1.

0

PENGENALAN

Perang Dunia Kedua yang berlakuantara tahun 1939 sehingga tahun 1945 di merupakan satu konfik sedunia yang paling dahsyat.1 Peperangan di antara dua kuasa besar iaitu kuasa Berikat
Page | 1

dan kuasa Paksi telah mengakibatkan berlakunya banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Kemenangan Jepun di seluruh Asia Tenggara pada tahun 1942 meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja ke atas negara yang dijajah tetapi juga kuasa dan rejim kolonial Barat. Pendudukan Jepun di Asia Tenggara disifatkan sebagai satu zaman yang mengubah sejarah rantau Asia Tenggara serta corak perkembangan politiknya.2 Perubahan ini boleh dilihat dengan lahirnya negara-negara Asia Tenggara yang merdeka beberapa tahun selepas kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945. 2.0 PERKEMBANGAN POLITIK DAN SOSIAL : 1939-1945

Sepanjang pemerintahan atau pendudukan Jepun di rantau Asia Tenggara telah memberi kesan terhadap politik dan sosial terutamanya semangat kebangsaan negara-negara Asia Tenggara dan sistem pendidikan moden yang digunakan sebagai alat membangkitkan semangat kekitaan dan persediaan untuk kerjasama dalam kalangan masyarakat tempatan yang tidak pernah wujud dalam pemerintaha kolonial sebelum itu.3 Pendudukan Jepun juga memperlihatkan golongan elit Asia Tenggara dapat menyertai pentadbiran negara secara meluas dan bermakna. Perkembangan sosial dan politik semasa Perang Dunia Kedua yang difokuskan kepada pendudukan Jepun dapat dilihat di rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Burma, Filipina, Vietnam dan Kemboja.

1 2

Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. hlm 263. Alfred McCoy. 1970. “French Colonialism In Loas 1893 -1945”. Dalam Nina S.Adams & McCoy (ed.). Laos : War And Revolution . New York:Harper Colophon Books. Hlm.1. 3 Menurut Dr. R. Suntharalingam, nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan rakyat kepada negara bangsa itu tidak kira jika konsep negara itu hanya sebuah masyarakat politik yang diimaginasikan. Untuk keterangan lanjut, sila lihat R.Suntharalingam. 1985. Konsep Nasionalisme: Ke Arah Satu Takrif. Dalam R.Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj. Ismail (ed.). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Hlm. 1-17.

2.1

INDONESIA

Perkembangan yang dapat dilihat semasa Indonesia di bawah pentadbiran Jepun adalah politik yang telah membawa kepada perkembangan nasionalisme. Salah satu daripada tindakan pertama
Page | 2

pihak Jepun selepas penawanan Batavia pada bulan Mac 1942 ialah pembebasan pemimpinpemimpin Indonesia yang telah ditahan oleh Belanda.4 Dalam pentadbiran yang diperkenalkan oleh Jepun, orang Indonesia dipujuk supaya menerima jawatan-jawatan penting yang dahulunya tidak dapat dipegang oleh mereka kerana dihalang oleh pihak Belanda walaupun mereka mempunyai kelayakan yang secukupnya.5 Tindakan tersebut yang diambil oleh pihak Jepun telah membuatkan penduduk tempatan berhutang budi terhadap Jepun. Setelah membenarkan penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran, pihak Jepun mula memperkenalkan “Gerakan Perikatan Bertiga” iaitu slogan “Pelindung Asia” dan “Jepun Cahaya Asia”.6 Selama beberapa bulan yang pertama, pihak Jepun dianggap sebagai „tuan‟ yang lebih baik daripada pihak Belanda.7 Dengan kata lain, Jepun telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasiolisme berlaku dalam kalangan rakyat di negara kepulauan itu. Namun demikian, setelah beberapa bulan memerintah Indonesia, Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan seperti yang dialami oleh masyarakat Burma dan Tanah Melayu terutamanya golongan petani. Rakyat Indonesia menghadapi kebuluran barangan
4 5

Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. 389. Pihak Belanda yang berasal daripada keluarga yang bertaraf tinggi di Indonesia telah berlumba-lumba mendaftar sebagai kasta rendah. Sebelum Jepun menduduki Indonesia, golongan ini adalah golongan tertinggi dan sombong. Untuk keterangan lanjut, sila lihat K‟tut Tantri. 2006. Revolt In Paradise. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama. Hlm. 110. 6 “Gerakan Perikatan Bertiga” bertujuan untuk me mupuk kepimpinan kebudayaan dan ekonomi Jepun pada mulanya dapat mengumpul sokongan tempatan. Akan tetapi, sokongan ini telah berkurangan dan bertukar menjadi rasa benci terhadap keganasan pihak Jepun yang tidak putus-putus digunakan dalam menyekat nasionalisme Indonesia. Untuk keterangan lanjut, sila lihat, Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. 389. 7 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 674.

1949. Research Indonesia. Hlm. Menurut G. Kakin. 225.pengguna. World War Two Pacific Island Guide. 21. membunuh dan bersikap sombong terhadap masyarakat Indonesia membuatkan Jepun dibenci oleh masyarakat Indonesia. 93. masyarakat mengalami kebuluran akibat daripada inflasi yang tinggi. pengeluaran getah tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941. Hlm. inflasi.8 Di Tanah Melayu juga. 9 Shigeru Sato. Unted States : Greenwood Publishing Group. penubuhan PUTERA telah menambahkan kesedaran politik dan mengukuhkan keazaman rakyat Indonesia untuk capai 8 Pihak Jepun telah membuat kezaliman terhadap masyarakat Indonesia seperti merogol. 2002. sila lihat Adrian Vickers. 11 Gordon L. eksport Indonesia mengalami kemerosotan kerana terputus dengan pasaran antarabangsa dan ditambah Page | 3 dengan pengharaman eksport kecuali ke negera Jepun yang mengakibatkan pengeluaran hasil juga semakin merosot. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah ditubuhkan hasil daripada gabungan nasionalis Indonesia yang bertujuan untuk mengawal nasionalis agar tidak menjalankan kegiatan anti-Jepun yang dipimpin oleh Soekarno dan Hatta. penyakit.11 Walau bagaiamanapun. Rottman. Out Of Exile. Untuk keterangan lanjut. Dari segi ekonomi. Hlm. menzalimi masyarakat Indonesia dengan memukul. Kezaliman Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah menguatkan keazaman rakyat Indonesia untuk bangun memperjuangkan kemerdekaan. pada 9 Mac 1943.M. New York : The John Day Company.9 Sebagai contoh. Julai 2004. Cambridge : Cambridge University Press. Pemimpin Indonesia iaitu Soekarno dan Mohammad Hatta telah bersetuju untuk bekerjasam dengan pihak Jepun demi kepentingan mereka. 10 Sutan Sjahrir. 2005. penubuhannya telah mewujudkan perpaduan di kalangan nasionalis dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.10 Justifikasinya. . Pihak Jepun menyedari bahawa semangat nasionalisme semakin menebal dalam kalangan masyarakat Indonesia dan mengambil pendekatan yang lebih ralistik iaitu mendapatkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin tempatan dengan memberikan beberapa keistimewaan kepada cita-cita kebangsaan rakyat Indonesia. “Indonesia 1937-1942 : Prelude To Japanese Occupation”. 242. A History Of Modern Indonesia. Hlm. kezaliman Jepun dan sebagainya. Pengeluaran teh pada tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941.

Nationalism And Revolution In Indonesia . 14 Jepun menubuhkan Masjumi dengan tujuan untuk dapat sokongan orang-orang Islam serta menyebarkan semangat anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia melalui agama. 1200. Sedjarah Pergerakan Nasional Bangsa Indonesia. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Sidky Daeng Materu. tentera Jepun telah bertindak untuk menyebarkan propaganda kepada golongan pemuda dan tertubuhnya beberapa pertubuhan seperti Pemuda Asia Raya (BPAR) dan Majlis Islam A‟la Indonesia (MIAI). 16 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. 184.12 Dalam usaha Jepun untuk mencuba menawan hati penduduk Indonesia. pihak Jepun telah membentuk satu badan yang juga diketuai oleh Soekarno iaitu Badan Penasihat Pusat di Jawa dan beberapa kawasan tertentu di Indonesia.15 Janji yang dibuat oleh Tojo iaitu Perdana Menteri Jepun telah membenarkan rakyat Indonesia untuk menguruskan bidang politik sendiri apabila satu sistem penasihat kerajaan telah dibentuk. Hlm. 251-252. pada September 1943. 15 Moh.13 MIAI atau Masjumi merupakan gabungan badan-badan Islam seperti Muhammadiah. Nahdatul Ulama dan Parti Sarekat Islam. Terdapat juga gerakan yang menentang Jepun iaitu Sjahrin dan Sjarifoeddin yang telah menghidupkan semangat nasionalisme yang mengelolakan gerakan penentangan bawah tanah. 676-677. . 2001.kemerdekaan. Hlm. mencetak al-Quran. United States : Stanford University Press. Jepun berjanji akan bantu orangorang Islam menunaikan fardu Haji. (ed. New York : SEAP Publications.14 Penubuhan Masjumi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Indonesia lebih-lebih lagi majoriti rakyat Indonesia terdiri daripada orang Islam. 1985. Sehubungan dengan itu. Hlm.). tetapi mereka juga berhati-hati dalam usaha melindungi Page | 4 12 George McTurman Kahin. A History Of Modern Indonesia Since C. 1970. Selatan Dan Timur Asia . Sungguhpun pihak Jepun telah memberikan peluang kepada rakyat Indonesia terlibat dalam jentera pentadbiran Indonesia.16 Majlis-majlis tempatan juga dibentuk di provinsi-provinsi. 103. 1952. mendirikan universiti Islam dan sebagainya. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. Di bawah Masjumi. Hlm. Michigan : The University Of Michigan. 13 Merle Calvin Ricklefs.

Namun demikian. Elsbree.kepentingan-kepentingan dengan mengadakan satu Urusetia Jepun bagi mengawal tugas Majlis Penasihat Pusat. Cambridge : Harvard Cambridge Press.17 Perkembangan politik di Indonesia jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Jepun adalah ingin mengawal kesemua gerakan-gerakan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat. setelah Saipan telah jatuh ke tangan tentera Berikat pada bulan Jun 1944. Hlm. Jepun telah menyerah diri kepada kuasa Berikat. kabinet Koiso telah mencadangkan pemberian lebih banyak keistimewaan politik kepada rakyat Indonesia dan menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Jepun membekalkan tentera kebangsaan yang baru dibentuk untuk memperkuat barisan ketenteraan apabila perlu untuk menentang Belanda. Kedah : Penerbitan Darulaman. maka pihak Jepun telah memansuhkan gerakan tersebut dan menggantikannya dengan Kesatuan Perkhidmatan Setianegara (Hokokai) tetapi gagal. 44-45. Japan‟s Role In Southeast Asian Nationalist Movemonets : 1940-1945. Mereka telah menyebarkan nasionalisme di seluruh kawasan Indonesia agar bersatu padu dan telah menimbulkan kesedaran dalam membebaskan diri daripada pihak penjajah. 19 Joginder Singh Jessy. Penubuhan PUTERA yang dilihat sebagai pro-Jepun merupakan sebuah penubuhan yang Page | 5 lebih ke arah mendapatkan kemerdekaan dengan bekerjasama dengan pihak Jepun. . 18 Ibid.18 Golongan nasionalis bawah tanah masih memperhebatkan lagi kegiatan anti-Jepun dan mendesak pihak Jepun mempercepatkan kemerdekaan Indonesia. Disebabkan oleh nasionalisme yang melampau dalam pertubuhan PUTERA. 391. Soekarno telah mengisytiharkan Republik Indonesia pada 19 Ogos 1945. Hlm. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). 1986. Tiga hari kemudian. 1953. Pada 14 Ogos 1945. 114. Sebagai langkah perpisahan. Hlm.19 Perpaduan yang dibentuk semasa pendudukan Jepun menjadi asset kepada penentangan kembali Belanda di 17 Willard H.

Copenhagen : NIAS Press.21 Golongan Thakin yang dikenali sebagai Tiga Puluh Perwira iaitu diketuai oleh Aung San telah membantu kemasukan Jepun ke Burma untuk membebaskan Burma daripada penjajahan British pada Disember 1941. Seagrim . 56-57 dan Willard H. 21 Ashley South. 1980. 22 Cogan kata rakyat Burma iaitu “Burma untuk orang-orang Burma‟ dan “ Asia untuk orang-orang Asia‟ telah dilaungkan oleh orang Burma yang telah kecewa dengan pemerintahan British dan telah menyebabkan ramai orang mengalu-alukan kedatangan pembebas mereka iaitu orang Jepun yang seagama dengan mereka. kerajaan di bawah Adipadi Ba Maw adalah tidak bebas 20 Willem Frederik Wertheim.23 Natijahnya. 1953. Ba Maw pada 1 Ogos 1942 sebagai sebuah kerajaan sementara. Elsbree.24 Namun demikian. P. Burma atau Myanmar adalah negara yang mengalami kesusahan yang paling teruk sekali di bawah jajahan Jepun. 2007. Mon Nationalism And Civil War In Burma . Charney. Hlm. Hlm. untuk keterangan lanjut. 2009. kepercayaan yang diberikan kepada pihak Jepun telah musnah akibat kekejaman tentera Jepun yang tidak melihat keadaan sosial dan ekonomi Burma serta kesucian rumah-rumah berhala tidak dihormati oleh Jepun. USA : Taylor & Francis Group. Grandfather Longlegs: The Life and Gallant Death of Major H. Hlm. United States : Greenwood Publishing. tahun-tahun revolusiner telah menunjukkan dengan jelas betapa mendalamnya perasaan kebangsaan yang telah menembusi dalam kalangan rakyat Indonesia. A History Of Modern Burma. 15-34. Jepun telah memutuskan untuk mendirikan sebuah pentadbiran boneka di bawah pimpinan Dr. Bagi mengawal keadaan di Burma. Pada peringkat awal. Indonesian Society In Transition : A Study Of Social Change. Burma melihat Jepun yang ingin mengusir British dan menegakkan kembali agama Buddha serta menjadi pembebas politik rakyat Burma. Hlm. 20 2.2 BURMA Page | 6 Di antara semua negara yang dijajah oleh Jepun. London : Faber & Faber. 13-14. United Kingdom : Cambridge University Press. 183-201. 2003. Hlm. 24 Ian Morrison. Hlm. sila lihat Michael W. 8-9. 325.Indonesia. Menurut Wertheim. 23 Seekins. Japan‟s Role In Southeast Asian Nationalist Movemonets : 1940 1945. Cambridge : Harvard Cambridge Press. perasaan benci terhadap Jepun membawa kepada terbentuknya gerakan nasionalisme di Burma. Burma And Japan Since 1940 : From Coprosperity To Quite Dialogue . .22 Namun demikian. 1947.

1965. Kekurangan pengangkutan dan kemudahan-kemudahan merupakan masalah utama. 29 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. Gerakan ini telah menyebarkan nasionalisme secara dakwah dan syarahan-syarahan secara sulit juga disampaikan yang menjanjikan penentangan terhadap pihak Jepun.).K Drake. Thein Pe dan Thant Tun dan berjaya membentuk perpaduan dan sokongan rakyat.27 BIA iaitu gerakan yang dipelopori oleh Aung San telah mendapat tumpuan dalam kalangan belia Burma yang dipengaruhi oleh semangat nasionalis. BIA telah menjadi satu cawangan penting dalam gerakan penentangan Jepun yang terdiri bukan sahaja daripada masyarakat Burma tetapi juga masyarakat Karen yang anti-Jepun. 27 Abu Talib Ahmad. sebuah pertubuhan politik telah dibentuk secara sulit iaitu Anti Fascist People‟s Freedom League (AFPFL) pada 1944 iaitu badan penyelarasan segala gerakan penentangan yang diselenggarakan oleh tentera kebangsaan Burma. 28 B. Hlm.sepenuhnya. 49-51. (ed. Hlm. 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. golongan sosialis dan Thakin yang 25 Sepanjang pendudukan Jepun. 26 Thakin Nu. Untuk keterangan lanjut.25 Ba Maw dilihat sebagai pemimpin yang tidak jujur dalam masyarakat Burma tetapi hakikatnya hubungan yang terjalin antara Ba Maw dan Jepun telah melindungi rakyat Burma daripada kekejaman yang melampau oleh pihak Jepun. Dalam tahun yang sama.313. A History Of Modern Burma. Hlm. Liga Belia Asia Timur. tetapi sama pentingnay adalah rasuah dalam pentadbiran. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. kerajaan Burma tidak mempunyai kuasa yang sepenuhnya dan dengan itu menghadapi berbagai-bagai kesukaran dalam menjalankan pemerintahannya dengan berkesan di kawasan-kawasan tertentu.29 Hal ini telah membangkitkan semangat dalam kalangan rakyat Burma. 652. 2000. Petaling Jaya : Longman. Burma : Pergerakan-Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan.26 Kesengsaraan dan kesukaran Page | 7 sosial dan ekonomi yang dikenakan ke atas rakyat Burma telah meningkatkan semangat nasionalisme yang akhirnya melahirkan gerakan anti-Jepun yang dipelopori oleh Thakin komunis seperti Soe. Macmillan : Pictures & Portraits. .28 Dalam jangka masa yang singkat. Hlm. Selatan Dan Timur Asia . 1954. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1979. sila lihat J.Sejarah Myanmar.F Cady. 462. Burma Under The Japanese. 39. Hlm. United States : Cornell University Press.

Dengan kepantasan mereka. Burma : Curse Of Independence. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. sila lihat Gilbert Khoo & Dorothy Lo. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD.Sejarah Myanmar. Selatan Dan Timur Asia . Hlm. 2003. 2000.33 Pengalaman penjajahan di Filipina di bawah pemerintahan Amerika Syarikat tidaklah begitu pahit jika dibandingkan dengan keadaan yang dirasai oleh penduduk di Indonesia. Untuk keterangan lanjut.30 Kelompok minority seperti Shan. 60-64. 48-62. Burma dan Indo-China. Hlm. Gabungan kesemua gerakan yang terdiri daripada pelbagai ideologi memperlihatakan Page | 8 pembentukan perpaduan dalam masyarakat Burma yang sama-sama menentang pihak Jepun. Callahan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. penyingkiran Jepun di Burma merupakan satu kemenangan bagi Burma yang telah bersatu demi membebaskan negara bangsa. 31 Abu Talib Ahmad.31 Apabila serangan balas pihak Berikat di Burma pada 1945. .313 32 Shelby Tucker. 2001. 668.). United States : Pluto Press.32 Secara keseluruhan. 33 Pihak Jepun telah menyerang pangkalan udara Clarke dengan memusnahkan 4/5 kuasa udara Mac Arthur di Filipina. 2. (ed.berideologi komunis serta pertubuhan petani dan pekerja. Jepun telah menghantar BIA untuk menentang pihak berikat tetapi BIA telah menyerang pihak Jepun yang akhirnya membawa kekalahan Jepun di Burma pada Oktober 1945. tentera-tentera Jepun telah menyerang kawasan-kawasan yang ramai penduduk di Filipina dan memaksa pasukan-pasukan pejuang Filipina-Amerika supaya membuat perjuangan mereka yang terakhir di Bataan dan Corregidor. 30 Mary P. Hlm. Making Enemies : War And State Building In Burma.3 FILIPINA Kedatangan Jepun di Filipina tidak seperti di Burma dan Indonesia yang menganggap Jepun sebagai pembebas daripada penjajahan kolonial. Kemaraan Jepun di Bataan dan Corregidor pada Mei 1942 menandakan penentangan secara rasmi terhadap Jepun telah tamat. United States : Cornell University Press. Pada 27 Mac 1945. Aung San telah melancarkan pemberontakan bersenjata dan pada masa yang sama AFPFL berusaha mendapat pengiktirafan daripada pihak Berikat. 1985. Kachin dan Chin yang dilindungi oleh pihak British juga mula diresapi arus nasionalisme.

Documents On The Japanese Occupation Of The Philippines . (ed. Hlm. Hlm. Hlm. 360. Kegagalan pihak Jepun dalam meraih sokongan daripada pihak Filipina telah mengambil Page | 9 tindakan dengan menjalankan pemerintahan kuku besi iaitu melakukan kekejaman seperti perogolan. Selatan Dan Timur Asia . Japanese Imperial Ideology. 35 Setsuho Ikehata & Ricardo Trota Jose. Hlm. Manila : Persatuan Sejarah Filipina. Manila : Ateneo De Manila University Press. Jepun telah mengisytiharkan akan memberikan kemerdekaan kepada Filipina sekiranya Filipina bekerjasama dengan usaha Jepun untuk membentuk sebuah “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur” pada 16 Jun 1943. A Short History Of The Philippines. 36 Hoi Sik Jang. Agoncillo. 671. 38 Teodora A.34 Kekejaman pihak Jepun telah meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina serta semangat mereka semakin meningkat dengan ucapan Mac Arthur menerusi radio bahawa beliau akan kembali dan mereka telah bersedia untuk berjuang menentang Jepun.Propaganda yang disebarkan oleh Jepun agar pendudukan mereka diterima di Filipina telah ditolak oleh warga Filipina sendiri kerana telah menggagalkan proses ke arah kemerdekaan. Shifting War Aims And Domestic Propaganda During The Pacific War Of 1941-1945.). Dengan itu. 1999. Hlm. 2007. .35 Oleh itu. mereka telah menjalankan langkah bagi memusatkan pentadbiran.36 Perkembangan politik yang ketara adalah pengikrafan kedudukan golongan bestari dalam pentadbiran negara. The Philippines Under Japan : Occupation Policy And Reaction . Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. 37 Gilbert Khoo & Dorothy Lo.). 130-137. 228. tiap-tiap orang pegawai Filipina harus menjadi ahli sebuah pertubuhan 34 Mauro Garcia (ed. 1985. 1969. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. 1965. 101.38 Apabila pihak Pemerintaha Tertinggi Jepun mendapati bahawa masyarakat Filipina telah menerima pemerintahan Jepun. London : ProQuest. United States : New Amercan Library. 37 Golongan bestari Filipina diminta untuk meneruskan pentadbiran negara dan harus bekerjasama dengan pihak Jepun agar kepimpinan golongan bestari dapat dikekalkan dan penderitaan rakyat juga dapat dikurangkan.

1992. Pmeroy. 40 Marcelino A. 42 Sterling Seagrave & Peggy Seagrave. Foronda. 2012. di Filipina pula mengalami situasi yang sama apabila mangsamangsa kezaliman Jepun telah menyertai pergerakan Hukbalahap. New York : Verso. Hlm. Hlm. pemerintah Jepun tidak membantah terhadap penggunaan bahasa Tagalog sebagai bahasa kebangsaan Filipina. demi menunaikan janji mereka. . Cultural Life In The Philippines During The Japanese Occupation 1942-1945. kebanyakan orang-orang Filipina yakin bahawa kemerdekaan mereka di bawah pemerintahan Jepun adalah palsu semata-mata. 118. 89. Dengan itu. Laurel sebagai Presiden. Hlm. 1995. Hlm. United States : University Of Wisconsin Madison. Guillermo. sila lihat Bruce Adellon Hogan. Manila : National Commission For Culture And The Arts. Jeneral Kuroda Sigenori iaitu Pemerintah Agung Tentera Jepun di Filipina merupakan kuasa di belakang kabinet pentadbiran Filipina. Hal ini juga berlaku di negara-negara lain seperti Burma semasa di bawah pendudukan Jepun.42 Namun demikian. pemerintah Jepun telah mengisytiharkan terbentuknya sebuah Republik Filipina dengan Jose P.politik terbaru iaitu “Kalibapi”. Hlm. Gold Warriors : America‟s Secret Recovery Of Yamashita‟s Gold. Collaboration And Resistance . Komposisi etnik Huk melebihi orang-orang Filipina daripada Cina sedangkan MPAJA adalah lebih banyak Cina. Sydney : International Publishers Co. 1951. 43 Pertubuhan Hukbalahap pada asasnya sama denga Malayan People‟s Anti -Japanese Army dalam tugas dan kerjayanya. keadaan di Filipina amat buruk apabila berlakunya kebuluran dan keselamatan nyawa dan harta tidak dijaga. satu sistem pendidikan telah dilaksanakan dengan tujuan mengutarakan labgi penerimaan psikologi matlamat-matlamat Jepun dan bagi memperluaskan kegunaan bahasa Jepun. 2003. 242. Jika di Indonesia dilihat iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah bergabung dengan pelbagai pertubuhan dan gerakan. terdapat ramai 39 William J. Untuk Keterangan lanjut. United States : Scarecrow Press.39 Seperti juga di negara Asia Tenggara lain. Gistorical Dictionary Of The Philippines.40 Pada 14 Oktober 1943. The Philippines Colonialism.41 Masyarakat Filipina telah menerima kemerdekaan yang diberikan oleh pihak Jepun tetapi masih lagi berasa bimbang kerana Lt.43 Implikasinya. 4. 11 41 Artemio R. The Hukbalahap Movement In The Philippines. Walau Page | 10 bagaimanapun.

). Persamaan yang dirasai oleh warga Burma dan Filipina adalah sama apabila pemerintah Jepun lebih banyak menyakitkan hati daripada mengambil hati masyarakat. 359-360. Hlm. 45 Gregorio F. (ed. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Zaide. Zaide.gerila-gerila dan penyokong-penyokong Hukbalahap untuk menentang rejim Jepun. 44 Willard H. 672 47 Gregorio F. Hlm. 290-291. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara.47 Secara keseluruhannya. Elsbree. jelas menunjukkan bahawa perkembangan di Filipina semasa berada bawah pendudukan Jepun adalah semangat nasionalisme dan penyatuan perpaduan daripada pelbagai kelas yang akhirnya dapat menghalau pihak Jepun daripada Filipina. arus peperangan tercetus kembali apabila pihak Berikat melumpuhkan kuasa tentera laut Jepun yang menyebabkan penyerahan diri Jeneral Yamashita pada tahun 1945 kepada kuasa Berikat. London : Harvard University Press. Dengan itu. Hlm. 1953. Japan‟s Role In South-East Asia Nationalist Movements : 1940-1945. 44 Kesan kewujudan pemerintah Jepun di Page | 11 Filipina telah menguatkan perpaduan negara disamping menyatukan masyarakat Filipina dalam satu entity perjuangan mempertahankan negara. 1963. .46 Menjelang tahun 1944. Penentangan mereka bukan hanya didorongi oleh penderitaan golongan petani tetapi juga kerana prinsip-prinsip nasionalisme mereka yang tinggi. Kumpulan-kumpulan di Filipina telah dapat mengenepikan perbezaan ideologi dan membentuk satu kumpulan penentang yang besar dan bersatu menentang Jepun. Government and Civilization). Philippines Political And Cultural History : The Philippines Since The British Invasion . mereka dapat mengekalkan kelompok-kelompok penentangan yang kuat untuk menentang Jepun. 44-55. Hlm.45 Pihak Hukbalahap juga telah menyokong para petani dan tindakan ini telah menggerakkan unsur-unsur revolusi sodial di kawasan-kawasan luar bandar yang dikawal oleh mereka. Manila : Philippine Education Company. 1985. 46 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. Selatan Dan Timur Asia . Manila : Rex Book Store. 1957. The Republic Of The Philippines (History.

Untuk keterangan lanjut. kacang dan minyak jarak. 144-146.48 Kehidupan sosial di Vietnam sepanjang di bawah pentadbiran Jepun Page | 12 boleh dikatakan tidak seteruk nasib yang dialami oleh negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Burma. 207. Jepun telah menduduki Indo-China setelah melepasi satu proses diplomasi yang panjang. Hlm. Walau bagaimanapun. Japan-Vietnam : A Relation Under Influences. Tentera Jepun telah memaksa petani Vietnam untuk menukarkan sebahagian tanah subur mereka untuk penanaman jut. 49 Guy Faure & Laurent Schwab. 25 50 Milton Osborne. Indonesia dan Filipina. London : Oxford University Press. penduduk Vietnam juga menghadapi penderitaan akibat daripada sikap paksaan yang dikenakan ke atas petani.51 Konvensyen ini telah menubuhkan Liga Parti 48 Dasar kerajaan Jepun di antara tahun 1940 hingga 1941 ialah mengelakkan sebarang pertikaian di Indo-China yang menjadi jalan utama menuju ke Selatan yang mempunyai suber bahan utama yang penting serta beras.50 Pejuang nasionalis di Vietnam memulakan strategi sendiri dengan mengadakan pakatan dengan parti lain. konvensyen revolusi Vietnam telah diadakan dengan dihadiri oleh VNQDD. 1997. Hlm. 2007. . Hlm. Hlm. Australia : Allen & Unwin. Cara yang paling baik untuk mengekalkan keadaan ini adalah dengan membenarkan Perancis meneruskan pentadbirannya. rami. A History Of The Modern Chinese Army. Southeast Asia : An Introductory History. 51 Robert D. Dai Viet. United States : NUS Press. Phuoc Quoc dan beberapa lagi perwakilan nasionalis termasuklah Viet Minh. 2008.4 VIETNAM Pada bulan Julai 1941. University Press Of Kentucky. Laxington. maka tentera Jepun dan Kempeitai (Military Police Corps) untuk mengawasi kampung-kampung. sila lihat Xiaobing Li. Schulzinger. Atas sokongan daripada Gabenor Jeneral Kwangsi.2.49 Arahan tentera Jepun ini telah menimbulkan masalah kerana kawasan utara dan tengah Vietnam mengalami kekurangan bahan bijirin. 1979. A Time Of War : The United States And Vietnam 1941-1975. Bagi menguatkan dasar ini. Pengenalan sistem buruh paksa yang memperlihatkan kekejaman pihak Jepun ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan pejuang nasionalisme di Vietnam. Tanah Melayu. 394.

Dalam zaman Jepun. (Terj.53 Mereka telah merancangkan pemogokan. Kemboja dan Laos sahaja yang dijajah oleh Jepun tetapi Page | 13 52 53 Ellen Jy Hammer. Sejarah Indo-China : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. 111. Ralph Smith. hanya Indo-China yang merangkumi negara Vietnam. . 54 Ibid. Hlm. sila lihat Philippe Devillers. tunjuk perasaan dan kegiatan-kegiatan subvertif terhadap Jepun dan kerajaan boneka Tran Trong Kim. 1970. Untuk keterangan lanjut.52 Situasi ini menggambarkan bahawa kesepaduan dan semangat nasionalisme rakyat Vietnam telah diperhebatkan lagi dengan kedatangan pihak Jepun. 57 Gilbert Khoo. A History Of South-East Asia Since 1500. 1988. Soviet Union : Foreign Languages Pub. 152. Hlm. 71. 56 Pihak Perancis terpaksa mengalakkan semangat kebangsaan dalam kalangan Peribumi tetapi juga ia tidak mengabaikan semangat cintakan Perancis. 110. Decoux iaitu Gabenor Jeneral Perancis telah memperkenalkan pergerakan “Belia dan Sukan” dengan tujuan memberi pendedahan kepada belia Vietnam agar lebih berdisiplin.55 Keadaan ini juga berlaku di Filipina dan Burma yang telah bersatu padu menentang Jepun dan sekaligus membina satu perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakatnya. Hlm. Thirty Years Of Struggle Of The Party. 139. Ruhanas Harun). London : Oxford University Press. Sejarah Vietnam disanjungi sekurang-kurangnya tentang hal-hal yang tidak mendapat tentangan daripada orang Perancis yang tinggal di Indo-China.Revolusi Vietnam atau Dong Minh Hoi dengan pertolongan daripada Nasionalis China. Viet Minh telah muncul sebagai kuasa dan pejuang nasionalisme serta kebebasan masyarakat Vietnam. 285-286. The Struggle For Indochina: 1940-1955. New York : Routledge.57 Jika dibandingkan di negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain. 56 Sebagai menentang Propaganda kebudayaan Jepun. 1966. House. Hlm. Califonia : Stanford University Press. Hlm. mempunyai inisiatif dan berkeyakinan dalam kebolehan masing-masing. 1960.54 Ahli-ahli Viet Minh telah mengumpulkan rakyar daripada pelbagai lapisan dan juga golongan penentang yang lain dalam perjuangan menentang pendudukan Jepun atau fasis Jepun. 55 Dang Lao Dong Viet-Nam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Communist Indochina. 2009. Hlm.

.Perancis masih menjadi pentadbir di Vietnam. 287. usaha dalam memperkembangkan bidang ekonomi dapat dilihat menerusi pembinaan jalan raya. Sejarah Indo-China : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. 2008.59 Walau bagaimanapun. 62 Bruce Solheim.58 Melalui pentadbiran Perancis. (ed. 102. jambatan dan bangunan-bangunan. Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemedekaan Vietnam di Hanoi.). 26. 286. tindakan Decoux yang bersifat diktator iaitu ingin Page | 14 menubuhkan negara Vietnam yang bersifat Perancis telah membangkitkan perasaan-perasaan nasionalis bagi masyarakat Vietnam. The Struggle For IndoChina : 1940-1955. Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pendudukan Jepun di Vietnam telah menonjolkan perpaduan bagi berhadapan dengan kuasa luar iaitu Perancis dan Jepun. Vietnam War Era : A Personal Journey . 1966. gerakan Viet Minh merupakan pergerakan kebangsaan yang luas dan telah menyatupadukan sebilangan besar masyarakat Vietnam tidak kira bentuk politik mereka dan disokong oleh semua lapisan masyarakat. Gerakan Viet Minh enggang mengiktiraf kerajaan Tran Trong Kim dan meminta maharaja meletak jawatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.60 Oleh itu. Hlm. 14. Legacies Of World War Two In South And East Asia . Singapura : Isntitute OfSoutheast Asian Studies.61 Pada 2 September 1945. 61 Ellen Joy Hammer. Hlm. United States : U Of Nebraska Press. 1988. Hlm. Hlm. 2007. Tindakan „coup de foudre‟ Jepun pada 9 Mac 1945 telah mencetuskan satu rangkaian peristiwa-peristiwa yang mana membawa kepada pengecualian orang-orang Perancis daripada kerajaan Indo-China. Califonia : Stanford University Press. 60 David W.62 Secara keseluruhan. 58 Philippe Devillers. David Wee & Hock Koh. pihak Jepun telah menggesa Maharaja Bao-dai agar mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 11 Mac 1945. Dalam bulan Ogos 1945. 59 Ibid. Hlm.

1984. 46-47. Chandler. Boulder : Westview Press. A History Of Cambodia. 79. Burma. pendudukan di kemboja juga dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu sebelum bulan Mac 1945 dan di antara bulan Mac hingga Oktober 1945. Untuk mengeluarkan siri kumpulan sami-guru. Melalui „pembaharuan‟ ini.5 KEMBOJA Seperti di Vietnam. . Ruhanas Harun. Dalam tahun 1930 iaitu semasa di bawah pentadbiran Pasquier. 66 Philippe Devillers. Terj. para sejarahwan mengakui bahawa pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Khmer. sebuah Institusi Pengajian Agama Buddha ditubuhkan di Phnom Penh. beberapa buah sekola dibuka di luar ibu kota dan di Phnom Penh sendiri. War And Peace In South-East Asia. 65 Institusi ini mempunyai kurikulum pelajaran agama Buddha daripada semua aspek. Peter Lyon. Jepun mengetahui bahawa masyarakat Kemboja berpegang kuat kepada agam Buddha. maka pihak Jepun telah menghubungi Institut Pengajajian Tinggi Agama Buddha 63 64 David P. 160. 1988. 1969. muncul sebuah sekolah latihan. Hlm. 64 Namun demikian.63 Kemboja tidak Page | 15 tertonjol sebarang pergerakan nasionalis jika dibandingkan di Vietnam.66 Bagi tujuan inilah. Hlm. Filipina dan Indonesia kerana tidak mempunyai satu pendidikan umum yang boleh mewujudkan golongan cedekiawan bagi membangkitkan semangat kebangsaaan rakyat bagi menentang penjajahan. Hlm.65 Aktivis-aktivis Jepun amat memahami bahawa agama Buddha yang mengalami perkembangan penting di Kemboja dapat mewujudkan satu tenaga politik dan ideologi yang penting. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. agama Buddha dianggap dapat memberi kesan langsung dan baru ke atas pelajaran rendah di kemboja. Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Kebebasan sami dan pendidikan yang diterima menjadikan golongan ini sangat berguna bagi menerangkan kepada rakyat Kemboja terhadap tujuan dan usaha Jepun untuk membebaskan Asia daripada cengkaman penjajah Barat.2. New York : Oxford University Press.

68 Philippe Devillers. Ruhanas Harun. Pada awal tahun 1941. Institut Pengajian Agama Buddha yang menjadi pusat pembaharuan dan perubahan telah berusaha bagi menempatkan penganut-penganutnya di kuil.dan Sekolah Tinggi Bahasa Pali. Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. pembaharuan dalam agama juga dialami iaitu mazhab Dhammayut yang diperkenalkan di Kemboja dianuti oleh keluarga diraja dan pembesar-pembesar telah diperbaharui tetapi masih dianggap sebagai aristokratik iaitu terpisah daripada rakyat yang menganggapnya sebagai sesuatu yang asing. Hlm. 48. pihak perancis telah memberikan tempat kepada bendera Page | 16 diraja. pengibaran bendera adalah sesuatu yang membanggakan. Usaha Perancis adalah untuk mengelakkan rakyat Kemboja daripada dipengaruhi oleh sentiment-sentimen nasionalisme dalam menentang pihak kolonial. Terj. satu ordinan diraja telah diperkenalkan pada 1940 yang dipanggil Kram. kedua-dua institusi ini adalah tempat sami menerima pendidikan di peringkat tinggi. Perubahan yang berlaku ini 67 Sejajar dengan dasar Jepun di Kemboja. Terdapat dua golongan dalam mazhab iaitu konsevertif dan reformis. 1994. Martin. Califonia : University OF Califonia Press.70 Peristiwa penting yang berlaku di Kemboja apabila pihak Perancis telah mewajibkan penguasaan bahasa Kemboja yang ditulis dengan huruf rumi dan telah menggantikan penggunaan kalender Buddha dengan kalender Barat. Cambodia : A Shattered Society. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. 69 Marie A.67 Namun pada masa yang sama. hak negara Kemboja serta penghormatan kepada sejarah nasional Kemboja bagi memahami aspirasi patriotik masyarakat Kemboja. 70 Melalui “Association Des Amir Du Buddhisme” iaitu Persatuan Rakan-Rakan Agama Buddha telah menggiatkan usaha mereka dalam kalangan mazhab Dhammayut dan Mohanikai yang belum menerima perubahan.69 Dewan Perwakilan Rakyat Kemboja juga ditubuhkan pada 10 Jun 1940 yang mengantikan Majlis Perhimpunan Peribumi. . Hlm.68 Bagi nasionalisme yang baru lahir. Mazhab Mohanikai pula merupakan mazhab yang diikuti oleh hampir keseluruhan kuil di Kemboja. Bagi memuaskan hati masyarakat Kemboja.9. Achar (Sami Besar) iaitu Hem Chiew telah berusaha memperkenalkan idea-idea baru ke dalam kedua-dua mazhab ini dan beliau mendapat sokongan daripada Son Ngoc Thanh iaitu seorang majistret yang telah mengadakan hubungan baik dengan Jepun. 1988.

Chandler. mengukuhkan kemerdekaan dan memperbaiki pendidikan di 71 David P. undang-undang berkaitan dnegan pengenalan abjad dan takwim Barat serta menukarkan nama Kemboja kepada Kampuchea serta membenarkan nasionalis Khmer menubuhkan sebuah kabinet. sila lihat. 1984. Ben Kiernan.74 Sebagai seorang raja yang merdeka. penguasaan polis yang ketat dan rapi telah memberhentikan sebarang arus perkembangan nasionalisme Khmer. 1987. Hlm.73 Pemberian kemerdekaan ini berbeza daripada negara lain iaitu Burma. New York : Schocken Book. Jil. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. 1984.72 Bermula dari itu. 75 Abu Talib Ahmad. Untuk keterangan lanjut. JSEAS. Hal ini menunjukkan bahawa sifat nasionalisme dan penyatuan pelbagai kumpulan mencerminkan Page | 17 kesedaran terhadap pembelaan hak-hak masyarakat Kemboja telah tercetus sepertu yang berlaku di negara-negara rantau Asia Tenggara. Boulder : Westview Press. New York : Schocken Book. 1987. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-Sponsored Independence In Cambodia In World War II”. 43-47. Indonesia dan juga Flipina yang terus diberikan kemerdekaan oleh pihak Jepun. 17. A History Of Cambodia. Namun demikian. Sihanouk telah memansuhkan Perjanjian Protektoret 1868. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ben Kiernan. 73 David P. idea propaganda Jepun iaitu “antiPerancis” tidak berjaya setelah Hem Chieu telah ditangkap oleh pihak Perancis. Hlm. 165.telah ditentang oleh orang Buddha. Kemboja telah diberi kemerdekaan sehinggalah bulan Oktober 1945. mempertahankan raja dasn keluarga diraja. Bil. 1. 47.71 Kejadian tunjuk perasaan yang melibatkan berbagai kumpulan seperti kumpulan rahib dan juga nasionalis seperti Son Hgoc Thanh. menyatukan rakyat Khmer.75 Kabinet Kampuchea yang diketuai oleh Son Ngoc Thant telah memperkenalkan beberapa rancangan iaitu mempertahankan dan mengembangkan Buddhisme. 1989. Hlm. 80-93. 191. Hlm. 72 . Hlm. 74 Walau bagaimana. kemerdekaan ini hanya bersifat simbolik sahaja kerana Kemboja masih merupakan wilayah penting tentera Jepun di Indo-China. Selepas bulan Mac 1945. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. Chandler.

Walaupun di Kemboja tidak mempunyai gerakan nasionalisme yang hebat seperti di Vietnam. sila lihat Abu Talib Ahmad. 88. 77 Ibid. Akhir tahun 1945 memperlihatkan Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang amat dinamik dari segi sosio-politik yang tidak pernah dialami sepanjang zaman kolonial Barat. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-Sponsored Independence In Cambodia In World War II”. Secara keseluruhannya. Chandler. Filipina dan Indonesia tetapi peristiwa perubahan politik telah membangkitkan perpaduan masyatakat Kemboja untuk mempertahankan agama Buddha dan identiti mereka. Hlm. 1989. ekonomi dan sosial di rantau Asia Tenggara. 1. 192. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. masyarakat Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kumpulan tanah jajahan yang mengalu-alukan kepulangan rejim kolonial seperti Filipina dan kumpulan tanah jajahan yang menolak kepulangan rejim kolonial. 1984. . zaman sebelum 1945 telah membuka mata mereka kepada dunia luar serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Bil.Kemboja. Asia Tenggara telah dipandu oleh gerakan nasionalisme yang merupakan „intelligentsia‟ generasi baru. Sementara itu. Burma. keadaan sosio-politik sejak tamanya Perang Dunia Kedua. bakal-bakal pemimpin ini melihat sendiri bahaimana Perancis hilang buat seketika waktu daripada lembaran sejarah Khmer. pemimpin-pemimpin yang lebih tua seperti Lon Nol telah mula melibatkan diri dalam politik yang selama ini diharamkan oleh Perancis. 76 David P. Jil. Son Ngoc Thanh telah ditangkap dan implikasi terhadap penangkapan beliau membawa kepada penamatan kemerdekaan Kemboja dan diletakkan semula di bawah Perjanjian Protektoret. Malah. Hlm. 89-90. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. JSEAS.78 Secara keseluruhannya.0 PENUTUP Page | 18 Pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap politik. bagi rakyat khmer.76 Pada 15 Oktober. 17. 3. Khieu Samphan dan Hou Youn berpeluang mengambil bahagian dalam perarakan nasionalisme dan juga mengambil bahagian dalam pasukan tentera yang ditubuhkan ole h Jepun. Selepas Jepun dikalahkan oleh kuasa Berikat.77 Zaman kemerdekaan yang singkat telah memberikan kesan penting terhadap nasionalisme Khmer berikutnya. Untuk keterangan lanjut. 78 Pemimpin-pemimpin nasionalis yang masih di bawah 25 tahun seperti Pol Pot.

Burma : Pergerakan-Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. David.( 1989). Devillers Philippe. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: JapaneseSponsored Independence In Cambodia In World War II”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1960). Cultural Life In The Philippines During The Japanese Occupation 1942-1945. (Terj. (1979). Chandler P.F. Soviet Union : Foreign Languages Pub. United States : Cornell University Press. Charney W. Thirty Years Of Struggle Of The Party. A Short History Of The Philippines. United States : New Amercan Library. Sejarah Indo-China: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. (1965). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. (1988). A History Of Modern Burma. Garcia Mauro (ed. Drake B. (1984). Making Enemies : War And State Building In Burma. Marcelino.BIBLIOGRAFI Abu Talib Ahmad. Dang Lao Dong Viet-Nam. Abu Talib Ahmad. Petaling Jaya : Longman. Michael. Jil. Manila : Persatuan Sejarah Filipina. Elsbree H. (2008). House.Sejarah Myanmar. . (1995). Manila : National Commission For Culture And The Arts. Foronda A. David. (1969). Bil. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Page | 19 Dan Pustaka. (2003). Teodora. JSEAS. Agoncillo A. Chandler P. 285-286. A History Of Cambodia. (1965). Mary. Japan‟s Role In South-East Asia Nationalist Movements : 19401945. (2009). Hlm. (1953).). Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. United States : Cornell University Press. Willard. London : Harvard University Press. Faure Guy & Schwab Laurent. United Kingdom : Cambridge University Press. United States : NUS Press. Japan-Vietnam : A Relation Under Influences. . Ruhanas Harun). Cady J. (1984). Boulder : Westview Press. (2000). 1. Documents On The Japanese Occupation Of The Philippines. 17. Callahan P.K. A History Of Modern Burma.

Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975.Guillermo R. (1969). London : Oxford University Press. Hlm. Hammer Joy Ellen. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Kahin McTurman George. New York : Schocken Book. Kiernan Ben. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. War And Peace In South-East Asia. Revolt In Paradise. (1994). (2009). Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Moh. Califonia : University OF Califonia Press. (1947). Lyon Peter. Sidky Daeng Materu. Hlm. Jang Hoi Sik. Sedjarah Pergerakan Nasional Bangsa Indonesia.). Osborne. Martin A. Nationalism And Revolution In Indonesia. (1966). (1987). Khoo Gilbert & Lo Dorothy. (1952). Jakarta : Gramedia Pustaka Utama. Southeast Asia : An Introductory History. Marie. (2007). The Struggle For IndoChina : 1940-1955. Milton (1979). Dalam Nina S. (2012). (1970). Australia : Allen & Unwin. Sejarah Eropah. London : ProQuest. McCoy Alfred. (1986). (1970). New York : SEAP Publications. Mohamad Kamal Kamaruddin. 389. The Hukbalahap Movement In The Philippines. Cambodia : A Shattered Society. A History Of South-East Asia Since 1500. Laos : War And Revolution . (1951). K‟tut Tantri. Grandfather Longlegs: The Life and Gallant Death of Major H. “French Colonialism In Loas 1893-1945”. Gistorical Dictionary Of The Philippines. . Michigan : The University Of Michigan. Japanese Imperial Ideology. Page | 20 Hogan Adellon Bruce. Jessy Singh Joginder. (2006). Califonia : Stanford University Press. (ed. Artemio. Seagrim. United States : University Of Wisconsin Madison. Shifting War Aims And Domestic Propaganda During The Pacific War Of 1941-1945. Kedah : Penerbitan Darulaman. P. London : Faber & Faber. (1985). Bhd.Adams & McCoy (ed. Selatan Dan Timur Asia. Morrison Ian. Khoo Gilbert. (1970). New York:Harper Colophon Books.). United States : Scarecrow Press. New York : Oxford University Press.

). (2003). (2008).(1985). USA : Taylor & Francis Group. Page | 21 Ricklefs Calvin Merle. The Philippines Colonialism. 1200. United States : Stanford University Press.Pmeroy J. (2001). Sutan Sjahrir. (ed. New York : The John Day Company. (1999). ( 2002). Mon Nationalism And Civil War In Burma. Manila : Ateneo De Manila University Press. World War Two Pacific Island Guide. Vickers Adrian. Thakin Nu. Gordon. Communist Indochina.). Singapura : Isntitute OfSoutheast Asian Studies. Seagrave Sterling & Seagrave Peggy. Macmillan : Pictures & Portraits. “Indonesia 1937-1942 : Prelude To Japanese Occupation”. .Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj. Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Rottman L. Gold Warriors : America‟s Secret Recovery Of Yamashita‟s Gold. Copenhagen : NIAS Press. A History Of Modern Indonesia. Burma And Japan Since 1940 : From Coprosperity To Quite Dialogue. New York : Verso. (2005). Sydney : International Publishers Co. Burma : Curse Of Independence. William. Vietnam War Era : A Personal Journey. A History Of Modern Indonesia Since C. (1954). Hlm Shigeru Sato. South Ashley. (1992). United States : Pluto Press. A Time Of War : The United States And Vietnam 1941-1975. The Philippines Under Japan : Occupation Policy And Reaction. (2001). Tucker Shelby. (1997). Smith Ralph. (2007). Collaboration And Resistance. United States : U Of Nebraska Press. Schulzinger D. Legacies Of World War Two In South And East Asia. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Seekins. R. (1949). (2007). Research Indonesia. Robert. Cambridge : Cambridge University Press. Solheim Bruce. Wee David & Hock Koh. Burma Under The Japanese. (2009). Unted States : Greenwood Publishing Group.(2004). London : Oxford University Press. Setsuho Ikehata & Ricardo Trota Jose. New York : Routledge. (2003). Ismail (ed. Out Of Exile.

Gregorio. (2007).F Gregorio. University Press Of Kentucky. (1957). Government and Civilization). United States : Greenwood Publishing. Indonesian Society In Transition : A Study Of Social Change.. Xiaobing Li. (1980). Zaide F. A History Of The Modern Chinese Army. Philippines Political And Cultural History : The Philippines Since The British Invasion. (1963). Laxington. Manila : Philippine Education Company. The Republic Of The Philippines (History. Manila : Rex Book Store.Wertheim Frederik Willem. Page | 22 Zaide . .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times