Kajian Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Lawatan Sambil Belajar Keatas Guru Dan Murid-murid

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEM1403 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

JANUARI/2012

bengkel dan termasuk lawatan sambil belajar. Pembelajaran di luar bilik darjah boleh diperolehi melalui latihan dalam makmal. Kebanyakkan penyelidik dan pendidik mengakui pengajaran melalui kaedah luar bilik darjah lebih memberi kesan dan murid-murid lebih mudah mencerna pengetahuan berbanding pembelajaran di dalam bilik darjah. kemahiran. penyiasatan. . kerjasama. Tugasan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui lawatan sambil belajar keatas guru dan murid-murid di sebuah Sekolah rendah di Sandakan.2001) Setiap murid tidak mungkin memperolehi pengalaman secara menyeluruh dengan semata-mata mengikuti pembelajaran di bilik darjah. Penyediaan aktiviti yang terancang membolehkan penyertaan aktif pelajar melalui kaedah pemerhatian. penggunaan persekitaran sebagai ”makmal hidup” membolehkan pelajar menjalani proses-proses seperti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid. meditasi dan kreativiti. keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan murid-murid. Guru-guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran. melalui aktiviti-aktiviti diluar bilik darjah untuk mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. disiplin. proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 1. kesepaduan. Aktiviti luar bilik darjah yang terancang dengan sempurna dapat memberikan pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan. (Barron. Menurut Azizan (1990). Menurut Ramlah & Mahani (2002). Terdapat dua kategori pembelajaran iaitu pembelajaran dalam bilik darjah dan pembelajaran di luar bilik darjah. penyelidikan.0 Pendahuluan Inovasi dalam pengajaran yang sering dibincangkan adalah kaedah perlaksanaannya dalam dunia pendidikan. semangat bekerjasama dalam kumpulan.

kebenaran JPS. 2. responden yang terpilih terdiri daripada seorang guru panitia Kelab Pencegahan Jenayah dan seorang pelajar yang merupakan setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah.0 Teknik Temubual Dalam tugasan ini. Lawatan sambil belajar ke Penjara Sandakan ini yang dianjurkan oleh Kelab Pencegahan Jenayah diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran sivik kepada murid-murid mengenai kehidupan penghuni di penjara disamping menimba pengalaman baru. Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para murid. Kedua-dua responden telah terlibat dan bersama-sama menyertai lawatan sambil belajar ke Penjara Sandakan yang telah diadakan baru-baru ini. Kedua-dua responden diminta menjawab semua soalan yang dikemukakan secara lisan berdasarkan pandangan dan pendapat masing-masing.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Sabah. Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada responden B.0 Perancangan dan perlaksanaan Responden A mengatakan sekiranya berhasrat untuk merancang lawatan sambil belajar ke luar bilik darjah. Semasa lawatan pula guru perlu . • • Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada responden A. kebenaran PPD. kebenaran ibu bapa. semasa dan selepas lawatan dijalankan. 3. membuat surat kebenaran ke tempat lawatan. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan urusan. guru perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum lawatan guru perlu mengadakan mesyuarat pembentukan Ajk. Dua set borang soal jawab telah disediakan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B. Prosedur ini melibatkan sebelum. Guru panitia akan dinamakan sebagai responden A sementara pelajar akan dinamakan sebagai responden B. menyediakan kertas kerja.

3. ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan Bagi sekolah yang kurang peserta digalakkan bergabung dengan sekolah lain Aktiviti murid-murid sebelum dan. semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu. dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 memastikan keselamatan murid.1 Perancangan awal adalah seperti berikut:• • • • • Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati Menguruskan pengangkutan murid-murid untuk lawatan Memberi taklimat kepada murid-murid mengenai o o o o o tujuan lawatan keselamatan diri dislplin makan dan minum peralatan • • • • • Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti yang dirancang Memberi bimbingan kepada murid yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan 3.2 Garis panduan lawatan merujuk kepada Pekeliling SPI Bil 5/2002 yang menggariskan:• Sekolah tidak dibenarkan mengadakan lawatan luar bilik darjah melebihi dua kali dalam setahun Setiap kali lawatan. • • • .

Pada pukul 8.00 pagi hingga 4.6 Perlaksanaan Aktiviti Aktiviti lawatan ini diadakan pada hari Sabtu (7 November 2011). Rombongan yang dipimpin oleh 5 orang guru ini bertolak meninggalkan sekolah kira-kira pada pukul 8.00 seorang 3. seramai 40 orang murid Tahap 2 diantara darjah empat hingga darjah enam telah mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Kelab Pencegahan Jenayah ke Penjara Sandakan. Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran sivik kepada para peserta mengenai kehidupan penghuni di penjara.5 Cadangan Program Tarikh Masa Tempat Lawatan Bayaran : : : : 7 November 2011(Sabtu) 8.30 pagi.4 Bilangan peserta / guru Seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga. Masa Aktiviti .00 pagi. 3. bas mula bergerak meninggalkan sekolah dalam sepanjang perjalanan ke Penjara. 5 dan 6. Seramai 5 orang guru ditugaskan untuk mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.3 Sasaran Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4. 3.00 petang Sekitar kawasan Penjara Sandakan RM 20. 3..HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 • Laporan lawatan yang dibuat oleh murid-murid perlu dikaitkan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada 7 November 2011.00 pagi. Peserta-peserta lawatan berkumpul di dataran sekolah pada pukul 7. Sandakan.

2 Punca Pendapatan a. Tambang Bas Jumlah RM 12.00 RM 20.00 petang - Berkumpul di sekolah / pendaftaran Bersedia untuk bertolak ke Penjara Sandakan Tiba di Penjara Sandakan Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas. Kutipan Murid (RM 20.00 . Menonton Tayangan Video Rehat Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat dijatuhkan hukuman.30 pagi 1.45 petang - Penyampaian cenderahati Bertolak balik ke Sekolah Tiba di Sekolah 3.40 pagi 9.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 7. makan malam) b. makan tengah hari minum petang.00 petang 4.00 pagi 8. Makanan/Minuman (sarapan pagi. bilik kurungan ) Makan tengah hari / solat Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang dikenakan 3.7. Peruntukan Unit Kokurikulum.00 X 40 orang ) RM 520.00 3.30 pagi 8.00 petang 2.1 Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid : a.00 pagi 10.7.00 RM 8.7 Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan 3.00 RM 800.30 petang 4.00 pagi 10. b.

Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku. mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa menjaga barangan peribadi supaya tidak tertinggal.00 RM 480.7. c.00 RM 1320.shirt Edaran Jumlah 3. e. RM 350.00 RM 400. 3.00 ii) Menonton Tayangan .00 RM 1320. Bayaran Pengangkutan Makanan (RM12 X 40 orang) Cenderahati Penjara Topi dan T.9 Keterangan Aturcara Lawatan i) Pendaftaran Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan.00 40. Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan. Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan dinilai oleh guru pengiring. b.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Jumlah 3. membuat catatan.3 PERBELANJAAN a.8 Cadangan Aktiviti • • • Setiap murid akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat yang akan dilawati. d.00 RM RM 50.

iii) Melawat Sekitar Kawasan Penjara Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan penjara. tempat hukuman gantung dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh pelatih penjara yang bakal keluar. pendedahan. Murid-murid seharusnya lebih kerap didedahkan dengan program luar sekolah untuk membiasakan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Responden A mengadu sekolah menghadapi masalah kekurangan guru-guru berkelayakan yang berminat dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar bilik darjah. Disamping itu program ini dapat mengeratkan interaksi sosial dan sifat kerjasama di kalangan murid-murid. perbincangan dan pelaporan. Seperti bilik tahanan. dapat memberi pengajaran kepada murid-murid. aktiviti-aktiviti yang dijalankan di penjara. 4. program lawatan sambil belajar adalah aktiviti terancang dan berfokus yang melibatkan lawatan murid ke Penjara Sandakan yang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman sebenar. . Tanpa minat sudah tentu tiada usaha akan dilakukan untuk menjalankan sesuatu kegiatan yang di luar naluri diri. iv) Sesi Motivasi Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa penghuni penjara sepanjang mereka menjalani tahanan. Beliau mengatakan terdapat ramai guru wanita di sekolah berbanding guru lelaki dan mereka ini tidak berminat dengan aktiviti luar bilik darjah tetapi terpaksa juga mengendalikan aktiviti tersebut. menghayati dan membuat catatan perkara-perkara penting.0 Ulasan oleh Guru Panitia Menurut responden A.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Aktiviti menonton tayangan murid diingatkan supaya tidak membuat bising. Program ini juga merupakan aktiviti pengukuhan konsep dan ingatan serta pengkayaan sesuatu pengalaman baru yang melibatkan aktiviti pemerhatian. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan. Keperitan mereka menghadapi hukuman.

lawatan ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar seorang yang bergelar banduan. Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Responden A mengakui program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Walaubagaimanapun. Murid-murid juga didedahkan kepada jenis-jenis hukuman Beliau berharap semua peserta lawatan akan memberi kerjasama yang lebih baik di masa akan datang dengan mematuhi setiap . Kemahiran yang dimiliki akan menambah keberkesanan pelaksanaan dalam perjalanan aktiviti luar bilik darjah secara langsung.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Responden A berpendapat semua pihak perlu komited dalam mengatasi cabaran kekurangan guru-guru berkelayakan dan berminat dalam mengendalikan aktiviti luar bilik darjah. Responden B juga berpendapat. Murid-murid telah diberi perhatian sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya. arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. segala masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan baik. Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Guru-guru harus diberi latihan dalam aktiviti luar sekolah agar guru-guru mempunyai kemahiran yang relevan untuk memimpin dan memberi khidmat nasihat berkaitan aktiviti luar sekolah. Responden A juga memberi cadangan supaya tahap pengurusan yang lebih cemerlang dapat ditingkatkan dalam program akan datang seperti tugasan guru perlu diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. Memberi kesedaran dan pendedahan kepada murid mengenai kesan dan akibat sekiranya terlibat dalam kegiatan jenayah. Program ini yang melibatkan ibu bapa murid telah memberi sedikit masalah dimana terdapat sebilangan ibu bapa yang kurang memberi kerjasama kerana aktiviti luar sekolah dianggap membazirkan masa dan berasa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka sepanjang program ini. Objektif lawatan ini adalah memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar penghuni penjara. Responden A juga mengatakan murid-murid dapat mengenal dunia luar dan dapat menimba pengetahuan baru melalui program ini. Murid-murid berpeluang berkomunikasi dengan banduan dan memahami keperitan hidup mereka.

Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid melihat sendiri kehidupan sebenar seorang yang bergelar banduan semasa tahanan. Beliau mencadangkan supaya pihak Penjara Sandakan boleh mengadakan ceramah atau pameran ke sekolah-sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-murid. Responden A menambahkan bahawa sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat membimbang semua pihak.Contohnya memiliki dadah akan membawa hukuman mati mandatori. murid-murid juga dinasihatkan supaya menjauhi sebarang jenayah dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.0 Ulasan oleh pelajar.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 apabila melakukan kesalahan dan jenayah. Secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang kerana akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pengajaran ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian dan tidak sekali-kali terjebak dalam kegiatan jenayah. Mereka telah diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa dan keperitan hidup banduan sepanjang mereka menjalani hukuman penjara. . Murid-murid juga berpeluang mendengar motivasi yang diberikan oleh banduan yang bakal keluar penjara setelah hampir tamat tempoh tahanan yang dikenakan. Bukan itu sahaja. Pengalaman sehari berada di penjara banyak memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu mungkin berguna pada masa akan datang untuk menjadi insan yang lebih menghargai usia muda dengan aktiviti yang berfaedah dan bermoral. 5. Responden A meluahkan rasa amat bertuah kerana pertama kali dapat berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Ini dapat membina keyakinan diri murid-murid untuk menjadi insan yang berguna selepas pulang dari lawatan tersebut Kerjasama antara murid-murid juga terserlah apabila saling bantu-membantu semasa dalam program lawatan tersebut. Responden B mengatakan keberkesanan lawatan ini adalah membolehkan murid-murid mendapat pengalaman sebenar dan dapat mengeratkan hubungan murid-murid dengan masyarakat luar.

000-RM5. lawatan ke penjara. benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan”. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. Penjara diamanahkan untuk :• • • Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten ke atas penghuni sehingga penghuni dibebaskan. Menurut responden B. dia telah mencari kamus definisi moral dan mendapati moral itu sendiri bermaksud “perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah. . dapat memberi peluang kepadanya untuk memahami lebih mendalami lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Memberi kawalan ke atas penghuni semasa mereka menjalani hukuman atau penahanan Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui berbagai pendekatan supaya dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang berguna dan produktif. Menurut responden B kebanyakan murid-murid berasa sungguh gerun apabila melihat sendiri tempat dijatuhkan hukuman dan bilik-bilik kurungan. Menurut pegawai penjara tali gantung diperbuat daripada jut dan dibalut dengan kulit lembu yang diimport khas dan setiap satunya berharga diantara RM4. malam bertemankan nyamuk dan berselimutkan kesejukan malam yang menggigit tulang penghuni. Dalam konteks ini. Murid-murid juga diberikan taklimat oleh pegawai penjara dan telah memahami bahawa konsep Penjara merupakan tempat terakhir dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia. Murid-murid dibawa melawat tempat-tempat khas seperti bilik kurungan dan tempat hukuman gantung dan tidak ketinggalan tali gantung. Responden B berpendapat pihak sekolah harus banyak mengadakan aktiviti luar sekolah bagi memberi peluang kepada murid-murid mengkaji. Menurut responden B. pegawai penjara telah member satu kejutan dengan menambahkan satu aktiviti yang sangat menarik minat murid-murid iaitu berkenaan tali gantung. selepas balik dari lawatan.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Responden B juga mengatakan melalui lawatan ini murid-murid dapat membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah. menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari.000. Katanya. Tidur tidak beralas. Bilik-bilik ini tak ubah seperti sangkar sempit dan amat tidak selesa.

gemilang dan terbilang. murid-murid telah dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman baru seperti memahami bahawa Penjara Sandakan berfungsi melaksanakan perintah penahanan oleh . responden B menyarankan agar pihak Kementerian Pelajaran perlu menyalurkan peruntukan yang mencukupi kepada pihak sekolah supaya dapat disalurkan kepada kelab atau persatuan yang memerlukanya supaya tidak mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti luar sekolah. bertamadun dan berilmu. 6. bilangan penghuni di penjara akan semakin berkurangan sejajar dengan harapan Perdana Menteri Malaysia yang ingin melahiran generasi yang berakhlak. Kelab Pencegahan Jenayah juga mengalami masalah kewangan dan tidak dapat menampung lawatan secara percuma. Responden B juga berharap supaya pada tahun yang akan datang. cabaran-cabaran penglibatan murid-murid dalam aktiviti luar sekolah perlu diatasi untuk membentuk generasi muda yang cemerlang. Menurut responden B. Masalah ini biasanya wujud kerana terdapat ibubapa yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan yang masih bersekolah dan tidak berkemampuan untuk membayar yuran penyertaaan. murid-murid akan memperolehi pelbagai ilmu dan pengalaman baru apabila mereka ditempatkan di masyarakat kelak. Dengan menyertai aktiviti pendidikan luar. Murid-murid berasa puas dan yakin pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian dan apabila meningkat dewasa. Oleh itu. Selain itu jelas menunjukkan murid-murid sangat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat melalui lawatan tersebut.0 Kesimpulan Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada responden A dan B telah menunjukkan keduadua responden bersetuju aktiviti lawatan sambil belajar mempunyai banyak kelebihan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian setiap murid. Murid-murid juga dapat berkongsi pengalaman yang berguna ini dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang mengikuti lawatan.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Menurut responden B. terdapat juga murid yang sangat berminat untuk menyertai kegiatan luar sekolah tetapi mereka tidak mampu membayar yuran yang dikenakan. Disamping itu. amat berfaedah walaupun lawatan ini cuma sehari. lawatan sambil belajar ini. Justeru.

psikomotor dan afektif yang berkesan. dapatlah dirumuskan bahawa lawatan sambil belajar merupakan satu kaedah gabung-jalin antara pendidikan tradisional dan pendidikan moden untuk mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi domain kognitif.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 mahkamah ke atas banduan sehingga banduan dibebaskan dan melindungi masyarakat dengan menyediakan penahanan yang selamat dan program pemulihan banduan yang efektif.10 Cadangan Berdasarkan penyataan-penyataan yang telah dihuraikan di atas. dan menimba ilmu baru serta dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku dalam bilik darjah. Disamping itu. Untuk tujuan ini persekitaran luar bilik darjah dijadikan sebagai makmal hidup bagi mendedahkan murid-murid kepada situasi sebenar. 6. program ini juga memupuk semangat murid-murid untuk bekerjasama. . Pada pendapat saya program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid serta hubungan sesama masyarakat sekeliling. menghormati antara satu sama lain. Apabila murid-murid dapat menggabung-jalinkan keupayaan mental. Justeru itu program lawatan sambil belajar harus dirancang oleh setiap sekolah untuk memenuhi aspirasi pendidikan yang menuntut warga pendidik melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah. Harapan saya selaku warga pendidik agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan murid-murid. pengetahuan dan kemahiran dengan baik maka tahap kesedaran kognitif dan moral mereka akan dapat ditingkatkan. Selain itu. murid-murid juga tahu komitmen penjara yang dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri banduan untuk berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta dapat menikmati kehidupan yang normal selepas menjalani tempoh tahanan. Lawatan ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

918) . kalau seorang dalam keluarga jadi penagih. murid-murid dapat membuka minda disamping memberi peluang kepada mereka untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik. (Jumlah perkataan : 2. satu keluarga akan terjejas dan menurut keterangan daripada pegawai penjara kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. ibu bapa dinasihatkan supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.Segalagalanya bermula dari keluarga. umpamanya. sama ada kesilapan mereka sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan dan meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang fungsi Penjara Sandakan. Diharap dengan menyertai lawatan ini. Dadah.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 Selain daripada pendidikan formal di sekolah.

Masalah Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kurikulum. ”Achievement Goal and Optimal Motivation : Testing Multiple Goal Models”. New York Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2002. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia Barron (2001). Pendekatan Kontemporori.Hill (Malaysia) Sdn.HBEM1403/TUGASAN JAN 2012 RUJUKAN Azizah Nordin (1990). . Bhd. McGraw.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful