PELAKSANAAN PEMBANGUNAN WAKAF KORPORAT JOHOR CORPORATION BERHAD (JCorp): SATU TINJAUAN oleh Hj. Abd.

Shakor bin Borham Jabatan Kemanusiaan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor shakor@uthm.edu.my

ABSTRAK Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pelaksanaan pembangunan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp) menerusi anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Wakaf ini merupakan salah satu daripada bentuk wakaf kontemporari yang dipercayai pertama dilakukan oleh sebuah syarikat korporat di negara ini dan juga di dunia. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau sejauhmana pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Bagi memenuhi matlamat ini, penulis telah melakukan kajian melalui kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data. Hasil kajian mendapati wakaf korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut.

1.0

PENGENALAN Wakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam Islam.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam melakukan amalan kebajikan seperti sedekah jariah, hibah, derma dan sebagainya1. Di samping itu, terdapat juga beberapa hadith Nabi s.a.w yang menuntut umat Islam melakukan amalan kebajikan ini2.

1

Antaranya, firman Allah s.w.t yang bermaksud 1: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian daripada harta yang paling kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ”. Lihat, al-Quran, al-Imran: 92. 2 Antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa daripada akan-anak soleh yang mendoakannya". 1 International Conference on Humanities 2011

Problema Kemiskinan: Apa Konsep Islam. 817 3 Siti Mashitoh Mahamood (2007). Ia merupakan (Hadith Riwayat Muslim). anjuran bersama KIPSAS dan UKM pada 8-9 Ogos 2006. tolong-menolong dan melahirkan masyarakat penyayang sepertimana yang digalakkan oleh Islam. Sahih Muslim bi Syarh alImam Muhyi al-Din al-Nawawi. 5 Abd. wakaf berasal daripada perkataan arab waqafa yang bererti berhenti atau al-habs iaitu menahan semata-mata atau al-man‟ iaitu menegah8. sedekah jariah. 1/2003. Beirut: Dar Sadr. Justeru. Peranannya sama seperti infaq. Dari segi bahasa. bil. hal. hibah dan sebagainya.15. alNawawi. 9. Ahmad Dahlan Salleh (et. Muhammad Ibn. Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (1994).t6. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam malah akan mendapat ganjaran yang berkekalan dari Allah s. wakaf dikatakan sebagai sumber modal yang merupakan salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran.. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam. Beirut: Dar al-Fikr. al-Majmu‟ Syarh al-muhadhab. sumber modal ini mampu menghasilkan keuntungan sehingga berlipat berganda daripada nilai asalnya sekiranya ia diuruskan dengan sempurna4.al. “al-Istibdal (penggantian) Harta Wakaf Menurut Perspektif Islam”. apa yang membezakannya ialah mereka yang melakukan amalan ini akan memperolehi pahala yang berkekalan selama mana harta yang diwakafkan tersebut masih berguna dan bermanfaat kepada orang lain3. 7 Mohd. hal. Pembangunan harta wakaf boleh dilaksanakan sama ada secara individu. bil. 11. wakaf adalah salah satu institusi terpenting yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam. 8 Ibn Manzur. 6 Ibid. 2. jld. Melalui aktiviti ekonomi seperti perniagaan dan pelaburan.) (2006). jld. Jabatan Perdana Menteri. Dari aspek pembangunan pula. al-Nawawi. dalam Jurnal Syariah. alihbahasa oleh Umar Fanany. 4 Ibid. jld. Namun. Akademi Pengajian Islam. 2/2007. ”Konsep Wakaf Menurut Islam”. Beirut: Dar al-Ma„rifah. “Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang undang serta Aplikasinya di Malaysia”.Di zaman awal Islam. masyarakat atau institusi wakaf5. 299. kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam. Lihat. 4199. hal. 2 International Conference on Humanities 2011 .) (1980). Zain Haji Othman (1982). hadith no. dalam Jurnal Kemanusiaan. Lihat.w. Lisan al-„Arab. 28. Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (2005). Johor Bahru: Pena Mas. harta yang diwakafkan hendaklah dibangunkan bagi memenuhi matlamat pelaksanaannya di dalam Islam. Lihat. Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi. amalan ini mampu melahirkan sifat bertanggungjawab. Yusof al-Qardawi (Dr. Ia merupakan tafsiran para fuqaha berkaitan makna sedekah jariah yang diertikan sebagai memberikan sesuatu harta semasa hidupnya dan penggunaannya kekal untuk selamalamanya7.0 PENGERTIAN WAKAF Istilah wakaf tidak dinyatakan secara langsung di dalam al-Quran atau al-hadith. juz 16. Shakor bin Borham (2003). Dari aspek pembangunan sosioekonomi. Islamic Law With Special Reference to The Institution of Waqf . Lihat. Mukarram (1990). 359. hal.

t selama-lamanya. jld.t). Muhammad al-Syarbini (t.t14. status pemilikan harta oleh pewakaf akan terputus dan menjadi hakmilik Allah s. Manakala pemilikan manfaat pula akan dimanfaatkan oleh orang ramai tanpa suatu tempoh masa yang tertentu 18. hal. hal. Mustafa al-Khin (et.1.) (2009). al-Mabsut.w. 113. hal. 359. 81. hal. 245. 793. Wahbah (1997). para fuqaha hal. Muwaffiq al-Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah (1347H). hal. hal. Fiqh al-Islami wa Adilatuhu. Beirut: Dar al-Ma‟rifah. hal. Lihat. juz. jld. cetakan 10.1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (1996). Muhammad (2005). Menurut Mazhab Syafie. Beirut: Dar al-Masyrik. juz. Ahmad Hidayat Buang (et.. Ibn Qudamah. 18 Ibn Qudamah. hal. jld. Minhaj al-Talibin wa Umdatu Maftin fi Fiqh Mazhab Imam al-Syafie. 1344. 225.t. al-Mughni wa Syarhu al-Kabir. Berdasarkan takrif ini. 213. hal. Mughni al-Muhtaj ila Ma‟rifah Ma‟ani al-Faz al-Minhaj. Istilah ini banyak digunakan di dalam kitab-kitab fiqh mazhab Maliki. Selain itu. Damsyik: Dar al-Fikr. hal. 27. 10 al-Khatib. 213. hal. juz 8. Dari segi istilah. terjemahan Pustaka Salam. 13 Abu Zuhrah. 9 al-Khatib. op-cit. hal. 12. 14 Muhammad Farid Wajdi (1971). 999. wakaf ditakrifkan juga sebagai habsun10 atau habasa11.t dan terputus hakmilik wakif (pewakaf) ke atas harta tersebut17. 358.al. 43. al-Ramli. Muhadarat fi al-Waqf.. Lihat. Manakala ain (harta) yang diwakafkan pula akan tertahan sebagai hakmilik Allah s. Justeru. Lihat. Antaranya. Cairo: Maktabah al-Turath al-Islami. wakaf ialah menahan suatu harta seseorang yang bermanfaat untuk dimanfaatkan orang lain dengan perkara yang diharuskan bagi mendekatkan diri kepada Allah s. 15 Mustafa al-Khin (et. Beirut: Dar al-Ilmi. 2. 376. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu. al-Iqna‟ fi Hallu al-Faz Abi Suja‟. hal. al. Beirut: Dar al-Fikr. juz 5.) (2007). Harta yang diwakafkan mestilah di dalam keadaan baik dan ditujukan untuk kebajikan semata-mata bagi mendekatkan diri kepada Allah s. 11 Ibn Manzur. Mesir: cetakan al-Manar. Muhammad bin Ahmad (1993). terdapat banyak pengertian berhubung dengan wakaf. op-cit. jld 10. ahbasa12 iaitu tahan atau menahan sesuatu harta untuk mendapatkan manfaat13. Beirut: Dar al-Marifah. hal. Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyah. (1988). al-Sarakhsi.al.cet.. Muhammad al-Syarbini (1958).al. Ia dinamakan habsun kerana hanya manfaatnya sahaja yang boleh dimiliki oleh individu sedangkan hakmilik sebenar harta tersebut adalah Allah s.perkataan terbitan wukuf atau auquf 9. 16 al-Zuhaily. wakaf bererti menahan sesuatu harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya dengan cara menyerahkan hakmiliknya kepada seorang pengguna yang harus dan wujud 15. hal. 154 17 Mustafa al-Khin (et. al-Nawawi (2005). op-cit. al-Fiqh al-Manhaji.w. Dairah Maarif al-Qarn al-Isyrik. Lihat. op-cit. Lihat. hal. hal. Damsyik: Dar al-Qalam. Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan . Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj.. 225.) (2009).t16.juz. 3 International Conference on Humanities 2011 .w. 190. Lihat. 12. Syams al-Din (1986). cet. 5.w. al-Fiqh al-Manhaji. 12 Kamus Munjit fi al-Lughah wa al-A'lam (1986). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. al-Nawawi.) (2005). Lihat. 114. 2. 185. hal.w. 6. Kamus al-Mawrid. Jumhur fuqaha memberikan takrif wakaf sebagai menahan suatu harta seseorang untuk dimanfaatkan orang lain dengan terputus hakmilik ke atas harta tersebut. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.

op-cit. 3. Lihat. Wakaf musytarak ini termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui istibdal dan saham wakaf24. Akademi Pengajian Islam. Jabatan Wakaf. Muhammad Jawwad (1964).tp. Wakaf khas pula bersifat khusus apabila pewakaf menentukan wakaf yang dibuat untuk tujuan tertentu ataupun penerima tertentu21. wakaf tanah pertanian di mana sebahagian dari hasilnya ditujukan untuk anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum23. Wakaf mustarak bermaksud wakaf yang ditujukan sebahagian manfaatnya kepada ahli atau keluarga dan sebahagiannya untuk masyarakat umum. Wakaf khairi dibahagikan kepada dua kategori umum.al. dalam Jurnal Syariah. Manual Pengurusan Tanah Wakaf (2006). Manakala wakaf irsad ialah wakaf yang dilakukan oleh pihak pemerintah dengan mewakafkan harta-harta milik Baitulmal sama ada harta alih dan harta tak alih berasaskan kepada kepentingan umum. Selain itu.telah bersepakat bahawa inilah hakikat wakaf dalam Islam di mana harta yang telah diwakafkan tidak boleh dijual. Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Zakat dan Haji. 334 23 Mohamad Akram Laldin (et. mengikut sebahagian ulama wakaf ini adalah bid'ah dan tidak bertepatan dengan syarak22. hal. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 24 Lihat. institusi pendidikan. kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006 anjuran JAWHAR. 22 Muhammad Jawwad. terdapat juga wakaf yang berkaitan iaitu wakaf musytarak dan wakaf irsad. digadai.0 JENIS-JENIS WAKAF Secara umumnya. Manakala wakaf zurri ialah wakaf yang ditujukan manfaatnya kepada ahli atau keluarga pewakaf seperti cucu dan sebagainya. 4 International Conference on Humanities 2011 . Jabatan Perdana Menteri. hospital dan 19 20 al-Ramli. Maqasid Syariah Dalam Perlaksanaan Waqaf. Lihat. Bagaimana Membuat Wakaf. jld.. dihibah dan diwarisi oleh orang lain19. iaitu wakaf am dan wakaf khas. (t. hal.1/2009. Akhwal al-Syahsiah. 3. hal. op-cit.. Pewakaf juga tidak menetapkan sebarang syarat kepada harta yang diwakafkan. hal. Wakaf musytarak ialah wakaf campuran antara wakaf khairi dan wakaf zurri. Wakaf am merupakan mana-mana bentuk harta wakaf yang dibuat untuk tujuan kebajikan atau khairat umum tanpa menentukan penerimanya ataupun tujuan khusus yang tertentu. ibid. hal. Contohnya. 21 Siti Mashitoh Mahamood (2001). Asmak Ab Rahman (2009). 330. Namun.) (2006). 16. 12-14 September 2006. bil. 358. “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia”.): Dar al-Ilmi. 17. Siti Mashitoh Mahamood (2001).. Ini dapat dilihat seperti mengaplikasikan dana atau tanah milik Baitulmal kepada pembinaan masjid. wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf khairi atau kebajikan dan wakaf zurri iaitu wakaf ahli atau keluarga20. Kuala Lumpur: Matang Cipta Sdn Bhd.

113.al.t. Ibid. 27 Wakaf tunai merupakan wakaf pilihan iaitu dengan mewakafkan sejumlah wang tunai atau wang dalam bentuk pelaburan di bank dan mewakafkan bahagian keuntungannya kepada umat Islam. 129. dan para sahabat yang menjadikan harta kekal sebagai mawquf mereka32. Abu Zakariyya Yahya b. Lihat. Ini berdasarkan kepada amalan wakaf yang dilakukan oleh Nabi s. Pandangan ini turut dipelopori oleh mazhab Hanbali dan 25 Mustafa al-Khin (et. Imam Syafie berpendapat bahawa setiap harta yang boleh dijualbeli boleh diwakafkan selagi mana manfaat yang dinikmati oleh penerima dapat diperolehi secara kekal34. 1/2007.. bangunan atau projek-projek yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya. hal.). Ibid. Nailu al-Awtar Syarh Muntaqa al-Akhbar. Siti Mashitoh Mahamood (2007). op-cit. Lihat.) (2009).islam. 222. “Isu-isu semasa Berhubung Pembangunan Tanah wakaf”. 5. “Konsep Wakaf Sebagai Instrumen Pembangunan Hartanah Di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)”. saham dan sebagainya. op-cit. Bagi harta tak alih. 32 al-Syawkani. 378. hal 221. Muhammad b.a. 31 al-Nawawi.. 29 Saham wakaf pula merupakan suatu skim pembelian saham-saham pada kadar harga tertentu dan seterusnya mewakafkan sijil saham tersebut. hal.al. op-cit. Mustafa alKhin (et. wakaf dalam bentuk saham ini adalah diharuskan oleh syarak memandangkan ia selaras dengan prinsip dan konsep wakaf dalam Islam30. 2/2007. Dari aspek hukum. terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa pada zaman tersebut tidak ada harta yang diwakafkan kecuali daripada tanah dan bangunan33. hal. Siti Mashitoh Mahamood (et. Lihat. vol. no. no. Saham yang telah dibeli akan diistibdalkan dengan harta kekal seperti tanah. para ulama telah bersepakat ia adalah sah memandangkan ia memenuhi prinsip utama wakaf adalah harta yang kekal31.) (2007). Wakaf ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat memandangkan tidak semua orang mempunyai harta kekal seperti rumah. Tambahan pula. 34 Mustafa al-Khin (et. op-cit. Bagi harta alih pula. 26 Abu Bakar Manat (2007)..w. 28 Manakala wakaf saham pula dilakukan dengan mewakafkan sejumlah saham yang dimiliki oleh individu atau syarikat dengan mengagihkan bahagian keuntungannya kepada seluruh masyarakat. op-cit. dalam Jurnal Pengurusan JAWHAR.gov.sebagainya25. vol. 33 Ibid. hal.1. 4. hal. al. Lihat.my/fatwa-kebangsaan/saham-wakaf-dan-wakafganti-wakaf-ibdal. terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama memandangkan ianya tidak kekal dan mudah rosak atau binasa.0 BENTUK HARTA YANG BOLEH DIWAKAFKAN Terdapat dua bentuk harta yang harus diwakafkan iaitu harta tak alih seperti tanah dan bangunan dan harta alih seperti wang tunai.al. wakaf tunai27. op-cit.t). dalam Jurnal Pengurusan JAWHAR. bangunan dan tanah untuk berwakaf. Terdapat juga beberapa jenis wakaf kontemporari dan bersifat semasa sebagai tambahan kepada bentuk-bentuk wakaf tradisional yang sedia ada26. 30 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 pada 13-14 April 1982 di Kuala Lumpur.Syarf al-Nawawi al-Dimasqi (t. juz. Muhammad (t. Ali b. Dar al-Fikr. Muhammad. 5 International Conference on Humanities 2011 . Ibid. 1. http://muamalat.. Antaranya. 221.) (2009). wakaf saham28 dan saham wakaf29. Abu Zuhrah.) (2009)..

saham wakaf. “Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk”.0 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN WAKAF KORPORAT JCORP Institusi wakaf di negara ini telah mula mengorak langkah berkembang selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Lihat.Maliki35.191. Abu Yusuf berpendapat bahawa mewakafkan harta alih secara berasingan tidak sah kecuali jika membabitkan kuda dan peralatan perang memandangkan wujudnya bukti amalan wakaf seperti ini yang dinyatakan oleh hadith Nabi s. 40 Lihat.w. Ia mula mengambil langkah dengan memperkenalkan beberapa kaedah pembangunan wakaf yang bersifat kontemporari seperti wakaf tunai. Fakhruddin Hasan b. Ibn Qudamah.a. Kajian menunjukkan institusi tersebut tidak lagi tertumpu kepada pembangunan tanah semata-mata. hanya harta alih yang melekat kepada harta tak alih secara kekal sahaja boleh diwakafkan kerana ia akan turut sama menyumbang kepada tujuan yang diwakafkan. hal. 12-14 September 2006. op-cit. hal. Dalam hal ini. 38 Sebelumnya dikenali Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor ditubuhkan oleh Kerajaan Johor di bawah Enakmen bil. September 2006. Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur. ia ditubuhkan untuk menguruskan klinik-klinik wakaf dan pusat dialisis di bawah JCorp yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Berhad.... Lihat. Mula beroperasi pada 1 Ogos 1970. Melalui Perjanjian Persefahaman di antara JCorp dan Majlis Agama 35 36 al-Nawawi. 37 Md. Nurdin Ngadimon (2006). 39 Ibid. Majalah Milenia Muslim. cet. WANCorp ditubuhkan untuk menguruskan aset dan saham-saham syarikat kumpulan JCorp yang diwakafkan di samping berperanan sebagai 'Maukuf Alaihi' ke atas semua saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat JCorp40. op. wakaf saham dan sebagainya 37. 5. kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006 anjuran JAWHAR. Bagi Mazhab Hanafi pula. Pada 11 Oktober 1995 pertukaran nama kepada Johor Corporation Berhad. “Wakaf Korporat Pertama di Dunia”. Ia diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan JCorp sendiri. Sejarah WANCorp bermula pada 25 Oktober 2000 dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad41.. sendiri36. wakaf sukuk. al-Nawawi (2005). Wakaf korporat ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes korporat di dunia39. Fatwa al-Hindiah. 41 Pada awalnya. Lihat. hal. 4. op. Bentuk wakaf yang paling kontemporari di negara ini ialah pelaksanaan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp)38. Lihat. 228.cit. 36. Laporan Tahunan Johor Corporation: 2008. Laporan Johor Corporation 2007.4/1968 berkuatkuasa pada 18 Mei 1968. 380. hal.cit. Pada 19 Julai 2005 syarikat ini ditukarkan namanya kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (KWANB) sebelum ditukar sekali lagi pada 21 Mei 2009 kepada Waqaf An6 International Conference on Humanities 2011 . Mansur (1987). Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi.

JCorp telah mewakafkan sejumlah 50. Nazarudin Ali. 13 Januari 2009. Swasta Wajar Amal Jihad Perniagaan”. Bhd. Lihat. Utusan Malaysia. 42 Lihat. 26 September 2009.32 juta saham (bernilai RM13 juta) dalam Johor Land Berhad Ibid. Sehingga Disember 2009. WANCorp telah menggunakan kaedah istibdal unit saham Johor Land Berhad yang diwakafkan memandangkan syarikat tersebut telah dikeluarkan dari syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Laporan Tahunan Johor Corporation: 2009. “Wakafkan Syarikat Milik Kerajaan”. Lihat. Bhd. 43 Temubual bersama Hj. “RM50mil shares for fund”. The Star. Laporan Tahunan WANCorp 2009. “GLC. nilai keseluruhan aset bersih saham-saham yang diwakafkan telah meningkat kepada Nur Corporation Berhad (WANCorp). Bernama. 16/2003. Namun. Berita Harian.500) dalam Capaian Aspirasi Sdn. Ibid. Mohd. “Jihad Bisnes Memakmurkan JCorp”. Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 11 Julai 200543.32 juta unit saham bernilai RM13 juta yang diwakafkan sebelum ini. bil. Lihat. Perjanjian ini juga membolehkan JCorp terus mewakafkan saham-saham syarikat miliknya mengikut kaedah wakaf korporat. Selaku Nazir Khas. JCorp telah mewakafkan sejumlah 75.35 juta saham (bernilai RM142 juta) dalam Kulim (Malaysia) Berhad. 15 July 2008. Lihat. 16 Ogos 2007.568) dalam Tiram Travel Sdn. MAIJ bersetuju melantik WANCorp untuk menjalankan kuasa dan tugas-tugas sebagai Nazir Khas menurut Kaedah-Kaedah Wakaf 1983 di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 200342.325. Pegawai Eksekutif WANCorp pada 10 November 2008 bertempat di JCorp Berhad. Laporan Tahunan Johor Corporation: 2009. Bhd. Pada 29 Jun 2009. Jumlah nilai saham yang diganti adalah sama dengan nilai saham Johor Land Berhad iaitu 4. Utusan Malaysia. “JCorp wakaf saham anak syarikatnya RM200 juta”. Lihat. 18. 47 Jumlah saham Al-‟Aqar KPJ REIT yang diwakafkan adalah sebanyak 12. no. Manakala pada 20 Disember 2007.000 unit saham (bernilai RM7. Penggantian ini dilakukan dengan unit saham dalam Al-'Aqar KPJ REIT iaitu sebuah lagi anak syarikat JCorp yang tersenarai di Bursa Malaysia47. Pada 10 Oktober 2007.27 juta (Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia46. 44 Lihat. 45 Pewakafan dilaksanakan pada 3 Ogos 2006 terdiri daripada 12.000 unit saham (bernilai RM260. Lihat.. 59 Tahun 2009.62 juta unit bernilai RM13 juta.000 unit saham (bernilai RM50 juta) dalam TPM Management Sdn. sehingga 31 Disember 2009 hujjah wakaf masih dalam proses untuk disempurnakan oleh MAIJ. Temubual bersama Hj. 19 Mei 2009. Lihat. pada 8 Julai 2005. Majalah Usahawan Sukses. 7 International Conference on Humanities 2011 .60 juta saham (bernilai RM45 juta) dalam KPJ Healthcare Berhad dan 4. “KWANB kini dikenali Waqaf An-Nur Corporation Bhd”. 46 Ini dilakukan dengan mewakafkan sejumlah 225.Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 4 Disember 2009. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003. Ciri utama wakaf korporat JCorp adalah terletak pada kaedah pengurusan harta iaitu saham-saham syarikat JCorp yang diwakafkan di mana semua saham akan didaftarkan sebagai wakaf dengan MAIJ di atas nama WANCorp. dan pengagihan manfaat sebagaimana terkandung di dalam hujjah wakaf44. Nazarudin Ali. WANCorp akan bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan saham-saham tersebut Pelaksanaan wakaf korporat JCorp dilakukan dengan mewakafkan sejumlah RM200 juta (Nilai Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tersenarai45 dan RM50. Mohd.

Dari segi pengagihan manfaat. Ibid.727. sebanyak 31. tahun 2007 sebanyak RM58. Klinik Waqaf AnNur Kotaraya. merawat pesakit dan sebagainya. 25% kepada WANCorp untuk manfaat Fisabilillah dan 5% diserahkan kepada MAIJ49.786. tahun 2007 sebanyak RM295. Ini termasuklah pelaksanaan progam di bawah tanggungjawab sosial korporat (TSK) JCorp.712. (Lihat lampiran A)..50. tahun 2008 sebaanyak RM90. WANCorp juga terlibat dalam pengurusan masjid dan pembangunan tanah wakaf. Laporan Tahunan WANCorp 2009.55. Laporan Tahunan WANCorp 2009. Pusat Dialisis KWAN Senawang dan Pusat Dialisis KWAN Sarawak. Ibid.98 telah diserahkan pada 2006.00. Pusat Dialisis KWAN Batu Pahat. Lihat.138.566.RM282.828.197. Antaranya. “WANCorp to open Waqaf An-Nur clinic in Kota Baru”. mengendalikan perkhidmatan kesihatan di 13 buah rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) dan Pusat Dialisis di 4 buah klinik dan sebuah hospital wakaf yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Bhd52. Sehingga kini. 53 Daripada jumlah ini.169. Sarawak Klinik Waqaf An-Nur Bukit Indah. jumlah manfaat Fisabillah yang telah diterima oleh WANCorp berjumlah RM2. tahun 2008 sebanyak RM759. Sehingga 31 Disember 2009 seramai 544. 52 Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur terdiri daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang.7450.89 juta. 8 Mac 2010. “WANCorp to open Waqaf An-Nur clinic in Kota Baru”. The Star. Ibid. Klinik Waqaf An-Nur Sungai Buloh.121. Sejak tahun 2006 sehingga 2009.886. Manakala jumlah agihan manfaat yang telah diserahkan kepada MAIJ berjumlah RM557. Perak (terkini).123. The Star. Di samping itu.66. Lihat. Klinik Waqaf An-Nur Ijok. pembangunan dan modal insan.949 orang pesakit telah menerima rawatan ini seluruh rangkaian KWAN manakala 115 orang pesakit menerima rawatan dialisis53. Bagi rawatan dialisis pula. WANCorp juga sedang merancang akan membuka sebuah Kinik Wakaf an-Nur di Kelantan. ia digunakan bagi membiayai program kebajikan dan amal. 50 Pecahan terimaan pada tahun 2006adalah sebanyak RM747. Pusat Dialisis KWAN Kotaraya. Lihat. Melalui agihan manfaat Fisabilillah. Klinik Waqaf An-Nur Kluang. Ampang Klinik Waqaf An-Nur Larkin Sentral dan Klinik Waqaf An-Nur Manjoi.03 dan tahun 2009 sebanyak RM984. Sarawak. Klinik Waqaf An-Nur Muar. 51 Sebanyak RM211.0051.7 peratus adalah jumlah rawatan yang diberikan kepada pesakit bukan Muslim. WANCorp bertanggungjawab mengagihkan berdasarkan kepada hujjah wakaf di mana sebanyak 70% kepada JCorp sebagai Pelaburan semula dan Pembangunan Insan.192 rawatan atau 5.94. Kuala Selangor. Selangor. Manakala Pusat Dialisis terdiri daripada Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang. Klinik Waqaf An-Nur Senawang. 8 International Conference on Humanities 2011 . Ini termasuklah nilai saham-saham dalam syarikat yang tersenarai dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia48.08 dan tahun 2009 sebanyak RM196. 8 Mac 2010. WANCorp telah menguruskan 7 buah masjid dan 2 buah sekolah agama serta membangunkan sebidang tanah untuk Rumah Kebajikan Anak 48 49 Lihat. Setiap pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 setiap kali rawatan termasuk bayaran ubat. Laporan Tahunan WANCorp 2008. Ibid. Klinik Waqaf An-Nur Samariang. Klinik Waqaf An-Nur Batu Pahat. Lihat. setiap pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 setiap kali rawatan. Klinik Waqaf An-Nur Kuching.

Masjid Jamek Pasir Gudang. pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini telah memberi sumbangan dan manfaat yang besar terutama dari aspek pembangunan sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam di negara ini. Masjid Taman Cendana. 55 Ibid.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Berdasarkan tinjauan ini. Masjid Pulau Sibu. Masjid Jamek Ladang Ulu Tiram. Justeru. Ciri utama wakaf korporat JCorp ini adalah terletak pada kaedah pengurusan saham-saham yang diwakafkan. mewujudkan lembaga pengawasan syariah yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan pembangunan wakaf korporat JCorp. Berdasarkan kepada hujjah wakaf. WANCorp telah menyediakan pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai Waqaf Dana Niaga (WDN) yang berkonsepkan pinjaman kebajikan (qardul hasan) di samping penubuhan briged wakaf bagi menyediakan misi bantuan kecemasan seperti gempa bumi. Semoga pelaksanaannya akan 54 Masjid An-Nur Kotaraya. Selain itu. memberi pengecualian daipada sebarang bentuk bayaran kepada pesakit yang menerima rawatan di rangkaian KWAN dan HWAN dengan ditanggung sepenuhnya oleh WANCorp melalui peruntukan agihan manfaat Fisabillah. Walau bagaimanapun. Masjid An-Nur Larkin Sentral.000 orang. Sebagai Nazir khas. Wakaf korporat ini merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang dilakukan dalam bentuk wakaf musytarak. Sekolah Agama Ladang Pasir Panjang dan Sekolah Agama Sungai Papan. 6. sebahagian manfaatnya telah dikhususkan kepada ahli iaitu JCorp sendiri dan sebahagiannya dikhususkan untuk khairi atau kebajikan iaitu WANCorp dan MAIJ. tsunami dan sebagainya55. 9 International Conference on Humanities 2011 . Ibid. Bagi pembangunan sosioekonomi pula. 3 buah surau jumaat dan 22 buah surau yang dibina di dalam kawasan ladang-ladang di bawah pengurusan Kulim (Malaysia) Berhad dengan jumlah ahli kariah dianggarkan lebih 15. Masjid An-Nur Pasir Gudang. WANCorp bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan saham-saham yang diwakafkan dan mengagihkan manfaat berasaskan hujjah wakaf. wakaf korporat JCorp yang diuruskan oleh WANCorp ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi bisnes korporat di dunia. beberapa cadangan dikenalpasti sebagai penambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf korporat ini.Yatim Darul Hanan54. Antaranya. WANCorp turut memantau 10 buah masjid. memperluaskan lagi skop aktiviti pembangunan sosioekonomi dan sosial temasuk institusi pendidikan Islam selaras dengan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat JCorp.

Beirut: Dar al-Marifah. Mansur (1987). al-Ramli. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Penghantar al-Quran. juz 5.juz. Dar al-Fikr. al-Nawawi. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu. Mukarram (1990). al-Mughni wa Syarhu al-Kabir. jld. Syams al-Din (1986). jld. al-Khatib. juz. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Damsyik: Dar al-Fikr.Nawawi. Fatwa al-Hindiah.t. Muhadarat fi al-Waqf. Muhammad bin Ahmad (1993). ________ (1996). jld. Nailu al-Awtar Syarh Muntaqa alAkhbar. Fakhruddin Hasan b. juz 8. 6. Beirut: Dar al-Ihya al-Turath al-Arabi. Sahih Muslim bi Syarh al-Imam Muhyi al-Din al. al-Sarakhsi. Wahbah (1997). juz 16. RUJUKAN Abu Zuhrah. JPM. Abu Zakariyya Yahya bin Syarf (1994). Ibn Manzur. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.) (2007). 30 juzuk. Abdullah bin Muhamad (Syeikh) (1992).1. al-Syawkani. jld. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah. al-Zuhaily. Muhammad Ibn.menjadi pemangkin kepada pelaksanaan wakaf korporat di syarikat-syarikat atau institusi bisnes korporat lain negara ini. Minhaj al-Talibin wa Umdatu Maftin fi Fiqh Mazhab Imam al-Syafie. Beirut: Dar al-Ma„rifah. 10 International Conference on Humanities 2011 .t). al-Mabsut. KL: BAHEIS.al. 12. Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi. Mesir: cetakan alManar. Ahmad Hidayat Buang (et. 4. 2. Basmeih. kelima.). juz. _______ (t. Ibn Qudamah. Mughni al-Muhtaj ila Ma‟rifah Ma‟ani al-Faz alMinhaj.cet. al-Majmu‟ Syarh al-muhadhab. Beirut: Dar Sadr. Cairo: Maktabah al-Turath al-Islami. 11. Muhammad (2005). Muhammad al-Syarbini (1958). Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan. Beirut: Dar al-Fikr. 5. al-Iqna fi Hallu al-Faz Abi Suja‟. Beirut: Dar al-Fikr. ________ (2005). 12. Muhammad bin Ali bin Muhammad (t. 9. Muwaffiq al-Din Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah (1347H). Fiqh al-Islami wa Adilatuhu. cet. Lisan al-„Arab. Cet.

jld. Bagaimana Membuat Wakaf. no.al) (2006).1/2009. 1/2003. (1988). JURNAL/KERTAS KERJA/LAPORAN/AKHBAR/MAJALAH Abd. KL: Bahagian Hal Ehwal Islam. anjuran bersama KIPSAS dan UKM pada 8-9 Ogos 2006. Johor Bahru: Pena Mas. juz. 11 International Conference on Humanities 2011 . KL: Penerbit Universiti Malaya. Kamus Munjit fi al-Lughah wa al-A'lam (1986).1. __________________ (2009). Dairah Maarif al-Qarn al-Isyrik. alihbahasa oleh Umar Fanany. cet.Mohd. 1/2007. Muhammad Jawwad (1964). “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia”. Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi.tp): Dar al-Ilmi. Akademi Pengajian Islam. JPM. al-Fiqh al-Manhaji. dalam Jurnal Syariah. al-Fiqh al-Manhaji. 1 7. KL: Penerbit Pustaka Salam. KL: Matang Cipta Sdn Bhd. Akhwal al-Syahsiah.) (2005). Islamic Law With Special Reference to The Institution of Waqf. JAWHAR. ”Konsep Wakaf Menurut Islam”. Asmak Ab Rahman (2009). Beirut: Dar alMa‟rifah. Mustafa al-Khin (et. “Isu-isu semasa Berhubung Pembangunan Tanah wakaf”.10. 2. jld. Damsyik: Dar alQalam. JPM.) (1980). Beirut: Dar al-Ilmi. Ahmad Dahlan Salleh (et. Problema Kemiskinan: Apa Konsep Islam. Kamus al-Mawrid. jld. cetakan 10. terjemahan Pustaka Salam. dalam Jurnal Pengurusan JAWHAR. Beirut: Dar al-Masyrik. Yusof al-Qardawi (Dr. “al-Istibdal (penggantian) Harta Wakaf Menurut Perspektif Islam”. (t. dalam Jurnal Kemanusiaan. Zain Haji Othman (1982). 5. Muhammad Farid Wajdi (1971). Abu Bakar Manat (2007). kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam. Siti Mashitoh Mahamood (2001).al. bil. Shakor bin Borham (2003).1. bil. Manual Pengurusan Tanah Wakaf (2006). vol.

Pegawai Eksekutif WANCorp pada 1 Januari 2008 bertempat di JCorp Berhad. Laporan Tahunan WANCorp 2008 dan 2009.al.gov. no.) (2007). “Wakaf Korporat Pertama di Dunia”. 16 Ogos 2007.al. “KWANB kini dikenali Waqaf An-Nur Corporation Bhd”. 26 September 2009. kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006. Nurdin Ngadimon (2006). “Konsep Wakaf Sebagai Instrumen Pembangunan Hartanah Di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)”. Nazarudin Ali. Mohamad Akram Laldin (et. 12-14 September 2006. 15 July 2008. 13 Januari 2009. The Star. bil. bil. “GLC. “RM50mil shares for fund”. Majalah Milenia Muslim. 12 International Conference on Humanities 2011 . “Jihad Bisnes Memakmurkan JCorp”. Majalah Usahawan Sukses. di Kuala Lumpur. 8 Mac 2010. “Maqasid Syariah Dalam Perlaksanaan Waqaf”. Laporan Tahunan Johor Corporation 2008 dan 2009.Md. jld. 12-14 September 2006. 1. kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006. Temubual bersama Hj. “Wakafkan Syarikat Milik Kerajaan”. Http://muamalat. “WANCorp to open Waqaf An-Nur clinic in Kota Baru”. 19 Mei 2009.my/fatwa-kebangsaan/saham-wakaf-dan-wakaf-ganti-wakaf-ibdal. Siti Mashitoh Mahamood (2007). vol. dalam Jurnal Pengurusan JAWHAR. Utusan Malaysia. Mohd. “Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk”. ____________________ (et. Akademi Pengajian Islam. Bernama.15. di Kuala Lumpur. 2/2007. Berita Harian. Swasta Wajar Amal Jihad Perniagaan”. “JCorp wakaf saham anak syarikatnya RM200 juta”.) (2006). dalam Jurnal Syariah.islam. September 2006. 59 Tahun 2009. 2/2007. “Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-undang serta Aplikasinya di Malaysia”.

42 121.61 56.LAMPIRAN A PRESTASI SYARIKAT YANG TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA SYARIKAT UNIT SAHAM DIWAKAFKAN (Juta Unit) NILAI ASET BERSIH SEMASA MULA DIWAKAFKAN (3 Ogos 2006) (RM Juta) NILAI PASARAN SEMASA MULA DIWAKAFKAN (3 Ogos 2006) (RM Juta) NILAI PASARAN PADA 31 Dis 2008 (RM Juta) NILAI PASARAN PADA 31 Dis 2009 (RM Juta) Kulim (Malaysia) Berhad 12.05 107.16 TPM Management Sdn Bhd 50.00 51.34 Jumlah 200.00 90.07 0.27 * SUMBER: LAPORAN TAHUNAN WANCORP 2009.33 50.41 3.23 KPJ Healthcare Berhad 18.62 13.01 0.85 Jumlah 50.00 52.08 0.23 0.35 142.02 226.03 47.62 PRESTASI SYARIKAT YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA SYARIKAT UNIT SAHAM DIWAKAFKAN (Juta Unit) NILAI ASET BERSIH SEMASA MULA DIWAKAFKAN (RM Juta) NILAI ASET BERSIH PADA 31 DIS 2008 (RM Juta) NILAI BERSIH PADA 31 DIS 2009 (RM Juta) Tiram Travel Sdn Bhd 0.27 53.04 - 12.05 Johor Land Berhad Al-„Aqar KPJ REIT 4.60 45.56 93.00 - - 12.26 0. 13 International Conference on Humanities 2011 .32 13.75 1.34 54.26 Capaian Aspirasi Sdn Bhd 0.00 4.00 34.16 56.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful