You are on page 1of 16

<FAKULTI >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS> <TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID> <PUSAT PEMBELAJARAN>

ISI KANDUNGAN Abstrak ............................................................................................................................................ 1 1.0 Pengenalan .......................................................................................................................... 2 1.1 1.2 2.0 Latar Belakang ........................................................................................................... 2 Konsep Penanda Wacana ........................................................................................... 3

Fungsi Penanda Wacana ..................................................................................................... 6 2.1 2.2 2.3 2.4 Menghubungkan Ayat dengan Ayat .......................................................................... 6 Menghubungkan Perenggan dengan Perenggan ........................................................ 7 Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea ...................................... 7 Memantapkan lagi Keutuhan Wacana ....................................................................... 8

3.0

Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan .............................................................. 10 3.1 3.2 3.3 Perenggan Pendahuluan ........................................................................................... 10 Perenggan Huraian Isi ............................................................................................. 11 Perenggan Penutup .................................................................................................. 11

4.0 5.0

Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana .................................................. 12 Rumusan............................................................................................................................ 13

Bibliografi ..................................................................................................................................... 14

Abstrak

Fungsi tatabahasa yang utama adalah penghuraian ayat yang sempurna. Ini bermakna pemerian ayat yang melengkapi segala aspek linguistik termasuklah fonetik, morfologi dan sintaksis. Bagavathy (2005) menyatakan bahawa murid-murid perlu mahir dalam aspek tatabahasa. Salah satu elemen tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah penggunaan penanda wacana. Kertas tugasan ini memberi perbincangan mendalam mengenai konsep penanda wacana dalam konteks bahasa Melayu. Empat fungsi penanda wacana juga dibincangkan di mana fungsi ini merujuk kepada penggunaan penanda wacana untuk menghubungkan idea dengan idea, ayat dengan ayat dan antara perenggan dengan perenggan. Penanda wacana juga memantapkan keutuhan sesuatu wacana. Perbincangan mengenai penanda wacana ini juga menerokai penggunaan penanda wacana dalam perenggan dan pembentangan satu cadangan meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penggunaan penanda wacana. Syarahan dilihat sebagai satu aktiviti berbahasa yang sesuai untuk tujuan ini.

1.0

Pengenalan

1.1

Latar Belakang

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan matlamat pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan taraf dunia, dengan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi, fizikal dan sosial serta memiliki nilai moral yang tingi supaya bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesempurnaan diri yang tinggi dan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Mengikut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu pula adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Malaysia dan Falsafah Pendidikan Negara. Sharbi Ali (2005) menjelaskan bahawa objektif pengajaran Bahasa Melayu adalah agar murid-murid dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai situasi komunikasi.

Salah satu aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah ialah kemahiran tatabahasa. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menghasilkan murid yang berupaya menggunakan bahasa baku dengan ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Di dalam sukatan dan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR, tatabahasa menjadi dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Nik Safiah Karim et al. (2004) menjelaskan bahawa tatabahasa secara umumnya mencakupi dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan pengkajian struktur, pembentukan kata dan golongan kata manakala sintaksis adalah berkaitan dengan pengkajian bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

1.2

Konsep Penanda Wacana

Wacana merupakan kajian unit dan penggunaan bahasa yang mengandungi lebih dari satu ayat tetapi dihubungkan antara satu ayat dengan yang lain menerusi sistem tajuk yang berkaitan (Nik Safiah et al., 2004). Harimurti (1982) menjelaskan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batasan ayat. Unit bahasa ini mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa ayat yang digabungkan, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Secara amnya, wacana terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup. Menurut Harimurti (1982:204), wacana (discourse) merupakan kesatuan gramatikal tertinggi dan direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku siri ensaiklopedia dan sebagainya, perenggan, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap. Wacana yang utuh dan mempunyai unsur pertautan dapat disediakan dengan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian.

Penanda wacana pula merupakan kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh (Nik Safiah et al., 2004). Karimurti (1982) menjelaskan penanda wacana sebagai perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berperanan untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Sekiranya sesuatu wacana tidak

mempunyai penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Dalam bahasa Melayu terdapat lima penanda wacana iaitu penanda wacana penghubung, penanda wacana rujukan, penanda wacana penggantian, penanda wacana leksikal dan penanda wacana elepsis atau pengguguran (Harimurti, 1982). Penanda wacana penghubung merupakan perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung pula merangkumi empat jenis iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh. Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis penanda wacana yang digunakan dalam penulisan. Penanda-penanda wacana ini sering digunakan dalam penulisan pelbagai wacana dalam bahasa Melayu.

Jadual 1: Jenis-Jenis Penanda Wacana dalam Bahasa Melayu Jenis Penanda leksikal Keterangan Penanda leksikal merupakan penanda yang menunjukkan pertautan di antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan biasanya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama tunjuk Contoh Siti amat menyayangi Anita. Mereka juga amat menyayanginya. Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.

Penanda rujukan

Milah, Dizie dan Mawi adalah rakaj karib. Mereka berkawan sejak dari bangku sekolah lagi.

Penanda penghubung

Penanda penghubung berperanan sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab dan tempoh.

Penghubung tambahan ialah penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh penghubung tambahan ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun

Dia suka minum Milo. Selain itu, dia juga suka minum Teh.

Dia sangat catik tetapi sombong.

Penanda penghubung musabab ialah penanda Dia berasa haus. Oleh yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh itu, diapun meminum penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan segelas air. oleh itu

Penanda penggantian Elipsis

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya Penggantian ialah pengambilan alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya Elipsis ialah pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Ini bererti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.

Mula-mula belok ke kiri, Kemudian, belok ke kanan.

Saya mahu bersenam. Nanti saya lakukan. Saya menggunakan banyak gula dalam minuman. Tentu rasanya manis.

Sumber: Roselan, 2003

2.0

Fungsi Penanda Wacana

2.1

Menghubungkan Ayat dengan Ayat

Penanda wacana kebanyakannya terdiri daripada kata hubung yang bertujuan untuk menghubungkan dua atau lebih ayat. Penanda wacana merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk menunjukkan satu kesatuan ayat yang utuh. Dalam perkara ini, penanda wacana dikatakan memainkan fungsi sebagai perangkai ayat (www.tutor.com.my)

Contoh 1: Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan lebih lebat. Dalam ayat di atas, penanda wacana menghubungkan maklumat baharu (makumat tambahan) aitu lebih lebat kepada maklumat yang terdahulu. Penanda wacana malahan menjadi perangkai frasa untuk membentuk ayat yang lebih utuh.

Contoh 2: Rakyat hendaklah cinta akan negara ini. Di samping itu mereka juga harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara.

Dalam ayat di atas, penanda wacana di samping itu menghubungkan maklumat bahari mereka harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara dengan maklumat awal, Rakyat hendaklah cinta akan negara ini.

2.2

Menghubungkan Perenggan dengan Perenggan

Penanda wacana juga digunakan untuk menghubungkan perenggan dengan perenggan. Ini biasanya dilakukan di mana ayat pertama dalam setiap perenggan dimulakan dengan penanda wacana seperti sebagaimana yang kita ketahui, Lazimnya dalam keadaan ini, Umum mengetahui bahawa, Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, Sementara itu, Pada waktu itu, Tuntasnya.

Contoh 1: Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati diri .Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah Selain itu , sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai perkara. Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi..

2.3

Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea

Fungsi penanda wacana untuk menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (a) Menambah atau memperluaskan idea Penanda wacana seperti dan selanjutnya, di samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi tambahan pula, begitu juga, seterusnya, satu lagi, dan sebagainya boleh digunakan untuk menambah atau memperluaskan idea.

Contoh 1: Dia suka makan nasi ayam dan kari ayam, Selain itu, dia juga suka nasi lemak, lebihlebih lagi jika ia pedas.

(b) Menunjukkan pertentangan idea Penanda wacana seperti tetapi, sebaliknya, pada masa yang sama, walaupun walau bagaimanapun, walaupun demikian, sama ada, sebenarnya, dan sebagainya pula digunakan untuk menunjukkan pertentangan idea.

Contoh 1: Dia masih bersekolah lagi. Walau bagaimanapun, dia terpaksa bekerja setiap malam untuk menyara keluarganya.

(c) Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat Penanda wacana seperti jadi, oleh sebab itu, disebabkan, oleh yang demikian, untuk tujuan ini, maka, berikutan ini, dengan demikian, kecuali, dengan syarat, justeru dan sebagainya dapat menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat.

Contoh sebab-akibat: Kami mahu menikmati suasana pagi di kawasan pergunungan. Justeru, kami bercadang untuk pergi ke Taman Negara Kinabalu selama beberapa hari.

Contoh tujuan-syarat: Kelulusan cemerlang dalam SPM sangat penting. Maka, kami sudah berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh tahun ini.

2.4

Memantapkan lagi Keutuhan Wacana

Penanda wacana juga dapat memantapkan keutuhan sesuatu wacana kerana adanya pertautan atau keserasian hubungan antara satu unsur bahasa dengan unsur bahasa yang lain. Contoh wacana yang utuh ditunjukkkan seperti berikut (Lim, 2011).

Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan dan Perdana Menteri aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. (diubahsuai daripada teks ucapan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Persidangan Invest Malaysia pada 30 Mac 2010 di Kuala Lumpur).

3.0

Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan

Wacana biasanya terdiri daripada pendahuluan, huraian isi-isi penting dan penutup. Setiap bahagian dalam wacana ini ditulis mengikut perenggan. Penggunaan penanda wacana dalam perenggan pendahuluan, perenggan huraian isi-isi penting dan perenggan penutup dapat menunjukkan lagi pertautan dan keutuhan wacana. Berikut ditunjukkan bagaimana penggunaan penanda wacana dalam setiap perenggan pendahuluan, huraian isi penting dan penutup

3.1

Perenggan Pendahuluan

Penggunaan beberapa penanda wacanan di perenggan pendahuluan seperti yang ditunjukkan dalam petikan di bawah menunjukkan bahawa penanda wacana dapat menunjukkan perkaitan antara idea-idea dalam ayat seperti penggunaan penanda wacana serta yang mengaitkan pencapaian yang cemerlangan dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum. Begitu juga dengan penanda wacana kerana, dapat menghubungkan antara sebab-akibat di mana keinginan memuaskan kehendak ibu bapa mereka (sebab) menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan (akibat). Penggunaan Oleh itu pula menunjukkan pertautan antara ayat sebelum dan selepasnya. Penggunaan Akhirnya pula memberi andaian bahawa fakta ini mengakhir penjelasan mengenai masalah pelajar. Pada ayat yang terakhir, Oleh itu menunjukkan hubungan sebab-akibat yang menghubungkan idea dalam ayat sebelumnya kepada idea dalam ayat yang seterusnya.

Contoh Perenggan: Pada era globalisasi ini, pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang cerah. Hal ini menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka. Oleh itu, remaja yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk menghilangkan stress. Contohnya, membuli , merokok dan berlumba haram. Akhirnya, masalah disiplin pelajar menjadi lebih serius dan mereka terjebak ke dalam kancah kebinasaan. Oleh itu, pelajar harus belajar untuk menjadi disiplin kerana disiplin asas kejayaan .
10

3.2

Perenggan Huraian Isi

Peranggan huraian isi yang menggunakan penanda wacana yang bersesuaian seperti dalam contoh perenggan di bawah dapat menunjukkan pertautan di antara ayat dalam perenggan tersebut. Contohnya, ayat pertama dan kedua menunjukkan perkaitan sebabakibat.

Contoh Perenggan:

Jelaslah bahawa tanggungjawab masyarakat haruslah diluaskan kepada jiran tetangga yang tinggal berdekatan tempat tinggal kita. Justeru, jika adanya kes-kes penderaan, jiran tetangga kita haruslah melaporkan perkara yang disyaki kepada pihak yang berkuasa. Hal ini akan menambahkan keberkesanan usaha untuk menangani masalah ini. Kesudahannya dapatlah kita menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang didera.

3.3

Perenggan Penutup

Perenggan penutup pula boleh menggunakan beberapa pilihan penanda wacana seperti Kesimpulannya, Secara tuntas, Konklusinya, Sebagai penghias bicara akhir, Secara keseluruhan, Ironinya, dan sebagainya.

Contoh Perenggan: Tuntasnya, masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak. Pepatah Melayu sentiasa berbunyi pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara , remaja harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa. Kesimpulannya, sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk memastikan masa depan negara cerah dan sejahtera. Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka .

11

4.0

Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana

Penggunaan wacana jelas dapat memantapkan lagi penyampaian wacana dengan lebih elok lagi. Oleh itu, murid-murid perlu diberikan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam pertuturan dan juga penulisan. Terdapat banyak cara untuk membantu murid-murid memahirkan diri dalam penggunaan penanda wacana. Salah satu daripadanya adalah aktiviti menulis dan menyampaikan syarahan.

Syarahan atau pidato merupakan satu aktiviti pengucapan umum di mana melalui aktiviti ini, seseorang dilatih untuk berfikir secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Aktiviti ni juga melatih seseorang untuk menggunakan bahasa yang lebih tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan menyakinkan.

Penyampaian syarahan memerlukan murid-murid untuk mengolah idea-idea mengikut wacana yang sesuai. Perkaitan antara isi-isi yang disampaikan pula diperkuatkan dengan penggunaan penanda wacana yang sesuai. Guru boleh membimbing murid dalam penggunaan penanda wacana apabila memulakan perengggan pendahuluan, perenggan huraian isi-isi penting dan juga perenggan penutup. Dalam hal ini, guru boleh mendedahkan penanda-penanda wacana yang biasanya diguna dalam setiap kemahiran menulis perenggan pendahuluan, perenggan huraian isi dan perenggan penutup. Melalui cara ini, kemahiran murid dapat diasah untuk memilih penanda wacana yang sesuai dan juga mengguna penanda wacana dengan betul

12

5.0

Rumusan

Tatabahasa dan kemahiran berbahasa adalah penting untuk memastikan murid mencapai kecekapan berbahasa. Tatabahasa merupakan faktor penentu yang kritikal kepada penghasilan pelbagai jenis wacana sama ada wacana berformat dan wacana tidak berformat yang baik. Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa menjadi teras kepada penghasilan penulisan yang baik dalam kalangan pelajar.

Penjelasan mengenai tatabahasa dan kemahiran berbahasa serta aplikasi wacana dalam tatabahasa yang diberikan dalam kertas tugasan ini memberi gambaran jelas kepada peripentingnya memahirkan murid tentang konsep dan aplikasi tatabahasa dan kemahiran berbahasa. Ini kerana tanpa tatabahasa dan kemahiran berbahasa, maka ketepatan bahasa tidak dapat dihasilkan dan akhirnya murid tidak dapat menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan berkomunikasi.

Kertas tugasan ini menunjukkan bahawa murid-murid perlu mahir dengan penggunaan penanda wacana dalam penulisan dan pertuturan kerana salah satu kemahiran tatabahasa yang dinilai dalam peperiksaan ialah penulisan wacana sama ada dalam bentuk karangan ataupun rumusan. Kemahiran dalam penggunaan penanda wacana memastikan murid-murid dapat menghasilkan wacana yang mempunyai gaya bahasa yang betul dan menarik.

[2,518 patah perkataan]

13

Bibliografi

Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd Bagavathy, A. C. (2005). Mengatasi kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa, Prosiding Seminar Penyelidikan IPBA Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus Linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia Kamarudin Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd Leman Ahmad. (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: DewanBahasa dan Pustaka. Lim Siew Feng (2011). Karangan SPM 2011 Disiplin Asas Kejayaan, http://cikgutancl.blogspot.com/2011/02/karangan-spm-2011-disiplin-asas.html

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penanda wacana (t.t). Dari laman web: http://nasa76.tripod.com/wacana.htm Penanda Wacana (2010). Dari laman web: http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0331&pub=DuniaPendidikan&se c=Munsyi_Bahasa&pg=mb_01.htm Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd

14

You might also like