawa ini kepada tiga peringkat zaman iaitu zaman pleistosen Atas atau (lapisan Ngandong) yang dianggar 25. jelaslah bahawa sepsis manusia ini adalah yang mendahului dari spisis-spisis lain yang hidup di bumi kepulauan jawa ini. Daripada ciri-ciri yang ada pada spisis manusia Meganthropus Paleojavanicus atau Java Man. mempunyai rangka badan yang lebih besar. tulang pipi yang tebal dan rahang yang besar dan kuat.00 tahun lalu.000 tahun lalu. Meganthropus C/ Sangiran 33/BK 7905 dan juga beberapa fosil Meganthropus yang lain. Rahangnya adalah menyerupai bentuk kera. Manusia jenis ini hidup di Jawa sekitar 2-1 juta tahun yang lampau dan adalah manusia purba yang paling awal sekali yang hidup dan menetap dikepulauan Jawa ini.6 juta hingga 700. Meganthropus B/ Sangiran.

000 tahun yang lalu dan bermulalah satu zaman baru yang digelar zaman Holosoen yang mempunyai kesinambungan dengan apa yang terbentuk pada hari ini. Kajian terhadap spisis manusia Flores ini adalah bermula pada tahun 1950 hingga 1960 an di Tapak Gua Liang Bua Kepulauan Flores. Bukan itu sahaja. PENEMUAN DI KEPULAUAN FLORES Manusia Flores merupakan salah satu sepsis manusia purba yang di temukan di sekitar kawasan Asia Tenggara..nationalgeographic. kawasan sekitar kepulauan asia tenggara bercamtum akibat struktur air batu yang mengeras.diperhatikan pada ketika ini.nationalgeographicom/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2.ht http://news. manusia Flores ini telah hidup kira-kira 95 ribu hingga 13 ribu tahun lalu. Bukan itu sahaja. kajian yang dilakukan oleh Verhoeven pada tahun 1954 telah membawa kepada penemuan fosil manusia pendek yang digelar sebagai Protonegrito Florensisdi. 17 Kajian pada peringkat awal telah dilakuan oleh Theondor Vertheeven dan menemui tanda-tanda kewujudan manusia awal di kepulauan flores ini melalui artifak batu yang ditemui berhampiran dengan fosil gajah yang dianggarkan berusia 750 000 tahun dahulu.html . 16 Manusia ini dikatakan telah hidup di kepuulauan tersebut sejak dahulu lagi dan mengikut kajian yang dilakukan oleh Mike Morwood. yang dijumpai di kawasan Liang Toge sekitar 30 km dari Liang Bua. iklim pada zaman tersebut dikatakan sejuk dan berbeza dengan iklim pada masa kini. Kajian oleh peter Brown pada 2003 telah 16 16 http://news.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2. Zaman tersebut dikatakan adalah suatu zaman dimana. Ini memberi satu pentanda bahawa sepsis yang hidup pada zaman tersebut seperti Meganthropus Paleojavanicus atupun spisis manusia yang lain mampu bergerak bebas. Zaman pleistosen ini berakhir kira-kira 10. Selain itu.

saiz mereka yang kerdil ini amat berkait rapat dengan masalah sumber protin atau kalori yang amat kekeurangan dan terhad . manusia flores ini mengamalkan aktiviti berburu untuk mendapatkan sumber makanan disamping turut menjalankan kegiatan mencari makanan di laut dan di sungai-sungai yang berdekatan. Manusia flores ini hidup secara berkelompok serta sudah mempunyai petempatan yang tetap seperti tinggal di dalam gua-gua.Manusia Flores ini juga dikatakan mempunyai kapasiti otak yang lebih rendah berbanding dengan Chipanzee dan Pada tahap awal ia dianggap sebagai rangka manusia moden yang matinya disebabkan olen penyakit microcephaly atau penyakit saraf dimana otak mereka akan mengecut manakala badan pula mengecil.tulang kering yang menonjol keluar serta tebal dan mempunyai geraham yang sama dengan manusia Homo Erectus. Hal ini 18 http://www.com/essays/archaeology/hom-floresiensis.Walau bagaimanapun.menemukan rangka seorang wanita yang berusia sekitar 18 000 tahun lalu dan dikenali sebagai Manusia Hobbit.kekurang kalori dan proten ini tidak terhad kepada manusia sahaja.hal ini kerana hidupan yang tinggal di kepulauan tersebut seperti gajahdikatakan sebesar kerbau sahaja . saiz tubuh yang kecil dan kerdil ini disebabkan oleh faktor geografi serta proses alam. Walaubagaimanapun .php . Selain itu manusia ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berdahi landai.Bagi memenuhi keperluan hidup mereka .ukessays. Manusia Flores ini dikatakan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti ketinggian hanya sekitar 3 kaki atau bersamaan dengan 1 meter sahaja dan digelar sebagai manusia kerdil. 18 Oleh yang demikian . Manusia Homo Floresiensis ini sebenarnya sudah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun mereka ini merupakan manusia yang bersifat fizikal kerdil. saiz fizikal manusia flores yang kerdil adalah disebabkanbeberapa factor dan antaranya ialah keadaan geografi.

penemuan manusia spesies Homo Floresiensis ini meberi sumbangan yang begitu besar kepada penyeledikan dalam konteks manusia awal di Asia Tenggara.dibukti dari peralatan yang diperbuat dari batu seperti mata tombak yang dikat dengan kayu telah memberi petanda bahawa manusia flores ini menggunakan suatu peralatan dalam mendapat sumber makanan.ht http://news. namun berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi dari beberapa kajian dan penyelidikan sebelum ini jelas lebih menyokong bahawa manusia Flores ini adalah ras manusia moden iaitu hasil hijrah Homo Sapien dan bukannya merupakan spesies yang baru. walaupun asal usul manusia Flores ini masih belum dikenalpasti dengan jelas sama ada mereka adalah spesies tersendiri atau terpisah daripada manusia moden.ht .com/anomalies_pygmies.nationalgeographic. Namun per alatan yang dapat dihasilkan adalah lebih baik dari spesies manusia yang ditemukan di kepulauan jawa sebelum ini. 20 19 19 http://nephiliman. 19 Walaupun tidak semua ciri-ciri mereka lebih kepada manusia moden tetapi beberapa perilaku mereka sungguh mirip kepada manusia moden dan disebabkan itu mereka dikatakan sebagai manusia zaman awal yang agak unik dan berbeza dari spesies yang ditemukan di Kepulauan jawa sebelum ini. Bukan itu sahaja. Di suatu sudut yang lain peralatan yang dihasil oleh manusia flores ini menunjukan bahawawalaupun kapasiti otak manusia tersebut yang rendah.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2. Ciri-ciri unik yang terdapat pada spesies menusia Homo Floresiensis ini telah menjadikan kawasan Asia Tenggara ini sebagai kawasan yang mempunyai variasi dalam spesies manusia awal.

Pulau Pinang. kawasan Lembah Lenggong yang merupakan kawasan penemuan rangka Perak Man telah diumumkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada bulan jun tahun ini. Penemuan tersebut telah memberi kesan terhadap pensejejarahan terhadap zaman prasejarah di Malaysia Khus dan di asia tenggara amnya.com. Penyelidikan terhadap kewujudan kehidupan manusia prasejarah di semenanjung Malaysia ini telah dimulakan pada tahun 1987 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi. 22 Oleh yang demikian. Bukan itu sahaja. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa.my/utusan/Dalam_Negeri/20120702/dn_11/Lemba-Lenggong-kini-Tapak-WarisanDunia 21 . spesies manusia Perak Man ini boleh memberikan gambaran terhadap kewujudan manusia prasejarah di sekitar Semenanjung Malaysia. 21 Melalui beberapa penyelidikan yang telah dilakukan telah membawa kepada penemuan suatu spesies manusia yang digelar sebagai Manusia Perak (Perak Man). Hlm 1 22 http://www. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia.PENEMUAN MANUSIA DI SEMANANJUNG MALAYSIA Semenanjung Malaysia merupakan salah satu lokasi di Asia Tenggara ini yang memeliki banyak bukti kewujudan manusia prasejarah yang diperolehi melalui beberapa siri kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi tempatan. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Universiti Sains Malaysia. Mokhtar Saidin.utusan.

700 cengkerang siput yang terdiri dari siput sungai setebal 38. Manusia perak memiliki ketinggian sekitar 154 cm sahaja. negeri Perak. Hlm 18 23 . Pnemuan tersebut adalah hasil exskavasi yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi. 24 Manusia Perak dikatakan dikebumikan dengan penuh adat-istidat pengebumian paleolitik.000 tahun dan dipercayai hidup selama 45 tahun dan mati disebabkan sakit tua. Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Musium Negara. Selain itu. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. seterusnya lubang kubur manusia perak ini dilapik dengan 3. selain itu. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Melihat dari keadaan ini dapat disimpulkan bahawa manusia ini adalah istimewa dari sudut fizikal dan bukan itu sahaja. lembah lenggong. manusia perak ini yang mati ketika berusia 45 tahun telah memberi gambaran bahawa manusia Perak ini dihormati serta mansyarakat pada ketika itu menjaganya dengan baik. Manusia perak ini ditanam adalah dalam keadaan berlipat (flexed burial) dan dikebumikan bersama dengan 12 alat batu. Penyakit yang dihadapi oleh manusia perak ini menyebabkan manusia tersebut berjalan dalam keadaan berdengkut-dengkut. Hal ini dapat dilihat dari cara manusia ini dikebumikan dimana lubang kubu digali sedalam 80-100cm. Mokhtar Saidin. Pulau Pinang. Rangka yang ditemuakan adalah 90% lemgkap dan merupakan rangka manusia paleolitik yang terlengkap yang pernah ditemukan di Asia Tenggara. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa.Penemuan Manusia Perak (Perak Man) ditemukan pada tahun 1991 di Gua Gunung Runtuh. Hlm 17 24 Mokhtar Saidin. manusia perak ini dikesan menghidapi pennyakit genetik Branchimesophlangia iaitu bahagian badan sebelah kiri lebih pendek dari bahagian sebelah kanan.48 cm. 23 Manusia perak ini dikatakan hidup sekitar 10. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Melalui penemuan tersebut telah ditemuakan rangka manusia paleolatik yang dikebumikan dalam suatu upacara kebumian yang penuh dengan spiritual.

Hlm 16 26 Mokhtar Saidin. harimau bintang. memburu binatang dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa manusia perak menjadi rujukan kepada masyarikatnya dan pemergiannya amat diratapi serta dihormati oleh semua masyarakatnya. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. 25 upacara pengebumian manusia perak ini memperlihatkan bahawa manusia atau masyarakat pada ketika itu mempercayai kehidupan selepas mati. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 19 25 . Hal ini dapat diperhatikan melalui barang-barang yang ditanam bersama manusia tersebut menjelaskan bahawa manusia perak itu mungkin mahir dalam mencari kawasan buruan. kura-kura dansebagainya. 26 Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pulau Pinang. biawak. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa.makanan dalam bentuk siput sedut dan 9 spesies binatang seperti khinzir. Dari suatu sudut yang lain pula dapat dilihat bahawa manusia perak tersebut memiliki status social yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya.

manusia Flores juga telah menjadikan penyelidikan terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini lebih dinamik. penemuan manusia perak di semenanjung Malaysia telah membuktikan bahawa Malaysia juga kaya dengan khazanah purba dan mempunyai kepentingan dalam perkembangan sejarah dunia. Homo Soloensis dan Homo Wadjakensis yang ditemukan di Kepulauan Jawa jelas menunjukkan bahawa manusia telah wujud berjuta-juta tahun dahulu dan hidup pada ketiga-tiga zaman Pleistosin. Meganthropus Paleojavanicus. Fosil-fosil manusia awal seperti Pithecanthropus Erectus. kepulauan Flores dan di semenanjung Malaysia memberi kesan terhadap perkembangan manusia prasejarah di Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya.KESIMPULAN Penemuan pelbagai spesies manusia sama ada di kawasan Kepulauan Jawa. Selain itu juga. Bukan itu sahaja. . yang seterusnya dapat dijadikan gambaran Penemuan terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini.

Nicholas Tarling(edited).The Cambridge history of Southeast Asia volume 1. Charles Higham. Sydney. http://www. Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. 2. Penerbitan University Sains Malaysia Press. The Archeology of Mainland Southeast Cambridge. 7. (1962). On The Track of Unknown Animals. Mokhtar Saidin. London: Rupert Hart Davis.com/anomalies_pygmies. Man’s conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia.dbp.BIBLIOGRAFI 1. Academic Press. New York.my/Search. Bernard Heuvelmans.ukessays. 1989 3.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Cambridge University Press 1992 10. Peter. 9.com/essays/archaeology/homo-floresiensis. Oxford University Press.com/cryptozoo-news/floresiensis-replica/ 8. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. 1985. Bellwood.htm. http://nephiliman.nationalgeographic. 1979.cryptomundo. 5. . http://www. http://news. Bellwood Peter. Cambridge University Press.aspx?k=fosil 11. Pulau Pinang.php. http://prpm. 4.gov.html 6. 1989.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful