You are on page 1of 26

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 16/4-571/07 DI ANTARA ENCIK NORDIN BIN JEMAT DAN KOKO BUDI SDN.

BHD. AWARD NO: 1549 TAHUN 2011 Di Hadapan Tempat Tarikh Rujukan Tarikh Sebutan : : : : Y. A. TUAN ROSLAN BIN MAT NOR - PENGERUSI Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Johor 28.08.2006. 17.04.2007; 27.08.2007; 14.01.2008; 14.05.2008; 25.02.2011; 18.03.2009; 15.10.2009; 28.07.2011. 18.06.2007; 29.10.2007; 18.02.2008; 07.04.2010; 21.04.2011; 29.04.2009; 24.06.2010; 24.07.2007; 26.11.2007; 14.04.2008; 13.08.2010; 07.06.2011. 28.07.2009; 02.12.2010;

Tarikh Perbicaraan

Perwakilan

Encik Sahril bin Haji Osman Dari Tetuan Sahril Niza & Co. Mewakili Pihak Menuntut Encik Pang Kong Seng Dari Tetuan K. S. Pang & Co. Mewakili Pihak Responden 1

Rujukan : Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Nordin bin Jemat (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Koko Budi Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden) pada 25.08.2005. Kes ini

telah dirujuk oleh Y. B. Menteri Sumber Manusia pada 28.08.2006 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 15.01.2007.

AWARD

Latar Belakang Kes

1.

Kes ini pertama kalinya didengar oleh Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pengerusi yang berkenaan

Johor Bahru pada 18.03.2009 yang telah berpindah. telah mendengar keterangan COW1 dan COW2.

Saya hanya dapat mendengar Oleh itu, diteliti

keterangan COW1 yang panggil semula, Pihak Menuntut dan CLW2. keterangan COW2 dan keterangan sebahagian COW1 hanya

boleh

keterangan mereka melalui catatan yang dibuat oleh Pengerusi yang lalu di dalam perbicaraan di dalam nota keterangan.

Fakta Kes

2.

Sebelum Mahkamah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak-

pihak, adalah lebih wajar untuk Mahkamah menyatakan secara ringkas fakta kes di dalam kes ini. Ini adalah penting seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, Rayuan Sivil no. W-01-215-2011 di mana Y. A. Hakim Low Hop Bing menyatakan seperti berikut :

There is a time-honoured saying that when the facts are clearly and accurately established, the law will take care of itself.

3.

Pihak Menuntut telah mula bekerja di syarikat sebagai Operator Pengeluaran

pada 01.05.1991. Pada 12.08.2005, Pihak Menuntut telah menerima surat tunjuk sebab daripada Pihak Responden yang menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah menumbuk seorang pekerja bernama Halmey Hesam bin Zainal pada 11.08.2005. Siasatan dalaman telah dijalankan ke atas Pihak Menuntut dan Pihak Responden mendapati beliau bersalah di atas pertuduhan. Pihak Responden telah

mengeluarkan surat penamatan kerja kepada Pihak Menuntut pada 18.08.2005 berkuat kuasa serta merta.

Siasatan Dalaman

4.

Pihak Responden telah menjalankan siasatan dalaman pada 17.08.2005 dan

nota siasatan dalaman terdapat di halaman 12 hingga 19 COB. Pihak Menuntut telah mencabar kesahihan siasatan dalaman tersebut kerana mangsa yang dicederakan oleh Pihak Menuntut tidak dipanggil semasa siasatan dalaman. Di

samping itu, Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau tidak diberi peluang untuk memeriksa balas saksi-saksi. Panel siasatan dalaman juga dikatakan telah mengambil kira keterangan-keterangan yang tidak sepatutnya dipertimbangkan semasa memutuskan kebersalahan Pihak Menuntut. Ini dinyatakan di perenggan 8 pernyataan kes Pihak Menuntut. Adalah menjadi prinsip yang dimaklumi bahawa apabila siasatan dalaman dilakukan, mahkamah harus melihat sama ada ianya dilakukan dengan adil tanpa mencabuli prinsip keadilan asasi dan perbicaraan yang adil. Tugas ini telah dinyatakan di dalam kes Metroplex Administration Sdn. Bhd. v. Mohamed Elias [1998] 5 CLJ 467 dan Bank Bumiputra Commerce v. Mahkamah Perusahaan & Anor [2004] 7 CLJ 77.

5.

Semasa perbicaraan, Mahkamah mendapati bahawa Pihak Responden tidak

mengemukakan keterangan ahli panel siasatan dalaman sebagai saksi Pihak Responden. Pihak Responden hanya mengemukakan Pegawai Pendakwa di dalam siasatan dalaman iaitu COW1. Oleh sebab itu, Mahkamah perlu melihat

keterangan siasatan dalaman melalui nota siasatan dalaman yang dikemukakan bersama-sama dengan keterangan COW1. Jika diteliti kepada catatan yang

terdapat di halaman 18 COB iaitu catatan panel siasatan dalaman berkenaan dengan kebersalahan Pihak Menuntut, adalah didapati bahawa ketiga-tiga

pendapat seperti berikut :

Yahya Amran (7025) Shift A Leader, Production Department.

tumbuk orang memang bersalah

Masitah Ahmad (6005) Lab Assistant, QA Department.

Tumbuk org (salah) tapi : 1. Kes berlaku luar kilang + luar waktu kerja ini kes polis bukan jadi kes majikan.

2.

Bukan waktu kerja (Bukan kes majikan).

Zaharudin (4016) Chargeman, Maintenance and Engineering.

1.

100% salah, sebab tumbuk Helmi.

Selain itu, di dalam nota siasatan dalaman juga Mahkamah mendapati bahawa mangsa kepada tindakan Pihak Menuntut tidak dikemukakan sebagai saksi di dalam kes ini. Pihak Responden di dalam siasatan dalaman telah memanggil isteri

Halmey.

Jika diteliti keterangan isteri Halmey ianya berkisar kepada tindakan Di samping itu,

Halmey menarik balik laporan polis dalam masa 24 jam.

keterangan isteri Halmey juga bahawa Halmey menarik balik laporan polis kerana takutkan Pihak Menuntut. Beliau mengesahkan bahawa hidung mangsa berdarah kerana ditumbuk Pihak Menuntut. Keterangan yang menarik di dalam siasatan

dalaman oleh isteri Halmey ialah seperti berikut :

Pendakwa :

Kenapa dia takut dan tarik balik laporan polis? Tak tahulah. Nordin minta jangan layan, nanti kena naik mahkamah. Union akan bawa ke mahkamah.

Hendayani (Isteri Helmi) :

Hendayani (Isteri Helmi) :

Hari tu, Nordin bagi surat suruh sain, tapi dia tak tahu apa isi kandungannya. Dia takut dengan Nordin. Hidung dia berdarah sebab

kena tumbuk dengan Nordin. Mereka bergaduh sebab Nordin sangka Helmi yang laporkan prestasi dia pada Office. Tapi dia tak laporkan. Jadi Nordin tumbuk dia.

Pendakwa :

Bila dia sain surat tu? Malam semalam (15hb. Ogos 2005) lebih kurang jam 8. Mula-mula Helmi nak tolong Nordin sebab kesian. Tak tahulah, Helmi macam dah jadi bodoh.

Hendayani (Isteri Helmi) :

Pendakwa :

Adil tak kepada Helmi? Tak adil, kena ambil tindakanlah.

Hendayani (Isteri Helmi) :

6.

Pihak Responden juga di dalam siasatan dalaman telah memanggil saksi yang

merupakan Pengawal Kilang dan Pegawai Syarikat yang telah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan

keterangan Halmey sebagai mangsa telah menyebabkan tiada keterangan langsung daripada mangsa mengenai kejadian Pihak Menuntut menumbuk beliau. Ini

bermakna keterangan daripada saksi-saksi lain adalah merupakan keterangan yang berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada Halmey. Di samping itu,

tiada keterangan yang menunjukkan bahawa mengapakah Pihak Responden tidak memanggil Halmey di dalam kes ini sedangkan beliau adalah merupakan saksi terpenting di dalam siasatan dalaman tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang dikeluarkan oleh panel siasatan dalaman berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di hadapan panel siasatan dalaman adalah sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh panel yang munasabah berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan. Pada masa yang sama, Mahkamah

mengambil maklum bahawa panel siasatan dalaman tidak dikehendaki untuk mematuhi secara ketat proses perbicaraan seperti suatu perbicaraan di Mahkamah. Namun demikian, ketiadaan mangsa di dalam kes ini adalah suatu kecacatan yang serius sehingga menjejaskan dapatan panel siasatan dalaman tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa siasatan dalaman yang dilakukan oleh Pihak Responden terhadap Pihak Menuntut berdasarkan kepada nota-nota siasatan dalaman adalah sesuatu yang menyalahi prinsip keadilan asasi dan perbicaraan yang adil. Ini adalah kerana ketiadaan keterangan mangsa iaitu Halmey telah yang

menjejaskan peluang Pihak Menuntut untuk memeriksa balas saksi

berkenaan. Ia sudah tentu memprejudiskan hak Pihak Menuntut semasa membela diri semasa prosiding siasatan dalaman yang dilakukan oleh Pihak Responden.

Namun begitu, kecacatan yang dilakukan di dalam siasatan dalaman tidak akan menyebabkan pembuangan kerja seorang itu boleh diputuskan sebagai tidak adil dan tidak beralasan semata-mata kerana kecacatan siasatan dalaman. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd. v. Liew Fook Chuan & Other Appeals [1997] 1 CLJ 665 seperti berikut :

The fact that an employer has conducted a domestic inquiry against his workman is, in my judgment, an entirely irrelevant consideration to the issue whether the latter had been dismissed without just cause or excuse. The findings of a domestic inquiry are not binding upon the Industrial Court which rehears the 8

matter afresh. However, it may take into account the fact that a domestic inquiry had been held when determining whether the particular workman was justly dismissed.

Oleh itu di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat walaupun siasatan dalaman tidak dilakukan secara teratur Mahkamah tidak terikat dengan dapatan yang dilakukan oleh panel siasatan dalaman. Ini bermakna, Mahkamah perlu meneliti keterangan saksi-saksi Pihak Responden dan Pihak Menuntut di Mahkamah bagi menentukan sama ada pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah adil dan beralasan atau sebaliknya.

Keterangan Pihak Responden

7.

COW1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah diberitahu

oleh seorang yang bernama Encik Ramaya bahawa terdapat pergaduhan di antara dua orang pekerja syarikat. COW1 telah melihat darah pada t-shirt Encik Halmey. COW1 telah meminta pekerja yang berkenaan untuk membuat laporan polis. Pekerja tersebut telah diiringi oleh Ketua Shift, Encik Nazarudin Karno untuk membuat laporan polis. COW1 menyatakan bahawa Encik Halmey telah

memberitahunya beliau telah ditumbuk tiga kali oleh Pihak Menuntut di bahagian mukanya. perkara COW1 juga menyatakan bahawa Encik Halmey telah memberitahu sama kepada Ketua Shift. COW1 di dalam keterangannya

yang

mengesahkan bahawa pergaduhan tersebut berlaku di luar kawasan kilang tetapi 9

masih di dalam waktu shift. COW1 menyatakan seperti berikut :

Q A Q A

: : : :

Please explain the venue of the incident? Outside the factory premise but during the shift hour. Was the venue far from the factory? Less than 5 feet. At parking lot.

Semasa pemeriksaan balas, COW1 menyatakan bahawa tindakan yang diambil terhadap Pihak Menuntut adalah berdasarkan kepada laporan bertulis oleh Pengawal Keselamatan, Encik Ramaya dan Ketua Shift, Encik Nazarudin Karno. COW1 menyatakan bahawa beliau tidak bertanya kepada Pengawal Keselamatan sama ada Pengawal Keselamatan melihat pergaduhan tersebut. Begitu juga dengan Ketua Shift pengeluaran. COW1 tidak pasti sama ada Ketua Shift ada Walau

memaklumkan kepada beliau sama ada melihat pergaduhan tersebut.

bagaimanapun, COW1 mengesahkan bahawa beliau ada berjumpa dengan mangsa Encik Halmey dan diberitahu oleh Encik Halmey bahawa Pihak Menuntut telah menumbuknya sebanyak tiga kali.

8.

COW2 yang merupakan mangsa kepada tindakan Pihak Menuntut di dalam

pernyataan saksinya telah menyatakan secara terperinci kejadian pergaduhan tersebut seperti berikut :

10

Q3 (a)

Bagaimana dan di mana kejadian itu berlaku?

Di pagar hadapan kilang.

Pada ketika itu saya lihat Nordin di

bahagian luar pagar dan beliau memanggil saya datang kepada beliau, apabila saya tiba dihadapan Nordin, Nordin secara tiba-tiba menumbuk saya beberapa kali di bahagian muka dan menyebabkan hidung saya berdarah.

Q4

Adakah

Nordin

memberitahu

awak

kenapa

dia

menumbuk awak?

Selepas Nordin menumbuk saya, dia ada berkata

...Apasal kau kacau periuk nasi abang? Orang lain tak berani nak kacau kau pulak nak tunjuk berani!..

Q4 (a)

Apakah yang dimaksudkan oleh Nordin dengan

kata-kata beliau itu?

Saya sendiri tidak faham dengan maksud kata-kata Nordin.

11

Q4 (c)

Siapa saksi yang lihat awak ditumbuk?

Ada, security guard yang bertugas iaitu En. Ramayah tetapi beliau dah berhenti kerja.

Q4 (d)

Siapa lagi saksi yang lihat awak ditumbuk?

Leader saya, En. Nazarudin Karno, dia lihat muka dan baju saya berdarah dan bertanyakan kenapa, saya katakan saya ditumbuk oleh Nordin dan saya kemudian meminta izin untuk pulang ke rumah dan dia membenarkannya.

9.

COW2 di dalam keterangannya juga menafikan bahawa Pihak Menuntut tidak

menumbuk. Sebaliknya ketika ditumbuk, COW2 hanya mendiamkan diri sahaja. COW2 mengesahkan bahawa beliau membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut tanpa sebarang paksaan. Namun demikian, Pihak Menuntut telah datang menemuinya dan memberikan beliau satu cincin supaya COW2 menarik balik laporan polis yang telah dibuat terhadap Pihak Menuntut. COW2 menyatakan bahawa beliau menarik balik laporan polis tersebut tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak dan ia dibuat bagi kebaikan bersama bagi mengelakkan keluarga Pihak Menuntut dan COW2 bermasam muka ekoran daripada kejadian tersebut. COW2 menyatakan seperti berikut :

12

Keesokan hari awak ikut Yang Menuntut menarik laporan?

J S J S

: : : :

Ya. Adakah awak dipaksa menarik laporan polis tersebut? Tidak dipaksa. Dalam laporan tarikh balik itu awak kata menarik repot itu untuk kebaikan semua pihak. Apa maksud kebaikan semua pihak?

Kira saya, Yang Menuntut dan keluarga tidak bermasam muka.

COW2 menegaskan di dalam keterangannya bahawa tindakan beliau menarik balik laporan polis tersebut bukanlah disebabkan Pihak Menuntut telah memberikannya sebentuk cincin tetapi atas dasar simpati kepada Pihak Menuntut.

Keterangan Pihak Menuntut

10.

Pihak Menuntut di dalam keterangannya menyatakan bahawa pada hari

kejadian iaitu 11.08.2005, beliau mula bekerja pada hari tersebut pada 11.30 malam 10.08.2005 dan tamat kerja pada 7.50 pagi pada 11.08.2005. Pada masa kejadian jam 12.20 tengah malam seperti di pertuduhan yang dikemukakan kepada Pihak Menuntut, Pihak Menuntut menyatakan pada masa tersebut beliau sedang bekerja dengan syarikat dan tidak mendapat kebenaran untuk keluar dari syarikat

13

dalam tempoh tersebut. Oleh sebab itu, Pihak Menuntut tidak bersetuju dengan kandungan laporan polis COW2 yang menyatakan bahawa pergaduhan tersebut berlaku pada jam 12.20 tengah malam. Namun demikian, apa yang menarik di

dalam kes ini ialah Pihak Menuntut tidak menafikan bahawa berlakunya pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2. Ia dapat dilihat di soalan 10 CLWS1 di mana Pihak Menuntut menyatakan seperti berikut :

10)

Sila rujuk laporan polis oleh Hamley Hesam di ms 25 COB.

Di dalam repot ini, pengadu iaitu Halmey menyatakan bahawa beliau bergaduh dengan En Nordin pada 11/8/2005 pukul 0020 hrs iaitu pada pukul 12.20 tengah malam. Adakah En Nordin

bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Saya tidak bersetuju kerana pergaduhan tersebut berlaku pada pukul 11.20 malam, 10/8/2005 iaitu di luar waktu kerja dan di luar kawasan kilang.

Pihak Menuntut juga telah mencabar kesahihan catatan masa kedatangan di dalam punch card seperti di dalam muka surat 20 COB dan menegaskan pada tarikh tersebut beliau bekerja pada jam 11.30 malam.

14

11.

Pihak Menuntut juga menyatakan beliau telah memberikan cincin kepada

COW2 sebagai bayaran ganti gaji yang ditahan oleh majikan dan bukannya untuk tujuan COW2 menjelaskan bil perubatan. lebar berkenaan hal ini seperti berikut : Pihak Menuntut menyatakan panjang

S J

: :

Apakah sebab anda berikan cincin itu? Sebab Halmey telefon saya, dia katakan dia dipaksa oleh majikan untuk buat report. Dengan itu Encik Helmi ada hendak jumpa dengan saya berkenaan dia buat report. Saya katakan kepada Helmi berapakah gaji Helmi yang majikan tidak dibayar? Helmi kata lebih kurang RM200.00. Saya berikan cincin isteri saya sebagai bayaran gaji yang ditahan oleh majikan dan bukannya untuk perubatan.

Seterusnya, CLW2 mengesahkan bahawa pada hari kejadian beliau dan Pihak Menuntut bekerja satu shift yang sama dan mula bekerja pada jam 11.30 malam dan tidak bersetuju bahawa Pihak Menuntut bekerja mulai jam 12.30 malam pada hari tersebut seperti yang dinyatakan di halaman 20 COB. CLW2 juga tidak

bersetuju dengan ketepatan catatan di dalam punch card tersebut. Selain itu, Pihak Menuntut juga menyatakan beliau adalah merupakan ahli kesatuan sekerja yang aktif di syarikat.

15

Penilaian Keterangan

12.

Tugas dan tanggungjawab Mahkamah Perusahaan semasa mendengar kes-

kes pembuangan kerja yang dirujuk ke Mahkamah telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Milan Auto Sd. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449 dan Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. [1995] 3 CLJ 344 yang tidak perlu diulang lagi di sini. Jika diteliti kepada

keterangan Pihak Menuntut dan Pihak Responden, terdapat beberapa isu untuk diteliti oleh Mahkamah bagi menentukan sama ada terdapatnya salah laku tersebut dan adakah salah laku tersebut mewajarkan Pihak Menuntut dibuang kerja oleh Pihak Responden. Mahkamah berpendapat isu sama ada kejadian pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2 berlaku semasa Pihak Menuntut sedang bekerja adalah penting di dalam kes ini. Ini adalah kerana, Pihak Responden menyatakan bahawa pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2 berlaku semasa Pihak Menuntut sedang bekerja dan berlaku di premis syarikat. Sementara Pihak

Menuntut menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku sebelum Pihak Menuntut memulakan tugas di syarikat. Keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ialah salinan kad perakam waktu (punch card) di COB halaman 20. Masa Pihak

Menuntut mula bertugas di dalam kad perakam waktu telah dipertikaikan oleh Pihak Menuntut. Keterangan CLW2 menyokong keterangan Pihak Menuntut

bahawa pada hari tersebut, Pihak Menuntut mula bekerja pada jam 11.30 malam dan bukannya jam 12.30 malam seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan

16

semasa siasatan dalaman dan keterangan COW1.

Sementara itu, keterangan

COW1 berkenaan masa Pihak Menuntut bekerja disokong oleh keterangan dokumen di halaman 20 COB. Ini bermakna terdapat percanggahan di antara

COW1 dan Pihak Menuntut. Di dalam keadaan ini keterangan siapakah yang boleh diambil kira oleh Mahkamah? Mahkamah berpendapat di dalam keadaan seperti ini apabila terdapat dua keterangan yang bercanggah, maka Mahkamah perlu melihat sama ada keterangan CLW2 boleh diambil untuk sokongan kepada Pihak Menuntut atau halaman 20 COB boleh menyokong keterangan COW1. Pihak

Responden boleh mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas terhadap CLW2 dan Pihak Menuntut bagi mengesahkan bahawa masa sebenar Pihak Menuntut bekerja adalah jam 12.30 malam dan bukannya jam 11.30 malam seperti yang didakwa oleh Pihak Menuntut. Namun demikian, Mahkamah mendapati

bahawa tiada pemeriksaan balas yang panjang dibuat ke atas CLW2 bagi mengesahkan sama ada 12.30 tengah malam itu adalah kenyataan yang tepat atau sebaliknya. Pihak Responden hanya mempunyai keterangan dokumentari di

halaman 20 COB yang telah dinafikan oleh Pihak Menuntut dan didakwa telah dilakukan pengubahan di dalam maklumat permulaan tugas Pihak Menuntut di hari kejadian. Pada masa yang sama, Mahkamah juga tidak boleh menolak

keterangan dokumen laporan polis yang dibuat oleh COW2 seperti yang tertera di halaman 25 COB iaitu Laporan Polis Pasir Gudang, Repot no. 005180/05 bertarikh 12.08.2005 yang menyatakan kejadian yang berlaku itu pada jam 12.20 malam. Laporan tersebut menyatakan antara lain seperti berikut :

17

PADA 11/8/05 JAM L/KURANG 0020 HRS SEMASA SAYA BERADA DI KILANG ALAMAT SAMA DI ATAS BARU HENDAK MASUK KERJA TELAH DATANG LELAKI MELAYU YANG SAYA KENALI NORDIN IMAD RAKAN SEKERJA SAYA TELAH BERLAKU PERTENGKARAN MASAALAH BERKAITAN KERJA. TERUS MENUMBUK SAYA KEMUDIAN LELAKI TERSEBUT TANGAN DI BAHAGIAN

DENGAN

HIDUNG SEBANYAK TIGA KALI.

SAYA MENGALAMI CEDERA DI

HIDUNG DAN KELUAR DARAH. SELEPAS ITU LELAKI TERSEBUT TERUS MENINGGALKAN SAYA. SAYA BUAT REPOT TAKUT

TERJADI APA-APA HAL PADA DIRI SAYA KEMUDIAN HARI DAN MAKLUM PADA PIHAK MAJIKAN. SEKIAN REPOT SAYA.

Di samping itu, Mahkamah juga harus mengambil perhatian bahawa laporan polis ini telah ditarik balik melalui Laporan Polis Pasir Gudang Report no. 005192/05 di halaman 24 COB. Namun begitu, apa yang jelas ialah laporan polis hanya dibuat oleh Pihak Menuntut menyatakan kejadian itu berlaku jam 12.20 malam yang menyokong keterangan COW1. Ini bermakna di hadapan Mahkamah terdapat 2 set keterangan mengenai masa kejadian berlaku sama ada semasa Pihak Menuntut sedang bekerja atau sebelumnya.

13.

Apa yang jelas daripada keterangan Pihak Menuntut sendiri bahawa beliau Apa yang menjadi persoalan

tidak menafikan berlakunya pergaduhan tersebut. ialah ianya berlaku di luar waktu kerja.

Ini dapat dilihat melalui soalan 10

18

pernyataan saksi Pihak Menuntut.

Ini disokong pula dengan keterangan Pihak

Menuntut yang telah menyerahkan sebentuk cincin kepada COW2 setelah COW2 menarik balik laporan polis tersebut yang dikatakan oleh Pihak Menuntut telah dibuat COW2 atas arahan syarikat. Ini menunjukkan bahawa kejadian pergaduhan itu telah berlaku. Ini ditambah pula dengan keterangan COW3 yang melihat muka COW2 berdarah dan dimaklumkan oleh COW2 bahawa beliau telah dipukul oleh Pihak Menuntut. Jika diteliti keterangan-keterangan ini secara menyeluruh, ia

memberikan kesimpulan konsisten bahawa kejadian pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2 memang berlaku dan Pihak Menuntut telah mencederakan COW2. Apa yang menjadi persoalan ialah adakah ianya dilakukan semasa waktu kerja? Keterangan COW1 menyatakan bahawa tempat kejadian tersebut hanya Tempat kejadian tersebut

lebih kurang 15 meter dari kawasan pagar kilang.

dikatakan adalah tempat parkir kenderaan pekerja syarikat. Sekiranya Mahkamah berpendapat bahawa kejadian tersebut berlaku di luar waktu kerja Pihak Menuntut, adakah wajar pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2 tersebut boleh dikatakan sebagai salah laku? Ini adalah kerana kejadian itu berlaku di luar waktu kerja Pihak Menuntut. Apakah Pihak Responden hanya boleh mengambil

tindakan terhadap salah laku yang dilakukan oleh pekerjanya dalam tempoh tugas mereka di syarikat? Dalam erti kata lain, apakah ujian bagi menentukan bahawa salah laku yang dilakukan oleh pihak pekerja di luar waktu kerja boleh dikategorikan salah laku yang mewajarkan pembuangan kerja pekerja? Mahkamah berpendapat salah laku yang melibatkan pekerja di luar daripada waktu bertugas boleh dijadikan alasan oleh pihak majikan bagi membuang kerja mereka sekiranya

19

keadaan salah laku tersebut boleh menjejaskan kepentingan pihak majikan dan kakitangan yang lain yang bekerja di syarikat. Ia juga boleh dijadikan alasan untuk pembuangan kerja sekiranya salah laku pihak pekerja tersebut boleh menjejaskan reputasi syarikat dan syarikat tidak diharapkan dapat meneruskan perkhidmatan pihak pekerja di syarikat. Mahkamah harus berhati-hati dalam aspek ini bagi

mengelakkan pihak majikan mengongkong aktiviti pekerja mereka semata-mata bagi memastikan mereka tidak melakukan salah laku walaupun di luar waktu bekerja. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan mencerobohi hak privasi pekerjapekerja tersebut selepas tempoh mereka bekerja. Dalam konteks ini, Mahkamah merujuk kepada kes Moore v. C & A Modes [1981] IRLR 71 di mana di dalam kes tersebut, Tribunal Rayuan Pekerjaan di United Kingdom telah memutuskan bahawa tindakan pihak majikan memecat pekerjanya iaitu seorang Ketua Seksyen di dalam kilangnya kerana kesalahan mencuri di sebuah kedai adalah suatu yang munasabah. Di dalam kes tersebut, pihak menuntut telah berkhidmat di syarikat responden selama 20 tahun. Tribunal Rayuan Pekerjaan, Y. A. Hakim Justice

Bristow menyatakan seperti berikut :

Accordingly, while it is very sad that Mrs Moore should have been dismissed in this way after 20 years' service, we cannot say that the Industrial Tribunal went wrong in law in their approach to the employers' decision. It seems to us to be quite unreal to expect any employer in the retail trade not to dismiss someone who has, for 20 years, been a trusted employee, who is reasonably believed to have

20

been stealing just down the road although not from the employers themselves, because nobody should be more alive than such an employee to the damage which is caused by what is commonly called shoplifting and what is no more or less than stealing when things are taken with the intent to take them and not to pay.

Mahkamah juga meneliti ujian yang digunakan dalam kes B J Jones v. R. M. Douglas Construction Ltd. [1975] IRLR 175, [1975] ICR 278 di mana Tribunal Perusahaan di United Kingdom telah memutuskan bahawa tindakan majikan memecat seorang Jurutera (Mechanical Plant Engineer) yang telah berkhidmat selama 20 tahun tanpa rekod buruk atas kesalahan ketidakjujuran (dishonesty) telah dinyatakan sebagai sesuatu yang tidak adil. Tribunal tersebut memutuskan berkenaan kes ini seperti berikut :

Having considered the evidence and argument the Tribunal was satisfied that the respondents had shown that the reason for dismissal of the applicant was his conduct, ie his conviction for dishonesty. However the respondents did not satisfy the Tribunal in the terms of para. 6(8) of Schedule 1 that in the circumstances (having regard to equity and the substantial merits of the case) that they acted reasonably in treating the conviction as a sufficient reason for dismissing the applicant. The Tribunal accepted that the

respondents did not dismiss the applicant lightly and had an honest

21

belief in their reasons for doing so. The applicant had been employed off and on since 1949, ie for about 20 years including his present employment which had covered a period of nine years. He had a

blameless record with them. The Tribunal was of the opinion that the respondents had misdirected themselves as to the importance of his position and though there were risks entailed in his continued employment as a Plant Engineer these could have been avoided by demoting him to his original basic grade of mechanic/fitter rather than dismissal. There was no evidence that such a course had been considered and with an organisation as large as the respondents, this should have been done. For all these reasons the Tribunal

found that the dismissal was unfair and invited the respondents to consider the practicability of re-engaging the applicant as a mechanic/fitter.

Sementara itu, Mahkamah Rayuan di dalam kes P v. Nottinghamshire County Council [1992] IRLR 362 di mana di dalam kes tersebut keputusan majikan membuang kerja pekerjanya atas kesalahan beliau telah disabitkan dengan kesalahan kelucahan melampau ke atas anak perempuannya tanpa memberi peluang dengan menawarkan pekerjaan pilihan kepadanya telah diputuskan sebagai pembuangan kerja yang tidak adil. Pada masa yang sama, Mahkamah juga meneliti keputusan di dalam kes X v. Y [2004] IRLR 625 di mana Mahkamah Rayuan di United Kingdom telah memutuskan bahawa tindakan majikan

22

membuang kerja pihak menuntut berdasarkan kepada kesalahan kelucahan melampau oleh pekerja yang tidak dimaklumkan kepada majikan adalah sesuatu yang tidak adil.

14.

Berdasarkan kepada analisa kedudukan undang-undang berkaitan dengan

tindakan majikan membuang kerja pekerjanya atas alasan salah laku yang berlaku di luar masa bertugas, dapatlah dirumuskan bahawa perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian sebelum majikan boleh membuang kerja pekerjanya :

a)

adakah salah laku yang melibatkan pekerja tersebut adalah berkaitan dengan bidang tugas mereka di syarikat?

b)

adakah salah laku tersebut boleh menjejaskan reputasi syarikat?

c)

adakah salah laku tersebut melibatkan kehidupan peribadi pekerja yang tidak ada kaitan dengan prestasi kerja di syarikat?

d)

adakah salah laku tersebut melibatkan pekerja-pekerja lain di syarikat sehingga menjejaskan operasi syarikat?

e)

adakah salah laku tersebut tidak memungkinkan seorang majikan yang munasabah meneruskan perjanjian perkhidmatan dengan pekerja yang berkenaan?

23

15.

Di dalam kes ini, keterangan menunjukkan bahawa kejadian pergaduhan Ini berdasarkan

tersebut berlaku sebelum Pihak Menuntut memulakan tugas.

kepada keterangan Pihak Menuntut dan CLW2. Selain itu, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku pada jam 12.20 tengah malam kecuali keterangan COW1, salinan kad perakam waktu di halaman 20 COB dan laporan polis yang dibuat. Mahkamah berpendapat pergaduhan yang berlaku di luar waktu kerja Pihak Menuntut adalah suatu yang tidak dapat dinafikan oleh Pihak Menuntut. Ia merupakan salah laku yang melibatkan pekerja lain di syarikat.

Salah laku tersebut adalah serius sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan kepada COW2. Pada masa yang sama, Mahkamah juga berpendapat bahawa Pihak Responden tidaklah diharapkan untuk meneruskan perkhidmatan Pihak Menuntut setelah salah laku tersebut melibatkan Pihak Menuntut. Di samping itu, ianya

berlaku di kawasan yang hampir kepada syarikat. Keterangan juga menunjukkan bahawa pergaduhan tersebut berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap Pihak Responden. Oleh itu, adalah wajar untuk Pihak Responden mengambil

tindakan bagi memastikan pergaduhan tersebut tidak berpanjangan di antara Pihak Menuntut dan COW2 sehingga menjejaskan operasi syarikat. Pada masa yang

sama, Mahkamah juga tidak menolak keterangan bahawa laporan polis tersebut yang telah dibuat oleh COW2 telah ditarik balik oleh COW2. Apakah dengan

penarikan laporan polis tersebut menunjukkan bahawa Pihak Menuntut tidak lagi dikatakan melakukan salah laku kerana mangsa kepada salah laku tersebut telah membatalkan hasratnya untuk memanjangkan kesnya kepada pihak berkuasa?

24

Adakah tindakan COW2 tersebut boleh diambil kira oleh syarikat dalam menyatakan bahawa salah laku Pihak Menuntut tersebut telah terhapus dengan penarikan laporan oleh COW2? Mahkamah berpendapat isu berkenaan penarikan laporan polis oleh COW2 ke atas Pihak Menuntut adalah merupakan urusan yang melibatkan Pihak Menuntut dan COW2. Sebaliknya, tindakan yang dilakukan oleh Pihak Responden kepada Pihak Menuntut adalah berdasarkan kepada hubungan pekerja dan majikan dalam kerangka perhubungan perusahaan. Oleh itu, fakta

bahawa COW2 telah menarik balik laporan polis kepada Pihak Menuntut tidak boleh dijadikan alasan bahawa salah laku Pihak Menuntut telah tidak wujud lagi bagi Pihak Responden mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebaliknya, sekiranya Mahkamah berpendapat bahawa kejadian pergaduhan tersebut berlaku semasa Pihak Menuntut bekerja seperti keterangan COW2, COW1 dan laporan polis oleh COW2, ianya adalah jelas lagi bersuluh bahawa ia adalah salah laku. Ini adalah kerana pergaduhan tersebut berlaku dalam tempoh tugas Pihak Menuntut. Oleh itu, jika kesalahan itu berlaku di luar waktu bekerja sekalipun, Mahkamah berpendapat tindakan Pihak Menuntut tersebut adalah salah laku yang serius dan mewajarkan Pihak Menuntut dibuang kerja oleh Pihak Responden.

Dapatan

16.

Berdasarkan kepada keterangan-keterangan, hujahan-hujahan kedua-dua

pihak dan eksibit-eksibit yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah berpendapat bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah adil dan beralasan

25

(with just cause and excuse). Oleh itu, rujukan Pihak Menuntut adalah ditolak.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 21HB OKTOBER 2011. t.t ( ROSLAN BIN MAT NOR ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

26