Guru 1.

0 PENGENALAN

1.1 Definisi guru

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu egen terpenting yang memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan dan sebagainya. Oleh itu, kepimpinan seorang guru dalam mengendalikan proses pendidikan amatlah dititikberatkan bagi merealisasikan setiap matlamat yang diinginkan.

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai ciri-ciri atau gaya kepimpinan seorang guru, kita perlulah memahami dengan lebih jelas tentang apakah dan siapakah yang dikatakan sebagai guru ini. Menurut Kamus Dewan (2002), guru didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh atau melatih. Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup, mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan melatih bermakna mengembangkan keterampilanketerampilan kepada para pelajarnya.

1.2 Kedudukan guru dalam pandangan Islam

Salah satu perkara yang agak menarik dalam ajaran Islam ialah mengenai penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap guru. Penghargaan kepada guru ini begitu tinggi sehingga menempatkan kedudukan guru setingkat di bawah kedudukan nabi dan rasul. Mengapa hal ini dikatakan sedemikian? Hal ini kerana, guru sangat berkait dengan ilmu (pengetahuan), sedangkan Islam sangat menghargai pengetahuan.

Di samping itu, kedudukan tinggi guru dalam ajaran Islam merupakan realisasi ajaran Islam itu sendiri. Islam memuliakan pengetahuan, pengetahuan itu diperolehi daripada proses belajar dan mengajar iaitu yang belajar adalah calon guru dan yang mangajar adalah guru. Maka itu, tidak dapat dinafikan bahawa Islam memang satu agama yang sangat memuliakan guru. Dalam pada itu, kita

tidak dapat membayangkan bagaimana terjadinya perkembangan ilmu pengetahuan tanpa adanya seorang guru. Terdapat penyebab khas mengapa orang Islam amat menghargai guru, iaitu pandangan bahawa ilmu (pengetahuan) itu semuanya bersumberkan kepada Allah Tuhan sekelian alam. Hal ini dapat diterangkan berdasarkan kepada potongan ayat yang berikut:

......... ......... “Tidak ada pengetahuan yang kami miliki kecuali yang Engkau ajarkan kepada kami”.

Ringkasnya, ilmu itu datang dari Allah, guru pertama adalah Allah. Dengan itu, orang Islam sedar bahawa ilmu tidak terpisah daripada Allah, ilmu tidak terpisah daripada guru, maka kedudukan guru amat tinggi dalam Islam.

1.3 Konsep Kepemimpinan guru

Mengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalam konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Hal ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepemimpinan berupaya menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah.

Menurut Abdullah Sani (et.al), dalam buku “Guru Sebagai Pemimpin”, kepemimpinan guru dapat dirumuskan sebagai sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa atau kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan usaha dan tumpuan penuh pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang dapat melahirkan perasaan hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula perlu memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi.

Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang

dipertanggungjawabkan. Dengan itu, pelaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti berikut: • Keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan perasaan hormat. • Personaliti yang perlu diperkembangkan bagi mewujudkan pertalian yang dapat menyakinkan pihak sekolah dan staf. • Kedudukan yang perlu dihormati, diteladi dan dipatuhi. • Kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.

1.4 Konsep-konsep kepemimpinan

Menurut Haris dan Muijs (2005), terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepemimpinan guru iaitu peranan dan tanggungjawab serta kerjasama. Dalam konsep pertama, mereka menerangkan bahawa guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya dalam batasan ruang linkup bilik darjah bagi mempengaruhi pelajar mencapai matlamat sekolah tetapi tempat memainkan peranan dalam usaha mencapai matlamat yang yang telah disusun oleh pihak sekolah.

Tambahan itu, guru yang berkepemimpinan memainkan peranannya sebagai guru yang bukan hanya membimbing pelajarnya memperoleh pencapaian yang terbaik tetapi juga berupaya memimpin dan membimbing teman sekerjanya ke arah matlamat yang hendak dituju iaitu matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa arahan atau paksaan daripada pihak atasan. Berdasarkan kepada perspektif ini, Katzenmeyer dan Moller (2005) menghuraikan tiga kemahiran kepemimpinan utama yang perlu dimiliki oleh seseorang guru.

1) Guru yang berkepemimpinan berkebolehan mempengaruhi pelajar atau rakan lain dan bertindak sebagai fasilitator, mentor, pakar kurikulum, pembentuk pendekatan baharu yang menerajui kumpulan pembelajaran dan sebagainya.

2) Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti melibatkan diri menerusi peranannya sebagai ketua bahagian seperti guru kanan, guru sumber dan lain-lain, menjadi ahli kepada kumpulan kerja seperti jawatankuasa bertindak sebagai guru disiplin, guru persatuan dan lain-lain serta bertindak selaras dengan matlamat yang ditekankan oleh pihak sekolah. Selain itu, guru yang berkepemimpinan ini juga tidak perlu menunggu arahan daripada pihak

atasan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan kerja. Sebaliknya, beliau mengetahui tugas yang perlu dibuat dan bertindak ke arah matlamat yang hendak dicapai dengan sendirinya.

3) Melalui keahlian jawatankuasa kantin, jawatankuasa PIBG dan lain-lain, guru yang berkepemimpinan berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah diberi kuasa sebagai ahli. Contohnya, memberi idea yang dapat diterima pakai memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan di kantin sekolah seperti menukar sistem perkhidmatan kaunter di kantin supaya lebih cepat dan efisien.

Manakala konsep kedua dalam kepemimpinan pula merujuk kepada konsep kerjasama. Konsep ini penting kerana agak mustahil bagi individu yang berketerampilan memimpin dan memajukan institusi tanpa kerjasama daripada individu lain yang mempunyai perkaitan kerja dengannya.

Menurut Liberman (2000), kepemimpinan ialah individu yang membantu rakannnya dalam mencuba idea baru dan memberi dorongan kepada mereka. Kepemimpinan guru bukan sahaja melibatkan kerjasama antara rakan sejawat di sekolah tetapi turut memastikan kejayaan sekolah. Justeru itu, kepemimpinan guru perlu menjalinkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat. Dengan itu, perbincangan dalam tema kepemimpinan guru akan dibahagikan kepada beberapa subtajuk kecil. Antaranya, kepemimpinan guru dalam bilik darjah, kepemimpinan guru menurut pandangan Islam, kompeten kepemimpinan guru, implikasi kepemimpinan guru dan kepemimpinan guru dalam pengajaran dan budaya sekolah.

2.0 KEPIMPINAN GURU DALAM BILIK DARJAH 2.1 Definisi Kepimpinan Bilik Darjah

Menurut Hook dan Vass (2000), kepimpinan bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kemahiran ini juga merupakan satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku seharian dengan interaksi dua pihak. Di samping itu kemahiran ini turut dikaitkan dengan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan menyakinkan pelajar-pelajar

faktor-faktor yang mempengaruhi bilik darjah hendaklah diambil kira oleh guru-guru. Menurut Wilcox (2005). • Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya. juga menyatakan bahawa kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaan berikut. Dalam pada itu. dan • Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seorang guru. 2. Hook dan Vass (2000) menyatakan kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukan memerlukan guru yang memilki kemahiran-kemahiran berikut: • Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi. • Memahami bilik darjah adalah satu sistem.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Bilik Darjah Bagi memastikan kepimpinan dalam bilik darjah berfungsi seperti yang diharapkan. Hook dan Vass (2000). • Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka walaupun sedikit. Menurut Mak Soon Sang (2008). • Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan. • Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat dicapai di setiap bilik darjah.tersebut untuk mengikut. dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu guru kelas atau guru subjek dan juga pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru di dalam kelas ataupun tidak. Apa yang diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid. dan • Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah lazimnya boleh . Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasi kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. • Setiap kali apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap.

kerusi untuk guru dan murid. Keadaan seperti ini akan memudahkan pelajar untuk berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. papan kenyataan. ceria dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam rumah sendiri. Manakala faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya di dalam bilik darjah ( Mak Soon Sang. Hasilnya terbentuk suasana yang harmonis. sudut mata pelajaran. Dalam hal ini.diklasifikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal. Kemudahan ini termasuklah bilik darjah. ruang yang selesa. papan kenyataan dan sebagainya.com. http://www.my). Pelajar di dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. iaitu berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang dikenali sebagai komunikasi sehala. pelan keselamatan. Faktor fizikal merujuk kepada segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. faktor sosial dan faktor emosi. Dalam hal ini guru perlu menetapkan . Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu jadual bertugas. meja kerusi. murid dengan guru. wujudnya perasaan kerjasama dan kekitaan serta semangat berdikari. Selain daripada itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur ketika menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. sudut bacaan atau rujukan. computer dan CD dan LCD juga akan mempengaruhi bilik darjah sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. termasuk kemudahan penggunaan laman web. serta interaksi guru dengan murid. 2008 ).google. interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala. meja. dan murid dengan murid. Manakala susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. bilik darjah yang kondusif mestilah dilengkapi dengan kemudahan peralatan asas seperti papan hitam. Dalam pendekatan memusatkan bahan dalam bilik darjah. . yang dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-murdinya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas.(Haji Samsudin bin Md Noor. almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan alat bantuan mengajar serta peralatan sokongan. Perbezaan ini dapat dilihat kerana terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu atau tidak suka bergaul dengan murid yang lain. carta organisasi. kata-kata motivasi.

proses pengajaran . mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Manakala gaya kepimpinan demokratik merupakan gaya kepimpinan guru yang bertanggungjawab dengan memberikan galakan dan bukannya desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. bertimbang rasa. kucar kacir dan menyebabkan perhubungan antara guru dann murid menjadi tidak akrab dan mesra. faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Menurut Hook dan Vass (2000). Faktor emosi ini juga dipengaruhi oleh kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya kepimpinan autokratik. 2. sekirannya guru-guru dapat menunjukkan kepimpinan yang dapat menarik minar pelajar. cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan dan tidak merayau-rayau dalam kelas serta cara untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran. serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil. suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang. gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan laisezz-faire.perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik seperti cara murid memasuki kelas dan keluar seperti ke tandas. peramah dan lucu. Bagi mewujudkan budaya bilik yang efektif guru-guru perlulah menunjukkan kepimpinan dengan mengambil beberapa langkah yang bijak.3 Kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim Bilik Darjah Hook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah. Menurut Mook Soon Sang (2008). Langkah ini adalah bertujuan membentuk iklim bilik darjah yang mampu menarik dan membangkitkan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Mengikut kajian. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenisjenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Gaya kepimpinan autokratik meruju kepada gaya kepimpinan guru yang mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudakan suasan yang tertekan dan tidak menarik serta kurang kondusif. Gaya kepimpinan laissez-faire pula merujuk kepada gaya kepimpinan yang memberikan kebesan dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga bilik darjah menjadi tidak terurus.

para guru hendaklah memberikan perasaan optimism yang didesak.3.3. sebaik-baik guru boleh berhenti di pertengahan kandungan kurikulum dan menyelingkan beberapa aktiviti menarik. Perhubungan yang wujud juga akan membawa kepada percubaan guru untuk memahami memahami dunia pelajar dengan tujuan untuk mempengaruhi dan memimpin mereka. Pelajar akan merasakan dirinya menjadi penting dalam bilik darjah apabila selalu dipuji. iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu dicipta oleh guru. Oleh itu. 2.1 Mencari keseimbangan antara dorongan dan teguran Ketika proses pengajaran dan pembelajaran. imej guru juga dapat ditingkatkan malahan pelajar-pelajar akan sentiasa menantikan kehadiran guru tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan dua pihak yang saling terlibat akan saling memahami dalam hal berkongsi pengalaman dan saling berkerjasama lantas membawa kepada iklim bilik darjah yang cukup kondusif. Situasi seperti ini juga akan mendorong para guru mengamalkan tingkah laku yang lebih efektif dan berkualiti.3. 2. Kejayaan memasuki dunia pelajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada taraf emosi yang mesra. Keadaan ini adalah . Pelajar yang berjaya membuat sesuatu dengan betul juga hendaklah diberikan penghargaan supaya kepuasan diri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dapat ditingkatkan.2 Membangunkan Rapport bersama pelajar Dalam hal ini perhubungan antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan bagi memastikan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan. Ini kerana kebanyakan pelajar adalah suka dipuji dan diberi perhatian. Dengan ini.3 Mengaitkan pelajar dengan harapan Harapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasan dan pembelajaran yang berkesan. Ramai orang percaya harapan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi. Dalam hal ini.dan pembelajaran akan menjadi menarik dan kondusif. minat pelajar dapat ditarik untuk meneruskan pembelajaran. Antara langkah-langkah tersebut ialah: 2. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar dengan sewajarnya.

2. Ini kerana persekitaran yang sihat. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang melakukan kesalahan mestilah sinonim dengan sikap guru yang menerima kesilapan yang dilakukan sebagai satu kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. 2.5 Mengambil kira faktor keselamatan dan keyakinan Aspek keselamatan sangat penting dan perlu diberikan perhatian utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di mana-mana kawasan. Kepimpinan guru dalam bilik darjah perlu menekankan aspek ini. 2. bersih dan selamat akan menjamin proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi melibatkan kesemua tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konflik dalam kalangan pelajar.3. mengekalkan hubungan yang sempurna merupakan proses memperbaiki dan memproses semula. guru hendaklah menggerakkan keinginan pelajar untuk melibatkan diri dalam suasana bilik darjah mengikut hasrat hati semula jadi. Oleh itu sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Oleh itu interaksi dua hala antara guru dan pelajar adalah amat diperlukan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. .penting untuk memastikan kelangsungan kejayaan pelajar dan mencetuskan iklim bilik darjah yang sihat. Dalam hal ini pelajar pada kebiasaannya mengharapkan peranan mereka dipuji dan diperhatikan oleh guru.6 Membantu pelajar merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bilik darjah Pakar psikologi telah menyatakan hasrat inti sari manusia adalah menjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual.4 Mengekalkan hubungan kerja yang sempurna Menurut Hook dan Vass (2000). Dalam hal ini personaliti yang berbeza perlu diambli kira dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam tetapi menunjukkan teladan yang berkualiti.3.3.

Dalam hal . Pada masa yang sama. 2.3. berinisiatif serta bertoleransi juga mampu membimbing pelajar kepada nilai-nilai positif. Dalam aspek tugasan pula. seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains hendaklah menguasai keperluan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Penggunaan pujian dalam bilik darjah turut menghasilkan peneguhan positif kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran.7 Fokus kepada perkara baik Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa merefleks kepada pergerakan dan percakapan diri. Sebagai contoh.2.8 Stail guru Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. guru harus mengesan perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar sehingga mencetuskan suasana emosi positif bilik darjah. Di samping itu sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa pelajar ke arah kecemerlangan dalam aspek emosi. Sebagai contoh. Guru juga harus peka adakah pelajar mengikuti arahan di dalam kelas dan memastikan diri melakukan aksi yang betul. lantang dan jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. tugasan dan keperluan kemahiran. guru seharusnya menekankan matlamat tugasan. tujuan motivasi dan perasaan orang lain. Cara kepimpinan guru demokratik yang menekankan kepada kerjasama.4 Menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan di dalam Bilik Darjah Glickman (1990). Perkara ini termasuklah suara guru yang perlu sesuai. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik guru sebagai pemimpin dalam bilik darjah sewajarnya memiliki kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. manakala para pelajar pula patut mengetahui prosedur menuntut ilmu dengan penemuan diri.3. Kemahiran interpersonal merupakan keupayaan meneka mood. 2. guru hendaklah memuji pelajar selepas membantu membersihkan dan menyusun radas setelah menamatkan sesuatu eksperimen. menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran hanya akan dapat dijalankan sekiranya pemimpin atau guru tersebut memiliki tiga ciri utama iaitu pengetahuan yang mendalam. Apabila pelajar mengemukakan soalan guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperluan ingin tahu pelajar lantas memupuk keyakinan dalam diri pelajar. psikomotor dan afektif.

2. yang berkerangka untuk membuat satu keputusan ke atas tingkah laku pelajar. Kerangka tersebut merupakan kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar dalam situasi tertentu. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas akan memudahkan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas lantas memudahkan guru untuk memupuk suka dalam kalangan pelajarnya.ini.5 Membentuk agenda Bilik Darjah Agenda dalam bilik darjah adalah sangat penting dalam menentukan implementasi kepimpinan bilik darjah. Keputusan yang telah dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah disokong atau dilanggar dari segi empat hak asasi pelajar.1 Hak guru dan pelajar Ketika mengaplikasi teori kepimpinan di dalam bilik darjah. dan • Hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan. carta dan sebagainya. Ini kerana proses dengan penggunaan alat bantu mengajar suasana bosan dan tidak bermaya dapat dielakkan dalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sedang berlangsung. terdapat empat kunci utama utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak. Menurut Hook dan Vass (2000). yang boleh disampaikan.5. iaitu: • Hak pelajar untuk belajar. guru yang berada dalam bilik darjah harus peka kepada air muka. guru memerlukan respon yang jelas. 2. tanggungjawab. suara dan pergerakan badan pelajar. . Kemahiran guru dalam menggunakan alat bantu ini juga akan memudahkan lagi dan mampu menimbulkan minat pelajar untuk belajar. projector LCD. Kemahiran teknikal pula merujuk kepada keupayaan guru dalam pengurusan alat bantu mengajar seperti computer. peraturan dan rutin. • Hak guru untuk mengajar. Pembentukan agenda bilik darjah yang sesuai adalah penting untuk membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial pelajar. • Hak setiap individu untuk aspek keselamatan ( fizikal dan psikologi).

5. Dengan ini guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbul dalam bilik darjah. dan • Jangan mengantuk. guru juga harus memastikan para pelajar dapat memahami kehendak peraturan ini. kaki. Sebagai seorang guru. memanggil nama orang lain. Selain itu. guru harus sentiasa mendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke atas kelakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini.Berdasarkan kepada hak asasi tersebut. Katakata ini boleh dipaparkan di mana-mana sudut bilik darjah yang senang dibaca. Semasa proses pengajaran dan pengajaran guru perlu menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar. pengurusan tingkah laku dalam kelas adalah terpulang kepada hak guru. Ketiga-tiga peraturan ini sewajarnya dijadikan panduan oleh para guru.5. Oleh itu. • Mengikuti arahan guru • Menjaga dan memerhatikan tangan. 2. .3 Peraturan Semasa di sekolah guru-guru hendaklah sentiasa menekankan kepentingan peraturan sekolah. usaha mendorong pelajar untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab kea rah kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah rumit. Dalam pada itu. bergerak sesuka hati dan sebagainya. Dengan ini pelajar akan berasa lebih selamat sebelum menjalani proses pengajaran yang berkesan. 2.2 Tanggungjawab Tanggungjawab guru dalam bilik darjah lebih memokuskan kepada tingkah laku pelajar untuk membuat keputusan atau pemilihan positif. Peraturan kedua pula bertujuan untuk menjamin keselamatan fizikal dan psikologika dan yang ketiga adalah untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Peraturan pertama adalah bertujuan untuk memastikan guru dapat mengajar dan pelajar dapat belajar dalam suasana yang sesuai. guru juga dapat mengatasi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa ke atas perlindungan hak individu dalam aspek keselamatan. dan harta benda diri. Antara peraturan tersebut. Akhir sekali guru harus memastikan pelajar mematuhi peraturan ini demi kepentingan mereka.

dalam surah Ali Imran ayat 110: “Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi manusia. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dibuat untuk membantu kejayaan pelajar.w. membuat segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya (Ibrahim Mamat. mengedar alat bantu mengajar mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya. (kerana) kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji).w. kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang yang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan. Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual kedatangan.1 Kepemimpinan dalam Islam Menurut perspektif Islam. Sekiranya rutin ini dapat diuruskan dengan sistematik.t. serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenarbenar iman)”. masa dan tenaga dapat dijimatkan dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan.a. mendapat keredhaan Allah. 3.0 KEPIMPINAN DAN PERANAN GURU DALAM PERSPEKTIF ISLAM 3. Firman Allah s. Intipati ayat di atas memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan pendidik sebagai pemimpin. 1997:110).2. mereka bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan membina perkembangan manusia sebagai amanah Allah untuk membawa manusia ke jalan kebenaran. Hal ini dapat kita jelaskan sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah s.5.4 Rutin Rutin merupakan satu perkara yang berbeza dengan peraturan kerana mengutamakan aspek pentadbiran dan prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjah tidak menjadi kacau bilau. ketika menerima wahyu . menyemak keadaan fizikal bilik darjah. Rutin yang teratur ini akan menjamin kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam pada itu.

kewibawaan pemimpin adalah perlu untuk membawa ke arah kecemerlangan ummah. 2002). kemampuan dan kewibawaan dalam memimpin ummah. sifat-sifat inilah yang menjadi qudwah dan contoh teladan terbaik kepada masyarakat (Kamaruddin Zakaria. Mereka diharapkan dapat memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. kepemimpinan dalam Islam sifatnya adalah bersepadu.w. amanah. Tokoh-tokoh Islam ini sentiasa mengamalkan sifat taqwa.t sebagai sebaik-baik umat (Nor Hayati Alwi. Peristiwa dan paparan sejarah telah banyak menampilkan keunggulan beberapa tokoh kepeimpinan Islam seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq. ilmu pengetahuan adalah aset penting untuk mamastikan wujudnya kualiti kepimpinan. Saidina Umar alKhattab. Sejarah juga telah membuktikan bahawa para sahabat generasi awal yang taat kepada Allah s.w. Yusuf (1990) pula. Baginda telah diajar dan dibimbing oleh malaikat Jibril a. Oleh itu.pertama. Menurut beliau. . Pendapat di atas ini telah diperkukuhkan lagi oleh Zawawi Ahmad (1991) yang menjelaskan bahawa pendidik berperanan sebagai pemimpin. Umar Ibn Abdul Aziz dan lain-lain.t. pendidik yang kaya dengan ilmu akan dapat memberi keyakinan kepada pelajar sehingga martabat pendidik dianggap sebagai ulamak. Pendidik yang mempunyai kefahaman yang jelas terhadap pelaksanaan keperluan insan secara sepadu ini akan membuahkan hasil ke arah matlamat yang ingin dicapai. pembangunan antara spiritual dan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat (Andek Masnah. Di samping itu. 1999). Seterusnya. jujur dan ikhlas dalam kepimpinan mereka. pendidik juga seharusnya melaksanakan konsep kepimpinan melalui teladan.t ini telah berjaya membangunkan diri menjadi individu yang cemerlang sehingga mereka telah diiktiraf oleh Allah s. Sehubungan itu.w. iaitu kepemimpinan yang menitikberatkan keseimbangan di antara roh dan jasad.s selaku guru kepada Baginda. Menurut Aminuddin Mohd. pembimbing dan pengajar masyarakat. pemimpin yang menjadi model kepada yang dipimpin seharusnya mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam aspek tertentu untuk melayakkan dirinya sebagai pemimpin yang terbaik dan berwibawa. Lantaran itu. Kenyataan ini membuktikan bahawa kepimpinan Islam amat mementingkan persoalan akhlak. Saidina Usman Ibn Affan.). Dua prinsip kepimpinan yang telah digariskan oleh Ibn Taimiyyah (1999) iaitu prinsip kepimpinan al-Quwwah (berwibawa) dan al-Amanah (takut kepada Allah s. 2000). sifat-sifat mulia.

konsep kepimpinan pendidikan Islam telah dijadikan model dan platform kepada teori kepimpinan pendidikan yang dihasilkan oleh pakar-pakar sepanjang zaman. Hal ini sesuai dengan sabda Baginda dalam hadisnya yang bermaksud. Meskipun usaha Baginda ini memakan masa selama 23 tahun. sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah s. dalam proses mendidik dan memimpin ummah ke arah ummah yang berilmu dan sejahtera. namun matlamat untuk membina. keagungan kepimpinan Rasulullah s. Islam sangat memandang berat terhadap tugas dan tanggungjawab pendidik sebagai pembimbing dan pemimpin untuk penyampaian ilmu. menimba ilmu atau memberi ilmu.w. Tegasnya. • Kemampuan dalam memotivasikan pimpinannya.a. Di samping itu. prihatin. tulus dan memimpin secara praktikal iaitu melalui contoh teladan (Ibrahim Mamat 1997: Ab. mendidik dan melahirkan generasi Islam yang unggul dapat berkembang sehingga ke hari ini. Kepimpinan Islam dapat dirujuk melalui kepimpinan Rasulullah s. sebagai ikutan yang terbaik kerana pada diri Baginda terdapat segala contoh dan teladan yang baik dalam semua aspek kehidupan (Ibrahim Mamat 1997:110).w.w. dalam mendidik dan memimpin umat Islam. ciri-ciri inilah seharusnya dicontohi oleh setiap pendidik hari ini dalam melaksanakan proses mendidik untuk melahirkan insan yang mulia.a. bersikap adil.w. sebagai pembawa risalah. malah mendidik dan memimpin generasi ke arah kehidupan yang sejahtera. .w.a. Matlamat pendidik Muslim bertepatan dengan ciri kepimpinan Rasulullah s. adalah dengan melaksanakan pelbagai kaedah dan amalan seperti bersifat penyabar. • Kemampuan menggerak terhadap pimpinannya.w. “Sesungguhnya diutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Riwayat al-Bukhari). Tambahan itu.Hadari Nawawi (1993) turut menyatakan bahawa kepimpinan pendidik yang lebih mantap dan efektif adalah melalui beberapa ciri berikut antaranya: • Sikap dan perilaku pendidik yang baik.a. Tugas pendidik bukan sahaja mengajar. Halim 2002). sekaligus sebagai pendidik dan pemimpin yang unggul.a. Para ilmuan terdahulu telah menjelaskan bahawa kejayaan kepimpinan Rasulullah s. jelas terbukti melalui kegemilangan usaha Baginda sebagai pendidik dan pemimpin yang berjaya membawa umatnya dari kegelapan kepada kesejahteraan ummah. • Akhlak yang terpuji dan baik. Oleh yang demikian. khususnya para sahabat.a. Pada dasarnya. kepimpinan pendidikan Islam telah lama wujud dalam kepimpinan Islam dan telah dipraktikkan oleh Rasullullah s. Dengan itu.

a. pendidik Muslim hendaklah melaksanakan kepimpinan pendidikan berteaskan kepada kepimpinan Rasulullah s. Zahrah Bahran 1997). Kesannya. Halim Tamuri 2000). kewibawaan pendidik atau guru Muslim adalah sangat penting dalam melaksanakan usaha mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan.Berdasarkan kepada kajian kepimpinan pendidikan.w. para pendidik seharusnya menyedari perkara ini dalam membina kekuatan diri sebagai pendidik dan pemimpin yang terbaik. demi kesejahteraan dan kegemilangan ummah.2 Definisi guru dalam Islam . tingkah laku dan ciri-ciri kemuliaan haruslah diamalkan. Misalnya. realiti ini masih belum berlaku dalam kalangan pendidik zaman sekarang. malah memberi makna yang lebih luas ke arah perubahan yang lebih baik terhadap individu menurut pandangan Islam. Wan Mohd Zahid Nordin 1993. Namun. Keadaan ini membuktikan bahawa sebahagian pendidik atau guru pada hari ini masih belum mampu untuk mewujudkan kepemimpinan yang berwibawa dan berkualiti. didapati masih ramai pendidik pada hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai role model terbaik kepada pelajar. Pendidikan Islam gagal untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan mereka. kegagalan menampilkan ciri-ciri tersebut akan membantutkan keunggulan ummah dan secara tidak langsung akan merendahkan martabat golongan pendidik agama sebagai golongan ulamak yang berwibawa. membimbing dan memimpin telah semakin luntur disebabkan terlalu memberi fokus kepada pemindahan penyampaian ilmu dan maklumat. malah tidak dapat menerapkan nilai-nilai mulia ke dalam diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ab. Hal ini kerana. Oleh itu. konsep mendidik. 3. penekanan prestasi akademik dan berorientasikan peperiksaan semata-mata (Zainal Abidin Kadir 1994.w.a. Kegagalan pendidik dalam memperkasa nilai-nilai murni dan sifat mahmudah ke dalam diri pelajar menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin pelajar yang semakin meruncing. Oleh itu. Dalam pada itu. bagi mempamerkan keunggulan kepimpinan pendidik Muslim. Tegasnya. Sehubungan itu. golongan pendidik disarankan agar melaksanakan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad. peranan dan kepimpinan pendidik bukan sekadar melaksanakan tugas pengajaran dalam kelas atau dewan kuliah. pendidik haruslah menerapkan sifat-sifat keunggulan dan keluhuran Rasulullah s. dalam diri mereka agar dapar menjadi role model kepada para pelajar dan dapat membentuk sifat terpuji dalam diri setiap pelajar. Kenyataan di atas membuktikan bahawa pendidik perlu memiliki ciri dan sifatsifat keluhuran dan keterampilan diri untuk dijadikan contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Dalam hal ini. Selain itu.

Halim Tamuri et.. Zawawi Hj.. 3. Ahmad Mohd Salleh. guru yang dimaksudkan di sini ialah pendidik yang memberikan pelajaran kepada murid dan biasanya guru adalah pendidik yang memegang mata pelajaran di sekolah. beberapa peranan penting haruslah dimainkan oleh seseorang pendidik terutamanya dalam kalangan pendidik Islam. . Abuddin Nata dalam buku “Perspektif Islam tentang Pola Hubungan Guru-Murid”.al. guru-guru khususnya guru pendidikan Islam perlulah memperkukuhkan lagi peranan mereka dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dalam Ahmad Mohd Salleh. Halim Tamuri et. 3) Sebagai mu’addib (Ab. Manakala menurut Dr. terdapat pula istilah ustadz bagi merujuk kepada guru yang khusus mengajar bidang pengetahuan agama Islam. Dalam bahasa Arab. 1984). Peranan guru pendidikan Islam ini terbahagi kepada lima kategori seperti: 1) Sebagai mu’allim (Ab. Hal ini kerana. walaupun sesuatu sistem pendidikan itu dikatakan baik.Menurut Dr. ibu bapa bertanggungjawab terhadap perkembangan anaknya. 2004. 2004. 1997. Ahmad Tafsir. 2004. 1997) mengatakan.al. orang yang paling bertanggungjawab ialah ibu bapa kepada anak didiknya. Dalam Islam. pendidik dalam Islam ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak-anak didiknya. ibu bapa telah ditakdirkan menjadi orang tua kepada anaknya dan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anaknya. pendidik dalam Islam ialah Guru. Halim Tamuri et. terdapat juga sebahagian ulama yang menggunkan istilah al-Mudarris yang bermaksud orang yang mengajar atau orang yang memberi pelajaran. tetapi guru yang mengajar bukan guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan atau diajar tidak akan difahami oleh pelajar dan seterusnya matlamat pengajaran sukar untuk dicapai. Hal ini kerana.al. Ahmad. istilah yang merujuk kepada pengertian guru lebih banyak lagi seperti al-Alim (jamaknya ulama) atau al-Mu’allim. Selain itu.3 Peranan guru sebagai seorang pemimpin dalam Islam Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepemimpinan berwibawa dan unggul. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001). 1979. Secara ringkasnya. Ahmad Mohd Salleh. Selain itu. Bahagian Pendidikan Guru. yang bererti orang yang mengetahui. Seterusnya. 2001). Kementerian Pendidikan Malaysia. al-Shaybani. 2001. dalam bukunya “Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam”.. 1997. Oleh itu. 2) Sebagai murabbi (Ab.

w. beriman. sukakan kebendaan dan pada masa yang sama mereka mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakal. bijaksana dan sebagainya (Saedah Siraj. bermusuhan.t. Selain itu.al. 2001). Ta’lim ini juga dikatakan sebagai proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. 5) Sebagai da’i atau pendakwah (Wan Bakar Wan Dagang. 2001). 3.1 Guru sebagai Mu’allim Mu’allim adalah kata nama yang berasal dari kata terbitan ta’lim (pengajaran). guru bukan sahaja berperanan membentuk akhlak pelajar. guru perlulah mengajar pelajar dengan niat untuk melahirkan atau membentuk palajar yang beriman dan taat kepada perintah Allah s. seterusnya dapat menyelamatkan mereka daripada azab api neraka. tetapi bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan. sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat pelajar serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama. guru dalam pandangan Islam haruslah berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002). memberi rangsangan motivasi kepada para pelajar dan memahami kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan peranannya sebagai mu’allim. Sebaliknya. Hal ini kerana. mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah dan meningkatkan kecekapan ikhtisas (Wan Bakar Wan Dagang 1991). Wan Daud.4) Sebagai mursyid (Ab. dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu.. guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas. al-ta’lim mempunyai dua pengertian iaitu. yang pertama ialah mengajar dan yang kedua ialah menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan. Di samping itu. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan seperti mempunyai hawa nafsu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. Selain itu. para guru hendaklah memperkemaskan peranan mereka dalam memberi ilmu kepada pelajar. mengajar bukan semata-mata kerana ingin mendapatkan upah atau sebarang ganjaran di dunia. ilmu tersebut sangat penting untuk dijadikan panduan oleh pelajar dan juga sebagai perisai kehidupan bagi mengawal unsur-unsur negatif yang ada pada diri seseorang pelajar. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sistem pendidikan yang sedia ada. . dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. 1991). cintakan agama. 1991). Halim Tamuri et. mereka juga berperanan sebagai mu’allim yang perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan (Wan Mohd.

mendidik.2 Guru sebagai Murabbi Murabbi berasal daripada kata terbitan tarbiyyah yang bermaksud pendidikan. Antara sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam proses mendidik. Walaubagaimanapun. 1993) dan ‘Ulwan (1989) mengatakan guru-guru dalam kategori ta’dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan pelajar dan hendaklah menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa pelajar. memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud perasaan kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Ibrahim Amini (1997) dan ‘Ulwan (1989). Antara ciri guru murabbi adalah seperti menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri. Zawawi Hj. memelihara. dan menjaga disiplin pelajar dengan menggunakan pendekatan mencegah dan menegur secara baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. dan menaikkan semangat pelajar serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktikkan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka. tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. keupayaan akademik dan ekonomi. peranan guru sebagai murabbi melibatkan proses mendidik. pangkat dan kehormatan masyarakat. antara ciri-ciri guru murabbi adalah seperti mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar. merahsiakan maklumat sulit pelajar kecuali kepada yang berhak. dan bersedia membimbing pelajar serta menunjukkan cara berpakaian.3. Perkara penting yang ditekankan di .3. pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada pelajar. 3. guru yang mendidik bukan kerana inginkan balasan bersifat kebendaan seperti wang. sebagai mu’addib. Abdul Raof Dalip (1985. Menurut Husain Mazhahiri (1993). Dalam perspektif Islam. mengembangkan. Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini (1997) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (upah atau gaji) dalam proses mendidik pelajar.3 Guru sebagai mu’addib Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mu’addib (Syed Muhammad Naquib al-Attas.3. tarbiyyah bermaksud mencurahkan kasih sayang. Beliau telah menggunakan perkataan ta’dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Bagi Ahmad Salleh (1997) pula. guru mestilah memiliki sifat-sifat terpuji. menyuburkan dan membesarkan. bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1979) lebih menekankan peranan guru sebagai mu’addib berbanding dengan mu’allim dan murabbi. mendedahkan dan memahamkan pelajar mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan. sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka. Ahmad. tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah. 1980. Dalam hal ini. 1984). Menurut Ghani Tengku Jusoh (2002).

guru perlu memiliki kebersihan lahiriah seperti daripada segi amalan pemakanan yang bersih dan suci. Al-Ba’labakki (1995) dalam Al-Mawrid mendefinisikan penasihat yang ikhlas dalam bahasa Inggeris dipanggil mentor. Oleh itu. menjaga kebersihan diri. Antaranya adalah seperti mempunyai jiwa yang bersih daripada segala kekotoran (dosa) seperti sifat riak. berkongsi impian dengan anak didik dan membina persepsi kendiri yang ceria. mengambil berat terhadap orang lain. bersifat murah hati. tokoh pemindah yang berperanan untuk perkembangan seseorang iaitu gabungan peranan ibu bapa dan rakan sebaya.0 KOMPETEN KEPIMPINAN GURU .w. Guru juga tidak boleh terlibat dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam cara berpakaian.4 Guru sebagai mursyid Istilah mursyid sinonim dengan perkataan ahda yang bermaksud memberi petunjuk. Hal ini kerana. 4. perbuatan dan percakapan (Muhammad Uthmani elMuhammady. Oleh itu guru hendaklah menyediakan diri mereka sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada pelajar kerana sifat tersebut merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s. para guru perlu manjaga kehebatan dan kehormatan diri mereka pada pandangan masyarakat. ujub dan pemarah. beberapa aspek peranan guru mursyid boleh dilihat dalam layanan seorang mentor kepada pelajar-pelajarnya. menyampaikan sesuatu kebenaran atau ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kajian ke atas konsep mentor oleh Bova dan Philips yang dirumuskan oleh Saedah Siraj et al.sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak wajar diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan kerana ia akan membahayakan pencapaian diri sendiri. (1996) menunjukkan mentor memiliki status sebagai seorang yang memiliki status yang agak tinggi dan sedia memberikan bimbingan sepenuhnya. Manakala dalam Kamus Dewan (2002). 1997).3. pendengar yang baik dan mencurahlan rasa hati. Hal ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi. 3. 1991 dalam Ahmad Mohd Salleh. Selain itu. mamakai pakaian yang bersih dan berperibadi mulia. mursyid didefinisikan sebagai guru agama. penyayang.a. Sehubungan itu. Selain itu. terdapat juga beberapa sifat mu’addib yang telah disenaraikan oleh Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini (1997). bersifat sentiasa menerima dan bertanggungjawab. ikhlas. hasad. dan sebagai orang yang sangat berpengaruh terhadap anak didiknya. bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. pemimpin dan taat kepada perintah Allah. Secara ringkasnya. guru mursyid ini juga boleh berperanan sebagai guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas. model contoh dan penasihat kepada pelajar.

4. seseorang guru haruslah memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas. mendalam dan terkini Ilmu pengetahuan merupakan perkara asas yang seharusnya ada dalam diri seseorang guru yang akan mengajar di sesebuah sekolah. Namun walaubagaimanapun jika ilmu pengetahuan yang ada hanyalah ilmu pengetahuan yang sedikit. Clark ( 1997 ) telah menggariskan 8 intipati yang penting iaitu: 4. Oleh itu.1 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas.2 Cekap menggunakan sumber Peggunaan bahan secara cekap dalam menggunakan segala bahan yang ada dengan kadar yang optimum perlu ada dalam diri setiap guru. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika guru memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana penguasaan ilmu pengetahuan oleh guru akan mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan efektif sewaktu berada di dalam kelas. Kemahiran ini amat penting untuk mendapatkan maklumat.1. Ilmu pengetahuan mengenai teori pedagogi juga amat penting dan harus dikuasai oleh seseorang guru supaya penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik. Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan dalam diri dan juga keyakinan pelajar terhadap guru mereka. kemahiran . Kelengkapan ilmu pengetahuan yang mendalam ini adalah amat penting kerana kekurangan yang ada dalam diri guru akan mengakibatkan kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri dan sekaligus akan mencacatkan penyampaian maklumat kepada murid. pengetahuan guru terhadap fizikal dan psikologi pelajar juga amat dititikberatkan dan penting. mendalam dan terkini sebelum melangkah masuk ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran. ilmu tersebut tidak akan mendatang apa-apa kelebihan tetapi hanya akan mendatangkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Bagi pihak murid pula kegagalan penyampaian guru dalam pembelajaran akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap guru tersebut. melakukan analisis.Dalam membincangkan mengenai kompeten kepimpinan guru ini. Selain daripada itu.1.

mempunyai pemikiran dan tindakan yang strategik serta keupayaan mengimbangi antara tuntutan kehidupan dan kerjaya merupakan kriteria kepimpinan seorang guru yang cemerlang dan amat diperlukan dalam sesebuah sekolah.4 Berwawasan Pada abad ke-21 ini menyaksikan pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh guruguru dan ini memerlukan kepimpinan yang tinggi untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan yang datang. Selain daripada itu. daya juang yang tinggi. Ini akan menunjukkan lagi piawaian diri bagi seseorang guru tersebut. daya tahan. guru seharusnya merebut peluang sedia ada untuk memajukan dan melengkapkan diri dalam pengguna ICT agar dapat menggunakan untuk kepentingan diri dan murid-murid. 4. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi yang ada pada hari ni harus digunakan secara meluas oleh setiap guru untuk mengakses maklumat sebagai pemangkin bagi kaedah pengajaran sewaktu di dalam kelas. guru juga harus mempunyai dan sentiasa mengekalkan integriti dan etika seorang guru walaupun men$galami tekanan yang besar. Selain itu. Guru yang berkepimpinan baik hendaklah sentiasa bercitacita tinggi dan berusaha untuk mencapai objektif pembelajaran.1. Guru juga harus berani untuk memikul dan mengambil tanggungjawab pada kehidupan dan juga kerjaya. Seseorang guru juga seharusnya mempunyai daya saing.3 Memiliki budaya dan jati diri Guru yang memiliki budaya dan jati diri penting bagi kepimpinan guru untuk membolehkannya menghadapi cabaran dalam pengurusan diri sewaktu dalam proses pengajaran di dalam kelas. semangat dan daya saing yang tinggi. mempunyai misi yang jelas.dalam perancangan dan mengelolakan sesuatu rancangan ataupun program serta pengurusan perbelanjaan dan kewangan supaya tidak berlaku sebarang pembaziran. seseorang guru tersebut juga harus mempunyai azam dan komitmen yang tinggi serta bersedia meningkatkan kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang sesuai dengan peredaran zaman pada masa sekarang. 4. Menerima teguran dengan hati yang terbuka serta bersedia untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang ada dan juga bersedia untuk menerima sebarang tanggungjawab juga merupakan jati diri yang wajib ada dalam setiap guru. Guru yang mempunyai pandangan yang jauh. . Dengan ini. segala tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan diri. daya saring dan daya tekal.1.

. individu itu sendiri juga haruslah mengubah sikapnya terlebih dahulu.5 Mengamalkan budaya beretika Budaya beretika juga harus disemai dalam diri setiap guru yang akan mengajar di sesebuah sekolah. penyayang. berdisiplin. bersopan santun. Kemahiran berkomunikasi ini juga penting bagi guru untuk meningkatkan kefahaman kepimpinan guru dalam pelbagai cabaran dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada komunikasi berbentuk formal ataupun berbentuk informal. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi ini merupakan penentu kepada keberkesanan penyampaian dan penukaran maklumat kepada pelajar. Penguasaan kemahiran mengendalikan kerja secara berkumpulan juga akan membolehkan guru menghadapi cabaran-cabaran yang datang disamping dapat membentuk suasana persekitaran yang selesa yang akhirnya menjadi pemangkin kepada usaha untuk mencapai matlamat yang berkesan. Amalan etika yang baik seperti menjaga perpaduan. jika seseorang individu mengharapkan orang lain mengubah sikap. Menurut Leithwood dan Jantzi ( 1998 ). Seseorang guru juga mestilah mempunyai kemahiran dalam melihat perbezaan budaya sekaligus bersikap terbuka untuk menilai perbezaan itu secara jujur dan okjektif. kepimpinan guru akan lebih terserlah. Guru juga harus mempelajari cara untuk menggunakan pelbagai medium komunikasi.1. kemahiran dalam mengendalikan gerak kerja secara berkumpulan perlu dikuasai untuk menunjukkan sifat kepimpinan yang dimiliki oleh seseorang guru. 4. kerja berpasukan. Ini merupakan cabaran bagi guruguru untuk mengguna alat-alat komunikasi yang moden terutama dalam arus globalisasi ini.6 Mahir berkomunikasi dengan berkesan Adalah satu kawajipan dalam setiap guru memiliki kemahiran berkomunikasi. hidup sihat. Dengan adanya etika seperti ini. tidak lengkap jika mempunyai kemahiran berkomunikasi sahaja.4. berinteraksi serta berkerjasama dengan pengikutnya yang mungkin berasal dari pelbagai kaum dan bangsa yang perbezaan dari segi budaya antara satu sama lain. Namun begitu. Kemahiran dalam memahami kepelbagaian budaya ini akan membolehkan guru sentiasa bersedia untuk berhubung. Disamping itu juga.1. jujur dan ikhlas merupakan amalan ataupun etika yang perlu ada dalam diri setiap guru.

1. ketua panitia bahasa Melayu perlu turut turun padang untuk memastikan perjalanan aktiviti Minggu bahasa Melayu berjalan dengan lancar. kemahiran-kemahiran lain juga haruslah dikuasai agar dapat menjadikannya pemimpin yang lebih berkesan dalam kerja-kerja kepimpinan yang besar skopnya. seseorang guru juga hendaklah memiliki keupayaan untuk melihat sesuatu perkara tersebut melalui sudut dan dimensi yang berbeza daripada orang lain. Disamping itu juga. Kefahaman dan penghayatan dalam pada keluruhan misi dan nilai-nilai organisasi adalah perlu difahami oleh guru agar dapat memastikan setiap tindakan yang diambil oleh pelajar sentiasa berada dibawa pemantauannya. Sebagai contoh.4. Kefahaman seseorang guru itu juga seharusnya secara menyeluruh ke atas setiap organisasi yang diwakilinya. guru yang memiliki kepimpinan yang baik boleh mengambil tindakan dengan sentiasa menjaga dan memastikan kelas yang didudukinya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur untuk meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah.1. 4. 4.8 Produktif Guru juga harus sentiasa mempunyai azam dan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan kemahiran agar menjadi lebih produktif sesuai dengan cabaran yang sentiasa memerlukan kepimpinan yang tinggi.2 Dimensi Kompeten Kepimpinan Guru Dalam membincangkan mengenai kepimpinan guru.1. Terdapat empat dimensi yang berbeza bagi guru yang memiliki keupayaan melihat melalui dimensi yang lain mengikut pengelasan yang digariskan oleh Haris dan Muijs ( 2005 ). seseorang guru seharusnya memiliki kebolehan untuk menterjemah prinsip-prinsip dan menggunakan penterjemahan itu untuk dipraktikkan sewaktu berada didalam bilik darjah. menjelaskan bahawa berlaku perubahan dari segi kepimpinan sekolah akibat daripada perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai apabila kepimpinan sekolah telah berubah secara progresif daripada model lama kepada satu model baru yang turut memberi kawalan kepada guru. . Kemahiran memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi juga perlu dikuasai sejajar dengan kemunculan alaf baru ini. Untuk meningkat prestasi sesebuah sekolah itu.7 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi Nathan ( 2001 ). Adalah perlu seseorang guru mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam melakukan tindakan yang strategik untuk memastikan kelansungan. perkembangan dan pertumbuhan program dan organisasi. Contohnya.

2. Dengan ini. kepimpinan yang ada dalam diri setiap guru akan menjadi lebih berkesan. 4. Oleh itu guru harus mempunyai keupayaan dalam memberi penumpuan ketika turut serta dalam perubahan yang dilakukan. 4. Tokoh seperti Hargreaves ( 1991 ). guru mestilah berkeupayaan untuk sentiasa menjaga dan seterusnya mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka. Penyataan ini turut diakui dan disokong oleh Teddlie dan Reynold ( 2000 ) dengan mengeluarkan pendapat bahawa matlamat sekolah dan kepentingan kepimpinan setiap guru harus dikongsi kerana ia adalah amat penting agar dapat meningkatkan keberkesanan untuk mencapai matlamat sekolah yang telah digariskan. Ini adalah penting untuk mendapatkan kerjasama yang baik antara guru dan seterusnya berusaha bersama-sama meningkatkan prestasi sekolah agar lebih cemerlang.3 Kompeten Kepimpinan Guru dan Pencapaian Matlamat Sekolah Matlamat sesebuah sekolah untuk muncul sebagai sebuah sekolah yang cemerlang bukan hanya boleh dicapai dengan adanya pelajar cemerlang sahaja. Akan lebih terbukti lagi jika guru mampu dan sentiasa mendapatkan maklumat tambahan sama ada melalui bantuan dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan sebagainya. 3. Adalah satu kewajipan bagi sekoarang guru untuk memiliki kemahiran dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar sama ada secara langsung mahupun sebagai orang tengah sahaja. Sikap positif dalam diri setiap guru amat diperlukan untuk sama-sama menjayakan sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh pihak sekolah. guru matapelajaran dan guru kanan turut berkongsi tanggungjawab dalam menilai dan membuat keputusan untuk kepentingan dan peningkatan pencapaian sekolah. Guru-guru seperti guru panitia. hubungan antara rakan sekerja amatlah penting dan harus dijaga. . Little ( 1990 ) dan Rosenholz ( 1989 ) telah mengatakan bahawa jika wujudnya faktor kolaboratif antara guru. terdapat perubahan-perubahan drastik yang akan dilakukan oleh pihak pentadbir. Ini juga bermaksud dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan sekolah haruslah meminta pendapat setiap guru kerana keputusan yang dibuat adalah berkait rapat dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Pencapaian matlamat sekolah ini turut dipengaruhi oleh kepimpinan yang ada pada guru-guru yang ada di sekolah melalui beberapa intipati yang penting. Dalam profesion keguruan. Dalam pentadbiran sekolah. Kepimpinan seseorang guru tersebut akan terbukti apabila mampu menyampaikan maklumat-maklumat yang penting dengan tidak mengambil kira maklumat tersebut adalah yang lama ataupun yang baru dan lebih sensitif lagi.

Masalah-masalah seperti interaksi yang kurang dan sikap guru yang mengasingkan diri daripada rakan sekerja merupakan masalah yang cukup besar dan utama dalam melahirkan guru yang berkepimpinan. Dengan adanya budaya positif ini juga keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap guru tersebut akan meningkat dan sekaligus akan mewujudkan suasana pembelajaran dan diri pelajar yang lebih positif. pemerhatian dan kerja berpasukan juga adalah penyebab yang besar. Terdapat beberapa nilai kepimpinan yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian matlamat sekolah seperti: 4. 4. Faktor lain seperti sifat degil yang tidak menerima kepimpinan orang lain sewaktu dalam perbincangan. 2001 ). Hubungan antara guru dan murid di sekolah juga secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pencapaian sekolah kerana ini akan membuatkan keyakinan pelajar semakin bertambah dan tahap pencapaian akan turut meningkat ( Sebring dan Bryk ).Menurut Hackney dan Henderson ( 2005 ) peningkatan pembelajaran yang bersifat demokratik sewaktu didalam kelas seperti menggalakkan pelajar berfungsi secara kritikal dan menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama antara satu sama lain adalah didorong oleh kepimpinan guru yang baik dan efektif sewaktu melakukan proses pembelajaran didalam kelas. guru menggalas beban utama dengan menjadi entiti ataupun komuditi manakala pelajar sebagai produk pendidikan yang merupakan hasil daripada pembentukan budaya yang dibentuk oleh guru.3. Budaya sekolah yang positif amat diperlukan kerana budaya inilah yang menjadi intipati dan ikutan bagi semua pelajar. Pencapaian sekolah ke tahap yang lebih tinggi lagi akan mampu dicapai jika hubungan erat sesame guru wujud di sekolah. Dalam pebentukan budaya sekolah. Ini adalah kerana. dengan adanya hubungan erat sesama guru ini. terdapat banyak kekangan dan halangan yang perlu dihadapi untuk melahirkan guru yang berkepimpinan ( Katzenmeyer dan Moller. Apa yang diinginkan melalui pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membentuk warga negara yang berketrampilan dan produktif akan tercapai sejajar dengan matlamat yang disasarkan oleh sekolah. peningkatan dalam penyedian proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Namun walaubagaimanapun. Ini sekaligus akan merencatkan dan menjarakkan pencapaian sekolah.2 Menukar kepimpinan .3.1 Penjana budaya sekolah Di sekolah guru dan pelajar mempunyai peranan ataupun fungsinya sendiri iaitu sebagai sebagai sebuah komuniti sekolah. Adalah satu tanggungjawab sebagai seorang guru untuk memimpin pelajar ke arah budaya sekolah yang positif.

Seseorang guru itu haruslah memainkan berfungsi sebagai pakar kurikulum. Ini kerana besar implikasinya terhadap sekolah jika sesuatu keputusan yang telah dibuat mendatangkan keburukan kepada sekolah. 4. Selain daripada peranan diatas.4 Kepimpinan membuat keputusan Setiap keputusan yang dibuat untuk sekolah amatlah penting.Untuk melahirkan guru yang berkepimpinan dalam sekolah bukan la satu tugas yang mudah. Selain itu. Dalam konteks ini. dan penggalak pembelajaran berkumpulan. . kemahiran serta ketrampilan seseorang individu atau guru amat diperlukan dalam kepimpinan pengajaran agar prestasi setiap pelajar akan terus meningkat ke arah kecemerlangan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.3. pencapaian peribadi diri juga haruslah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa agar sentiasa menjadi lebih baik daripada sebelumnya. pemerolehan serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan rancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih dan terancang mengikut acuan wawasan yang telah dibina. Di samping itu. guru dapat menggunakan segala sumber yang ada dengan kadar yang optimum. komitmen. Usaha. Dengan adanya kepimpinan pengajaran ini. Pendek kata kepimpinan transformasi adalah satu proses untuk mempengaruhi warga sekolah melalui usaha berterusan oleh guru-guru. guru harus mempunyai strategi yang sesuai seperti mebentuk rancangan pendidikan yang menarik. ahli jawatankuasa bertindak dan persatuan ibu bapa dan guru. guru mampu menjalin hubungan ikatan silaturrahim yang erat sesama rakan sekerja. guru juga semestinya perlu memperkasa. pencipta kaedah baru.3. kemahiran penterjemahan dalam diri guru amat diperlukan. 4. fasilitator.3 Kepimpinan pengajaran Kepimpinan pengajaran ini bermaksud keupayaan seseorang guru untuk menterjemah wawasan dalam sistem pembelajaran formal sewaktu disekolah. Oleh itu guru harus bijak dalam menilai setiap aspek yang ada sebelum melakukan ataupun membuat sebarang keputusan seperti memilih keahlian pasukan.merangsang dan meningkatkan kesedaran diri untuk membolehkan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan. pembimbing. mentor. Untuk merealisasikan kepimpinan pengajaran ini. kemahiran interpersonal yang baik dalam diri guru juga penting kerana dengan adanya sikap ini.

Kuasa autonomi dimaksudkan adalah merangkumi aspek penyelesaian masalah. kerja secara berkumpulan adalah amat penting untuk membina kerjasama.6 Kepimpinan guru dan pengupayaan dalam bilik darjah Sewaktu berada dalam bilik darjah.3. sikap bersatupadu dan komitmen yang tinggi diantara guru dan pelajar.4. 4. Pendek kata. Terdapat banyak kelebihan jika pengurusan bilik darjah dapat dilaksanakan dengan baik seperti dapat menjimatkan masa dan tenaga guru dan juga pelajar itu sendiri. Selain itu. pengupayaan sewaktu berada dalam bilik darjah adalah penggunaan kuasa yang telah diberikan kepada setiap guru bagi menjalankan tugas yang diarahkan dan dipertanggungjawabkan disamping mengawal pelajar.3. mencari penyelasaian yang lebih efektif.5 Kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif kepimpinan guru untuk mengawal dan mengurus bilik darjah adalah penting kerana kegagalan mengurus bilik darjah akan merencatkan sistem pembelajaran dengan suasana kelas yang tidak terkawal sepeti bising. Kepimpinan dalam megurus bilik darjah ini juga termasuk seperti mengurus atau membentuk organisasi bilik darjah. Di samping itu juga akan wujud lebih banyak peluang untuk guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan berunsurkan pengajaran dan seterusnya menjadikan sistem pembelajaran yang lebih bermakna.3.8 Memperkasa kecerdasan emosi pelajar . Kerjasama yang utuh akan mampu merealisasikan matlamat dan visi yang telah digariskan oleh sekolah.3. motivasi dan disiplin. 4. Pembentukan kerja secara berkumpulan juga dapat memperkembangkan dan lebih mendalami matlamat sekolah. motivasi dan seterusnya dapat mempertajamkan kemahiran yang sedia ada dalam kalangan guru dan pelajar. kuasa autonomi guru adalah diperlukan untuk mengawal dan mengawal keadaan kelas. 4.7 Pembentukan kumpulan kerja dalam bilik darjah Di sekolah. kreatif. membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk kebaikan dan pencapaian murid. kotor dan sebagainya.

9 Mengamalkan komunikasi yang efektif Aspek komunikasi dalam pembelajaran adalah penting untuk mewujudkan situasi kelas yang efektif.3. 5. Telah banyak tindakan yang dilakukan untuk memperkasa kecerdasan emosi pelajar agar setaraf dengan kecerdasan intelek termasuklah mengaplikasikan aspek kecerdasan emosi ini dalam aspek kurikulum sekolah. emosi dan jasmani. Pengurus . 4. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. guru harus mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi sewaktu dalam bilik darjah untuk mencapai kecemerlangan murid dan seterusnya merealisasikan visi dan matlamat sekolah. Komunikasi yang baik akan mendatangkan pelbagai kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Fasilitator 4. Komunikasi yang baik juga dapat menggelakkan pelajar belajar dalam situasi yang kaku dan bisu. Pembimbing 3. Dalam komunikasi sewaktu didalam kelas boleh berlaku secara sehala. Keseimbangan kecerdasan emosi dan intelek ini adalah amat penting dan haruslah seimbang dalam diri pelajar untuk mencapai kecemerlangan kerana kecerdasan intelek sahaja tidak mampu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi situasi kehidupan yang sebenar. rohani.Sejajar dengan matlamat yang telah disasarkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dengan menjadikan aspek kecerdasan emosi sebagai landasan untuk melahirkan dan membentuk insan yang seimbang daripada segi intelek. 5.1 Peranan Guru : 1. dua hala dan pelbagai hala yang melibatkan penyampai mesej ( orang yang bertutur ataupun menulis ) dan menerima mesej ( pendengar dan pembaca ). Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk para pelajar ke arah merealisasikan hala tuju itu dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Pengajar 2. Inventor 5. Oleh itu. Kegagalan komunikasi ini akan menimbulkan konflik kerana berlaku perselisihan ataupun pencanggahan antara dua pihak.0 KEPIMPINAN GURU DAN BUDAYA SEKOLAH Guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai ejen perubahan.

Guru juga berperanan sebagai mentor ataupun tempat rujukan pelajar semasa memerlukan pandangan dan tunjuk ajar. guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah yang sistematik dan teratur bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pembelajaran yang kondusif dapat disediakan oleh guru. maka akademik pelajar turut cemerlang.5 Pengurus Mampu mengurus dengan cekap. Selain itu. 5.1 Pengajar Berusaha untuk memahamkan pelajar berkaitan konsep dengan mudah. Hal ini sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kepada pembinaan pelajar ke arah insan yang seimbang.1.1. kreatif dan kritis.2 Pembimbing Membimbing pelajar ke arah bersikap rasional. realistik dan kondusif bagi menghadapi dan menyelesaikan masalah ekoran cabaran hidup. 5. ia turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para pelajar. sistematik. Penghubung 5. Apabila disiplin pelajar cemerlang.1. seronok dan bermakna.1.1. sempurna dan otomatis dalam memupuk disiplin kendiri pelajar.1. 5.4 Inventor Memperkenalkan inovasi daripada aspek inovasi teknik dan sebagai agen yang membawa perubahan kepada suasana dan persekitaran pembelajaran pelajar.3 Fasilitator Pemudah cara dan mentor dalam membantu perjalanan harian dalam dan luar kelas.6. Di samping itu.6 Penghubung . 5. 5. Peranan sebagai pengajar juga merupakan satu agen untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar.

guru berperanan sebagai pencetus komunikasi (communication moderator) antara pelajar dan guru.2 Aspek ikutan Aspek ikutan yang dapat dijadikan panduan oleh guru bagi menjana budaya supaya sekolah lebih berkesan: Jon Saphier & Matthew King (1985). Dalam erti kata lain. Kepercayaan dan keyakinan 5. budaya kesamaan ini menghasilkan suasana kerjasama dan pelajar akan menjadi lebih akrab sesama mereka. Mendapatkan pengetahuan 7. Penyayang dan humor 9. 5.1 Kesamaan dan Kerjasama Guru tidak mempunyai sifat prejudis dan diskriminasi pada pelajar. Melibatkan penyelesaian masalah 10. Dengan hal demikian. 1. Tradisi 5. Semua pelajar perlu diberi perhatian dan tumpuan yang sama tanpa mengira status atau kedudukan keluarga pelajar ataupun juga aras pengetahuan dan kecerdikan pelajar. Kesamaan dan kerjasama 2.Menghubungkan pelajar dengan pelajar serta guru dan pelajar ke konsep universal. Budaya seperti ini menjadi nilai positif dan normal yang sihat supaya para pelajar berasa mereka adalah sama. Mencuba idea baru dan inovatif 3. Harapan yang tinggi 4. Penghargaan 8. Sokongan 6. .2.

2. Situasi ini secara tidak langsung menjana pelajar ke arah kecemerlangan yang nyata dan positif. 5. pengajar. Justeru. 5.5 Sokongan Guru perlu mempamerkan sokongan yang positif kepada pelajar apabila diperlukan.2 Mencuba Idea Baru dan Inovatif Guru perlu mempunyai keyakinan dan budaya tinggi daripada aspek kreativiti dan inovasi dalam proses mengajar.2. maka secara tidak langsung situasi ini menyediakan diri mereka dalam aspek pencapaian yang baik.2. Ciri ini memberikan keyakinan pelajar kepada guru dan seterusnya dapat menyemai sifat-sifat yang sama dalam diri mereka. penasihat. Hal ini menjadikan pelajar lebih yakin kepada . 5.3 Harapan yang Tinggi Guru perlu meletakkan ekspektasi dan harapan yang tinggi kepada pelajar daripada segi pencapaian. Harapan ini direalisasikan guru dengan melakukan peranan sebagai pembimbing. Hal ini menjadikan pelajar tertarik kepada pengetahuan dan pembelajaran seterusnya akan membentuk budaya mencintai ilmu dan daya saing dalam kalangan pelajar. Sokongan guru menjadikan pelajar lebih kompeten (berketerampilan) dan seterusnya bertindak sebagai rakan belajar yang baik kepada pelajar lain dan meningkatkan proses pembelajaran kalaboratif dan kerjasama. fasilitator dan sebagainya dengan ikhlas.5.6 Mendapatkan Pengetahuan Guru perlu berusaha mendapatkan pengetahuan yang baru dan terkini serta menarik dalam proses pengajaran. 5.2. Guru juga berperanan dalam menjadi pemangkin pelajar bagi meningkatkan motivasi diri dalam mengharungi cabaran sebagai pelajar.2.4 Kepercayaan dan Keyakinan Guru perlu mempamerkan sifat kepercayaan dan keyakinan yang tinggi apabila memainkan peranan terutamanya di hadapan pelajar. apabila pelajar dapat menembusi proses pembelajaran yang kondusif.

7 Penghargaan Guru perlu selalu mengamalkan sifat menghargai di atas kemampuan dan kejayaan pelajar.2.3 Kepemimpinan Dalam Pengajaran Guru . Secara tidak langsung keadaan ini membantu pelajar ke arah lebih informatif dan menjana kecemerlangan diri. Contohnya seperti mengucapkan selamat hari jadi kepada pelajar. Proses bersama ini membentuk pelajar sebagai duta dalam menyebarkan budaya yang positif bagi menangani masalah dalam kalangan pelajar menerusi pelajar sendiri. situasi ini menjana pembentukan sekolah yang bahagia dan seronok serta membentuk budaya yang periang dan mesra. 5.8 Penyayang dan Humor Guru perlu bersifat penyayang dan mempunyai sifat humor yang baik. 5. Hal ini seterusnya mewujudkan rasa penghargaan dan kasih sayang kepada guru itu dan seterusnya menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar.kemampuan guru sebagai pemudah cara. Seterusnya.2. Hal ini membentuk budaya sharing responsibility dalam kalangan pelajar serta bersifat bertanggungjawab dalam menjamin kesejahteraan sekolah. Keadaan ini akan membentuk keyakinan diri pelajar ke arah yang lebih positif. 5.9 Melibatkan Pelajar dalam Penyelesaian Masalah Guru perlu melibatkan pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam kelas atau yang berkaitan dengan pelajar. 5. Hal ini menjadikan pelajar mesra dan gembira. Sifat ini juga mampu menjurus kepada pembentukan budaya penyayang dan prihatin.10 Tradisi Guru perlu menghidupkan perayaan dan perkara-perkara tradisi atau menjadikan aspek-aspek budaya positif sebagai tradisi. Kesungguhan guru mendapatkan pengetahuan menjadikan pelajar didedahkan kepada ilmu yang lebih baik dan terkini. 5.2.2.

memperbaiki dan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.4 Keterampilan Kepimpinan Pengajaran Keterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan ataupun menyelesaikan masalah (Kamus Dewan). pemerolehan serta pengalaman pengajaran-pengajaran bagi memastikan rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan wawasan yang dibawa. Kepemimpinan pengajaran juga dikatakan berperanan mereka bentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal.4.Kepemimpinan dalam pengajaran merujuk kepada kebolehan guru memberi tumpuan kepimpinan.1 Keterampilan Teknikal * Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum * Kemahiran dalam disiplin ilmu * Pengetahuan bidang genetik dan spesifik * Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah. Keterampilan kejurubinaan 5. Keterampilan teknikal 2. sosiologi. Keterampilan bekerja di dalam sistem organisasi 4. 5. tindakan dan amalan yang berupa komitmen yang dilakukan guru bagi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu: 1. Keterampilan kemanusiaan 3. Ia dilakukan dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategi rancangan pendidikan. Terdapat empat keterampilan yang perlu dimiliki oleh kepemimpinan pengajaran guru. kemahiran serta keterampilan bagi meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan para pelajar ke arah kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keterampilan kepimpinan pengajaran pula adalah segala usaha. galakan dan sokongan dengan tujuan mengatasi masalah. Justeru dapat difahami kepimpinan pengajaran adalah proses yang melibatkan individu yang berperanan mencurahkan segala usaha. Psikologi dan Sejarah) * Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian . komitmen.

Kuasa paksaan 4. Kuasa rujukan . Kuasa ganjaran 3.5 Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin 1.4.4.2 Keterampilan Kemanusiaan * Memahami proses dinamika kumpulan * Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti * Menyedari keperluan pelajar. guru dan komuniti * Menyedari teori humanistik dan keperluan 5.3 Keterampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi * Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi * Menghayati fungsi organisasi * Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi * Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan 5. Kuasa sah 2.5. Kuasa pakar 5.4 Keterampilan Kejurubinaan * Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas 5.4.

3 Kuasa Paksaan Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan.4 Kuasa Pakar Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman. . Misalnya.5. kedua. Misalnya guru memberihadiah kepada pelajar yang cemerlang (mendapat tempat pertama.5. 5. dan ketiga di dalam kelas).2 Kuasa Ganjaran Kuasa ini berakar kepada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada pengikutnya. 5. perhubungan manusia dan teknikal. pelajar yang melihat hukuman yang bakal diterima kerana tidak membuat kerja sekolah sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan guru. pengetahuan dan kemahiran konseptual.5. 5.5. Contohnya. Guru ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya.1 Kuasa Sah Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatanya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi. guru pakar dalam bidang sejarah akan diberi perhatian oleh para pelajar untuk mendapatkan ilmu sejarah. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Pengikut akan patuh kepada pemimpin sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran.5.

6.5 Kuasa Rujukan Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya. Taktik Gabungan 8. pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan . Taktik Sah 9. Taktik Daya Tarikan Peribadi 6. Taktik Pujukan Rasional 2.5. pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap.5. Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties) 5. Taktik Tekanan 5. 5. 5. tertarik dan kagum. Untuk menggunakan teknik ini.6. kalau seseorang itu tertarik. Taktik Perundingan 4.2 Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Taktik Pertukaran 7.1 Taktik Pujukan Rasional Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan taktik ini. dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu. Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi 3. dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat. kagum dan hormat kerana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya.6 Taktik Pemimpin (guru) Mempengaruhi Orang Bawahan (pelajar) 1. juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkanaan.

simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan. Contohnya.6 Taktik Pertukaran Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugasan yang diminta olehnya. Misalnya.6 5 Taktik Daya Tarikan Peribadi Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties) Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai. orang lain ini mungkin terdiri daripada rakan sejawatan.6. misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. 5. Melalui taktik ini. guru meminta pelajar menyiapkan kerja sekolah di rumah. 5. orang bawahan. pelajar akan menyiapkan kerja sekolah itu kerana taat. . 5. guru kelas mendapatkan pertolongan guru kaunseling untuk memberi nasihat kepada pelajar. orang atasan atau mungkin orang di luar organisasi.menggunakan metafora.7 Taktik Gabungan Taktik ini adalah mendapatkan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan kita. taktik ini akan menjadi berkesan. kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.6. Taktik ini kadang-kadang menjadi satu cara untuk memanipulasi seseorang. Taktik ini akan menjadi berkesan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu. 5.6.3 Taktik Perundingan Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat. 5. Tetapi apabila seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinannya.6.

Abdul Rashid dan Abd. bilik darjah. 2007). Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan. Guru adalah individu teladan yang mampu memberi pengaruh besar terhadap persekitarannya dan kepimpinan guru yang diimplimentasikan secara berkesan akan membina pengaruh positif kepada pelajar. Di samping itu. polisi.8 Taktik Sah Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti.9 Taktik Tekanan Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan. guru. kepemimpinan guru akan menjadi lebih mantap dan terserlah apabila para guru terbabit secara langsung dalam proses membuat keputusan secara professional di sekolah. program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. kaedah ini digunakan sebagai satu tindakan terakhir setelah caracara lain gagal. Guru dan kepimpinan boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing kerana tugas guru yang sudah melangkaui batasan .6.6. sekolah dan masyarakat. Kepimpinan guru menyediakan peluang kolaboratif dan pembelajaran profesional yang mempengaruhi perubahan dalam bilik darjah dan sekolah (Abdullah Sani. Ghani. orang bawahan akan dimarahinya. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi. Kepimpinan guru bukan sahaja mampu memberikan implikasi terhadap pembangunan fizikal komuniti sekolah dan persekitarannya tetapi juga mampu memberi implikasi terhadap pembangunan psikologi dan sahsiah individu yang berhubung secara langsung dengan guru terutamanya pelajar dan ibu bapa.0 IMPLIKASI KEPIMPINAN GURU Kepimpinan guru merupakan suatu nilai positif yang mampu mencambahkan implikasi harmoni dalam lingkungan komuniti yang besar.5. dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Guru yang mempunyai karisma kepimpinan merupakan aset berharga kepada sekolah kerana tuntutan kontemporari memerlukan kalangan guru yang memiliki keupayaan untuk mengubah dan membina hala tuju sekolah daripada tahap yang sedia ada kepada satu standard yang lebih tinggi. 5. amaran. 6. peraturan.

2007). Guru yang duduk di sekolah tanpa keupayaan untuk menggerakkan atau berkerjasama dalam membangunkan organisasi sekolah bagaikan sang Singa yang hidup di belantara tebal tanpa taring dan kuku. Hakikat ini disokong oleh Yukl. Interaksi. Ghani. 6. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti yang berkesan seumpama ini. sokongan dan maklum balas sesama guru menjadi medium terbaik kepada proses refleksi dalam memantapkan lagi mutu pengajaran dan memperkasakan nilai kepimpinan guru (Abdullah Sani. 1989 (dalam Noraini Abdullah.bilik darjah menuntut kemampuan dan kewibawaan seseorang guru itu untuk menggalas tanggungjawab organisasi yang sedia ada di sekolah di samping menjalankan tanggungjawab sebagai arkitek dan jurutera yang berupaya untuk melahirkan insan berjiwa besar dan bermaruah. 2010) yang melihat kepimpinan sebagai satu proses seseorang individu mempengaruhi ahli-ahli kumpulan yang lain bagi mencapai matlamat tertentu. Abdul Rashid dan Abd. Guru yang berpengalaman dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi boleh membantu guru baru untuk mencapai kualiti terbaik dalam corak pengajarannya . Hubungan dua hala dalam linkungan yang harmoni sesama guru akan mewujudkan kesedaran positif dalam kalangan mereka terutamanya dalam membina kerangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk diimplimentasikan di dalam bilik darjah mereka. Mengajar dengan berpandukan buku teks dan skrip semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tidak cukup untuk mencapai standard sebuah sekolah klauster yang berwibawa dan berintegriti tetapi kewibawaan dalam kepimpinan seseoang guru di dalam dan luar bilik darjahlah yang akan memanaskan termometer yang seterusnya menggerakkan raksa kecemerlangan sesebuah sekolah itu ke tingkat tertinggi sepertimana yang diharapkan. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatnya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasama antara mereka.1 Implikasi terhadap guru sesama guru Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan guru-guru di sekolah tersebut untuk berkerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah.

Di .1976 (dalam Mohd. kebolehan dan bakat yang perlu diasah dan dipercayai. Hal ini diulas oleh oleh Abdullah Sani dan rakan-rakan (2007) dengan menyatakan bahawa kepimpinan guru adalah berlandaskan prinsip semua guru mempunyai kemahiran. Begitu juga halnya dengan sebuah komuniti guru yang mempunyai kefahaman terhadap tugas dan bertanggungjawab dalam kepimpinannya berupaya untuk saling bertukar-tukar idea dan saling memperbaiki melalui pengaruh bersama yang akhirnya mampu mengubah dan memperbaiki standard pengajaran yang sedia ada kepada suatu corak pengajaran yang lebih berkesan hasil daripada interaksi dan pembelajaran bersama ini. Pengetua yang bijak dan berkarisma lazimnya berupaya menjulang prestasi sekolah dengan memanfaatkan sepenuhnya kebolehan guruguru yang duduk sebumbung dengannya dalam organisasi sekolahnya. Pengetua yang mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan guru-guru yang ada di bawahnya lazimnya berupaya untuk memangkin keupayaan sebenar guru-guru di bawahnya untuk menghasilkan satu kualiti kerja yang mantap tanpa sebarang persepsi negatif terhadap tugas yang diamanahkan.iaitu melalui interaksi dua hala yang mantap serta melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi. Guru yang berkeyakinan dan berkesan bukan sahaja memberi kelebihan kepada diri mereka dalam mendepani hidup sebagai guru dan pemimpin tetapi turut memberi kelebihan terhadap kekuatan organisasi sesebuah sekolah.2 Implikasi terhadap pelajar dan bilik darjah Pelajar sebagai pembelajar menerima implikasi yang positif daripada nilai kepimpinan guru dalam bilik darjah terutamanya dalam proses pembinaan semangat dan penumpuan mereka dalam ruang lingkup berkenaan. Pengetua atau guru besar merupakan individu perdana dalam mana-mana organisasi sekolah dan kepimpinan mereka yang berkesan akan membawa implikasi yang positif terhadap usaha mengukuhkan institusi pendidikan primer mahupun sekuder di negara ini. 6. Sebagai contoh. Implikasi kepemimpinan guru ke atas guru membuka peluang kepada mereka meneroka aktiviti-aktiviti serta peluang pembangunan profesion dan menyerlahkan lagi keberkesanan kendiri serta keyakinan diri. Sikap yang positif ini menjadi satu kayu ukur terhadap sejauhmana seseorang guru itu mampu mengimplimentasikan daya kepimpinannya dalam lingkungan bilik darjah yang terdiri daripada murid dan pelajar yang pelbagai karenah. 1990) terhadap kanak-kanak gred 4 dan 5 (konteks luar Malaysia) mendapati sikap guru yang positif terhadap pelajarnya dalam memberikan pengukuhan mampu meningkatkan kreativiti seseoang pelajar itu. satu kajian yang dijalankan oleh Glover dan Gary. Daud Hamzah.

Hal ini boleh diperhatikan menerusi penyerahan tugas kepada mereka atas kepercayaan yang jitu. Sebagai contoh. Guru yang mendukung sifat kepemimpinan yang berkesan mampu menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya. Keprihatianan guru adalah kunci kepada kekuatan daya kepimpinan seseorang guru. kepimpinan guru juga mampu membawa implikasi yang positif terhadap moral dan akhlak pelajar di luar lingkungan bilik darjah mahupun sekolah kerana kepimpinan guru adalah picagari terbaik untuk menyuntik vitamin motivasi dalam diri pelajar. Persembahan pelajar dalam kurikulum lazimnya menjadi kayu pengukur kepada kewibawaan seseorang guru. guru juga perlu memenuhi kebajikan pelajarnya di dalam bilik darjah dengan melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara seimbang yakni mampu diterima oleh semua lapisan murid yang berbeza kredibiliti mental. Penurunan kuasa guru kepada pelajar seumpama ini mampu memberi impak positif terhadap jiwa dan minda pelajar yang melihat bahawa keputusan mereka dalam sesuatu perkara turut dipentingkan dan dititikberatkan demi keselesaan mereka sendiri. Guru yang mengamalkan kepemimpinan yang baik akan lebih terbuka dengan persekitarannya dan mereka juga akan lebih mudah untuk berkerjasama dengan pelajar. guru yang memiliki karisma lazimnya akan meletakkan kepercayaan yang positif terhadap pelajarnya. menjaga.samping itu. Guru sebagai pemimpin akan lebih positif dalam membimbing pelajar. Di samping itu. Keyakinan yang positif seseorang guru terhadap pelajarnya merupakan suatu proses refleksi positif yang terhasil daripada daya kepimpinan guru tersebut (Abdullah Sani. Kebajikan pelajar bukan semata-mata ditakrifkan sebagai keperluan lahiriah sahaja tetapi turut merangkumi penjagaan kebajikan dalam konteks yang lebih abstrak iaitu menjaga kebajikan pelajar dari segi rohani dan emosi. Guru yang bijak mampu mengimplimentasikan kewibawaan kepemimpinannya tanpa menjejaskan keutuhan rohani dan emosi pelajarnya malah memberi peneguhan yang mampu mencorak wawasan dan idealisme mereka sepertimana hasil kajian Glover & Gary (1976) yang dibincangkan di atas. Hal ini boleh dikaitkan dengan teori otak Triune yang yang dikemukakan oleh Paul Mclean yang menyatakan bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk membina pemahaman dan setiap otak adalah unik yang membezakannya daripada individu lain (Suppiah Nachiappan dan rakan-rakan. guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk menghiasi. Di samping itu. Kepimpinan guru menjadi faktor yang menyumbang kepada peningkatan persembahan dan kebolehan pelajar dalam pembelajaran dan sahsiah. dan menghidupkan bilik darjah mereka sendiri. 2009). Ghani. terbuka untuk berbincang dengan pelajar dan bertoleransi untuk mengambil kira pendapat serta keputusan pelajar bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan . Motivasi seumpama ini bukan sahaja mampu mewujudkan interaksi positif antara guru dengan pelajar tetapi juga menjadi platform kepada pemurnian jati diri pelajar sebagai manusia yang bermaruah dan berkeyakinan dalam mendepani cabaran hidup masa kini. Abdul Rashid dan Abd. 2007)).

pembelajaran. perkongsian visi dan matlamat. penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran. pemantauan terhadap perkembangan. pendapat. perhubungan baik dan erat sesama warga sekolah serta masyarakat luar merupakan antara bahagian-bahagian penting dalam budaya kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah yang membawa natijah positif untuk pembangunan dan pembinaan ahli sekolah dan suasana sekolah yang dinamik dan kondusif. 1995 (dalam Ahmad Zabidi. Prasarana sekolah juga menjadi lebih efisyen dan terkini dengan adanya guru yang berkepimpinan. bebanan kerja. Pengetua menjadi perancang dan penggerak utama dalam memartabatkan visi dan misi sekolah. . pengukuhan yang positif. Guru yang terlalu pasif dan terlalu terikat dengan gaya pengajaran tertentu akan membuatkan suasana bilik darjah menjadi bosan dan suram yang seterusnya mengganggu penumpuan pelajar terhadap sesi pembelajaran. 2006) memiliki 11 ciri penting yang dimulai dengan kepimpinan yang professional. Sikap lepas tangan yang lazim digembar-gemburkan dalam media massa yang dikaikan dengan guru tidak mungkin akan timbul dengan adanya nilai kepimpinan dalam diri seseorang guru. 6. Seorang guru yang mempunyai daya kepimpinan yang berkesan mempunyai keupayaan untuk mempersembahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna. Guru yang baik adalah pemimpin yang berkesan. Sekolah yang berkesan mengikut Mortimore.3 Implikasi kepada sekolah Kepemimpinan guru besar atau pengetua dan para guru yang bersatu padu dalam menjana pembangunan dan keberkesanan sekolah menjadi tunggak penting yang menentukan kecemerlangan sekolah seperti yang dinyatakan oleh Andrew & Marefield. permuafakatan antara rumah dan sekolah. Prasarana yang baik akan menzahirkan suasana yang kondusif serta harmoni untuk sesi pembelajaran. Kepemimpinan pengetua yang merangkumi perkongsian matlamat. 1991 (dalam Yahya Din. pengajaran yang bermatlamat. Hal ini jelas kerana pelajar perlu dipengaruhi untuk membentuk kredibiliti mereka dan hanya guru yang baik sahaja yang mampu melakukan perkara tersebut sepertimana pemimpin yang berkarisma membina wawasan rakyatnya untuk mencapai tahap kemajuan yang tertinggi. dan organisasi yang dinamik. kewujudan budaya pembelajaran. hak dan tanggungjawab murid. ceria dan berkesan. Kepimpinan guru di sekolah akan menjadikan sekolah lebih berkesan dari segi fungsi dan prestasinya. pengharapan yang tinggi. 2005) iaitu sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang berwibawa. Guru yang baik dan digemari pelajar lazimnya merupakan guru yang bervariasi dalam persembahan gaya pengajarannya serta peka terhadap keadaan pelajar yang berada di hadapannya. Sekolah yang kondusif mempunyai potensi untuk melahirkan modal insan yang berwibawa serta mampu untuk menggerakkan keupayaan diri walaupun telah berada di luar lingkungan sekolah.

4 Implikasi kepada masyarakat Walaupun fokus utama laporan ini adalah mengenai kepimpinan guru yang memfokuskan lingkungan sekolah. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk berkerjasama dengan pihak sekolah. Ibu bapa turut menerima impak yang positif daripada karisma kepimpinan guru di sekolah. dapat diperhatikan bahawa kepimpinan menjadi aspek perdana dalam menjana kekuatan sesebuah sekolah. bakat serta tenaga daripada semua pihak bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya. kakitangan sekolah ibu bapa dan masyarakat lain diberi peluang untuk terlibat dalam kepimpinan pengetua atau guru besar. Hasrat besar seumpama ini memerlukan komitmen.Berdasarkan cirri-ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Martimore. Melalui hasrat ini maka semua guru-guru. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mensyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik dalam perihal yang lebih besar wawasannya serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kredibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Kepimpinan Guru yang berkesan dan dinamik membuka peluang kerjasama dengan ahli masyarakat yang lain untuk membina dan membangunkan kredibiliti sekolah terutamanya dalam perkara yang melibatkan penyelesaian masalah disiplin pelajar dan pemantapan prestasi akademik pelajar. Pihak berkuasa. mengubah keadaan. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial pelajar. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anakanak mereka. Di samping itu. Prinsip kerjasama dalam kepemimpinan adalah suatu . pegawai pendidikan dan masyarakat umum juga menerima implikasi daripada kepimpinan guru dan mereka ini turut dilibatkan oleh guru sebagai komuniti bukan guru yang diperlukan untuk sama-sama membina dan mencorakkan lahiriah dan rohaniah modal insan negara yang bukan sahaja mampu memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi turut menjiwai Rukun Negara dengan kefahaman yang jitu dan mantap sebagai warganegara yang bertanggungjawab. kebolehan mengatur strategi. Seseorang pengetua yang berpandangan jauh melihat kepimpinan sebagai keperluan penting yang perlu dipikul bersama oleh semua pihak yang berada dalam lingkungan komuniti sekolah dan umum. Karismatik guru juga menjadi prasyarat penting kepada pembangunan sekolah. 6. membangunkan kemahiran dan pengetahuan guru meningkatkan lagi keupayaan organisasi seperti sekolah melonjak maju dan mencapai kecemerlangan secara menyeluruh. namun implikasi daripada kepimpinan guru ini tidak hanya statik kepada ruang lingkup sekolah dan komunitinya sahaja malah lebih luas dengan melibatkan msyarakat umum. kakitangan sekolah.

Perbincangan dan keputusan bersama menjadi intipati dalam melaksanakan tugas. 7. kami telah membincangkan tema kepepemimpinan atau kepimpinan guru dengan memperincikannya kepada lima subtajuk kecil. Sebagai contoh. Apabila wujud hubungan akrab dalam aspek ini antara ibu bapa dan guru maka sebarang permasalahan yang timbul akan lebih mudah untuk dirungkaikan dan diselesaikan.prinsip yang perlu diperkembangkan dengan lebih meluas antara guru dan masyarakat kerana kedua-dua pihak memerlukan suatu medium penyatuan hubungan dalam bentuk yang lebih praktikal. peningkatan dan kecemerlangan pelajar secara khususnya dan sekolah secara amnya. Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. nilai kepemimpinan guru semememangnya turut memberi implikasi positif terhadap masyarakat terutamanya ibu bapa kerana ianya mampu memberi kesan jangka panjang yang positif demi pembangunan. pengagihan tugas dalam mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) antara ibu bapa dan guru akan mengurangkan bebanan tugas sesama ahli persatuan dan seterusnya melicinkan perjalanan perjalanan mesyuarat berkenaan. kerjasama pihak berkuasa dan masyarakat umum dalam melaporkan salah laku pelajar di luar kawasan sekolah kepada pihak sekolah adalah satu lagi bentuk kerjasama yang boleh dibentuk dan dipupuk menerusi kepimpinan guru yang mempunyai keupayaan berkomunikasi dengan masyarakat yang ada di luar lingkungan sekolah. kepemimpinan . Prinsip kerjasama kepemimpinan adalah jawapan kepada penyatuan hubungan antara ibu bapa dan guru (Abdullah Sani. Di samping itu. Kepemimpinan guru juga mampu meningkatkan sifat kendiri yang positif dalam kalangan guru. Pelajar adalah ibarat layang-layang yang memerlukan tali untuk berpaut bagi mengelak terlepas jauh ke lembah yang gelap. Guru yang berwibawa dan berkarisma menjadi anak tangga kepada pelajar untuk sampai ke tahap tertinggi. dalam laporan ini. 2007).0 ULASAN Secara ringkasnya. kepemimpinan guru dalam bilik darjah. Abdul Rashid dan Abd. Hubungan guru dengan ibu bapa pula menghasilkan satu simpulan yang merentangkan tali yang panjang dan berupaya menerbangkan layang-layang di awan yang tinggi. Oleh itu. Ghani. Antaranya.

ia lebih menekankan tentang tanggunggjawab guru dalam mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya subtajuk implikasi kepimpinan guru fokus kepada kupasan mengenai kesan atau keberhasilan kepimpinan guru kepada pelajar. sekolah dan sebagainya.a. Di samping itu. ia memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang guru yang dapat menjadikan guru tersebut sebagai pemimpin yang berkesan kepada pelajar. dan implikasi kepemimpinan guru. Dalam subtajuk kepemimpinan guru dalam bilik daarjah. Manakala dalam subtajuk kepemimpinan guru menurut perspektif Islam. kami telah menghuraikan lebih mendalam bagaimana dikatakan dengan kepemimpinan guru dalam kelima-lima aspek penilaian tersebut.guru menurut perspektif Islam. Manakala kepemimpinan dan peranan guru dalam perspektif Islam dapat menjelaskan bahawa guru ini bukan sahaja menjadi orang yang berperanan sebagai pendidik dalam ilmu keduniaan. 8. subtajuk kepemimpinan guru dalam pengajaran dan budaya sekolah pula membincangkan tentang kemahiran guru dalam pengajarannya di dalam kelas peranannya dalam mempengaruhi budaya sekolah ke arah yang lebih baik. Oleh itu. Ini kerana kepimpinan seorang guru dalam bilik darjah bukan sahaja mampu mempengaruhi keadaan dan iklim dalam bilik darjah tetapi juga akan turut mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam bilik darjah. malah berperanan dalam menyampaikan ilmu agama Islam sebagai bekalan dalam kehidupan di akhirat sekaligus menyelamatkan manusia daripada azab api neraka. kewajipan guru dan bagaiman guru tersebut dapat merealisasikan matlamat utamanya sebagai guru menurut pandangan Islam. perbahasannya lebih menerangkan tentang kedudukan guru itu dalam Islam. Dalam subtajuk-subtajuk yang telah diperbincangkan ini. kompeten kepemimpinan guru. bagi merealisasikan pembentukan generasi berakhlak mulia. matlamat melahirkan generasi berakhlak mulia menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertepatan dengan seruan Rasulullah s. tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab guru sebagai pemimpin merupakan satu peranan besar yang bukan sahaja akan mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sesebuah sekolah malah. masyarakat.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya. kepemimpinan guru dalam pengajaran dan budaya sekolah. Selain itu. Kepimpinan guru yang cukup mantap dalam bilik darjah akan mampu membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan di samping mampu menimbulkan minat pelajar untuk belajar. Dalam subtajuk kompeten kepemimpinan guru. dapat membentuk insan manusia yang berakhlak mulia dan unggul. kepimpinan guru dalam bilik darjah bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan tetapi perlu diambil berat dan diberikan perhatian yang sewajarnya. para guru wajar menerima amanah tersebut dengan rasa rela hati selain menghayati peranan .w. Di samping itu.

Analogi ini memberi gambaran akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insane dalam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. Abd. disiplin dan peranan pendidik. Pendidikan akhlaq dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana yang diharapkan. Pelajar dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar di atas kapal yang dikemudi oleh kapten yang bergelar guru. Guru sebagai pemimpin. Prosiding Wacana Pendidikan Islam. kapal tidak akan bergerak dan begitu juga tanpa sokongan dan dorongan ibu bapa maka semangat pelajar untuk mempersembahkan kredibiliti diri sukar digembleng. Manusia yang lahir sebagai murid tetapi mati sebagai guru yang berwibawa merupakan individu mulia yang akan menghuni hati-hati manusia yang pernah mendengar celotehnya dan celoteh itu pula akan menjadi kenangan manis yang penuh bermaruah. BIBLIOGRAFI Ab. Selangor: Dewan Pustaka Islam. (2004). Halim et al. Jika baik pengemudian kapal tersebut maka penumpang akan berlabuh dengan selamat tetapi jika buruk pengemudiannya maka karam atau mudarat yang menanti penumpang dan kemudi kapal itu. Abdul Halim el-Muhammadi (1991). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Bangi: UKM. Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2002). Laporan Kajian Fakulti Pendidikan. Tanpa bebaling. Pendidikan Islam. Ab. Ghani Abdullah (2007). Abdullah Sani Yahaya. UKM dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Abdul Rashid Mohamed. falsafah. Guru boleh dianalogikan sebagai kapten kapal yang sedang mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada cuma persinggahan untuk menurunkan penumpangnya yang mengikuti pelayaran. .sebenar sebagai pendidik seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. “Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar”. Akhir sekali.

Diperolehi pada Mac 10. 2010 daripada . Kepimpinan. (2009). Bhd.html . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Yusuf (1990). Shukor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramlan Jantan. Diperoleh pada 18 Februari 2004 daripada Mohd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2010 daripada . Kepimpinan Rasulullah s. Aminuddin Mohd. Kepimpinan. Kamarudin Zakaria (2000). & Hazalizah Hamzah. Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Daud Hamzah (1990).w.blogspot. http://yangalim. Yahya Don (2005). Yogyakarta: Gadjah Mada University Press..com/2010/04/1. Suppiah Nachiappan. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Diperolehi pada Mac 18. Roslinda Mustapha.Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Hadari Nawawi (1993). Kepimpinan yang efektif. Bhd.a. Kuala lumpur: PTS publishing Sdn. Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kamarulzaman Kamaruddin. Noraini Abdullah. Aziz Abd. Abd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful