You are on page 1of 26

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 UKP 6013

(ASAS KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

Pensyarah Assignment

: Prof. Dr. Othman Lebar : PROPOSAL PENYELIDIKAN

TAJUK:

KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI KEMAMAN, TERENGGANU DARI ASPEK PERSONALITI

Nama Pelajar No Matrik Pelajar Kod Program Pendidikan) Fakulti

: Komalah A/P Purusothman : M20101000079 & Program : MT 11- Sarjana Pendidikan (Pengurusan : Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi

KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI KEMAMAN, TERENGGANU DARI ASPEK PERSONALITI KOMALAH PURUSOTHMAN M20101000079

ABSTRAK Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru sekolah menengah di Kemaman, Terengganu. Untuk menjayakan kajian ini, 300 guru sekolah menengah daripada empat buah sekolah menengah di kawasan ini yang dipilih secara “convinence sampling” akan dijadikan sebagai responden oleh penyelidik.Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data yang akan diperolehi akan di analisis menggunakan perisian komputer “Statistical Packages for Social Science” (SPSS 15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan peratusan). Dapatan kajian akan menunjukkan bahawa guru sekolah menengah mengalami tahap stres yang tinggi dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stress dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar mempengaruhi tahap stres guru.

7 1.0 2.8.8.2 Pengenalan 8 Kajian-kajian Faktor & Tahap Stres 8-12 Teori Personaliti 13 .1 1.1 1.5 1.3 1.8.6 1.5 1.4 1.KANDUNGAN BAB I PERKARA PENDAHULUAN 1.1 2.9 Pengenalan Latar Belakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Batasan Kajian Kepentingan Kajian Definisi Istilah Guru-guru Stres Punca Stres Personaliti Demografi Penutup 6 6 7 7 7 7 1 1-4 4 5 5 5 5 6 MUKA SURAT II SOROTAN KAJIAN 2.3 1.4 1.8.2 1.8.0 1.2 1.8 1.

5 Penganalisaan Data 3.2 Personalti Introvert 2.3 Pembentukan Instrumen Kajian 3.2.2.2.0 Pengenalan 15 16 16 16 17 3.2.2.4 Insturmen Kajian 3.1 Personalti Ekstrovert 2.2 Populasi dan Sampel Kajian 3.3 2.1 Teori Personaliti Carl Jung 13 13 13 13-14 14-15 15 2.4.3 Personalti Ambivert 2.1 Reka Bentuk Kajian 3.4.6 Penutup 19 19 Bibliografi .Ujian Tahap Stres 3.1 Bahagian A .4.4 Kajian Tentang Personaliti Penutup III METODOLOGI KAJIAN 3.3 Bahagian C 17 17 .1.Maklumat Peribadi /Demografi 3.1.2 Bahagian B .Ujian Stres dari Aspek Personaliti 17-19 3.1.

Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit. didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurangkurangnya dua kali seminggu. Era globalisasi dalam multimedia. Tetapi jika dilihat dari satu aspek lagi.Justeru . Amerika. manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh ‘Institute Of Stress’ di New York. sakit jantung. Ini boleh berlaku ke atas manusia jika berterusan. setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres. 1.0 Pengenalan Seorang ahli psikologi terkenal. Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan. lebih berat dan semakin terbeban. Walter Cannon (1920). Situasi ini secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar.BAB I PENDAHULUAN 1. Kebanyakan dari kita hanya mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja.1 Latar Belakang Masalah Peranan guru amat penting kerana mereka mempunyai tugasan utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. dan stork akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut.Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend semasa. telah memberikan maksud yang baru mengenai stress dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. sebenarnya stres juga mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih kini. Hans Selye (1963). Cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu. menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri sama ada secara rela atau tidak dalam bidang pendidikan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan dari masa ke semasa. menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari (fight or flight). seterusnya penyakit yang dihidapi seperti tekanan darah tinggi. Ini termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko penyakit mental.

Personaliti adalah sesuatu yang kompleks dan boleh beubah-ubah mengikut peredaran masa. Ini menunjukkan bahawa setiap insan mempunyai personaliti yang tersendiri. Bahkan selagi manusia bernyawa. “Kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang khidmat kepada masyarakat”.C. kebimbangan. stres warga pendidik boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. stres adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil (Shepherd P. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Subash Kumar berkata. Setiap insan diciptakan oleh Tuhan ada keistimewaannya yang tersendiri. "Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diberi perhatian. dalam Yong. tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang benar-benar menyamai antara satu sama lain khasnya tingkahlaku. Menurut Anthony Yeo (1985). berpendapat stress adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan individu. tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja sebagai seorang guru (Kyriacou & Sutcliffe. malahan ianya juga boleh ditentukan oleh pengaruh luaran dan dalaman. Kementerian Kesihatan Malaysia). Remaja dan Dewasa.itu. lebih menyedihkan apabila ibu bapa tidak mengambil peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini. 1978). kesihatan mental didefinisikan sebagai kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain. emosi negatif seperti marah. menyerang warga pendidik. (Kempen Cara Hidup Sihat. kesan positif atau negatif bergantung kepada reaksi individu. 1987). Hussin (1996. stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap kesihatan mental khasnya. Selain itu. Malahan keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang dilahirkan dengan ciri yang sama. Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh menjejaskan seluruh badan dan minda”. Justeru itu. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak boleh mengalami stres. . yang dipetik daripada Utusan Online oleh Tajaiyah Ihsan:Dr. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kamarudin Hj. setiap daripada kita pasti pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian. Di dalam artikel yang bertajuk Tekanan melawan: Pakar Psikitri Kanak-kanak. 1998).

faktor stres turut menyumbang kepada suasana kerja yang kurang memuaskan di ikuti dengan tiada kepuasan bekerja dan keinginan untuk meninggalkan kerjaya guru semakin meningkat. bimbang mengalami kekecewaan.2 Penyataan Masalah Apakah faktor utama yang menjadikan guru stres (lebihan kerja. media massa. Ia merupakan satu cara bagi setiap individu khususnya guru untuk mengekalkan daya kerja disamping mengawal emosi melalui trait personaliti yang mereka miliki. kepimpinan. 1. dalam Yong. tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan). Sebenarnya trait personaliti juga turut mempengaruhi seseorang itu terdedah kepada stres yang kritikal atau sukar diatasi. bercita-cita tinggi dan berdaya saing dan jenis B iaitu bagi individu yang penyabar. fisiologi (penyakit seperti sakit kepala dan darah tinggi) dan sikap sering diberi perhatian. 1998). budaya dan perbezaan kaum. guru-guru. Secara umumnya personaliti individu boleh diukur dan dikategorikan kepada 11 aspek utama. prihatin. Manakala faktor luaran yang mempengaruhi personaliti pula termasuklah pengaruh ibu bapa dan keluarga. pengalaman hidup. Seterusnya. Akibatnya. Biasanya suasana kerja.Kajian ini akan menyelidik sejauh mana personaliti individu mempengaruhi stres dan jenis personaliti .Menurut Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996. analitikal. jati diri. kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit. proses pertumbuhan dan kematangan. Personaliti memainkan peranan penting bagi seseorang dalam menangani stres. integriti. keterbukaan. pengaruh endokrin. sifat suka mengelak. tahap kehadiran yang kurang memuaskan dan prestasi kerjanya juga merosot. bertenaga. hubungan interpersonal. intelektual. personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor persekitaran. dalam Nooraini. dan ketidakselarasan. Habibah dan Noran (1997. guru menjadi agresif. pencapaian. kritik diri. 2002) melaporkan bahawa personaliti seseorang bergantung kepada interaksi terhadap beberapa faktor termasuklah faktor baka dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi cara didikan keluarga seperti ibu bapa. sederhana dan kurang daya saing. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi personaliti seperti baka dan keturunan. fisiologi dan biokimia. Namun aspek ini hanya akan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu jenis A meliputi individu yang agresif. dan persekitaran kerja) dan faktor yang paling dominan mempengaruhi tahap stres yang tinggi. aspek-aspek fizikal. iaitu asertif. faktor sosial dan budaya.

hubungan interpersonal dan masalah pelajar. hubungan interpersonal dan masalah pelajar) di kalangan guru sekolah menengah. ko-kurikulum termasuklah organisasi dan persatuan. Persoalan yang sering timbul. bercita-cita tinggi.yang bagaimana menyebabkan seseorang individu itu mudah terdedah kepada stres. kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor. Masalah yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah faktor stres iaitu lebihan kerja.3.Tiga punca stres itu ialah bebanan kerja.1 Mengenalpasti tahap stres (lebihan kerja. Melalui pembacaan pengkaji. sederhana. Oleh itu.3. bertenaga.3 Objektif Kajian Secara keseluruhannya. bertenaga. hubungan interpersonal dan masalah pelajar yang dikenalpasti daripada kajian yang lalu. Tambahan pula. 1. Apakah faktor ini masih menjadi punca utama yang menyebabkan guru stress sama ada lebihan kerja. Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah stres yang dialami oleh para guru dari aspek personaliti. Ini ditambah lagi dengan latarbelakang pelajarnya yang tinggal di asrama yayasan. bilangan guru yang tidak mencukupi berbanding dengan nisbah pelajar di dalam sebuah kelas. punca stres berkait rapat dengan masalah rumahtangga dan juga sosial. berdaya saing) dan jenis B (penyabar. personaliti yang dimiliki oleh guru mempengaruhi mereka dalam menghadapi stres. Disamping itu. Malahan ketika musim sukan. Ini berikutan kedudukan sekolah di Kemaman adalah di pinggir bandar dan memungkinkan fenomena stres berlaku di kalangan guru. guru terpaksa pulang lewat saban hari semata-mata melatih pelajar-pelajar rumah sukannya. 1. kurang daya saing). . Secara amnya bilangan pelajar dalam sebuah kelas di sekolah menengah Kemaman di antara 39 hingga 42 orang. tahap dan stres dari aspek jenis personaliti yang dimiliki oleh guru.2 Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada jenis A . jumlah waktu mengajar guru juga bertambah dan sekurang-kurangnya 32 waktu seminggu. hubungan interpersonal dan masalah pelajar dari aspek jenis personaliti seperti jenis A (agresif. objektif kajian ini adalah untuk: 1. Menurut Hans Selye (1963). selain dari menguruskan hal yang berkaitan dengan tugas pengkeranian. Ini menyukarkan guru untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan efektif.agresif. didapati tiga punca stress yang dominan berlaku di kalangan guru.

1 Guru-guru Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada warga guru tentang cara menangani stres dengan berkesan mengikut persekitaran yang dihadapi khususnya mengenai aspek personaliti. hubungan interpersonal dan masalah pelajar) di kalangan guru sekolah menengah ? 1.5.7 Kepentingan Kajian Kajian ini adalah penting kepada para guru. pihak pentadbiran sekolah dalam pendidikan mahupun di peringkat Jabatan Pelajaran.bercita-cita tinggi.2 Apakah jenis personaliti guru sekolah menengah yang dikaji? 1.5 Hipotesis Kajian 1. 1. 1.1 Apakah tahap stres (lebihan kerja.penyabar. Hal ini kerana. berdaya saing atau jenis B .4. 1. . kurang daya saing.3 Adakah terdapat perkaitan di antara tahap stres dengan personaliti guru? 1.3 Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru dengan personaliti guru.4.3. sederhana. H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek personaliti.4 Persoalan Kajian Persoalan yang dikemukakan di dalam kajian ini:1. Terengganu. Ia amat penting kepada : 1.6 Batasan Kajian Kajian ini dilaksanakan di empat buah sekolah di Kemaman.Tumpuan kajian adalah untuk melihat faktor stres yang paling dominan di kalangan guru sekolah menengah dan seterusnya melihat adakah terdapat hubungan di antara stres dari aspek personaliti.7. borang soal-selidik akan diisi oleh guru yang ingin mengambil bahagian sahaja diatas kerelaan sendiri.4. 1.1 Hipotesis H0: Tiada terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek personaliti.Responden yang di pilih secara ‘convience sampling’ hanya terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dan responden sebenar tidak diketahui lagi.

pengajar dan pengasuh (Noresah Bahrom. ia merujuk kepada . tetapi tidak kepada individu B.3 Pihak Jabatan Pelajaran Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu warga guru menangani persoalan stres. Stres boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti. stres merupakan satu komponen kehidupan yang memberikan kesan positif mahupun sebaliknya terhadap seseorang.Antara punca-punca stres adalah sesuatu yang berkaitan dengan personaliti seseorang. pihak Jabatan Pelajaran boleh merangka suatu program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani stres agar ia akan dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam memperkasakan profesion perguruan.2 Stres Hans Selye (1963) mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan dalaman dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar ’Wear and tear of the living body’.8.8.1. 1.8 Definisi Istilah Terdapat beberapa definisi istilah dalam kajian ini dan akan diperbincangkan: 1. mendidik.Tanggapan individu terhadap punca stres adalah berbeza-beza di mana suatu peristiwa boleh bertindak sebagai punca stres kepada individu A.3 Punca Stres Punca stres dikenali sebagai ’stressor’ adalah rangsangan yang bertindak terhadap seorang individu yang melebihi keupayaannya atau kebolehannya untuk mengawal. 1.1 Guru-guru Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang mengajar. Dalam Kajian ini guru yang dimaksudkan adalah guru sekolah menengah tanpa mengira tahap kemasukkan ketika mula mengajar. Selain itu. situasi semasa dan peristiwa hidup seseorang itu. Dalam kajian ini. persekitaran tempat tinggal. Kesan yang positif disebut sebagai ’ eutress’ dan kesan negatif pula dipanggil ’distress’. 1.7.2 Pihak Pentadbiran Sekolah Dapatan ini dapat membantu pihak pentadbir sekolah membuat pertimbangan dalam merancang aktiviti-aktiviti staf di sekolah.7.8.Menurutnya lagi. 1. menurut Nariah (1994). 1995:420).

punca-punca stres dari aspek personaliti guru sama ada mereka mudah terdedah kepada stres atau sebaliknya.8.9 Penutup Stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu. kajian-kajian yang lalu berkaitan dengan tajuk kajian iaitu faktor stres.0 Pengenalan Di dalam bab ini. 1.Menurut Allport (1973). BAB II SOROTAN KAJIAN 2. semua lapisan tidak mengira usia berisiko untuk mengalami stres. yang merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon dalam pementasan.2000). tahap pendidikan dan pengalaman mengajar. 1. tahap stres dan personality akan dibincangkan.Kesihatan individu yang mengalami stres pada peringkat awal yang tidak dapat mengawalnya atau membiarkannya sahaja akan terjejas. Ia berasal daripada perkataan Latin iaitu ’persona’. motivasi dan tingkahlaku dalam pelbagai situasi (Ryckman. Cuma yang membezakannya ialah mereka mengetahui atau tidak tentang kehadirannya di dalam kehidupan.4 Personaliti Personaliti biasanya digambarkan sebagai diri individu. 1. Malah ianya dibincangkan secara . Kajian yang berkaitan dengan stres atau tekanan memang banyak dilaksanakan sama ada di dalam mahupun luar negara.Pengkaji berminat untuk mengkaji mengenai stres dari aspek personaliti di kalangan guru sekolah menengah khususnya untuk membantu para guru mengenalpasti personaliti mmereka terdedah kepada stres atau tidak. Perlu difahami bahawa stres yang berlebihan atau tidak ditangani boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. status. umur.8. Disini ianya bermaksud ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh seseorang yang unik mempengaruhi kognitif. beliau mentafsirkan personaliti sebagai keseluruhan kualiti peribadi yang ada pada seseorang.5 Demografi Demografi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latar belakang responden yang meliputi jantina.

bidang tugas. . et al (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah rendah di Malta dan mendapati 32.meluas terutamanya stres pekerjaan dan stres belajar. hanya cara individu mengawalnya akan menjadikan ianya positif atau sebaliknya. Ini mungkin disebabkan atau berpunca dari masalah kewangan.7 peratus pada tahap rendah dan 15 peratus responden bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang tinggi. Walaubagaimanapun. peristiwa kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza. Dodge. perbezaan dan hubungan yang akan didapati dari dapatan yang akan dijalankan.3 peratus hingga 30. memandangkan tiada kajian terhadap stres dari aspek personaliti terhadap guru sekolah menengah. Menurut Freeman.1 Kajian-Kajian Lepas Faktor dan Tahap Stres Terdapat banyak kajian terhadap stres telah dilaksanakan tetapi kebanyakkannya di luar negara.7 peratus dan seterusnya mendapati bahawa stres guru wanita lebih tinggi daripada guru lelaki. Longan dan Mc Coy (1989) telah menyenaraikan bahawa wanita bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres yang lebih tinggi iaitu 90 peratus manakala bagi pekerja lelaki pula hanya 10 peratus.6 peratus atau 710 responden mengakui pekerjaan mereka menyebabkan stres yang tinggi kepada diri. Kedua-dua cabang stres ini adalah berbeza dari segi situasi. Ia adalah faktor semulajadi. D. “hypertension” dan kesukaran mendapat kepuasan persefahaman yang sama dengan pasangan. Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh Kyriacou & Sutcliffe (1978 &1979) di England telah dijadikan sebagai rujukan. diskriminasi di tempat kerja. Dari kajian ini didapati bahawa guru mengalami masalah stres iaitu antara 29. Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya akan berlaku serentak. keadaan tempat kerja. Bagi membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari aspek yang terhampir. 2. belum ada kajian yang berkaitan tahap stres dari aspek personaliti dilaksanakan khususnya di kalangan guru sekolah menengah. Justeru itu. 30. Ini telah disokong oleh fakta yang dinyatakan oleh WHO bahawa stres merupakan pembunuh terbesar penduduk dunia. Borget. Statistik menunjukkan bahawa stres adalah “penyakit gaya hidup moden”. Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk melihat persamaan. Menurut Gerhard Vossel (1987). Dan Martin (1993) juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas guru-guru sekolah menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden mengalami tahap stres yang sederhana.

Steven Bellman. perut dan tekanan darah. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Tugas Kuantitatif (jumlah banyak kerja dilakukan) dan Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan tugas).Fletcherdan Payne (1982) dalam Ahmad Shakri. kebisingan. Seterusnya didapati bahawa guru-guru di sekolah menengah mengalami stres lebih tinggi berbanding guru-guru di sekolah rendah. Selain itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992) di New South Wales. Chang Fui Chin (1996) pula membuat kajian terhadap pentadbir sekolah di George Town dan mendapati 3. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya guru itu sendiri. kesannya ialah mengalami stres yang tinggi. Jaremho (1983). Antaranya Siti Radziah (1982). menunjukkan bahawa punca stres guru yang paling utama ialah beban tugas. Leonie. 38. Di Malaysia. Hasilnya stres guru berganda disebabkan guru tidak mampu melakukan beban tugas untuk dilaksanakan.1 peratus alami tahap stres yang tinggi. 57.1 peratus tahap stres sederhana dan 1. peraturan organisasi yang mengongkong dan perhubungan di tempat kerja boleh menyebabkan stress. Manakala 25 peratus mengalami stres dan menyukainya. Selain dari itu. Nick Forster. mendapati bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih tinggi berbanding guru yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Majalah Skudai Post (Januari 2000) menyatakan. Selain itu. satu kajian yang .6 peratus tahap rendah. Donald Meichenbaum dan Matt E. Ini bermaksud bahawa jika seorang guru diberikan tugas yang banyak. stres boleh mengawal hati. pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang. kajian mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum ini tidak ramai pengkaji yang berminat. dalam kajiannya ke atas 71 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati bahawa guru-guru mengalami stres pada tahap sederhana. (1998) telah membuat kajian terhadap stres di kalangan guru di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44 peratus responden mengalami stres dan ianya boleh diatasi sendiri. kemudahan yang tidak lengkap atau kurang sesuai.Cooper (2002) telah melakukan kajian terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus adalah wanita dengan purata umur 41.2 peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi. Cary L. struktur organisasi. Stres boleh berlaku disebabkan oleh faktor intrinsik pekerjaan seperti panas.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi jantina. Dua puluh lima peratus lagi yang mengalami stres beranggapan ia sebahagian dari kehidupan dan selebihnya enam peratus menginginkan stres dalam pekerjaan agar tidak bosan. Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan.

Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. pengetua. pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. Ini telah disokong oleh ungkapan ucapan Y. yang menyatakan bahawa : “. pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah. Ini sokong dengan adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh Cichon dan Koff (1980). Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya...dilakukan di New York State (1979) mendapati punca stres yang paling tinggi adalah menangani masalah kenakalan murid. Emosi merujuk kepada perasaan sedih. Satu kajian telah dibuat oleh NUTP. Mental atau pemikiran pula berkaitan dengan kesukaran untk memberikan tumpuan... Dato’ Dr.warga pendidik selaku tunggak yang akan berdepan dengan pelbagai masalah tentu akan lebih tabah dan yakin apabila seluruh anggota masyarakat berdiri teguh dibelakangnya. Fizikal biasanya merujuk kepada keletihan. mental (pemikiran). Oleh yang demikian... didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Warga pendidik sebenarnya tidak perlu bersendirian memperjuangkan nasib anak-anak didiknya kerana tanggungjawab yang berat itu boleh dipikul bersama bagi melahirkan generasi pewaris yang kental daya saingnya. .. emosi dan tingkahlaku. ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. berbudaya ilmu serta berani mengharungi apa jua gelombang yang melanda. Abdul Shukor Abdullah (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) sempena Hari Guru tahun 1998. Bhg... stres boleh dikategorikan kepada empat faktor utama iaitu fizikal. kemalasan. masalah murid yang nakal. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru kelas... Senario yang lain pula bergantung kepada indvidu itu sendiri.” Menurut Schafer (1987). Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320000 orang guru.. dan tiada kepuasan kerja. mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di kalangan guru-guru di situ ialah perpindahan yang terpaksa. hilang selera makan dan sakit perut.. Daripada kajian itu. sakit pinggang... hanya 40000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. pening kepala.

tingkahlaku yang sering dikaitkan dengan suka marah. Kesetiaan guru terhadap kerjayanya adalah alat pengukur kepada tahap stres yang rendah.bimbang. dan sosial. beliau menyatakan bahawa. Ini adalah petunjuk tekanan termasuklah aspek fizikal. stres membawa maksud tindakbalas dan bukan rangsangan. psikologi. Kajian oleh NUTP bagi tahun 2006 pula mendapati bahawa inventori stress guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. dan tidak sabar. Seterusnya. bergaduh dan sifat yang agresif. Tahap tekanan pula sebagai tahap amaran. sehinggakan ianya mengganggu kelancaran proses pembelajaran di bilik darjah”. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah stres. masalah keluarga dan kehendak pasangan. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah: . Jumlah sampel yang terlibat 9300 orang guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru besar dan pengetua. Secara keseluruhnya. Kesan negatifnya boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan membunuh diri. Dilaporkan oleh Berita Harian 30 Mac 1985. Ini disebabkan oleh stress pekerjaan itu sendiri disamping peluang berniaga. Manakala dalam satu temuramah bersama Menteri Pendidikan ketika itu. tahap penahanan yang maksimum dan tahap tenat. lebih 3 000 orang guru di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia telah bersara awal untuk berkhidmat di sektor swasta di antara tahun 1982 hingga 1985. Malah faktor-faktor yang menyebabkan stres juga turut bertambah. Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di kalangan guru. Dato’ Seri Najib Tun Razak oleh wartawan Berita Harian pada 5 Februari 1998. takut gagal. “Kementerian memahami ada guru berasa tertekan (stres) dengan bebanan tugas yang diberikan terlalu banyak.

2. pada Jun 2006 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk membela nasib warga guru masih membara walaupun menghadapi pelbagai masalah semasa dalam pendidikan. Seramai 45 orang pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan dijadikan acara tahunan serta terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya. . pengkaji telah mengambil beberapa teori dan model yang mempunyai kaitan dengan stres dan personaliti bagi melihat hubungan diantara keduaduanya. Derita Dalam Diam. NUTP telah bekerjasama dengan Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjalankan satu kursus iaitu “Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya Perguruan”. Stres: Sejauh Mana Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres”.Lantaran itu. Di antara topik yang diperbincangkan adalah “Pengurusan Stres Dalam Organisasi. Kejuruteraan Semula Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres.2 Teori Personaliti Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk bertindak mengikut situasi yang dihadapi oleh mereka. Ianya wujud disebabkan manusia dan pengkaji terdahulu mempunyai pendapat dan pandangan yang berlainan. Justeru itu. Psikologi personaliti telah mengklasifikasikan sikap dan personaliti manusia kepada beberapa teori dan model. Kuala Lumpur.

1.1.2.2 Personaliti Introvert Merujuk kepada individu yang bersifat introvert yang dikatakan sebagai kurang berminat dari aspek sosial tetapi berminat kepada perasaan dan dirinya sendiri (Alsagoff.2. Ini bermaksud individu yang mempunyai kedua-dua ciri.2. cepat bertindak dan gemar kepada perubahan. peramah.1. 2. sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan. konservatif. 2. 1984). personaliti dizahirkan dalam keadaan yang biasa dilakukan atau menerusi pengalaman lampau yang dilaluinya.1 Teori Personaliti Carl Jung Teori ini telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang dikenali sebagai personaliti individu Carl Jung. 1983 dalam Ee Ah Meng 1995). iaitu introvert dan ekstovert. 1995). Ciri-ciri individu introvert pula cenderung kepada: lebih baik dalam bidang penulisan daripada pertuturan. sensitif dan suka bersendirian. 1995). 2. Pengelasan ini memudahkan untuk diperhati perkaitannya dalam kehidupan seharian seseorang individu berdasarkan ciri-ciri yang condong kepada sesuatu kategori yang melampau.1 Personaliti Ekstrovert Individu yang memiliki personaliti ini biasanya akan menonjolkan ciri-ciri yang boleh menyesuaikan diri dari aspek sosial dan amat berminat dengan orang lain (Alsagoff. 2.2.(Alsagoff. 1987 dalam Ee Ah Meng. mempunyai minat kepada aktiviti luar. Manakala individu yang normal pula. kurang berminat bergaul dengan orang atau bersosial. pasif. Ciri-ciri lain yang amat ketara seperti: lancar pertuturan.3 Kajian tentang Personaliti Holland (1985). sentiasa berubah dan berkemungkinan seseorang individu itu akan bersikap introvert dan ekstovert pada waktu lain (Crow & Crow. 1987 dalam Ee Ah Meng. minat membaca majalah dan bukubuku serta bersifat pemalu. introvert dan ambivert (Jung. bebas daripada risiko. mudah merasa bimbang. Jenis personaliti yang tidak sepadan dengan persekitaran dianggap sebagai punca kepada sikap tiada minat terhadap kerjaya mahupun . tidak mudah malu. 1971). melihat faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk jenis personaliti seseorang dengan persekitarannya.2. Ia boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama iaitu ekstrovert.3 Personaliti Ambivert Ambivert merujuk kepada personaliti yang menunjukkan bukti berlakunya perubahan dalam keadaan yang sebenar.

kemahiran yang diperlukan. Oleh itu. Faktor ini juga didapati mempunyai kaitan dengan tindakan berhenti kerja (mengajar). Ini bermaksud warga guru menyukai aktiviti-aktiviti yang melibatkan memberitahu. dan personaliti mereka tidak sepadan dengan persekitaran kerja pendidikan. Namun yang demikian. Tetapi hari ini. melatih. Satu laporan dari New Straits Times bertarikh 29 Mac 1990 menyatakan bahawa. cabaran-cabaran dalam tugas yang terpaksa dilakukan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. sikap dan tingkahlakunya mempunyai kesan terhadap muridnya sama ada secara langsung atau tidak. kemudahan-kemudahan yang disediakan dan individu di sekitar tempat bertugas perlulah bersesuaian dengan ciriciri personaliti yang ada pada diri seseorang individu. menurut Holland (1973). seramai 1175 guru-guru bukan siswazah yang kebanyakkannya mengajar di sekolah rendah dilaporkan mengalami masalah sakit mental (psikosis atau neourosis). bakat dan minat yang dimiliki bukan keupayaan yang sebenar. Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984). ini akan menyebabkan kekecewaan dan tekanan yang tidak terkawal. Faktor-faktor seperti tugas yang dilaksanakan. pemikiran. tidak semua guru yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai personaliti tersebut. peranan yang perlu dimainkan. tanggungjawab. telah mendapati personaliti individu dengan persekitaran kerja akan menyebabkan keupayaan. Oleh yang demikian. Menurut Furhan dan Schaeffer (1984). Seterusnya jika individu tersebut menghadapi masalah kerja ia sukar untuk menanganinya. warga guru menceburi bidang ini hanya untuk mempunyai sumber pendapatan yang stabil. Individu yang terlibat dalam bidang pendidikan mempunyai personaliti berbentuk ‘sosial’. mengajar dan membantu orang lain. Guru merupakan model kepada pelajar. Ini berikutan. terdapat pengkaji yang mengambil berat tentang stres guru khususnya dari aspek personaliti. memahami. Walaupun bilangannya kecil tetapi jika dilihat daripada sudut nisbah seorang guru dengan jumlah murid yang diajarnya maka implikasinya adalah sangat besar dan penting. malah sebaliknya. Kajian yang dilakukan sebelum ini lebih memberi penekanan terhadap trait personaliti dan ciri personaliti dengan pencapaian akademik.perkembangnnya. . Adalah tidak wajar untuk mengharapkan guru yang tidak berminat dalam profesionnya untuk memperkembangkan kerjayanya kerana pengembangan kerjaya memerlukan pengorbanan yang besar.

pengurusan yang tidak cekap. jawatan yang disandang. Soal selidik merangkumi aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden.0 Pengenalan Metadologi kajian menunjukkan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum. ketidakadilan dalam kenaikan pangkat atau kenaikan gaji. menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis yang dapat menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian. Kajian ini berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Menurut Mohd Najib (1999). bebanan kerjaya yang bertambah dan sebagainya.4 Penutup Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan kajian tentang kerjaya dari aspek personaliti. kajian diskriptif hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Kajian tinjauan ini adalah proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu yang rela akan menjawab soalan yang disediakan. tahap stress (yang meliputi faktor-faktor stres) dan stres dari aspek personaliti. tepat dan boleh dipercayai. Ia juga merupakan komponen yang penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif.Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian. Dalam kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji. pengkaji berminat untuk melihat hubungan stress dari aspek personaliti. Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa. jelas. semua maklumat yang diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya ditafsirkan secara kuantitatif. Melalui kaedah soal selidik. . 3. kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah analisis yang akan digunakan. BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.2. kenakalan murid. Dari kajian-kajian yang lalu didapati bahawa kebanyakkan guru mengalami stres dan ianya berpunca dari pelbagai masalah.1 Reka Bentuk Kajian Simon (1978). sampel dan populasi. bagi mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan.

3 Pembentukan Instrumen Kajian Alat ukur tahap stres ialah Job Related Tension Index dibentuk oleh Khn.1 Bahagian A: Maklumat Peribadi / Demografi Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi atau latarbelakang responden. dengan pengubahsuaian sebanyak 15 item telah dibentuk berkaitan dengan tahap stres. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari aspek personaliti. M dan Rosenman. 3. Semua pengubahsuian item soalan adalah berdasarkan situasi guru di sekolah menengah yang mungkin berlaku. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian: .4. Pengkaji juga mengkaji faktor stres yang mempengaruhi personaliti dengan melihat perkaitan/ hubungan. 3. Terengganu. . 3.4. Sekolah yang mempunyai ramai guru maka sampel yang diambil adalah lebih ramai. B dan C. 3.4 Instrumen Kajian Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data.2 Bahagian B: Ujian Tahap Stres Berpandukan kepada Anuar Mohd Som (2000). 3.Kaedah persampelan yang digunakan bagi kajian ini ialah ‘convinence sampling’. analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang hanya menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji.A.H dan diterjemah oleh Malek Mukamat Said. status dan pengalaman mengajar. Pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dijalankan ke atas guru elektrik yang berkhidmat di sekolah menengah teknik. Alat ukur stres dari aspek personaliti pula dibentuk oleh Friedman. Antaranya ialah jantina. umur.Marshall & Rossman (1995).2 Populasi dan Sampel Kajian Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Kemaman. Jumlah populasi ialah 300 orang guru tetapi anggaran saiz sampel kajian seramai 250 orang diatas kerelaan diri masing-masing untuk menjawab soal selidik. R. Wolfe dan Resenthel (1964) diterjemah oleh Lem Boon (1981) dengan menggunakan markat indeks. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik.

skor 2 jika dialami selalu. sebanyak 20 item akan diguna pakai sebagai alat ukur stres dari aspek personaliti.3 Bahagian C: Ujian Stres dari aspek Personaliti Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004). Skala yang digunakan pula telah ditetapkan seperti berikut: Responden perlu tahu keadaan yang mereka alami dan skor 1 akan diberikan sekiranya ia acapkali berlaku (terlalu kerap). Skor 3 pula diberikan sekiranya mereka tidak pasti sama ada mereka mengalami stres atau tidak. skor 3 jika jarang mengalami situasi yang diberikan dan skor 4 bagi tidak pernah mengalaminya. Jika responden merasakan mereka mengalami stres yang rendah atau sedikit skor 4 atau 5 akan diberikan. Tiada pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru. 3.Skala yang digunakan ialah skala likert 5 mata seperti jadual di bawah: Secara keseluruhannya skala likert yang digunakan mempunyai peranannya sama ada ia bersifat positif atau negatif. tetapi sebaliknya jika responden merasakan mereka mengalami stres yang serius atau kuat skor 1 atau 2 akan diberikan dan ianya bersifat negatif. . Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik.4.

Cara pemarketan indeks stres dari aspek personaliti telah ditetapkan seperti berikut: Berdasarkan 20 item yang digunakan untuk mengukur stres dari aspek personaliti responden akan dikategorikan mengikut skor yang ditetapkan iaitu: Manakala tret atau ciri personaliti yang dimaksudkan jenis A dan B adalah seperti: .

Terengganu. Dengan menggunakan prosedur yang betul dalam kajian ini diharap dapat menepati tujuan penyelidikan dan menyumbang kepada dunia penyelidikan pada masa hadapan.6 Penutup Kajian ini dilakukan kepada 300 orang responden di kalangan guru sekolah menengah di Kemaman. .0 akan digunakan untuk mendapatkan kekerapaan dan peratusan. 3. Soal selidik yang dijalankan menggunakan mengikut skala yang telah ditetapkan.Item pada bahagian B pula ia berkaitan dengan tahap stres yang merangkumi faktor-faktor stres yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu beban kerja.0 bagi peratusan data yang diperolehi tepat dan jitu. masalah interpersonal dan masalah pelajar yang menjadi keutamaan diuji berdasarkan statistik frekuensi. Instrumen kajian pernah dijalankan dan diakui kesahannya. Kajian ini berbentuk deskriptif dan penganalisian secara berkomputer dengan menggunakan perisian “Statistical Package Social Science (SPSS) versi 15. Item-item pada bahagian A diuji berdasarkan ujian statistik frekuensi bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Pada bahagian C.5 Penganalisaan Data Program Statistical package of Social Science (SPSS) for Window version 15.3. stres dari aspek personaliti pengkaji melihat jenis personaliti guru dan mengkategorikannya kepada dua jenis yang utama yang telah ditetapkan.

Negeri Sembilan. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan . An introduction to the sociology of learning. (1996). M & Rosenman. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan. Bahau. Singapura : Time Books International. (1998). (2000). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Anuar Mohd Som. Alterable Variables Phi Delta Kappa Ahmad Shakri. J. (1973). Freeman. G & Fazlon. 1998). Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Friedman. Volume 4: 44-49.BIBLIOGRAFI Allport. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan. Negeri Johor. D. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau. Borget. Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996. Universiti Utara Malaysia. dalam Yong. Sources of Teachers Stress in Maltese Primary’s School. Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Chang Fui Chin. Alterable Variables Phi Delta Kappa. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan. The New Direction in Educational research. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. (1989). Negeri Johor. Dodge. Logan & Mc Coy. Crow & Crow. . (1985). Anthony Yeo. Universiti Teknologi Malaysia.) Fletcher & Payne (1982 dalam Ahmad Shakri 1998). Universiti Teknologi Malaysia. Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. R. M. M. USA: Houghton Mitlin Co. The New Direction in Educational Research. Cichon & Koff (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. (1980).H. A Helping Hand: Coping With Personal Problem. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Research in Education. (1991). & Martin (1993 dalam Anuar Mohd Som 2000). (1996). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik.Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Kyriacou. Wolfe & Resenthel. Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Jaremho. Lem Boon. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan. (1985). Jurnal Pendidikan.). Tesis Sarjana Muda. Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau. Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan. Siri Motivasi : Studi Smart. 3rd Edition. Habibah Elias. 27-35. 2002). (2004). Universiti Utara Malaysia. Bahau. Inc. Designing Qualitative Research. & E. Mohd Najib Abdul Ghafar. & Rossman G. C. (1981). Kuala Lumpur : PTS Publication and Distributors Sdn. Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik. Gaya Hidup Sebagai Ciri Personaliti. The Stress And Satisfaction. Malek Muhamat Said. (1994). . Kamarudin Hj. Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. J. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. (1964). Negeri Sembilan. J. D . Personality dynamics. (1979). J. Universiti Teknologi Malaysia. Kaedah Penyelidikan Pendidikan . dalam Yong. Noran Fauziah. (1992). Holland. Meichenbaum. Negeri Johor. Kyriacou. The Personality Puzzle.Furhan & Schaeffer (1984). C & Sutcliffe. A Model of Teacher Stress Educational Review. (1983 dalam Anuar Mohd Som 2000). Hussin (1996. 1998). M. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan. Negeri Johor. Development and Assessment. Faktor-faktor yang Mempengaruhinya dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik. Thousand Oaks: Sage. Bhd. (1978). Mohd Majid Konting. Universiti Teknologi Malaysia. Volume 21 ( 2 ). (1995). Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan. C & Sutcliffe. Mc Cormick & Solmon. Universiti Putra Malaysia. Marshall. 2nd Edition : New York.L. Khn. Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984 dalam Anuar Mohd Som 2000). (1999). G. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Volume 53 (1). 89-96. New York : Harcourt. (1997. Brace & World. dalam Nooraini.

Teacher Stress and Burnout.Nariah. The Stress of Life. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Sosiologi Pendidikan . Tajung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bil 02. Skudai Post: Universiti Teknologi Malaysia. (1987). The Relationship of Home Environment and Home Classroom performance . Organizing Systems to Support Competent Social Behaviour In Children and Youth : Volume III. (2006). Inc. N. Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan. Othman b. 51. Shepherd P. Pakar Psikitri Kanak-kanak. (1994). Stress Management for Wellness. Utusan Online. Chicago : Holt. . Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Englewood Cliffs.66. Zuria Mahmud et. London: University of Wisconsin. (1982). Bhd Selye.C. H. al. Stress and Mental Health in Society. 2nd Edition. Siti Radziah. Sidang Pengarang. Simon. Sharifah Alwiah Al. Schafer. New Jersey: Prentice-Hall. Kuala Lumpur : The Credo Trust. Skudai ( Januari ). York : McGraw-Hill Book Co. Singapura : Heinemann Publishers Asia Pte. (1990).Sagoff. Subash Kumar. Rinehart and Winston. Tekanan melawan. Institut Aminudin Baki. (1963). Ryckman. G. (2000). (2005). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. Vossel. Behavior Modification : What it is and How to do it. (1987). . (1987). (2000). Ltd. (1999). Organize Your Way to Greater Success. Inc. Lebar. Pola Pemilihan ResponMenangani Ketegangan Dan Hubungan Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru. Jilid 08. (1978). Remaja dan Dewasa.