Bangunan Bersejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

NAMA:MUHD MUAZZ BIN MOHD RAMANI. FORM:3 AMANAH. GURU PENILAI:PUAN FATAHIAH BINTI NGAH RAWI.

Kandungan
Bil. Kandungan… 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya, Muhd Muazzadilah Bin Mohd Ramani ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Rohaya Binti Shariffin dan guru pembimbing saya iaitu Puan FtahiahBinti Ngah Rawi dan guruguru sejarah yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Ramani Bin Abdul Jalil dan bonda Norazah Binti Abdul Rahman yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhinggakepada rakan-rakan saya iaitu Danish Bin Norhakim,Rezza Bin Buang dan Hermai Jailani Bin Ahmad yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan.Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian

Objektif Kajian
Melalui kajian ini ,beberapa objektif kajian akan dipenuhi.Antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk melihat secara terperinci kawasan kajian kami dari segi lokasi,latar belakang tempat kajian.sejarah pembukaan ,perkembangan tempat ,kepentingan tempat zaman dahulu dan sekarang ,keistimewaan tempat kajian,pengasasnya dan latar belakangnya dari peristiwa yang penting yang berlaku di tempat ini. Selain itu,kajian ini dapat menyemaikan perasaan bangga dalam diri kita terhadap tempat bersejarah di kawasan atau Negara kita .Melalui kajian ini ,pelajar pelajar dapat memupuk sikap kerjasama dengan orang lain dan berdikari.Disamping itu juga,kita boleh mengeratkan hubungan melalui kajian ini.

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian semasa menjalankan kerja kursus sejarah ini. Antaranya ialah: Akhbar
-

Saya telah mencari di dalam akhbar bagi mendapatkan maklumat mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad

Penyelidikan Perpustakaan
-

Saya telah pergi ke perpustakaan awam dan perpustakaan di sekolah saya untuk mendapatkan maklumat Bangunan Sultan Abdul Samad dan saya telah menemui buku yang berkaitan dengan bangunan tersebut seperti buku Kota Warisan Tinggalan Berzaman.

Melayari Internet - Saya telah melayari laman internet iaitu http://malaysiana.pnm.com bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci lagi.

Pengenalan

Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897.Pada mulanya pembinaan ini dikenali sebagai “Bangunan Baru Kerajaan”(The New Govemment Offices), kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan”,(Federal Secratariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974.Asalnya hanya disebut sebagai “Bangunan” sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857-1898 pada ketika itu.

Asal Usul Nama

Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan Abdul Samad.

Tarikh pembinaan
Pembinaan dimulakan dalam tahun 1893. Perletakkan batu asas bangunan pada 6 oktober 1894 Charles B.H Mitchell gabenor Negeri-Negeri Selat ketika itu. Siap didirikan pada tahun 1897.

Pihak yang terlibat
Antara pegawai yang bertanggung jawab terdiri daripada Athur Charles Alfred Norman selaku arkitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku jurutera Negeri dan pengarah PWD,R.A.J.Bidwell dan A.A.Hubback yang menyediakan pelan,lukisan sehingga membolehkan bangunan ini dirasmikan oleh Frank Swettenham K.C.M.G.(Residen Jeneral) pada 4hb April 1897.

Arkitek
Bangunan ini direka bentuk oleh arkitek British bernama A.C.Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur dan dibantu oleh seorang jurutera British ,C.E.Spooner.

Tujuan penubuhan bangunan
Tujuan penubuhan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat: 1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); 2. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); 3. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);

4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); 5. Public Works Department (PWD); 6. Audit dan Perbendaharaan; 7. Pejabat Tanah; 8. Jabatan Galian; 9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office)

Kos Pembinaan
Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal $152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang dilakukan oleh H.E Sir Charles B.H Mitchell K.C.M.G (Gabenor negeri-negeri Selat) pada 6hb Oktober 1894.Kos pembinaanya yang berjumlah $152.824 merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Bahan Binaan
Antara faktor terawal menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Perasmian bangunan
Bangunan ini telah disiapkan pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Tahun 1896 dinamakan bangunan Sultan Abdul Samad mengambil sempena nama sultan yang memerintah Negeri Selangor ketika itu.merupakan satu mercu tanda Kuala Lumpur ketika itu.

Tujuan pembinaan:

Bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen general dan pejabat Besar Pos.Selepas kemerdekaan ia dijadikan pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Selangor ,Majlis Mensyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.Bangunan ini sedang menempatkan Makhamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Fungsi Bangunan Sultan Abdul Samad
1.Sebelum kemerdekaan -Pusat pentadbiran Negeri Negeri Melayu bersekutu ,pejabat Residen gabenor dan Pejabat Besar Pos 2.Selepas Kemerdekaan 1978 bertukar kepada -Menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah Mahkamah Tinggi Melayu dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 3.Selepas Kemerdekaan -Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Selangor Majlis Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.

Lokasi:
Terletak pada satu tapak terpilih di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di jalan raya yang ketika itu dikenali sebagai Gombak Road di pusat Bandar Kuala Lumpur. Kawasan meliputi seluas 10,200 meter persegi.di bahagian belakang bangunan terdapat jalan Belanda yang kini dikenali sebagai jalan Makhamah Persekutuan .berhampiran Dataran Merdeka ,Kelab Diraja

Selangor dan Masjid Jamek yang terletak di tebing Sungai Gombak.

peta kedudukan bangunan sultan abdul samad

Reka bentuk bangunan:
Dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam dimana ditengah tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas pokok bunga.mempunyai tiga kubah,menara jam besar setinggi 41 meter dan arked serta lengkungan yang luasTerdapat serambi tertutup yang merupakan elemen penting dalam rekabentuk bangunan di kawasan tropika.Senibina bentuk saracenic” berasaskan ciri seni bina Moorish dan Moghul yang

mempunyai unsur-unsur keislaman .Terbukti melalui 3 kubah yang diperingkat awal dibuat daripada kayu dan batu bata dicat hitam ,kini digantikan dengan kubah tembaga.Kubah tengah terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Menyerupai kubah Taj Mahal di Indra.tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti Masjid masjid di carelova Da Mesir,mempunyai verandah seluas 2 meter .

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah padang Kelab Diraja Selangor.

Pelan bangunan ini telah direka bentuk oleh arkitek dari British bernama A.C Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga yang berasal dari British, iaitu C.E Spooner.

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat Mezanin

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengahtengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor.

Tangga Berputar

Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin udara.

Tampak

TAMPAK HADAPAN

TAMPAK BELAKANG

TAMPAK KIRI

TAMPAK KANAN

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di

sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini.

Pengubahsuaian
Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja RM 17.2 juta.Pada waktu itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketigatiga kubah pada tahun 1982.Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut.Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

sebelum

selepas

Ciri ciri Jam Besar di Bangunan Sultan Abdul Samad

Jam besar Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur yang telah berdetik sejak tahun 1897.Merupakan jam paling tua penuh bersejarah di Negara ini.dalam tempoh tersebut ia telah berdetik selama 2,232 jam,133,920 minit,80,352 00 ribu saat. Jam tertua ini menggunakan sistem takal dan berat serta berbunyi setiap jam .Ia dibuat oleh seorang arkitek dari British A,C.Norman pada tahun 1897 serentak dengan pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad. Pada masa lalu ,jam besar ini merupakan tempat tumpuan orang ramai menentukan waktu.ia telah merakamkan detik berbagai peristiwa dan kejadian penting yang berlaku di Negara ini. Pada 12 tengah malam ,31 ogos 1957,jam telah berbunyi sebanyak dua kali yang menandakan Negara mencapai kemerdekaan yang sekali gus bendera Union Jack diturunkan . Pada tahun baru 1982,jam besar bersejarah ini juga menjadi tempat penentu waktu apabila waktu antara semenanjung Sabah,Sarawak dan Singapura diseragamkan.

Batu asas

Upacara perletakan batu asas bangunan ini dilakukan oleh Gabenor Negeri Negeri Selat iaitu Charles B.H.Mitchell pada 6 Oktober 1894. Batu asas ini diperbuat daripada konkrit seberat kira kira setengah tan. Ia diletakkan batu marmar yang mengandungi tulisan sempena upacara tersebut.Upacara ini turut dihadiri oleh Norman ,Bidwill dan Groves. Di dalam sebuah lubang di bawah batu asas itu,Gabenor telah meletakkan duit yen ,beberapa keeping duit syiling Negeri Negeri Selat ,sekeping timah Selangor daripada Straist Trading Company dan senaskhah akhbar Selangor Journal Akhbar Selangor pertama yang diasaskan pada 1892.Benda benda ini merupakan petunjuk pada sesiapa yang mungkin merobohkan bangunan ini pada suatu hari nanti.Gabenor kemudiannya telah mengumumkan rekabentuk pembinaan bangunan tersebut sebagai Great Architect Of The Universe.

Rumusan
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai. Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini. Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…” Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain,

melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafaat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful