You are on page 1of 2

CARA-CARA MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT Apakah maksud 'Amalan Gaya Hidup Sihat'?

Frasa tersebut boleh ditakrifkan sebagai cara hidup yang mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit yang akan membawa maut pada masa akan datang. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Menurut kajian pakar-pakar diebetik Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kandungan kolesterol dan tekanan darah individu yang mengalami obesiti dan perokok tegar pula dua kali lebih tinggi berbanding orang kebanyakan. Oleh itu, langkah-langkah yang drastik dan efektif perlu diambil bagi membendung masalah kesihatan di negara ini daripada semakin berleluasa. Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Pemilihan makanan yang menepati nisbah pyramid makanan perlu dititiberatkan agar tubuh badan mendapat nutrisi yang mencukupi selain terhindar daripada penyakit. Sebagai contoh, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayursayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sekiranya kita tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang , badan kita akan terjejas and mendatangkan kesan yang buruk. Kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya , diet yang baik akan menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang sekiranya kita mampu mengawal pemakanan sendiri. Selain itu, pemeriksaan kesihatan yang berkala mampu menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan

seseorang itu. Dengan bantuan teknologi yang semakin hari semakin maju , kadar penyakit di Malaysia dapat direndahkan. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat , janganlah kita hanya bertemu dengan doctor setelah penyakit kita sudah kronik kerana bak kata pepatah , siapa yang makan nangka , dialah yang kena getah. Jika dilihat pada sudut yang berlainan, yang perlu dipraktikkan bagi mencapai gaya hidup yang sihat termasuklah kita hendak mempergiat aktiviti senaman. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Usaha ini sememangnya selari dengan misi Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, kita seyogianya meluangkan sekurangkurangnya setengah jam sehari untuk melakukan aktiviti senaman. Hal ini demikian kerana aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Kelancaran perjalanan darah dan pengeluaran penuh yang berlaku semasa bersenam amat penting untuk menjamin badan kita sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa. Slogan Badan cergas, otak cerdas telah membuktikan bahawa dengan badan yang sihat dan cergas, otak untuk memproses maklumat tidak akan terganggu dan kekusutan otak untuk memproses maklumat dapat dijernihkan. Bagi menyingkap hal ini, senaman turut dapat menjadikan sistem imunisasi kita lebih tinggi. Memang tidak syak lagi bahawa aktiviti senaman merupakan saluran yang terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental and fizikal. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak inisiatif yang dapat diambil oleh seseorang individu dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Kita juga perlu menjaga kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana jika nasi sudah menjadi bubur, kita tidak berupaya untuk menyelamatkan menyelamatkan tubuh badan yang rapuh dirobek penyakit. Oleh itu, kita perlulah bertindak bijak dalam menentukan kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Diharapkan bahawa menjelang Wawasan 2020, setiap lapisan masyarakat negara ini akan mengamalkan gaya hidup sihat pada jangka masa yang lama.