CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Makanan peserta  Makanan kepada semua peserta seminar perlulah disediakan oleh pihak penganjur.

Ini kerana timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan peserta dari SMK Titingan yang tidak disediakan makanan dan minuman walaupun yuran sebanyak RM10.00 telah dibayar oleh pihak sekolah. Sedangkan peserta dari sekolah yang lain telah disiapkan dengan kuih (minum pagi) ,nasi campur (makan tengah hari), minuman kotak dan air mineral.

2. Lokasi seminar  Lokasi seminar yang diadakan di Dewan SMK Titingan tidak sesuai untuk menampung peserta sebanyak 278 orang berikutan dewan tersebut kecil dan sesak. Para peserta kelihatan tidak selesa dengan keadaan yang sesak dan panas. Justeru, pihak penganjur perlulah mengambil kira keselesaan peserta agar objektif seminar akan tercapai sepenuhnya. Faktor luaran ini dapat menghilangkan fokus peserta untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah dengan baik. Lokasi yang selesa dan kondusif dapat menarik peserta untuk mengikuti program dengan tenang.

3. Masa seminar  Seminar yang diadakan pada hari tersebut merupakan minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi kebanyakan sekolah di daerah Tawau. Hal ini menyebabkan terdapat peserta dari SMK Tawau tidak dibenarkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk menghantar peserta mengikuti seminar ini. Oleh itu, pihak penganjur perlu memilih dan mengatur masa yang sesuai untuk melaksanakan program yang melibatkan peserta luar.

4. Pameran ‘booth’ kerjaya  Amatlah diharapkan penglibatan lebih banyak lagi jabatan dan agensi termasuklah IPTA/IPTS yang berkaitan agar dapat memeriahkan lagi program yang dijalankan. Selain itu, pengisian yang disampaikan oleh penceramah jemputan sangat memberi manfaat kepada peserta.